Support My Blog

Friday, April 13, 2018

RUMAH BURUNG WALET - KOMPONENNYA (Part 2)

INDUSTRI TERNAKAN BURUNG WALET merupakan satu industri yang kini mendapat perhatian ramai pihak sama ada usahawan tempatan dan juga kerajaan. Pada masa ini ada kaedah ternakan dengan pembinaan rumah burung walet dengan meluas dibina diseluruh negara bermula dengan rancak selepas peristiwa Tsunami di Acheh kerana banyak burung dari negara tersebut yang berpindah ke Malaysia dari beberapa kenyataan jurnal yang penulis blog rujuk. Pada masa ini terdapat lebih daripada 22,000 buah rumah burung walet yang direkodkan diseluruh negara dari yang bersaiz kecil sehingga yang besar dan komplikated. Sarang ini dibina didalam bandar, pinggir bandar, dikawasan kampong lama sehingga didalam ladang-ladang kelapa sawit. Sistem penternakan dalam rumah ini mempunyai pelbagai keperluan asasi bagi burung walet menetap didalamnya termasuk dengan selesa dan selamat (Sila lihat foto diatas). Ini juga termasuk kayu kukuh yang disusun dibahagian bumbung rumah walet untuk dia bina sarangnya dan kolam air untuk memberi keselesaan dan sistem pengudaraan yang lebih sempurna. Dipasang juga sistem bunyi yang mana ia boleh menarik burung walet untuk masuk kedalam rumah yang baru dibina. Produk sarang burung walet kini dijual dengan purata diantara RM800 - RM5,000 sekilogram bagi produk berkualiti mengikut gred. Penulis blog yang banyak kali ada membuat lawatan pemantauan kerumah-rumah burung walet mendapati ia dikawal dengan baik oleh pemiliknya dengan memasang ciri keselamatan daripada gangguan perosak dan manusia. Antara ciri keselamatan seperti memasang pagar keselamatan dan pintu kebal serta kamera CCTV lengkap. Apa pun artikel malam ini sambil menonton TV Astro 801 Sukan Komanwell Gold Cost 2018 saya menulis dalam "Anim Agro Technology'' mengenai beberapa info asas komponen untuk sarang burung walet bagi dijadikan bahan bacaan dan juga bahan rujukkan anda semua.


Komponen Fizikal Bangunan Burung Walet melibatkan struktur yang dibina dengan kukuh dengan sistem lengkap didalamnya untuk memberikan keadaan kondusif bagi burung walet ini tinggal. Lazimnya rumah walet ini dibina dengan mencipta habitat mikro burung walet dengan tujuan untuk meniru persekitaran asal dalam gua (Sila lihat foto disebelah). Pengusaha perlu untuk menperhatikan komponen fizikal dan bukan fizikal bangunan yang dibina bertingkat-tingkat ini sesuai untuk dihuni. Apa yang paling asas adalah pemilihan lokasi untuk membina rumah walet ini dimana perlu ada kemudahan asas seperti jalan, bekalan air, eletrik dan sebagainya. Bagaimana pun faktur lain seperti keujudan makanan, keselamatan, permit binaan, gangguan kepada penduduk dan sebagainya perlu diambil kira. Jika ia ingin dibina didalam kawasan bandar dengan ada ramai penduduk yang tinggal disekitarnya maka perlu dilihat faktur kebersihan dan keselamatan. Ini kerana banyak burung walet yang berterbangan dikawasan rumah walet akan menghasilkan tinja (tahi burung) yang mungkin akibatnya boleh menyebabkan kekotoran disekitarnya. Ada pengusaha yang membina rumah walet ditengah-tengah ladang kelapa sawit dimana faktur gangguan kepada manusia kurang risikonya. Burung walet mampu terbang auh untuk mencari makanan dan akan kembali kesarangnya pada lewat petang dan pada esok harinya akan keluar lagi terbang mencari makanan di udara.

Penulis blog cuba membincangkan komponen-komponen penting untuk pembinaan rumah burung walet seperti LANTAI BANGUNAN, DINDING BANGUNAN, SILING DAN BINGKAI, KAYU, PLAT ALUMINIUM, ATAP dan LUBANG VENTILASI serta STRUKTUR TAMBAHAN. Apa yang penting adalah rumah dibina mempunyai tahap keselesaan dan juga tahap keselamatan untuk burung walet membina sarang burung didalamnya. Apa yang penting juga didalam membuat rumah burung walet dapat bintang 5 supaya burung walet cepat bersarang banyak. Untuk Lantai Bangunan ada juga setengah pengusaha sarang membiarkan lantai tanah tanpa sebarang struktur atau penutup. Walaupun lantai tanah lebih asal dan lebih baik dari segi penstabilan kelembapan dalam rumah tetapi untuk aktiviti kebersihan susah di kekalkan dan senang menjadi lumpur. Kebanyakkan pengusaha sarang walet mengguna pakai lantai simen yang berkualiti dimana bermakna lapisan bawah diikat dengan batu-bata daan kemudian permukaan lantai dipasang BRC dan disimen (Sila lihat foto disbelah). Lantai simen ini adalah lebih mudah dilakukan aktiviti menjaga kebersihan. Lantai simen konkrit ini juga membolehkan mencegah pencuri sarang mengorek untuk masuk mengambil sarang burung. Bagaimana pun penulis blog ada juga melihat beberapa rumah walet ini terutama di rumah-rumah yang suhu dan kelembapannya ada masaalah mereka akan meletakkan selapis tanah tebal di atas lantai simen boleh membantu untuk mencapai suasana yang ideal.

Dalam pada itu kepentingan komponen bahagian Atap Rumah Burung Walet  perlu dititikberatkan. Atap rumah walet tidak berbeza dengan atap rumah tinggal manusia. Atap yang dibuat tinggi lebih sesuai bagi perterbangan burung ini. Disamping itu faktur kawalan  suhu dan kelembapan rumah burung lebih senang dikawal. Bahan yang sesuai untuk membuat atap sepatutnya bahan kuat yang dapat meredam panas sehingga suhu dan kelembapan di dalam rumah stabil. Setakat ini pada tinjauan penulis blog bahan yang di buat daripada genting tanah liat dilaporkan paling sesuai (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu ada juga struktur tambahan bangunan yang perlu dibina. Antara beberapa struktur tambahan yang perlu disediakan di dalam atau di sekeliling rumah walet ialah pintu utama untuk pengusaha keluar masuk, lubang keluar-masuk burungwalet, lubang ventilasi dan pagar rumah untuk keselamatan. Pintu untuk pengusaha berukuran biasa perlu dibuat satu untuk peternak burung walet masuk dan keluar menguruskan tugas-tugas di dalam rumah burung walet. Pintu itu perlu dibuat dengan kuat dan kukuh bertujuan untuk mencegah dari penceroboh atau pencuri sarang burung. Sementara itu perlu ada lubang keluar-masuk burung walet di rumah baru biasanya dibuat berukuran tinggi 60cm dan lebar 80cm. Selalunya lubang ini di buat lebih kurang 50 cm di bawah siling dimana ia dibina dengan terarah keutara atau ke selatan. Apabila jumlah yang banyak burung walet telah mendiami rumah itu maka kemudian lubang itu diperkecilkan sehingga ukuran 15 cm x 40 cm atau 12 cm x 80cm. Ia adalah untuk tujuan mengelakkan gangguan daripada musuh walet dan keselamatan.


Selain itu penting diadakan komponen lain iitu Lubang Ventilasi. Lubang ini adalah lubang pengudaraan dimana ia perlu juga dipasang di dalam rumah walet untuk memastikan peredaran udara di dalam rumah untuk kesihatan dan keselesaan burung walet. Lubang ventilasi dapat dibuat dari paip PVC berbentuk ''L'' atau sesuai dengannya (Sila lihat foto disebelah). Lubang ventilasi perlu ditutup dengan jaring-jaring halus supaya binatang lain tidak boleh masuk menganggu burung-burung walet. Sebaiknya paip L  yang dipasang menghadap ke bawah supaya sinaran cahaya tidak menganggu burung-burung walet didalam rumahnya, Paip PVC ini boleh dipasang dengan jarak setiap 5 meter atau mengikut keperluan rumah. Selian itu disebabkan juga sarang burung walet sangat berharga di pasaran maka ada kejadian kes dimana pencuri suka mencerobohi rumah walet. Perlu dipasang sistem pagar kuat dan tinggi patut didirikan di sekeliling rumah walet. Ada setengah pengusaha burung walet mengorek parit yang sungguh dalam di luar pagar juga. Bagi tujuan itu penulis blog dapati pngusaha menggunakan pintu besi dengan melebihi 5 jenis kunci pintu berjenama yang taha lask. Selin itu sesetengah pengusaha telah memasang CCTV yang membolehkan pengusaha memantau menggunakan Hand phone shaja setiap masa. Kes mencuri ini membolehkan pengusaha kerugian banyak dan ia perlu dikwal oleh pengusaha melalui lawatan pemantauan selalu kerumah sarang burung walet. Semuga artikel ini memberi info kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!...
RUMAH WALET... ADA KOMPPONENNYA...
LANTAI DISIMEN... BINGKAI DIDALAMNYA...
PLAT ALUMINIUM... TAHAN STRUKTURNYA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Bandar Baru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(25 Rejab 1437H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...