SESSI TOWN HALL LPNM 2018 atau pun dalam bahasa mudah sebagai Sessi BualBicara LPNM dengan DS KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah diadakan pada 14 April 2018 di Pejabat LPNM Pontian, Johor. Ini merupakan salah satu kaedah pendekatan diantara pihak pengurusan tertinggi MoA dengan ramai kakitangan LPNM dilapangan. Seramai lebih dari 150 pelbagai lapisan pegawai hadir didalam majlis ini walau pun dilaksanakan pada petang Hari Jumaat (Hari Cuti di Johor). Turut hadir dalam program ini adalah Ketua Pengarah MAQIS, Pengarah Unit Agropreneur Muda MoA, Pengarah Pertanian Johor, Pengarah LPP Johor, Pengarah MARDI Johor, Ketua-ketua Jabatan MoA peringkat daerah Pontian. LPNM merupakan antara agensi kerajaan di bawah MoA yang membuat program townhall bersama KSU MoA dimana ianya adalah dilaksanakan selain daripada program Sembang Nanas TN50 yang dibuat pada tahun 2017 (Sila klik disini). Beberapa perkara yang dibangkitkan oleh orang muda didalam program TN50 Sembang Nanas telah dibawa dalam sessi townhall LPNM seperti kempen makan nanas, peluang orang muda menceburi tanaman nanas, nanas varieti baru dan pasaran nanas dimasa akan datang. LPNM yang telah menerajui industri nanas negara merupakan agensi yang ditubuhkan semenjak 60 tahun dahulu (1957) yang mana ia beribupejabat di Johor Bahru dengan banyak pejabat-pejabat LPNM seluruh negara. Sebahagian besar pegawai di LPNM terdiri daripada golongan muda yang mana mereka memang mempunyai kemampuan untuk membawa industri nanas negara lebih maju dimasa akan datang. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" program BualBicara (Townhall) diantara KSU Kementerian dengan pegawai LPNM untuk dijadikan bahan bacaan anda.
Program dimulakan dengan acara lawatan pameran berkaitan nanas dan kelapa diperkarangan pejabat. Antara nanas di pamerkan adalah nanas MD2 yang kini menjadi pilihan ramai penanam nanas kerana ia merupakan nanas premium yang boleh dipasarkan dalam negara dan juga pasaran eksport. Beberapa produk proses dari nanas seperti jus nanas, kuih tart dan sebagainya juga dipamerkan. Ketua Pengarah LPNM memulakan bualbicara dengan memperkenalkan LPNM yang berusia 60 tahun dan peranannya masih diperlukan (Sila lihat foto disebelah). Beliau seterusnya menunjukkan foto komitment pengurusan tertinggi mengenai industri nanas dimana daripada Menteri, Timbalan Menteri dan KSU MoA banyak kali buat program turun padang seperti kekebun nanas dan premis IAT Nanas untuk melihat sendiri industri ini berkembang. Seterusnya dipaparkan slide status industri nanas dunia berbanding dengan industri nanas tempatan. Pengeluaran nanas dunia sebanyak 25.43 juta MT pada 2016 berbanding dengan hanya 391,714 MT oleh Malaysia dengan keluasan tanaman nanas dunia seluas 1.022 juta hektar sedangkan di Malaysia hanya 13,148 hektar (1.28% sahaja). Malaysia mendudukki tempat ke 21 sebagai pengeluar nanas dunia. Nilai eksport nanas dunia pula sebanyak USD2.0 billion sedangkan Malaysia mampu mengeksport sebanyak USD44.7 juta atau 2.23% sahaja dan ini memang boleh ditingkatkan pada masa akan datang. Seterusnya dipaparkan 4 idea baru oleh KP LPNM iaitu berkaitan dengan tahap kepakaran pegawai LPNM, mencari varieti nanas baru, industri Bromeliads (tanaman hiasan Bormaliceae) dan juga Kempen Makan Nanas sebagai satu budaya baru. Beliau juga menyentuh beberapa cabaran dalam industri penanaman nanas MD2 seperti strategi mengatasi isu kekurangan benih nanas MD2, dasar dan penanaman nanas dengan benih kultur tisu dan juga masaalah penyakit tanaman nanas nanas MD2. Seterusnya beliau memberitahu akan proses penggabungan LPNM menjadi LPKNM. Akhirnya dibentangkan strategi 'way foward' LPNM seperti meningkatkan kepakaran pegawai pengembangan, mewujudkan semangat kerjasama semua peringkat dalam industri nanas, menjayakan kepercayaan kerajaan dalam industri nanas dan terus menyumbangkan makanan dalam ekonomi negara.
Ketua Setisusaha MoA seterusnya ucapkan tahniah kepada LPNM yang kini telah menjadi tumpuan ramai pekebun dan pemain industri pertanian pada masa kini. Ini disebabkan nanas telah dikenalpasti sebagai satu cabang Sumber Kekayaan Baru (SKB) Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam belanjawan negara 2018. SKB ini menerima peruntukan sebanyak RM9.6 juta untuk nanas, RM25.5 juta untuk kelapa, RM4.3 juta untuk Kulinari dan RM8.8 juta untuk Tenusu. Selain itu SKB lain adalah Madu kelulut, Sarang Burung Walet dan Durian (RM0.6 juta) menjadikan jumlah keseluruhan menjadi RM188.8 juta untuk tahun 2018. Industri nanas telah diberikan peruntukkan yang agak besar untuk memajukan pengeluaran nanas segar bagi tujuan pasaran tempatan dan eksport. Beliau seterusnya nyatakan buah nanas sahaja yang konsistent dikeluarkan sepanjang tahun di Malaysia dimana ia merupakan 23.5% daripada keseluruhan jumlah pengeluaran buah-buahan yang dihasilkan sebanyak 1.664 juta metrik tan pada 2017 di Malaysia. Buah-buahan lain seperti betik mengalami serangan penyakit Papaya Dieback dan PSRV, Pisang diserang penyakit Moko, Limau Manis sudah lama kurang ditanam kerana diserang CGD (Citrus Greening Disease) serta masaalah konsistensi pengeluaran buah-buahan bermusim adalah tidak menentu. Hasil Nanas bagaimana pun menunjukkan prestasi baik dimana jumlah pengeluaran dan luas kawasan penanaman terus meningkat dengan ramai pengusaha muda yang berminat menanam nanas. Kini nanas bukan lagi ditanam diatas tanah gambut malahan ramai mengusahakan nanas kini menanam nanas diatas tanah mineral dan ada yang menanamnya di kawasan tanah tinggi. Terdapat 4 lokasi penanaman nanas tanah tinggi pada masa ini yang menunjukkan prestasi peringkat awal yang memberangsangkan seperti di Kg Konkoi di Jelebu, Seri Menanti di Negeri Sembilan, Kg Wang Dalam di Baling, Kedah dan Kg Padang Pan di Lundu, Sarawak. Industri nanas MD2 dikawasan tanah mineral mendapat sambutan sangat menggalakkan kerana nanas ini mampu menghasilkan pendapatan sekitar RM5,000 sebulan jika dijaga dengan baik.
DS KSU seterusnya menyatakan strategi bagaimana industri nanas dan kelapa akan digabungkan dalam satu badan atau organisasi berasaskan akta LPNM sedia ada. Permintaan kelapa masa kini adalah sebanyak 650,000 biji setahun dan akan meningkat kepada 1 billion biji menjelang 2020. Malaysia hanya mampu mengeluarkan sebanyak 550 juta biji kelapa setahun dan bakinya 100 juta diimport dari negara Indonesia terutama untuk sektor perkilangan memproses kelapa. bagaimana pun jumlah kuota import kelapa pada tahun 2017 telah meningkat kepada 170 juta biji akibat pengeluaran kelapa tempatan berkurangan dan keperluan kilang memproses kelapa meningkat. Pada masa ini pokok kelapa sedia ada sudah tua (senile tree) dengan ianya ditanam oleh pekebun-pekebun kecil yang luasnya kurang daripada 4 ekar dikawasan tumpuan seperti di Perak, Selangor, Johor serta Sabah dan Sarawak. Kementerian Pertanian mensasarkan program pembangunan kelapa dengan serius dimana akan menanam kelapa melalui Program Tanaman Baru seluas 2,500 hektar, Pemulihan kawasan kelapa seluas 9,900 hektar dan Program Intergrasi Kelapa seluas 900 hektar menjelang tahun 2020. Program ini perlu dilaksanakan dengan cata menentukan bekalan benih kelapa mencukupi dan jika perlu mengimport benih kelapa berkualiti untuk dimajukan secara komersil. Semenjak diwar-warkan kelapa sebagai satu cabang Sumber Kekayaaan Baru sebenarnya kini telah banyak permohonan pekebun dan usahawan untuk menanam kelapa. Ini termasuk pemilik ladang kelapa sawit yang ingin menukar tanamannya kepada kelapa jika mendapat insentif dan penjelasaan yang sebenar. Penanaman kelapa secara estet hanya tinggal 2 buah estet sahaja iaitu 2 di Perak dan satu di Pahang. Keperluan kelapa untuk kilang terus meningkat dan perlu ada pelan tindakan pembangunan kelapa yang terancang.
Seterusnya KSU menyentuh mengenai cadangan untuk penubuhan Lembaga Perindustrian Kelapa dan Nanas Malaysia (LPKNM). Kementerian akan menyediakan draf Rang Undang-undang (RUU) dengan meminda akta nanas dimana kini didalam peringkat dokumentasi. Peruntukan khas penubuhan lembaga baru ini akan digunakan untuk proses penggubalan akta baru ini. Lembaga Baru ini sebaiknya perlu menyusun semula pengurusan pentadbirannya dengan ia gunakan kakitangan sedia ada dan mungkin ada tambahan pegawai mengikut zon dan tanaman. Dijangka penubuhan lembaga baru ini boleh selesai menjelang suku penggal pertama 2019 untuk lembaga baru ini boleh beroperasi. Perlaksanaan pembangunan kelapa akan terus berlangsung dimana ianya terus melibatkan pelbagai Jabatan dan Agensi dalam masa akta baru ini digubal iaitu melibatkan Jabatan Pertanian, MARDI serta lain-lain organisasi. Apa yang penting adalah komoditi kelapa dan nanas dipastikan akan terus menyumbangkan bekalan makanan dan menyumbang kepada KDNK negara. Pada masa ini industri nanas menyumbang sebanyak RM550 juta (Lebih setengah billion ringgit). Sessi townhall seperti ini memberi ruang kepada pegawai-pegawai untuk berinteraksi dimana sebanyak 4 soalan dibangkitkan. Antaranya seperti mengenai potensi keperluan mencari varieti baru nanas, bagaimana langkah untuk meningkatkan kepakaran pegawai nanas kepada komoditi baru kelapa, bagaimana kaedah pengoperasian tanaman intergrasi nanas dan kelapa dan beberapa lagi. Semuga artikel dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.
ISU-ISU DIJELASKAN..DIDENGAR NYATA..
KINI HANYA NANAS.. NANTI ADA KELAPA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pejabat LPNM Pontian,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(1 Syaaban 1439H).

SESSI TOWNHALL... LIBATKAN SEMUA...
DIBERI PENERANGAN...INFO DITERMA...ISU-ISU DIJELASKAN..DIDENGAR NYATA..
KINI HANYA NANAS.. NANTI ADA KELAPA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pejabat LPNM Pontian,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(1 Syaaban 1439H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.