NANAS MERAH JAMBU atau pun NANAS PINK (Pink Pineapple) merupakan satu jenis nanas yang mungkin akan mendapat permintaan yang baik dikalangan pengguna dimasa akan datang. Nanas Pink ini mempunyai isi daging didalamnya berwarna MERAH JAMBU (PINK) berbeza dengan nanas biasa yang selalunya berwarna kuning emas atau keputihan sahaja. Nanas ini direkacipta oleh saintis melalui Pengubahan Genetik (Genetically Modified) yang dipunyai oleh Del Monte Fresh atau Del Monte Plantation. Ia kini ada ditanam di Hawai dan Jamaica untuk dijadikan nanas yang unik. Uniknya buan nanas pink ini telah lama diluluskan dan disahkan selamat dimakan oleh manusia dari pihak FDA di USA yang membuat kajian terhadap nanas pink ini semenjak tahun 2016 lagi (The FDA approved the fruit for consumption back in December 2016 and assured consumers that the pink color, though created through genetic modification, is totally safe to eat). Apa pun penjualan nanas pink ini masih belum dikomersilkan lagi. Daripada beberapa jurnal yang penulis blog rujuk ada dinyatakan kualiti nanas pink ini lebih manis selain daripada warnanya yang menarik iaitu PINK (Sila lihat foto paling atas sekali). Kali pertama penulis blog dapat info secara tidak sengaja didalam beberapa lamanweb yang berkaitan nanas dan mendapatkan infonya secara serius dalam beberapa minggu. Nanas Pink ini adalah dari jenis nanas biasa yang boleh dimakan isinya dan bukan dari jenis Bromeliads yang dijadikan jenis tanaman hiasan (ornamental). Artikel petang Jumaat ini sambil menonton Berita Nasional Jam 5 TV1 saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' berkaitan sejenis nanas iaitu Nanas Pink yang unik untuk rujukkan anda semua.
Nanas Pink ini sebanar dibuat sebegitu rupa dengan cara menggunakan ''Pingment Pink'' berada dalam buah nanas dikenali sebagai ''Lycopene'' iaitu pewarna pigment yang sama didalam buah Tembikai (Citrullus lunatus) dan Buah Tomato (Lycopersicum esculentum). Ia menyebabkan buah nanas ini lebih manis dan citarasa kurang asidik untuk nanas jenis ini berbanding dengan nanas biasa. Kajian juga menunjukkan dimana nanas pink juga mengeluarkan bahan enzim jenis seperti Bromelain yang kurang dari nanas biasa. Ada juga dakwaan bromelian mungkin boleh menyebabkan rasa lidas pada buah nanas tertentu. Pokok nanas jenis ini juga ada yang warna kulit buahnya kuning pada peringkat awal pembentukkan buah jenis ini. Anda mungkin akan tertarik pada pokok nanas jenis ini untuk dijadikan tanaman ornamental. Nanas ini tidak sama dengan nanas jenis Red Spanish yang memang buah dan daunnya berwarna merah (Sila lihat foto disebelah). Nanas Pink sebaliknya mempunyai warna kulit luarnya masih hijau semasa ia muda dan akan menjadi kuning kehijauan atau kuning sepenohnya apabila ia masak (Sila lihat foto paling atas sekali). Pada penulis jika warna hasil tumbuhan ini ada warna kemerahan atau pink lazimnya mengandungi bahan Anthocyanin yang baik untuk kesihatan. Bilakah agaknya nanas pink ini akan dibawa masuk ke Malaysia untuk ditanam secara komersil dan dijual dipasaran. Nanas pink ini amat menarik jika dihidangkan bersama nanas isi putih (Yankee), Nanas Isi Warna Kuning Keemasan (MD2, Josapine dll) dan juga Nanas Pink.
Syarikat Del Monte telah membuat kajian oleh saintis mereka dan sampel nanas pink ini telah diperiksa oleh FDA USA. Didakwa dimana syarikat ini telah mengubah DNA dengan teknik kejuruteraaan genetik (engineered genetically) untuk dihasilkan kadar enzim rendah mengubah pigment lycomene kuning kepada pigment merah jambu. Selain daripada telah ditanam di Jamaica dan Hawai, syarikat Del Monte merancang menanam nanas ini di Costa Rica secara komersil kelak. Nanas ini akan diberikan label khas dinamakan sebagai ''Nanas Pink Lebih Manis'' atau dalam bahasa Inggeris sebagai ''Extra sweet pink pineapple''. Nanas ini iwalau pun melalui proses perubahan GMO tetapi didakwa ia adalah selamat dimakan bagaimana pun untuk tujuan jualan ia perlu dilabel sebagai GMO. Manusia telah menjalankan pembiak baka tumbuhan sejak beribu-ribu tahun dahulu secara konvensional (selective breeding) dan cara moden. Kini pembiakbakaan melalui ''kejuruteraan Genetik'' memang perlu dilakukan untuk memdapatkan bahan tanaman yang mampu memberikan hasil tinggi, tahan serangan perosak dan penyakit, lasak dari masaalah iklim dan cuaca. Kekurangan tanah pertanian dan pertambahan penduduk menyebabkan bahan tanaman dari GMO ini merupakan alternatif terbaik mengatasi masaalah krisis makanan.
Pihak FDA USA yang membuat kajian mengani nanas pink ini telah meluluskan nanas pink sebagai selamat dimakan dari Syarikat Del Monte (Sila anda lihat foto disebelah). Kajian biakbaka yang bermula semenjak 2005 ini hanya mendapat kelulusan pada tahun 2016 iatu 11 tahun pnyelidikan dijalankan. Memang telah ada perancangan syarikat Del Monte untuk melabelkan nanas ini sebagai Nanas Bunga Mawar (Rose Pineapple) dimana ia kini masih diperingkat niche market sahaja. Warna merah jambu yang disuntik kedalam buan nanas ini membolehkah lycopene pigment menjadi daya tarikan khusus nanas ini. Dalam beberapa aktiviti promosi oleh Syarikat Del Monte memperkenalkan nanas ini di USA mendapat respon yang berbeza-beza dikalangan pengguna. Bukan mudah untuk mendidik pengguna membeli nanas pink ini terutama apabila ada yang menolak nanas ini kerana ia merupakan produk GMO didalamnya. Apa pun temuan berkaitan nanas pink ini diharap kita rakyat Malaysia akan menunggunya sahaja. Jika ada syarikat yang hendak memperkenalkan nanas pink ini di negara kita perlu dibut penelitian dahulu ditakuti nanas GMO ini akan memudharatkan manusia. Semuga tulisan ini dapat sedikit sebanyak telah mendapat info dari blog anim agro technology mengenao nanas pink. Wasallam!!!...

NANAS MERAH JAMBU... PINK WARNANYA....
SYARIKAT DEL MONTE... YANG CIPTANYA...
MENGUBAH WARNA PIGMENT... CARANYA...
NANAS YANG BERKUALITI... ADA DI USA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(6 Syaaban 1439H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.