TANAMAN NANAS (Ananas comosus) dan KELAPA (Cocos nucifera) merupakan tanaman industri yang mampu dalam memberikan penghasilan baik kepada pengusahanya. Kelapa adalah tanaman saka yang boleh memberikan hasil dalam jangkamasa memang lama sehingga melebihi 50 tahun sementara nanas merupakan tanaman buah singkat masa memberi hasil dalam masa setahun lebih. Kombinasi diantara dua tanaman ini secara intergrasi mampu dijadikan model terbaik untuk petani dan pemilik estet (Sila lihat foto diatas). Walau pun dahulu intergrasi tanaman nanas dengan kelapa merupakan satu permandangan biasa di Johor tetapi kini agak sukar untuk melihatnya. Ini kerana telah banyak kawasan kelapa telah ditukarkan kepada tanaman kelapa sawit secara besar-besaran semenjak pengenalan tanaman kelapa sawit secara komersil di Malaysia kepada pekebun kecil. Tanaman kelapa sawit (Elaeis guineensis) ini menjadi pilihan pekebun kecil kelapa dan pekebun kecil getah iaitu dikawasan kampong tradisional kerana tanaman ini menjana pendapatan mereka dan jaminan pasaran memang ada. Penulis blog masih belum pernah mendengar buah kelapa sawit tidak boleh dijual cuma yang ada selelu diperbualkan adalah turun naik harga komoditi sawit. Kawasan untuk penanaman kelapa terus menurun saban tahun semenjak program pemulihan tanaman kelapa (RPSKK) dihentikan pada awal tahun 1980'an. Semenjak itu ramai pekebun kecil kelapa yang dikatakan antara gulongan berpendapatan rendah sektor pertanian menukar bidangusaha mereka. Kelapa Malayan Tall (CN1) merupakan varieti yang mereka tanam waktu itu sehingga kini walau pun pokoknya sudah tua masih berhasil lagi. Begitu juga dengan tanamn nanas yang dahulu ditanam untuk diproses menjadi nanas kaleng (nanas dalam tin) kini mula berubah kepada jenis varieti nanas untuk makan segar. Kawasan tanaman nanas juga banyak telah dirukar kepada tanaman kelapa sawit termasuk beberapa estet nanas di Johor yang kini menjadi ladang sawit. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai potensi tanaman intergrasi kelapa dangan nanas untuk dikembangkan sebagai satu usaha meningkatkan pengeluaran makanan negara.
Kelapa ada dua jenis yang sesuai ditanam di negara kita iaitu Jenis Kelapa Tinggi (Tall Variety) dan Jenis Kelapa Renek (Dwarf Variety). Jenis ketiga yang kini mendapat permintaan tinggi dikalangan penanam kelapa adalah Jenis Kelapa Hibrid (Hybrid Variety). Kelapa hibrid lazimnya kacukan diantara kelapa tinggi dengan kelapa renek dari varieti tertentu dimana jenis ini biasanya mempunyai ciri cepat mengeluarkan hasil, hasil yang tinggi serta tahan serangan perosak. Bagi kelapa tinggi ia biasanya ditanam dengan jarak tanaman 9 meter x 9 meter yang memberikan kepadatan sebanyak 172 pokok sehektar. Kelapa Renek pula sesuai ditanam dengan jarak penanaman 6 meter x 6 meter dimana ia memberikan kadar kepadatan tanaman 272 pokok sehektar. Bagaimana pun untuk tujuan tanaman intergrasi dengan nanas maka jarak penanaman ini perlu disesuaikan seperti mengekalkan jarak 9m x 18 m bagi kelapa tinggi dan 6 m x 12 meter bagi kelapa renek (Sila lihat foto disebelah). Ini membolehkan ada ruang diantara barisan tanaman kelapa yang sesuai untuk nanas mendapat cahaya matahari mencukupi dan ruang untuk kerja pengurusan tanaman yang sesuai. Susunan untuk barisan tanaman kelapa sebaiknya diatur dari timur kebarat untuk matahari memberikan sinar kepada tanaman nanas dari pagi sehingga kepetang. Ini juga membolehkan tanaman nanas akan menjadi subur dan diberikan ruang mencukupi untuk menghasilkan buah diantara 12 - 16 bulan bergantung kepada varieti dan amalan agronomi penanaman.
Dinegara jiran seperti di Pulau Burung, Sumatra, mereka telah menanam nanas dengan intergrasi kelapa secara estet seluas beribu-ribu ekar diatas tanah gambut (Sila lihat foto disebelah). Projek ini boleh dijalankan di negara kita terutama kawasan tanah gambut yang amat luas di Negeri Sarawak dan beberapa negeri lain sebagai satu pendekatan perladangan komersil. Jenis kelapa yang ditanam adalah berjauhan diantara barisan dimana ini membolehkan kawasan lapang ditengah-tengahnya sesuai untuk penanaman nanas. Kaedah ini amat sesuai untuk kawasan tanah pamah yang rata dengan mempunyai sisten infrastuktur jalanladang dan sistem perparitan yang juga sempurna. Di negara jiran mereka mempunyai banyak varieti nanas yang ditanam untuk tujuan makan segar,nanas untuk diproses dan juga nanas untuk dikaleng atau keduanya. Kini ladang kelapa sawit yang telah tua diatas tanah gambut yang rata boleh diubah kepada ladang kelapa dengan integrasi nanas dimasa akan datang. Ini kerana daripada anggaran kiraan cashflow tanaman industri, pendapatan daripada tanaman kelapa dan nenas atau intergrasi diantara keduanya mampu memberi pulangan dengan jumlah lebih tinggi daripada komoditi kelapa sawit. Beberapa insentif untuk pihak estet yang menanam sawit kepada intergrasi kelapa dengan nanas mungkin boleh diujudkan seperti bantaun benih tanaman dan juga khidmat kepakaran teknikal. Insentif pasaran eksport komoditi ini juga mempunyai masa depan cerah jika hasil ladang berkualiti.
Beberapa jenis atau varieti nanas yang kini sesuai dipasarkan eksport dengan mudah seperti Nanas Josapine, Nanas MD2, Nanas N36 dan beberapa lagi. Nanas Maspine juga mempunyai pasaran baik untuk domestik. Mungkin ada varieti nanas baru yang boleh ditanam dibawah tanaman kelapa sedia ada yang memerlukan cahaya matahari yang sedikit akibat terlindung dengan naungan pokok kelapa sedia ada. Ini mencerahkan pemilik kebun kelapa tradisional yang ada kawasan lapang dibawahnya. Pastinya nanas jenis boleh hidup subur dibawah naungan kelapa sesuai untuk diproses atau tujaun di keleng kerana berkemungkinan ia kurang manis (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog percaya terdapat beberapa model tanaman intergrasi tanaman kelapa dengan nanas yang sesuai diperkenalkan kepada usahawan baru. Model Pertama dimana untuk kawasan tanah kosong direkabentuk untuk dijadikan tanaman baru dimana kelapa ditanam dengan jarak yang jauh dtengahnya ditanam nanas. Ia memerluka kos awalan agak tinggi. Model Ke 2 adalah kawasan tanaman nanas sedia ada dimasukan tanaman kelapa terutama dibahagian tepi kebun atau ditengah kebun nanas secara betul. Model ke 3 adalah bagi kawasan kebun kelapa sedia ada dimana kawasan lapang diantaranya boleh dimasukkan dengan nanas yang bersesuaian. Bagaimana pun penulis blog percaya tanaman intergrasi kelapa nanas boleh dilaksanakan di negara kita dengan perancangan yang betul dan pakej amalan agronomi dan pengurusan ladang yang sesuai. Apa pun pasaran untuk kedua-dua komoditi iniperlu dirancang dengan baik. Semuga tulisan ini mampu memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

MENANAM NANAS... ADA TANAM KELAPA...
DITANAH PAMAH... PERMUKAANNYA RATA..
KELAPA DIJARAKKAN...NANAS TERBUKA...
PELBAGAI MODEL... IANYA BOLEH DICUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 510, Hotel Marriot,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(2 Syaaban 1439H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.