TEBU (Saccharum officinarum Linn) merupakan sejenis tanaman singkat masa yang ditanam untuk mendapatkan airnya yang manis daripada keluarga Graminae. Laporan Jabatan Pertanian menyatakan terdapat seluas 2,300 hektar tanaman tebu kuning di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 45,500 mt pada tahun 2013. Kawasan utama pengeluaran tebu kuning adalah di Johor dan Negeri Sembilan. Di Johor kdikenalpasti Daerah Muar dan Baru Pahat merupakan dua kawasan dimana penanaman tebu kuning sangat aktif dengan sistem pemasaran secara ladang kontrak yang cekap. Kini pengekspotan tebu kuning segar ke Singapura telah dimodenkan dengan pengekspot akan memotong tebu sepanjang 40 - 50 cm setiap batang dan dimasukkan kedalam kotak. Anda boleh baca artikel berkaitan dalam penulisan saya sebelum ini bertajuk TEBU EKSPOT (Sila klik disini). Penanaman tebu bukan satu perkara yang senang dan tidak terlalu sukar juga. Amalan Agronomi yang seperti Pakej Amalan Teknologi Tanaman Tebu yang diterbitkan oleh Jabatan Pertanian boleh dirujuk dengan mudah. Bagaimana pun pada pengalaman dan pendangan penulis, perkara penting yang perlu kita faham adalah pengengenalan musuh dan perosak serta cara kawalannya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai perosak dan penyakit pada tanaman tebu kuning yang ditanam secara komersil dan kaedah kawalan.
1) PENGOREK BATANG
Ulat Pengorek Batang (Eucosma isogramma) merupakan musuh utama dalam industri tanaman tebu. Ulat ini mnyerang batang tebu pada semua peringkat penanaman dimana kita boleh melihat tanda serangannya apabila terdapat najis pada daun dan pucuk. Pada bahagian batang juga akan dilihat berlubang-lubang dengan jelas. Ulat ini menyebabkan batang tebu yang diserang tidak sesuai untuk dipasarkan. Musuh utama tanaman tebu ialah ulat pengorek batang terutama dikawasan penanaman tebu yang berulang-ulang dikawasan sama. Beberapa spesies ulat pengorek batang tebu yang dikenali ialah seperti Eucosma isograma, Phragmatacia spp dan Proceras sacchariphagus perlu dikawal. Kawalan ulat pengorek batang ini adalah dengan amalan kultura yang baik dimana pokok-pokok yang diserang hendaklah dimusnahkan di samping kawalan secara biologi dan kawalan kimia.
2) KOYA
Koya Saccharicoccus sacchari adalah juga musuh utama tanaman tebu. Koya sering merosakkan tanaman tebu dengan menghisap cairan menyebabkan kualiti seludang tebu menjejaskan pertumbuhan. Serangan koya menyebabkan ujud warna putih pada daun tebu disamping kelihatan jelaga hitam pada seludang. Selain itu koya akan merembeskan cecair manisan dan akan menyebabkan tumbuhnya sejenis kulat berwarna hitam yang menjejaskan kadar pertumbuhan. Agen seperti semut dan kerengga merupakan agen pembawa koya dan kulat kepada seluruh bahagian pokok yang belum lagi diserang. Pengawalannya adalah dengan memusnahkan seludang tebu yang diserang.
3) ANAI-ANAI
Anai-anai (Termites) merupakan sejenis serangga dalam order Blatodea sama dengan kumpulan semut daripada keluarga Termitidae. Serangga ini sering mendiami kawasan tanah yang poros dengan banyak bahan organik sebagai bahan makanan seperti ranting, daun reput, tunggul kayu dan sebagainya. Anai-anai juga menyerang tanaman tebu dengan memakan isi tebu yang dapat diligat tandanya apabila ada kesan tanah pada batang tebu. Ia perlu dikawal dengan menggunakan racun seperti Nurelle Regent. Semburan dilakukan pada pangkal rumpun tebu dengan menggunakan racun chloriphyphos mengikut kadar yang disyorkan.
4) PENYAKIT 'SMUT'
Penyakit Smut terdapat pada bulir atau terdapat struktur berwarna hitam timbul pada bahagian pucuk tebu yang diserang dimana menyebabkan pokok tebu terbantut. Penyakit ini boleh dikawal dengan cara pemilihan benih tanaman yang sihat. Kaedah penggiliran tanaman juga mengurangkan risiko serangan. Benih tebu juga boleh dirawat dengan racun kimia sebelum ditanam.
5) PENYAKIT JALUR PERANG
Penyakit ini adalah penyekit yang menyerang tebu dengan tanda kesan perang-kemerahan pada daun dan upih daun. Tidak terdapat kaedah kawalan berkesan dilakukan kecuali dengan membuat daun yang diserang dan musnahkan.
6) PENYAKIT 'RATOON STUNTING'
Penyakit ini disebabkan oleh bakteria dikenali dengan nama 'Clavibacterxyli' yang mana tanda serangan apabila terdapat tanda merah pada ruas dan keseluruhan pertumbuhan pokok adalah terbantut. Tidak ada bahan kimia yang dapat digunakan untuk kawalan tetapi pastkan kita menggunakan bahan tanaman yangbebas bakteria dan sebaiknya dirawat dahulu bahan tanaman sebelum ditanam. Apabil telah dikenalpasti terdapat beberapa rumpun dikebun yang diserang dengan penyakit ini disyorkan dengan segera tebang dan musnahkan rumpun tersebut. Artikel diatas memberikan penerangan beberapa masaalah serangga perosak dan penyakit yang lazim dijumpai dikawasan penanaman tebu.
Bagaimana pun bagi tanaman tebu pendekatan terbaik dalam menguruskan masaalah serangan serangga perosak dan penyakit adalah dengan pengamalan Kawalan Perosak Bersepadu (IPM). Kurangkan atau elakkan penggunaan sebarang racun kimia dalam pengurusan tanaman. Tebu di negara kita lazimnya dijual untuk diproses menjadi air tebu yang diminum terus selepas diperah dari batang tebu. Bayangkan apa akan terjadi kepada mereka yang minum air tebu yang mengandungi sisa baki racun kimia didalamnya?. Tebu adalah tumbuhan keluarga Graminae yang cepat membawa segara bahan kimia daripada tanah atau semburan untuk disimpan dalam batang tebu. Ketika kita minum air tebu memang enak sekali terutama kehausan pada waktu tengahari atau berbuka puasa. Bagaimana anda memeriksa kandungan sisabaki racun kimia dalam air tebu?. Jawablah sendiri. Wasallam!.
PENYAKIT TEBU... ADA BERAPA....
ULAT KOREK BATANG...JAGA-JAGA...
PERLU DIKAWAL...JUAL BERHARGA....
KALAU ROSAK...PETANI KECEWA....
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Tebu,
Sungai Balang,
Muar, Johor,
Malaysia.
(17 Jamadilakhir 1435H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.