Support My Blog

Saturday, April 26, 2014

MADU LEBAH - APA DIA

MADU LEBAH (Honey Bee) merupakan satu manisan yang ramai diantara kita pernah dengar, kenal atau biasa untuk mengambilnya sebagai makanan berkhasiat. Madu Lebah sebenarnya adalah sejenis manisan yang dihasilkan oleh serangga lebah madu diambil daripada banyak nektar pada bunga. Proses penukaran nektar bunga kepada madu lebah yang disimpan dalam kom lebah memerlukan masa agak lama. Madu lebah mengikut saintis merupakan makanan yang disimpan oleh koloni lebah sebagai 'stok simpanan makanan' untuk koloninya. Ia akan dikumpul dengan banyak pada musim bunga sebaliknya akan diambil sebagai bahan makanan semasa musim tidak banyak bunga atau tiada bunga. Kepelbagaian madu lebah terhasil daripada lebah madu (Dari genus Apis) dimana di Malaysia ada tiga (4) kumpulan  iaitu Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Tualang (Apis dorsata), Lebah Impot (Apis mellifera) dan Lebah Kelulut (Trigona spp). Kebanyakan jenis lebah ini adalah spesis lebah yang boleh diternak kecuali Lebah Tualang. Bergantung kepada jenis bunga dan persekitarannya, saya yang pernah aktif dalam industri perlebahan negara telah mendapati kualiti madu bergantung kepada jenis bunga dikunjungi. Madu dari kawasan kelapa berbeza dari segi warna, aroma dan kualiti dengan madu dari kawasan pokok gelam dan kawasan ladang nenas. Begitu juga dengan madu dari kawasan pokok Rumput Israel (Asystasia gigantica) dan juga kawasan kebun buah-buahan. Madu yang dihasilkan oleh lebah dan serangga lain mempunyai sifat berlainan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apa dia madu lebah dan beberapa info berguna untuk bacaan dan rujukkan anda.


Terdapat banyak jenis madu dipasaran masa kini dengan pelbagai jenama dan negara pengeluar. Kebanyakan rakyat Malaysia masih kurang kenal akan kualiti madu yang dijual sama ada ia MADU ASLI atau MADU TITUAN. Laporan daripada pakar perlebahan menyatakan lebih 60% madu yang dijual dipasaran adalah PALSU atau MADU TIRUAN. Benarkah kenyataan ini?. Kita tahu industri lebah madu di Malaysia masih ditahap belum maju dan jarang-jarang kita dapat melihat usahawan madu berskala besar dinegara kita. Tahap pengeluaran madu lebah sekitar kurang daripada 2.5 mt setahun sedangkan yang dijual dipasar berganda banyaknya. Dari manakah penjual madu mendapat bekalannya?. Kini pengeluaran madu lebah semakin berkurangan kerana proses pembangunan dan masaalah jerebu yang menganggu penghasilan dan pengeluaran lebah madu.


Sering juga berkisar dikepla kita apa Madu Terbaik Untuk Dibeli?. Ketika kita keruangan pameran produk madu di pasaraya, terdapat banyak jenama dan pilihan untuk kita memilih produk madu. Kita perlu membaca dan membelek setiap produk  madu dan kita sering bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan seperti (1) Madu yang mana kita nak dibeli? (2) Madu mana yang terbaik? (3)Brand apa yang patut dibeli? (4) Apa perbezaan madu asli dan madu mentah? (5) Adakah madu asli atau madu mentah lebih baik? (6) Di mana boleh dapatkan madu berkualiti tinggi? (7) Adakah madu tempatan atau import yang lebih baik? (8) Nektar debunga mana yang lebih baik?. Lama-lama kita hanya akan terpikat untuk membeli madu lebah yang mempunyai bungkusan atau pakcaging yang menarik dan kelihatan cantik dimata kita. Berdasarkan persoalan di atas kita boleh kenal serba ringkas tentang madu terbaik untuk dimiliki oleh setiap rumah di Malaysia.


Madu Lebah terhasil dari 2 aspek utama iaitu nektar debunga dan jenis lebah. Nektar debunga terdapat dalam dua bentuk iaitu bermusim dan sepanjang tahun (tidak bermusim). Sedarkah kita 90% bahawa madu lebah yang dihasilkan termasuk madu Tualang adalah dari nektar debunga bermusim. Permasalahan di sini ialah madu tidak dapat dihasilkan secara konsiten dan kualitinya juga tidak konsisten berikutan hasil debunga-debunga yang berlainan. Oleh sebab yang demikian, banyak madu yang dijual dipasaran tidak mempunyai dan mempamerkan nutrisi lengkap serta mempunyai tarikh luput akibat campuran bahan lain yang boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh manusia. Nektar debunga sepanjang tahun adalah seperti nektar dari pokok Acacia (Acacia mangium) yang terdapat banyak di Johor dan Sabah. Nektar debunga sepanjang tahun dapat menghasilkan dan menjamin kualiti dan kuantiti madu yang baik dan terbukti dari segi saintifik seperti yang terkandung dalam ebook Rahsia Madu Acacia. Jenis lebah juga mempengaruhi kualiti madu terutama sekali pada jumlah kandungan air di dalam madu. Lebah terbaik adalah dari jenis Apis Mellifera yang bermaksud ‘Lebah Pemburu Madu’. Lebah spesis bersaiz 10mm ke 20mm ini terbukti unggul dan produktif dalam menghasilkan madu yang berkualiti dan berupayaan menghasilkan madu yang mempunyai kadar air (moisture) yang rendah iaitu sekitar 17-20%. Lebah madu menukarkan nektar kepada madu melalui proses regurgitasi, dan menyimpan ia sebagai sumber makanan utama dalam lilin sel kom dalam haif mereka. Amalan ternakan lebah menggalakkan penghasilan lebihan madu di haif agar lebihan madu tersebut boleh dituai dari koloni.


Madu Lebah mendapat rasa manis daripada kandungan bahan fruktosa monosakarida dan glukosa. Ia mempunyai rasa manis hampir sama dengangula kasar. Bahan ini juga mempunyai sifat kimia yang menarik dan sesuai untuk pembuatan roti dan satu rasa tersendiri yang membuatkan sesetengah orang menyukainya berbanding gula dan pemanis yang lain.  Laporan menunjukkan kebanyakan mikroorganisma tidak hidup dan membesar dalam madu kerana kurangnya aktiviti air iaitu 0.6 dalamnya. Namun kadangkala madu mengandungi bakteria seperti Clostridium botulinum yang dilaporkan merbahaya kepada bayi. Bakteria ini boleh menukarkan bakteria yang menghasilkan racun dalam perut bayi seterusnya menyebabkan sakit dan mungkin membawa kepada kematian. Penggunaan madu dalam sejarah manusia sudah berlaku sejak beribu tahun dulu. Ia sering digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai pemanis dan (bahan) perisa. Ia juga tersebut dalam kitab al-Quran, kitab suci agama Islam serta sebagai simbol kepada sesetengah masyarakat. Madu juga digunakan dalam berbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit.  


Khasiat madu lebah memang banyak diperkatakan semanjak dulukala. Kajian mendapati madu mampu menjadi agen yang mampu membunuh bakteria. Ini kerana ketika lebah menyimpan madu dalam perut, akan terhasil satu protein digelar defensin-1 yang bertindak membunuh bakteria. Ia mampu merencat pertumbuhan bakteria dan ini membolehkan madu dijadikan sebagai agen perawat luka menggantikan bahan kimia seperti iodin. Kajian pembalutan madu (honey dressing) ke atas luka pesakit diabetes juga mendapati tiada perbezaan signifikan dengan cara pembalutan biasa menggunakan iodin. Ini menunjukkan pembalutan madu sesuai untuk dijadikan alternatif selain menggunakan cara dresing konvesional. Madu juga dapat memulihkan luka dengan cepat. Di dalam Al Quran telah tertulis madu lebah memang boleh menyembuh pelbagai penyakit. Kini terdapat beberapa cara mudah untuk mengenalpasti sama ada sesuatu madu itu tulen atau tidak. Pengguna dinasihatkan membeli madu daripada pembekal madu yang boleh dipercayai sahaja agar tidak tertipu. Wasallam!

MADU ASLI ... PERLU DIBELIA...
LIHAT JENAMA...SEMAK KUALITI...
MENYEMBUH PENYAKIT...PASTI...
AMALKAN SELALU..LAMBAT MATI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Ternakan Lebah,
Buit Katil, Melaka,
Malaysia.
(16 JamadilAkhir ) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...