Support My Blog

Monday, April 14, 2014

PEPIJAT - CARA MENGIGIT

PEPIJAT (Climex lectularius) adalah serangga penghisap darah panas yang mengganggu kehidupan kita dan juga haiwan. Serangga ini tidak mempunyai kepak dan bersaiz amat kecil daripada keluarga Cimicidae yang sering berada dikawasan dimana kita sering tidur. Nama lain bagi serangga ini adalah PIJAT-PIJAT atau dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Bed Bugs. Ia tergulung dalam serangga kumpulan Hematophagy iaitu jenis menghisap darah panas untuk makanan dan pembiakan dalam kitaran hidupnya. Saya dapati tidak banyak kajian dan laporan kajian ini dijalankan di negara kita kerana ianya bukan sesuatu yang merbahaya tidak seperti Nyamok Denggi dan juga penyakit lain berpunca daripada serangga. Serangan oleh pepijat tidak menyebabkan kematian dan ianya mudah dikawal tidak seperti serangga lain yang menyerang manusia. Sebenarnya terdapat berjuta-juta pepijat diseluruh dunia yang tinggal didalam sarang burung atau kelawar atau pada haiwan mamalia lain dimana ada yang terus melekat dibadannya. Sebahagian spesis pepijat ini telah melalui adaptasi sehingga boleh berada didalam bilik tidur manusia yang manjadikan manusia sebagai mangsanya. Kini terdapat banyak cara digunakan untuk mengelakkan serangan pepijat ini dengan paling utama adalah kebersihan dan sanitasi dalam bilik tidur. Artikel pagi Ahad ini saya ada mendapat idea menulis mengenai pepijat dalam blog "Anim Agro Technology" untuk dikongsi bersama berdasarkan pembacaan beberapa buku teknikal dan lamanweb.


Pepijat kebanyakannya akan menghisap perumahnya (hosts) ketika mangsanya sedang tidur. Apa yang unik adalah kerana ia akan datang menghampiri badan mangsa dan menghisap darahnya tanpa rasa sakit langsung (painless). Lazimnya mangsa tidak akan rasa apa-apa pun ketika tidur nyenak diatas katil yang mana ia bersarang. Mangsa kadang-kadang akan rasa sedikit gatal semasa digigit tetapi kebanyakannya tetap tidak tahu. Pepijat akan memasukan sedikit cecair (saliva) pada kulit mangsa dan menghisap darah mangsa dengan selesa. Ia lazimnya akan mengulangi mengigit pada mangsa yang sama dengan cecair yang akhirnya akan menyebabkan kesan kemerahan pada kulit seperti berbintat (Sila lihat foto sebelah). Bergantung kepada ketahanan dan sesitiviti kulit mangsa, kesan gigitan boleh menyebabkan perkara lain lebih serius seperti kudis atau bengkak. Apabila rasa gatal maka mangsa akan menggaru sewaktu tidur tanpa disedari dan menyebabkan infeksi seterusnya. Kajian saintis dan pakar mendapati waktu paling aktif pepijat mengigit mangsanya adalah satu (1) jam sebelum matahari naik (awal subuh). Bagaimana pun ia bebas mengigit pada sepanjang malam jika ia sudah lapar tanpa mengira waktu. Lazimnya ia tidak mengigit mangsanya pada waktu siang kerana pepijat amat tidak suka kepada matahari (sunlight).


Pepijat akan menghampiri mangsanya dengan berjalan melalui tilam, tiang katil, dinding atau siling didalam bilik tidur. Pepijat mampu untuk mengesan mangsa melalui haba panas badan mangsa dan juga kehadiran Gas Karban Dioksida (CO2) yang ada pada mangsa yang sedang tidur. Bagi pepijat yang merayap pada siling dan dinding ia akan melompat atau jatuhkan diri kepada mangsa dan terus mengigitnya. Mungkin ramai diantara kita tidak tahu bahawa pepijat akan menyucukan muncungnya (stylet) kepada kulit mangsa dengan mempunyai dua tiub (2 hollow tubes). Satu tiub akan digunakan untuk menyalurkan cecair (saliva) kedalam kulit untuk melalikan gigitan agar tidak dirasai mangsa serta mengandungi anticoagulant agar darah tidak membeku. Satu tiub lagi akan menyedut darah dengan pantas selama 5 minit. Selepas kenyang ia dengan pantas akan beredar masuk kedalam tempat persembunyian semula. Biasanya mangsa akan rasa gatal beberapa minit atau beberapa jam kemudian. Terdapat mangsa yang tidak mengetahui langsung bahawa kulitnya telah digigit pepijat selama beberapa minggu atau bulan. 


Kajian saintis juga menunjukkan pepijat akan menghisap darah  mangsa yang sama (tinggal dilokasi sama) setiap 5-6 hari sekali. Pepijat yang tidak dapat makanan akan menjadi dormat untuk jangkamasa lama sehingga beberapa tahun. Ia akan aktif semula apabila mendapat mangsa baru dan kitaran hidupnya akan bermula kembali. Pepijat lazimnya mempunyai jangkahayat kitaran hidup selama 6 - 9 bulan. Foto diatas saya tunjukkan bagaimana pepijat yang dormat atau lapar akan berubah bentuk badannya dalam beberapa minit sahaja. Ketika lapar pepijat lazimnya berbentuk leper sahaja dan pipih. Apabila ia mula menghisap darah mangsa, dalam masa 3 minit pertama ia menjadi gemuk dan selapas 9 minit badanya akan menjadi panjang berwarna kehita,man dibahagian abdomen. Selepas 12 minit sahaja badannya telah menjadi panjang terutama dibahagian abdomen dan keseluruhan tubuh dan mampu bergerak dengan pantas. Kitaran hidup pepijat ini akan berterusan dan ia menjadi banyak jika tidak dikawal dan ada sumber makanan mencukupi. Sekian kali ini - Baca artikel mengenai kawalan pepijat pada artikel berikut  (Sila klik disini).



PEPIJAT...BED BUGS NAMANYA...
HISAP DARAH...TIDAK DIRASA...
TANDA GATAL...MERAH WARNA...
FAHAMI DIA... ELAKAN HADIRNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Kejiranan Precint 11,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(13 JamadilAkhir 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...