KERJA MENGUPAS SABUT KELAPA (Cocos nucifera) merupakan satu aktiviti pertama selepas memetik buah kelapa. Kelapa Tua yang gugur atau dipetik daripada pokok akan dikumpulkan di satu lokasi untuk proses membuang kulit luar kelapa iaitu SABUT KELAPA dimana kerja ini lazimnya dijalankan secara manual untuk pekebun kecil dan secara mekanisasi jika dibuat oleh ladang-ladang besar (estet kelapa). Sabut kelapa yang dibuang akhirnya akan menghasilkan buah kelapa menjadi kelapa bulat dan akan kelihatan kulit tempurung kelapa yang keras dan mudah untuk diproses seterusnya. Kelapa bulat ini mudah dipecahkan atau dibuang lapisan tempurung (di gelar 'patek kelapa') untuk mendapatkan isi kelapa yang berwarna putih. Buah kelapa bulat ini juga mudah dibawa kepasaran setelah membuang kulit sabut diladang kerana sabut ini mempunyai isipadu yang banyak jika tidak dibuang dahulu diperingkat awal. Artikel subuh Ahad saya menulis teknologi mengupas sabut kelapa untuk dikongsi bersama semua pembaca blog ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis.
Terdapat bermacam alat yang digunakan untuk mengupas sabut kelapa secara manual atau secara tradisional diseluroh dunia. Paling lazim mereka menggunakan alat penyadap iaitu struktur besi tajam seperti 'lembing' yang dipacak diatas tanah atau struktur besi bagi mengukuhkan kedudukannya. Buah kelapa yang masih ada sabut akan di letakkan pada mata besi tajam dan dipulas keluar atau kedalam untuk mengeluarkan sabut kelapa tersebut. Pengalaman saya membuang sabut kelapa dengan alat ini mengambil masa selama 15-20 minit untuk sebiji kelapa tetapi lama kelamaan cuma 7-10 minit sebiji. Mereka yang ada kemahiran tinggi cuma perlukan 2-3 minit sahaja untuk mengupas kelapa sebiji. Mereka tidak tengok pun mata besi tajam tersebut dan sangat pantas mengupas sehinga mampu menghabiskan sebanyak 600-800 biji dalam beberapa jam sahaja. Alat ini mudah dialihkan jika perlu kekawasan pengumpulan buah kelapa yang dikhaskan.
Beberapa cara lain cara mengupas manual sabut kelapa dengan menggunakan parang, cangkul, mata tajak, pengupas seperti gunting (lihat foto) dan menggunakan mesin automatik atau semi-automatik. Kaedah menggunakan besi seperti gunting besar seperti foto sebelah sangat sesuai untuk wanita kerana kerjanya mudah, ringan dan selamat walau pun ianya agak lambat. Kelapa diletakkan diatas tanah dalam kedudukan menegak keatas dan masukan mata gunting ketengah empulur sabut. Buka pemegang keluar dan sabut kelapa akan terbuka ditengah-tengahnya dan ulangi sekali lagi (jika perlu) untuk bahagian bawah buah kelapa tersebut. Apabila sabut sudah terpisah maka keluarkan biji kelapa bulat dengan tangan secara manual. Kalau tiada alatan khusus makan boleh gunakan bucu cangkul atau tajak rumput dan lakukan aktiviti mengupas kelapa untuk kegunaan persendirian.
Mesin Mengupas buah kelapa bagi perladangan kelapa komersil banyak jenis dari yang semi-automatik sehingga yang automatik sepenohnya. Bagi mesin yang automatik sepenohnya (lihat foto sebelah), pekerja hanya masukkan buah kelapa yang baru dituai kedalam kontena penerimaan dan mesin akan mengupas kelapa dan mengasingkan sabut berasingan dengan kelapa bulat. Malahan mesin ini mampu memproses sabut kelapa dengan menghancurkan dan mengisarnya menjadi serbuk sabut atau dijadikan fiber kelapa atau juga cocopeat. Mesin ini mampu memproses sehinga 5,000 - 7,000 biji sehari bergantung kepada keadaan buah, kecekapan mesin dan juga tujuan mengupas kelapa. Ladang-ladang besar biasanya menggunakan mesin ini yang disambungkan dengan sistem mempproses kelapa lain yang berkaitan dengan produk akhir buah kelapa.
Bagi petani individu yang mempunyai saiz ladang tidak berapa luas atau untuk perladangan berkelompok atau berkumpulan memadai dengan alat mengupas kelapa semi-automatik (salah satu contoh lihat foto sebelah). Telah banyak dicipta mesin mepupas kelapa diseluruh dunia dimana kebanyakannya memerlukan kuasa letrik untuk menjalankan motornya. Model-model mesin mengupas kelapa mempunyai mata tajam yang merobek sabut kelapa dan menghasilkan kelapa bulat. Operasi mesin ini masih memerlukan tenaga untuk menmasukan biji kelapa satu persatu, menekan suiz motor dan mengasingkan biji kelapa bulat dengan sabut kelapa. Kelapa perlu dimasukkan satu persatu dan perlu berhati-hati kerana kadang-kadang sabut sukat untuk di buang. Kapasiti bergantung kepada kemahiran pekerja sekitar 100-150 biji dalam satu jam. Harga mesin ini berpatutan iaitu sekitar RM 4,000 - RM 5,000 bergantung kepada model dan saiz motor serta kapasitinya. Banyak modl-model yang lebih berkapasiti tinggi tetapi kesesuaian dengan jenis kelapa dan harga mesin tersebut perlu diambilkira.
Kerja mengupas kelapa akan menghasilkan kelapa bulat dan juga sabut kelapa yang banyak. Kelapa bulat dinegara kita lazimnya terus dinaikan keatas lori dan dihantar kekilang atau kepada pemborong kelapa di pasar borong atau juga diedarkan terus kepada peruncit-peruncit. Kos sebiji kelapa diladang dulu cuma RM 0.20 - RM 0.40 sebiji tetapi kini harga diladang sudah pun mencecah RM 1.00 sebiji siap kupas kulit. Kalau dikira memang harga kelapa masih ditahap mampu dibeli oleh pengguna dimana harga santan kelapa kini sekitar RM 10.00/kg atau RM 5.00 setiap 500 gram dipasar Putrajaya dan Pasar Borong Selangor. Sabut kelapa pula boleh diproses untuk pelbagai produk lain seperti artikel saya mengenai kegunaan pokok kelapaa (Klik disini). Kerja mengupas buah kelapa akan berterusan selagi ada manusia yang menggunakan kelapa sebagai produk penting dalam kehidupan harian. Selamat belajar mengupas kelapa kepada mereka yang tidak pernah mengupas buah kelapa!.....
MENGUPAS KELAPA....KERJA PENTING....
KELAPA BULAT...HARGANYA MELENTING....
CARA MANUAL..GUNA MATA LEMBING....
MESIN AUTOMATIK...JANGAN TERPELANTING....
Artikel berkaitan:
1. Coconut (Klik disini)
2. Kegunaan Kelapa (Klik disini)
3. Kelapa Matag (Klik disini)
4. Benih Kelapa Matag (Klik disini)
5. Kalapa Komeng (Klik disini)
6. Santan Kelapa (Klik disini)
7. Kelapa Pandan (Klik disini)
8. Gula Melaka (Klik didini)
9. Nira Kelapa (Klik disini)
10. Air Kelapa Muda (Klik didini)
11. Minyak Kelapa Dara (Klik disini)
12. VCO Technology (Click here)
13. Cocopeat (Klik disini)
By,
M Anem
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(18 Rabiulakhir 1433H)
Terdapat bermacam alat yang digunakan untuk mengupas sabut kelapa secara manual atau secara tradisional diseluroh dunia. Paling lazim mereka menggunakan alat penyadap iaitu struktur besi tajam seperti 'lembing' yang dipacak diatas tanah atau struktur besi bagi mengukuhkan kedudukannya. Buah kelapa yang masih ada sabut akan di letakkan pada mata besi tajam dan dipulas keluar atau kedalam untuk mengeluarkan sabut kelapa tersebut. Pengalaman saya membuang sabut kelapa dengan alat ini mengambil masa selama 15-20 minit untuk sebiji kelapa tetapi lama kelamaan cuma 7-10 minit sebiji. Mereka yang ada kemahiran tinggi cuma perlukan 2-3 minit sahaja untuk mengupas kelapa sebiji. Mereka tidak tengok pun mata besi tajam tersebut dan sangat pantas mengupas sehinga mampu menghabiskan sebanyak 600-800 biji dalam beberapa jam sahaja. Alat ini mudah dialihkan jika perlu kekawasan pengumpulan buah kelapa yang dikhaskan.
Beberapa cara lain cara mengupas manual sabut kelapa dengan menggunakan parang, cangkul, mata tajak, pengupas seperti gunting (lihat foto) dan menggunakan mesin automatik atau semi-automatik. Kaedah menggunakan besi seperti gunting besar seperti foto sebelah sangat sesuai untuk wanita kerana kerjanya mudah, ringan dan selamat walau pun ianya agak lambat. Kelapa diletakkan diatas tanah dalam kedudukan menegak keatas dan masukan mata gunting ketengah empulur sabut. Buka pemegang keluar dan sabut kelapa akan terbuka ditengah-tengahnya dan ulangi sekali lagi (jika perlu) untuk bahagian bawah buah kelapa tersebut. Apabila sabut sudah terpisah maka keluarkan biji kelapa bulat dengan tangan secara manual. Kalau tiada alatan khusus makan boleh gunakan bucu cangkul atau tajak rumput dan lakukan aktiviti mengupas kelapa untuk kegunaan persendirian.
Mesin kupas kelapa automatik |
Bagi petani individu yang mempunyai saiz ladang tidak berapa luas atau untuk perladangan berkelompok atau berkumpulan memadai dengan alat mengupas kelapa semi-automatik (salah satu contoh lihat foto sebelah). Telah banyak dicipta mesin mepupas kelapa diseluruh dunia dimana kebanyakannya memerlukan kuasa letrik untuk menjalankan motornya. Model-model mesin mengupas kelapa mempunyai mata tajam yang merobek sabut kelapa dan menghasilkan kelapa bulat. Operasi mesin ini masih memerlukan tenaga untuk menmasukan biji kelapa satu persatu, menekan suiz motor dan mengasingkan biji kelapa bulat dengan sabut kelapa. Kelapa perlu dimasukkan satu persatu dan perlu berhati-hati kerana kadang-kadang sabut sukat untuk di buang. Kapasiti bergantung kepada kemahiran pekerja sekitar 100-150 biji dalam satu jam. Harga mesin ini berpatutan iaitu sekitar RM 4,000 - RM 5,000 bergantung kepada model dan saiz motor serta kapasitinya. Banyak modl-model yang lebih berkapasiti tinggi tetapi kesesuaian dengan jenis kelapa dan harga mesin tersebut perlu diambilkira.
Kerja mengupas kelapa akan menghasilkan kelapa bulat dan juga sabut kelapa yang banyak. Kelapa bulat dinegara kita lazimnya terus dinaikan keatas lori dan dihantar kekilang atau kepada pemborong kelapa di pasar borong atau juga diedarkan terus kepada peruncit-peruncit. Kos sebiji kelapa diladang dulu cuma RM 0.20 - RM 0.40 sebiji tetapi kini harga diladang sudah pun mencecah RM 1.00 sebiji siap kupas kulit. Kalau dikira memang harga kelapa masih ditahap mampu dibeli oleh pengguna dimana harga santan kelapa kini sekitar RM 10.00/kg atau RM 5.00 setiap 500 gram dipasar Putrajaya dan Pasar Borong Selangor. Sabut kelapa pula boleh diproses untuk pelbagai produk lain seperti artikel saya mengenai kegunaan pokok kelapaa (Klik disini). Kerja mengupas buah kelapa akan berterusan selagi ada manusia yang menggunakan kelapa sebagai produk penting dalam kehidupan harian. Selamat belajar mengupas kelapa kepada mereka yang tidak pernah mengupas buah kelapa!.....
MENGUPAS KELAPA....KERJA PENTING....
KELAPA BULAT...HARGANYA MELENTING....
CARA MANUAL..GUNA MATA LEMBING....
MESIN AUTOMATIK...JANGAN TERPELANTING....
Artikel berkaitan:
1. Coconut (Klik disini)
2. Kegunaan Kelapa (Klik disini)
3. Kelapa Matag (Klik disini)
4. Benih Kelapa Matag (Klik disini)
5. Kalapa Komeng (Klik disini)
6. Santan Kelapa (Klik disini)
7. Kelapa Pandan (Klik disini)
8. Gula Melaka (Klik didini)
9. Nira Kelapa (Klik disini)
10. Air Kelapa Muda (Klik didini)
11. Minyak Kelapa Dara (Klik disini)
12. VCO Technology (Click here)
13. Cocopeat (Klik disini)
By,
M Anem
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(18 Rabiulakhir 1433H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.