Penanaman Dokong (Lansium domesticum Jack) dari keluarga MELIACEAE di ladang lazimnya dilakukan dengan jarak 6m x 6m hingga 10m x 10m. Syor Jabatan Pertanian adalah pada jarak 7m x 7m dan ia bergantung kepada kesuburan tanah. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai amalan agronimi tanaman dokong. Penanaman pokok ddokong pelu disediakan lubang penanaman yang berukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m. Tanah lapisan atas diasingkan dengan lapisan bawah dan biar lubang 2-3 minggu untuk didedahkan kepada cahaya matahari. Selepas itu, lubang tersebut dikambus dengan tanah lapisan atas yang telah digaul dengan 200 gm CIRP dan 10 kg. baja organik atau kompos. Ini diikuti dengan tanah lapisan bawah. Sebelum menanam, pokok dalam polibeg disiram dan polibeg ditanggalkan dengan teliti supaya tidak merosakkan gumpalan tanah dan akar. Pokok ditanam secara tegak dan lubang ditimbus hingga 3 cm dari permukaan tanah polibeg. Tanah di sekeliling pokok dipadatkan dan sungkupan yang terdiri dari sabut, rumput kering dan lain-lain boleh diletakkan di pangkal pokok. Jika anak pokok agak tinggi (lebih dari 0.5m) maka sokongan menggunakan pancang kayu digunakan untuk mengelakkan pokok tumbang.
Pokok dokong merupakan tumbuhan yang perlukan Lindungan Atau Naungan. Penanaman dokong dengan kombinasi seperti dusun sedia ada, kawasan kelapa dan lain-lain jenis buah-buahan sesuai dijalankan. Saya dapati dokong tidak sesuai langsung dengan pokok getah. Kajian di Melaka dan di Johor mendapati pada tiga tahun pertama penanaman di ladang, pokok dokong memerlukan 40-60% teduhan supaya pertumbuhan subur dan cepat. Biasanya pokok Gliricidia, petai, petai belalang dan pisang adalah tanaman lindungan yang sesuai. Bagi tanah baru dibuka biasanya tanaman pisang amat sesuai untuk dapatkan hasilnya dahulu. Tanaman lindungan perlu ditanam sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum dokong ditanam dan jarak antara pokok lindungan dan dokong hendaklah melebih 2.5 meter supaya mengelakkan persaingan.
Faktur Pemangkasan dalam penanaman dokong amat kritikal. Hanya dengan kaedah cantasan pembentukan yang betul akan memberikan bentuk kanopi pokok yang baik untuk menghasilkan buah nanti. Cara memangkas dalam tempoh 6 bulan diladang, pengurusan pokok lindungan adalah penting untuk memberi naungan yang sesuai dan mengurangkan persaingan. Cabang-cabang yang menganggu pertumbuhan dokong harus dipangkas dan pokok lindungan boleh ditebang secara beransur-ansur mulai tahun ketiga. Program Pembajaan dijalankan mengikut peringkat pertumbuhan dan umur pokok. Baja asas CIRP diberi semasa penanaman dengan kadar 0.2 gm/pk/tahun dan baja organik 10 kg/pk/tahun. Baja tumbesaran NPK 15:15:15 diberi dari tahun 1-5 dengan kadar 0.5 - 4.0 kg/pk/tahun. Baja buah diberikan dari tahun ke 6-15 tahun keatas dengan kadar 6.0 kg/pk/tahun meningkat kepada 9 kg/pk/tahun. Baja buah boleh gunakan kombinasi NPK 12:12:12:17:2:TE dan NPK 12:6:22:3 dan juga tambah baja organik sebanyak 10 kg/pk/tahun sentiasa.
Pengalaman penulis mendapati lazimnya dengan pengurusan yang baik pokok dokong akan mula berbuah selepas 5-6 tahun ditanam. Di peringkat awal berbuah, anggaran hasilnya ialah 3 tan sehektar (123 pokok sehektar dengan jarak tanaman 9m x 9m). Dokong mencapai pengeluaran hasil optimum mulai tahun ke 14. Anggaran hasil sebanyak 14 tan metrik sehektar. Cara Penuaian buah dokong dilakukan dengan memotong tangkai buah menggunakan gunting atau pisau. Buah yahg dituai dimasukkan ke dalam baldi plastik dengan cermat bagi mengelakkan buah tercedera. Gunakan tangga sekiranya pokok dokong yang hendak dituai itu tinggi. Selepas aktiviti penuaian, buah dokong perlu dikendalikan dengan baik kerana ini akan menentukan gred, harga dan pasarannya. Pengendalian lepastuai yang kurang baik akan merendahkan gred buah dan seterusnya mengurangkan pendapatan. Buah yang dituai dimasukkan ke dalam bakul rotan yang dialas dengan bahan-bahan lembut seperti surat khabar lama, Ini penting bagi memastikan buah dokong tidak cedera sebelum dihantar ke tempat penggredan. Aktiiviti penggredan buah dokong dilakukan berdasrkan saiz buah, berat buah setangkai, kebersihan buah dan tiada kesan serangan serangga serta kulat.
Pokok dokong di serang penyakit dan perosak walau pun tidak kadar serangan tidak membahayakan. Antaranya ialah kulat yang menyebabkan penyakit bintik berpusar (antraknos) pada buah dan penyakit kulapuk. Buah-buah yang pecah juga merupakan masalah yang agak serius. Walau bagaimana pun, ini bukanlah penyakit tetapi satu faktor fisiologikal, ini biasanya berlaku apabila hujan turun selepas cuaca panas dan kering. Penyerapan air hujan akan juga menyebabkan buah menjadi bengkak dan akhirnya pecah oleh sebab ketegangan air di dalamnya. Buah yang pecah kurang bermutu dan tidak mempunyai harga pasaran yang memuaskan. Penyakit Antraknos (Colletotrichum spp.) dimana terdapat tompok-tompok kecil pada kulit buah bertukar menjadi warna perang. Penyakit Cendawan Angin (Cortium salmonicolor) dimana ranting dan dahan pokok yang diserang diselaputi miselium putih bertukar menjadi merah jambu. Daun menjadi kuning dan gugur. Kawalan dengan membuat cantasan dahan yang diserang. Penyakit Kulapuk Hitam (Meliola spp.) dimana serangan pada daun dan buah yang diserang dipenuhi miselia kulat berwarna hitam. Menjejaskan fotosintisis dan kualiti buah. Dikaitkan dengan kehadiran teritip yang mengeluarkan manisan. Sembur white oil untuk mengawal teritip.
Terdapat juga penyakit lain menyerang pokok dokong seperti Penyakit Reput Buah dimana buah menjadi rosak dan reput. Tidak serius tetapi boleh mengurangkan hasil. Guna racun kulat cooper oxychloride di peringkat berbuah dengan kadar 0.1%. Ulangi semburan jika perlu. Penyakit Antraknos Buah berlaki apabila buah pada peringkat awal tompok-tompok kecil terjadi pada kulit buah, bertukar menjadi warna perang. Buah boleh gugur. Serangan tidak begitu serius. Guna cooper oxychloride. Penyakit Cendawan Angin lazimnya menyerang ranting dan dahan pokok. Bahagian diserang akan diselaputi Miselium putih bertukar menjadi merah jambu. Jika teruk daun akan menjadi kuning dan gugur. Cantas dahan yang diserang dan sembur pokok dengan cooper oxychloride. Penyakit Kulapuk Hitam menyerang keatas daun dan buah. Bahagian yang diserang dipenuhi mislia kulat berwarna hitam. Menjejas proses fotosintesis jika serangan teruk dan juga kualiti buah. Sembur white oil untuk mengawal teritip. Sembur racun kulat seperti Maneb untuk mengawal kulat.
Terdapat serangan serangga perosak pada tanaman dokong . Diantaranya ialah 'Pengorek buah' yang bertelur di dalam buah yang muda. Seterusnya larva memakan buah yang sedang membesar dan menyebabkannya gugur. Cara kawalan dengan membersihkan dusun dari buah-buah yang diserang dan bakar. Terdapat juga teritip yang menghisap cecair daun. Musuh-musuh seperti tikus, burung, kelawar dan tupai memakan buah yang masak dan mengakibatkan kekurangan hasil. Jika dibiarkan, kesannya mungkin teruk. Kawalan yang biasa diamalkan ialah secara menyalakan api di waktu malam untuk menghalau musuh-musuh tersebut. Ulat Pengorek Kulit (Puru batang) merosakkan batang, dahan dan daun berkeruping. Terbentuk bintik-bintik kecil berwarna coklat/hitam di peringkat awal. Bintik-bintik membesar menjadi puru, menyerang pokok muda 2-3 tahun apabila serius seluruh batang mempunyai puru. Ini boleh membantut pertumbuhan pokok dan mengurangkan hasil peneluaran. Cara kawalan dengan mengikis bahagian yang diserang dengan pisau. Pangkas dan seterusnya bakar ranting yang telah mati dan yang teruk diserang. Sembur racun seperti dimethoate jika perlu dengan kadar 0.5% bahan aktif sebulan sekali bagi serangan yang teruk dan 3 bulan sekali apabila serangan beransur pulih.
Terdapat Ulat Pemakan Daun walau pun kadar serangan tidak begitu serius. Larva akan memakan pucuk muda dan meninggalkan lapisan kutikal. Daun yang disrang menjadi kering berwarna perang di bahagian tepi daun. Cara kawalan ulat ini adalah dengan menyembur racun dimethoate dengan kadar 0.1% bahan aktif di peringkat berpucuk. Bagi masaalah serangan Lalat Buah (Daucus spp) yang membuat tusukan pada buah yang sedang masak dimana akibatnya buah akan menjadi berair dan bertukar warna menjadi coklat. Buah rosak dan gugur. Cara kawal lalat buah dengan menggunakan umpan protin seperti protein hydrolysaste untuk memberi tarikan. Bahan ini dicampur dengan racun serangga dan disembur di kawasan daun. Lalat akan berkerumun di situ dan terus guna methyl-eugenol bagi merangkap lalat. Bahan ini dicampur dengan racun serangga dan diletak di kawasan ladang.
BERSAMBUNG... DOKONG PART 3 . . .
POKOK DOKONG...TINGGI POKOKNYA...
DOKONG KERING ... BETUL KLONNYA....
DOKONG BIJI....PASTI BANYAK BIJINYA....
MASAALAH BINIAL...APA PENYELESAIANNYA....
By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia (Cuti Hari Isnin)
11 Zulkaedah 1432H

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.