Buah Bilak mengandungi banyak zat yang berguna untuk kesihatan manusia. Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram isi buah mengandungi sebanyak 61.5 gram air, 31.6 gram kabohiderat, 1.8 gram protin, 0.39 gram lemak, 55 mg karotina, 1.1 mg niacin, 1.19 mg riboflavin, 0.13 mg thiamnie dan sebanyak 8 mg Vitamin C. Kandungan lain seperti assid askorbik, marmelosin, minyak pati dan garam mineral seperti P, K, Fe, Ca dan Mg. Kajian juga menunjukkan yang kulit pokok bilak banyak mengandungi Tanin sehingga 20%. Daun pokok bilak banyak kandungan aegelin dan rutasin.
Pokok Bilak boleh ditanam daripada bijinya yang telah matang dengan menyemainya didalam polibeg. Anak benih ini perlu dipindah kebeberapa polibeg lebih besar sehingga berumur setahun sebelum sesuai ditanam dikebun. Jarak tanaman yang disyorkan adalah 6 meter x 9 meter jika ditanam secara monokrop. Kaedah lain mendapatkan benih adalah dengan mengambil tunas daripada akar secara cantuman atau tut. pokok yang ditanam menggunakan kaedah tampang (cantuman atau Tut) mampu mengeluarkan hasil dalam masa 5 tahun sementara yang menggunakan biji perlukan masa lebih lama. Hasil akan sampai kemuncak pada umur 15 tahun dengan sebanyak 400 biji sepokok. Lazimnya buah akan masak dalam musim panas. Buah yang masak perlu dituai dengan tangan dan elakkan dari buah gugur ketanah kerana kulit buah bilak akan rosak dan akhirnya buah cepat busuk. Tanaman ini tidak mempunyai masaalah serangan perosak dan penyakit yang serious.
Serbuk Bilak dijual |
Pokok dan buah bilak mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan manusia. Daun bilak yang direbus boleh diminum untuk rawatan demam panas. Cara tradisional menggunakan campuran daun bilak, sireh dan kapor yang ditumbuk lumat lalu disapukan pada kulit yang gatal-gatal atau luka mampu menyembuhkannya. Cecair daun bilak mampu menyembuhkan Bisul, Luka Bernanah, Gatal. Ruam Panas, Sakit Mata, Kaki Bengkak serta yang best ianya didakwa mengubati penyakit 'Kuku dan Mullut - FMD' ternakan haiwan seperti lembu. Buah bilak yang hampir masak dipotomh-potong berkeping-keping lalu dijemur sehingga kering. Air rebusannya membantu merawat cirit birit, sembelit, bengkak pada dubur, penyakit hati, tibi dan juga membantu sistem penghadaman. Itulah rahsia alam kurniaan Ilahi , kalau kita tidak buat kajian maka kita tidak akan tahu disebalik kejadian tumbuh-tumbuhan didunia ini.
POKOKNYA TINGGI...ITU POKOK BILAK...
RAMAI TIDAK KENAL...BUKAN POKOK BALAK...
NAK MULA TANAM..BENIH MANA PULAK..
APA KATA...KITA CARI DI TAMAN HERBA PERAK....
By,
M Anem
Jerantut, Pahang,
Malaysia
(28 Zulhijah 1432)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.