Support My Blog

Tuesday, April 20, 2010

Etilena





Pernahkah anda mendengar Etilena (Ethylene)?

Etilena (C2H4) adalah sejenis hidrokarban ringkas berbentuk gas atau sejenis agen hormon yang digunakan dalam Proses Pemasakan Buah. Buah-buahan tempatan yang dituai biasanya tidak seragam tahap kemasakan buah tetapi boleh di aruh jika hendak di jual. Teknologi didalam penggunaan etilena ialah untuk mendapatkan keseragaman pemasakan dengan lebih baik. Etilena boleh dianggap sebagai hormon tumbuhan kerana ia adalah produk metabolisma semulajadi yang bertindak dalam kepekatan rendah dalam bentuk konjunksi dengan/atau antagonistik kepada hormon tumbuhan lain. Terdapat 4 jenis hormon semulajadi pada tumbuh-tumbuhan iaitu Auxin, Etilina, Gibberallin, ABA dan Cytokinin. Artikel malam ini saya menulis sedikit maklumat didalam 'Anim Agro Technology' mengenai bahan Etilina (Ethylene) yang sering digunakan sebagai bahan untuk memasakan buah-buahan.
Buah-buahan tempatan boleh di aruhkan dengan hormon etilena untuk mendapatkan produk yang seragam, rasa, lebih lembut dan pembentukan aroma yang lebih baik berbanding dengan buah-buahan yang dibiarkan masak dengan secara semulajadi. Pihak Pengekspot boleh menjanjikan buah yang hampir sampai ke destinasi atau untuk di pamerkan dalam supermarket telah pun benar-benar masak dan sesuai untuk pasaran pengguna. Pada zaman dulu kala kita sering dengar orang tua-tua menggunakan bahan Karbaid (Calcium carbide) yang di balut dalam beg plastik untuk mencepatkan buah pisang atau buah mangga agar masak dengan  cepat dan serentak. Kelembapan dalam bungkusan plastik yang diikat akan bertindakbalas dengan karbaid dan ianya akan melepaskan gas acetylene yang memberi kesan seakan-akan etilena. Ini adalah konsep proses pematangan buah atau 'degreening process' yang sama di gunakan untuk meningkatkan kualiti buah-buahan sebelum dipamerkan untuk jualan. Tindakbalas etilena terhadap masa masak buah berbeza2 mengikut jenis buah. Sebagai contoh buah Mangga Harumanis (Mangifera indica) , Pisang (Musa spp) dan Ciku (Manikara sapota) yang telah diaruh dengan etilena pada kepekatan 5 bpj (part per million) memberikan kesan yang sangat baik. Kepekatan lebih tinggi sebanyak 100-500 ppm pula diperlukan untuk buah limau dan cili hijau. Kita perlu membuat rujukkan khusus untuk beberapa jenis buah dalam penggunaan agen pematangan buah ini.

Kajian saintis pertanian mendapati bahawa buah-buahan boleh dibahagikan kepada Buah Klimakterik (seperti Buah Mangga , pisang, limau, tomato) dan buah Bukan Klimeterik (Seperti buah Nenas, buah strawberry, Limau Bali, Laichi ) berdasarkan kepada corak respirasi (Respiration) dan sintesis etilena ketika proses pemasakan. Buah jenis klimaterik mampu membuat sintesis dan respirasi lebih awal untuk proses pemasakan buah berbanding dengan buah bukan klimaterik yang agak lambat bertindakbalas. Buah nenas (lihat foto diatas) tidak perlu berwarna kuning untuk menunjukkan buah tersebut telah masak dan sedia untuk dimakan bergantung kepada varieti nenas tersebut.


Karbaid ada digunakan di beberapa negara (terutamanya Asia) dalam proses pemasakan buah. Bagaimana pun beberapa kajian mendapati penggunaan karbid mungkin meninggalkan kesan sisabaki unsur pepejal Arsenik dan Posforus yang menyebabkan kesan yang agak bahaya kepada pengguna. Penggunaan karbid didapati tidak dibenarkan dibeberapa negara. Gas acetylene juga jika ter hidu oleh manusia semasa membuka bungkusan beg plastik boleh menyebabkan kesan kepada urat saraf yang berkaitan dengan bekalan oksijen ke otak manusia. Penggunaan dan penjualan karbid dikawal oleh kerajaan kerana bahan ini boleh dijadikan bahan letupan sebagiaman saya bermain meriam buloh dan meriam tanah semasa remaja dulu pada musim hendak Hari Raya Aidilfitri.

Penggunaan agen etilena di Malaysia boleh ditingkatkan teknologinya dan disesuaikan untuk pengeluaran hasil secara komersil. Kefahaman kepada usahawan dan petani terhadap etilena perlu di kembangkan melalui latihan, kursus, ICT dan program-program khas. Antara potensi yang besar di Malaysia adalah untuk buah pisang, mangga, limau manis dan beberapa buah-buahan terpilih lain. Semua bakal-bakal usahawan perlu menyediakan produk buah-buahan yang seragam dari segi saiz, warna, aroma, tiada cacat fizikal dan lain-lain faktor untuk mendapat tawaran harga lebi baik. Peranan karbid dalam bidang kematangan banyak buah-buahan perlu di kembangkan dengan cara yang selamat dan ada kawalan. Wasallam!

TEKNOLOGI PEMASAKAN ...GUNA ETILENA...
GUNA KARBAID..JAGA-JAGA CARA GUNA....
TEKNOLOGI ETILENA...BUAH MASAK SEMPURNA...
KALAU DAH MAKAN....MUDAH DI CERNA....


By
M Anem

Senior Agronomist
Putrajaya,
Malaysia
(29Updated by 29 Syawal 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...