Tanaman padi di Kg Waw, Bago District, Delta Irrawady, Myanmar
yang di lawati penulis pada Nov 2009.
yang di lawati penulis pada Nov 2009.
Benih yang dituai mesti di keringkan menggunakan kaedah moden dan mesti mempunyai kadar percambahan yang tinggi melebihi 95%. Benih yang di gred dan di proses ini mesti disimpan menggunakan kaedah simpanan benih padi terkawal sebelum diedarkan kepada pesawah. Kadar harga benih padi adalah di kawal iaitu antara RM 28 - RM 36 satu karung (20 kg). Pada masa dahulu Jabatan Pertanian mengadakan program khas pengeluaran benih padi sah tetapi pada masa ini PPK/ LPP dan MADA/KADA merupakan pembekal utama benih padi sah selain daripada pengeluar-pengeluar benih padi sah swasta yang di lesenkan. Keperluan benih padi sah berkualiti akan menentukan hasil padi dapat di naikkan sehingga 6-7 mt sehektar. Terdapat kes-kes dinama percambahan benih padi yang rendah akan mengurangkan hasil padi sehingga 35-50% daripada hasil potensi.
Kawalan terhadap kualiti benih padi akan lebih terjamin jika Akta Benih yang di kuatkuasakan oleh kerajaan pada masa akan datang. Benih padi merupakan asas penghasilan dalam penanaman padi. Hanya benih padi bermutu dan terjamin sahaja perlu ditanam oleh pesawah diseluroh negara. Pengenalan benih padi baru seperti varieti MR220 CL1 dan MR220 CL2 membantu petani dalam pengurangan hasil akibat padi angin. Benih baru ini perlu dibiak dan diedar dengan segera melalui Benih Padi Sah yang dijamin. Harga makanan semakin meningkat setiap tahun dan ini tidak dapat dielakkan. Kawasan sawah padi juga semakin berkurang atas desakan pembangunan dan perumahan terutama dikawasan jelapang padi yang hampir dengan bandar. Penghasilan padi mesti ditingkatkan. Bencana alam seperti banjir dan kemarau menjejaskan lagi pengeluaran bijirn padi. Pastikan benih padi mencukupi dan harga beras masih mampu dibeli oleh rakyat Malaysia pada masa akan datang. Sekian sahaja....
TANAM PADI... BENIH DIPERLUKAN...
DIJAMIN .... KUALITI DIPASTIKAN....
HASIL LUMAYAN....PENDAPATAN...
BERAS CUKUP....SETIAP BULAN ...
Related articles:
* Artikel : BERAS (Klik disini)
* Artikel : Padi Angin (Klik disini)
* Artikel : Padi MR 220 (Klik disini)
* Artikel : LCC on Paddy (Klik disini)
Oleh:
M Anem
Senior Agronomist,
Pejabat Pertanian Daerah,
Jalan Kamariah,
Muar, Johor,
Malaysia.
(Kemaskini pada 9 Febuari 2015)
Related articles:
* Artikel : BERAS (Klik disini)
* Artikel : Padi Angin (Klik disini)
* Artikel : Padi MR 220 (Klik disini)
* Artikel : LCC on Paddy (Klik disini)
Oleh:
M Anem
Senior Agronomist,
Pejabat Pertanian Daerah,
Jalan Kamariah,
Muar, Johor,
Malaysia.
(Kemaskini pada 9 Febuari 2015)