Support My Blog

Monday, November 16, 2009

Sawah Padi Di Muar/Ledang



Negeri Johor yang teletak di selatan Semenenjung Malayisa merupakan sebuah negeri yang kurang mempunyai sawah padi. Ini berbanding dengan beberapa negeri Jepapang Padi di Malaysia seperti Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Selangor yang merupakan 'Rice bowl of Malaysia'. Pada tahun 2009 terdapat hanya 2,260 hektar saja sawah padi yang aktif di Johor dan 64% terletak di Daerah Muar/Ledang. Daerah Muar mempuyai satu skim sahaja iaitu skim Sawah Sungai Balang seluas 304 hektar dengan 412 orang pesawaah. Varieti padi (Oryza sativa) yang di tanam ialah MR219 yang purata hasil musim lepas sebanyak 4.8 m.t/hektar. Terdapat 12 sarang burung pungguk di sawah ini yang aktif untuk kawalan tikus. Artikel pagi ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai sawah padi di daerah Muar dimana saya terlubat menjalankan program Pengembangan dan khidmat nasehat teknikal untuk dibaca bersama.

Daerah Ledang pula mempunyai 5 skim sawah padi iaitu Skim Kesang Tasek,Skim Teluk Rimba, Skim Kesang Gate, Skim Sawah Ring dan Skim Pulau Penarik. Kesemua kawasan telam menerima bantuan Program Merata Sawah mulai
2008 dan 2009 dan ini menjadikan purata penghasilan padi (Varieti MR219) telah meningkat dari 3.8 mt/ha sebelum projek kepada 5.24 mt/ha selepas projek dijalankan. Bekalan air oleh JPS melalui sistem pam dan dijadualkan mengikuti program tanaman yang diatur oleh JKuasa Projek Tanaman Padi ikut skim-skim. Bantuan input oleh LPP iaiitu Bantuan subsidi baja padi, Bantuan input serangga perosak dan sebagainya dilaksanakan.

Jabatan Pertanian Daerah Muar dan Ledang sentiasa menjalankan aktiviti pengembangan mengikut Sistem Pengembangan SPTP. Pembantu Pertanian kawasan menyusun program lawatan dan latihan mengikut kalendar tanaman padi.
Isu dalam pengurusan sawah padi di Muar adalah berlakunya kawasan yang tidak dapat air, kawasan tanah sawah terbiar, tanah tidak rata, kelewatan subsidi baja dan racun, bekalan benih yang kurang berkualiti dan sistem saliran JPS yang lama (rekabentuk tahun 1950án). Dasar dan polisi kerajaan negeri terhadap sawah padi di Johor perlu diteliti oleh banyak pihak kerana persaingan dengan pemilik-pemilik tanah unuk di tukarkan status tanah sawah dengan rumah kediaman (Banglo) dan kecenderungan tanah sawah ditanam dengan tanaman kekak (terutamanya kelapa sawit) yang mengganggu sistem saliran JPS.


Pembangunan saah padi di Muar/Ledang perlu di teruskan untuk mempastikan pengeluaran beras di Johor akan dapat diteruskan. Peningkatan hasil padi perhektar perlu di tingkatkan lagi melalui pelbagai teknologi yang sesuai. Varieti padi sedia ada iaitu MR219 didapati dari pembekal benih padi yang diuruskan oleh Jabatan Pertanian. Benih padi sah ini kini telah diuruskan oleh syarikat swasta melalui PPK dan Kelompok dikawasan terlibat. Pengurusan dan bekalan air sawah perlu di naiktaraf dengan penambaikan infrastruktur sistem pembekalan air keseluruhan blok sawah padi. Sawah Sg Balang telah menerima peruntukkan sebanyak RM 2.0 juta pada tahun 2010 untuk menambahbaik sistem saliran bekalan air sehingga meningkatkan kepada 70% kecekapan bekalan air kepada semua blok. Diharap kawasan padi di daerah ini akan terus menjadi sumber bekalan beras untuk penduduk tempatan.

SAWAH SG BALANG .... LAMA SEJARAHNYA...
SAWAH KESANG .... MELAKA SEMPADANNYA...
VARIETI MR219 .... PALING LAMA VARIETINYA...
JABATAN PERTANIAN...PENTING PERANANNYA...

By
M Anem
Sawah Skim Sg Balang,
Muar, Johor
Malaysia
(3 April 2010)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...