Support My Blog

Saturday, January 13, 2024

PERIBAHASA KUMAN DAN GAJAH

Memang agak unik peribahasa antara haiwan  yang sangat kecil dibandingkan dengan haiwan sangat besar didalam satu peribahasa 'KUMAN DI SEBERANG LAUT NAMPAK, GAJAH DIDEPAN MATA TAK NAMPAK' untuk dibincangkan dalam aspek teknikal pertanian. Pada penulis blog dimana bidalan '
kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak' seakan macam tidak logik sahaja sifatnya kerana haiwan gajah itu besar dan kuman memang sukar untuk dapat dilihat dengan mata kasar. Apa pun peribahasa ini akan ia memberikan makna atau maksud 'Suatu kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak, namun kesalahan sendiri yang banyak tidak disedari individu itu' memang sesuai dengan kiasan yang diberikan. Ini memang sifat yang kurang baik untuk diikuti jika ingin berada didalam kalangan masyarakat yang harmoni. Bagi menjelaskan akan bidalan ini maka dibuatkan ayat contoh iaitu 'Ketua Jabatan tempat Hamid bekerja selalu mengingatkan agar janganlah asyik selalu mencari kesalahan orang lain kerana kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak'. Dalam peribahasa ini dilihat dimana jelas kelihatan bahawa perkataan kuman iaitu perkataan digunakan dalam konteks penggunaan pepatah ini adalah ia merujuk kepada sesuatu perbuatan yang bersifat buruk seperti kesalahan orang lain. Kuman seringkali ditanggap mempunyai konotasi negatif iaitu perkara yang hanya menghancurkan kehidupan manusia. Dalam pada itu apa yang penulis blog lihat dalam zaman moden ini dimana ada banyak kajian sains telah membuktikan bahawa tidak semua kuman itu ‘kuman jahat’. Malahan kita harus difahami dimana mengambil ‘kuman baik’ atau yang disebut probiotik untuk memastikan sistem pencernaan kita berfungsi dengan lebih cekap. Beberapa jenis kuman baik yang berfungsi sebagai probiotik adalah seperti yang sudah dikomersilkan iaitu Lactobacillus, Bifidobacterium dan sebagainya. Apa pun memang amat sesuai bagi masyarakat menggunakan perkataan kuman untuk merepresentasi sifat-sifat buruk manusia. Artikel pada pagi Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai aspek teknikal pertanian berkaitan gajah dan kuman untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Merujuk kepada perkataan 'KUMAN' dimana hidupan kuman m
erupakan mikroorganisme hidup yang saiznya amat kecil sekali (micro). Ia hanya dapat dilihat melalui alat seperti mikroskop khas seperti 'dark field microscope' yang canggih. Secara umumnya perkataan kuman difahamkan sebagai penyebab kepada pelbagai penyakit kepada manusia dan haiwan serta hidupan lain. Pada penulis blog dimana sainsi dimana maksud 'kuman' ini mungkin bersamaan dengan 'patogen' dimana dalam basasa Yunani ia bermaksud sebagai 'penderitaan atau semangat' (dart perkataan 'pathos' digabungkan dengan perkataan 'genēs' atau bermakna 'penghasil'. Ia adalah benda biologi yang merujuk kepada apa sahaja benda yang boleh menyebabkan penyakit (diseases). Istilah ini mula digunakan pada tahun 1880-an lagi dengan kemudian saintis bahagikan patogen ini sebagai agen kepada pembawa penyakit terdiri dari hidupan VIRUS, BAKTERIUM, PROTOZOA, PRION, KULAT dan mikroorganisma yang lain. Apa pun patogen ini mempunyai perumah dan menyerang perumah tersebut dimana ia masuk melalui pelbagai laluan seperti tanah, udara, sentuhan, makanan, susu ibu, najis, serangga, hubungan kelamin, peralatan dan sebagainya. Ketahanan individu terhadap serangan kuman atau patogen ini berbeza-beza bergantung kepada imuniti tubuh seseorang dan kadar pendedahan kepada patogen tersebut. Selalunya patogen ini akan mengeluarkan toksin yang akhirnya akan memasukki tisu perumah dan seterusnya membiak atau berkoloni serta mengambil nutrien (makanan) dari perumah sehingga perumah terjejas atau sakit. Apabila perumah atau mangsa yang diserang ini menjadi lemah maka dia perlu mendapatkan rawatan bagaimana untuk melawan atau membunuh patogen tersebut dengan pelbagai cara dan kaedah antaranya dengan memakan ubat. 


Paling terkenal antara patogen adalah BAKTERIA yang 
biasanya berukuran antara 1 - 5 mikronmeter panjang sama bakteria ini berbahaya atau berguna kepada manusia. Bagaimanapun, ada juga senarai kecil patogen yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit. Salah satu penyakit bakteria dengan beban penyakit tertinggi ialah Bakteria Batuk Kering yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis yang membunuh kira-kira 2 juta orang setiap tahun iaiti berlaku kebanyakannya di kawasan Afrika sub-Sahara. Bakteria patogen menyumbang kepada beberapa penyakit penting di seluruh dunia termasuk Bakteria Radang Paru-paru yang boleh disebabkan oleh Streptococcus dan Pseudomonas. Paling kerap belaku adalah bakteria bawaan makanan yang menyebabkan sakit perut dan buang air iaitu bakteria seperti Shigella, Campylobacter dan Salmonella. Bakteria sering kali boleh dibunuh dengan antibiotik bahan yang direka untuk menghancurkan dinding sel. Beberapa penyakit yang disebabkan oleh patogen virus termasuk cacar, influenza, beguk, campak, cacar air, ebola, dan rubela. Patigen VIRUS pula dari jenis keluarga iaitu Adenoviridae, Picornaviridae, Herpesviridae, Hepadnaviridae, Flaviviridae, Retroviridae, Orthomyxoviridae, Paramyxoviridae, Papovaviridae, Polyomavirus, Rhabdoviridae dan Togaviridae. Virus biasanya berukuran panjang antara 20 dan 300 nanometer dimana Pandemik Covid-19 salah satu disebabkan coronavirus yang menyababkan jutaan manusia maut 2021. Patogen KULAT pula adalah merangkumi mikroba daripada alam eukariot yang biasanya saprofit (memakan organisma mati) akan tetapi kulat dapat menyebabkan penyakit pada manusia, haiwan dan tumbuhan. Kulat adalah penyebab penyakit tanaman dan tumbuhan lain yang paling utama. Saiz spora biasanua berukuran 1- 40 mikrometer panjang.


Haiwan Gajah
(Elepas maximus) atau Gajah Asia merupakan sejenis mamalia besar yang menghuni hutan di Pahang dan juga ada yang diletakkan dalam beberapa buah zoo serta diwujudkan pusat pemeliharaan gajah di Kuala Gandah, Temerloh, Pahang. Gajah mempunyai ciri-ciri khusus dimana yang paling ketara adalah belalai yang digunakan untuk banyak perkara terutamanya untuk bernafas, menyedut air dan mengambil benda. Gigi kacipnya tumbuh menjadi gading yang dapat digunakan sebagai senjata dan alat untuk memindahkan benda atau menggali. Daun telinganya yang besar membantu mengatur suhu tubuhnya. Gajah Afrika mempunyai telinga yang lebih besar dan punggung yang cekung sementara telinga gajah Asia lebih kecil dan punggungnya cembung. Gajah juga merupakan haiwan herbivor yang dapat ditemui di berbagai habitat, seperti savana, hutan, gurun, dan paya. Gajah cenderung berada di tepi air. Gajah dianggap sebagai spesies haiwan yang penting kerana impaknya terhadap alam sekitar. Haiwan-haiwan lain cenderung menjaga jarak daripada gajah dimana pemangsa seperti singa, harimau. dubuk dan anjing liar biasanya hanya menyerang gajah muda. Gajah betina cenderung hidup dalam kawanan atau berkeluarga iaitu terdiri daripada satu betina dengan anak-anaknya atau beberapa betina yang berkerabat beserta anak-anaknya. kawanan ini dipimpin oleh individu gajah yang dipanggil matriark yang biasanya merupakan betina tertua. Di Pahang beberapa TKPM memang terdedah dengan serangan gajah ini megikut musim. Sila baca artikel ini dengan pautan (Sila klik disini).  Daripada pengalaman penulis blog yang pernah menjadi Pengarah Pertanian Pahang memang mengetahui akan isu serangan gajah terhadap tanaman. Antara TKPM yang direkodkan pernah di serang gajah liar adalah TKPM Kota Perdana (Yang Penulis Blog telah membuat Tinjauan), TKPM Jelai (Daerah Kuala Lipis), TKPM Ulu Sungai (Raub), TKPM Salong (Pekan), TKPM Sg Atong (Kuala Lipis) dan beberapa lagi. Bagaimana pun serangan di TKPM Jelai dan TKPM Kota Perdana berterusan berlaku sehingga ke hari ini dengan kadar kerosakan lebih teruk kerana pokok nangka yang disrang sudah dewasa dan berbuah. Di TKPM Kota Perdana ini dilaporkan pada tahun ini sahaja serangan pertama telah berlaku pada 1/7/19 libatkan 80 pokok dengan anggaran kerugian RM30,000 dan serangan kedua 2 hari lepas (12/8/19) dan anggaran kerugian sedang disiasat. TKPM ini bersempadan dengan hutan simpan Muadzam. Daripada pengalaan penulis blog semasa membuat perbincangan dengan PERHLITAN Pahang dahulu dianggarkan terdapat 3 kelompok gajah liar di Hutan Muadzam dengan populasi sekitar 27 ekor dan mencari makan didalam hutan tersebut. Gajah yang masuk pada malam hari akan mematahkan dahan pokok atau menumbangkannya. Kemudian beberapa langkah kawalan bersepadu sudah diusahakan bagi mengurangkan serangan gajah di beberapa TKPM termasuk di TKPM Kota Perdana ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA GAJAH... BESAR BADANNYA...
KUMAN DAN PATOGEN... KECIL SAIZNYA...
KEJAHATAN ORANG...RAMAI LIHATNYA...
KEJAHATAN SENDIRI...DI LINDUNG PULA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist, 
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(11 Rabiulakhir 1445H).
Published 1 Rejab 1445H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...