Support My Blog

Monday, January 15, 2024

BURUNG KAKAKTUA DAN FAKTA MENARIK

BURUNG KAKAK TUA (PARROT)
merupakan salah satu spesis burung yang sangat disukai ramai dan dipelihara sebagai haiwan peliharaan (pets). Burung Kakaktua terdiri daripada 21 spesies burung yang tergolong dalam keluarga Cacatuidae iaitu selain dari keluarga Psittacidae (parrot sebenar) yang membentuk dibawah order Psittaciformes. Apa yang penulis blog tahu dimana burung kakak tua mampu hidup agak lama berbanding burung peliharaan yang lain jika diuuruskan dengan baik. Berbeza dengan haiwan yang tidak menentu yang hidup dalam kurungan dimana selalunya burung kakak tua dilihat sangat sesuai dibela kerana ia mampu hidup lebih lama. Dilaporkan dimana spesis burung nuri macaw dia boleh mencecah sehingga 20 - 60 tahun. Bagi spesis burung kakak tua kelabu dan Amazon biasanya boleh hidup selama 50 tahun sementara bagi jenis Conures dilaporkan ia boleh hidup selama 30 tahun. Bagaimana pun disebabkan habitat dan persekitaran burung kakak tua yang tinggal di kawasan bandar atau semi-urban maka biasanya lebih 70% tidak mencapai umur hidup yang panjang lagi. Pada penulis blog memang seronok melihat burung kakak tua yang cantik, aktif, menghiburkan dengan pergerakannya dan bunyinya. Itulah sebabnya burung kakak tua adalah burung yang palng awal dipelihara oleh manusia diseluruh dunia sejak lama dulu. Secara umum boleh dikatakan ciri-ciri burung kakak tua memang berlainan akan tetapi secara umumnya boleh dikatakan ia mempunyai ukuran badan diantara 30 - 40 cm dengan mempunyai ciri paruhnya yang melengkung cantik dan saiz kepala yang besar. Pernah dilaporkan sebagai juga 'Burung Paling Bijak' disebabkan gelagatnya apabila didekati oleh pemiliknya. Dalam dunia bebas lazimnya burung kakak tua mampu terbang dengan baik dan mudah pula hinggap diatas dahan pokok. Kemudian uniknya burung kakak tua ini boleh memanjat pokok dengan kaki yang ada kuku tajam. Artikel pada padi 21 JamadilAwal 1445H ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan beberapa fakta menarik mengenai burung kakak tua untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam portal berita hmetro.com menarik fakta bagaimana ada individu yang '
Belanja RM30,000 kemaruk kakaktua' sebagai kisah sesuai dikongsikan. Foto disebelah menunjukkan Mohd Aliff membelai burung kakaktua jenis Ducorps dan Medium Sulphur-Crested. Kisah dari Kuala Terengganu dimana akibat terlalu kemaruk dengan burung kakaktua mendorong seorang pemuda membelanjakan lebih RM30,000 wang simpanannya bagi mendapatkan pelbagai jenis baka kakaktua selain membina sangkar burung itu untuk tujuan penternakan sejak 12 tahun lalu. Dia yang berasal dari Kampung Buluh Gading sanggup membelanjakan lebih RM500 sebulan bagi boleh memastikan 30 burung kakaktua pelbagai spesies termasuk Macau, Greater Sulphur, Ducorps dan Medium Sulphur-Crested mendapat makanan dan penjagaan yang sepatutnya. Dilaporkan dimana dia mula menternak burung Budgerigar dan Lovebird kerana ia mendapat sambutan menggalakkan sehingga mampu meraih RM1,500 sebulan hasil menjual anak burung berkenaan. Bagaimanapun hasil sambutan terhadap burung itu kian berkurangan lalu saya cuba berjinak-jinak membela burung kakaktua dan burung pertama yang dibela adalah Parrot Kelabu Afrika (African Grey) dan ia dibiak sebelum saya mendapatkan spesies burung kakaktua lain. Dakwanya bukan senang untuk menternak burung kakaktua kerana proses dan cara pembiakannya berbeza berbanding burung biasa, malah semua burung yang dipelihara mempunyai lesen yang dikeluarkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).


Dalam lapoan lain bertajuk '
Tiada kompromi, individu seludup 11 burung kakak tua dipenjara, denda' juga menarik faktanya. Dilaporkan dimana ada 11 burung kakak tua yang dirampas ketika pemeriksaan terhadap kenderaan warga Singapura di laluan masuk Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI). Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor memandang serius kes penyeludupan burung kakak tua yang juga spesies dilindungi. Pengarahnya Aminuddin Jamin nyatakan dalam kejadian terbaharu pada 31 Mei lalu pihaknya merampas 11 burung kakak tua yang diseludup dalam kenderaan milik warga Singapura di laluan pemeriksaan masuk Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI). Apa pun tindakan tegas diambil dan lelaki itu dijatuhi hukuman penjara tujuh hari bermula tarikh ditangkap oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 7 Jun lalu. Pesalah juga didenda RM80,000 selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut seksyen 60 (1)(a) dan seksyen 68 (1)(a) di dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (pindaan) 2022. Dilaporkan dimana dalam kejadian itu, pihaknya merampas empat spesies Ara SPP, tiga jenis Blue & Gold Macaw (Ara ararauna), seekor Yellow-headed Amazon (Amazona oratrix) dan tiga Scarlet Macaw (Ara Macao). Dilaporkan dimana turut disita adalah sepuluh kotak kayu, sebuah sangkar yang menempatkan burung, kenderaan, telefon bimbit dan tempat bertengek burung.


Seterusnya portal sama bertajuk '
Selebriti kakaktua' juga menarik faktanya. Dilaporkan melihat keletah dan gelagat burung kakaktua yang dinamakan Brulee, pasti membuatkan sesiapa saja geli hati. Apa tidaknya, burung spesies African Grey berusia empat bulan ini begitu petah mengajuk kata-kata pemiliknya Mazuki Ibrahim, 48. Abah,''meow,''ready' dan 'bye' antara perkataan yang sering diungkapkan Brulee ketika berada di rumah. Burung kakaktua betina ini yang dibiarkan bebas bergerak dan terbang di dalam rumah selain dilihat begitu rapat dengan pemilik serta ahli keluarganya yang lain. Maka tidak hairanlah, Brulee cukup dikenali di media sosial TikTok sehingga memiliki lebih 100,000 pengikut. Kini Mazuki berkata, selepas berpindah di kediaman baru di Sepang, Selangor, dia merancang untuk memiliki haiwan peliharaan untuk mengisi lapang. Pada mulanya, dia merancang untuk memelihara kucing dan ikan namun terpaksa dilupakan kerana kos yang tinggi selain isteri berdepan masalah alergik. Secara kebetulan, ada rakan memelihara burung kakaktua sebelum saya membuat carian di Internet dan mendapati haiwan ini mudah dijaga selain tidak membabitkan kos yang tinggi. Tertarik dengan keunikan haiwan ini, saya buat keputusan untuk membeli burung kakaktua berusia enam minggu daripada seorang pembiak dari Sungai Petani, Kedah pada Disember 2017. Menurutnya, untuk tahun pertama, dia mengakui berdepan sedikit cabaran kerana pada usia ini, burung ini perlu disuap. Mereka semua akan bergilir-gilir menyuapkan makanan empat kali sehari sehingga usianya mencapai setahun. Kemudian selepas burung ini boleh makan sendiri, penjagaannya menjadi lebih mudah dan tidak terlalu rumit. Malah sejak dipelihara, Brulee tidak pernah sakit dan saya hanya membawanya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali. Brulee akan dibiarkan bebas bergerak dan terbang di dalam rumah pada setiap hari. Brulee hanya dimasukkan ke dalam sangkar, pada 11 malam untuk tidur sebelum dilepaskan keluar seawal 7.30 pagi. Jika lambat Brulee akan 'membebel' minta dikeluarkan. Pada kebiasaannya dimana apabila dia keluar, Brulee akan ke dapur menemani isteri menyediakan kek. Dia turut berkongsi insiden yang tidak boleh dilupakan apabila Brulee hilang selama tiga hari ketika dibawa pulang bercuti di kampung.  Brulee yang berusia tiga bulan pada ketika itu terkejut sebelum terus terbang dan hilang. Kami cuba mencari di kawasan sekitar namun tidak ditemui. Masa itu memang mereka semua tidak boleh tidur lena memikirkan nasib Brulee. Brulee sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri sekali gus mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh dua anak yang sudah besar.


Dalam poral lain bertajuk 'Maaf saya tak jual' juga sesuai dikongsikan faktanya. Dilaporkan akibat keletah burung kakaktua yang cerdik, jinak dan pandai berkata-kata sememangnya menarik perhatian ramai. Apa pun berbanding burung lain diman burung kakaktua juga memiliki bulu yang unik dan berwarna warni. Biarpun kini harganya mahal dan perlu memiliki lesen namun ia tidak menghalang peminat di negara ini untuk membelanya. Semua faktor itu turut mendorong Mohd Azarizan Ali (37) dari Kuala Terengganu, Terengganu untuk berhabis ribuan ringgit bagi memiliki 10 ekor burung kakaktua pelbagai jenis. Hobi yang dianggap mahal itu bermula kira-kira 10 tahun lalu apabila Mohd Azarizan melihat kawannya membela burung berkenaan. Disebabkan kerana tertarik dengan keunikan dan kecerdikan burung itu, Mohd Azarizan kemudiannya membeli seekor anak burung kakaktua jenis African Grey untuk dibela. Harga anak suap African Grey (umur antara 60 hingga 70 hari) ketika itu dijual pada RM2,000 beserta lesen sekali.  Malah harganya masih berbaloi berbanding harga pasaran ketika ini yang sudah meningkat berkali ganda. Kini ia menjadi pilihan kerana pada peringkat umur anak suap itu, burung terbabit mudah diajar dan dijinakkan. Minat Mohd Azarizan terhadap burung kakaktua mula bercambah dan dia menambah koleksi seekor demi seekor hingga kini sudah memiliki 10 ekor semuanya. Dia memberikan masa sejam setiap petang untuk bermain dan membiarkan burung kakaktua terbang bebas. Diantara jenis burung kakaktua yang dibela Mohd Azarizan ialah blue and gold macaw, sulphur crested cokatoo, chestnut macaw dan hahn macaw. Burung kakaktua ini ada dua dokumen kebenaran iaitu satu permit dan keduanya ialah lesen. Bagi komuniti burung di Malaysia, semuanya adalah berlesen sementara untuk permit dalam kebanyakan kes, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tidak memberi kebenaran kerana membabitkan spesies burung terancam. Kini harga pasaran burung itu dijual mengikut tahap tumbesarannya. Selalunya apabila lebih matang burung itu, lebih mahal harganya berikutan risiko untuk haiwan berkenaan mati lebih rendah kerana sudah pandai berdikari dan makan sendiri tanpa perlu disuap oleh tuannya. Namun, jika untuk pelihara sendiri, seeloknya beli pada umur 'anak suap' kerana kita boleh jinakkan dan ajar ia dengan perkataan diinginkan. Semua burung kakaktua peliharaan saya boleh 'bercakap' Assalamualaikum, hai, bye, kakak, abah dan meniru suara kucing serta angsa. Perkataan berkenaan diajar sejak ia kecil lagi kecuali suara kucing dan angsa yang ditiru dari suasana persekitaran rumah. Dakwanya biarpun harga untuk mendapatkan burung itu mahal namun kos penjagaan haiwan terbabit tidaklah semahal mana. Ini kerana burung kakaktua hanya makan makanan seperti kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan terutama epal merah. Jadual makan burung itu hanya pada sebelah pagi dan petang sahaja. "Biasanya, sebelum diberi makan, saya akan 'mengajarnya' dengan beberapa perkataan atau gerakan yang dimahukan. Burung itu biasanya lebih mudah untuk diajar dan mendengar kata ketika ia lapar. Dia jug akan memandikan semua burung kakaktua peliharaannya antara satu atau dua kali seminggu dimana ia juga bergantung kepada cuaca kerana jika hujan, burung itu tidak akan dimandikan. Sebaiknya burung ini tidak boleh terlalu kerap dimandikan kerana suhu badannya perlu sentiasa normal, tidak boleh terlalu sejuk atau panas. Selalunya burung kakaktua juga tidak boleh stres kerana jika tidak, bulunya yang cantik itu boleh tercabut. Untuk itu maka setiap hari pada sebelah petang, semua burung kakaktua akan dilepaskan untuk terbang dan bermain di luar sangkar selama sejam bagi mengelakkan ia tertekan akibat dikurung seharian. Semasa ditanya adakah dia sanggup menjual koleksi burung kakaktua kesayangannya itu jika ada yang menawarkan harga tinggi, Mohd Azarizan kata haiwan berkenaan sama sekali tidak akan dijual. Burung berkenaan sudah dianggap sebagai ahli keluarga dan ia juga terapi untuk menghilangkan tekanan seharian. Memelihara haiwan seperti burung kakaktua ini boleh menghilangkan tekanan. Memang seronok 'bercakap' dengan burung kakaktua ini kerana ia akan meniru perkataan yang diajar. Dia berhasrat untuk terus mendapatkan seekor lagi burung kakaktua jenis green wing macaw yang sememangnya menjadi idaman ramai kerana warna kepaknya yang cantik selain harganya juga agak mahal, boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Semga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!....
BURUNG CANTIK... IA KAKAKTUA...
MEMANG DISUKAI...CAKAP APA...
HARGA MAHAL..  BERIBU JUGA...
BACA ARTIKEL... FAHAM FAKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 106, Hotel 101, Ulu Tiram,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(16 Jamadilakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...