Dalam beberapa laporan kajian dilaporkan dimana sisa buangan sawit jadi produk berharga. Apa pun kedudukan Malaysia sebagai antara negara memproses kelapa sawit terbesar membolehkan banyak produk pelbagai kegunaan dihasilkan. Apa yang pasti dimana di sebalik proses menghasilkan minyak sawit maka pastinya industri ini akan meninggalkan sisa buangan yang tidak dimanfaatkan termasuk POME (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya menerusi proses menghasilkan minyak kelapa sawit berlaku penghasilan serta lambakan bahan buangan seperti tan dan buah kosong (EFB) dan juga tempurung kelapa sawit mendatangkan sedikit masalah serta POME. Sebelum ini dimana bahan-bahan tersebut akan terus dibuang begitu sahaja, namun terdapat juga usaha untuk memproses dimana ada usaha dibuat bagi bahan buangan tersebut untuk dijadikan baja. Sebagai contoh dimana pihak UniversitiPutra Malaysia (UPM) dengan kerjasama pihak Kyushu Institute of Technology (KIT) dari Jepun mengadakan bengkel khas untuk membincangkan pengurusan bahan buangan tersebut. Teknologi ini adalah juga bincangkan kaedah terbaik yang ali sebagai sistem sisa buangan sifar (zero discharge system) di kilang sawit. bagi menguruskan bahan buangan tersebut. Hasil kajian antara UPM dan KIT telah dilaksanakan sejak 15 tahun dahulu lagi dengan membuat pelbagai penyelidikan. Hasilnya kedua buah universiti telah memperkenalkan kaedah perniagaan melalui sistem buangan sifar seperti bioplastik, biogas, arang EFB dan rawatan air sisa (efluent) yang menyumbang kepada situasi sesuai untuk dilaksanakan. Konsep buangan sifar merupakan satu amaIan membebaskan bahan-bahan seperti air yang terawat bagi dapat mengelakkan alam sekitar tercemar. Selalunya didalam industri pemprosesan minyak kelapa sawit akan terjadi proses membebaskan sisa bahan buangan telah lama menjadi isu pencemaran kepada alam sekitar. Apa pun kalau dahulu sisa buangan tersebut dialirkan terus ke sungai tanpa dirawat dan amalan tersebut dilaporkan menyebabkan pencemaran alam sekitar yang teruk. Antara sisa lain daIam pemprosesan adalah termasuk minyak kelapa sawit, serat EFB dan juga tempurung kelapa sawit. Sebelum ini dimana bahan serat EFB dan tempurnng kelapa sawit hanya dibuang begitu sahaja dan hanya sedikit yang menjadikannya sebagai baja dan bahab api. Biarpun sisa buangan tersebut dilaporkan mencemarkan alam sekitar namun pihak industri masa itu tidak memiliki cara untuk menjadikannya sebagai sesuatu yang berharga. Disebabkan dimana industri sawit merupakan salah satu industri utama negara maka kes lambakan sisa bahan buangan terse but sernakin kemudian dilihat ia juga meningkat saban hari.
Pihak berwajib termasuk MPOB, MARDI, Universiti dan Swasta (syarikat perladangan konglomerat) sentiasa menmbuat beberapa penyelidikkan bagaimana mengatasi isu sisa dari industri kelapa sawit. Kebanyakan kajian tertumpu kepada konsep 'Zero-Discharge From Palm Oil Industry' dan juga 'Creation Of New Green Profitable Business' yang mana ia mengambil banyak aspek lain. Perlu ada hasil kajian dimana selain dapat mengatasi masaalah pencemaran alam sekitar sebaiknya sisa sawit ini di jadikan produk yang boleh di manafaatkan dan boleh di niakan serta menjana pendapatan. Antara produk yang paling popular dikenalpasti adalah menghasilkan baja (fertilizer) seperti kompos dan sebagainya dari sisa sawit. Konsep seperti bagaimana melalui sistem buangan sifar yang mana bahan sisa' dari kilang-kilang kelapa sawit dikitar semula bagi tujuan memperoleh produk-produk yang mempunyai nilai tambah. Salah satu yang dilaporkan berjaya dikajia adalah seperti menghasilkan produk nilaitambah dari bahagian tempurung kelapa sawit (oil palm kernel) yang boIeh diproses menjadi bahan berguna. Dilaporkan dimana ia boleh menghasilkan produk seperti biogas untuk penjanaan tenaga arang sama seperti kaedah penjanaan tenaga dari tandan sawit kosong cengkerang sawit. Dalam pada itu dimana perolehan semula serta rawatan air sisa dimana ia dijangka memperoleh impak yang positif seperti penggunaan bahan sisa sawit secara lebih efisien mampu yang akan mendatangkan keuntungan melalui penshasilan produk nilai tambah. Sisa efluen yang lebih lestari di semua kilang sawit juga dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui sistem yang diperkenalkan hasil kajian dilakukan. Pada masa ini sudah ada sistem rawatan sisa dari kilang sawit yang sudah dilaksanakan disemua kilang sawit diseluruh negara seperti peraturan dalam undang-undang.
Menarik fakta bagaimana 'Penyelidik MPOB cipta teknologi rawat sisa sawit' seperti dilaporkan oleh portan bharian.com. Dilaporkan dimana pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mencipta teknologi untuk merawat sisa akhir efluen kelapa sawit (POME) dengan menggunakan biojisim tempurung kelapa sawit. Teknologi yang dikenali Karbon Teraktif Tempurung Kelapa Sawit untuk Rawatan Sisa Air adalah penyatuan proses biologi dengan karbon teraktif untuk merawat sisa akhir efluen kelapa sawit (rawatan tertiari) sebelum dilepaskan ke persekitaran. Biojisim tempurung kelapa sawit digunakan sebagai sumber untuk penghasilan karbon teraktif kerana mempunyai ciri ketumpatan dan karbon yang tinggi serta kandungan abu yang rendah. Oleh kerana biojiisim tempurung kelapa sawit dihasilkan dengan banyak di kilang kelapa sawit, maka kos pengeluaran untuk teknologi ini adalah rendah jika dihasilkan oleh kilang sawit. Prototaip teknologi ini telah diuji di lapangan dan terbukti berkesan. Pihak penyelidik MPOB mula menjalankan kajian pada 2019 dimana bahan buangan POME mengandungi campuran air sisa minyak, zarah tanah dan pepejal terampai yang berwarna coklat kehitaman. Dilaporkan kilang kelapa sawit perlu merawat POME untuk pemuliharaan alam sekitar dan mematuhi peraturan ketat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan syarat pelesenan MPOB. Teknologi untuk merawat POME adalah mesra alam kerana tiada bahan kimia yang digunakan semasa proses rawatan. Kini pengaktifan secara stim digunakan bagi penghasilan karbon teraktif, dan mikrob yang berkesan digunakan ketika proses biologi semasa rawatan tertiari. Proses pembuangan akhir sisa efluen POME yang dirawat dapat digunakan sebagai air kitar semula dan karbon teraktif yang telah digunakan boleh dijadikan sebagai baja organik untuk tanaman sayur-sayuran. Kajian mendapati baja organik ini kaya dengan unsur-unsur nitrogen, fosforus, dan kalium hasil dari penjerapan sisa akhir efluen POME. Justeru, teknologi ini sangat lestari dalam aspek ekonomi, proses dan persekitaran. MPOB telah membangunkan sistem pengaktifan karbonisasi secara dua-dalam-satu untuk menghasilkan karbon teraktif secara lestari tunggal, berbanding pembakaran dan pengaktifan secara berasingan seperti dalam sistem konvensional. Teknologi secara dua-dalam-satu itu lebih mudah digunakan berbanding sistem pembakaran secara konvensional. Proses pembakaran secara dua-dalam-satu ini juga dapat mengurangkan kos pengeluaran, tenaga, dan masa tanpa menjejaskan hasil dan kualiti karbon teraktif yang dihasilkan sekali gus menghindari penggunaan bahan kimia ketika proses pengaktifan. Sistem pengaktifan karbonisasi secara dua-dalam-satu ini dapat diguna pakai oleh sektor pengilangan sawit dan menyedia peluang perniagaan kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERLUKAN RAWATAN... DI MANA SAJA...
ELAKKAN PENCEMARAN... DILAKSANA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Jamadilawal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.