Support My Blog

Friday, January 5, 2024

HORMON TUMBUHAN DAN PERANANNYA

HORMON TUMBUNAN
(Plants hormone) adalah bahan kimia yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan yang membantu dalam proses tumbesaran. Bahan ini juga penulis blog kenali juga sebagai 'Phytohormones' boleh dihasilkan didalam makmal atau secara semulajadi dimana pada tumbuhan lazimnya berada dalam kadar kepekatan yang rendah sesuai untuk menggalakkan proses tumbesaran dan dihasilkan pada bahagian khusus. Hormon tumbuhan banyak membantu pembentukan bunga, batang, buah dan akar tumbuhan untuk terus hidup dan membesar. Apa yang saya belajar dulu, menyatakan tumbuh-tumbuhan tidak seperti haiwan yang mempunyai banyak organ (Glands) untuk mengeluarkan hormon bagi kehidupan. Fungsi dan peranan hormon tumbuh-tumbuhan sangat penting dan signifikan kerana ianya menentukan didalam tumbesaran tumbuhan, memanjangkan umur tumbuhan, menentukan jantina bunga, proses penghasilan bunga-bungaan dan buah-buahan. Kajian mengenai bahan kimia tentang hormon tumbuhan ini sebenarnya telah dijalankan secara saintifik mulai tahun 1948 oleh para saintis berkaitan biokimia. Kajian-kajian oleh para saintis menunjukkan terdapat beratus-ratus hormon yang ada dan semasa belajar di universiti pun pensyarah ada memberitahu akan hormon2 tumbuhan. Pensyarah juga menyatakan hanya 5 jenis hormon tumbuh-tumbuhan yang paling popular dan penting untuk dipelajari. Hormon-hormon tersebut adalah AUKSIN (Auxins - IAA) , CYTOKININ (Cytokinins) , GIBBERELLIN (Gibberallins - GA), ETILIN (Ethylene) dan ASID ABASIC (Absisic acid atau ABA). Beberapa jenis fitohormon lain yang mungkin kita kena tahu mungkin seperti hormon jenis Asid Jasmonat, Steroid (Brain steroids), Salisilate dan juga jenis Poliamina. Merujuk kepada laman web Wikipedia terdapat info menyatakan bahawa fungsi hormon-hormon diatas berfungsi sebagai penggalak perumbuhan, pengawal pertumbunan dan sebagainya mengikut kumpulan masing-masing. Kumpulan 3 pertama iaitu Auxin, Gibberellin dan Saitokinin merupan hormon bersifat positif iaitu menggalakkan pertumbuhan (Regulator), sementara kumpulan Etilin dan ANA amat berbeza fungsinya iaitu ianya dengan menghalang proses pertumbuhan (Inhibator). Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" sempena tahun baru 2024 saya menulis mengenai tajuk hormon tumbuhan dan peranannya untuk ia di jadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Apa pun merujuk kepada beberapa laporan termasuk dalam wikipedia menyatakan dimana hormon tumbuhan atau fitohormon merupakan sekumpulan molekul isyarat organik yang terdapat dalam tumbuhan dengan jumlah yang amat kecil. Hormon-hormon ini peranannya ia dapat mempengaruhi cara pertumbuhan, pembiakan dan pergerakan sesebuah tumbuhan. Hormon dalam tumbuhan dapat dihasilkan oleh sel-sel tumbuhan secara umum dimana ia tidak seperti dalam haiwan di mana penghasilan hormon hanya tertakluk kepada kelenjar-kelenjar khusus. Hormon tumbuhan boleh dihasilkan sendiri (endogen) ataupun dibekalkan dari luar (eksogen). Pernah belajar di sekolah dahulu dan mendalami semasa belajar di universiti mengenai hormon tumbuhan masih di gunakan semasa bertugas dalam sektor pertanian. Terdapat beberapa jenis hormon tumbuhan yang kekl ingat di kepala sehingga kini dimana ada jenis-jenis hormon tumbuhan yang utama termasuklah Asid Absisik, Auksin, Sitokinin, Etilena dan Giberelin. Hormon pertama iaitu ASID ABISIK dilihat ia memang berperanan penting dalam aktiviti penghambatan pertumbuhan tumbuhan. Selain itu dilaporkan dimana peranan asid ini juga berperanan dalam proses penutupan stoma ketika tumbuhan mengalami kehilangan air. Kedua adalah jenis hormon ASID SASILIK dimana ia merupakan sejeni hormon yang berbentuk seperti fenol dan berperanan dalam usaha pertahanan tumbuhan menentang patogen biotropika. Asid salisilik mempunyai kepentingan dalam bidang perubatan moden kepada manusia kerana kajian mendapati dimana Asid Salisilik ialah pelopor kepada aspirin. Pada penulis blog jenis hormon yang paling diingati adalah AUKSIN (Auxin) dimana bahan ini memang sejenis hormon sebagai pengawal pertumbuhan pertama yang ditemui. Auksin berperanan dalam proses untuk pembesaran sel dan penjanaan pucuk serta akar. Selalunya dimana hormon Auksin iaitu bersama-sama hormon sitokinin berperanan mengawal pertumbuhan kepada bahagian batang, akar dan tumbuhan serta berperanan dalam penjanaan bunga. Seterusnya ada sejenis hormon yang selalu agak lupa  iaitu BRASINOSTEROID yang mana ia satu-satunya kumpulan hormon tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan steroid. Brasinosteroid mengawal proses dalam pemanjangan dan pembahagian sel, gravitropisme, ketahanan terhadap tekanan dan pembezaan xilem. Hormon lain yang selalu diingati adalah jenis hormon ETILENA (Ethylene) dimana ia adalah satu-satunya hormon tumbuhan yang wujud sebagai gas dalam suhu bilik. Etilena membantu dalam kawalan pematangan buah, percambahan bunga dan juga menyebabkan berlaku keluruhan daun. Jenis hormon tumbuhan iaitu GIBERELIN pula adalah ia merangkumi pelbagai jenis hormon kimia berfungsi dalam pemanjangan batang, percambahan, perkembangan bunga, dan penuaan daun serta buah. Agak kurang diingati termasil jenis hormon tumbuah iaitu JASMONAT yang mana selalu ia berperanan penting dalam tindak balas tumbuhan terhadap serangan oleh herbivor sertaa patogen. Jasmonat yang paling utama ialah asid jasmonik. Seterusnya adalah hormon tumbuhan SITOKININ (Cytokinin) yang peranannya untuk mengawal pembahagian sel tumbuhan dan penghasilan pucuk, serta melambatkan penuaan tisu tumbuhan. Sitokinin, bersama-sama etilena, menghalang penguasaan apeks oleh auksin, dan berperanan dalam penuaan buah, bunga dan daun.


Dalam portal berita hmetro.com ada artikel bertajuk '
Percepat pencambahan pokok' yang berkaitan dengan produk tempatan mengenai hormon tumbuhan. Media hmetro laporkan dimana kini ada pelbagai teknologi bagi meningkatkan hasil tanaman pertanian berada di pasaran ketika ini membabitkan produk keluaran tempatan dan luar negara. Apa pun teknologi agro tidak hanya tertumpu pada mesin atau peralatan moden industri pertanian semata-mata, tapi juga bahan tambahan seperti baja, racun dan juga pemangkin tumbesaran tanaman atau dipanggil ‘madu’ untuk tumbuhan. Antara pemangkin tumbesaran tanaman hasil keluaran tempatan yang kini mula mendapat perhatian petani dan juga pengusaha tanaman adalah produk kitosan. Kitosan adalah polimer organik yang bersifat mudah terurai diekstrak daripada cangkerang atau kulit makanan laut seperti udang dan ketam dihasilkan menggunakan aplikasi bioteknologi moden bertaraf antarabangsa. Dilaporkan kandungan Asid Amino yang terdapat pada kitosan dapat merangsang hormon pertumbuhan dalam setiap tanaman itu sendiri melalui penyerapan nutrien dari tanah. Ia sekali gus meningkatkan aktiviti sel tanaman dan proses fotosintesis serta didakwa ia meningkatkan sistem daya tahan tanaman berkenaan. Bagi seorang pengedar kitosan di Perak iaitu Suhaime Sulaiman mendakwa diantara faedah produk berkenaan adalah dengan bertindak sebagai antibakteria semula jadi, mempercepatkan percambahan, meningkatkan hasil dan kualiti pertanian selain mesra alam serta haiwan (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya produk kitosan bukan baja atau racun untuk tumbuhan tapi ia juga pemangkin tanaman diibaratkan seperti madu untuk tumbuhan kerana mampu mempercepatkan pertumbuhan, mempercepatkan pembungaan dan pembuahan seterusnya mempercepatkan masa tuaian. Ia juga didakwa mampu bagi mencegah tanaman daripada serangan pelbagai penyakit dan musuh tanaman seperti penyakit daun, bakteria, hawar, benah hijau, hawar daun jingga dan bercak. Penggunaan pemangkin tumbesaran tanaman itu juga mampu meningkatkan hasil 20 hingga 50 peratus dan senang digunakan dengan hanya perlu disembur pada tanaman sekerap dua minggu sekali dalam nisbah penggunaan yang rendah. Kitosan boleh digunakan bersama baja dan kimia pertanian (racun) tanpa kesan sampingan, namun tidak boleh digunakan bersama bahan efektif mikro kerana ia akan membunuh bahan itu. Selalunya dengan penggunaan produk ini juga tidak terhad kepada tanaman tertentu sahaja kerana ia sesuai untuk semua tanaman termasuk sayuran dan boleh digunakan untuk tanaman kecil-kecilan atau perladangan.


Menarik juga kalau diintai dari portal kompas.com dari Indonesia dengan tajuk '
Hormon-Hormon yang Memengaruhi Pertumbuhan dan Perkembangan Tumbuhan'. Menurut akhbar tersebut dilaporkan tumbuhan boleh tumbuh dan berkembang kerana ia dipengaruhi oleh hormon. Tahukah apakah dia hormon yang memengaruhi pertumbuhan dan juga perkembangan tumbuhan?. DIlaporkan pada tahun 1928, Frits Warmolt Went iaitu seorang ahli biologi dari Belanda telah menjadi orang yang pertama kali menemui bahan hormon yang berperanan dalam pertumbuhan pada tanaman. Dia telah menemui fakta bahawa pertumbuhan dan proses tumbesaran tumbuhan dipengaruhi oleh faktor internal berupa hormon yang disebut dengan fitohormon. Merujuk dari ciri Biologi, Edisi Ke 8, Jilid 3 (2008) dinyatakan hormon-hormon tersebut dapat memicu pertumbuhan namun juga dapat menghambat pertumbuhan dan tumbesaran pada tanaman. Hormon Pemicu Pertumbuhan Hormon dapat memengaruhi pertumbuhan disebabkan ia menghasilkan isyarat kepada sel untuk melakukan pembelahan (mitosis) dan juga dapat mengaktifkan enzim. Fitohormon yang dapat memicu proses pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan adalah Auksin, Sitokinin, Giberelin dan Etilen. Hormon Auksin atau Asid Asetat adalah hormon yang berada di hujung-hujung tanaman dan daun yang masih muda. Merujuk Encyclopedia Britannica dinyatakan dimana auksin berfungsi untuk mendorong kepada pertumbuhan tanaman dengan cara pemanjangan sel pada akar dan batang. Auksin juga berfungsi dalam perkembangan bunga dan buah. Namun auksin dapat menghambat atau juga merencatkan pertumbuhan jika terkena cahaya matahari. Tumbuhan yang terkena matahari akan terhambat proses pertumbuhannya dibandingkan dengan bahagian yang tidak terkena cahaya. Inilah mengapa batang tumbuhan akan condong ke arah cahaya atau yang biasa disebut sebagai fototropisme. Fitohormon Sitokinin dilaporkan mempercepat pembelahan sel pada tumbuhan atau biasa disebut dengan sitokinesis. Sitokinin merupakan hormon yang dapat dalam cara mempertahankan tumbuhan dari perubahan suhu juga infeksi virus, penuaan pada tanaman berjalan lebih lambat.  Foto disebelah menunjukkan ada seorang lelaki menyiram tumbuhan bayam di ladang pertanian berkaitan tumbesaran. Bagi Hormon Giberelin adalah homon yang dapat membuat tumbuhan tumbuh dengan cepat kerana ia akan mendorong pembentukan biji, buah dan bunga. Ia juga akan mendorong pemanjangan pada batang. Hormon Etilen adalah hormon pertumbuhan berbentuk gas yang dapat mempercepatkan lagi proses pematangan pada buah. Hormon etilen berada pada buah juga daun yang mengalami proses penuaan. Seterusnya adalah jenis hormon Kalin iaitu ia adalah sejenis hormon pertumbuhan yang memengaruhi pembentukan organ tanaman seperti akar, batang, daun, dan bunga. Dalam pada itu jenis hormon Asid Traumalin pula ia merupakan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membangunkan sistem jaringan yang rosak disebab oleh luka. Jika tumbuhan terluka kerana persekitaran luar maka hormon Asid traumalin akan memperbaiki bahagian yang rosak tersebut. Hormon ini juga sebagai penghambat pertumbuhan. Jenis hormon dikenali sebagai Asid Abisisat pula adalah hormon yang menghambat pertumbuhan dan perkembangan pada tumbuhan. Asid Abisisat membuatkan tanaman tidak mampu bertunas walaupun keadaan persekitaran amat sesuai untuk  pengeluaran bunga dimana keadaan ini biasa disebut dengan berlaku dormansi (dormant). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA HORMON..PADA TUMBUHAN...
BANYAK JENIS... PERLU DIINGATKAN...
IKUT JENIS....PERANANNYA BERLAINAN...
BACA ARTIKEL INI.. DAPAT KEFAHAMAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, 
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.(22 Jamadilakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...