Support My Blog

Saturday, January 20, 2024

LAKSANA ASAM DENGAN GARAM

Peribahasa atau perumpamaan lama 'LAKSANA ASAM DENGAN GARAM' memang masih relevan sehingga hari ini dalam masyarajat moden. Kedua-dua bahan makanan ini memang sangat penting didalam menjadikan semua makanan terutama kuliner Malaysia menjadi enak untuk di makan. Bayangkan jika makanan yang dihidangkan tidak ada garam dan juga bagi sesetengah makanan tiada asamnya. Dalam mencari makna kiasan peribahasa ini yang masih relevam dengan kehidupan masyarakat harian sebenarnya maksud 'Laksana asam dengan garam' adalah bermaksud sebagai bagaimana 'Persahabatan yang tidak dapat dipisahkan atau berkekalan' yang amat mudah difahami.  Banyak contoh ayat yang berkaitan dengan ungkapan ini contohnya 'Lelaki yang bernama Abu dan perempuan bernama Aishah memang rakan karib sejak lama dulu walaupun tingal berjauhan akan tetapi kalau ada jodoh tetap akan berkahwin juga akhirnya laksana asam dengan garam' sahaja. Persahabatan memang penting dijaga agar kekal lama dan saling memahami. Sahabat 
adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan. Sahabat juga mampu meredakan kesedihan, menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban dimana mereka selalunya akan sentiasa melindungi. Apa pun kini sudah ada dalam kalangan mereka yang sanggup untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang sahabat yang sejati. Antaranya seperti perbuatan menipu, mengaibkan hal peribadi sahabat karibnya, menjatuhkan maruah dan pelbagai lagi sehingga ada yang sanggup pecah amanah terhadap sahabatnya itu. Penting memilih sahabat yang baik sehinggakan baginda Rasulullah menyebut di dalam hadisnya: Seorang mukmin itu cermin bagi mukmin lainnya, dan seorang mukmin itu saudara bagi mukmin lainnya; ia membantunya saat kesulitan serta menjaganya (membelanya) dari belakang - [HR Abu Daud 4272]. Dalam Islam ada beberapa faktor dalam memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja. Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima akan padahnya. Pemilihan sahabat dunia akhirat sangatlah penting kerana mereka yang akan sentiasa mendorong kita ke arah kebaikan. Jika tersalah memilih sahabat maka binasalah seseorang itu. Antara tip untuk memilih sahabat yang baik ialah pertama Pilih Sahabat yang Bertaqwa kerana jika ingin persahabatan baik memerlukan kepada kepercayaan. Apa pun asas kepercayaan pula tidak akan terhasil melainkan dengan rasa takut kepada Allah jua. Sifat inilah yang akan menjaga seseorang daripada melakukan pecah amanah, tidak menyuruh kita melainkan kepada ketaatan dan mencegah kita daripada melakukan maksiat. Kedua adalah Pilih Sahabat dengan Keperibadian yang Lembut dan Baik kerana aspek keperibadian yang lembut ialah dari sudut pergaulan yang baik, cermat, mudah dan berkasih sayang sesama manusia, hati dan jiwa yang lembut dan baik akhlaknya. Ketiga adalah Pilih sahabat yang dapat Menjaga Keaiban kerana secara sedar tidak sedar kadang-kadang segala masalah dan keaiban kita diceritakan kepada sahabat karib kita. Ini kerana kepercayaan yang diberikan kepada mereka terlalu tinggi tetapi ada antara mereka yang sanggup membuka keaiban sahabatnya itu tanpa memikirkan hubungan mereka yang telah lama terjalin. Keempat adalah Pilih sahabat yang Susah Senang Bersama kerana kawan ketika senang mudah dijumpai tetapi kawan ketika kita berada di dalam kesusahan itulah yang susah dicari.Kebanyakan kawan-kawan yang ada hanya berada dengan kita semasa kita mempunyai sesuatu sama ada jawatan, pangkat, harta dan kedudukan dan mereka akan meninggalkan kita jika kita kehilangannya. Kelima adalah pilih sahabat yang Suka Berterus Terang kerana seorang sahabat yang sejati akan sentiasa berterus terang kepada sahabatnya dan tidak bercakap di belakang supaya dapat mendatangkan kebaikan bukan sahaja kepada dirinya bahkan kepada sahabatnya itu. Bercakap belakang tidak mendatangkan sebarang faedah atau penyelesaian bahkan memufliskan kita di akhirat kelak. Artikel pada subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai peribahasa laksana asam dengan garam yang boleh dibuat rujukkan pembaca semua.


Tanaman Asam Jawa (Tamarindus indica) adalah sejenis tumbuhan yang penting dari keluarga Fabaceae yang mana ia menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian di Malaysia. Penulis blog merujuk sumber dimana Malaysia ketika ini mengimport lebih kurang 60 - 80 peratus asam jawa dari luar negara terutamanya dari negara India kerana jumlah pengeluaran asam jawa tempatan adalah sangat kurang. Sebenarnya apa yang penulis bloh faham dimana pokok tumbuhan ini adalah sangat mudah dan cepat untuk ianya dibiakkan. Ia mampu membiak secara tampang atau penyebaran biji benih. Ia memang tahan lama disimpan dan sangat mudah bercambah. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai asam jawa untuk dibaca dengan membuat pautan (Sila klik disini). Jika ditanam secara tampang selalunya ia akan berbuah selepas 3 - 5 tahun ditanam. Jika ia ditanam secara biji benih pula sellunya ia akan mula berbuah selepas 6 - 8 tahun. Menurut kajian di negara pengeluar dimana pokok asam jawa terbesar di dunia berada di India yang mana buahnya yang masak biasanya akan dibiarkan di atas pokok sehinggalah kandungan airnya berkurangan sehingga 20 peratus. Selain itu dilaporkan pokok yang matang juga boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 150 - 200 kg buah pada masa setahun. Apa pun sebelum dipetik, dahannya akan digoncang terlebih dahulu untuk tujuan membiarkan buahnya yang telah masak secara semula jadi gugur dan dikutip di tanah. Untuk tujuan pasaran segar pula, buahnya akan dipetik dengan menggunting tangkainya supaya ia tidak mudah rosak. Pokok asam jawa adalah pokok saka yang mana pokok cukup tua boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter. Pokok ini boleh hidup lama dan masih mampu mengeluarkan hasil walaupun telah berusia puluhan tahun. Lazimnya juga mendapati pokok ini tahan dari serangan serangga perosak, tiupan angin kencang malahan tahan terendam dalam air berbanding dengan pokok lain. Batang utama pokoknya pendek tetapi mempunyai banyak cabang dan bentuk pokoknya adalah rimbun. Dahan dan cabang pokok asam jawa mempunyai susunan yang terbuka luas. Dahan pokok amat kuat dan tahan tiupan angin kencang dan jarang-jarang sekah atau patah. Kanopi pokok asam jawa juga berbentuk seperti kubah yang bulat melebar. Pokok ini tahan kemarau dan mudah hidup di mana-mana jenis tanah sama ada pada tanah yang subur atau tanah bermasalah. Dikawasan Majlis Perbandaran pokok ini ditanam kerana ianya sesuai dijadikan pokok teduhan dan amat menarik jika ditanam sebagai penghias di bahu jalan. Pencirian pokok asam jawa dikenali dengan daunnya berwarna hijau terang, panjangnya 10-15 cm daripada jenis pinat dengan anak daun berbentuk bujur sebanyak 10-20 pasang. Daunnya sentiasa menghijau tetapi apabila cuaca terlalu panas daun-daun ini akan gugur. Daun ini bertangkup pada waktu malam dan merupakan satu keunikan tanaman asam jawa yang saya pernah lihat. Bunga asam jawa adalah agak kecil yang lazimnya berwarna kuning air dan tumbuh di cabang bahagian hujung. Kelopak bunganya adalah berwarna merah jambu. Ia akan gugur apabila bunga mengembang. Bunga asam jawa selalunya mengeluarkan Buah Asam Jawa atau Lenggai yang panjang dimana ianya agak melengkung sedikit, juga permukaannya genting dan mengelembung beralun yang menunjukkan ada biji benih yang terkandung di dalamnya. Warnanya lengai asam jawa adalah coklat karat dan apabila matang buah lenggai akan menjadi rapuh dan mudah terbuka. Pemerhatian menunjukkan apabila lenggai telah merekah ia akan menampakkan isinya (pulpa) berwarna coklat gelap. Terdapat biji berwarna coklat kehitam-hitaman yang agak keras dan berkilat. Hampir setengah daripada berat lenggai terdiri daripada pulpa yang rasanya masam. Pulpa ini mengandungi gula (30-40%) dan asid organik seperti Asid Citrik, Tartarik, Asis Asitik dan Asid Askorbik (Vitamin C). Pulpa ini juga merupakan sumber bahan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral terutamanya kalsium.


Garam Makan (Salt)
juga dikenali hanya sebagai garam terdapat dalam bentuk garam halus atau garam kasar juga merupakan satu bahan mineral adalah hanya satu-satunya batuan yang boleh dimakan oleh manusia. Sebenarnya terdapat pelbagai bentuk garam makan iaitu GARAM KASAR, GARAM HALUS dan GARAM BERIODIN dalam pasaran. Biasanya garam makan terdapat dalam bentuk pepejal kristal, bewarna putih, merah jambu lembut atau kelabu pucat dimana ia di perolehi dari sejatan air laut atau simpanan batu (rock deposits). Garam laut diedarkan dalam bentuk garam kasar atau garam halus. Secara semula jadi sebenarnya garam merangkumi bukan hanya Natrium Cloride (Nacl) tetapi juga galian seni penting yang lain. Batu garam makan mungkin bewarna kelabu pucat disebabkan kandungan mineral. Garam merupakan mineral yang memang diperlukan bagi semua benda hidup untuk terus hidup termasuk manusia dan haiwan. Garam terbabit dalam mengawal kandungan air (imbangan cecair) dalam badan. Sila baca salah satu tulisan saya iaitu mengenai garam dengan membuat pautan disini (Sila Klik Disini). Perasa garam merupakan salah satu daripada rasa asas dalam makanan manusia dimana tanpa garam apalah rasa makanan kita yang tawar. Kes kemaruk garam mungkin boleh disebabkan oleh kekurangan galian seulajadi ini dan juga kekurangan natrium klorida itu sendiri. Memang kepentingan bahan garam amat penting dimana garam diperlukan untuk terus banyak hidupan untuk teruskan hidup. Apa pun pengambilan yang banyak dan berlebihan akan boleh meningkatkan masaalah kesihatan termasuk tekanan darah tinggi dimana kes ini jugaberkait dengan genetik kepada hipertension. Dalam penyediaan makanan juga selalunya garam digunakan sebagai pengawet dan sebagai perisa.


Menarik kisah dalam bharian.com yang bertajuk 'Selepas 48 tahun, dua rakan bertemu kembali' yang berkait dengan tajuk artikel kali ini. Dilaporkan oleh BH bagaimana Hamdan Daud (63) dan Maziah Kamaruddin (63) teruja berjumpa semula selepas 48 tahun berpisah ketika menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Jerantut. Dua rakan sekolah ketika kanak-kanak hingga awal remaja, terkejut dan teruja dapat berjumpa semula selepas 48 tahun berpisah. Hamdan berasal dari Kampung Ulu Cheka dan Maziah berasal dari Felda Jengka 24 telah ditakdirkan duduk sebaris ketika menunggu giliran suntikan dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin ( PPV ) di Pusat Latihan Teknologi Tinggi(ADTEC). Mereka bersekolah sama selama enam tahun di Sekolah Kebangsaan (SK) Pawang Nong, Ulu Cheka dari 1965 sehingga 1970. Apa pun persahabatan mereka kekal hingga Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Jerantut pada 1973. Selepas itu kami berpisah mengikut nasib dan haluan masing masing Hamdan tidak sangka dapat bertemu semula di PPV kali ini. Dia yang mulanya tergerak hati untuk menegur wanita di sebelahnya sebaik sahaja petugas memanggil nama Maziah untuk memberi nombor giliran menunggu. Mereka berada di tempat sama akan tetapi sebelum itu dia tidak mengenalinya kerana perubahan fizikal dan wajah diindungi pelitup muka dan memakai tudung. Dia teruja dan gembira kerana melalui suaranya dan kemudian pasti dia Maziah iaitu rakan sekolah dahulu kerana suaranya tidak berubah. Selepas belajar bersama hingga Tingkatan Tiga mereka dilaporkan tidak berjumpa selama 48 tahun dan kini bertemu secara tidak sengaja selepas masing-masing sudah ada cucu. Seterusnya dinyatakan dimana Maziah menjadi ketua kelas dari Darjah Satu hingga Darjah Enam di SK Pawang Nong, manakala dia pula sebagai penolong. Apa pun ketika belajar di sekolah menengah, kami juga sekelas dan dia menjadi ketua kelas yang aktif serta mesra rakannya. Maziah turut gembira dapat berjumpa rakan sepermainan ketika kanak -kanak yang meninggalkan banyak kenangan walaupun kini semuanya sudah berubah. Mazian bersyukur dapat berjumpa semula kawan sepermainan. Selepas 1973, dia berpindah ke beberapa daerah seperti Pekan, Temerloh dan Lipis mengikut bapa yang bertukar tempat bertugas. Ditakdirkan saya bertemu jodoh dengan orang Jerantut juga dan kini menetap di Felda Jengka 24 sebagai peneroka. Dia juga bercadang membawa suami dan anak-anak menziarah Hamdan bagi mengeratkan silaturahim sambil melihat kembali tempat bermain semasa kanak-kanak dahulu di Ulu Cheka. Apa pun kisah ini menyamai dengan peribahasa 'laksana asam dengan garam' sahaja ceritanya. 
Semuga artikel ini memberi info berguna krpada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
ASAM RASA MASAM.... SELALU DIGUNA...
GARAM MASIN... MEMBERIKAN CITARASA...
PERSAHABATAN BAIK...CARA BAGAIMANA...
MEMBACA ARTIKEL... MAKLUMAT DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Rabiulakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...