NENAS (Ananas cosmosus) sejenis tanaman buah tropika dari keluarga Bromelioaceae yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. Nama lain nenas adalah Nanas, Nenas, Pineapple (English), pina (Spanish), ananas (Argentina), anaasa (Telugu India) dan sebagainya. Sejarah Nenas telah diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke 16 oleh orang-orang Portugis dimana ini selaras dengan perkembangan tanaman getah, pada tahun 1921 nanas mula ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan. Tanaman nenas terus berkembang dan diusahakan secara perladangan di kawasan tanah gambut terutamanya di Johor. Penulis terlibat dengan projek tanaman nenas ketika bertugas di Muar dengan membangunkan dan memberi khidmat nasehat teknikal lebih 300 hektar ladang nenas di Mukim Air Hitam dan Mukim Sg Balang. Artikel ini ditulis dalam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi maklumat mengenai perosak dan penyakit yang menyerang tanaman nenas.
Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar utama nanas dunia selain daripada Thailand, Filipina, Indonesia, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Brazil, Taiwan, Australia, India dan Afrika Selatan. Pada tahun 2008 FAO menyenaraikan pengeluaran nenas dalam negara di Malaysia menduduki Ranking ke 8 mengikut nilai USD 69,620 dan ke 10 mengikut pengeluaran selepas Minyak sawit (1) dan getah (2). Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat dan Singapura. Terdapat seluas 16,850 hektar tanaman nenas akan ditanam pada tahun 2010 dengan anggaran pengeluaran sebanyak 416,070 metrik tan. Negeri Johor merupakan nageri paling luas dengan tanaman nenas terutama di daerah Pontian (3,686 ha), Daerah Kluang (2,950 ha) dan Daerah Muar (1,266 ha) secara komersial dan pekebun kecil.

Terdapat 3 jenis proesak tanaman nenas yang menyerang iaitu Koya (Dysmicoccus brevipes), Teritip (Disapis bromiliae) dan Hama Merah (Stigmacus floridanus). Koya merupakan serangga berwarna putih dan berdebu dimana ianya selalu berada pada pangkal daun, akar dan juga pangkal buah. Apa yang saya perhatikan peringkat Nimfa koya dan Koya dewasa akan menghisap cairan tisu pada daun nenas menyebabkan pokok yang diserang akan terbantut pertumbuhannya. Akibatnya buah nenas akan menjadi kecil dan gred rendah serta sukar untuk dipasarkan. Koya selalu bersimbiosis dengan semut yang suka makan akan koys dan membantu dalam merosakan tanaman. Koya juga berpotensi membawa vektor penyakit Layu Merah Nenas. Kawalan menggunakan semburan racun kimia seperti Malathion 0.15% atau semburan racun Dimethoate 0.1%. Gunakan sulur anak benih yang bebas dari koya sebelum menanam. Rendam sulur dengan larutan Malathion 0.15% selama 24 jam sebagai langkah awal pencegahan.
Teritip merupakan serangga yang menghisap sel-sel tisu daun dan pemerhatian saya mendapati kesannya menyebabkan daun akan berbintik-bintik kuning. Jika berlaku serangan teruk, maka pertumbuhan pokok akan terencat dan akan kelihatan daun menjadi layu kemidian akan kering. Cuaca panas dan kurang hujan dan sanitasi yang kurang boleh meningkatkan populasi teritip. Kawalan teritip dengan menyembur racun serangga seperti Malathion dengan kepekatan 0.15% atau Racun Dimethoate. Hama Merah merupakan serangga kecil yang berwarna merah dimana serangga ini akan menghisap sel tisu di bawah daun nenas. Akibatnya saya dapati akan menyebabkan daun nenas menjadi lekuk dan berwarna coklat. Pertumbuhan pokok terjejas kerana serangan ini dan kawalan dijalankan dengan menyembur racun hama seperti Amitraz atau Dimethoate dengan kadar kepekatan 0.1% bahan aktif. Walau pun serangan hama merah kurang menjejaskan kualiti buah tetapi ianya perlu dipantau. Bengitulah 3 jenis prosak tanaman nenas untuk pengetahuan kita. Wasallam.
PEROSAK NENAS... 3 JENIS ADANYA...
NAMANYA KOYA..PUTIH WARNANYA...
TERITIP PULA...MUDAH KAWALANNYA...
BAGI HAMA MERAH.. TIDAK SERIUS ADANYA...
By,
M Anem
Ladang Nenas Lee Plantation,
Kluang, Johor,
Malaysia
(26 Syawal 1433H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.