GIBBERELLIN (GA) merupakan sejenis hormon tumbuhan yang penting dalam aktiviti pertumbuhan tumbuh-tumbuhan sebagai 'Penggalak Pertumbuhan' atau 'growth regulator'. Bahan ini telah di jumpai oleh saintis Jepun sekitar tahun 1926 ketika penyelidik tersebut iaitu Mr Eiichi Kurosawa membuat penyelidikkan pada tanaman padi dan mula di buat kajian lanjut di negara-negara Eropah serta USA selepas itu. Ketika saya belajar di universiti dahulu dalam subjek berkaitan, saya ingat yang Bahan Gibberellin ini memang berkait rapat dengan hormon penggalak pengakaran ketika membuat praktikal cantuman di ladang. Gibberellin sebenarnya mempengaruhi secara signifikan dalam proses tumbesaran tumbuhan seperti agen untuk Pemanjangan (elongation), Percambahan (Germination), Masa Rehat Benih (Seed dormancy), Pembungaan (Flowering), Penentuan Jantina (Sex expression) dan juga didalam proses penuaan buah serta daun (leaf and fruits senesence). Baru-baru ini saya pergi ke Perlis untuk membincangkan kaedah pembungaan pokok mangga Harum Manis menggunakan bahan Paclobutrazol dengan cara semburan di atas daun pokok yang sesuai. Apabila saya semak botol tersebut, saya dapati ianya mengandungi bahan Gibberallin sebagai komponen utama untuk menggalakkan pengeluaran bunga harumanis. Memang sungguh banyak bunga mangga harummanis yang keluar selepas di sembur dengan PBZ ini. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis mengenai hormon tumbuhan yang perlu kita semua tahu dalam sektor pertanian iaitu Gibberallin dalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan kita.
Gibberallin mempunyai struktur kimia yang mudah (Lihat rajah sebelah) dimana unsue H,O,HO dan OH bersambung. Kajian saintis menunjukkan terdapat sebanyak 136 jenis Gibberallin yang dijumpai dan dikenalpasti daripada Tumbuh-tumbuhan, Kulat dan Bakteria. Secara mudahnya gibberallin diberikan kod nama sebagai GA dengan susunan daripada GA1, GA2, GA3 sehingga GAn. Bahan Giberrallin banyak terdapat pada bahagian meristem tumbuhan seperti pada bahagian pucuk dan bunga dimana dikawasan tersebut banyak aktiviti tumbesaran tanaman. Gibberallin juga mudah didapati daripada dalam biji benih tumbuhan. Keujudan bahan Gibberallin didalam akar bagaimana pun tidak ada kepastian pada bahagian AKAR tumbuhan kerana belum terbukti secara saintifik. Banyak kajian menunjukkan semua proses penghasilan bahan gibberallin adalah bermula dan berkait rapat dengan bahagian daun tumbuh-tumbuhan. Pada masa ini bahan giberralin memang signifikan untuk pertumbuhan tanaman terutamanya tanaman makanan bagi menjamin pokok akan terus subur dan menghasilkan produk yang berkualiti dan berkuantiti.
Gibberallin mempunyai fungsi yang sangat signifikan kepada fisiologi pertumbuhan pokok. Bergantung kepada jenis gibberallin yng terdapat pada tumbuhan tersebut dan kuantiti gibberallin yang ada akan menentukan kadar pertumbuhan tanaman. Lihat foto sebelah dimana tanaman tersebut diberikan rawatan dengan gibberallin pada kadar yang berbeza-beza. Paling kiri diberi rawatan dengan GA yang paling sedikit berbanding dengan tumbuhan paling kanan diberikan rawatan GA dengan lebih serta jenis yang sesuai untuk tumbuhan tersbut. Nampak sangat signifikan fisiologi pertumbuhan yang dapat dinilai dengan mata kasar sahaja. Jika pertumbuhan padi sangat subur dan mempunyai lai daun serta akar pokok yang kuat pastinya akan menghasilkan biji padi yang banyak dari rumpun atau tangkai padi yang banyak.
Secara mudahnya Gibberallin mempunyai fungsi yang sangat kritikal pada tumbuh-tumbuhan. Fungsi pertama GA adalah seperti berikut:

- Menggalakan pembahagian sel dan pemanjangan tumbuhan (Stimulate stem elongation by stimulating cell division and elongation).
- Menggalakkan pproses pembungaan (Stimulates bolting/flowering in response to long days).
- Memecahkan masa rehat tumbuhan (Breaks seed dormancy in some plants which require stratification or light to induce germination).
- Menggalakkan pengeluaran enzim jenis Amylase (Stimulates enzyme production (a-amylase) in germinating cereal grains for mobilization of seed reserves).
- Membantu menentukan jantina bunga (Induces maleness in dioecious flowers - sex expression).
- Membantu membentuk buah Kesep (Can cause parthenocarpic (seedless) fruit development).
- Melambatkan proses penuaan daun dan buah Citrus (Can delay senescence in leaves and citrus fruits).
Semuga artikel kali ini menembahkan ilmu pengetahuan kita didalam mengenai hormon-hormon pada tumbuh-tumbuhan yang boleh dimenafaatkan. Negara China, Jepun, Thailand dan Taiwan merupakan negara yang banyak menghasilkan bahan Gibberallin ini dalam bentik Asid Gibberallic yang di botolkan untuk tujuan pembangunan pertanian. Petani di Malaysia patut mempunyai ilmu yang banyak untuk meningkatkan produktiviti dan kualit hasil produk mereka. Pengatahuan yang tinggi akan menjadikan negara kita mampu menghasilkan produktiviti hasil tanaman makanan yang sukup, berkualiti dan selamat di makan.
Wasallam!
NAMANYA GIBBERALLIN... HORMON TUMBUHAN....
SINGKATANNYA 'GA'.... DIBUAT DI CHINA DAN TAIWAN....
JIKA IANYA KURANG.... PERTUMBUHAN TERKESAN....
POKOK TIDAK SUBUR...HASIL PUN AMAT KURANG...
By,
M Anem
Tanam TTDI,
Shah Alam, Selangor,
Malaysia.
(27 Shawal 1433H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.