Proses membuat jus minuman berasaskan buah-buahan dimulakan dengan mencampurkan 3 bahan asas iaitu Air Bertapis, Gula dan Bahan Pulpa Buah-buahan sehingga sebati dan larut kemudian dipanaskan pada suhu 80 - 90 darjah selsius. Kawal suhu agar stabil dan tidak terlalu panas kerana ianya akan menjejaskan kualiti dan bahan dalam kordial. Masukkan jus buah-buahan semasa masih panas kedalam botol atau tin yang menguktui piawaian yang dibenarkan. Tutup dan seal sebelum dilabel dan boleh diedarkan untuk jualan atau boleh terus digunakan. Semasa proses untuk memasang label, pastikan bahagian luar botol atau tin di lap dengan kain lembab supaya bersih dan senang untuk ditampal label. Kordial perli didimpan pada suhu rendah serta elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Adalah disyorkan agar jus dan kordial buah=buahan disimpan dalam peti ais setelah botol dibuka atau telah digunakan sebahagian.
Amalan biasa untuk pembungkusan jus dan kordial di Malaysia adalah dengan menggunakan botol kaca dan Botol Plastik. Masing-masing bahan pembungkusan mempunyai kelebihan dan kelemahan berlainan. Bagi kordial, botol kaca di syorkan menggunakan botol kaca yang mampu mengisi sebanyak 750 mililiter (ml). Botol plastik pula lazimnya botol dari jenis PET atau Jenis HDPC dengan muatan botol plastik sekitar 500 mililiter (ml), Muatan 1 liter dan juga muatan 2 liter. Berbeza pula dengan Jus minuman buah-buahan kita boleh menggunakan 4 jenis kaedah yang dibenarkan untuk pembungkusan. Bahan tersebut adalah seperti Botol Kaca, Tin, HDPE, PET (Tahan Suhu >85 Selsius) dan juga Tetrapack. Pembungkusan yang menarik dengan warna, label dan bentuk banyak mempengaruhi minat pengguna untuk membeli.
Apa yang saya faham kini bahawa Kordial mesti mempunyai ciri-ciri seperti pH kurang dari pH 4.5 (Lazimnya diantara pH2.5 - pH3.5 sahaja). Kepekatan kordial diantara 45 - 60 darjah Brix sementara kadar pencairan dibenarkan untuk kordial adalah pencairan kepada 1:4 atau 1:5 sahaja. Ciri-ciri Kordial Buah mesti mengandungi bahan pengawet seperti Asid Benzoik yang sesuai dengan piawaian dibenarkan iaitu sebanyak kurang dari 800 bsj. Sementara itu ciri-ciri jus minuman mesti mempunyai kemasaman pada pH kurang 4.5 (lazimnya antara pH 2.5 - pH3.5) dengan kadar kepekatan 10 - 14 darjah Brix. Jus minuman dibenarkan menggunakan bahan pengawet Natrium benzoete dengan kadar tidak melebihi 350 bsj.
Perlabelan untuk jus minuman dan kordial buah-buahan mesti mengikuti piawaian. Perlabelan mengandungi Nama Produk, Nama dan alamat Pengeluar, Senarai nama Bahan-bahan yang digunakan mengikut susunan berat, kandungan bersih, komposisi khasiat permakanan, Nisbah Pencairan (Bagi kordial), cara penyimpanan dan juga penandaan tarikh (Tarikh keluaran dan tarikh Luput). Bagi maklumat kandungan zat permakanan (nutritional labelling) mesti ada dinyatakan kandungan Tenaga (Calorie), Karbohiderat (CHC), Protin (PRO), Lemak (FAT) dan jumlah kandungan gula (sedia untuk jus yang diminum). Apabila kita telah faham akan teknologi membuat jus minuman dan kordial buah-buahan rasanya bolehlah kita memulakan usaha untuk membuat jus sendiri atau secara komersil. Permintaan jus minuman buah-buahan dan Kordial buah-buahan terus meningkat setiap tahun kerana ianya mudah di perolehi, murah, berkualiti, mudah dibawa dan disimpan serta kawalan kualiti yang terjamin.
JUS MINUMAN...AMBOI SEDAPNYA...
KORDIAL PULA...DIBANCUH CARANYA...
MUDAH DISEDIAKAN...ADA PIAWAIANNYA...
KALAU BERKURSUS...DAPAT TEKNOLOGINYA...
By,
M Anem
Presint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(21 Shawal 1433)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.