Support My Blog

Friday, August 7, 2026

KACANG DAL DAN FAKTA PENTING (PART 1)

KACANG DAL
 (Cajanus cajan) atau dikenali sebaga
i Kacang dal juga dikenali sebagai kacang dhal, parpu (atau paruppu), kacang parpu dan lentil. Dari segi nama botani atau nama tempatan lama dimana ia juga dipanggil 'Kacang Gude' atau 'Kacang kayu' atau 'Pigeon Pea' adalah sejenis tumbuhan kekacang tropika yang sering dibincangkan dalam penulisan pertanian seperti blog 'Anim Agro Technology' oleh Dato' Hj. Mohd. Anim Hosnan. Apa pun biji kacang dal ia memang kaya dengan protein dimana ia lama dijadikan makanan manusia seperti kuah dal, kueh dal dan pelbagai resepi lain  serta untuk dijadikan sumber makanan ternakan. Penulis blog kongsikan fakta sebenar dimana ada terdapat banyak jenis kekacang di dunia ini dimana ia sudah terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu Jenis Kekacang Kering atau dal (beans/legumes) yang biasa dimasak dan Jenis Kekacang Keras (nuts) yang biasa ia akan dijadikan snek atau kudapan. Apa pun bagi jenis Kekacang Lembut dan Masakan (Legumes) termasuk Jenis Kacang hijau, Kacang merah, Kacang dal (Lentil), Kacang soya dan juga Kacang Panjang. Bagi jenis Kekacang Keras dan Snek (Nuts) terdiri dari Jenis Kacang tanah, Kacang Badam (Almond), Kacang Gajus, Kacang Walnut, Kacang Pistachio dan beberapa lagi. Bagi jenis kacang dal dimana ciri-cri utamanya adalah ia dihasilkan dari sejenis tumbuhan renek berkayu yang boleh hidup subur di kawasan panas. Pokok kacang dal ia dilapor mempunyai jenis batang tegak dengan daun tiga helai (trifoliate leaves) dan bunganya yang berwarna kuning. Bila di tanam dimana tanaman ini akan menghasilkan buah pod yang mengandungi biji benih kekacang dal yang di tuai dan diproses sehingga menjadi salah satu makanan berasaskan bijirin di seluruh dunia. Dalam aspek kegunaan paling utama di jadikan Makanan iaitu digunakan biji kering kacag dal yang dikupas dan dimasak menjadi dal kuah untuk roti canai, roti titab atau tosai atau rotip prata. Apa pun dalam sektor pertanian dilaporkan ia juga amat sesuai sebagai tanaman selingan atau penambah nutrien nitrogen dalam tanah secara semula jadi. Dalam kes lain di laporkan kacang dal adalah salah satu sumber sebagai jenis makanan haiwan apabila biji atau sisa pokoknya digunakan sebagai makanan ternakan haiwan ruminan dan bijinya untuk makanan burung. Penulis blog dapati di Malaysia adalah negara pengimport mutlak kacang dal dengan hampir 100% bekalan kacang dal dari luar negara kerana faktor iklim dan geografi yang tidak sesuai untuk usaha penanaman secara komersial. Jumlah rekod kuantiti dan nilai spesifik untuk kacang dal tidak didedahkan secara terperinci sebagai satu kategori tunggal oleh Department of Statistics Malaysia (DOSM).  Bagaimana pun penulis blog dapati negara sumber utama kacang dal Malaysia dari India dan Australia iaitu dengan jenis popular di pasaran adalah Jenis Kacang Dal Malavi (India) dan Jenis Kacang Dal Australia. Penulis blog dapati dimana harga pasaran semasa dimana harga runcit nasional bagi Kacang Dal Australia ialah sekitar RM5.25 sekilogram sementara purata harga runcit bagi Kacang Dal Biasa dari India yang mana ia mencecah harga antara RM7.90 - RM9.90 sekilogram bergantung pada premis dan gred. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dengan hebat akan beberapa fakta penting tentang kacang dal untuk bahan rujukkan pembaca semua.


Fakta menarik berkaitan dengan jenis kacang dal ialah ia adalah sejenis biji kekacang kering yang dibelah dua dan dibuang kulitnya dijual di pasaran. Jenis yang paling utama bagi kacang dal yang popular adalah termasuk Jenis Toor Dal iaitu jenis kacang dal berwarna kuning biasa (yang di gunakan untuk kuah dalca), Jenis Moong Dal (iatu dari jenis kacang hijau belah yang lembut), Chana Dal (kacang kuda belah yang berlemak) dan Jenis Masoor Dal (iaitu sejenis dal berwarna merah cepat masak) dan akan di bincangkan dalam artikel ini. Pertama adalah Jenis Kacang Dal Toor Dal (Pigeon Pea) ia paling ada ianya di jual di Malaysia dengan bijinya berwarna kuning dan bijinya juga bentuk bulat leper sedikit. Ia dilaporkan jenis paling kerap dipakai untuk kuah dal mamak dan dalca sebab bijin dal ini ia selalunya akan lebih cepat empuk dan rasa lemak berkrim. Jenis 
Toor dal (juga dikenali sebagai kacang parpu, pigeon pea, atau arhar dal) ialah sejenis kekacang kering berkulit yang dibelah dua, berwarna kuning keemasan, dan berasal daripada tumbuhan kekacang. Ia adalah bahan asas yang sangat penting dalam masakan India untuk menghasilkan kuah seperti sambar dan dal tadka. Dari segi rupa dimana biji benih yang dikupas, dibelah dua dan ia bersaiz sederhana bulat dengan warna kuning. Ia mempunyai rasa lemak yang sedikit bergas, beraroma kacang (nutty) dan menjadi sangat lembut serta berkanji apabila dimasak. Ia paling sesuai digunakan untuk membuat kari dal, sambar (sejenis sup kuah India), rasam (iaitu sejenis hidangan berkuah cair atau sup tradisional yang berasal dari Selatan India) atau dimakan bersama nasi putih juga. Jenis ini ia tinggi sumber protein tumbuhan yang bagus untuk tubuh serta ia kaya dengan serat bagi membantu sistem penghadaman dan mengekalkan kesihatan jantung. Ia juga ada vitamin dan zat mineral seperti zat besi, asid folik (folate), kalsium dan kalium yang baik untuk tenaga. Kedua ada Jenis Moong Dal (Split Mung Bean) dimana jenis ini ia berwarna kuning cerah yang mana ia berasal dari jenis kacang hijau. Ia sangat mudah hadam serta ia bagus untuk perut dan amat sesuai buat sup, bubur atau kuih manis (kudapan). Penulis blog dapati jenis Moong dal ialah kacang hijau yang telah dikupas kulitnya dan dibelah dua bagi tujuan menjadikannya berwarna kuning yang mana ia sangat popular dalam masakan Asia serta ia mudah dihadam, dan kaya dengan protein tumbuhan. Khasiatnya ia berupa berbiji kecil berwarna kuning, leper sebelah kerana dibelah. Rasanya lembut, berlemak dan mudah hancur apabila dimasak dimana khasiatnya amat tinggi kandungan protein, serat, zat besi, dan vitamin B dan ia sangat bagus untuk perut kerana ia ringan dan cepat lemau dan cepat hadam. Dalam masakan jenis ini ia dibuat sup dal atau kuah dal pekat untuk dimakan dengan nasi, roti canai, atau capati. Ia juga ada dimasak menjadi bubur manis (bubur kacang hijau versi kuning) atau kuih-muih tradisional seperti 'vada' dan ada digunakan dalam menu sihat seperti 'khichdi'. 


Dilaporkan ketiga ada Jenis Chana Dal (Split Chickpea) dimana ia berwarna kuning lebih pekat, saiz lebih besar dan keras yang dilaporkan ia adalah berasal daripada kacang kuda kecil. Walau pun ia agak lambat sedikit masak dan selalu teksturnya padat idmana dal chana ialah kacang dal kuning belah yang dihasilkan daripada kacang kuda hitam kecil (kala chana atau Bengal gram) yang dibuang kulit luarnya lalu dibelah dua. Ia merupakan bahan ruji dalam masakan Asia Selatan, kaya dengan protein tumbuhan, serta mempunyai rasa berlemak kacang (nutty) yang lazat. Dari segi rupa jenis ini ia berbentuk kecil, rata sedikit di bahagian tengah dan berwarna kuning serta bertekstur tidak terlalu lembik apabila dimasak dimana ia mengekalkan sedikit bentuk dan tekstur padat berbanding jenis dal yang lain. Dalam masakan ia selalu akan digunakan secara meluas untuk membuat kari dal, sup, kuih-muih tradisional, dan makanan ringan di India (Sila lihat foto disebelah). Aspek kesihatan pula ia tinggi bagi kandungan serat, protein, zat besi, dan vitamin B9 (folat) yang baik untuk tenaga serta penghadaman. Keempat ada Jenis  Masoor Dal (Red Lentil) yang bewarna oren kemerahan, saiz kecil dimana jenis ini ia cepat hancur dan masak dalam masa singkat yang sesuai untuk sup atau puri pekat gaya utara. Apa pun Masoor dal ialah sejenis kacang dal merah atau oren yang telah dibelah. Ia sangat popular dalam masakan India, mudah dicerna, cepat masak, dan kaya dengan khasiat protein serta serat. Ciri penting Masoor Dal atau dalam bahasa Inggeris ia digelar 'Red lentil' atau 'Pink lentil'. Uniknya bagi jenis ini ia berwarna oren kemerahan apabila dibelah dan dibuang kulit atau warna perang jika dalam bentuk biji asal (kekal berkulit). Teksturnya pula ia cepat menjadi lembut dan berkrim apabila dimasak. Kegunaan dalam masakan i dibuat Sup atau Kari Dal yang dimasak bersama bawang, tomato, halia dan rempah ratus dan ia sesuai dimakan bersama nasi putih, roti, capati, atau tosai. Kelima ada Jenis Urad Dal (Black Gram) yang mana ia berwarna putih atau hitam dibelah yang bersifat melekit apabila dimasak dan ia digunakan untuk buat adunan tosai (dosa) atau 'idli'. Jenis Urad dal yang mana dikenali sebagai kacang dal hitam atau black gram) ialah sejenis kekacang yang berasal dari India dan menjadi bahan penting dalam masakan India. Ia kaya dengan protein, serat, dan zat besi, serta mempunyai tekstur yang berkrim apabila dimasak. Ia adalaj jenis kekacang yang masih mempunyai kulit hitam asal dimana ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan berlemak. Dilaporkan ada Jeis Urad Dal Belah Berserta Kulit yang telah dibelah tetapi masih mengekalkan lapisan kulit hitam dan ada Jenis Urad Dal Putih (Tanpa Kulit) yang telah dibuang kulit dan berwarna putih kekuningan dan lazimnya ia digunakan untuk membuat adunan marjerin atau kuih. Kegunaannya dibuat sup dan ia adalah bahan utama untuk menghasilkan adunan kuih maruku, idli, dosa, dan vadai. Ia jadi bahan tumis (tempering) untuk memberikan aroma pada pelbagai hidangan selatan India. Khasiatnya ia menjadi sumber protein tumbuhan yang baik dan ia membantu melancarkan sistem penghadaman dan kesihatan usus serta mampu membekalkan tenaga serta baik untuk kesihatan jantung.


Penulis blog mencari tahu kan j
umlah pengeluaran kacang dal (lentil) dunia diman ia dianggarkan sekitar 6.5 - 7.0 juta mt setahun dimana jumlah pengeluaran ini ia turun naik mengikut musim dan faktor cuaca global. Apa pun di laporkan dimana antar anegara Pengeluar Utama kacang Dal dari Kanada iaitu sebagai negara pengeluar nombor satu dunia dengan kapasiti pengeluaran kira-kira 2.3 - 2.4 juta mt setahun (sekitar 35% daripada jumlah keseluruhan dunia). Negara kedua yang hebat menanam dan menghasilkan kacang dal adalah India (Malaysia memang banyak import kacang dal dari India) sebagai sebuah negara pengeluar kedua terbesar yang menghasilkan sekitar 1.4 - 1.5 juta mt setahun. Dilaporkan iaitu negara Australia adalah pengeluar ketiga terbesar yang menyumbang sekitar 0.8 - 0.9 juta mt setahun dan sebahagian besarnya adalah untuk pasaran eksport. Dilaporkan dimana pengeluaran kacang dal (Cajanus cajan atau kekacang jenis lentil) di seluruh dunia mencecah jutaan tan metrik setahun dan masih dominan iaitu negara pengeluar utama dunia didahului oleh Kanada dan India yang diikuti oleh negara seperti Australia, Turki dan Myanmar. Apa pun kacang dal ini adalah sumber protein penting bagi menu harian di Asia Selatan dan Timur Tengah dimana ia ada ditanam secara meluas di kawasan beriklim tropika dan separa kering. Aktiviti menanam kacang dal ia memerlukan sinaran matahari penuh dan mengambil masa antara 60 - 90 hari atau lebih untuk dituai apabila lenggai bertukar menjadi perang dan kering. Ambil tahu bagaimana cara menanam Kacang Dal bermula dengan pemilihan bijibenih iaitu petani akan menggunakan biji benih kacang dal yang berkualiti dan kerja penyediakan tanah yang awalnya ia digembur dan bersaliran baik. Biji benih ini perlu disemai dan ditanam kedalaman 2 -  3 cm di dalam tapak semaian atau terus di batas. LOkasi kebun semestinya di kawasan panas yang mendapat cahaya matahari penuh dan dari awal menanam perlu di siram sekadar lembap dan perlu mengelakkan takungan air sebab air bertakung akibatnya ia akan merosakkan akar tanaman. Lazimnya pokok kacang dal akan menunggu umur 2 - 4 bulan untuk dituai atau apabila buah lenggai cukup kering. Cara menuai dengan mengmbil buah lenggai (pod) yang bertukar warna perang kekuningan dan ia dikumpulkan untuk dijemur lenggai di bawah panas matahari selama beberapa hari hingga cukup kering. Kemudian adalah proses mengopek biji iaitu dengan memecahkan kulit lenggai untuk mengeluarkan biji kacang dal di dalamnya. Dalam rujukkan dimana jangkamasa penuaian hasil bagi Kacang Dal (atau kekacang jenis pigeon pea / toor dal) mengambil masa antara 100 -  300 hari (atau kira-kira 3 hingga 6 bulan) dari tarikh benih mula disemai yang mana ia bergantung kepada varieti dan iklim.  Berlainan jenis dan negara ia berlainan tempoh matang akan tetapi lazimnya kebanyakan varieti sederhana mengambil masa 120 - 180 hari untuk menghasilkan lenggai matang. Tanda pod siap dituai bila ia dilihat kelihatan kering, bertukar warna kepada perang cerah dan biji di dalamnya menjadi keras. Cara menuai adalah dengan memetik buah lenggai dipetik secara manual atau jentera penuai di estet apabila sebahagian besar daun pokok telah mula gugur atau kering. Penggunaan Jentera atau Mesin Pertanian Khusus seperti Jentuai Bijirin (Combine harvester) atau jentera pengutip lenggai (pod stripper dan pod harvester) yang berfungsi untuk memotong pokok, mengetik atau ia mampu mejatuhkan buah lenggai kacang serta mengasingkan biji dal daripada kulitnya secara automatik di ladang (Sila lihat foto paling bawah sekali). Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!.. 
KACANG DAL ...DI IMPORT DARI INDIA...
BANYAK JENIS...RIM9.90/KG HARGANYA...
BANYAK KHASIAT...DIMASAKAN DI GUNA...
BACA ARTIKEL...SUDAH DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Safar 1448H).

Thursday, August 6, 2026

KUCAI DAN FAKTA PENTING (PART 2)

TANAMAN KUCAI
(Allium tuberosum) atau nama lain dikenali sebagai Allium ramosum adalah sejenis tanaman dari keluarga Alliaceae iaitu sama dengan Keluarga Bawang. Daun kucai apa yang penulis blog kenal dimana ia merupakan sejeis sayuran berdaun yang juga sesuai di tanam di kawasan tanah rendah atau tanah tinggii untuk pasaran segar. Penulis Blog mendapati data mengenai keluasan tanaman kucai kurang dilaporkan dengan tepat kerana keluasan tanaman ini sering bercampur dengan tanaman daun bawang (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2025) dan apa pun penulis yang mendapat info dari sumber ada terdapat seluas antara 150 - 200 hektar tanaman kucai di Johor yang diusahakan petani pada setiap tahun untuk tujuan pasaran domestik dan eksport ke Singapura dan sekitar 50-80 hekktar di Perak terutama di Daerah Manjung dan Cameroon Highland di Pahang. Tanaman kucai ini dilaporkan ia boleh di gunakan sebagai sejenis 'Sayuran' atau pun ada juga yang menanam sebagai pokok 'Bunga Hiasan' dimana ia memang sesuai ditanam sebagai hobi yang memberi faedah jika ditanam disekeliling rumah. Pernah di laporkan dimana dalam Program Bumi Hijau Jabatan Pertanian telah ada pengesyoran tanaman kucai sebagai salah satu pilihan untuk ditanam dalam pasu atau polibeg dengan konsep 'Tanam Sendiri - Makan Sendiri'. Penulis blog juga pernah membuat penelitian terhadap isu beberapa varieti atau jenis tanaman kucai dinegara ini semasa bertugas di Jabbatan Pertanian Malaysia dimana ada pernah mendapati memang tidak ramai yang mengetahui akan fakta pencirian terhadap beberapa jenis kucai yang ada di usahakan di Malaysia. Tanaman kucai lazimnya yang ada di tanam di Malaysia akan menggunakan biji benih yang diimport dari luarnegara berlaku semenjak dahulu kerana biji kucai tidak terhasil di Malaysia atau menggunakan 'bebawang' atau bulb sedia ada (perlu dii tukar dengan benih biji selepas beberapa musim penanaman). Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting mengenai tanaman kucai untuk bacaan semua.


Penanaman kucai memerlukan baja organik dan air yang banyak. Baja organik tahi ayam diberikan setiap kali aktiviti memetik hasil dijalankan dengan ditabur merata diatas batas tanaman. Baja lain seperti baja jenis NPK15:15:15 ada diberikan mengikut jadual pembajaan. Tanaman kucai memerlukan air yang banyak dan sentiasa perlukan aktiviti penyiraman kecuali hari hujan. Pemasangan sistem pengairan dilakukan menggunakan sprinkler dan renjis dengan pam air daripada kolam yang disediakan. Kalau tanaman tidak disiram terutama pada musim panas dan kemarau maka ia akan menganggu kadar pertumbuhannya dan menjejaskan jadual penuaian dan penjualan. Pokok kucai yang subur dapat dilihar akan pertumbuhannya yang sekata dengan warna daun kucai juga seragam. Ada juga petani yang menambah pembajaan mereka dengan baja foliar terutama jika harga kucai ini membaik. Tanaman kucai tidak ada masaalah serangan musuh dan penyakit. Hanya ada serangan koya pada musim tertentu. Tanaman kucai akan dituai setiap 40 hari dimana daun kucai akan dipotong dengan pisau tajam pada paras tanah. Daun kucai ini akan dikumpulkan dalam baku sebelum dibawa kepusat pengumpulan dimana kerja memproses dilakukan. Daun kucai yang dipotong akan bercampur dengan daun tua yang berwarna kuning atau daun yang telah kering. Perdu kucai ini akan diperiksa dan daun kering tersebut dibuang dan pekerja akan menyusun mengikut saiz sebelum mengikat dan membungkusnya dalam kertas suratkhabar (Sila lihat foto disebelah). Satu bungkusan kucai ini biasanya seberat 3-4 kg dan akan disusun pula didalam bakul plastik besar sebelum disusun untuk pihak pemborong mengambilnya. Penulis blog dapati jika penuaian dijalankan musim hujan (atau selepas hujan) maka daun kucai ni perlu dikeringkan dahulu dari air dengan menjemurnya dibawah matahari atau menggunakan kipas angin. Jika daun basah ia akan merosakkan kualiti daun kucai. Pada masa ini harga ladang daun kucai diladang diantara RM2.50 - RM3.00 sekilogram. Daun kucai yang telah dipotong ini idak tahan lama sebelum kualitinya menurun maka a perlu dipasarkan dengan segera. Menurut En Chia lagi aktiviti menuai daun kucai cuma berhenti 2 kali sahaja dalam setahun iaitu pada Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina. Daun kucai paling enak dijadikan ramuan Char Keu Tiow, Kue Tioe Goreng Kerang, Mee Hoon Goreng, Mee Goreng, Mee Kenduri Jawa dan juga didalam telur goreng.


Cara memakan daun Kucai dalam jumlah biasa adalah selamat untuk manusia akan tetapi ancaman atau kesan sampingan boleh berlaku melalui sakit perut, alahan kulit, dan toksik kepada haiwan peliharaan. Dalam beberapa rujukkan dimana ada beberapa kemungkinan ancaman atau kesan sampingan seperti timbul ancaman Masalah Perut dimana berpunca dari memakan kucai terlalu banyak didakwa ia boleh boleh menyebabkan perut kembung atau rasa tidak selesa pada sistem pencernaan. Da;am paada itu dilaporkan juga masih ada Ancaman Isu Alahan Kulit dimana ada individu iaitu jika ada sentuhan atau penggunaan berlebihan pada sesetengah individu boleh mencetuskan reaksi alahan pada kulit mereka seperti rasa gatal dan kurang selesa. Ada juga isu dan kes ancaman Toksik pada Haiwan dimana di laporkan yang daun kucaiadalah  beracun kepada haiwan seperti kucing dan anjing kerana ia boleh merosakkan sel darah merah haiwan ini. Dalam beberapa carian dimana masih ada kepercayaan dan Mitos Tradisional berkaitan kucai yang faktanya masih ada yang mempercayainya. Mitos pertama berkait Mitos Kucai Sebagai Simbol Panjang Umur apabila perkataann atau istilah 'Kical' dalam bahasa Cina (jiǔ cài) ia berbunyi seakan sama dengan perkataan yang bermaksud 'kekal atau lama' namun ia semakin kurang di percayai masa kini. Kedua ada Mitos Kucai Sebagai Simbol Kesuburan apabila bahaguan bunga kucai dipercayai mampu didalam cara menghangatkan badan serta meningkatkan tenaga batin kepada pemakannya. Ketiga masih ada Mitos Daun Kucai  Pembawa Tuah dimana kalangan masyarakat lama di China mmasih ada yang percaya memakan kucai membawa nasib baik dan juga akan kemakmuran dalam keluarga mereka. Apa pun keempat ada Mitos Daun Kucai merujuk kepada Suatu Kepercayaan tradisional bahawa sayur ini dengan Membawa Lambang panjang umur, kesuburan dan rezeki berterusan. Penulis blog ada membuat tinjauan akan harga daun kucai di pasaran Malaysia adalah sekitar RM2.00 - RM3.90 bagi setiap pek kecil 100 gram manakala harga borong ladang boleh mencapai kira-kira RM13.00 sekilogram bergantung kepada lokaliti dan kualiti. Apa pun kucai adalah sejenis sayur daun beraroma wangi seperti bawang putih tidak tahan lama yang kerap digunakan dalam masakan seperti mee goreng, cucur atau inti pau dimana jika membeli dengan harga runcit pengguna boleh dapatkan dengan anggaran harga RM2.00 - RM3.00 per 100g di pasar raya tempatan, pasar malam, pasar basah atau cara on-line sahaja. Bagi tinjuan berkaitan harga ladang atau harga borong dilaporkan ia di jual sekitar RM13.00 sekilogram seperti yang banyak dibekalkan dari kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands dan di Johor Bahru.



Ada banyak jenis rsepi kucai yang paling popular dan sedap ialah Kucai Tumis Telur, Taugeh Kucai Goreng dan Cucur Kucai Ikan Bilis serta beberapa lagi. Bagi penulis blog keberadaan kucai yang paling best adalah didalam Resepi Masakan Char Kue Tiow yang dihidangkan panas-panas (Sila lihat foto paling atas sekali)Resepi Char Kuey Teow memerlukan bahan utama seperti kuey teow, udang dan tauge. Apa pun bahan-bahan disediakan adalah 1 bungkus kuey teow (basuh dan toskan), 10 ekor udang (kupas kulit), 3 ulas bawang putih (ketuk atau cincang), 2 sudu besar cili kisar (ikut pedas), 2 biji telur, tauge dan daun kucai secukupnya, 2 sudu besar kicap cair, 1 sudu besar kicap manis dan 1 sudu besar sos tiram serta sedikit minyak masak. Cara memasak dengan menumis dulu iaitu meanaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan cili kisar serta udang. Kemudian di masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap manis. Tambah sedikit air jika mahu jenis basah. Seterusnya adalah memasukkan kuey teow dan kacau rata dengan api besar dan kemudian di masukkan bahan sayur dan telur caranya dengan menolak kuey teow ke tepi kuali dan dipecahkan telur dan ia kemudian masukkan tauge dan kucai. Seterusnya di gaul semuanya sebati dalam masa yang singkat dan angkat untuk dihidangkan dan dinikmati. Kedua ada Resepi Kucai Tumis Telur dimana menu ini bahan kucai ditumis pantas bersama bawang, sos tiram, dan telur hancur. Ketiga ada juga Resepi Taugeh Kucai Goreng dimana daun kucai digoreng bersama taugeh, tauhu dan ikan bilis dimana ia adalah resepi yang paling mudah disediakan dan enak di makan dengan nasi putih terutama semasa makan tengahari. Bagi penulis blog kuliner ini enak di makan dengan pelbagai lauk pauj seperti ikan goreng, asam pedas, rendang dan sebagainya, Pada waktu petng atau semasa sarapan pagi boleh di sediakan Resepi Cucur Kucai dimana mudah membuatnya iaitu dengan membancuh tepung gandum, kucai potong dan ikan bilis yang digoreng garing (Sila lihat foto paling bawah sekali). Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..

TANAMAN KUCAI ... SAYUR DAUN JENISNYA...
MUDAH DITANAM....SENANG MENJAGANYA...
BANYAK KHASIAT...DALAM MASAKAN DI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL...MENDAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Safar 1448H).

Wednesday, August 5, 2026

KUCAI DAN FAKTA PENTING (PART 1)

TANAMAN KUCAI
(Allium tuberosum) atau nama lain dikenali sebagai Allium ramosum adalah sejenis tanaman dari keluarga Alliaceae iaitu sama dengan Keluarga Bawang. Daun kucai apa yang penulis blog kenal dimana ia merupakan sejeis sayuran berdaun yang juga sesuai di tanam di kawasan tanah rendah atau tanah tinggii untuk pasaran segar. Penulis Blog mendapati data mengenai keluasan tanaman kucai kurang dilaporkan dengan tepat kerana keluasan tanaman ini sering bercampur dengan tanaman daun bawang (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2025) dan apa pun penulis yang mendapat info dari sumber ada terdapat seluas antara 150 - 200 hektar tanaman kucai di Johor yang diusahakan petani pada setiap tahun untuk tujuan pasaran domestik dan eksport ke Singapura dan sekitar 50-80 hekktar di Perak terutama di Daerah Manjung dan Cameroon Highland di Pahang. Tanaman kucai ini dilaporkan ia boleh di gunakan sebagai sejenis 'Sayuran' atau pun ada juga yang menanam sebagai pokok 'Bunga Hiasan' dimana ia memang sesuai ditanam sebagai hobi yang memberi faedah jika ditanam disekeliling rumah. Pernah di laporkan dimana dalam Program Bumi Hijau Jabatan Pertanian telah ada pengesyoran tanaman kucai sebagai salah satu pilihan untuk ditanam dalam pasu atau polibeg dengan konsep 'Tanam Sendiri - Makan Sendiri'. Penulis blog juga pernah membuat penelitian terhadap isu beberapa varieti atau jenis tanaman kucai dinegara ini semasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia dimana ada pernah mendapati memang tidak ramai yang mengetahui akan fakta pencirian terhadap beberapa jenis kucai yang ada di usahakan di Malaysia. Tanaman kucai lazimnya yang ada di tanam di Malaysia akan menggunakan biji benih yang diimport dari luarnegara berlaku semenjak dahulu kerana biji kucai tidak terhasil di Malaysia atau menggunakan 'bebawang' atau bulb sedia ada (perlu dii tukar dengan benih biji selepas beberapa musim penanaman). Kucai di laporkan mempunyai bahan antiseptik dimana dalam kajian klinikal di laporkan ia akan membunuh kuman didalam perut manusia. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting mengenai tanaman kucai untuk bacaan semua.


Apa pun tanaman kucai ialah sejenis tanaman sayuran berdaun hijau daripada keluarga bawang (Allium tuberosum) yang mempunyai rupa daun panjang dan nipis atau leper serta rasa yang selalu ia menyerupai bawang putih atau jenis kucai biasa (kucai kampong) yang agak bulat selinder bentuk daunnya. Kenal akan ciri-ciri tanaman pokok kucai dimana daunnya ia memang berwarna hijau, ukuran panjang, pipih atau leper atau selinder serta berongga ditengahnya atau berbentuk jalur lembut yang kuat aroma bawangnya. Dari segi bau dan rasa ia berlainan mengikut jenisnya akan tetapi pada asasnya ia mempunyai bau dan rasa yang agak pedas serta ia beraroma seperti gabungan bawang putih dan bawang merah. Bergantung kepada jenis dan penjagaan serta keadaan cuaca dimana tanman kucai akan mengeluarkan kuntum bunga kecil berwarna putih atau berwarna ungu muda keluar di hujung tangkainya. Apa pun kegunaan kucai adalah diperlukan didalam masakan terutama sebagai bahan untuk tumisan atau ia sering digunakan dalam masakan topping seperti mee goreng, kuetiau goreng, char kue tiow, cucur, tumisan dan sebagainya. Kucai juga dijadikan bahan hiasan (Garnishing) dimana ia dipotong kecil-kecil dan ditabur atas sup atau hidangan panas untuk menambah aroma. Dilaporkan juga dimana ada kucai yang dijadikan sebagai Bahan Ubat Tradisional seperti di laporkan ia mampu membantu didalam sistem peredaran darah. Dari segi sejarah dilaporkan kebanyakan tanaman kucai adalah berasal dari negara China dimana ia sesuai di tanam dalam [elbagai keadaan cuaca dan jenis tanah. Di Malaysia kaum Cina dipercayau memulakan penanaman kucai sebab ia sering di jadikan bahan makanan peting dalam masakan mereka. Dalam beberapa sumber penulis blog dapati k
ucai ialah makanan rendah kalori yang kaya dengan vitamin K, vitamin C dan kalsium.Dilaporkan dalam 100 gram kucai ia mempunyai tenaga (30 kcal), Protein (3.27 g), Karbohidrat (4.35 g), Serat (2.5 gram), Kalium (296 mg) serta zat vitamin K, vitamin C serta bahan mineral iaitu  Kalsium serta Magnesium yang akan menjaga kesihatan tulang.


Penulis blog ada membuat tinjauan bagaimana kaedah dan teknologi menanam kucai di beberapa lokasi seperti di Manjung, Perak dan di Johor serta di Cameroon Highland. Kucai adalah jenis tanaman yang mudah ditanam melalui penanaman anak rumpun (bulb) atau daripada jenis biji benih yang di beli dari kedai pertanian. Apa pun perlu memastikan lokasi tanaman kucai adalah dari jenis tanah subur yang saliran airnya baik serta ia ditanam di atas batas yang mendapat cahaya matahari penuh agar proses pertumbuhannya sesuai. Asasnya cara penanaman kcai bermula dengan kerja-kerja penyediaan Benih (biji) atau Sediakan Benih Rumpun (bulb) dimana perlu didapatkan anak benih dari nurseri atau pecahkan rumpun kucai yang sedia ada kepada beberapa bahagian kecil. Sebaiknya di sediakan batas tanaman (disesuaikan ketinggian dan lebar mngikut keadaan cerun tanah) sebab kucai mudah rosak jika terandan atau tergenang air. Penulis blog dapati dimana jarak tananan kucai berlainan mengikut lokasi, jenis tanah dan sistem tuaian dimanaa lazimnya benih ini akan diletakkan 2 hingga 3 rizom atau anak pokok dalam satu lubang dengan jarak 10 -15 cm diantara satu lubang. Lakukan aktiviti penjarangan jika biji benih tumbuh terlalu rapat sebab ia akan menyebabkan tanaman terlalu padat yang menjadi kurang sesuai bila ia membesar. Dalam amalan agronomi seperti membaja boleh menggunakan jenis baja sesuai seperti baja kompos atau bahan organik iaitu dengan kekerapan pemberian baja organik dua kali sebulan dan elakkan gunakan sebarang racun kimia sebab daunnya akan di makan dan dijual. Tanaman kucai perlukan banyak air dimana penyiraman pokok secara kerap untuk mengekalkan kelembapan tanah akan tetapi pastikan air tidak bertakung sebab ia akan memyebabkan bebawang akan rosak. Kawasan tanaman kucai perlukan banyak cahaya matahari dengn kadar cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Teknikk menuai yang diamalkan petani kucai komersil adalah dengan menggunting daun kucai apabila ia sudah tinggi serta pastikan untuk meninggalkan kira-kira 2 - 5 cm dari paras tanah supaya ia boleh tumbuh semula sebagai tanaman ratoon untuk proses penuaian seterusnya. Penulis blog dalam membuat tinjauan kepada penanam kucai pulohan tahun di atas tanah bris dakwa mereka akan menggantikan benih rumpun ini selapsa 5-6 ousingan tanaman. 


Fakta penting perlu di kongsikan adalah mengenai khasiat daun kucai termasuk dakwaan kucai mampu untuk menguatkan sistem imun, menjaga kesihatan jantung, dan melancarkan pencernaan. Sayuran ini kaya dengan nutrien penting yang memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh. Ada dilaporkan dimana kucai akan bantu dalam menjadikan kesihatan tubuh antaranya akan dapat kuatkan tahap imuniti sebab ia tinggi dengan Vitamin C untuk elak jangkitan penyakit. Ia juga didakwa akan Menjaga Jantung dengan membantu kawal tekanan darah dan juga akan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular. Paling ketara memakan daun kucai akan menancarkan sistem pencernaan dengan adanya sifat anti-bakteria dan serat yang elak masalah sembelit atau perut kembung. Kucai juga akan dapat Menguatkan tulang sebab ia mengandungi Vitamin K yang penting untuk kepadatan tulang dimana k
ucai juga mengandung zat besi, selenium, zinc, vitamin B, serta antioksidan flavonoid, lutein dan zeaxanthin. Kucai dilapor ia juga mengandungi zat bersifat antiradang dan antikanser. Kucai di dakwa ia akan Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi otak dimana kucai mengandung kolin, folat serta antioksidan yang baik untuk memelihara kesihatan dan fungsi otak. Kesan lain dimana kucai dapat menekan risiko terjadinya kes demensia (nyanyuk) dan penyakit Alzheimer. Kucai didakwa juga akan Menurunkan risiko terkena penyakit kardiovaskular (sakit jantung) sebab ada kandungan bahan iaitu antioksidan yang dapat mengurangkan kes peradangan dan mencegah terjadinya kerosakan pembuluh darah. Bahan serat yang baik dalam kucai akan menurunkan jumlah kadar kolesterol sehingga dapat mencegah penumpukan kolesterol di pembuluh darah yang menjadi penyebab sakit jantung. Makan kucai didakwa akan Mengawal Kes Tekanan Darah sebab ada kandungan kalium dan bahan iaitu Antioksidan Flavanoids pada kucai terbukti efektif untuk menurunkan dan mengontrol tekanan darah dan elakkan kes hypertension. Keempat khasiat kucai akan Menjaga kesehatan kulit sebab ia mengandungi banyak vitamin A, vitamin C dan antioksidan yang diperlukan tubuh untuk melawan radikal bebas penyebab kerusakan sel tubuh termasuklah sel kulit dan meminimakan kerosakan kulit yang disebabkan oleh ancaman dari sinaran matahari. Seterusnya kucai akan membantu Mencegah Kes Osteoporosis dimana ia merupakan penyakit yang terjadi ketika kepadatan tulang berkurang dan sebabkan kes tulang menjadi mudah patah bepunca dari kurangnya Kalsium. Makan kucai yang mengandungi tinggi zat Kalsium dan vitamin K yang baik untuk menjaga kepadatan tulang dan mencegah osteoporosis.  Makan kucai akan Meningkatkan Kesehatan Pencernaan sebab kucai merupakan salah satu sumber serat pangan yang baik yang berfungsi untuk menjaga najis sehingga mampu mencegah dan mengatasi  isu seperti sembelit. Kandungan serat dan antioksidan pada kucai juga bermanfaat untuk menurunkan risiko terjadinya kanser usus besar. Ketujuk khasiatnya adalah ia akan Mengurangkan Risiko Kes Kanser bila kucai mengandungi berbagai jenis bahan antioksidan dan zat yang memiliki sifat antikanker. Ada kajian menunjukkan bahawa ekstrak dari daun kucai mampu menghalang pertumbuhan sel kanser. Sebaiknya kucai juga ia baik diambil secara rutin sebab bermanfaat untuk kesihatan tubuh tetapi sesiapa mempunia isu alergi terhadap bawang maka mereka sebaiknya hadkan memakan kucai sebab ada ancaman dan risiko menimbulkan reaksi alergi seperti gatal-gatal, sakit perut dan sebagainya. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..
TANAMAN KUCAI ... SAYUR DAUN JENISNYA...
MUDAH DITANAM....SENANG MENJAGANYA...
BANYAK KHASIAT...DALAM MASAKAN DI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL...MENDAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Safar 1448H).

Tuesday, August 4, 2026

MANAFAAT RUMPUT TEKI (PART 2 )

RUMPUT TEKI (Cyperus rotundus) atau di panggil sebagai 'Rumput Halia Hitam' adalah sejenis rumput daripada famili Cyperaceae yang sangat agresif dengan ubi di dalam tanah yang menyukarkan cara kawalannya dimana ia sering ditemui di kawasan pertanian dan sekitar halaman rumah atau di kawasan lapang. Apa pun penulis blog dapati dimana rumput teki ialah sejenis rumpai atau tumbuhan liar yang mempunyai batang segi tiga, daun yang panjang mrmpunyai struktur umbi atau akar di bawah tanah yang kuat dan sukar dibasmi. Apa pun diantara ciri-ciri fizikalnya ia merupakan sejenis tumbuhan renek saka setinggi kira-kira 40 cm, mempunysi batang dengan berwarna hijau gelap yang nipis dan tegak. Ukuran daunnya juga panjang, tajam dan boleh melukakan kulit serta ia berbentuk tirus. Ia unik sebab mempunyai umbi (ubi kecil di bawah tanah) iaitu benda yang berwarna coklat di luar dan putih di dalam yang berbau seperti rempah. Dalam beberapa rujukkan sumber di laporkan ia ada kegunaan tradisional tersendiri dan ia juga dianggap sebagai rumpai atau tumbuhan liar (un-wanted) yang berada di kawasan kebun dan ladang. Pada bahagian umbi (ubi teki) dimana ia juga kerap digunakan dalam perubatan tradisional untuk membantu melancarkan sistem penghadaman, melegakan senggugut dan membuang angin dalam badan. Habitat rumput teki dimana ia adalah jenis tumbuhan list dsn ia sering tumbuh sendiri di kebun petani atu di tepi jalan, kawasan lapang dan aktif di kawasan tanah pertanian. Isu dan ancmannya adalah rumput teki ini 'Sukar Mati' sebab ia memang mempunyai akar umbi yang kuat di dalam tanah dan isu ini juga menjadikannya antara rumpai yang paling sukar untuk dihapuskan. Dapat serta ia mudah dikenali sebab ia mempunyai jenis batang Segi Tiga serta ia mempunyai keratan rentas batang berbentuk tiga segi dengan bunga berwarna perang kehitaman. Walaupun rumpai ini menganggu petani di kebun dan akibatnya akan boleh ia mengurangkan hasil tanaman namun ia ada kegunaan dan manfaatnya yang di rekodkan. Dalam cara Perubatan Tradisional ia selalunya pada bahagian umbi atau akarnya mengandungi minyak zat dan sebatian aktif yang digunakan secara tradisional untuk merawat luka, sakit gigi dan didakwa membantu melancarkan proses pencernaan. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya kupas akan manafaat dan potensi kegunaan Rumput Teki sebagai bahan rujukkan semua,


Seterusnya kegunaan dan khasiat Rumput Teki dimana ia di laporkan dapat Membantu Mengawal Berat Badan dan Gula Darah dimana sesuai bagi mereka ada masaalah tersebut. Kini didalam era moden di mana penyakit metabolik seperti Masaalah Kegemukkan (obesiti) dan Penyakit Kencing Manis (diabetes type 2) ia dilaporkan semakin bermerajalela di negara membangun termasuk di Malaysia. Kajian mendapati ujud potensi baru dari tumbuhan herba ini yang selalu menjadi kabar baik apabila ada kajian saintis kepada haiwan dimana ia ada menunjukkan bahawa ekstrak rizom atau akar bawah tanah atau 'rimpang dimana dalam rumpai ini dilaporkan mengandungi kesan Anti-obesiti dengan cara tindakannya adalah diyakini ia berkaitan dengan kebolehan atau kemampuannya untuk memecahkan sel-sel lemak (lipolisis) dan meningkatkan kadar metabolisme asas sehingga tubuh mampu membakar kalori dengan lebih cekap dan cepat. Apa pun khasiat rumpai ini juga ia menunjukkan aktiviti hipoglikemik ringan yang maknanya ia dapat membantu menurunkan atau menstabilkan kadar gula dalam darah. Bahan antioksidan di dalamnya melindungi sel-sel beta pankreas (kilang yang hasilkan insulin di dalam tubuh) dari kerosakan oksidatif iaitu sehingga pengeluaran insulin masih tetap optima. Meski pun begitu ini bermakna tumbuhan ini ia tidak dirancang untuk menggantikan ubat kes bagi mangsa diabetes melainkan sebagai kaedah terapi yang mendokong sebagai suplemen gaya hidup sihat. Khasiat seanjutnya dimana rumput teki ini mampu untuk menjaga kesihatan Kulit dan Meredakan Peradangan Jerawat dimana ia dianggap sebagai satu manfaat luar biasa dari rumput dimana potensinya dalam dunia dermatologi. Ekstrak dari rizomnya telah terbukti mampu menghambat 'enzim tirosinase' iaitu sejenis enzim yang bertanggung jawab atas pengeluaran bahan Melanin (pigmen warna kulit) dan kesan bila enzim ini di hilangkan maka berlaku pembentukan flek hitam atau pun kes hiperpigmentasi dimana bekas bekas jerawat akan dapat dikurangkan kesannya dan ini menjadikan kulit akan kelibatann nampak lebih cerah dan warna kulit lebih merata. Perlu di ketahui dimana selain dari kesan mencerahkan, sifat anti-inflamasi dan antibakterianya juga menjadikannya satu kaedah penyelessaian semulajadi untuk isu dan masaalah kulit berjerawat atau isu ekzema. Apabila diamalkan secara rutin dengan menyapukan di kulit) iaitu pes dari tumbukan rizomnya dimana ini a akan dapat membunuh bakteria iaitu jenis Propionibacterium acnes yang menyebabkan jerawat, sekaligus mengempeskan bengkak kemerahan dengan cepat. Banyak produk perawatan kulit herba dipasaran yang bahan asasnya adalah bahan semulajadi bgi tujuan seperti untuk mengatasi masalah jerawat yang akan dtang tanpa membuat kulit menjadi kering dan kesan keradangan jika gunakan bahan kimia sintetis pada umumnya.

 

Terdapat beberaa cara dan langkah untuk mendapatkan fedah dri rumput teki ini yang perlu di lakukan. Apa pun bagi dapatkan Khasiat Terapeutiknya secara optima dimana proses mengolahnya harus dilakukan dengan betuk dan hygienik. Perlu di pastikan dimana bahagian rumpai yang digunakan untuk perubatan adalah Bahagian Umbi. Langkah pertama adlah bagaimana Mengambil atau Menuai bahagian ini dimana pengusaha perlu Mencabut Rumput Teki ini dari tanah hingga dicabut samap kepada Bahagian Akarnya. Kumpulkan umbi-umbinya yang berwarna gelap dan ia selalunya adalah berbentuk bulat lonjong seukuran kacang tanah (Sila lihat foto disebelah). Langkah kedua adalah Proses Mencuci dimana rumpun ini perlu di cuci bersih umbi di bawah air mengalir dan disyorkan juga akan menggunakan alat sikat kecil jika perlu untuk memastikan tidak ada tanah, pasir atau kotoran lain yang tersisa dicelah-celah akar serabutnya sama sekali. Langkah yang ketiga adalah Proses Merebus dimana tujuannyya adalah untuk membuat teh herba iaitu caranya dengan mengambil sekitar 10-15 gram umbi rumput teki yang masih segar yang sudah dicuci bersih dan ia di ketuk atau di tekan dengan alat khas bertujuan agar akan keluar sedikit minyak patinya keluar. Kemudian umbisi ini perlu di rebus dalam periok yang di bubuh sebanyak 3 gelas air hingga mendidih. Kemudian boleh di kecilkan apinya dan boleh di biarkan air menyusut hingga tersisa sekitar 1 gelas sahaja yang tertinggal dalam periok (1/3). Kemudian air rebusn ini perlu di tapis agar diasingkan untuk dapatkan air rebusan yang sesuai di minum. Sebaiknya ramuan air rebusan rumput teki ini diminum semasa masih hangat. Ada petua dimana bagi menambahkan rasa lebih enak boleh ia di campurkan dengan sedikit madu lebah asli yang boleh mengurangkan rasa pahit dan rasa pedasnya. Dalam pada itu penulis blog juga kongsikan kaedah lain mendapatkan khasiatnya. Caranya dengan Pembuatan Serbuk Halus Rumput Teki dimana ia sesuai untuk disimpan dengan lebih lama iaitu seakan menyuimpan daun teh sahaja kaedahnya. Caranya dimana umbi yang sudah bersih ia kemudian sesuai dijemur di bawah sinaran matahari sehingga ia benar-benar jadi kering semulajadi. Kemudian bila sudah kering dan rangup maka sesuai dihancurkan dengan menggunakan blender atau alat tumbuk (seperti lesung batu) hingga menjadi serbuk yang halus. Serbuk (poedwr) ini ia boleh di rendam atau diseduh dengan air panas atau dicampurkannya dengan air mawar untuk dijadikan produk 'Masker Muka' bertujuan bagi mendapatkan kulit cantik dan tidak berjerawat.


Walau pun penulis blog sudah paparkan akan kehebatan khasiat dan manafaat rumput teki ini akan tetapi masih ada ancamn atau kesan sampingan dan perlu tahu akan tindakan pencegahan yang sesuai. Memang meskipun rumpai ini ia tergolong sejenis herbal semulajadi akan tetapi penggunaan tanaman ubat herba tidak betul atu berlebihan ia tetap boleh berikan ancaman kesihatan. Pembaca blog anim agro technology disyorkan agar sentiasa berhati-hati. Ada ancaman kepada sebahagian orang dewasa sihat dapat yang sesuai mengambil ekstrak ramuan ini dalam jumlah yang wajar tanpa mengalami sebarang kesan sampingan yang yang merugikan. Dalam beberapa laporan bagaimana pun ada sesetengan pengguna orang dewasa dan beberapa kelompok individu yang sebaiknya perlu mereka bagi mengelakkan atau menghindari atau perlu dapatkan konsultasi terlebih dahulu dengan tenaga pakar perubatan profesional sebelum menggunakannya. Pertama adalah Bagi kalangan Ibu Hamil dan Menyusukan Bayinya adalah mereka ini dilarang keras untuk mengambil bahan produk ini sebab sifatnya yang 'Emmenagogue' dilaporkan yang ia akan merangsang aliran darah di bahagian perut dan pinggang yang berpotensi menyebabkan atau memicu situasi kontraksi rahim dini yang dapat meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran prematur. Kedua, orang yang menderita gangguan perdarahan atau sedang mengonsumsi obat pengencer darah (seperti warfarin atau aspirin) harus berhati-hati, karena tanaman ini memiliki efek memperlambat pembekuan darah. Konsumsi bersamaan dapat meningkatkan risiko pendarahan berlebih. Kes seterusnya dimana bagi kalangan Penderita Hipoglikemia (isu kes gula darah rendah) dimana didakwa dengan penggunaan berlebihan dapat memicu penurunan kadar gula darah yang terlalu drastik yang mana ini akan menyebabkan mangsa menjadi pening kepala, berpeluh dingin sehingga di boleh hingga pitam atau pingsan. Sebaiknya jika ingin mulakan mengambil ramuan inni dimulakan dengan kadar dos yang sedikit atau dos kecil dahulu untuk melihat bagaimana reaksi berlaku dan perlu di hentikan penggunaan jika muncul gejala alergi seperti ruam kulit, gatal atau sesak nafas. Dalam beberapa penyelidikan pakar dimana kaedah perubatan atau perawatan tradisional perlu di teruskan dan manjadi kaedah alternatif kepada cara perubatan moden. Ada dilaporkan merujuk kepada sebuah kajian terbaru yang ada diterbitkan dalam International Journal of Ethnopharmacology and Herbal Medicine pada pertengahan tahun 2026 sudag di jelaskan penemuan yang signifikan terkait khasiat rumput teki yang positif. Hasilkajian ini dari tahun 2026 simpulkan bahawa pemberian ekstrak rumput teki dengan dosis 500 mg dua kali sehari berhasil menurunkan intensiti kejadian krem perut sehingga 65% dan juga berjaya adanya penurunan signifikan pada penanda inflamasi dalam darah (seperti C-reactive protein) dimana temuan ini membuktikan bahwa mekanisme kerja tumbuhan ini secara klinikal sudah sebanding dengan jenis ubat anti-inflamasi non-steroid (OAINS) ringan yang ada dipasaran. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..

RUMPUT TEKI ... BANYAK NAMANYA...
TUMBUH LIAR... BANYAK LOKASINYA...
BANYAK KHASIAT...SERING DI GUNA...
BACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Antara Residence, Near PICC,
Precint 5, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Safar 1448H).

Monday, August 3, 2026

MANAFAAT RUMPUT TEKI (PART 1)

RUMPUT TEKI
(Cyperus rotundus) atau di panggil sebagai 'Rumput Halia Hitam' adalah sejenis rumput daripada famili Cyperaceae yang sangat agresif dengan ubi di dalam tanah yang menyukarkan cara kawalannya dimana ia sering ditemui di kawasan pertanian dan sekitar halaman rumah atau di kawasan lapang. Apa pun penulis blog dapati dimana rumput teki ialah sejenis rumpai atau tumbuhan liar yang mempunyai batang segi tiga, daun yang panjang mrmpunyai struktur umbi atau akar di bawah tanah yang kuat dan sukar dibasmi. Apa pun diantara c
iri-ciri fizikalnya ia merupakan sejenis tumbuhan renek saka setinggi kira-kira 40 cm, mempunysi batang dengan berwarna hijau gelap yang nipis dan tegak. Ukuran daunnya juga panjang, tajam dan boleh melukakan kulit serta ia berbentuk tirus. Ia unik sebab mempunyai umbi (ubi kecil di bawah tanah) iaitu benda yang berwarna coklat di luar dan putih di dalam yang berbau seperti rempah. Dalam beberapa rujukkan sumber di laporkan ia ada kegunaan tradisional tersendiri dan ia juga dianggap sebagai rumpai atau tumbuhan liar (un-wanted) yang berada di kawasan kebun dan ladang. Pada bahagian umbi (ubi teki) dimana ia juga kerap digunakan dalam perubatan tradisional untuk membantu melancarkan sistem penghadaman, melegakan senggugut dan membuang angin dalam badan. Habitat rumput teki dimana ia adalah jenis tumbuhan list dsn ia sering tumbuh sendiri di kebun petani atu di tepi jalan, kawasan lapang dan aktif di kawasan tanah pertanian. Isu dan ancmannya adalah rumput teki ini 'Sukar Mati' sebab ia memang mempunyai akar umbi yang kuat di dalam tanah dan isu ini juga menjadikannya antara rumpai yang paling sukar untuk dihapuskan. Dapat serta ia mudah dikenali sebab ia mempunyai jenis batang Segi Tiga serta ia mempunyai keratan rentas batang berbentuk tiga segi dengan bunga berwarna perang kehitaman. Walaupun rumpai ini menganggu petani di kebun dan akibatnya akan boleh ia mengurangkan hasil tanaman namun ia ada kegunaan dan manfaatnya yang di rekodkan. Dalam cara Perubatan Tradisional ia selalunya pada bahagian umbi atau akarnya mengandungi minyak zat dan sebatian aktif yang digunakan secara tradisional untuk merawat luka, sakit gigi dan didakwa membantu melancarkan proses pencernaan. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya kupas akan manafaat dan potensi kegunaan Rumput Teki sebagai bahan rujukkan semua,


Dilaporkan bagi kebanyakan orang yang gemar berkebun atau bertani dimana rumput yang satu ini sering kali dianggap sebagai rumpai pengganggu yang sangat sukar untuk dibasmi. Tumbuh liar ini boleh tumbuh juga di pekarangan rumah, ladang pertanian sehingga ada ditepi jalan dimana ia memiliki ciri daya tahan yang luar biasa terhadap berbagai keadaan cuaca. Namun bagi penulis blog bahawa di sebalik reputasinya sebaga rumpai yang menganggu ia ada menyimpan segudang manfaat luar biasa untuk kesihatan kepada manusia. Dalam dunia perubatan tradisional seperti Rawatan Ayurveda di India, Peubatan Singseh Cina mahupun dalam sistem perubatan herbal Jamu di Indonesia dimana bahagian umbi dari rumput teki ini ia telah digunakan selama berabad-abad lamanya sebab umbinya yang berada di bawah tanah mempunyai aroma khas yang sedikit pedas dan pahit dan ia kaya akan minyak pati dan zat lain biokimia yang bertindak sebagai agen penyembuh untuk rawatan secara smeulajadi. Apa pun ia masih di kaji sebab ia masih di abaikan oleh masyarakat modern yang lebih terbiasa dengan mengambil ubatan moden dari doktor dan farmasi iaitu unat sintetik. Walau pun sudah ada idea dan penggunaan herba dengan meningkatnya trend kembali ke alam dan pengobatan holistik dimana kalangan saintis di seluruh dunia mulai melakukan kajian klinikal terhadap rumput ini. Hasilnya sudah ada yang sangat mengejutkan bila didapati umbi rumput ini ia mempunyai sifat anti-inflamasi, analgesik, antimikrob, dan bahkan tahap antioksidan yang sangat kuat. Perkara inii juga ia membuktikan bahawa nenek moyang kita tidak salah dalam memanfaatkannya rumput ini sebagai salah satu kaedah pertolongan pertama untuk berbagai macam penyakit iaitu bermula dari gangguan pencernaan ringan sehingga kepada masalah kewanitaan yang lebih kompleks. 


Dalam beberapa kajian saintis dilaporkan kandungan utama yang paling menonjol dalam rumput teki ini adalah Minyak Pati (essential oils) yang jumlahnya sekitar 0'5% hingga 1% dari dari berat kering bahagian umbi yang di proses. Kajian juga mendapati d dalam minyak pati ini ada terdapat bahan kimia kompleks seperti alpha-cyperone, beta-selinene, cyperene, dan patchoulenone dimana bahan Alpha-cyperone secara khusus telah dikaji ia berkemampuannya dalam menekan penghasilan bahan Prostaglandin atau zat kimia dalam tubuh yang memicu rasa sakit dan peradangan dimana minyak pati ini adalah ia sangat efektif bekerja sebagai meredakan rasa kesakitan secara semulajadi. Diaporkan dimana selain minyak pati, dimana ubi rumput teki juga ia kaya bahan Flavonoid dan alkaloid. Flavonoid dikenal sebagai antioksidan yang berfungsi meneutralkan kes sel radikal bebas dalam tubuh. Sel radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang dapat merosak sel-sel lain dan ia mempercepat proses penuaan dan menyebabkan kes penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung. Bahan alkaloid yang terdapat di dalamnya mempunyai ciri iaitu bersifat anti-mikrob dan anti-parasit yang sesuai untuk di jadikan rawaran tradisional bagi mengatasi isu infeksi usus dan gangguan perut sakit disebabkan ancaman bakteria. Kajian mendapati memang ada unsur Asid Fenolate, Tanin dan Glikoside dimana ia menghentikan ciirit dan membantu proses penyembuhan luka sama ada jenis luka di dalam saluran pencernaan mahupun jenis luka terbuka pada kulit. Perpaduan kompleks dari kesemua bahan ini dapat menciptakan sinergi farmakologis unik dan ia menjadikan rumpi teki ini sebagai herba pelbagai guna yang perlu di kajian secara terpeinci didalam dunia medik alternatif.


Hasil kajian mendapati dimana bahan kimia yang uud dalam rumput teki ini amat melimpah dimana tidak heran jika tumbuhan ini ia memang ada didakwa menawarkan spektrum manfaat kesihatan yang sangat luas untuk di kongsikan faktanya. Pertama adalah Khasiat bagaimana ia mampu  Mengatasi Gangguan Pencernaan dan Cirit Birit. Apa pun salah satu sebab bagaimana penggunaan tradisional paling umum dan paling terbukti secara ilmiah adalah kemampuannya dalam menyihatkan sistem pencernaan. Jika kamu sering mengalami masalah seperti perut kembung, dispepsia (sakit maag), atau mual, air rebusan umbi tanaman ini bisa menjadi solusi alami yang sangat menenangkan. Senyawa bioaktif di dalamnya bekerja dengan merelaksasi otot-otot polos di sepanjang saluran pencernaan, sehingga membantu mengeluarkan gas yang terjebak di usus dan meredakan rasa begah. Ia adalah jenis rumpai sebagai jenis ubatan semulajadi dalam mengatasi kes cirit birit dan sakit perut yng lain. Apa pun kandungan alkaloid dan tanin di dalamnya berikan fungsi secara berganda dimana bahan Alkaloid membasmi ancaman oleh bakteria patogen penyebab infeksi usus (seperti E. coli dan Salmonella sp), sementara zat tanin memberikan kesan sebagai bahan Astringen yangaknan menguatkan selaput lendir usus, mengurangkan sekresi cairan yang berlebihan dan secara efektif didalam memadatkan tekstur najis (feses). Bahkan di beberapa negara Asia dimana bahan ekstrak tumbuhan ini ia sering disyorkan sebagai cara pertolongan pertama pada kes-kes keracunan makanan ringan jika berlaku. Kedua dilaporkan Rumpai Teki ini akan dapat ia  Meredakan Sakit Sebab Haid (Dismenore) dan kes Sindrom Pramenstruasi dimana ada ramai wanita bila datang bulan boleh menjadi waktu yang sangat menyiksa akibat berlaku kes krem perut dibahagian bawah yang parah (dismenore). Apa pun jenis herba rumput teki ini ia telah lama diagungkan dalam pengobatan Ayurveda sebagai emmenagogue, yaitu zat yang merangsang dan melancarkan aliran darah menstruasi. Senyawa aktif seperti cyperene memiliki sifat antispasmodik yang luar biasa, yang berarti ia mampu menghentikan kejang atau kontraksi berlebihan pada otot rahim yang menjadi penyebab utama rasa sakit saat haid. Selalunya punca kurang selesa atau sakit sebab haid boleh dielakkan dengan perlu mengelakkan minum minuman berkafein derllebihan seperti kopi dan teh kental dapat menyempitkan pembuluh darah dan memperparah gangguan pada rahim. Elakkan juga ambil makanan Tinggi Garam yang manjadi punca gangguan air yang membuat perut terasa kembung dan nyeri semakin menekan. Keadaan Tekanan dan stres beremosi juga akan memicu pelepasan hormon kortisol yang dapat mengganggu keseimbangan hormon reproduksi dan memperburuk rasa sakit. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..
RUMPUT TEKI ... BANYAK NAMANYA... 
TUMBUH LIAR... BANYAK LOKASINYA...
BANYAK KHASIAT...SERING DI GUNA... 
BACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Antara Residence, Near PICC,
Precint 5, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Safar 1448H).

Sunday, August 2, 2026

JENIS-JENIS RUMPUT POPULAR SI MALAYSIA (PART 2)

RUMPAI (Weeds) merupakan spesies tumbuhan renek sama ada ia rendah atau tinggi dan sama ada ia tumbuh menegak, melata mahupun yang menjalar bebas dan muncul di tempat-tempat yang tidak dimaksudkan untuknya. Rumpai pada penulis blog bukanlah tanaman yang sengaja ditanam tetapi muncul secara sendiri atau dibawa oleh pelbagai vektor (pembawa) tanpa disedari dimana ia menganggu petani. Semasa belajar di universiti dahulu, subjek rumpai menjadi salah satuu subjek kegemaran penulis blog kerana ia melibatkan banyak aktiviti mengutip banyak jenis rumpai untuk dijadikan koleksi. Umumnya rumpai boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu RUMPAI PEROSAK, RUMPAI BERSIFAT NEUTERAL dan RUMPAI BERGUNA. Namun biasanya kualiti sifat-sifat rumpai ini akan berubah mengikut keadaan tertentu. Kesan pertumbuhan rumpai menganggu pertumbuhan tanaman kerana ia bersaing dengan tanaman dari segi sumber makanan, ruang tumbuh, persaingan cahaya matahari dan paling tidak baik kerana ia boleh menjadi perumah kepada patogen yang menyebabkan serangan perosak dan penyakit.  Jenis rumput yang utama dan paling biasa di Malaysia ialah seperti Jenis Rumput Lembu (cow grass), Jenis Rumput Filipina (Philippine grass) dan Jenis Rumput Bermuda. Apa pun jenis Rumput Lembu (Cow Grass) dengan nama botaninya adalah sebagai Axonopus compressus adalah berharga paling murah, tahan lasak dan mudah dijaga dimana ia ada rumbuh dan sesuai untuk tepi jalan, lereng bukit dan padang terbuka. Kedua Jenis Rumput Filipina (Philippine Grass) dengan nama botaninya Zoysia matrella adalah jenis rumput yang berdaun halus, rapat dan cantik berbentuk seperti karpet hijau dimana jenis ini ia sesuai untuk laman rumah dan juga di kawasan landskap yang mendapat cahaya matahari penuh. Ketiga adalah Jenis Rumput Bermuda (Cynodon dactylon) iaitu jenis rumut yang tahan panas dan lasak dan ia sering digunakan di padang bola sepak dan padang golf. Keempat ada jenis rumput iaitu Jenis Lalang (Imperata cylindrica) yang ramai kenal merupakan sejenis rumput liar berdaun tajam yang dianggap sebagai rumpai di kawasan terbuka atau terbiar. Diladang kawasan tanaman kelapa sawit (Elaies guineensis) yang dikatakan lasak pun akan terencat pertumbuhannya jika banyak rumpai tumbuh disekelilingnya apa lagi kalau ada selaput tunggul yang melilitnya. Paling teruk dimana jika ada jenis rumpai yang agresif dan invasif dimana ia juga mampu menghalang pertumbuhan tanaman serta ianya sukar dikawal seperti rumput israel, rumput miang mexico dan beberapa lagi. Memang semua orang sama ada sebagai orang awam, pegawai, penduduk perumahan awam, pengusaha pertanian dan jurutera perlu mengenali dan juga mengetahui ilmu mengenai rumpai. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai jenis rumput atau rumpai yang popular di Malaysia perlu dijadikan bahan bacaan semua.


Jenis 
Rumput Bermuda (Cynodon dactylon) adalah sejenis rumput hiasan dan padang yang popular di Malaysia sebab ia memang jenis yang sangat tahan lasak dan selalunya ia akan subur di kawasan panas. Dilaporkan jeni rumput ini terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Jenis Common Bermuda dan Jenis Bermuda Hibrid. Pertama iaitu Jenis Common Bermuda ialah rumput hiasan dan padang, dicitakan oleh Cynodon dactylon, boleh dibiakkan melalui biji benih dimana ia mempunyai warna hijau muda serta tekstur daun sederhana kasar. Jenis ini ia juga dikenali juga sebagai 'Rumput minit' atau 'Rumput kawat' berdasarkan kepada penciriannya. Cara pembiakannya dimana ia mudah ditanam menggunakan biji benih (berbeza dengan jenis hibrid yang steril). Paling hebat sebab ciri ketahanan dimana ia adalah jenis sangat tahan panas, kemarau dan dari ancaman pijakan kaki yang kerap. Pertumbuhan rumput jenis ini ia membiak secara agresif melalui batangnya yang akan merayap atas tanah melalui 'stolon' dan struktur rizom yang akan menjalar didalam tanah. Ia sesuai di tanam dikawasan lapang, sisi jalan, padang amatur dan sesuai di halaman rumah. Ia juga memang jenis yang memerlukan cahaya matahari penuh dan tidak membiak dengan baik di tempat teduh. Paling perlu di lakukan adalah ia perlu kerap dipotong dan dibaja kerana sifat tumbuhannya yang cepat merebak di lokasi. Kedua adalah Jenis Rumput Hibrid Bermuda iaitu sejenis rumput tiruan atau kacukan khas yang tahan lasak, halus dan cepat pulih dimana ia sering dipakai di padang bola dan padang golf. Contoh jenis utamanya ialah Tifway 419, Tifdwarf, dan Greenlees Park. Ciri penting jenis ini sebagai jenis yang tahan lasak dan ia sesuai untuk kawasan yang kerap dipijak atau aktiviti sukan berat. Cara pembiakannya ia tidak mampu untuk menghasilkan benih subur dimana ia ditanam melalui keratan atau kepingan rumput (sod/sprigs). Mempunyai tekstur daun lebih halus dan rapat berbanding dengan jenis rumput Bermuda biasa. Antara varieti popular adalah varieti Tifway 419 sebagai salah satu pilihan utama untuk padang bola sepak dan gelanggang di Malaysia kerana cepat pulih sendiri daripada rosak. Varieti kedua adalah varieti Tifdwarf dimana dilihat yang pada permukaan sangat halus serta ia kerap digunakan di kawasan putting green padang golf. Ketiga ada Varieti  Greenlees Park iaitu ia adalah kultivar popular untuk landskap dan padang di rantau ini. Kesemuanya adalah jenis yang tahan lasak dan sesuai untuk kawasan yang kerap dipijak atau padang permainan. Jenis ini memang suka cahaya matahari penuh dan tidak boleh hidup subur di tempat teduh. Ia juga memang cepat tumbuh semula jika rosak.  


JENIS RUMPUT LALANG
(Imperica cylindricaialah sejenis tumbuhan popular tumbuh liar di Malaysia iaitu daripada keluarga rumput yang mempunyai nama saintifik Imperata cylindrica, juga dikenali sebagai alang-alang atau cogongrass. Ia adalah sejenis tumbuhan yang diketegorikan sebagai Rumpai di kalangan pekebun dan pertanian. Lalang dari keluarga Poaceae mempunyai rizom yang cepat membiak dan terdapat di Asia, India, Micronesia, Australia dan Negara-negara Afrika. Lalang juga dipanggil sebagai Congograss atau Kunai Grass yang tumbuh dengan ketinggian 0.6 - 3.0 meter. Lalang mampu tumbuh di mana ada tanah, cahaya matahari dan air serta cepat membiak dan merupakan satu masalah kepada petani. Artikel ini saya tulis menceritakan perkara berkaitan tumbuhan lalang berdasarkan pengalaman penulis sebagai pegawai pertanian hampir 30 tahun. Penulis blog yang puluhan tahun terlibat sektor pertanian mendapati dimana lalang mudah membiak terutama dikawasan lapang di Malaysia dengan mudah melalui bunga lalang (Lihat foto sebelah) yang diterbangkan oleh angin. Bunga lalang yang berwarna putih serta ringan apabila matang akan gugur dari tangkainya dan diterbangkan angin beberapa kilometer sehingga jatuh ketanah. Apabila keadaan sesuai benih lalang tumbuh secara rumpun dan akarnya mempunyai rizom yang cepat membiak. Rizom atau akar lalang ini mampu membiak dalam tanah terutama dalam keadaan tanah lembut selepas hujan. Sebenarnya lalang mampu tumbuh diatas pelbagai jenis tanah di Malaysia seperti tanah Gambut, Tanah Bris, Tanah Liat apa lagi tanah mineral yang subur. Walau pun kawasan lalang telah terbakar setiap kali pada musim kemarau, namun rizom akar lalang dalam tanah akan terus tumbuh dengan lebih subur apabila tiba waktu hujan. Akar atau rizom lalang terletak dalam tanah yang sukar untuk di musnahkan. Akar lalang jika di gigit akan mengeluarkan rasa manis.  

 
Jenis Rumput Mutiara (Pearl Grass) dengan nama botaninya sebagai 
Hedyotis corymbosa Lamk adalah jenis rumput yang popular di Malaysia dalam kategori rumput pilihan. Ia mempunyai bentuk daun lebih cerah, cantik dan tahan kawasan separa teduh (bawah pokok). Jenis ini ia sesuai untuk laman rumah kecil yang kemas. Ia merupakan sejenis rumput liar daripada keluarga Rubiaceae yang mudah kita jumpa dimana-mana. Rumput mutiara ini juga mempunyai persamaan dengan nama Oldenlandia corymbosa. Saya cuba mengaitkan ciri-ciri rumput ini dengan perkataan 'mutiara' atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai 'Pearl Grass' dimana ia mungkin dari segi bentuk daunnya yang mempunyai bentuk seperti mutiara.  Rumput ini mempunyai ciri tumbuh menegak atau condong dengan ketinggian sekitar 15 - 50 cm. Ia amat suka tumbuh dikawasan yang agak lembab dengan sinaran matahari yang mencukupi. Kita mudah menjumpai rumput ini ditepi jalan, ditepi pagar sekolah/pejabat, dikawasan padang dan banyak lokasi lagi. Tumbuhan ini memang mempunyai banyak cabang dengan tumbuh merimbun dikawasan tanah subur (Lihat foto sebelah). Ia lazimnya tumbuh bersendirian dengan batang sedikit dikawasan tanah kurang subur atau agak kering sedikit. Bentuk batangnya adalah bersegi dengan ruas agak pendek dan berwarna hijau kecoklatan sehingga kelabu. Daunnya bersaiz kecil sekitar 2-5 cm panjang berwarna hijau pucat dan mempunyai susunan bersilang. Jika diteliti, daun meruncing dihujung dengan adanya sehelai rambut yang pendek saiz dihujungnya. Dibahagian sepanjang tepi daun juga terdapat seakan sisik-sisik kecil dan tangkai daun adalah pendek. Bagi penulis blog dimana rumput mutiara (nama saintifik sebagai Oldenlandia corymbosa adalah sejenis rumput liar yang banyak digunakan dalam kaedah perubatan tradisional kerana sifat antioksidan, anti-radang, dan khasiat lain yang membantu melancarkan pencernaan dan dapat juga menguatkan imuniti. Tumbuhan ini tumbuh subur di kawasan tropika dan subtropika yang lembap seperti di pinggir selokan atau sungai, serta mengandungi senyawa bioaktif seperti fenol, saponin, tanin, flavonoid, dan terpenoid. Di antara beberapa ciri dan kelebihan rumput ini adalah pertama ia bersifat Antioksidan dimana ia dilaporkan mengandungi pelbagai antioksidan yang membantu melawan radikal bebas serta ia mengurangkan risiko penyakit seperti diabetes dan kanser dan juga mampu melambatkan penuaan sel badan. Rumput ini khasiat kedua adalah sebagai bahan Anti-radang dengan cara membantu mengurangkan keradangan dalam badan dan menjaga kesihatan hati. Ketiga dimana ia akan meningkatkan Imuniti secara membantu menguatkan sistem imuniti badan untuk melawan jangkitan bakteria dan virus. Khasiat lain adalah termasuk dapat membantu didalam cara mengurangkan masalah pencernaan dan menyokong kesihatan otak. Kajian makmal melaporkan jika diantara zat aktif dalam jenis rumput mutiara adalah mengandungi sejenis zat unik seperti bahan iaitu Asid ursolate dan Asid oleanolate yang berpotensi mencegah dalam perkembangan sel kanser. Kegunaan Tradisional dimana rumput mutiara ini ada yang digunakan sebagai sejenis ubat tradisional di negara-negara seperti China dan India untuk merawat demam. Dijadikan juga sebagai bahan makanan iaitu pada dunnya yang kaya dengan vitamin C dan boleh dimasak bersama sayuran lain. Ciri rumput ini dimana ia boleh tumbuh dengan baik di tanah yang lembap dan boleh ditemui di pinggir tebingan sungai. Perlu awas jika penggunaan rumput mutiara perlu berhati-hati terutamanya bagi wanita hamil dan ibu yang sedang menyusukan bayinya serta individu yang mengambil ubat-ubatan sebab dilaporkan memang ada kesan ke atas komplikasi ubat yang belum terbukti sepenuhnya. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang mana sebaiknya di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..
BANYAK JENIS...RUMPAI DI MALAYSIA...
CEPAT MEMBIAK...ADA YANG BERGUNA...
JENIS POPULAR...ADA LIMA SEMUANYA...
BACA ARTIKEL...BARU DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Safar 1448H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...