Support My Blog

Friday, February 23, 2024

CIRI KELAPA RENEK GADUNG COKLAT (CN28)

 
VARIETI KELAPA GADUNG COKLAT (Cocos nucifera) atau Gadung Brown Dwarf (GBD) merupakan salah satu varieti kelapa renek yang baru sahaja di perkenalkan di Malaysia. Varieti kelapa renek ini telah didaftarkan dengan Senarai Varieti Tanaman Malaysia di Jabatan Pertanian Malaysia pada 22 Jun 2023 (6 bulan lalu) dengan nombor pendaftarannya sebagai CN28 oleh pemiliknya iaitu Gadong Sari Enterprise Sdn Bhd yang beralamat di Kg Sg Selisik, Ulu Bernam, 44020, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor, Selangor. Penulis blog ada membuat tinjauan mengenai varieti kelapa ini lebih 7 tahun lalu di nurseri dimana kelapa ini dipercayai ia berasal daripada negara Vietnam dan menjadi pilihan utama penanam kelapa di sana. Penulis blog ada membuat tinjauan kepada beberapa ladang swasta dan petani individu yang sudah menanam varieti kelapa ini di Selangor, Melaka, Johor dan Sabah. Apa pun sepintas lalu sebagai penilaian asas didapati varieti kelapa ini dilihat amat memberangsangkan dari segi penghasilan untuk kelapa tua apa lagi jika buahnya dituai sebagai kelapa muda. Pokok ini mula berbuah seawal 3 tahun (yang di tanam di kebung sekitar nurseri di Selangor) dan bagi penanaman di ladang ia mula berbuah selepas 3-3.5 tahun ditanam. Ia merupakan jenis kelapa renek yang cepat berbuah berbanding dengan kebanyakan kelapa 'tall variety' yang mula berbuah selepas 7-8 tahun ditanam. Pada masa ini saya sudah ijirasa air kelapa muda kelapa varieti Gadung Brown Dwarf (GBD) dimana disebabkan buahnya yang sederhana besar maka sebiji kelapa tersebut amat sesuai diminum dengan kuantiti air yang banyak. Walau pun apa yang penulis blog tahu dimana proses pendaftaran kelapa renek yang dipercayai berasal dari negara Vietnam ini agak lama akan tetapi setelah berjaya didaftarkan dan tunjauan di ladang yang sudah berhasil pebulis blog dapati ia mempunyai potens terbaik untuk di komersilkan di Malaysia. Penulis blog percaya mana-mana pekebun kelapa yang masih menanam kelapa Malayan Tall (CN1) yang sudah tua amat di syorkan untuk menanam kelapa renek jenis ini dimasa akan datang. Penulis blog agak kurang pasti harga benih tulen GBD ini tetapi dilaporkan agak mahal juga iaitu dimaklumkan ia dijual runcit lebih dari RM40.00 sepokok bagi anakbenih yang berkualiti. Kepada mereka yang berminat boleh mencari pemilik dan pendaftar syarikat untuk membeli benih kepala GBD yang sudah diperiksa oleh JAbatan Pertanian di bawak Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) bagi setiap konsainan. Artikel pada petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai pencirian varieti baru Kelapa Gadung Brown Dwarf (GBD) sebagai bahan rujukkan semua pembaca.



(1)  PENGENALAN KELAPA VARIETI 
      GBD

Kelapa GBD ini atau Kelapa Gadung Renek Coklat atau Gadung Brown Dwarf (GBD) merupakan satu lagi penambahan kepada kelapa renek tempatan yang agak lambat perkembangannya. Asal benih kelapa GBD adalah Vietnam dengan cara pembiakannya melalui Seed Nut. Kelapa ini telah melepasi prosedur ketat dari Jabatan Pertanian termasuk penyediaan nurseri khas untuk GBD. Semasa pemeriksaan pasukan pakar dimana ada sebanyak 10 pokok yang berumur 3-4 tahun dan sudah berbuah. Ketinggian batang pokok yang diperiksa dilaporkan 37.8 cm (rendah) dengan purata ukurlilit batangnya adalah 88.5 cm. Pokok yang mula berbuah ini menghasilkan sebanyak purata 8 biji kela setiap satu tandan. Melihat kepada buah muda dimana ia berwarna kuning oren dan akan menjadi coklat kehitaman setelah ia tua. Air kelapa mudanya tidak mempunyai aroma dan buahnya berbentuk Eliptik. Biji kelapa GBD adalah Obiat dengan purata ketebalan tempurungnya 4.3 mm dan purata ketebalan isinya adalah 12.94 mm. Bagaimana pun pasukan pemeriksa belum laporkan akan kualiti santan dan air kelapa secara saintifik di makmal kerana ia perlukan analsia makmal.


(2) CIRI DAUN DAN PELEPAH GBD

Pokok yang tumbuh menegak ini mempunyai pelepah daun  yang panjang puratanya 121 cm dengan purata keratan rebtas petiol berukura 3.2 cm dan purata lebar petiol adalah 6.15 cm serta pelepahnya mempuyai warna kuning hijau. Daun kelapa GBD mempunyai sifat daun kebawah dengan purata panjang rakis daun iaiah 486.8 cm dan purata bilangan lain daun sebanyak 202 unit setiap satu pelepah. Diperiksa dimana lai daun kelapa GBD purata panjangnya adalah 126.6 cm dengan purata ukuran lebarnya adalah 5.4 cm. Intensiti warna dunnya adalah hijau sederhana (Sila lihat foto disebelah). Laporan hasil dari pemeriksaan mudah dilakukan kerana pokok renek ini adalah rendah dan mudah di capai.


(3)  CIRI BUNGA KELAPA GBD

Memeriksa mengenai bunga dan mayang kelapa GBD dimana purata panjang jambak bunga adalah 45.2 cm dan purata kebar pedunkel adalah 3.36 cm. Purata panjang pakai tengah adalah 32.96 cm dengan terdapat 37 bilangan spikelet. Dilihat dimana purata bilangan spikelet yang mempunyai bunga betina adalah sebanyak 28 unit dengan purata panjang spikelet yang mempunyai bunga betina pertama adalah 34.6 cm. Dilihat dimana kadar proses pendebungaan adalah aktif dimana ada banyak serangga pendebunga seperti lebah, kelulut, semut dan sebagainya datang untuk proses tersebut.


(4)  KOMEN UMUM KELAPA GBD

Pada penulis blog dimana kelapa Gadung Brown Dwarf (GBD) atau kelapa CN28 ini sangat berpotensi untuk dijadikan tanaman komersial di Malaysia berdasarkan kepada prestasi awal yang penulis blog perhatikan. Hasil daripada tinjauan dan pemerhatian di beberapa ladang swasta dan pekebun kecil yang menanam kelapa GBD ini mereka gembira apabila pokok kelapa renek ini berbuah awal sekitar 3 tahun selepas penanaman dengan penjagaan baik. Bagaimana pun dari sumber dilaporkan anakbenih kelapa GBD yang tulen ini boleh dibeli daripada pembekal yang sudah di sahkan melalui Skim Pengesahanan Bahan Tanaman (SPBT) dikelolakan oleh Jabatan Pertanian. Kelapa GBD ini memeriahkan lagi koleksi kelapa renek sedia ada di Malaysia untuk pembangunan sektor industri tanaman kelapa. Pemeriksaan mendapati dalam setandan buah pokok GBD yang belum matang mengeluarkan putih buah berlainan saiz iaitu yang kecil dan besar dalam setandan bagaimana pun ciri ini akan hilang apabila pokok GBD menjadi matang selepas 5 tahun ditanam. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
GADUNG COKLAT RENEK... ITU NAMANYA...
ASAL VIETNAM... CN28 NO. DAFTARNYA...
CEPAT BERBUAH... TINGGI HASILNYA...
SIAPA BERMINAT... CARILAH BENIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Jamadilawal 1445H).

Thursday, February 22, 2024

JARJIL - ITU APA DIA?

TANAMAN JARJIL
(Eruca vesicaria syn Eruca sativa) memang agak kurang dikenali dikalangan orang tempatan kerana ia bukan berasal dari Malaysia. Dalam beberapa kenyataan dimana ia adalah sejenis ulam yang di panggil sebagai Gergil, Jarjil atau pun namanya Jarjir Mesir (Jarjil Arab). Bahagian daunnya selalu ia dilaporkan merupakan sejenis ulam atau salad yg sangat berkhasiat. Da beberapa peminat tanaman herba yang menanam jarjil sebagai salah stu daripada koleksi mereka. Penulis blog ada beberapa kali melihat tanaman ini di beberapa taman pertanian herba di Perak, Pahang dan Melaka dahulu. Dalam somed ada beberapa orang sahaja yang melaporkan mereka ada menam jarjil ini dimana ia ditanam dalam pasu dan diletakkan di persekitaran rumah sahaja. Tidak ada laporan rasmi kalau ada petani yang ada menanam jarjil secara meluas atau komersial seperti yang di laporkan oleh Jabatan Pertanian. Aktiviti penanaman jarjil dalam pasu atau disekitar rumah semakin diminati oleh individu tertentu di Malaysia kerana ia mudah di jaga dan mampu memberikan hasil segar untuk kegunaan sendiri juga. 
Selalunya penanaman jarjil dalam pasu ini menggunakan sedikit biji benih yang boleh ditabur dalam pasu yang mengandungi media tanaman sama ada tanah camuran atau pun cocopeat. Selaluya purata bijibenih yang tumbuh adalah 6-8 pokok dalam asu tersebut. Pengalaman peminat jarjil mendakwa dimana keperluan bijibenih sebanyak 10 gram ia boleh ditanam unrtuk 20 buah pasu dengan ukuran saiz 150mm garispudsat atau sebanyak 30 buah pasu yang berukuran 90mm. Aktiviti penyiramam anak pokok jarjil ini pada peringkat awal dilakukan sekali sehari. Tanah campuran atau top soil perlu mencukupi dan tidak ada air bertakung didalam pasu kerana ia menganggu proses pertumbuhan. Pemeriksaan dan amalan agronomi tanaman jarjil boleh dilakukan sepanjang masa dimana selalunya tempoh kutipan hasil bagi tanaman secara organik adalah 3 bulan sahaja. Apa pun cara mengutip hasi dengan mengambil bahagian daunnya yang matang serta bersaiz besar sama memetik daunnya atau mencabut sahaja tanaman sepokok. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya enulis mengenai sejenis herba yang di namakan sebagai Jarjil untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Tumbuh ini adalah daripada keluarga Brassicaceae (sama dengan jennis bayam) yang mana bahagian daunnya ada sesuai di makan sebagai sayuran atau ulaman. Selalu dimakan segar dan di beberapa negara lain dipanggil sebagai 'Garden Rocket' ysng dsgst populr di Britain, Australia, Afrika, Ireland dan New Zwaland juga. Mereke menggelarnya sebagai sayuran daun iaitu di panggil sebagai Colewort, Roqette, ruchetta, rucola, rucoli, rugula dan sebagainya. Dimakan sebagai 'Salad' dimana diambil dalam keadaan mentah bersama degan bahan lain. Tumbuhan ini juga adalah dikenali sebagai 'perennial wall rocket' yang berada dalam keluarga sama. Ia adalah tanaman annual dengan mampu tumbuh setinggi 20 -100 cm dengan memunyai bentuk daun 'pinnate' dan mempunyai lekuk )lobbed) ditengahnya. Bunganya dilaporkan ia mempunyai ukuran saiz 2-4 cm garispusat dengan bersusun seperti corymb dimana sama dengan bentuk bunga bagi keluarga Brassiceae yang lain. Ia mempunyai bentuk kelopak yang berwarna putih krim dengan ada warna ungu di tangkainya. Buahnya berbentuk kekacang (pod) atau berbentuk 'siliqua' dimana ukurannya adalah 12-25 cm dengan hujunya berbebtuk seperti paruh. Dalam pod yang telah matang ini mengandungi banyak biji (yang sesuai di makan atau diproses menjadi minyak jarjil) yang banyak guna. Apa pun perkataan 'satica' dalam bahasa latin ia bermaksud 'boleh disemai' dimana ini menunjukkan biji karjil memang mudah disemai dan mudah tumbuh. 


Dinyatakan dimana t
anaman ini dipercayai berasal dari kawasan Mediterranean dan mula ditanam sebagai herba yang boleh dimakan di kawasan Mediterranean sejak dari zaman Rom lagi. Dalam beberapa kenyataan dilaporkan dikana di negara-negara Arab dimana ulam jarjil ditanam untuk mendapatkan daun dan juga bijinya untuk pelbagai kegunaan makanan dan kesihatan juga. Dilaporkan kaedah dan penjagaan tanaman jarjil adalah sangat mudah tidak seperti jenis tanaman herba yang lain. Ada yang dakwa dimana cuma biji benih perlu ditabur diatas tanah yang subur dan ada banyak bahan organik dan disiram. Pastikan dimana jenis tanah yang sesuai adalah tanah yang longgar seperti campuran pasir, bajan irganik dan juga tanah yang kering. Sebaiknya aktiviti penyiraman ini jangan terlalu basah untuk menghasilkan saiz pokok jarjil yang sihat serta cepat membesar dan rasa daun jarjil untuk dimakan dengan lebih sedap. Dalam beberapa kenyataan dimana kalau di negara-negara Arab dimana jarjil atau gergil ditanam untuk mendapatkan daunnya yang segar dan dimakan sebagai salad. Mereka juga menyediakannya dengan dijasikan ulaman salad diakan dengan roti dan nasi serta makanan lain. Ada juga yang menjadikannya sebagai sejenis menus kerabu tradisional (sama seperti membuat kerabu pegaga) atau ambil sebagai ulam segar dicicah dengan sambal. Dalam ujirasa dimana sebenarnya rasa daun jarjil kalau dimakan mentah rasa seperti macam makan lobak putih mentah. Bagaimana pun ia juga ada rasa berangin pedas-pedas pada lidah akan tetapi memang rasanya memang sedap. Rasanya akan menjadi sedikit manis dan enak jika daun jarjil yang ditanam di negara beriklum sederhana dan dipetik dalam musim sejuk. Dalam kajian dilaporkan dain jarjil ini memang ia kaya dengan vitamin terutama vitamin C dan vitamin A. Ulam herba ini juga didakwa memang kaya dengan mineral seperti kalsium (Ca), Zat Besi (Fe), Zink (Zn) dan juga Fosforus (P). Dalam beberapa kenyataan dilaporkan dimana antar khasiat ulam dan salad daun jarjil dimana ia dapat dimanfaatkan untuk sakit jantung, masaalah sakit dada, diabetes, masaalah hati dan tiroid. Juga dilaporkan dimana ia membantu meningkatkan keupayaan seksual dan membantu dalam pencegahan keguguran rambut. Kegunaan lain adalah dimana ia dapat mencegah sembelit kerana ia kaya dengan serat dn juga mampu mencegah akan isu kekurangan zat makanan. Dalam pada itu diantara khasiat-khasiat lain yang dapat dimanfaatkan dari ulam jarjil ini ialah membantu dalam menguruskan badan. Jarjil juga ia memang mengandungi zat penting untuk kesihatan kehamilan dan nutrisi janin. Khasiatya yang lain dilaporkan ia mampu untuk dapat melindungi kulit daripada penuaan. Ia juga dapat untuk mengawal tahap gula dan kolesterol dalam darah serta dilaporkan oa dapat membantu perokok untuk menghilangkan kesan-kesan bahaya merokok. Selain itu dilaporkan ia dapat membantu memperbaiki sistem penghadaman dan kesihatan usus besar selain dari dapat mengawal tekanan darah dan membantu penyembuhan otot yang sakit. Dalam pada itu ia boleh dijadikan prodduk minyak jarjil yang kegunaannya dapat mengurangkan lemak dan menurunkan paras kolestrol dalam badan.


Dalam media tempatan dilaporkan artikel sesuai bertajuk '
Ladang Gargil Yang Pertama Di Asia Tenggara Ada Di GISB Malaysia' untuk di rujuk. Dilaporkan oleh seorang pengembara dimana dia sangat teruja mengetahui adanya ladang Gargil di Malaysia. Hebatnya kerana pencetus ladang tanaman istimewa ini ada di GISB (Zon Jordan). Pengembara ini juga adalah bekas seorang pelajar di Mesir sekitar tahun 1989 dan 1992 yang mampu menyesuaikan diri dengan budaya, cara hidup, cuaca, persekitaran, pergaulan hatta makan minum masyarakat setempat. Masa itu dia yang sama tidak mampu meninggalkan cara hidupnya dan membesar dengan cara di Arab ini. Contohnya dalam menghadapi hidangan kalau orang kampungnya biasa makan ulam dari pelbagai jenis tumbuhan. Ada ulam segar seperti ulam raja, tenggek burung, pegaga, selom, salad, timun, kacang panjang atau yang dicelur seperti kacang bendi, peria, peria katak dan sebagainya. Namun apabila di Mesir para pelajar Malaysia biasanya makan salad atau daun bawang. Caranya dengan menaburkan sedikit garam halus, perahkan lemon dimana ini sudah cukup untuk membuka selera ditambah dengan cili segar dan dimakan sambil berbual-bual. Menurutnya dalam banyak-banyak ulam di tanah Arab dimana apa yang paling popular ialah ‘Gargil’, sebutan asalnya ‘Jarjir’ tapi di Mesir biasa sebut gargil. Dalam ertikata yang lain ulam gargil yang bentuknya seperti sawi tetapi mempunyai rasa yang agak pahit berlemak ini menjadi pengalaman dan keyakinan masyarakat Arab mempunyai faedah yang ‘power’ khususnya dalam membantu menguatkan ‘tenaga batin’. Mudah cakap untuk ‘SSI’ lah.Walaupun ia mempunyai banyak khasiat diantaranya dapat membantu menumbuhkan atau melebatkan rambut. Jarjil juga membantu menambah kekurangan vitamen C. Ia juga mampu untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan baik untuk sakit-sakit sendi. Dilaporkan dimana ia akan merawat toksik atau masaalah keracunan akibat merokok. Jarjil juga didaka ia sangat baik untuk membantu penghadahaman serta baik untuk merawat sakit kuning. Jarjil didakwa adalah amat baik untuk melawaskan buang air kecil. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technoligy lain kali di pasaran. Wasallam..>!
NAMANYA JARJIL... SEJENIS HERBA...
KURANG DIKENALI...DALAM MALAYSIA....
MUDAH DI TANAM... SENANG DIJAGA...
MEJADI ULAM... PELBAGAI KHASIATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Syaaban 1445H).

Wednesday, February 21, 2024

SAWI POPULAR DI MALAYSIA - FAKTANYA (Part 2)

SAYUR SAWI
(Brassica spp) merupakan sejenis sayur daun yang sangat popular ditanam di Malaysia dari keluarga Cruciferae dimana merupakan sayuran yang popular bagi petani komersil. Keluasan penanaman sawi dilaporkan sehingga 11,412 hektar pada tahun 2023 dimana ianya menghasilkan sebanyak 166,790 mt dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 450 juta (Sumber: Booklet Statistik Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Tanaman Sawi merupakan tanaman sayuran jenis daun yang paling luas ditanam di Malaysia dan paling tinggi nilai pengeluarannya diikuti dengan Sayur Bayam, Kangkong, Salad, Kailan dan Kobis Bulat. Penamanan sawi paling luas diatanam di Negeri Johor, Selangor dan Pahang dimana sebahagian besar adalah untuk pasaran domestik dan sebahagian lagi untuk pasaran ekspot terutama ke Singapura. Ramai diantara pengguna yang hanya kenal akan perkataan 'SAWI' sahaja apabila di minta membeli sayuran tersebut. Sebenarnya sawi boleh juga saya kategorikan kepada 4 jenis utama untuk di kenali dan di buat pencirian. Dari segi pertanian, sawi boleh dibahagikan kepada 5 jenis yang utama iaitu SAWI HIJAU, SAWI BUNGA, SAWI PUTIH, SAWI JEPUN dan SAWI PAHIT. Penulis blog ada banyak menulis artikel mengenai sawi yang dirujuk oleh ribuan pembaca semenjak tahun 2007 lagi. Sawi merupakan tanaman singkatmasa yang mengambil masa kurang dari 30 hari (bagi sesetengah varieti) untuk ianya siap untuk dituai. Penanaman sawi lazimnya dijalankan secara komersil dengan menggunakan sistem terbuka atau ditanam di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) serta mempunyai sistem pengairan serta saliran yang sempurna. Penanaman sawi lazimnya dibuat diatas batas sama ada di kawasan tanah mineral atau tanah gambut dengan intinsiti tinggi (sehingga 8 - 10 kali penanaman diplot sama setahun). Dari segi amalan agronomi dimana lazimnya keperluan benih sawi sebanyak 1.5 kg sehektar. Tinjauan penulis blog di banyak lokasi mendapati dimana hampir kesemua benih sawi adalah diimpot sama ada daripada negara China, Taiwan, India atau Thailand. Dalam pada itu di makmal didapati purata saiz biji benih sawi adalah sekitar setiap 1,000 biji untuk 2 gram (atau 1 gram sebanyak 500 biji). Cara penanaman ke semua jenis sawi hampir serupa kecuali beberapa kaedah amalan agronomi bergantung kepada cara penanaman dan jenis tanah dimana apa yang membezakkanya seperti saiz pokok, jangkamasa matang varieti dan sebagainya. Potensi hasil tanaman sawi lingkungan 12,000 - 16,000 kg sehektar bergantung kepada varieti, cara pengurusan amalan agronomi dan sebagainya. Mungkin ramai tidak tahu sebenarnya sayur sawi ini dimakan atau dimasak secara bagaimana sehingga sebanyak 167 ri mt habis setiap tahun. Artikel malam Sabtu ini dari Bandar Melaka saya suka menulis dalam blog "Anim Agro Technology" artikel yang ke 7,908 mengenai beberapa jenis sawi popular dan juga fakta bagaimana resepi menarik untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Penulis blog juga suka dengan Sayur Masak Lemak Sawi Putih atau 
di panggil sebagai 'Sawi Bobor' oleh orang kampong saya di Muar. Ini kerana menu ini sering di masak oleh arwah ibu semasa zaman bersekolah dahulu yang selalu dimakan bersama nasi putih dan ikan kering sahaja. Apa lagi lepas balik dari sekolah pagi dan sekolah agama jam 3.30 petang dan perut tengah lapar memang cukup nikmat dapat makan sayur 'bobor' ini. Membeli sawi putih di asar, dikedai runcit atau di pasaraya (kini ia boleh di beli secara on-line juga) memang mengikut namanya saja sudah jelas sayur sawi putih ini mempunyai warna putih yang banyak akan tetapi tidak keseluruhan kerana daun dan sedikit batangnya masih ada berwarna hijau. Daun yang melebar dan mengembang dilihat ia bewarna hijau pekat. Dilaporkan diantara khasiat yang ada pada sawi putih ini pula dapat menurunkan risiko penyakit jantung sebanyak 15% dan dapat melembutkan najis. Makan sayur lemak sawi putih dimaska sendiri atau membelinya di restoren memang selalu ada. Memasak sendiri juga mudah dimana bahan yang perlu disediakan adalah 500 gram sawi putih, 1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar, 800 ml santan cair, 300 ml pati santan, 1 biji bawang besar yang perlu hiris halus, 4 ulas bawang putih yang diketuk, 1 biji cili merah perlu hiris serong, garam dan gula secukup rasa. Cara menyediakannya dengan dimulakan mencuci sawi putih dan toskan. Siang berasingan batang dan daunnya kemudian perlu diketepikan. Dalam periuk atas api dimana di masukkan bawang besar, bawang putih, udang kering dan santan cair serta perlu di kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian dimasukkan batang sawi dan masak sekejap hingga lembut. Seterusnya ditambah daun sawi pula dan dikacau dan masak sekejap. Tuang santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biarkan agar mendidih sekejap dan masukkan hirisan cili merah dan dimasak sekejap. Rasa dahulu dimana jika sudah sesuai maka boleh matikan api. Hidangkan dalam bekas bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng atauikan masin. Paling enak makan tengahari di tengah sawah masa itu di Sawah Ring.


Apa pun selalu dapat dinikmati oleh penulis blog adalah jenis Menu Sawi Pahit. 
Sayur sawi pahit atau nama lainnya dikenali sebagai 'Kai Choy' dimana ia adalah salah satu jenis sawi yang agak terkenal di Malaysia. Daunnya yang hijau memenuhi batang dari bawah sehingga melebar ke atas. Selalu dilihat dimana warna batangnya putih kehijauan. Pengalaman penulis blog mendapati dimana selalunya orang melayu masak sawi pahit ni sebagai penambah perasa dalam hidangan mee goreng, ditumis, dimasak sup untuk orang yang berpantang atau dibuat jeruk sawi. Apa pun perlu diingatkan dimana sayur sawi sesuai juga dibuat jeruk dimanaia juga mempunyai nilai khasiat seperti vitamin A dan C akan hilang. Di kongsikan iaitu Masakan Sawi Pahit Ala Thai yang enak di makan kalau sedang lapar. Bahan-bahan diperlukan adalah 2 pokok sawi pahit kai choi atau guna sawi pak choi, sedikit minyak zaitun, kacang tanah di sangai atau digoreng (ditumbuk kasar), 1/2 kotak kecil santan kelapa, 3/4 cawan air, 1.5 sudu teh sos ikan, 2 sudu teh gula serta 2 sudu besar perahan limau nipis. Bahan-bahan tumis pula disediakan 5 ulas bawang putih (dihiris), 3 ulas bawang merah kecil (dimayang), 1 pokok daun bawang (dipotong pendek) dan 2 biji cili padi (dibelah tanpa putus). Cara memasak dengan menyangai kacang tanah atau digoreng dengan 1 sudu besar minyak masak sehingga rangup dan kemudian dibuangkan kulit. Perlu kacang tanah ini ditumbuk kasar dan diketepikan. Kemudian dipanaskan santan kotak dicampur air bersama sos ikan dan gula sehingga naik wap sahaja. (Ingat tidak perlu mendidih). Kemudian apabila santan sudah panas maka diperahkan limau nipis dan kacau rata. Kemudian boleh dirasa mengikut selera dimana hidangan ini sesuai dituang dalam mangkuk hidangan dan ketepikan kejap. Dalam masa sama di gaul sawi dengan minyak zaitun. (ia adalah petua agar dikekalkan warna hijau sawi) dan seterusnya dicelur sekejap dalam air yang telah mendidih. Toskan dan ketepikan seketika. Seterusnya didalam kuali boleh ditumis bawang putih dan cili sampai sedikit kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah, tumis sampai bawang sedikit kekuningan, masukkan daun bawang. Tumis semuanya sehingga sedikit garing dan seterusnya dituangkan santan dalam mangkuk hidangan. Masukkan sawi ke dalam kuah santan dimana ia kemudian taburkan bahan tumis tadi atas sawi. Akhir sekali boleh ditaburkan kacang tanah ditumbuk kasar di atasnya jika suka dan sudh sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.


Menarik mengenai sawi sehingga ia dijadikan hobi menanam dengan menggunakan botol sahaja seperti dilaporkan oleh sinarplus.com. Laporan bertajuk '
Kreatifnya cara tanam sawi kingkong guna botol minyak masak terpakai je. Sayur pun segar, subur dan menjimatkan ruang!' sesuai dirujuk. Apa tidaknya kerana botol minyak terpakai jika sudah tidak mahu digunakan sesuai ia dijadikan ia sebagai tempat untuk tanam sayur sawi (Sila lihat foto disebelah). Apa pun SinarPlus tertarik melihat hasil sayuran hijau yang bukan sahaja besar, malah hasilnya begitu segar, cantik, bersih dan selamat. Sesiapa yang ingin mencuba maka boleh praktikkan tip yang diberikan lelaki berkenaan. bahan perlu disediakan untuk menanam sawi dalam botol adalah biji benih sayur sawi terpilih, media cocopeat (sabut kelapa), Baja Cecair AB (kepekatan 1.5 sehingga tuai 1.8), botol, alat menggantung dan juga ilmu. Tip tanam guna botol dimana sebaiknya gunakan jenis botol yang ada penutup dan dibiarkan sahaja tutupnya dan ditebuk satu lubang untuk lebihan air keluar. Seterunya dibasahkan cocopeat sepenuhnya dan tabur satu hingga tiga biji benih. Dalam satu botol, letakkan satu hingga dua pokok sawi berkenaan dimana disyorkaan untuk menyiram dua kali sehari. Jika cocopeat masih lembab maka tidak perlu siram lagi. Apabila benih sudah bercambah terus bagi kena panas pagi. Cara menanam sawi ini menjimatkan ruang ia juga tidak memerlukan modal yang besar dan penjagaan yang rumit. Kaedah ini boleh dilakukan dikawasan keliling rumah dan sebaiknya mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semua. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali imi. Wasallam!!!..
TANAM SAWI... MEMANG LUAS DI MALAYSIA...
DI TANAG GAMBUT... TANAH MINERAL JUGA...
DI TUAAI PUN CEPAT...CUMA 30 HARI SAHAJA...
MEMBACA ARTIKEL... BANYAK INFO DI TERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Syaaban 1445H).

Tuesday, February 20, 2024

SAWI POPULAR DI MALAYSIA - FAKTANYA (Part 1)

SAYUR SAWI
(Brassica spp) merupakan sejenis sayur daun yang sangat popular ditanam di Malaysia dari keluarga Cruciferae dimana merupakan sayuran yang popular bagi petani komersil. Keluasan penanaman sawi dilaporkan sehingga 11,412 hektar pada tahun 2023 dimana ianya menghasilkan sebanyak 166,790 mt dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 450 juta (Sumber: Booklet Statistik Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Tanaman Sawi merupakan tanaman sayuran jenis daun yang paling luas ditanam di Malaysia dan paling tinggi nilai pengeluarannya diikuti dengan Sayur Bayam, Kangkong, Salad, Kailan dan Kobis Bulat. Penamanan sawi paling luas diatanam di Negeri Johor, Selangor dan Pahang dimana sebahagian besar adalah untuk pasaran domestik dan sebahagian lagi untuk pasaran ekspot terutama ke Singapura. Ramai diantara pengguna yang hanya kenal akan perkataan 'SAWI' sahaja apabila di minta membeli sayuran tersebut. Sebenarnya sawi boleh juga saya kategorikan kepada 4 jenis utama untuk di kenali dan di buat pencirian. Dari segi pertanian, sawi boleh dibahagikan kepada 5 jenis yang utama iaitu SAWI HIJAU, SAWI BUNGA, SAWI PUTIH, SAWI JEPUN dan SAWI PAHIT. Penulis blog ada banyak menulis artikel mengenai sawi yang dirujuk oleh ribuan pembaca semenjak tahun 2007 lagi. Sawi merupakan tanaman singkatmasa yang mengambil masa kurang dari 30 hari (bagi sesetengah varieti) untuk ianya siap untuk dituai. Penanaman sawi lazimnya dijalankan secara komersil dengan menggunakan sistem terbuka atau ditanam di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) serta mempunyai sistem pengairan serta saliran yang sempurna. Penanaman sawi lazimnya dibuat diatas batas sama ada di kawasan tanah mineral atau tanah gambut dengan intinsiti tinggi (sehingga 8 - 10 kali penanaman diplot sama setahun). Dari segi amalan agronomi dimana lazimnya keperluan benih sawi sebanyak 1.5 kg sehektar. Tinjauan penulis blog di banyak lokasi mendapati dimana hampir kesemua benih sawi adalah diimpot sama ada daripada negara China, Taiwan, India atau Thailand. Dalam pada itu di makmal didapati purata saiz biji benih sawi adalah sekitar setiap 1,000 biji untuk 2 gram (atau 1 gram sebanyak 500 biji). Cara penanaman ke semua jenis sawi hampir serupa kecuali beberapa kaedah amalan agronomi bergantung kepada cara penanaman dan jenis tanah dimana apa yang membezakkanya seperti saiz pokok, jangkamasa matang varieti dan sebagainya. Potensi hasil tanaman sawi lingkungan 12,000 - 16,000 kg sehektar bergantung kepada varieti, cara pengurusan amalan agronomi dan sebagainya. Mungkin ramai tidak tahu sebenarnya sayur sawi ini dimakan atau dimasak secara bagaimana sehingga sebanyak 167 ri mt habis setiap tahun. Artikel malam Sabtu ini dari Bandar Melaka saya suka menulis dalam blog "Anim Agro Technology" artikel yang ke 7,907 mengenai beberapa jenis sawi popular dan juga fakta bagaimana resepi menarik untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Sayur Sawi Hijau
atau nama lainnya adalah 'Choy Sam' dilihat ia mempunyai banyak khasiat antaranya didakwa ia mengawal tahap gula dalam badan, menjaga kesihatan gigi dan tulang, memberi kesihatan kulit dan banyak lagi. Semasa membeli sawi hijau perlu tahu akan ciri-ciri khasnya dimana ia berdaun tegak, berwarna hijau, berukuran lebih kurang 20-25cm. Bahagian batangnya putih kehijauan dan semakin ke hujung selalunya bahagian daunnya semakin mengecil. Mungkin cara menikmati sawi hijau ini berbagai resepi bergantung kepada minat atau resepi yang di sediakan. Apa pun paling lazim dimana selalunya sawi hijau masak untuk hidangan goreng seperti mee goreng atau hidangan sup. Memasak sawi hijau merupakan menu paling popular  di Malaysia untuk hidangan tengahari dimakan di rumah atau di hidangkan di gerai makan. Menyediakan menus ini perlu ada bahan iaitu 250 gm sawi hijau yang dipotong 2 cm (untuk 4 orang makan), 2 sudu makan minyak masak, 4 siung bawang putih yang dicincang kasar, 2 sudu sos tiram, serbuk perasa cendawan, 1 sude kecil garam, 1 sudu kecik gula, cili merah (dipotong), 100 ml air dan juga 1 sudu tepong maziena. Cara memasaknya dengan menanaskan monyak masak dalam kuali dan di tumis bawang putih sehingga harum. Kemudian di masukkan sawi hijau dan dikacau rata sehingga setengah layu. Seterusnya boleh dimasukkan sos toram dan dikacau sehingga rata dan dimasukkan bahan perisa, garam, gula dan cili potong. Apabila sudah masak di matikan api dan sedia untuk hidangan sawi tumis dinikmati bersama nasi putih dan lauk pauk lain. 


Bagi jenis Sayur sawi bunga atau nama lainnya sebagai 'Choy Sum Fa' dimana didakwa ia mengandungi bahan seperti antioksidan, mineral, vitamin A, B6 dan C yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan. Mungkin ramai yang pernah membeli dan makan jenis sawi bunga dimana bagi mereka yang masih lagi tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti sawi bunga pada penulis blog ia memang mudah saja. Kelainan pada sawi bunga adalah sawi yang matang akan ada pada bahagian pucuk daun dimana dilihat ia mempunyai bunga berwarna kuning. Apa pun selalunga jangan dibuang pula kerana dilaporkan memang ada khasiat pada bunga tersebut dimana sesuai juga semasa dimasak masukkan sekali ke dalam hidangan. Penulis blog suka juga akan sawi bunga ini yang dihidangkan dengan nasi putih iaitu menu sayur sawi bunga masak sos tiram (Sila lihat foto disebelah). Apa pun menyediakan menu ini mudah kerana bahan masakkan sayur ini senang dibeli dimana sahaja diman yang penting hasilnya adalah rasa sedap untuk dinikmati. Mula-mula di tumis dulu bawang putih yang dah dicincang halus dalam kuali yang ada minyak panas. Kemudian apabila bawang putih sudah hampir hendak garing maka dimasukkan sedikit air. Seterusnya adalah memasukkan sos tiram dan dikacau sehingga sebati. Dalam periuk lain dimasak air smpai mendidih dan kemudian dimasukkan sayur sawi bunga yang sudah dibasuh. Masukkan sedikit garam dan sedikit minyak (agar sawi berkilat) kedalam air yang sedang mendidih sedikit garam selama seminit sahaja dan matikan api. Angkat sawi dan di toskan sebelum dimasukkan kedalam mangkuk atau pinggan sesuai. Langkah terakhir adalah memnuang sos yang telah dii tumis tadi keatas sayuran sawi bunga yang telah di celur dan kemudian di tabur dengan bawang goreng. Hasilnya memang cukup enak dimakan dengan nasi putih.


Masakan Sayur Sawi Jepun
atau nama lainnya 'Pak Choy' adalah hidangan yang paling sering menjadi makanan sampingan kegemaran rakyat Malaysia. Penulis blog sering dapat menikmati hidangan ini di hotel-hotel berbintang semasa jamuan makan oleh pihak hotel atau di restoren Makanan Cina Halal yang popular (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana sawi jepun paling sesuai dijadikan hidangan sama untuk makan tengahari atau Makan Malam. Di luar sana jika hendak mengenali sawi jepun ini pada penulis blog paling udah kerana kelaianan warna dan bentuknya. Antara beberapa ciri asas sawi jepun adalah dimana daunnya tebal, melebar, berwarna hijau terang dan urat daun berwarna putih. Bentuk bahagian bawahnya pula bulat dan ia dilihat  berwarna putih. Selain masakan sup atau tumis dimana selalunya orang Cina akan memmasak hidangan Pak Choy Sos Tiram yang memang enak. Jika hendak memasak sendiri perlu disediakan 
3 batang sawi Jepun, 4 ulas bawang putih, sedikit minyak masak, 3 sudu besar air, 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar bancuhan tepung jagung dan perisa makanan. Cara memasaknya dimana sawi Jepun dibersihkan dan potong belah tengah. Sebaiknya dimana satu pokok sawi akan dapat dua sisi sawi. Kemudian ia di rebus selama 2 minit dalam air panas dan ditoskan serta sebaiknya terus disusun di atas pinggan hidangan yang sesuai. Dalam pada itu perlu dihiris halus bawang putih dimana kemudian digoreng bawang putih dengan minyak masak sehingga warna bawang menjadi keemasan. Bila masak bawang ini terus ditoskan dan letak tepi. Perlu ditinggalkan sedikit minyak bawang tadi dan boleh ditambahkan air dan sos tiram serta dikacau perlahan. Perlu diingat agar tidak perlu ditambah garam sebab sos tiram adalah cairan yang sudah cukup masin. Kemudian peru di dimasukkan cecair bancuhan tepung jagung kedalam kuali dan dikacau sehingga kuah menjadi tebal dan likat. Langlah akhir adalah menuangkan sos tiram ke atas susunan sawi rebus tadi dan ditaburkan kepingan bawang putih goreng. Kemaskan hidangan Sawi Jepun Masak Sos Tiram dimana ia sudah sedia untuk dihidang dan dimakan begitu sahaja atau dengan nasi putih dan lauk lain. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semua.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali imi. Wasallam!!!..
TANAM SAWI... MEMANG LUAS DI MALAYSIA...
DI TANAG GAMBUT... TANAH MINERAL JUGA...
DI TUAAI PUN CEPAT...CUMA 30 HARI SAHAJA...
MEMBACA ARTIKEL... BANYAK INFO DI TERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Syaaban 1445H).

Monday, February 19, 2024

UBI YACON - KENALI DIA

UBI YACON
(Smallanthus sonchifolius) yang juga ia dikenali sebagai 'Ubi ajaib' atau 'Ubi Yakon' atau 'Pokok Daun Insulin' mungkin ramai yang kurang mengenalinya. Di laporkan dimana ubi ini baru sahaja di perkenalkan di Malaysia dan di tnam secara komersial oleh petani yang mengetahuinya dan mamou mendapatkan benihnya. Lazimnya ciri pda ubinya yang mempunyai rasa manis dan rangup seperti sengkuang cina dimana ia menjadi kegemaran ramai kepada yang eminati makanan ubi yakon ini. Dalam banyak hal didakwa dimana ubi ini sering digunakan bagi pesakit kencing manis (diabetis) serta mereka yang bermasaalah dengan tekanan darah tinggi. Ubi ini dilaporkan juga sering diambil sebagai makanan untuk pelawas. Walau bagaimana pun apa yang penulis blog dengar dimana ada dakwaan dimana bagi wanita mengandung tidak disyorkan utk memakan ubinya kerana menganggu akan beberapa aspek kesihatan bayunya. Dilaporkan juga dimana bahagian daunnya sangat terkenal untuk diproses sebagai daun teh atau lebih opular sebagai 'Teh Insulin' mereka yang ada masaalah diabetes. Dalam beberapa tinjauan dilaporkan terkini dimana dengan adanya sosmed facebook, blog dan tiktok serta Instagram banyak maklumat yang tersebar dengan cepat kepada orng ramai. Begitu juga di k
alangan petani dimana cepat tersebar beberapa jenis tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan eksotik. Tanaman ini didakwa akan memukau beberapa petani yang kuat berimaginasi dengan pelbagai bentuk dan ukuran terutama mejana pendapatan walau pun belum ada kepastian. Penulis blog mendapati dimana salah satu tanaman ini, yang dengan cepat mendapat populariti di Malaysia termasuk Tanaman Ubi Yakon. Ketika berhadapan dengan tanaman dibawah kategori 'sayur' ini di beberapa lokasi dilaporkan ia menarikperhatian jiran yang ingin melihatnya. Ramai yang masih bertanya termasuk soalan apakah keistimewaannya kepada kesihatan, dimana hendak mendapatkan benihnya, bagaimana amalan agronomi untuk menguruskan tanaman, bera[a lama di tuai, berapa harga jualan, apakah ia boleh diproses atau tidak dan banyak lagi persoalan. Bagaimana pun belum ada pakej amalan teknologi rasmi yang di keluarkan oleh Jabatan Pertanian atau mana-mana pihak penyelidikan di Malaysia mengenai teknologi dan nilai ekonomi tanaman baru ini. Lebih baik berhati-hati jika ada petani yang hendak menanam secara meluas kerana tidak mahu berulang macam tanaman pernah viral di Malaysia seperti Tanaman Asparagus, Tanaman Hiah Noni, Tanaman Sentang, Tanaman Halia Bara, Tanaman Guarana dan beberapa lagi. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai tanaman Ubi Yucon untuk dijadikan bahan rujukan semua.
Pertama sekali perlu di jelaskan a
pakah dia sayur yacon atau dikalangan ramai ada yang memanggilnya sebagai 'Epal Bumi' merupakan sejenis tanaman dalam keluarga Astrov yang agak berdmaan dengan 'Tanaman Artichoke Yerusalem' dan juga bunga matahari. Membaca tanaman  Jerusalem Artichoke (Helianthus tuberosus) adalah merupakan sejenis tumbuhan yang juga dipanggil sebagai sunroot, sunchoke, topinambur, wild sunflower atau earth apple adalah spesies bunga matahari berasal dari tengah benua Amerika Utara dalam tulisan saya dengan pautan berikut (Sila Klik Disini).  Artichoke ini ia dilaporkan ada ditanam secara meluas di seluruh zon iklim sederhana untuk tujuan bagi mendapatkan umbinya yang digunakan sebagai sayur. DIlaporkan tanaman  Yacon berasal dari dataran tinggi Amerika Latin di mana ia ditanam pada zaman kuno oleh kaum suku Inca kerana ciri dan sifatnya yang luar biasa. Nama 'yakon' dalam terjemahan dari salah satu dialek India bermaksud 'air tawar. Apa pun dimana dengan tepat ubi ini digambarkan ciri utama sayur ini seperti ciri rasa enaknya dimana kandungan ubi yukon juga dilapor ia mengandungi 70% air. Komuniti ini dilaporkan memang sering  digunakan oleh pengguna dan kini dikalangan pelancong asing disana sebagai sumber cecair. Sejarah menyatakan dimana di Mexico semasa kedatangan penakluk Sepanyol dimana dilaporkan berlaku aktiviti penanaman yacon secara besar-besaran tetapi kemudian keluasannya mulai menurun. Bagaimana pada masa ini dilaporkan akibat penyebaran akan khasiat tanaman ini maka ia manjadi virak semula diseluruh dunia. Penulis blog membaca laporan dimana di Banjaran Andes yang mempunyai keadaan cuaca tetap hangat selama 6 - 7 bulan setahun dimana tumbuhan yacon mampu untuk mencapai ketinggian 2.0 - 2.5 meter. Di kawasan yang beriklim dingin pula seperti di Rusia proses pertumbuhannya lebih padat dan ketinggiannya tidak melebihi 1.5 meter. Secara luaran dilihat walau pun tanaman ini lebih menonjol di antara tanaman lain dengan helaian daun hijau gelap yang besar dengan pinggir berbentuk asimetris. Dilihat pada petioles daun yacon berwarna puber. Batang tanaman dilihat ia berwarna hijau dengan ada ciri-ciri warna ungu di bahagian atasnya. Ciri pada akar yacon dimana ia terbentuk oleh rizom yang akan mengeluarkan tunas dan mampu menjadi benih tanaman sama dengan benih dari umbisinya. Menyentuh mengenai rasa yukon dimana ia menyamai juga seperti tanaman sayur-sayuran yang menggabungkan aroma segar seakan buah tembikai dengan tekstur tembikai dan kentang (potato) tetapi khasiatnya amat hebat.


Tanaman kontan ini dilaporkan sesuai ditanam dikawasan tropika dan subtropika dengan baik. Yakon w
alaupun berasal dari iklim tropika dimana tumbuhan ini akan  berakar dengan baik di negara-negara dengan iklim sederhana juga termasik boleh ditanam di negara Rusia dan Ukraine secara komersil. Walau bagaimanapun apa yang berlaku di negara iklim sederhana iaitu cir hasil umbi tanaman kurang kuat dimana kualitinya dilaporkan umbi dari negara ini dengan iklim yang sejuk mempunyai kandungan insulin yang sangat rendah dan juga kandungan bahan polisakarida lain di dalamnya ditukar menjadi bahan fruktan yang kurang berguna. Kajian saintid mmendapati dimana jika yakon ditanam di negara dengan kawasan di utara garislintang 55 ° N.  Sebenarnya tanaman yakon ini tidak bertolak ansur dengan amat sejuk kerana keseluruhan tumbuhan akan rosak sebeb membeku. Tetapi umbinya dalam tanah masih tidak rosak dar mencegah kematiannya drpada kesejukan frost akan tetapi perhatian khusus harus diberikan untuk melindungi tanah daripada ancaman pembekuan. Dilaporkan dimana tanaman yacon ini memang ia tidak memilih kualiti tanah walau pun lazimnya ia sesuai tumbuh pada jenis tanah yang yang ringan, subur dan banyak mineral serta bahan organik. Jarak tanaman yang sesuai untuk takon adalah 60x60cm dengan jarak diantara barisan tanaman komersil sekurang-kurangnya 75 cm. Guna benih yang berkualiti untuk menanamnya dimana paling kerap petani akan menggunakan umbinya. Sediakan lubang penanaman sedalam 10 - 15 cm. Benih yang sudah bertunas atau berdaun sesuai ditanam dimana kemudian perli disiram sehingga tumbuh. Sebagai petua dalam amalan agronomi untuk menanam takon secara komersial perlu elakkan menanam diplot sama atau plot berhampiran atau tanaman berulang diplot sana tanaman daripada keluarga Solanaceae. Ia perlu di selaraskan dimana selepas dua (2) tahun tanah yang sudah ditanam dengan Solanaceae seperti kentang. Tomato atau Terung atau Cili baru boleh ditanaman dengab Yakon. Tanaman Solanaceae dilaporkan akan mengeluarkan khas kedalam tanah yang menjadi 'toksik' kepada tanaman yakon kemudian.


Penjagaan tanaman serta amalan agronomi tanaman yakon sebenarhya agak mudah dilakukan. Antara amalan agronomi termasuk aktiviti menyulam, menyiram, menggemburkan tanah, memberi sungkupan, membaja dan kawalan perosak serta penyakit. Paling penting adalah aktiviti 
penyiraman yang banyak kerana daunnya yang lebar dengan cepat menruapkan cecair. Walau bagaimanapun siraman hanya diberi mengikut keperluan dan elakkan pokok lemas akibat terlalu banyak air. Kelembapan tanah yang berlebihan menghalang pertumbuhan tanaman yakon dan boleh menyebabkan ancaman sejsnia bakteria seperti Bakteriosis mukosa. Didakwa jika kesuburan tanah dimana ia terlalu kering pun sebenarnya tidak mendatangkan bahaya kepada tanaman (terutama pada umbisinya dalam tanah). Oleh kerana yacon mempunyai sistem akar yang kuat dilaporkan tanaman ini mampu menahan kekeringan jangka pendek walau pun sebaiknya kesan kekurangan kelembapan amat nyata ia mempengaruhi hasil tanaman. Disyorkan sesuai di berikan sungkupan terhadap tanaman ubi yakon secara komersil. Sungkuan ini akan berikan keselesaan pokok yakon untuk tumbuh subur. Perlu awas bahan daun-daun dari tumbuh-tumbuhan lain atau yakon yang dijangkiti panyakit atau sebagainya tidak dibolehkan  dijadiah baha sungkupan kerana patogen didalamnya boleh menjangkiti yacon. Baja Kalium (K) sangat baik tindakbalasnya dengan yakon dimana baja 'High K' sesuai diberknan mengikut jadual. Kelebihan yakon adalah dimana tanaman ini tidak perlukan aktiviti kawalan rumpai kerana akrnyta menghalang pertumbuhan rumpai. Walaupun didakwa tanaman yacon mempunyai ketahanan yang cukup tinggi terhadap perosak namun ia masih rentan terhadap serangan oleh beberapa  perosak seperti Serangga hama, labah-labah dan whitefly serta perosak cacing. Ia perlu dikawal dengan semburan tepat pada masanya dengan racun serangga dan pembasmian kuman di rumah hijau akan membantu mengatasi serangan serangga parasit. Penuian dengan cara menggali secara sangat berhati-hati sebelum untuk tidak merosakkan struktur umbisinya yang rapuh dan mudah rosak. Setelah dikeluarkan dari tanah maka hasil umbi yacon dipisahkan dengan hati-hati dari rizom dan batangnya dipotong dengan cara meninggalkan 2 - 3 cm kehijauan atas umbi. Anggaran hasil adalah sekitar 2.5 - 3.0 kg direkodkan dikawasan kebun beriklim sederhana. Secara umumnya dimana antara perbezaan penting antara tanaman yacon dan sayur-sayuran lain adalah dimana ubi-ubinya tidak mempunyai rasa pada semasa ia dituai. Ini disebabkan dimana semasa proses pertumbuhan bahan fruktan dalam keadaan belum tersedia untuk berubah menjadi fruktosa iaitu agen yang yang memberi rasa manis. 


Cara bagi jadikan umbisi yacon berikan rasa manis dan lembut dimana ia perlu dijemur di bawah sinaran matahari atau di dalam bilik yang hangat selama 5 - 12 hari. Buah yang masak apabila dilihat kulitnya berkedut sedikit. Apa pun agar ubi y
acon mempunyai kualiti penyimpanan yang baik apabila ia disimpan di dalam bekas di ruangan yang hangat dengan kadar kelembapan tinggi seperti bilik bawah tanah atau dalam garaj. Jika dibuat keadaan yang baik maka jangka hayat umbi yakon iniboleh tahan antara adalah 8 - 10 bulan. Menarik dimana di Malaysia salah satu makanan atau sayuran unik yang boleh pelancong atau pengunjung jumpa di Cameron Highlands ialah Ubi Yacon. Penulis blog dapati masih tidak pasti sejak bila ia mula popular ditanam atau ada dijual di kawasan tanah tinggi Cameron Highland (Semasa pernah menjadi Pengarah Pertanian Pahang memang tanaman ini belum popular lagi). Di gerai penjaja di tepi jalan dimana anggaran harga runcit ubi yakon sekitar RM6.00 - RM10.00 sekilogram. Dalam beberapa laporan bagaimana pun Ubi Yakon ini yang dikatakan berasal dari Colombia, Ecuador, dan Peru tetapi kini dilaporkan ia sudah popular ditanam di Jepun, Korea dan China pula. Dalam tinjauan di luar negara yang penulis blog lihat dimana pokok Yacon pokoknya seakan menyerupai pokok bunga matahari dimana apabila ia mengeluarkan bunga. Terdapat beberapa jenis atau varieti ubi Yacon berdasarkan bentuk ubi dan warna dimana di negara kita ia mampu mencapai sehingga 5-8 kaki bergantung pada jenis varieti dan akan mengambil masa 6 - 7 bulan sebelum dituai. Penjaja di Cameroon Highland dakwa ubi yakon yang dijual ada ditanam lokal dan bukan diimport dari China. Apa pun apa yang menarik tentang ubi Yacon ini ialah ia tidak seperti jenis ubi-ubi yang lain seperti ubi keledek, ubi kayu atau ubi kentang yang perlu dimasak terlebih dahulu. Ubi Yacon boleh dimakan terus setelah dikupas kulit luarnya. Isinya sangat berjus dan manis seakan makan buah lai atau buah pear. Dilaporkan diantara kelebihan ubi ini ialah ia mempunyai kalori yang rendah dan sangat sesuai pada mereka yang mengamalkan diet. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. WasallaM!!!..
UBI YAKON... TANAMAN APA BENDANYA....
BERKHASIAT... DIABETIS SESUAI GUNA...
DI CAMEROON HIGHLAND... DIJUAL ADA...
BACA ARTIKEL... DAPAT INFO BERGUNA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Syaaban 1445H).

Sunday, February 18, 2024

CARA KAWAL BURUNG GAGAK (Part 4)

BURUNG GAGAK (Corvus splendens) atau 'Crow' adalah sejenis burung yang besar daripada genus Corvus dalam order Passeriformes dimana ia dikenali sebagai burung yang orang benci. Bandar Kelang di Selangor pernah digelar 'Bandar Gagak Yang Kotor' sejak lama dulu kerana banyaknya burung gagak berterbangan bebas dibandar tersebut. Gagak hidup dibanyak kawasan diseluruh dunia terutama dikawasan pelabuh-pelabuhan yang banyak sumber makanan gagak. Populasi gagak yang banyak jenis melebihi 27 spesis ini mampu membiak dengan cepat jika tidak dikawal dan terdapat sumber makanan yang lumayan. Gagak yang mempunyai bulu berwarna hitam ini mampu terbang dan memakan bangkai haiwan dan juga kekotoran sampah sarap yang terbuang. Gagak jantan biasanya lebih besar dari gagak betina. Gagak menghasilkan bunyi yang kuat terutama apabila berkumpulan dan menemui makanan untuk direbut. Sebahagian besar gagak adalah berwarna hitam dengan gloss jernih. Kenapa gagak dengan warna hitam? Apakah Tuhan menciptakan sesuatu dengan sia-sia?. Warna hitam pada bulu burung gagak ini bertujuan untuk perlindungan sehingga ia mampu menghilangkan diri dalam kegelapan malam dari musuh-musuhnya seperti burung hantu dan burung helang. Burung hantu adalah aktif di malam hari dan predator lainnya. Gagak memakan hasil pertanian tanaman makanan, buah-buahan, cacing, serangga, siput, telur burung lain, ikan, bangkai binatang yang dibunuhnya di jalanan dan menyimpannya sebagai makanan dan kemudian menyembunyikannya dibawah daun. Ia menyimpan makananya agar tidak diketahui musuh-musuhnya. Gagak merupakan haiwan yang tidak lupa untuk menjaga keselamatan dan kecukupan makanan terhadap anggota keluarganya. Gagak juga tidak membiarkan pelanggaran wilayah kekuasaannya kepada musuh atau mereka yang mendekati sarangnya. Artikel kali ini saya akan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknik bagaimana cara mengawal kehadiran burung gagak yang selalu berikan ancaman kepada manusia untuk ia dijadikan bahan rujukkan semua.


Salah satu kaedah sesuai memerangkap gagak adalah dengan memasang RACIK (line trap) yang selalu digunakan untuk menangkap ayam hutan atau burung lain oleh pemburu buru unggas. Kini amat mudah untuk membeli racik secara on-line di Lazada dengan harga RM36.00 sahaja satu set yang mempunyai 15 mata (Sila lihat foto disebelah). Burung gagak mudah berkumpul jika ada makanan di atas tanah dimana mereka berkumpul. Makanan seperti buah-buahan diletakkan sebagai umpan dimana sebelum itu dipasang jerat racik yang terbuka di sekelilingnya. Burung gagak ini akan datang makan dan secara tidak langsung akan terpijak racik seterusnya kakinya akan terjerat dan tidak dapat melepaskan diri. Teknik ini apa yang penulis blog lihat amat berkesan untuk mengawal burung gagak di kawasan kebun tanaman sayuan timun, peria dan sebagainya secara fertigasi di Johor. Burung gagak akan datang menghampiri polibeg tanaman fertigasi dan mencabut anakbenik yang baru tumbuh dan juga datang memakan hasil tanaman. Cara lain yang agak sesuai digunakan adalah dengan memasang PAKU BURUNG (bird spike) di lokasi sesuai dimana gagak suka bertenggek (tempat lepak gagak). Tempat paling lazim gagak bertenggek di bumbung bangunag atau pondok di kebun, pagar keliling rumah atau kebun, dahan kering, dahan pokok dan sebagainya. Agak mudah untuk membeli paku burung ini secara on-line sama ada di Lazada atau Shopee dari material steel atau plastic. Model bird spike steel berukuran 33 cm panjang dijual dengan harga RM1.80 seunit (ada 40% diskaun) sementara buatan dari plastik cuma RM0.76 sen sahaja. Gagak yang terpijak dengan paku burung ini akan merasa kesakitan dan tidak akan datang lagi hinggap di tempat tersebut. Walau pun memasang racik dan juga memasang paku burung di Malaysia kerana kurang tahu dan sangsi akan kesesuaiannya.


Penulis blog pernah syorkan juga kepada beberapa petani dengan cara menyapu GETAH BURUNG (Bird Gum) yang dibuat dari susu getah dan bahan lain. Produk ini ada juga di jual secara online dengan harga cuma RM13.00 satu botol. Walau pun pelekat gam ini selalu digunakan kepada kaedah untuk menangkap burung berukuran kecil seperti burung pipit, kelicap dan seumpamanya (Sila lihat foto disebelah). Apa pun dilaporkan dimana getah ini juga boleh di guna bagi mengawal gagak. Sapukan atau letakkan getah ini pada dahan atau kayu dimana burung gagak suka bertenggek. Getah ini di balutkan pada dahan dengan merata dan tidak terdedah cahaya matahari (ia mudah cair). Apabila gagak hinggap di dahan maka kakinya akan terkena gam yang melekat dan juga jika gagak cuba terbang maka bulu kepak dan badannya yang terkena gam akan menyukarnya bergerak, berjalan atau terbang. Lama kelamaan tempat tenggek gagak aakan ditinggalkan. Cara seterusnya yang penulis blog fikirkan adalah dengan menyapukan PRODUK GEL pada dahan pokok atau kayu tempat gagak bertenggek. Di Lazada ada iklan penjualan produk Pest Control Bird-X Bird Repellent Gel 10 oz dengan harga RM120.00 satu unit (RM95 selepas di diskaun 20%). Gel burung adalah produk melekit yang tidak beracun yang tidak mengubah penampilan dahan yang disapu dengan gel ini. Gel melekit ini akan membuat permukaan menjadi amat tidak selesa  untuk kaki gagak bertenggek. Akibatnya burung gagak ini akan beredar dan mencari tempat lain untuk bertenggek atau bersarang. Mungkin semua berfikir berapa banyak kos, kecekapan dan masa diperlukan untuk menggunakan dua jenis kaedah kawalan diatas. Teknik ini mungkin sesuai jika jumlah gagak masih mampu di kawal dengan kaedah ini.


Dalam pada itu cara lain bagi mengawal gagak adalah dengan Mengurangkan CAHAYA TERANG di malam hari di kawasan rumah. Ini kerana burung gagak cenderung berkumpul di pokok atau tempat yang terang pada malam hari. Kaedah dengan mengurangkan lampu atau cahaya kurang terang di lokasi luar menjadikan ia kurang menarik gagak berkumpul, bersarang dan tidur malam. Cara paling mudah adalah dengan CARA MENGHALAU semasa gagak datang kekawasan kediaman kerana burung gagak adalah spesis bermigrasi. Lazimnya gagak sebagai burung migrasi dimana ia biasanya mencari tempat bertenggek semasa cuaca mulai sejuk di kawasan lain. Kaedah menghalang, menghalau dan menganggu gagak ini agar tidak lepak di kawasan baru akan menjadikan ia cepat beredar kelokasi lain. Sebaiknya masa terbaik menghalau adalah pada waktu senja atau maghrib iaitu menakut-nakutkan gagak yang berkumpul. Kalau berjaya mengusirnya sebelum gelap makan ia akan mencari tempat lain untuk bermalam. Boleh lastik dan kacau gagak yang berkumpul dan cara lain yang sesuai. Teknik lain yang penulis blog pernah beritahu petani dmasa lalu adalah dengan cara menggunakan atau meletakkan HAIWAN PALSU untuk ianya dapat menakutkan gagak. Burung gagak palsu plastik ini ada mengeluarkan bunyi dimana di Lazada dijual dengan harga RM18.20 seekor (setelah 50% diskaun). Burung palsu ini boleh di gantung dilokasi gagak berkumpul dengan terbalik dan juga  dengan sayap terbentang. Kawanan gagak akan menghindari gagak mainan yang terlihat seperti burung mati itu. Selain itu cuba letakkan burung hantu palsu atau ular plastik mainan walau pun lazimnya kaedah ini hanya efektif untuk sementara waktu. Gagak akan cepat mempelajari pola pergerakan tubuh haiwan palsu ini dan kemudian ia menyedari bahwa haiwan itu palsu dan tidak takut.


Kalau di USA mereka menggunakan laser hijau di ladang bagi menghalau gagak mungkin di Malaysia cara menembak cahaya lazer kearah gagak mampu menghalaunya. Penulis blog pernah melihat dimana ada penduduk taman yang memancarka c
ahaya yang dipancarkan laser ini boleh mengusir gagak dari tempat bertenggeknya untuk beberapa saat kemudian. Bagaimana pun kelompok gagak ini kemudian dilihat kembali lagi untuk bertenggek. Bagaimana pun jika aktiviti menggunakan laser ini dibuat secara berterusan maka gagak akhirnya akan meninggalkan tempat tersebut. Alat laser hijau ini ada di jual di Lazada dengan harga RM41.00 model Green Lazer Light Torch Strong High Military Pointer 532 Nm 5Mw (Sila lihat foto disebelah) atau jenis murah RM2.00 di pasar malam atau DIY. Teknik memasang objek yang boleh membiaskan cahaya seperti CERMIN MUKA  atau CD dilihat boleh menghalau kawanan burung gagak. Gantung cermin muka atau CD lama di sekitar rumah atau kawasan dimana ada kawanan gagak bertenggek dimana apabila siang hari dan sinar matahari mengenai permukaan kilat dan angin menggoyangkan objek maka sinaran tersebut akan menganggu gagak dan ia akan takut. Teknik ini pernah penulis blog gunakan untuk mengawal kehadiran monyet yang menganggu penternaj kelulut di Maran, Pahang pada tahun 2016 dahulu dengan artikel boleh dibaca dengan pautan berikut (Sila Klik DIsini). Disyorkan agar objek berkilat ini selaku dipindah-pindahkan kelokasi lain secara berkala agar gagak tidak belajar mengatasi ketakutannya. Selain cermin muka boleh guna bekas pai terpakai, pita berkilat dan juga bahan sesuai yang mampu memantulkan cahaya.


Penulis blog juga syorkan untuk penghuni menggunakan BUNYI KUAT atau BUNYI TIRUAN untuk 
menakut-nakuti kumpulan burung gagak yang bertenggek. Gagak dilaporkan memang ia membenci suara keras seperti ledakan, bunyi yang kuat dan nyaring dan juga bunyi alarm. Walau pun ia sangat berkesan pada peringkat awal tetapi kemudian agak kurang tidak praktikal disebabkan ia kurang takt dan bunyi ini juga menganggu masyarakat di keliling juga. Cara lain dengan merakam bunyi tiruan burung pemangsa dalam kaset dan di ulang main atau membuat rakaman bagaimana bunyi tiruan gagak yang mengalami stess (bunyi gagak lihat kawannya mati) atau bunyi ribut sedang berlaku dimana ia akan menghalau gagak. Bunyi-bunyi ini boleh didapatkan daripada pakar dan peminat burung. Paling efektif menghalau gagak adalah dengan MEMBAKAR MERCUN seperti bagaimana mercun dibakar pada perayaan Tahun Baru Cina. Bagaimana pun kini di Malaysia memang sukar mendapatkan mercun ini tetapi boleh berusaha membelinya untuk tujuan menghalau gagak. Gagak akan bertempiaran lari terutama ketika waktu senja dia berkumpul di lokasi biasa dan mercun dibakar. Jika di lakukan beberapa kali pembakaran mercun maka gagak ini pastinya akan berpindah. Paling tidak pun boleg rakam bunyi mercun dan di mainkan rakaman pada waktu sesuai. Pernah juga di syorkan menggunakan TROMPET GAS KUAT dimana ada dijual on-line di Lazada berharga RM12.00 satu set untuk model Loud Hand Held HornFor Football Sport Event. Bunyi ini pastinya akan mengejutkan gagak dan lari berpindah kelokasi lain tetapi ia menganggu penduduk yang ada disekitarnya. Ia boleh dilakukan secara komuniti juga. Sebenarnya pada penulis blog ada banyak cara yang sesuai dilakukan bagi menghalau gagak dimana sebaiknya cara pelbagai ini dilakukan silih bergganti.  Ini kerana jika cara sama di buat gagak mudah tahu dan tidak respon lagi. Semua kaedah kawalan selain Menembak Mati gagak mungkin keberkesanannya kurang efektif tetapi usaha ini mampu juga setidak-tidaknya 'menghalau' burung gagak. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG GAGAK... BANYAK ANCAMAN....
BERWARNA HITAM...IA BERTERBANGAN...
BANYAK CARA ADA...KAEDAH KAWALAN....
KETIADAAN GAGAK... TERASA NYAMAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Syaaban 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...