Support My Blog

Thursday, March 25, 2021

PISANG REBUS - KEHEBATANNYA

MAKANAN PISANG REBUS
(Boiled banana) pada saya merupakan sejenis makanan 'ala-kampong' semakin viral berasaskan pisang masak direbus untuk dihidangkan sebagai makanan yang enak di kampong. Makanan ini agaknya boleh dipopularkan lagi dengan beberapa pendekatan melalui sosmed. Pisang (Musa spp) mempunyai banyak spesis dan jenis daripada yang dimakan segar, dibuat kuih mueh atau yang khusus untuk digoreng atau di buat kerepek pisang. Kini tidak ramai kalangan masyarakat bandar dan anak-anak generasi milenial mengenali hidangan makanan pisang rebus. Pisang yang sesuai untuk dimakan sebagai 'pisang rebus' adalah daripada varieti seperti Pisang Abu (paling top), Pisang Nangka, Pisang Nipah, Pisang Lang serta Pisang Benggala yang lazimnya mempunyai kulit yang tebal dan isi yang manis. Caranya dengan memilih pisang yang hampir masak dan leraikan daripada sisirnya. Sediakan air rebusan dengan mengisi air dan sedikit garam. Saya bagaimana pun lebih suka kalau kita kukus (steam) pisang dalam alat pengukus. Kaedah mengukus pisang ini dapat mengekalkan rasa asal pisang yang direbus. Jangka masa untuk merebus atau pun mengukus pisang tidak perlu lama sekitar 15 - 20 minit sahaja. Jika direbus terlalu lama akan menyebabkan kulit dan isi pisang menjadi kecut. Apabila pisang yang direbus atau dikukus ini telah masak maka angkat dan toskan airnya. Apabila sudah agak sejuk kita boleh ambil dan kupas kulitnya untuk dimakan (Sila lihat foto diatas). Apabila kulit dibuang kita boleh potong isi pisang rebus yang berwarna kekuningan terus untuk dimakan atau dimakan bersama kelapa parut bagi menambahkan perisa sedapnya. Ada juga yang suka makan pisang rebun dengan mencecah kepada gula pasir atau juga susu pekat manis. Bagaimana pun pisang rebus yang dibawa sebagai bekalan untuk kekebun, ke sawah atau ke laut sesuai dimakan begitu sahaja kerana tetap sedap dimakan apabila perut sudah lapar kerana penat bekerja. Pada saya pisang lang yang direbus dan pisang nipah memang paling disukai. Ini kerana pisang lang mempunyai rasa manis dan aroma yang cukup menyelerakan. Sementara itu pisang rebus atau pisang kukus ini tahan beberapa hari jika disimpan dengan baik dan tidak basi. Selain ia mengenyangkan, makan pisang rebus amat memberikan tenaga banyak untuk terus bekerja. Bagaimana pun makan pisang rebus ini bukan dilakukan setiap hari kerana jemu juga. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan khasiat pisang rebus yang kini boleh dikatakan sebagai salah satu makanan unik zaman dulu dan exotic masa kini. 

Memang m
eski dianggap sebagai makanan sederhana sebenarnya pisang rebus adalah sangat nikmat jika dimakan semasa pagi atau petang hari sambil minum kopi. Memang bagi sesetengah orang mungkin agak 'rasa malu' untuk makan pisang rebus kerana dianggap makanan kampungan. apa pun sebenarnya selain dari ianya enak disantap, pisang rebus juga diyakini mempunyai banyak manfaat bagi kesihatan dengan kehebatannya tersendiri. telah diketahui dimana buah pisang memang kaya serat, Vitamin B6, Vitamin C dan zat ineral seperti kalium yang dapat menangani pembentukkan radikal bebas. Selain ia selalu dikaitan dengan makanan yang sihat, pisang juga enak dan mudah di makan, murah serta boleh dijadikan pelbagai kulineri lain yang dimakan dari kanak-kankak sehingga orang-orang tua. Lihat sahaja bayi yang diberikan dengan 'pisang lenyek' dengan susu sebagai makanan yang mereka suka. Kalangan orang-orang tua pula yang sudah tiada gigi pun sesuai makan buah pisang kerana terus telan sahaja atau dikemam dahulu. Pengolahan buah pisang juga beraneka ragam bermula dari dibuat kerepik, digoreng atau direbus atau kini sudah ramai yang suka minum jus pisang. Semua makanan yang mana ia berasaskan pisang mudah disediakan. Salah satu makanan asas pisang yang saya peling suka adalah pisang rebus. Ada beberapa kajian yang mendapati makanan pisang rebus atau lebih khusus juga pisang kukus didalam menu makanan sihat oleh orang-orang kaya. Memang  kehebatan khasiat pisang rebus akan diperincikan dalam bab berikutnya.

Memang ada banyak sekali manfaat bagi kesihatan memakan pisang rebus yang baik bagi tubuh. 
Kalau hendak dibandingkan dengan pisang goreng kemunkinan besar  pisang yang direbus memiliki manfaat yang jauh lebih baik sehingga selamat dan berkhasiat diambil terutama unruk sarapan waktu pagi. Sudah pasti yang paling utama adalah makan pisang rebus memang mengenyangkan dan tidak akan sakit perut. Amalan makan pisang rebus secara rutin didalam menu makanan keluarga dilaporkan banyak memberikan kebaikan. Pertama adalah dimana pisang rebus mampu melancarkan peredaran darah. Ini kerana terdapat kandungan zat Kalium (K) yang terdapat pada pisang rebus yang membantu melancarkan aliran darah yang tersumbat. Jika pengaliran darah tersumbat maka ia boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti stroke. Agar peredaran darah pembaca sentiasa baik, lancar dan stabil maka disyorkan memakan pisang rebus.  Ia juga didakwa akan menjaga kesihatan mata kerana kandungan Vitamin A dalam pisang rebusl terkenal mampu mengatasi permasalahan mata sama seperti mengambil lobak merah. Namun ternyata tak hanya wortel saja, pisang rebus juga kaya akan Vitamin A sehingga baik bagi kesehatan mata. Amalan ini dilaporkan akan dapat menjaga dari penyakit mata dan kerosakan mata akibat usia yang sudah lanjut. Terbukti dimanamakan pisang rebus akan melancarkan pencernaan. Ini kerana kandungan serat dalam pisang rebus khususnya jenis Pisang Nipan (atau dikenali sebagai Pisang Kapok/Kepok). Pisang Nipah ini memang sangat efektif membantu aktiviti untuk sistem pencernaan. Ini kerana secara saintifik terbukti dimana kandungan karbohidrat didalamnya dapat mempertahankan gerakan pada usus yang teratur. Selain itu pisang nipah rebus juga dapat mencegah terjadinya kes sembelit dan cirit birit akibat kandungan bahan Pectin didalamnya. Pektin dapat menyerap air dengan baik sehingga berkesan untuk melancarkan sistem pencernaan dan buang air besar. Kandungan bahan Antasida di dalamnya juga berperanan sangat baik dalam mengatasi masalah gastrik. 

Memakan pisang rebun juda dilaporkan akan mengawal t
ekanan gula darah. Ini kerana kandungan Kalium dalam pisang kapok rebus memang cukup tinggi walau pun kandungan sodiumnya rendah. Kombinasi ini menjadikan pisang kapok sangat baik untuk menormalkan tekanan darah. Ini akan menjadikan risiko untuk masaalah hipertensi lebih mudah dihindari. Selain itu dimana kandungan gula pada pisang kapok rebus cukup rendah dimana ia juga sangat baik untuk penderita diabetes. Apabila pisang rebus ini dimakan waktu sarapan pagi maka kandungan karbohidratnya mampu membuatkan perut menjadi kenyang lebih lama jika hendak dibandingkan dengan nasi lemak yang tinggi gula. Siapa sangka apabila makan pisang rebus ini dapat membantu mengatasi stres. Bahan seperti Pektin dan Kalium dalam pisang rebus sangat tinggidimana pakar nutrisi mendapati kandungan tersebut mampu menghilangkan stres. Selain itu kalium juga sangat baik untuk membantu proses pengeluaran sel darah putih. Ini menjadikan pengguna sihat dan adalah baik untuk menjaga tahap imuniti serta metabolisme tubuh. Kehebatannya juga termasuk faedahnya yang baik untuk kesehatan tulang. Ini kerana buah pisang juga mengandung prebiotik bernama fructooligosaccharide yang baik bagi kesihatan. Prebiotik inilah yang membantu tulang untuk menyerap kalsium dengan lebih cepat. Seterusnga didakwa dimana pisang rebus akan membantu mencegah dan mengatasi pembengkakan kaki. Bagi ibu hamil aktiviti rutin makan pisang rebus mencegah dan mengatasi pembengkakan kaki. Pembengkakan kaki selalunya akan berlaku sebab tubuh kekurangan potasium.  Siapa sangka makan ;isang rebun akan mencegah anemia kerana selain dari melancarkan pencernaan didakwa dimana jenis pisang kapok ini juga mampu mencegah terjadinya anemia terutama pada ibu hamil. Ibu hamil yang rentan dan mengalami masaalah anemia disebabkan ia memerlukan lebih banyak darah untuk proses pembentukan organ-organ janin. Pisang kapok rebus mengandung banyak zat besi yang mana ia diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin dan mencegah anemia.

Kehebatan pisang rebus seterusnya adalah didakwa ia b
aik untuk kesihatan buah pinggang atau ginjal. Bahan mineral Kalium (K) dalam pisang rebus baik untuk kesihatan ginjal malahan didakwa mampu elakkan kejadian batu karang dalam buah pinggang. Ini kerana adanya bahan dikenali sebagai Asid Fenolik sebagai antioksidan yang dapat membantu menjaga fungsi dan aktiviti pada buah pinggang. Seterusnya pisang rebus mampu mencerahkan dan menghaluskan kulit. memang penggunaan buah pisang didalam rawatan kulit (terutama kulit muka) sudah lama diketahui dan diamalkan untuk kecantikan. Buah Pisang telah lama dibuat 'masker wajah' kerana kandungan vitamin dan mineral pada pisang mampu membantu menyihatkan sel-sel dan jaringan kulit pada wajah. Vitamin pada pisang rebus juga akan dapat memberikan nutrisi pada sel dan mengganti sel-sel kulit yang telah rosak. Meemakan pisang rebus secara teratur akan membantu mengecilkan pori-pori wajah sehingga kulit wajah akan dilihat lebih cerah, tegang dan lebih halus. Aktiviti makan pisang rebus terutama pisang kapok ini didakwa dapat untuk menurunkan Berat Badan. Pisang dengan mempunyai nilai nutrisi cukup tinggi iaitu vitamin B6 akan membantu sistem metabolisme atau sistem pencernaan dalam tubuh. Kadar lemaknya cukup rendah menjadikan makanan ala kampung ini sangat sesuai sebagai makanan diet diet. Kepada semua pembaca yang belum pernah makan atau ujirasa pisang rebus selepas membaca artikel ini kena mencuba dahulu. Kalau dimakan dengan tujuan untuk kesihatan pastinya memberikan 'rasa lazat tersendiri' kepada pemakannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
PSIANG REBUS... MUDAH DI SEDIA... 
PISANG NIPAH... PALING ENAKNYA...
BANYAK KHASIAT... SUDAH CERITA...
APA LAGI... ANDA KENA MENCUBA!...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang-Air Keroh,
Bukit Beruang, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(10 Syaaban 1442H).

Wednesday, March 24, 2021

KACANG BULU - KINI POPULAR

KACANG BULU
atau KACANG SOYA HIJAU atau dikenali sebagai EDAMAME (Glycine max C) merupakan sejenis tanaman baru yang telah di perkenalkan di Malaysia semanjak tahun 1980'an dan tahun 1990'an lagi. Kacang Bulu ini adalah tumbuhan dari keluarga Fabaceae (Dulu Leguminoceae) dan ia merupakan sejenis tanaman kekacang ditanam secara meluas di negara Jepun dan China. Ramai peduduk di negara tersebut menggunakan kacang ini sebagai bahan makanan ringan yang sangat digemari. Kacang ini mengandungi protin yang tinggi (12%) dimana ianya didapati mengandungi Asid amino yang baik untuk kesihatan. Kandungan serabut (15.6%) dalam kacang ini bagus untuk kesihatan badan manusia. Pada penulis blog yang beberapa kali membuat tinjauan teknologi tanaman kacang bulu di Terenggani dan Perak mendapati dimana pokok kacang bulu ini adalah sejenis pokok renek yang rimbun dengan ketingggian antara 20-180 cm. Akarnya mempunyai akar tunjang sepanjang 150 cm tetapi kebanyakkanya berada antara 30-60 cm dari aras tanah mempunyai nodul kecil. Daunnya berbentuk trifoliate serta mempunyai bentuk oval ke bentuk lansolat. Bunga kacang soya hijau berbentuk gumpalan yang mempunyai 3-15 bunga. Lengai buah mempunyai 3-15 bilangan, berbulu dan mengandungi 1-5 biji dimana berat setiap 100 biji antara 10 -20 gram. Antara kultivar kacang bulu yang sesuai di tanam di Malaysia adalah MKS 1 yang dibawa masuk dari Jepun dan Taiwan berasal dari AVRDC (Asia Vegetables Research Development Center). Jenis ini mudah ditanam dan disukai oleh pengguna dimana purata ketinggian pokok cuma 38 cm serta mempunyai saiz biji yang besar. Potensi hasil lingkungan 7 mt / ha/ musim. Tempoh pokok berbunga 50% ialah 40 hari dan matang dalam tempoh 70 hari. Jenis kacang bulu ini juga pernah di majukan oleh beberapa petani di Selangor dan Perak serta Johor. Stok benih perlu didapati dari beberapa petani di Terengganu, Perak dan Johor dengan menghubungi pejabat pertanian yang terlibat. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi maklumat mengenai tanaman dan kegunaan kacang bulu untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Persoalan mengenai sama ada pernahkan anda 
mendengar nama kacang bulu atau memakannya? Rasanya dalam kalangan semua pembaca blog ini anda mungkin hanya mengenalinya sebagai kacang ‘peas’ sahaja. Sebenarnya secara teknikal kacang bulu atau lebih dikenali dikalangan ramai sebagai ‘Edamame’ tidak kurang popular dan digemari oleh masyarakat negara kita. Penulis blog sering membeli kacang ini di rangkaian Kedai SevenEleven untuk disimpan dan dimakan (banyak bungkus dibeli). Apa pun dulu semasa promosi kacang bulu ini banyak dijual dalam bekas sejukbeku hampir kesemuanya mempunyai tulisan Jepun dengan pengeluarannya daripada Thailand. Walaupun ia bukanlah tanaman yang sinonim dengan usahawan tani di negara kita akan tetapi tinjauan penulis blog di Terengganu mendapati  penanaman kacang bulu ini dilihat berpotensi menjadi ‘lubuk emas’ kerana permintaan yang sangat tinggi ketika ini. Tanaman kacang bulu ini didakwa berasal dari Jepun dan ia sangat terkenal sebagai hidangan snek lazat yang terdapat di restoran-restoran negara matahari terbit itu serta rangkaian kedai 24 jam (7-Eleven) kerana keunikan rasanya yang rangup dan berlemak. Tinuanan penulis kepada salah seorang petani muda seperti Muhammad Fahmi Ismail yang berumur 27 tahundimana dia telah memulakan projek tanaman kacang bulu pada tahun 2016 lagi kerana menyedari potensinya yang sangat besar untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan (Sila lihat foto dibawah). Didakwa dimana kacang bulu sangat mudah ditanam kerana ia tidak mempunyai rutin penjagaan yang rumit malah tiada serangga yang menyerang tanaman itu dan ini membuatkan proses menanamnya sangat mudah. Harga kacang bulu mentah di ladang sekitar RM10.00 sekilogram dan harga kacang bulu mampu mencecah RM15.00/kg jika di pasaran luar lengkap dengan packaging. Dilaporkan anggaran perolehan hasil tanaman kacang bulu mencecah jualan hampir RM10,000 untuk satu tan hasil kacang bulu. Jabatan Pertanian ada membatu didalam penanaman kacang bulu di negeri Terengganu seperti bantuan dalam beberapa jenis peralatan kebun seperti mesin rumput, mesin penggembur tanah untuk proses membajak dan pelbagai jenis baja untuk digunakan di kebun miliknya seluas 0.4 hektar. Dia juga ada mengupah lima pekerja sambilan untuk proses tertentu seperti mencabut akar pokok dan menggunting kacang bulu yang telah matang. 

Kacang bulu didakwa berkhasiat 
 dan dijadikan makanan snek yang agak mahal juga jika membelinya di kedai Seven-Eleven (Sila lihat foto disebelah). Ini berkait dengan penggemar makanan Jepun dimana memang sudah pasti edamame adalah antara makanan yang menjadi pilihan untuk dikudap-kudap sembil menunggu menu yang dipesan siap dihidangkan. Edamame sebenarnya adalah sayuran hijau yang biasanya dikenali sebagai kacang soya hijau yang boleh ditemui di ditemui di Jepun, China, Hawaii, dan Korea. Ia dituai pada kemuncak kematangannya sebelum mencapai waktu ‘pengerasan’. Edamame bermaksud 'kacang ranting', secara terperinci jika dialih-bahasakan, 'eda' juga bermakna 'ranting' dan 'mame' bermakna 'kacang'. Dinegara China, kacang bulu atau kacang soya hijau ini dikenali sebagai 'maodou' yang membawa maksud 'kacang berbulu'. Ði Korea pula kacang ini akan disebut 'kong' iaitu satu istilah umum yang digunakan untuk semua biji. Sementara itu dilaporkan sekitar Asia Timur, kacang bulu ini telah digunakan selama lebih dari dua ribu tahun sebagai sumber utama protein. Kacang ini dikatakan ditanam di China seawal 1,200 tahun sebelum Masihi. Semasa kurun ke-18 dilaporkan dimana kacang soya telah diperkenalkan ke Eropah dimana kini kacang soya boleh didapati di seluruh dunia. Kacang bulu atau edamame juga sering dimakan sebagai snek, hidangan sayur, dijadikan sup atau diproses menjadi hidangan pencuri mulut. Dalam cara untuk dijadikan snek, bahagian pod (twig) atau lengai (ranting) kacang ini akan direbus seketika di dalam air bergaram. Apabila ia telah masak maka kekacang berwarna hijau ini perlu dikeluarkan daripada lengainya sebelum dimakan begitu sahaja atau boleh digoreng (roasted). Sebenarnya kacang edamame atau kacang soya hijau amat berbeza daripada kacang soya biasa (warna cerah) yang telah matang dan keras yang berwarna kuning. Ini kerana edamame memiliki tekstur lebih lembut dan rasa yang lebih sedap. Memakan edamame dengan kerap dikatakan mampu memberikan kebaikan pada kesihatan tubuh.

Dalam pada itu s
ungguh pun saiz kacang ini berukuran kecil, namun khasiat dan zat yang dimilikinya amat besar. Kacang ini memiliki kandungan tinggi asid lemak omega-3, serat pemakanan, protein dan karbohidrat dan juga beberapa mineral dan vitamin seperti mangan, zink, fosforus, kalium, magnesium, besi, kalsium, vitamin C, vitamin B1 (thiamine), vitamin B2 (riboflavin), vitamin B3 (niasin), vitamin 5 (asid pantothenic) dan vitamin K. Diantara khasiat dan juga kebaikan kacang ini adalah kepada kesihatan memang tidak kurang hebatnya terutama kepada kardiovaskular. Ðidakwa kandungan unsur isoflavones seperti genistein dan daidzen yang terdapat di dalam kacang ini dan juga produk soya yang lain mampu membantu dalam mengurangkan tahap kolesterol kepada manusia. Kelebihan kacang ini kepada kardiovaskular ini boleh ditingkatkan apabila ia dijadikan sumber protein utama di sebalik daripada mengambil daging. Selain daripada isoflavones dilaporkan kacang ini juga dikatakan menyediakan sejumlah vitamin K yang signifikan dan amat baik untuk kesihatan jantung. Ðisebabkan ia adalah sumber terbaik bagi protein maka perkara ini menjadikan ia sebagai snek paling popular di kalangan atlet yang mengamalkan pemakanan sayuran atau vegetarian. Ðikatakan jika setengah cawan kacang ini dimakan ia menawarkan sekitar 11 gram protein. Ia  juga dikatakan mengandungi ke semua sembilan asid-asid amino baik yang tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. Juga didakwa dimana kandungan lemak yang terdapat dalam kacang ini adalah sihat untuk jantung dan membantu untuk merendahkan kolesterol dan juga merendahkan risiko penyakit jantung. Kacang Bulu juga dikatakan menyediakan sebanyak 125 kalori. Dilaporkan dengan memakan kacang ini dengan sekerap boleh boleh meningkatkan kesihatan tulang. Ini disebabkan kandungan isoflavones yang terdapat di dalamnya mengekalkan ketumpatan tulang sihat melalui dorongan kesan yang sama terhadap estrogen pada tisu tulang. Ia merupakan sumber kalsium yang amat diperlukan bagi tulang yang kuat. Serat pemakanan yang terdapat dalam edamame dikatakan mampu membantu mengurangkan tahap kolesterol. Serat pemakanan ini memastikan anda berasa kenyang. Perkara ini sekaligus membantu anda mencegah amalan atau tabiat pemakanan yang buruk. Walaupun begitu, edamame mengandungi protein yang menyebabkan berlaku pengurangan tahap testosterone. Ia juga dikatakan didakwa mengandungi folat dan dikatakan boleh dipertimbangkan sebagai makanan sihat untuk wanita mengandung dan ketika fetus sedang terbentuk. Sebaiknya pengambilan kacang ini perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KACANG BULU... MUDAH TANAMNYA...
HASIL LUMAYAN... MEREKA MENCUBA...
EDAMAME... LEBIH TERKENAL NAMANYA...
BANYAK KHASIAT... DIMAKAN SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomiist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Syaaban 1442H).

Tuesday, March 23, 2021

KENALI JANTINA POKOK BETIK

POKOK BETIK (Carica papaya) merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang popular di Malaysia dan beberapa kawasan tropika lain. Tanaman betik mempunyai beberapa amalan agronomi khusus yang petani harus tahu kerana pokok betik mempunyai beberapa jantina iaitu Pokok Betik Jantan dan Pokok Betik Betina (atau lebih tepatnya jenis Betina dan Jenis Hermaprodite). Setiap kali penanaman betik petani mesti mendapatkan seberapa banyak pokok betik betina kerana ia mampu mengeluarkan buah betik sementara pokokk betik jantan tidak akan berbuah. Perbezaan yang mudah dapat dilihat diantara betik betina adalah bentuknya yang lebih 'Bulat' sementara buah betik hermaprodite biasanya lebih panjang atau lonjong dengan isi yang lebih tebal. Bagaimana pun rupabentuk buah betik ini berbeza mengikut varieti betik itu sendiri. Penanaman betik lazimnya menggunakan anakbenih yang disemai sendiri oleh petani dengan mengambil buah betik matang dari varieti terpilih dan ia perlu disediakan mengikut prosedur yang betul. Lazimnya buah betik matang akan di potong dan dibuang bahagian atas dan bawah dan dibelah dua. Keluarkan bijinya dan dimasukkan kedalam bekas sebelum diisikan dengan air. Mana-mana bijii yang timbul perlu dibuang kerana ia tidak bernas. Pilih biji betik yang tenggelam sahaja dan seterusnya diasingkan antara biji betik jantan dan bijii betik betina. Hanya biji betik betina sahaja akan digunakan untuk disemai dan ditanam dikebun kemudiannya. Pada masa ini sudah ada beberapa teknologi untuk petani menentkan jantina pokok betik yang boleh dilakukan daripada peringkat penyediaan benih, peringkat anak benih sehingga pokok berbunga dan berbuah. Kalangan penanam betik komersil mesti memerlukan ilmu pengetahuaan mengenai bagaimana mendapatkan pokok betik yang boleh berbuah untuk ditanam bagi meningkatkan lagi pengeluaran hasil seterusnya mampu mendapatkan pulangan yang lumayab. Di Malaysia diantara beberapa jenis betik yang popular fitanam seperti Betik Sekaki, Betik Subang, Betik Eksotika dan beberapa lagi. Betik merupakan buah-buahan tempatan yang senang di perolehi di mana-mana pasaraya. Betik ni ada banyak jenis, ada yang bulat dan panjang serta warna isinya. Betik Taiwan antara yang banyak dijual di pasaraya kerana tidak cepat rosak serta isinya berwarna merah. Biasanya sebelum menanam betik maka biji perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum disemai di pasu atau tapak semaian. Bila sudah tumbuh lebih kurang 1 kaki keatas barulah boleh di pindahkan ke tanah. Betik yang tumbuh tidak semuanya berbuah dimana ada yang cuma mengeluarkan bunga sahaja. Tapi tahukah anda dimana ada cara hendak mengenal mana satu benih jantan dan betina, iaitu dengan memilih warna pada biji betik tersebut.  Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai beberapa teknologi mengenali betik janan dan betik betina untuk dijadikan bahan rujukkan semua. 

(1) Biji Betik Jantan
Biji betik jantan berbeza dengan biji betik betina semasa buah betik dikeluarkan bijinya. Warna biji yang tenggelam didalam air akan dikeluarkan dan dikeringkan sebelum ianya diperiksa satu persatu. Biji betik jantan akan kelihatan berwarna putih atau kelabu (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya semasa membuat pemeriksaan ini semua biji betik tersebut diletakkan diatas kertas atau kain yang berwarna putih. Biji jantan ini dikumpulkan dan kemudian dibuang dan jangan disemai untuk mendapatkan benihnya.

(2) Biji Betik Betina
Biji betik betina berlainan warnanya dengan biji betik jantan. Pilih biji betik yang berwarna hitam gelap (black color seeds) dengan memerhatikan secara teliti. Asingkan biji yang hitam gelap ini dengan biji yang putih atau kelabu (Sila lihat foto disebelah). Biasanya biji betina ini akan di masukkan didalam kain dan di ramas untuk mengeluarkan air yang terkandung didalamnya. Kemudian biji ini perlu dijemur beberapa hari (2-3 hari) sebelum ianya sesuai untuk disemai dalam tapak semaian. Benih ini sesuai dijadikan anakbenih semaian apabila cukup saiznya untuk dipindahkan kekebun.

(3) Akar Betik Jantan
Bahagian akar anakbenih betik juga boleh menentukan jantina pokok betik. Dari segi ciri akar biasanya pokok jantan mempunyai jenis AKAR TUNJANG (Tap root) yang boleh dilihat dengan jelas pada peringkat anahbenih lagi (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya apabila pokok betik ini ditanam dikebun pun ia akan mengeluarkan akar tunjang. Dari segi teori akar tunjang ini akan mengukuhkan pokok daripada tumbang apabila ditiup angin tetapi bagi pokok betik ianya perlu dibuang kerana kelak pokok tidak berbuah.


(4) Akar Betik Betina
Berlainan pula dengan akar pokok betik betina dimana biasanya ia mempunyai jenis AKAR SERABUT (Fibrous roots system) dengan keluar disekeliling pangkal pokok (Sila lihat foto disebelah). Akar ini akan merebak disekeliling pokok betik semasa ditanam dikebun. Bagaimana pun petani perlu memeriksa anakbenih untuk mengetahui akan jenis akar yang ada dan kaedah ini jarang dijadikan pilihan terbaik untuk menentukan jantina pokok betik. Pokok yang sudah berumur 2-3 bulan dikebun yang disyakki sebagai jantan boleh didiagnos dengan car ini. 

(5) Daun Betik Jantan
Bahagian daun merupakan kaedah paling mudah dan praktikal untuk menentukan jantina pokok daripada peringkat semaian sehingga penanaman dikebun. Daun betik jantan mempunyai ciri HANYA ADA 3 KELOK sahaja (most of the leaves with three leaflets) dapat dilihat dengan jelas. Hujung kelok tengah daun lazimnya mempunyai jarak agak rapat dengan hujung kelok daun di kiri dan kanannya. Ciri boleh digunakan semasa pemeriksaan pokok yang ditanam dikebun bersama beberapa ciri lain pokok betik jantan untuk dibuang dan diganrikan dengan pokok betina.


(6) Daun Betik Betina
Daun betik betina pula akan dilihat mempunyai sebanyak 5 KELOK atau lebih (most of the leaves with five leaflets or more) dengan warnanya sedikit lebih hijau gelap (Sila lihat foto disebelah). Jarak hujung daun (leaves tips) bagi kelok tengah dengan hujung daun kelok kedua dan hujung daun kelok ketiga biasanya adalah jauh. Pemeriksaan ciri daun membolehkan petani membezakan antara pokok betik jantan dengan pokok betik betina diperingkat seaian dan peringkat vegetetif betik dikebun.


(7) Bunga Betik Jantan
Bunga Betik merupakan ciri paling tepat untuk membezakan antara pokok betik jantan dengan pokok betik betina. Bagaimana pun kaedah ini hanya boleh dilihat apabila pokok betik sudah pun mengeluarkan bunga sahaja dikebun.Bunga beik jantan biasanya BERTANGKAI PANJANG  dan berbunga dengan banyak berjambak-jambak berbauu harum pada pokok (have long stem panicles with many small fragrants flower) dimana ia mudah dikenali (Sila lihat foto disebelah). Bunga jantan ini tidak akan menghasilkan buah walau pun ditunggu lama dan sebaiknya pokok ini digantikan dengan pokok betina pada point penanaman.

(8) Bunga Betik Betina
Bunga betina betik mudah dibezakan dengan bunga pada pokok betik jantan. Bunga betina ini BERBENTUK BESAR, TUNGGAL dan DICELAH PELEPAH (have larger single flowers and closed to the stems) dimana ia akan menghasilkan buah betik setelah ianya berjaya proses pendebungaan (Sila lihat foto disebelah). Bunga ini akan menghasilkan 'putik buah betik' dimana ia akan membesar menjadi buah betik atau gugur bergantung kepada banyak faktur. Pokok betik jantan jika dijumpai didalam kebun boeh digantikan dengan pokok betik betik dengan beberapa kaedah yang sesuai.
Seuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MENANAM BENTI... PASTIKAN JANTINA...
CIRI BIJI... AKARNYA PUN DIPERIKSA...
DAUN BERLAINAN... DIPASTIAKANNYA...
LIHAT BUNGA... MUDAH KENALINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Syaaban 1442H).

Monday, March 22, 2021

PENYIMPANAN BUAH NANAS

BUAH NANAS
(Ananas comosus) merupakan sejenis buah tropika yang kini di dimakan segar atau dikalengkan serta ada yang dieksport dari Malaysia. Kini beberapa nanas premium seperti nanas MD2 dan Josapine telah dieksport kebeberapa negara didalam mempastikan industri nanas negara terus berkembang. Buah nanas merupakan sejenis buah yag tidak tahan lama disimpan apa lagi beberapa varieti tradisional yang jangkahayat ketahanan hanya 2-3 hari sahaja selepas dituai. Pasaran eksport nanas Malaysia ke China telah menjadikan buah tropika ini mempunyai potensi besar untuk diperluaskan tanamannya di Malaysia bagi memenuhi keperluan pasaran China yang besar. Protokol untuk mengeksport nanas segar ke China telah dipersetujui oleh kedua negara sekitar tahun 2018 dengan penghantaran pertama eksport nanas MD2 segar telah dijalankan pada Oktober 2018 dari Batu Pahat, Johor (Sila lihat foto diatas). Dari segi teknikal walaupun pulpa nanas memang dilihat seakan ia dilindungi oleh kulit yang padat akan tetapi buah eksotik ini dilaporkan tidak tertakluk kepada penyimpanan untuk jangkamasa panjang. Jika buah-buahan seperti nanas hendak dihantar kelokasi jauh dan ambil mmasa lama maka ia masih perlu disimpan dalam suhu sejuk agar terus segar semasa dijual dipasaran mereka. Teknologi sebelum proses penyimpanan dan kualiti nanas terbaik telah dilaporkan mampu menjadikan buah nanas akan tahan lebih lama didalam kontena simpanan. Ada beberapa peraturan perundangan dan peraturan teknikal yang mesti dibuat pada buah nanas untuk pasaran eksport dan juga bagi pasaran domestik. Memang p
enting untuk mengikuti beberapa peraturan semasa peneksportan dipatuhi. Cara menyimpan nanas di rumah memang mudah kerana kuantiti sedikit, masa penyimpanan yang singkat dan ada kaedah untuk cepatkan proses pematangannya. Buah nanas adalah yang terbaik disimpan di bawah syarat-syarat tertentu iaitu pada kadar kelembapan tidak boleh melebihi 85% dan suhu boleh sekitar +8 darjah Celcius. Hayat maksima kebanyakan varieti nanas premium yang mematuhi saranan penyimpanan seperti ini adalah sehingga 2 minggu. Bagaimana pun sekiranya disimpan pada kadar suhu lebih tinggi maka buah akan masak lebih cepat iaitu jangka hayat nanas akan dikurangkan. Buah yang terlalu banyak didimpan tidak akan menjadi lebih manis atau lebih enak akan tetapi sebaliknya ada kalanya buah ini akan menjadi tidak enak atau tidak sesuai untuk digunakan. Apa yang penulis blog pernah kaji dimana pada suhu simpanan sekitar di bawah +8 darjah buahnya akan reput. kan kelihatan ada tompokan coklat di permukaan buah dimana ini menunjukkan permulaan kerosakan. Sekiranya kelembapan terlalu tinggi pula buahnya boleh menjadi terlalu lembut dimana rasanya akan rosak. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis menganai beberapa teknologi penyimpanan buah nanas untuk pasaran domestik dan eksport sebagai bahan rujukkan anda semua.

Buah nanas selalunya mempunyai tiga (3) pilihan 
untuk tujuan penyimpanan dirumah. Pilihan tersebut adalah dengan menyimpan didalam peti sejuk, di dalam almari atau di atas meja (pada suhu bilik) serta dibekukan dalam freezer. Apa pun dilaporkan dimana beberapa kaedah betul cara menyimpan dalam peti sejuk perlu diikuti. Biasanya ramai yang memilih tempat dibahagian sayuran dan pintu yang boleh diletakkan buah nanas dimana keadaan dalam lingkungan minima 7 - 8 darjah Celcius keatas (Sila lihat foto disebelah). Cara ini selalu dilakukan sebagai kaedah terbaik untuk menyimpan nanas dengan kuantiti sedikit dirumah bagi kegunaan sendiri. Pada keadaan sedemikian dimana di dalam peti sejuk buah nanas boleh tahan 12 - 14 hari dimana kemudian masih boleh digunakan walau pun kesegarannya berkurang. Bagi tujuan penyimpanan buah nanas sebaiknya sebelum menyimpan buah ke petak buah dalam peti sejuk adalah disyorkan untuk mebalutnya ke dalam beg kertas. Kajian mendapati kadar kerosakan bbuah nanas serta buah-buahan atau sayuran yang dibalur dengan kertas atau mungkin sesetengah pembungkus lain yang dibenarkan lebih tahan lama. Ia juga dilaporkan mengurangkan berlaku kesan jangkitan daripada sayur atau buah lain yang sudah mereput dari menjangkiti buah nanas yang disimpan. Sebagaimana pentingnya buah yang disimpan sebaiknya pilih buah yang masih belum masak ranum untuk disimpan kerana jangkahayatnya pendek. Beli buah nanas yang masih masak sepenohnya seperti pada indeks kematangan 2. Buah ini boleh diletakkan pada suhu bilik dahulu sebelum ianya dimasukkan kedalam peti sejuk untuk simpanan selama 12-14 hari lagi.

Teknik simpanan buah nanas pada suhu bilik sebagai p
ilihan kedua semasa cuba menyimpan dirumah iaitu pada suhu bilik dimana ini membolehkan lama menyimpan buah segar selama 2 - 3 hari. Amalkan agar tidak boleh meletakkan buah dalam bekas, beg atau kotak sempit kerana ianya akan memendekkan jangka hayat nanas. Tanpa oksigen selalunya banyak produk buah boleh rosak dan layu. Sebaiknya elakkan dari menyimpannya di bawah cahaya matahari yang terbuka sebab ia akan mengeringkan kulit buah nanas dan merosakkannya. Jika buah nanas ini diletak pada rak kabinet dapur sebaiknya sering terbuka dengan susunan jarak buah nanas atas rak sekurang-kurangnya 10 cm. Ada juga kalangan peminat buah nanas yang menyimpan di dalam karung kain kain kapas yang bersih. Jika terlihat tanda-tanda kerosakan telah mula muncul pada kulit buah maka sebaiknya ia harus dibersihkan dengan cara memotong tempat yang busuk dan bakinya sesuai digunakan dalam masakan. Jika anda tidak mahu memakan sebagai nanas segar maka salah satu cara boleh dilakukan ialah memotong, membungkusnya dan membekukan nanas . Cara ini membolehkan buah nanas membeku dan boleh digunakan untuk dijadikan bahan dalam masakan pada masa yang sesuai. Jika buah nanas mereput dan tidak selamat untuk dimakan maka sebaiknya dibuang sahaja demi mengelakkan keracunan makanan. 

Kaedah ke tiga dalam penyimpanan buah nanas adalah sebagai 'Buah Nanas Beku' yang disimpan dibahagian 'freezer'. Buah Nanas Beku lazimnya adalah buah yang telah dikupas kulitnya dan dipotong dalam bentuk kiub, kepingan (ring shape), Stick dan juga telah di kisar menjadi jus atau pun pes nanas. Sama juga dengan kaedah penyimpanan buah beku untuk kebanyakan jenis buah lazimnya bagi nanas ianya mampu untuk mengekalkan rasa dan sifat asli buah nanas untuk jangkamasa lama sehingga 3-4 bulan. Bagaimana pun terdapat perubahan pada tekstur buah nanas yang telah disimpan sejuk beku (freeze) tetapi masih sesuai untuk dihidangkan sebagai buah pencuci mulut. Biasanya isi buah atau dagingnya sudah tidk begitu elastik malahan ia lebih berair ketika dimakan selepas dikeluarkan dari freezer. Lazimnya langkah paling baik untuk buah nanas beku adalah untuk dijadikan makanan seperti smoothies atau dibuat pastri. Baggaimana pun untuk buah nanas yang hendak disimpan didalam freezer perlu dipilih dari bauh nanas berkualiti dan dikupas kulitnya dan matanya. Ia sesuai dipotong mengikut kehendak dan kemudian dimasukkan kedalam bekas plastik atau bekas lain yang sesuai. Sebaiknya pula buah yang siap dipotong ini 
dikeringkan dengan tuala kertas sebelum dibungkus. Penulis blog sering juga ambil buah nanas dan dikisar halus untuk dijadikan jus atau pes sebelum ianya dimasukkan dalam bekas dan kemudian ia disimpan didalam freezer.  Sesuai digunakan dengan cara mengeluarkan diletak pada suhu bilik sehingga menjadi cair sebelum digunakan. Jika dibungkus dengan baik dan ianya disimpan dalam peti sejuk yang rapi lazimnya produk seperti ini boleh tahan lebih dari satu tahun. Pada penulis blog kita yang tinggal di kawasan tropika bertuah kerana boleh mendapatkan buah nanas segar sepanjang tahun berbanding dengan negara 4 musim yang susah mendaptkan buah nanas segar. Buah nanas yang dipetik dalam pelbagai peringkat indeks kematangan boleh dituai mengikut keperluan. Apa pun tertakluk kepada pengguna dan pembaca bagaimana cara menyimpan buah nanas yang sesuai mengikut kemampuan dan keperluan anda semua. Semuga artikel subuh ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENYIMPAN NANAS... BAGAIMANA...
DALAM PETI SEJUK... SUDAH BIASA...
DIPOTONG RAPI... SEJUK BEKU JUGA...
NANAS SEGAR... TERBAIK RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1442H).

Sunday, March 21, 2021

PORANG - ANALISA EKONOMI

TANAMAN PORANG
 (Amorphophallus oncophyllus) yang memang kurang dikenali di Malaysia tetapi ia mula popular di negara Indonesia merupakan tanaman dari famili Araceae yang secara umum ia dikenali dengan nama bunga bangkai kerana bau bunganya yang tidak sedap. Di beberapa kawasan lain di Indonesia tanaman ini dikenal dengan nama Iles-iles, Iles kuning, Acung atau Acoan. Tanaman porang merupakan tanaman berasal dari Indonesia dan dilaporkan ia memang sudah sejak lama dikenali dan dimanfaatkan oleh masyarakat tempatan. Bahkan semasa zaman penjajahan Jepun dahulu sekitar 1945 dilaporkan dimana masyarakat di sekitar hutan dipaksa untuk mendapatkan porang bagi digunakan sebagai bahan makanan dan industri mereka. Meskipun sudah lama dikenal dan dimanfaatkan dikalangan masyarakat tempatan akan tetapi aspek agronomi tanaman ini masih tidak boleh berkembang dimana kurang penyelidikan dan kajian dilakukan keatas tanaman ini. Ini daripada aspek penanaman, aspek penjagaan sehingga kepada aspek pada pemprosesannya. Mereka hanya menuai dari tanaman porang yang tumbuh liar di bawah pokok-pokok dihutan atau di sekitar belukat dimana ia akan dijual dalam bentuk umbisi basah. Maklumat sumber maklumat mengenai teknologi penanaman porang ini telah diberikan dengan lebih terperrinci tentang bagaimana cara penamanan porang, kandungan nutrisi dan kegunaannya. Info mengenai syarat untuk pokok tumbuh, cara pengurusan tanaman (termasuk informasi perosak dan penyakitnya), nilai ekonomi dan keuntungannya diperkenalkan kepada peserta. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan satu artikel mengenai analisa ekonomi angaran kos pengeluaran dan pendapatan tanaman porang diusahakan dinegara jiran untuk rujukkan anda semua.

Tanaman porang secara komersil dilakukan dibeberapa lokasi ada naungan dimana pokok yang telah matang dan sedia untuk dituai
 adalah apabila daunnya sudah mengering dan jatuh ke tanah. Di Indonesia memang lazimnya penuaian selalunyanya dilakukan pada musim kemarau sekitar bulan Mei sampai Jun. Apabila proses menuai dilakukan pada umur tanaman pada tahun ke dua didakwa daripada setiap pokok etersebut mampu dan dapat dihasilkan ubi seberat 0.5 - 3.0 kg iaitu ditanam dengan tahap kepadatan sekitar 60,000 pokok sehektar. Anggaran jumlah pengeluaran sekitar 40 metrik tan sehektar umbi segar (Sila lihat foto disebelah). Proses menuai porang perlu dilakukan secara berhati-hati untuk mengelakkan dari kesan luka pada ubi dimana sebaiknya ia dilakukan dengan menggali tanah di sekeliling pokok tersebut dahulu dengan berhati-hati baru mengambil ubinya. Porang ini perlu dibersihkan daripada tanah dan digredkan mengikut saiz dan berat. Seterusnya adalah aktiviti penyimpanan setelah menuai dimana ubi porang perlu dibersihkan dan disimpan di dalam ruangan ada pengudaraan baik. Tempat menyimpan juga sebaiknya adalah pada suhu dingin (sekitar 10 Celcius) agar ia tahan lama. Pada keadaan ini biasanya ubi porang dapat disimpan hingga berbulan-bulan lamanya. Kajian mendapati dimana jika ubi porang ini disimpan pada suhu sekitar 27 Celsius (suhu bilik) apa yang berlaku adalah pada bulan pertama penyimpanan maka akan kehilangan berat sekitar 25%. Apabila ubi porang ini sedia untuk diproses menjadi produk maka sebaiknya ia perlu disimpan dalam bentuk chip (hirisan tipis) atau tepung yang kering. Apabila ubi porang ini disimpan dalam bentuk ubi segar dengan kadar air yang masih tinggi (70-80%) didapati seringkali ubi menjadi rosak oleh aktiviti enzim.

Selalunya ramai berpendapat dimana saiz ubi porang yang besar akan dihasilkan dari tiga kali pertumbuhan tanaman untuk diambil glukomannannya dan ubi porang yang kecil yang dihasilkan dari 1-2 kali pertumbuhannya. Lebih lama pokok porang disimpan maka lazimnya saiz ubinya juga akan lebih besar dengan penjagaan yang baik dan air yang mencukupi. Dalam pada itu pada pengusaha mereka sudah tahu dimana ubi katak (bulbil) dan biji tanaman porang juga mempunyai nilai ekonomik yang memberikan pendapatan jika dijual. Kajian oleh saintis iaitu Sumarwoto pada tahun 2012 mendapati dimana harga ubi porang segar yang telah sesuai untuk dituai untuk diambil glukomannannya berkisar antara Rp3,000-3,500/kg (RM0.85 - RM0.99/kg). Namun apabila ubi porang tersebut diproses dan dikeringkan menjadi bentuk keripik (Chip) maka harganya akan menjadi Rp17,500-22,000/kg (RM4.93 - RM6.20/kg). Paling mahal adalah apabila ubi porang ini telah diproses lebih lanjut menjadi tepung glukomannan dimana harganya boleh meningkat menjadi sekitar Rp125,000-150,000/kg (RM35.20 - RM42.25/kg). Sementara itu ubi porang yang bersaiz kecil yang dihasilkan dari tanaman berumur 1-2 tahun biasanya akan digunakan sebagai benih tanaman yang juga boleh dijual dengan harga jualan sekitar Rp9,000-11,000/ kg (RM2.55 - RM3.10/kg). Harga ubi katak (bulbil) yang digunakan sebagai benih tanaman juga boleh dijual dengan harga Rp25.000-30.000/kg (RM7.05 - RM8.45/kg). Dalam pada itu biji tanpa kulit yang diperolehi dari buah tanaman porang yang telah mengalami pertumbuhan maksima (berumur empat tahun) harganya boleh dijual dengan harga berkisar Rp40.000-50.000/kg (RM11.25 - RM14.10/kg). Kajian analisa ekonomi tanaman porang menyarankan dimana sebaiknya dilakukan pengasingan kawasan kebun untuk penghasilan ubi porang segar untuk jualan dan juga kawasan kebun khusus untuk pengeluaran bebih tanaman porang. Ini memudahkan dalam merancang pengluasan kawasan tanaman porang apabila benih yang baik mencukupi secara berperingkat jadual penanamannya dan juga jadual penuaiannya kelak.

Kajian oleh 
Hartoyo (2012) menyatakan dimana peluang melabur didalam tanaman porang masih sangat terbuka pada masa depan kerana keperluan yang besar bagi pasaran eksport porang ke negara China, Jepun, Australia, Sri Langka, Malaysia, Korea, New Zealand dan Itali sehingga mencapai jangkaan sebanyak lebih dari 10,000 metrik tan setahun ton/tahun, sementara hingga saat ini baru dapat terpenuhi se. Dilaporkan Indonesia sehingga kini hanya mampu menghasilkan sebanyak 4,000 tan/tahun dimana ia masih kekurangan sebanyak 6,000 tan/tahun. Memang tanaman porang ini masih belum popular tetapi ia dilaporkan mampu untuk memberikan keuntungan bagi petani yang mengusahakannya. Dari kajian oleh Santosa et al. (2003) juga ada melaporkan dimana cara penanman yang berskala sederhana sahaja petani hanya menanam benih dari bulbil untuk kali pertama penanaman pertama kali sahaja. Inii kerana selanjutnya setiap tahun bulbil akan dihasilkan dan boleh tersebar dari tanaman secara semulajadi Petani juga akan menuai ubi porang segar pertama setelah tiga tahun dari waktu tanam pertama. Penanam porang juga tidak perlu untuk melakukan pengurusan tanaman intensif seperti tanaman lain kecuali kawalan rumpai dan menuai. Ternyata dengan potensi yang sederhana tersebut maka tanaman porang mampu memberi sumbangan 40–90% dari jumlah pendapatan petani. Hasil penyelidikan di desa Klangon, Kecamatan Saradan kabupaten Madiun juga telah menyimpulkan dimana aktiviti menanam ubi porang sama ada untuk ubi segar dan benih dalam jangkamasa lima (5) tahun adalah menguntungkan dengan Nilai Cost-Benefit (BC Ratio) sekitar 1.44 dan 2.58 iaitu berbaloi. Perhitungan nilai payback period menunjukkan bahwa Jangkamasa Pulang Modal dari tanaman porang 3 tahun 7 bulan sehingga 2 tahun 6 bulan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM PORANG... UNTINKAH DIA...
JUAL SEGAR... MURAH HARGANYA..
BUAT CHIP... TEPUNG MAHAL DIA...
MEREKA BERMINAT... BOLEH CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Rabiul Awal 1442H).

Saturday, March 20, 2021

PANDUAN PEMASANGAN PAGAR LETRIK

PEMASANGAN PAGAR ELETRIK telah menjadi satu amalan yang dilakukan dibeberapa premis dan juga kawasan ladang pertanian di Malaysia. Penulis blog yang telah berkecimpong didalam sektor pertanian di Malaysia selama lebih dari 38 tahun sebagai pegawai teknikal pengembangan pertanian baru terjumpa satu buku panduan mengenai pemasangan pagar eletrik untuk dikongsi besama pembaca semua. Buku panduan ini setebal 25 mukasurat ini menerangkan dengan panjang lebar mengenai aspek pemasangan, undang-undang dan peraturan yang mudah difahami oleh pakar teknikal dan daripada mereka yang terlibat dalam sektor ini. Bagaimana pun apa yang penulis blog baca dimana Suruhanjaya Tenaga telah mengeluarkan arahan dan surat pekeliling berkaitan keperluan dan kaedah pemasangan pagar elektrik pada 22 Oktober 2008 (No. Pekeliling No. 3/2008). Selari dengan perkembangan teknologi semasa maka kaedah pemasangan pagar elektrik yang ditetapkan dengan arahan dan surat pekeliling terdahulu perlu dikemaskini kesesuaiannya untuk tujuannya digunapakai. Oleh yang demikian sebaiknya kaedah pemasangan pagar elektrik yang lebih kondusif dan lebih menyeluruh mengikut standard-standard antarabangsa terkini perlu disediakan. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menyentuh sebahagian perkara didalam buku panduan tersebut untuk semua pembaca memahaminya dan adalah disyorkan agar anda membaca penuh panduan ini melalui pautan dalam internet. Semuga selepas membaca artikel ini pembaca mendapat info berguna.

Lazimnya p
emasangan pagar elektrik akan dilakukan bertujuan untuk ianya menghalang kawasan mereka daripada dicerobohi oleh haiwan atau manusia. Jenis-jenis premis yang terlibat dalam pemasangan pagar elektrik terdiri selalu daripada premis yang menjalankan aktiviti pertanian atau kawalan keselamatan am seperti ketenteraan, utiliti tenaga, utiliti air, utiliti tenaga letrik dan lain-lain lagi. Oleh itu biasanya pemasangan pagar elektrik ini perlu dikawal pemasangannya serta dipasang secara selamat mengikut kehendak Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan standard-standard yang berkaitan agar pemasangan pagar elektrik tersebut tidak membahayakan penceroboh yang boleh menyebabkan renjatan elektrik dan lebih teruk lagi, boleh membawa maut. Pemakaian standard MS IEC 60335-2-76 edisi terkini perlulah dirujuk dari semasa ke semasa. Kalangan petani di Malaysia masih ramai yang meungkin tidak tahu akan adanya akta ini dimana mereka kurang diperjelaskan oleh pihak berkaitan dahulu. Pada masa ini dengan adanya capaian internet mudah sahaja untuk semua mendapatkan garispanudan ini melalui capaian dengan HP atau laptop. Pada penulis blog mudah untuk membaca dan memahami panduan ini kerana memang mempunyai sedikit asas ilmu pengetahuan dalam bidang pemasangan pagar letrik untuk menjaga kebun tanaman makanan semasa bertugas di Jabatan Pertanian dahulu. Pemasangan pagar letrik yang pertama dijalankan di beberapa projek tanaman sayuran di banyak lokasi di Mersing, Johor  sekitar tahun 1997 - 2000 dimana bantuan diberikan kepada pengusaha sayuran komersil yang terpilih dan mendapat ancaman dari babi hutan serta ancaman gajah liar. 

Didalam panduan ini ada dinyatakan dimana k
aedah pemasangan pagar elektrik yang betul dan selamat bermula daripada peringkat reka bentuk sehingga peringkat pembinaan, penyeliaan, penyenggaraan dan pengawasan dimana ia perlu dilaksanakan mengikut kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi adalah seperti Peraturan 15: Radas, konduktor, aksesori, iaitu meliputi (1) Mana-mana radas, konduktor atau aksesori bagi maksud penyambungan kepada sesuatu pepasangan hendaklah dalam saiz, kuasa dan bilangan yang mencukupi bagi menepati maksud yang dicadangkan dan hendaklah dibina, dipasang, disusun, dilindungi, dikerjakan dan disenggarakan sedemikian rupa bagi mencegah bahaya. (2) Sesuatu konduktor hendaklah ditebat dan dilindungi secara berkesan atau ditempatkan atau dikawal keselamatannya sedemikian rupa bagi mencegah bahaya. (3) Sesuatu konduktor yang tidak dilindungi dengan penyalur logam atau dialirkan dalam pembuluh hendaklah dilindungi dengan   penebat bush atau tiub, apabila konduktor itu menembusi dinding, sesekat, lantai atau bumbung bangunan atau binaan lain. (4) Sesuatu kabel atau pembuluh logam yang melaluinya kabel dilalukan boleh ditanam di dalam plaster dengan syarat kabel dan pembuluh itu ialah daripada bahan yang kakisan pada kabel atau pembuluh itu tidak akan menyebabkan tebatan menjadi lemah dan bahaya akibat langsung daripada kebocoran arus. (5) Sesuatu kabel atau pembuluh logam yang melaluinya kabel dilalukan boleh ditanam di dalam simen tulen atau konkrit. (6) Mana-mana konduktor atau radas yang terdedah pada cuaca, air, kakisan, pemanasan yang tak sewajarnya atau digunakan dalam persekitaran yang mudah terbakar atau dalam persekitaran yang mudah meletup hendaklah dibina atau dilindungi sedemikian rupa bagi mencegah bahaya. 

Kedua adalah Peraturan 65: Orang yang kompeten mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi. Orang kompeten yang mana hendaklah, apabila diminta maka mereka menyediakan dan seterusnya mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi adalah seperti yang telah pun diperuntukkan dalam Bahagian VI Jadual Kedua. Dalam Peraturan 68: Kewajipan Jurutera atau Penyelia untuk memeriksa dan melapor (1) Setiap Jurutera Perkhidmatan Elektrik atau Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia Elektrik yang dikehendaki untuk memeriksa sesuatu pepasangan di bawah peraturan 67 hendaklah memeriksa pepasangan itu dan hendaklah merekod dan menghantar semua dapatan, syor dan arahan kepada Suruhanjaya dan pemunya, pengurusan atau pemegang lesen pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) 
Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia Elektrik hendaklah perlu mengemukakan kepada pemunya, pengurusan atau pun pemegang lesen pepasangan, mengikut manamana yang berkenaan, suatu laporan pemeriksaan tentang dapatan, syor dan arahan mengenai pepasangan dalam masa dua minggu dari pemeriksaan itu. (3) Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan hendaklah menyimpan buku tentang semua rekod dan laporan yang dibuat di bawah subperaturan (1) dan (2) dan buku itu hendaklah dibuka untuk pemeriksaan Suruhanjaya pada setiap masa. (4) Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia Elektrik hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya suatu Perakuan Pemeriksaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Borang I Jadual Pertama dalam masa dua minggu dari pemeriksaan pepasangan itu. Dalam Peraturan 75: Kontraktor Elektrik (1) Tiada seorang pun boleh melaksanakan atau menjalankan apaapa kerja elektrik melainkan jika dia memegang suatu Perakuan Pendaftaran yang sah sebagai seorang Kontraktor Elektrik yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini. (2) Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik hendaklah dalam Borang Q yang ditetapkan dalam Jadual Pertama dan hendaklah sah bagi tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun dari tarikh pengeluaran atau pembaharuan Perakuan Pendaftaran itu. Dalam Peraturan 110: Pemeriksaan dan ujian bagi maksud penyenggaraan pepasangan, dsb. (1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya.

Terdapat perkara ta
nggungjawab untuk menyenggara pepasangan mengikut cara yang dikehendaki dalam subperaturan (1) hendaklah terletak pada pemunya, pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah diperiksa dan diuji oleh orang kompeten sekurangkurangnya sekali setiap lima tahun, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya. (4) Mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya. (5) Suruhanjaya boleh memeriksa sesuatu pepasangan atau premis di tempat pepasangan diletakkan jika Suruhanjaya berpendapat adalah wajar berbuat demikian bagi kepentingan orang ramai atau keselamatan awam, dan jika notis bertulis diberikan kepada pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan atau mana-mana premis, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan orang yang menjaga pepasangan atau premis itu hadir dan memberikan apa-apa bantuan sebagaimana yang diperintahkan oleh Suruhanjaya dalam notis itu. Peraturan 111: Orang kompeten hendaklah mengusahakan kerja penyenggaraan Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang bertindak di bawah kawalan orang kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa pembaikan, pengantian, penservisan atau pembersihan mana-mana kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada pepasangan. Bagaimana pun penulis blog syorkan pembaca mendapatkan buku panduan tersebut dan membeaca sehingga habis kesemua 25 halaman atau pun behubung terus dengan suruhanjaya tersebut. Kalau masih kurang faham akan akta ini maka boleh berhubung terus dengan pihak suruhanjaya. Berkemungkinan bagi pekebun biasa memadai mendapatkan informasi daripada pihak berkaitan pertanian yang terdekat shaja. Saya percaya para penjual sistem pagar letrik untuk kawasan kebun pertanian sewajarnya mengetahui akan akta ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
GARIS PANDUAN... SUDAH ADA...
PAGAR LETRIK... AGAK BAHAYA....
IKUTI PERATURAN... FAHAMINYA...
BERKESAN...SELAMAT SEMUA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Rejab 1442H).

Friday, March 19, 2021

BENCANA ALAM DI MALAYSIA

NEGARA MALAYSIA
 merupakan sebuah negara di kawasan tropika yang menerima banyak hujan dan menyebakan banjir, tanah runtuh serta kerosakan harta benda. Beberapa kali apabila musim hujan atau monsoon akan berlaku kes-kes bencana alam seperti tanah runtuh yang besar sehingga mengorbankan nyawa. Sektor pertanian merupakan diantara sektor yang terjejas teruk akibat banjir dimana banyak kawasan tanaman makanan termasuk kawasan padi, sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan, ternak air, kilang kecil dan sederhana pemprosesan makanan IKS akan rosak. Lebih malang lagi apabila penduduk tempatan terpaksa berpindah ke Pusat Perpindahan Sementara Banjir (PPS) dalam musim pandemik Covid19 seperti waktu artikel diitulis iaitu bulan Januari 2021. Mereka akan lebih kecewa abpbila banjir surut dan pulang kerumah dimana banyak harta benda musnah dan perlu diganti. Perabut, perkakasan dapur, simpanan makanan, alatan eletronik, tilam, kerusi, keenderaan yang tenggelam banjir semuanya rosak dan banyak kena buang dan diganti baru. Baniir tahun 2021 dalam bulan Januari ini merupakan diantara banjir terbesar dalam beberapa tahun musim La Nina sehinggakan hampir 50 ribu penduduk dipindahkan. Tahun 2019 merupakan musim kurang hujan El Nino teruk sehingga tiada huja selama 4.5 bulan di Perlis dan Kedah Utara yang penulis blog perhatikan. Ada yang berpindah beberapa kali ke PPS apabila banjir berulang menegelamkan rumah mereka. Bagi usahawantani pula mereka akan terasa lebih malang apabila pergi kekebun sayur yang musnah atau kolam ikan yang sudah kosong apa lagi jika ternakannya pun musnah. Kejadian bencana alam banjir ini memerlukan banyak bantuan daripada semua pihak termasuk kerajaan, NGO, Wakil Rakyat, Persatuan-persatuan, orangramai dan sebagainya. Di negara kita banyak kejadian bencana alam berlaku saban tahun akan tetapi kejadian banjir merupaka antara ancaman paling serius melibatkan kerugian jutaan ringgit. Penulis blog mempunyai pengalaman berpindah akibat banjir benyak kali semasa kanak-kanak dahulu di Muar dan juga semasa bertugas di Mersing. Memang sungguh penat mengemaskan rumah selepas banjir melanda dan memulakan kehidupan semula. Hujan yang berterusan dan lebat juga menyebabkan berlakukan bencana 
tanah runtuh berlaku pada cerun potongan atau cerun kejuruteraan yang dibuat untuk menyediakan tapak pembinaan dan jalan raya. Di Kuantan dua biji rumah runtuk dan ranap sama sekali pada musim banjir 2021. Artikel tengahari khamis ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Tchnology" mengenai bencana alam di Malaysia dengan pengkhususan kepada hujan dan tanah runtuk dan beberapa akta berkaitannya dari rencana media tempatan untuk bahan rujukan semua.

Biasanya musim hujan berterusan akan menyebabkan bencana alam seperti tanah rumtuh dimana a
da yang sudah lupa bahaya tanah runtuh dan mula membina semula kawasan di pinggir cerun. Potongan cerun mesti dijalankan dengan berleluasa untuk mendapatkan kawasan rata bagi memudahkan aktiiviti pembangunan bangunan sebenarnya adalah bukan satu tindakan bijak. Di Kuala Lumpur dan beberapa bandar dikawasan tanah tinggi atau bercerun terdapat deretan rumah di depan cerun potongan berhadapan risiko tanah runtuh dalam jangka panjang. Walau pun ia bebas dari banjir akan tetapi menghadapi risiko tanah runtuh (Sila lihat foto rumah roboh di Kuantan seperti foto disebelah). Di Malaysia telah ujud satu bentuk kawalan menyentuh perkara ini oaotu Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Berlaku pindaan baru-baru ini bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengawal selia berkala bangunan dan premis di kawasan bercerun adalah langkah bijak kerajaan untuk meminimumkan kejadian tanah runtuh. Bencana berkenaan boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda dan meragut nyawa, penyelesaian terhadap masalah ini adalah rumit dan membabitkan penyelarasan pelbagai bidang kepakaran. Apa pun antara penyelesaian terbaik ialah dengan memberikan perhatian kepada seluruh kitaran pembangunan - daripada perancangan, reka bentuk, pembinaan sehingga penjagaan dan kawal selia. Dalam perancangan umpamanya, perhatian perlu diberikan kepada ‘pemetaan kestabilan cerun rantau’ oleh Jabatan Mineral dan Geosains. Mereka boleh mengenal pasti kawasan yang mempunyai risiko kegagalan cerun tinggi, sederhana atau rendah. Ada kawasan perlu dielakkan sama sekali kerana kestabilannya sangat rendah. Ada juga kawasan bercerun masih sesuai untuk pembinaan, dengan syarat garis panduan pembangunan dipatuhi.

Beberapa i
nput mesti diperolehi dari ahli geologi bagaimana kegagalan cerun lazimnya disebabkan oleh daya graviti dan sifat bahan bumi yang membentuk cerun. Secara umum, kestabilan cerun yang mana ia dipengaruhi dua faktor asas iaitu geometri cerun dan jenis batuan serta struktur geologi. Secara umum kestabilan cerun dipengaruhi faktor geologi (ketidak homogenan bahan bumi) dan faktor bukan geologi (geometri, gegaran, hujan, hakisan permukaan). Dalam mereka bentuk cerun, jurutera yang bertanggungjawab perlu diberikan perhatian serius kepada faktor geologi. Dalam konteks ini, Akta Ahli Geologi 2008 (Akta 689) perlu diguna pakai. Kini untuk memastikan kualiti maklumat bagi tujuan reka bentuk, semua maklumat perlu dibekalkan oleh ahli geologi berdaftar. Ramai tidak tahu sifat bahan bumi yang membentuk cerun sangat rumit dan tidak homogen. Cerun boleh terbentuk daripada tanah liat lembut, tanah pelbagai tekstur serta batuan lembut hingga sangat keras. Biasanya bahan bumi ini telah mengalami gangguan tektonik (gerakan dalam bumi) yang menghasilkan pelbagai bentuk struktur seperti lipatan, sesaran, rekahan dan retakan. Semua ini ialah faktor geologi yang boleh juga ia mempengaruhi kestabilan cerun. Sebagai panduan umum sebaiknya bagi kawasan perbukitan bercerun sederhana dan landai, bentuk dan sudut cerun tabii ialah gambaran cerun dalam keadaan seimbang, sebarang potongan akan menganggu asas keseimbangan dan menyebabkan risiko tanah runtuh. Semasa pembinaan cerun juga, perhatian serius perlu diberikan kepada sifat dan kelakuan bahan bumi pembentuk cerun. Sebelum cerun dipotong, ahli geologi hanya dapat mentafsir sifat bahan bumi berdasarkan pengalaman profesional dan maklumat atas permukaan.  Apabila cerun mula dipotong, maklumat baharu diperolehi, sama ada menyokong andaian awal atau perlu membuat perubahan selepas mengetahui keadaan sebenar. Dalam keadaan begini, sudut cerun dan kaedah kestabilan masih boleh diperbaiki. Kini jika diperhatikan banyak cerun dibina tanpa mendapat input ahli geologi dan akibatnya, kestabilan cerun dilakukan secara berlebihan atau terjadi kegagalan akibat faktor geologi kurang diberikan perhatian. PBT diberi mandat untuk mengawal selia semua bangunan dan premis yang telah dibangunkan berhampiran cerun buatan atau cerun tabii. Jika dilakukan secara bersistem, ia pasti dapat mengurangkan risiko tanah runtuh jangka panjang. Kerja awal yang perlu dilakukan ialah ‘pemetaan umum’ semua cerun dan mengkelaskan situasi semasanya, sama ada ia dalam keadaan stabil (selamat), menunjukkan tanda ketakstabilan atau dalam keadaan berisiko tinggi. Tanah runtuh tidak seperti gempa bumi atau banjir yang lazimnya berlaku serta merta. Sebahagian besar tanah runtuh menunjukkan tanda-tanda gerakan awalan dan bencana itu boleh mengambil masa mingguan, bulanan dan tahunan sebelum runtuhan besar berlaku. Pemeriksaan dan kawal selia umum boleh ditugaskan kepada penduduk terbabit yang boleh melaporkan kepada Unit Tanah Runtuh di setiap PBT apabila keadaan mula tidak terkawal. Tindakan susulan boleh diambil secara pantas dan lebih berfokus. Apabila terjadi bencana tanah runtuh, ia manifestasi kelemahan dalam perancangan, reka bentuk, kerja pembinaan dan penyelenggaraan sesebuah cerun buatan. Pindaan Akta 133 perlu memberikan perhatian kepada keseluruhan ekosistem kestabilan cerun. Ketika jurutera telah diberikan mandat untuk merekabentuk dan menyelia kerja pembinaan cerun, banyak kes kegagalan cerun membabitkan kelemahan dalam mengguna dan mentafsir data geologi daripada perspektif kestabilan cerun. Apa pun inilah masanya bagi PBT menguatkuasakan Akta 689 bagi kepentingan umum. Malaysia bertuah kerana kedudukan geologinya agak terlindung daripada bencana gempa bumi, tsunami dan letusan volkano. Begitupun, kita masih berdepan bencana banjir dan tanah runtuh yang amat membimbangkan.

Dalam sektor pertanian hakisan tanah yang serius mampu merugikan petani jika tidak dikawal dengan baik. Tanah hutan asli dikawasan tanah tinggi yang tidak dikawal pembukaannya akan menyebabkan berlaku tanah runtuk yang teruk (Sila lihat foto disebelah). Kawasan Tanah Tinggi seperti di Cameroon Highland dan Lojing apa yang ramai melihat selepas musim hujan akan berlaku tanah runtuk dan banyak struktur pelindung hujan (SPH) bagi tanaman akan rosak. Bergantung kepada saoz, rekabantuk dan kualiti struktur yang digunakan sebuah rumah SPH memerlukan kos diantara RM15,000 - RM25,000 satu unit termasuk sistem pengairan. Fenomena tanah runtuh di kawanan tanaman sering berlaku dimana memang ia perlu diperbaiki semula jika masih boleh dilakukan. Bagaimana pun jika tanah tersebut sudah 'hilang' maka kawasan penanaman petani pun akan berkurangan. Tanah dikawasan ini adalah jenis tanah peroi dan  udah dihasiskan atau runtuk apabila banyak hujan.  Pernah penulis blog membuat sedikit analisa untuk dibentang dalam satu kursus situasi kawasan tanah tinggi di Cameroon Highland semasa menjadi Pengarah Pertanian Pahang. Didapati keluasan kawasan yang dipasang dengan SPH luasnya mencecah 1,350 hektar CHE (Crop Hectarage Equivalent) dimana apabila hujan lebat berlaku makan semua air tidak akan dapat meresap kedalam tanah sebaliknya meluncur laju. Kesan pengumpulan air yang 'terlalu banyak' ini akan menyebakan hakisan tanah yang serius dan menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat berlaku. Sudah tidak ada lagi pokok hutan, rumput dan kayu yang menghalang air mengalir menyebabkan dalam beberapa jam boleh dikira isipadu air yang terkumpul. Pengeluaran sayuran, buah-buahan dan bungaan akan terjejas selepas berlaku musim hujan monsson yang lebat dan berlaku kerosakan infrastruktur kebun. Hasil makanan daripada kawasan tanah tinggi dari Lojing dan Cameroon Highland bukan sahaja untuk keperluan domestik akan tetapi di eksport ke Singapura juga. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
DIMALAYSIA... BENCANA TROPIKA...
SETIAP TAHUN...BANJIR MELANDA..
TANAH RUNTUH... AMAT MERBAHAYA...
PERLU DIKAWAL... SETIAP MASA...

By,
M Anem,
Senior agronomist,
Room 425, Hotel Premier Novotel,
Taiping, Perak, 
Malaysia.
( JamadilAwal 1442H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...