Support My Blog

Tuesday, December 26, 2017

AYAM SERAMA - HARGA DAN FENOMENA

AYAM SERAMA merupakan sejenis ayam hiasan yang cantik dan menarik yang mempunyai nilai tersendiri untuk dipelihara. Di negara kita ia juga dikenali sebagai Ayam Serama Malaysia adalah sejenis baka ayam katik yang berasal dari Malaysia semenjak 50 tahun lepas. Ayam Serama merupakan sejenis baka yang agak baru dimana sejarah dan asal usulnya yang tepat tidak jelas. Terdapat lagenda yang mengatakan ia merupakan keturunan dari pembiakan silang di antara burung merpati dan ayam. Cerita lain mengisahkan asal bermula dari pemberian hadiah ayam katik oleh Raja Siam kepada sultan tempatan pada zaman dahulu. Ayam Serama dipercayai berasal dari Kelantan dan ia terus dipopularkan di negeri tersebut sebelum ianya berkembang keseluruh negara. Terdapat ramai peminat ayam serama yang berpersatuan untuk tujuan membuat pertandingan ayam seram atercantik setiap tahun. Mereka akan mengadakan perjumpaan ayam serama dengan hadiah pemenang untuk ayam serama yang lumayan. Jangan terkejut mengenai harga ayam serama ini kerana ada pemilik ayam serama yang meletakkan harga sehingga pulohan ribu ringgit kerana nilai estetikanya. Kini baka moden ayam serama dipopularkan oleh Encik Wee Yean Een iaitu seorang aktivis ayam serama dari Kelantan. Beliau yang telah sejak dulu memberi nama "Serama" bersempena dengan Raja Sri Rama iaitu sebuah watak di dalam Wayang Kulit. Baka ayam katek ini pertama kali dipamerkan pada tahun 1990. Seterusnya pada tahun 2000 ayam ini merupakan kemuncak popularitinya di Malaysia. Baka ayam serama ini terjejas teruk semasa wabak selselema burung pada tahun 2004 apabila lebih dari 50,000 ekor ayam serama tersebut telah dihapuskan. Walaubagaimanapun baka ayam ini mendapat kembali kemahsyurannya sejak semula kebelakangan ini. Pada subuh ini saya menulis artikel dalam "Anim Agro Technology" mengenai fenomena dan harga ayam seram asekadar berkongsi info dengan anda semua.

Penulis blog dapati sehingga kini masih tidak terdapat penulisan mengenai piwaian bagi baka ayam serama di Malaysia. Pencirian ayam ini banyak dinyatakan oleh mereka yang pakar didalam kriteria oleh persatuan ayam serama. Kebanyakan maklumat tentang apa yang difahami oleh penternak selalunya akan disebarkan secara lisan. Ramai penternak memiliki kaedah atau jenis ayam serama yang mereka ternak tetapi sering kali penternak menyimpan beberapa kaedah ternakan. Cara atau Stail Ternakan ini sering kali dinamakan sempena gambaran darah keturunan jaguh ayam serama (contohnya. Husin, Mat Awang) dan juga bentuk umum, ciri-ciri atau kelakuan (contoh. bentuk kurus, bentuk bola, bentuk naga, teleng, stail robot). Dengan itu terdapat banyak kepelbagaian di Malaysia. Kesemua stail berlainan berlawan sesama sendiri dalam pertandingan meja terbuka (sering kali digambarkan sebagai "pertandangan cantik") dan dihakimi oleh para hakim. Ayam Serama tempatan adalah tidak terhad oleh satu set piwaian di negara asalnya dimana ini adalah penyebab mengapa Ayam serama Malaysia telah berubah begitu banyak dalam tempoh singkat dan masih berubah sehingga sekarang. Terdapat usaha bagi mengesa satu badan rasmi menentukan satu set piwaian (standard set) bagi pelbagai stail. Bagaimanapun difahamkan sesetengah orang Malaysia menegaskan bahawa piwaian tidak patut ditentukan kerana ia akan menghadkan baka. Salah seorang penternak ayam Serama yang berpengaruh menyamakannya seperti kereta. Sebenarnya penulis dapati reka bentuk bagi sesebuah model kereta sempurna tidak ditetapkan oleh kerajaan tetapi kumpulan mereka perlu juga menetapkannya bagi ayam serama. Teknologi sentiasa maju dan kita belajar dan mereka benda baru.


Dalam membuat rujukkan dinyatakan dimana pada tahun 2001 ayam serama pertama kali diimport ke Amerika Syarikat oleh KJ Theodore dari Illinois. Dilaporkan dimana ayam serama diimport ini mengandungi gen ayam dari jenis kecil melampau. Aktiviti import oleh Syarikat Schexnayder lebih besar dimana ada kes-kes iaitu berlaku kekurangan gen sebegitu. Kesemua ayam Serama di Amerika Syarikat merupakan keturunan daripada Malaysia yang diimport dahulu. Kini ayam serama telah dijual dengan meluas oleh persatuan yang diasaskan oleh Syarikat Jerry Schexnayder iaitu pemain utama bagi serama dikenali sebagai Majlis Serama Amerika Utara ("The Serama Council of North America - SCNA"). Majlis ini pertama kali berjaya memperkenalkan ayam serama ke Amerika Utara dalam pelbagai pertunjukkan Ayam Kebangsaan. Pada musim bunga 2004 dilaporkan dimana ayam Serama mencapai mercu tanda bilamana ia mempunyai pertunjukkan ayam Seramanya sendiri yang dikenali sebagai Klasik Cajun ("Cajun Classic") di Baton Rouge, Louisiana. Pada masa itu ayam Serama masih pada titik penting penubuhannya. Kini dengan ayam serama semakin popular maka ia telah mula mencipta namanya sendiri. Ayam Serama sedang dalam proses penerimaan oleh Persatuan Ayam Amerika dan Persatuan Bantam Amerika, dengan perjumpaan kelayakan pertama diadakan pada 2011. Ayam Serama di Amerika Syarikat telah menjadi pertikaian mengenai apa yang dianggap ideal atau piwaian yang perlu diterima. Dua corak pemikiran telah diamalkan bagi menternak ayam Serama samaada ia patut kekal stail Malaysia atau samaada ia perlu menyesuaikan dengan citarasa Amerika. Ideologi kedua telah menjadi peneraju dalam penternakan ayam Serama di Amerika, menengelami "perlumbaan bagi penerimaan" pada tahun 2010 dengan perjumpaan kelayakan pertama.


Daripada rujukkan mendapati ayam serama adalah ayam yang agak mudah untuk membiak. Selepas bertelur ia mengambil masa lebih kurang 19-21 hari untuk anak ayam terbentuk dan menetas (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya anak ayam lebih lemah pada suhu sejuk jika ia hendak dibanding baka ayam lain kerana bandingan saiz badannya yang kecil. Selepas menetas ia mengambil masa 16-18 minggu untuk ayam matang dan mencapai titik di mana ia sendiri sudah boleh mula bertelur. Telur ayam serama bukanlah baka yang mudah untuk menetas dari telur dimana terdapat beberapa hipotesis mengenai perkara ini. Pertama proses pembiakbakaan dalam sesama sendiri (inbred) yang mungkin salah satu sebabnya dan kedua adalah disebabkan kemungkinan saiz telur agak kecil (mungkin menghampiri had terendah yang mungkin bagi proses untuk menghasilkan telor yang mampu menetas). Tahap kebersihan yang baik,  proses pengeraman dan penternakan stok induk adalah kritikal bagi kejayaan dalam penetasan telur ayam serama. Saiz biasa bagi telur dimana ia tidak terlalu besar sekitar 2 - 3 biji telur puyuh biasa atau pun sekitar 4 - 6 biji bagi telur ayam serama yang mana ia menyerupai saiz dan ketumpatan dengan sebiji saiz telur ayam piwaian. bagi saiz ayam yang lebih kecil terdapat kemungkinannya akan bertelur yang lebih kecil tetapi terlalu kecil untuk berkembang dan menetas.


Dalam laporan sebuah akhbar tempatan bertajuk "Ayam serama kini sumber pendapatan lumayan" mendapati aktiviti menternak ayam serama tidak lagi dilupakan. Fenomena memelihara ayam serama masih segar dalam kalangan penduduk luar bandar dengan ada yang sanggup berbelanja RM12,000 bagi membeli seekor ayam serama. Salah seorang pemelihara ayam serama, Rudiman Mazlan berumur 41 tahun dari Semariang Aman, Petra Jaya, atau lebih dikenali sebagai 'Man K' mengakui ayam serama masih mendapat tempat kerana keunikan dan juga kerana kecantikannya. Beliau kini memelihara 200 ayam serama. Pada mulanya ia dibuat sebagai hobi semata-mata, namun kerana permintaan tinggi saya menukarkannya sebagai sumber pendapatan yang agak lumayan. Ketika ini beliau menjual ayam serama jenis King 650 pada harga RM4,000 yang menjadi juara pada pertandingan ayam serama di Sadong Jaya, Sarawak dan Naib Juara di Simunjan tahun ini. Dberitahu kepada wartawan diman aayam serama jenis popular iaitu Fighter Cock yang menjadi juara pertandingan ayam serama di Simunjan dengan harga RM2,000 nilainya. Seterusnya Rudiman berkata kini nilai ayam serama adalah bergantung kepada kemampuan ayam berkenaan bergaya dengan aksi menarik ketika diperagakan. Kini beliau dakwa boleh dikatakan pendapatan bulanan hasil menjual ayam seramai sekitar RM2,000 dengan setiap ekor baka ayam itu dijual pada harga RM500. Beliau pernah menjual seekor ayam serama baka terbaik pada harga RM12,000 kepada seorang peminta dari Thailand, manakala seekor lagi kepada peminat dari Indonesia pada harga RM7,000. Beliau sebenarnya memang tidak sangka ada yang sanggup menawarkan harga setinggi itu untuk ayam serama peliharaannya.


Dalam info yang penulis blog dapati dari lamanweb Sabung Ayam Online ada mempaparkan harga Ayam Serama Terbaru Di Tahun 2017. Ayam hiasan termasuk jenis ayam serama kini merupakan salah satu haiwan kesukaan ramai yang paling banyak di gemari untuk di jadikan haiwan peliharaan. Dari jenis haiwan seperti ayam batik, ayam cemani, ayam kapas, ayam ketawa, sehingga ayam serama yang biasa di sebut ayam katek maka ia kini sedang sangat popular untuk ianya di jadikan ayam peliharaan di rumah. Minat dan hobi seperti ini selanjutnya telah dijadikan satu perniagaan atau aktiviti bisness yang lumayan disebabkan ada permintaan dipasaran khusus (niche market) dikalangan peminatnya. Kajian penulis mendapati terdapat tawaran harga untuk ayam katek seperti ayam serama yang cukup tinggi. Sebahagian besar aktiviti ini bermula dengan memelihara ayam serama berpunca dari hobi suka-suka sahaja tetapi setelah melihat harga pasaran yang sangat baik maka mereka ini mendapat idea untuk menjual dan menjadikan ia sebagai sumber pendapatan baik dan lumayan. Menternak ayam serama ini mudah asalkan ada ilmu pengetahuan menghuruskan ayam ini dengan baik. Persatuan ayam serama juga ada menganjurkan kursus bagaimana menguruskan penjagaan ayam serama daripada memilih baka ayam, makanan, penjagaan kesihatan dan sebgaainya. Kini harga terbaru ayam serama dari sumber yang dipercayai memang cukup tinggi kerana ia berpunca dari kekurangan ayam serama. Perkara ini memberikan keuntungan sangat baik kepada penternak yang mempunyai baka stok yang berkualiti. Daripada semakan penulis berikut adalah harga ayam serama mengikut umur. Daftar harga Ayam Serama Tempatan pada tahun 2017 yang berumur antara 1-1.5 bulan sekitar RM15.00 seekor. Ayam serama berumur 2 bulan sekitar RM 22.50 seekor, Harga ayam serama yang berumur 3 bulan sekitar RM30.00 seekor dan Ayam serama berumur 4 bulan 45.00 seekor. Seterusnya ayam serama yang berumur 5 bulan boleh dijual dengan harga sekitar RM60.00 seekor. Seterusnya kajian pasaran bagi sepasang ayam serama induk iaitu seekor betina dan seekor jantan RM135.00 sepasang. Bagaimana pun harga ayam serama yang menjadi juara dengan baka dkenalpasti sampai puluhan ribu ringgit adalah bergantung kepada tahap perundingan diantara peminat dan penjual. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang mencecah umur 10 tahun lamanya. Wasallam!!!.
AYAM CANTIK ... ITU AYAM SERAMA...
PANDAI BERAKSI... NAIK DADANYA...
SUDAH JUARA... MAHAL HARGANYA...
KEPADA PEMINAT... IA BERMAKNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 301, Hotel Aloha,
Pusat Perdagangan Pontian,
Ponyian, Johor,
Malaysia.
(29 RabiulAwal 1439H).

Monday, December 25, 2017

SIGNIFIKAN SAMBUTAN LPNM KE 60

SAMBUTAN FIESTA NANAS 60 TAHUN sempena dengan penubuhan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah berjaya acara kemuncak pada 14 - 17 Disember 2017 di Pusat Dagangan Pontian, Pontian, Johor. Ia merupakan satu majlis gilang gemilang dengan kehadiran Menteri Pertanian, kedua-dua Timbalan Menteri Pertanian, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, YB Exco Pertanian dan Pembangunan Koperasi Negeri Johor, Pengerusi LPNM, Ketua Pengarah LPNM, YB Exco Perlacongan Negeri Johor dan seramai 32,000 pengunjung. Lebih 20 gerai pameran dan 20 gerai jualan selain daripada 15 buah food truck memeriahkan sambutan Fiesta Nanas tersebut. Banyak aktiviti yang diadakan semasa Fiesta ini termasuk Upacara Perasmian, Ceramah Ugama. Persembahan Pentas 'Rhythm of Pineapple', Acara Memancing Pantai, Pelbagai Acara Pertandingan dan sebagainya. LPNM yang ditubuhkan pada 15 Disember 1957 merupakan sebuah agensi terawal dibawah sektor pertanian dengan tumpuan untuk memajukan tanaman nanas sebagai satu komodi yang menyumbang kepada KDNK dan nilai eksport negara sejak dahulu. Malaysia memang terkenal dengan eksport nanas kaleng (nenas dalam tin) sejak awal penubuhan agensi ini walau pun kini ia lebih menumpukan kepada penghasilan nanas segar untuk pasaran tempatan dan pasaran eksport. Kini dengan pengenalan beberapa nanas varieti baru termasuk nanas MD2 telah membolehkan industri nanas negara akan terus berkembang dimasa akan datang. Bagi pasaran eksport, dengan pembukaan pasaran nanas segar MD2 ke China menjadikan ia satu peluang dan cabaran untuk negara didalam penanaman dan pengeksportan buah nanas. Kerajaan dalam pada ituu telah meletakkan nanas sebagai satu komoditi 'sumber kekayaan baru' didalam bajet 2018 bersama dengan 5 komoditi pertanian lain. Liputan akhbat tempatan seperti Utusan Malaysia beberapa kali menyiarkan laporan mengenai Fiesta ini intuk dirujuk. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya mnulis semula laporan akhbar tersebuat untuk bacaan dan rujukkan anda semua.



Laporan 1:  Signifikan sambutan LPNM ke-60

ANTARA ruang pameran yang disediakan di Fiesta Nanas. 

Wartawan Muhammad Zikri pada 21 Disember menyatakan di Fieata Nanas di Pontian adalah ibarat sirih pulang ke ganggang, keris pulang ke tampoknya. Itulah perumpamaan paling sesuai apabila sambutan Fiesta Nanas Ulang Tahun ke-60 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) diadakan di daerah ini baru-baru ini. Tepat sekali apabila LPNM yang dikenali Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu (LPNTM) semasa penubuhannya pada 1957 memilih Pontian sebagai lokasi sambutan ulang tahun tersebut. Ini kerana tanaman nanas mempunyai sejarahnya yang tersendiri di daerah ini. Beliau mengimbau kembali dimana usaha penanaman nanas yang merupakan sejenis tanaman tropika berasal dari bahagian timur Amerika Selatan diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-16 oleh pedagang-pedagang Portugis ke rantau ini. Selaras perkembangan tanaman getah pada tahun 1921, nanas mula ditanam di Singa­pura, Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan. Tanaman nanas terus berkembang dan diusahakan secara perladangan di kawasan tanah gambut terutama di Johor.


Kini Malaysia merupakan sa­lah satu negara pengeluar utama nanas dunia selain Thailand, Fili­pina, Indonesia, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Brazil, Taiwan, Australia, India dan Afrika Selatan. Justeru, penganjuran Fiesta Nanas yang diadakan di Pusat Perdagangan Pontian di sini pada 14 hingga 17 Disember lalu begitu signifikan yang berjaya menarik kira-kira 20,000 pengunjung. Menerusi Fiesta Nanas itu diadakan pameran sejarah penanaman nanas, jualan pelbagai jenis nanas dan produk berasaskan nanas selain seminar teknologi dan inovasi nanas. Pengisian program juga dimeriahkan dengan pertandingan gubahan berasakan buah nanas, pelancaran e-Pineapple serta seminar teknologi dan inovasi nanas. Turut dilancarkan kopi perisa nanas (kopi ngences), forum perdana bertajuk Bagaimana Menjadi Usahawan Berjaya, pelancaran Mobile Food Kiosk, Larian LPNM 60 tahun dan Kayuhan Basikal Lautan Biru.

Ketua Pengarah LPNM, Datuk Mohd. Anim Hosnan berkata, sejak 60 tahun lalu ada pelbagai cabaran dan halangan telah ditempuh LPNM dalam usaha untuk memartabatkan industri nanas negara. Katanya, walaupun industri itu mengalami penurunan pada tahun 1990-an, LPNM terus berusaha memastikan peranannya relevan dalam pembangunan sektor pertanian yang boleh menyumbang kepada pendapatan negara. “Memandangkan kini banyak negara mengeluarkan buah nanas mungkin daripada varie­ti sama, pegawai-pegawai perlu mempunyai ilmu teknikal yang kukuh bagi menghadapi daya saing itu. “Mereka (pegawai) juga berhadapan pengusaha dan pemain industri nanas yang mungkin berbeza pengetahuan mereka pada masa lalu dengan adanya pelbagai maklumat di hujung jari hari ini. “Dengan pengumuman kerajaan bahawa tanaman nanas akan menjadi sumber kekayaan baru, tentunya memberikan peluang kepada lebih ramai pengusaha individu mahupun syarikat untuk mengambil bahagian,” katanya ketika ditemui sempena sambutan itu baru-baru ini. Mohd. Anim berkata, persai­ngan menghasilkan buah nanas berkualiti dengan negara pengeluar nanas lain perlu dilakukan dengan cara amalan pertanian yang baik serta dapat mematuhi protokol negara-negara yang akan mengimpot nanas nanti.

Menurutnya, cabaran itu digalas 340 pegawai LPNM seluruh negara dan sudah tentu mereka bukan sahaja perlu mahir dan berpengetahuan tetapi menjadi pakar rujuk mengenai tanaman nanas dari awal, mengesan pe­nyakit, proses pembesaran, penuaian hingga soal pemasaran. Mohd. Anim yang dikenali sebagai 'doktor buah-buahan' berkata, pekebun kecil nanas juga perlu diberi pendedahan mengenai penghasilan benih nanas dan pengeluaran buah berkualiti. Peluang pekebun kecil dan pengusaha tanaman nanas bagi memasarkan nanas mereka ke luar negara terbuka luas dengan adanya pelbagai perjanjian de­ngan negara pengimport, katanya. Tambah beliau, dengan permintaan yang semakin tinggi, pengeluaran buah nanas perlu ditingkatkan bukan sahaja memenuhi permintaan domestik tetapi ke luar negara seperti menerokai pasaran China dan negara-negara Asia Barat. Sehubungan itu, Mohd. Anim berharap sambutan ulang tahun itu akan melonjakan industri nanas tempatan pada masa depan dengan menambah keluasan tanaman daripada 15,000 kepada 20,000 hektar.




Laporan 2: Fiesta Nanas jadi inspirasi tingkat kualiti, produktiviti
PONTIAN 20 Dis. – Pengusaha tanaman nanas melahirkan harapan sambutan ulang tahun ke-60 bagi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LNPM) akan terus memacu industri tersebut. Harapan itu disuarakan me­reka yang baru menceburi tanaman nanas se­ca­ra individu, ber­kelompok ma­hupun syarikat terutama tanaman nanas MD2 yang dianggap sebagai musang king pada ketika ini. Mereka yang hadir dalam Se­mi­nar Teknologi dan Inovasi Na­nas sempena sambutan itu bersukur kerana dapat menimba seberapa ba­nyak pengalaman me­ngenai tanaman nanas. Mohd. Ismi Abdullah, 40, dari Baling, Kedah, berkata, pihaknya sedang memulakan usa­ha menanam nanas MD2 di tanah seluas 32 hektar yang diusahakan secara berkelompok. “Kita berterima kasih kerana LNPM membantu usaha tersebut bagi membangunkan kawasan berbukit untuk dimajukan dengan tanaman baru dalam kalangan penduduk tempatan.  “Kehadiran kami ke seminar bagi menimba seberapa banyak ilmu mengenai penanaman nanas untuk dibawa balik ke Baling nanti dan mendedahkannya kepada pengusaha lain,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini. David Disam, 51, dari Bau, Serawak, berkata, kebenaran membawa masuk sulur nanas ke Sarawak akan memberikan peluang kepada pengusaha tempatan untuk menceburi bidang tersebut (Sila lihat foto diatas). Katanya, ta­nah seluas 129 hektar akan mu­la ditanam de­ngan nanas MD2 tidak berapa lama lagi de­ngan bimbingan dan tunjuk akar pegawai-pegawai LPNM bagi memastikan projek itu berjaya. Menurutnya, nanas bukan ta­naman asing ba­gi penduduk Bau yang dianggarkan mempu­nyai kira-kira 200 pekebun kecil yang mengusahakan pelbagai jenis varieti nanas.  “Peluang me­ngikuti seminar ini memberikan saya banyak maklumat dan pengetahuan mengenai nanas MD2 yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pemain industri tersebut,” jelasnya. Bagi Khairiah Che Zin, 55, seperti pengusaha lain, dia mengusahakan tanaman nanas MD2 pada 2016 yang memberikan pulang yang baik melalui ladang kontrak bersama-sama FAMA. Katanya, tanaman itu akan diperluaskan pada tahun depan dengan cadangan penanaman 70,000 pokok nanas MD2 di atas tanah seluas 2 hektar berdasarkan kejayaan penanaman sebelum ini.


Laporan 3: Tanah terbiar ditanam nanas
TAJUDDIN ABDUL RAHMAN selepas merasmikan Seminar Teknologi dan Inovasi Nanas sempena Fiesta Nanas 60 tahun di Pontian, Johor, semalam. Berita yang keluar pada 16 Disember 2017 di petik Utusan Malaysia di Pontiianm dimana kini lebih 200,000 hektar tanah terbiar di seluruh negara berpotensi dimajukan dengan tanaman nanas yang kini mendapat permintaan tinggi untuk pasaran eksport. Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, projek itu boleh dibangunkan menerusi Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dengan nanas sebagai tanaman utama. “Bagi menjayakannya, ke­rajaan negeri boleh memberikan peluang kepada koperasi mahu pun Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk memajukan tanah terbiar de­ngan tanaman tersebut. “Peluang ini perlu direbut masyarakat luar bandar yang mempunyai tanah-tanah terbiar melalui bimbingan dan tunjuk ajar Lembaga Perin­dustrian Nanas Malaysia (LP­NM),” katanya. Beliau berkata demikian da­lam sidang akhbar sele­pas merasmikan Seminar Tek­no­logi dan Inovasi Nanas sempena Fiesta Nanas di Hotel Pontian di sini malam tadi. Seramai 150 peserta menghadiri seminar itu bertujuan memberi input dan penekanan mengenai hala tuju industri nanas selaras dengan matlamat Dasar Agromakanan Negara (2011-2020). Yang turut hadir, Pengerusi LPNM, Datuk Samsolbari Jamali, Ketua Pengarah LPNM, Datuk Mohd. Anim Hosnan, Ketua Penolong Pegawai Da­erah Pontian, Abd. Hakim Abd. Manap dan Pengerusi Pela­dangNita negeri, Zarina Mohd. Bain. Tajuddin berkata, peng­usaha mampu memperoleh pendapatan RM5,000 sebulan bagi setiap hektar tanaman dan jumlah tersebut selari dengan sasaran LPNM pada tahun 2020. Menurut beliau, tanaman nanas dianggap sebagai sumber kekayaan baru berdasarkan permintaan yang tinggi di luar negara sekali gus memerlukan lebih banyak kawasan tanaman yang baharu.

Laporan 4: Pengeluaran nanas meningkat dan Lima inisiatif baharu mampu tingkat pendapatan petani
AHMAD SHABERY CHEEK memegang buah nanas ketika Majlis Perasmian Fiesta Nanas di Pusat Perdagangan Baru Pontian semalam. Turut hadir Samsolbari Jamali (dua kiri) dan Ismail Mohamed (kanan). Uutusan juga pada 15 Disember 2017 yang menyatakan Lembaga Perindustrian Na­nas Malaysia (LPNM) men­­jangkakan pengeluaran na­nas negara mampu meningkat sebanyak 20 peratus pada tahun depan menerusi pelaksanaan lima inisiatif baharu. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, inisiatif tersebut adalah dengan kaedah memperluaskan kawasan tanaman nanas, penyediaan modal awal dan ge­ran, penyelidikan bagi menghasilkan benih lebih baik dan variati, pengeluaran produk hiliran serta pelaksanaan program bagi me­ningkatkan kesedaran pengguna. “Menerusi lima inisiatif baharu ini, dijangkakan pengeluaran nanas akan meningkat sebanyak 20 peratus pada tahun depan iaitu mencapai sebanyak 437,930 metrik tan dengan nilai penge­luaran RM636 juta. “Impak pelaksanaan inisia­tif tersebut, pasaran nanas semasa akan tumbuh sebanyak 45 peratus dengan nilai anggaran eksport RM200 juta pada tahun depan,” katanya selepas beliau merasmikan Fies­ta Nanas 60 sempena Sambutan 60 Tahun LPNM di si­ni hari ini. Yang turut hadir ialah Pengerusi LPNM, Datuk Samsolbari Jamali serta Pengerusi Jawatankuasa Per­tanian dan Industri Asas Tani, Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi negeri, Ismail Mohamed. Ahmad Shabery berkata, menerusi insiatif itu juga, kemente­riannya berharap akan dapat meningkatkan produktiviti pe­tani khususnya menerusi penanaman nanas variati MD2 yang mendapat pasaran yang baik dari China. “Kita mensasarkan mampu me­­­nampung permintaan 20 kon­tena seminggu untuk di eksport ke China. Buat masa ini, hanya lapan kontena saja dapat dibekalkan ke negara ber­kenaan,” katanya. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, negara pada masa ini mengimport 100 juta kelapa bagi menampung permintaan pasaran tempatan dan dijangka meningkat pada masa depan. Katanya, LPNM kini menggalas cabaran baharu dalam pengelua­ran kelapa dan lembaga itu sedang mengenal pasti variati kelapa yang sesuai untuk dikembangkan tanamannya mulai tahun depan.
FIESTA NANAS... SUDAH DILAKSANA...
RAMAI DATANG... SEMUA GEMBIRA...
LAPORAN AKHBAR... SUDAH ADA...
PESTA TAHUNAN...ADA DI USAHA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 301, Hotel Aloha,
Pusat Perdagangan Pontian,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(17 Disember 2017)

Sunday, December 24, 2017

FOOD TRUCK - KONSEP NIAGA BARU

KONSEP PERNIAGAAN 'FOOD TRUCK' kini merupakan satu cara baru berniaga makanan yang diterima ramai. Penulis blog yang telah membuat penelitian tentang konsep perniagaan ini mendapati ia merupakan satu fenomena yang semakin diterima ramai. Penulis blog bersama KSU MoA juga merasa minuman jus nanas dari Food Truck sempena Fiesta nanas 60 tahun di Bandar Pontian, Johor dimana didapati ia memang canggih (Sila lihat foto diatas). Walaupun penulis blog rasakan perniagaan food truck di Malaysia merupakan satu fenomena baru tetapi konsep perniagaan jenis ini menjadi semakin popular dan meraih perhatian ramai. Food truck kini boleh didapati merata-rata tempat terutama di ibu kota Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Bahru dan banyak bandar lain diseluruh negara. Semakin banyak kereta food truck sebenarnya dan penulis dapati semakin hebat kadar persaingan dimana seseorang usahawan perlu membuat strategi yang betul. Pada saya penjual makanan ini adalah perlu menawarkan produk jualan yang terbaik bagi pelangan. Jika menjual makanan berkualiti maka makanan yang dijual perlulah menggunakan bahan-bahan yang segar. Memang tidak salah jika penjual juga menghebahkan kepada pelanggan tentang bahan-bahan yang digunakan melalui pelbagai cara. Paling mudah dengan menampalkan iklan pada food truk atau pasang banner yang menjelaskannya. Peniaga boleh juga meletakkan papan tanda di food truck mereka yang mana ia memberitahu pelanggan bahawa penjual hanya menggunakan bahan-bahan organik atau bahan-bahan segar dalam masakkan yang datang dari hasil bahan mentah dari kebun sendiri kepada mereka yang ada kebun. Sudah tentu pelanggan lebih tertarik kepada citarasa dan harga yang ditawarkan. Pastikan juga yang penjual akan menjual makanan yang enak dan sukar ditandingi food truck lain. Kini golongan usahawan muda mampu untuk mendapat pendapatan baik dengan berniaga food truck tetapi perlu mengikut semua syarat-syarat dan peraturan yang ada. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis potensi berniaga makanan dengan konsep 'Food Truck' sebagai bahan untuk dijadikan bahan rujukkan.

Pada masa ini terdapat banyak bantuan daripada pihak kerajaan, institusi umum kewangan dan sebagainya yang boleh memberikan bantuan untuk memulakan perniagaan food truck. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Program Unit Agropreneur Muda (UAM) adalah salah satu unit adakan program yang memberikan bantuan untuk memulakan perniagaan ini. Pemohonan yang diluluskan kepada pemohon diberikan bantuan sekitar maksima RM20,000 untuk membeli kenderaan food truck mengikut kesesuaian. Mereka yang berminat boleh memohon melalui lamanweb atau jabatan agensi berkaitan untuk diproses. Pada penulis blog dapati kebanyakan peniaga yang memulakan food truck pernah bekerja sebagai chef atau tukang masak. Mungkin ada yang kurang berpengalaman tetapi majoritinya sanggup untuk mengeluarkan wang membeli trak, perkakasan serta bahan mentah kerana mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang masakan. Ada  juga yang mana beliau sanggup berbelanja sedemikian untuk food truck, tidak kedekut atau lokek dengan pelanggan. Ini kerana ramai para pelanggan mengharapkan makanan yang enak dihidangkan menggunakan bahan-bahan berkualiti yang secukupnya. Jika anda menawarkan makanan yang tidak berkualiti maka ada mungkin banyak lagi food truck di luar sana yang boleh menarik pelanggan. Jika apenjual terlalu kedekut dalam penggunaan bahan-bahan mentah dalam masakan, mungkin pelanggan tentunya akan memilih food truck lain. Pada saya jika anda pemilik food truck maka tentunya berkesempatan untuk berbual dengan pelanggan yang datang membeli makanan anda. Ini adalah peluang terbaik anda melakukan penyelidikan tentang kehendak pelanggan. Jangan lepaskan peluang ini dengan membuat perkhidmatan yang terbaik. Gunakan sepenuhnya untuk nakal peniaga bertanya sendiri kepada para pelanggan tentang pendapat mereka iaitu bagaimana tentang makanan di food truck anda dan cara anda boleh baiki untuk menjadikan makanan jualan anda lebih enak dan menarik. 

Dalam seseorang itu untuk memulakan perniagaan food truk ini perlu bersedia dengan beberapa soalan. Antaranya seperti adakah pelanggan selalu menerima makanan yang dipesan tepat pada waktunya?. Perlu diketahui sikap pelanggan sama ada mereka pernah datang kelokasi food truck dan makan dengan food truk memberi kesan. Terdapat sesetengah ahli masyarakat yang malu dan takut untuk makan disini akibat memikirkan status dan kebersihan makanan. Makanan yang disukai oleh pelanggan sebaiknya dari menu yang biasa dihidangkan dan jika enak dengan harga berpatutan akan mempastikan pelanggan datang berulang. Sebaliknya jika layanan tidak menarik, makanan pula tidak sedap dan mahal menyebabkan pelanggan akan lari. Pada penulis blog yang juga sering dapatkan makanan daripada food truk mendapati sikap pelanggan mempunyai harapan tinggi terhadap konsep jualan ini. Lazimnya para pelanggan memang mahukan resipi makanan yang berlainan dan enak tanpa memerlukan mereka untuk membuat tempahan di restoran terkemuka. Jika anda dapat menawarkan hal ini pada para pelanggan maka meletakkan tanda harga pada usaha anda. Letakkan tanda harga pada makanan dijual dengan harga berpatutan dan dapat bersaing dengan food truck lain. Pada penulis blog sebenarnya bukan semua food truck menawarkan makan ‘gourmet’. Jika food truck anda hanya menjual burger dan hotdog biasa janganlah pula letakkan tanda harga yang tinggi. Walaupun mungkin pada mulanya pelanggan mungkin tidak sedar tetapi pada lama-kelamaan mereka tentunya akan membeli dari food truck lain yang menawarkan harga yang lebih berpatutan.

Pengalaman berniaga food truk perlu satu kesabaran. Tidak kiralah sudah berapa lama anda telah berkecimpung dalam perniagaan food truck ini kerana anda akan sentiasa mempelajari akan beberapa perkara yang baru setiap masa. Kalau anda telah berpengalaman sebaiknya anda juga mempunyai ilmu yang boleh diajar kepada mereka yang baru hendak mula berniaga. Anda perlu anggap peniaga food truck lain sebagai pesaing tetapi mereka bukanlah musuh dalam perniagaan. Pada pandangan saya seharusnya penjual dan peniaga food truck lain berganding bahu supaya perniagaan food truck ini berkembang sebagai satu aspek persaingan yang sihat. Peniaga semuanya mahukan tahap keuntungan dan sebaiknya bekerjasama bagi pastikan agar semua untung. Peniaga baru lazimnya perlu masa untuk mengenali peniaga food truck lain yang berniaga dan komunikasi berhampiran anda. Mereka mungkin boleh memberi maklumat penting tentang pelanggan yang anda mungkin tidak tahu. Peniaga tahu mungkin pesaing anda boleh menjadi rakan kongsi satu hari nanti. Dalam dunia perniagaan dilaporkan semuanya boleh terjadi. Sebaiknya membuka minda anda dan jangan lepaskan peluang untuk membina pertalian persahabatan yang baik. Secara logiknya tidak mungkin peniaga mahu berkasar dengan pelanggan kerana sumber keuntungan dan pendapatan datangnya dari pelanggan. Semua peniaga tentunya tahu dan arif tentang hal ini. Malahan banyak yang menganggap bahawa ada juga pelanggan patut terhutang budi pada mereka. Kebanyakan chef atau tukang masak merasakan bahawa mereka dapat menghasilkan makanan yang enak dan pelanggan.  

Berniaga dalam food truck mungkin agak kurang selesa kerana ruang sempit, panas dan masaalah lain. Penulis yang mencuba berniaga selama 15 minit dalam food truk menjual kebab nenas daging bersama Dato Seri Dr Ismail, iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dapat merasainya (Sila lihat foto disebelah). Acara ini sempena perasmian 6 orang penerima kenderaan Food Truk daripada unit UAM MoA dan melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sempena Fiesta Nanas 60 tahun di Pontian. Bagimana pun dihadapan pemberita, pelanggan dan orang awam, penulis mampu kontrol mancho semasa menyediakan makanan kebab tersebut dan laku dijual sebanyak 11 keping dalam masa 15 minit sahaja dengan harga promosi. Rupanya resepi kebab daging dengan hirisan nanas manis amat hebat akan rasa enaknya!. Ini merupakan resepi baru yang dijual oleh anak muda dari Selangor yang berniaga di Shah Alam dengan kenderaan food truk yang menerima bantuan daripada UAM. Dalam kes lain lazimnya sama ada food truck anda berada di kawasan pejabat dan menjual makanan tengah hari atau berada di acara keramaian tertentu pastinya para pelanggan mahukan sesuatu yang akan menggembirakan mereka seperti makanan yang lazat. Makanan jualan anda yang dimasak dan disiapkan dengan rapi tentunya akan memberi pelanggan kepuasan. Sebaiknya penjual juga harus merasai nikmat menjalankan perniagaan ini sepenuh hati. Dalam pada itu kini kerap kita baca atau dengar orang berbincang tentang perniagaan food truck dan sekali sekala kita akan dengar pegawai kanan kerajaan atau ADUN menyebut orang muda kini suka berniaga food truck dimana ia seolah-olah kini merupakan satu model perniagaan baharu yang bakal membuka satu pasaran perniagaan yang belum pernah diceburi masyarakat sebelum ini. Tetapi sebenarnya food truck ini bukanlah perkara baharu kerana ia sudah wujud zaman berzaman. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

FOOD TRUK .... CARA BERNIAGA...
MODAL DISEDIA...HENDAK MULA...
MAKANAN ENAK... SELAMAT PULA...
PENDAPATAN BAIK... JIKA BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 301, Hotel Aloha,
Pusat Perdagangan Pontian,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(16 Disember 2017).

Saturday, December 23, 2017

AYAM - APA SAYA FAHAM

AYAM (Chicken) merupakan sejenis haiwan berkaki dua yang boleh dijinakan dan digunakan oleh manusia sebagai sumber makanan. Jenis Ayam Ternakan (Gallus gallus domesticus) pula adalah sejenis unggas yang selalunya dipelihara orang untuk dimanfaatkan bagi keperluan hidup pemeliharanya. Ayam jenis tempatan (selanjutnya kita akan sebut sebagai “ayam” saja) merupakan hasil kacukan daripada ayam hutan (Gallus gallus) dengan ayam biasa. Kini terdapat beratus-ratus jenis ayam yang ujud didunia hasil kacukan yang dilakukan semenjak dahulu lagi. Paling asas kini terdapat 3 kategori ayam iaitu AYAM PEDAGING, AYAM PENELUR dan AYAM HIASAN. Bagi ayam daging ia diternak untuk menghasilkan daging ayam dalam masa singkat sahaja dan dijual dalam bentuk ayam hidup atau ayam siap proses. Ayam Telur diternak untuk mendapatkan telur ayam dan apabila sudah tua dan tidak produk ayam ini dijual sebagai ayam pencen untuk dagingnya. Ayam hiasan pula terdiri daripada baka untuk menjadi ternakan hobi sahaja seperti ayam serama, ayam kate, ayam laga dan sebagainya. Malaysia menghasilkan lebih daripada 225 juta ekor ayam daging setahun (2014) dimana ia merupakan sumber protin paling utama di makan berbanding dengan daging lain dipasaran. Selain daripada semua orang yang suka makan daging ayam, semua bangsa tidak mengira umur, jantina dan lokaiti akan memakan ayam. Kini terdapat banyak syarikat besar dan kecil berniaga berasaskan daging ayam diseluruh dunia. Di negara kita ada KFC, Marybrown, Kenny Rogers, Mc Donalds dan sebagainya yang menjual ayam goreng, burger ayam dan lain-lain produk. Di Pasar malam pula ada Ayam Goreng, Sate Ayam, Ayam Golek, Ayam MAdu, Kepak Ayam dan sebagainya untuk dimakan. Artikel petang ini saya menulis lagi di dalam "Anim Agro Technology" artikel ke 2,690 mengenai ayam yang menjadi keperluan penduduk dunia.


Laporan menunjukkan ayam menunjukkan sedikit perbezaan morfologi di antara kedua jenis jantina antara ayam Jantan dengan Ayam Betina (Sila lihat foto sebelah). Ayam Jantan lazimnya adalah mempuyai saiz badan lebih besar dan tinggi dan bersifat sangat aktif. Ayam jantan juga lazimnya mempunyai kaki panjang, kepala yang besar dan warna bulu yang menarik serta kelihatan gagah. Bulu ekornya yang panjang ada yang sehingga mencecah tanah. Ia suka bertarung untuk menunjukkan kehebatannya pada waktu-waktu tertentu. Ayam Betina pula lazimnya mempunyai saiz badan lebih kecil dengan kurang menarik warnanya. Ia mempunyai bulu ekor yang pendek dengan warna yang tidak kuat. Ayam betina lazimnya mampu bertelur setelah cukup matang dan berbunyi bising. Ayam betina juga mampu mengeramkan telurnya secara semulajadi sehingga menetas menjadi anak ayam. Lazimnya ibu ayam akan menjaga anak-anaknya sehingga mampu berdikari. Bagaimana pun jenis ayam daging tidak dapat ditentukan sama ada ia seperti ayam jantan atau ayam betina kerana dikurung dalam saiz reban yang kecil saja sifatnya. 


Ayam merupakan jenis haiwan peliharaan yang sangat pandai dengan sebarang keadan (adaptive). Kalau tuannya berpindah kekawasan baru yang lebih panas atau sejuk ia amat mudah menyesuaikan diri. Apa yang penting bagi ayam adalah menerima bekalan makanan yang cukup untuk dia hidup. Kalau dahulu kebanyakan ayam kampong boleh terbang saya agak sekarang semakin kurang ayam yang berkemampuan terbang kerana banyak makanan tersedia diatas tanah diberikan oleh pemiliknya. Fungsi kepak ayam yang asalnya untuk terbang kini hanya sesuai dimakan sahaja sebagai 'chicken wing'. Hanya Ayam Hutan sahaja yang ringan dan bertubuh kecil sering terbang terutama diladang-ladang kelapa sawit selepas waktu hujan.Antara pemangsa ayam dikawasan kampong adalah seperti Helang, Ular, Biawak, Musang anjing liar dan sebagainya. bagaimana pun ayam dalam reban ayam bunyi bising apabila ada pemangsa datang hendak menyerangnya tidak mengira waktu siang atau malam. Ketakutan ayam dengan menghasilkan bunyi khas akan memberikan 'allert' kepada tuannya. 


Ayam Laga pula ada jenis ayam yang semulajadinya hidup untuk berlaga. Kini mempunyai ayam laga telah menjadi satu industri dibeberapa negara tertentu didunia yang dikaitkan dengan perjudian dan pertarungan. Ayam laga secara semulajadi akan bertarung sehingga salah satu mengalah dan tewas dalam pertarungan. bagaimana pun manusia telah memasang pisau tajam menggantikan taji asli untuk bertarung menyebabkan ayam laga yang tewas akan luka teruk atau mati. Kejamnya manusia tetapi mereka jadikan laga ayam sebagai satu hiburan dan perjudian. Aktiviti ini diharamkan di Malaysia dimana mereka yang melakukannya boleh ditangkap dan didakwa dimahkamah. Kini pertandingan Ayam Serama  merupakan sejenis ayam katek yang mempunyai warna bulu, bentuk, bunyi dan kerenah yang merarik. Sila baca tulisan saya mengenai ayam serama dalam artikel sebelum ini (Sila klik disini). Ayam serama telah menjadi satu aktiviti tahunan dimana peminat mereka akan mempertandingkan ayam serama yang unik dan cantik. Ayam serama ada yang dijual dengan harga beribu-ribu ringgit seekor kerana kecantikan dan gay persembahannya. Peminat ayam serama masih ada disemua peringkat dan ia sering dilaporkan dalam akhbar tempatan. Apa-apa pun semua orang memang ramai yang suka makan daging ayam walau pun harga pasaran semakin naik dipasaran. Selamat Berpuasa!. Wasallam!!...


AYAM DAGING... BANYAKNYA...
AYAM TELUR... DITERNAK JUGA...
TAHI AYAM... JUGA BERHARGA...
LAGU AYAM...JALIL HAMID PUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bazar Ramadan Precint 2,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(7 Ramadan 1435H)

Friday, December 22, 2017

KAJIAN PENYAKIT TANAMAN NANAS

AKTIVITI KAJIAN PENYAKIT TANAMAN NANAS adalah merupakan kerja penyelidikan berkaitan bermacam jenis penyakit dan perosak tanaman nanas yang dijalankan sejak lama oleh Instutusi Penyelidikan, Universiti dan pelbagai pihak lagi. Nanas (Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman dari keluarga Bromaliaceae dimana ia adalah jenis buah-buahan tropika yang telah lama diusahakan di negara kita Malaysia terutama di Negeri Johor. Pada masa awal dahuli Jabatan Pertanian merupakan pihak yang memajukan tanaman nanas sebelum penubuhan Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu pada tahun 1957. Jabatan Pertanian yang diujudkan semenjak 1905 menjalankan program pembangunan tanaman nanas disekitar kawasan tanah gambut di Johor sehingga Malaya menjadi pengeksport nanas kaleng (nanas dalam tin) terbesar didunia pada zaman itu. Kini terdapat seluas 25,774 hektar kawasan fizikal kebun nanas dimana hanya 13,148 hektar sahaja di tanam pada 2016. Daripada jumlah tersebut seluas 10,354 hektar mengeluarkan hasil sebanyak 391,714 metrik tan bernilai sekitar RM515.48 juta (Sumber: Laporan Statisk Industri Nanas, LPNM 2016). Varieti nanas N36 mendominasi penanaman nanas dengan keluasan 2,462 hektar (18.7%) diikuti dengan nanas Josapine seluas 1,960 hektar (14.9%) dan Nanas MD2 seluas 1,547 hektar (11.7%). Nanas Moris yang dahulu paling luas ditanam hanya ada seluas 1,659 hektar sahaja (12.6%). Negeri Johor yang masih merupakan paling luas menanam nanas dengan jumlah keluasan 8,934 hektar (68%) menghasilkan sebanyak 273,949 metrik tan buah nanas yang bernilai sekitar RM350.2 juta pada tahun 2016. Industri tanaman nanas negara terus berkembang saban tahun apabila nanas MD2 mendapat permintaan baik dikalangan pengguna tempatan dan pasaran eskport untuk dimakan segar. Bagaimana pun penulis blog "Anim Agro Technology" mendapati banyak cabaran dalam amalan agronomi penanaman nanas terutama untuk varieti nanas premium MD2 dan jenis nanas lain. Banyak kajian dijalankan mengenai tanaman nanas termasuk kajisn mengenai penyakit oleh para saintis seperti yang ditulis dalam artikel kali ini. 


Didalam penulisan saya sebelum ini terdapat 4 jenis penyakit tanaman nanas dan 3 perosak utama tanaman nanas yang lazim dijumpai di Malaysia. Serangan penyakit dan tanda serangan serta kaedah kawalah yang dijalankan juga amat umum didalam banyak rujukkan. Penyakit Nanas yang pertama dikenalpasti sebagai Penyakit Reput Pangkal yang disebabkan oleh patogen dikenali dengan Thielariopsis paradoxa. Diantara sebab serangan penyakit ini adalah jika bahan tanaman berlaku dan kejadian reput di pangkal adalah kerana berlaku apabila sistem penyimpanan tidak teratur. Tanda serangan penyakit dimana terdalat 'lesion' yang akan  bertukar ke hitam. Kaedah kawalan dengan memperbaiki sistem penyimpanan dan pembungkusan bahan tanaman. Rawatan anakbenih dengan mencelup bahan tanaman dalam captofol atau benomyl atau bordeaux mixture mampu kurangkan serangan. Jenis penyakit nanas ke 2 adalah apa yang dinamakan 'Buah Collapse' yang disebabkan oleh patogen (Erwinia chrysanthemi) dengan tanda dimana buah menjadi lembut dan busuk. Ia bermula dengan kulit bertukar dari ungu ke hijau pekat. Kaedah kawalan dengan cara membuang semua pokok yang berpenyakit dan disembur vektor dengan racun jenis heptachlor. Penyakit ke 3 adalah Penyakit Mata Dalam yang disebabkan oleh Penicillium funiculosum dimana ia menyebabkan dinding ovari menjadi keras seterusnya ke bahagian teras. Kawal perosak kutu (mite) dengan semburan racun serangga atau sembur dengan campuran bordeaux. Cara lain adalah dengan mengurangkan baja nitrogen. Penyakit nanas ke 4 adalah Penyakit Reput Teras disebabkan patogen Erwinia chrysanthemi. Tanda serangan dimana daun-daun menjadi lembut dan busuk. Daun-daun biasanya bergelembung gas. kaedah kawalan dengan mengamalkan amalan kultura yang baik dan membaiki saliran. Sementara itu dua jenis perosak yang menyerang tanaman nanas adalah (1) KOYA  (Dysmicoccus brevipes) dimana serangga ini memakan daun, akar dan buah nanas. Kemudian daun bertukar merah bermula dari hujung daun dan akhirnya menyebabkan pokok layu. Bahan kimia seperti Methyl Engenol sebagai promar sebagai umpan dengan Malathion (0.1% a.i). Serangga ke (2) pula adalah TERITIP (Diaspis bromeliae) yang mana ia memakan daun, buah dan batang (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya tompok-tompok kloronik terbentuk di daun. Kawalan adalah dengan kaedah menyembur dengan racun malathion 0.15% a.i atau minyak putih 2.0% a.i. Serangga ke 3 yang menyerang tanaman nanas adalah (3) HAMA MERAH (Stigmacus floridanus) Makan pada daun tua sebabkan lekuk-lekuk coklat di bahagian yang diserang. Sembur dengan dicofal atau amitraz atau hexythiazox 0.1% a.i.. Semburan dilakukan mengikut label.


Dalam pada itu kajian penyakit tanaman nanas telah bermula pada September 2014 melalui kerjasama diantara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dengan tujuan utama untuk mengenalpasti punca penyakit yang menyerang tanaman nanas dan cadangan untuk merawat dan mengawal penyakit-penyakit ini secara racun kimia dan juga biologi. Beberapa penyakit yang ada menyerang tanaman nanas telah dikenalpasti berdasarkan sampel-sampel penyakit yang diperolehi daripada lapangan, Antara penyakit yang kerap berlaku terutamanya ketika musim hujan dan kawasan tanaman yang tidak mempunyai saliran air yang sempurna adalah penyakit reput teras dan buah hantu yang disebabkan oleh patogen bakteria Erwinia chrysanthemi (juga dikenali sebagai Dickeya sp). Bakteria ini akan menyerang pada teras pokok yang dapat dikenalpasti dengan simptom reput berair dan berbau busuk dan kebiasaannya semua teras boleh dicabut dengan mudah daripada pokok. Patogen bakteria ini juga dapat menyebabkan penyakit pada buah yang dikenali sebagai buah hantu. Penyakit yang dapat dikenalpasti dengan symptom penyakit yang kelihatan 2-3 minggu sebelum buah dijangka masak. Buah yang dijangkiti akan mengeluarkan cecair berserta gelembung-gelembung gas melalui celah-celah mata pada buah nanas. Buah yang dijangkiti tidak boleh dimakan kerana buah ini hanya mempunyi serabut-serabut rangka sahaja. Selain penyakit yang disebabkan bakteria, terdapat juga penyakit disebabkan kulat seperti penyakit reput mata hitam yang kerap berlaku ketika cuaca yang panas terik yang memberi kesan selaran matahari pada kulit buah. Patogen kulat ini hanya akan menyerang pada buah apabila terdapat kesan luka pada buah yang membuatkan reput hitam pada mata dan terusnya pada isi nanas. 


Tanaman nanas juga sering diserang oleh penyakit layu kekuningan yang mana ia disebabkan oleh virus. Virus ini hanya dapat dipindahkan ke dalam pokok nanas melalui koya yang menghisap cairan sap daripada bahagian daun, buah dan juga akar nanas. Populasi koya yang tinggi selalunya dilindungi oleh semut hitam menjadikan koya juga mudah dipindahkan daripada satu pokok nanas ke pokok yang lain. Penyakit Layu Virus boleh dikenalpasti dengan simptom hujung daun akan layu, kering dan sedikit bergulung. Jangkitan yang serius akan menyebabkan buah yang dihasilkan mempunyai bentuk yang tidak sempurna atau mempunyai rasa yang tidak manis. Kawalan penyakit amat penting bagi memastikan tanaman nanas tidak rosak dan mampu menghasilkan buah yang berkualiti tinggi. Rawatan racun boleh dilakukan pada bahan tanaman seperti sulur dengan mengunakan racun yang diluluskan. Kajian di UiTM diperingkat makmal menunjukkan racun kimia yang mempunyi bahan aktif Difenoconazole berpotensi untuk merencat pertumbuhan bakteria Erwinia. Walau bagaimana pun hasil kajian ini perlu diuji di lapangan. Kajian biologi juga turut dijalankan bagi mengawal penyakit reput mata hitam dan koya di makmal dan akan diuji diperingkat lapangan pada masa akan datang. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology diluar sana. Wasallam!!!.
TANAM NANAS... ADA PENYAKITNYA...
PEROSAK NANAS... TIGA SEMUANYA...
PERLU DIKAJI... CARA SERANGANYA...
BUAT KAWALAN... BUAH NANAS DIJAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2305, Pullman Hotel & Resorts,
Putrajaya Lakeside,
Precint 5, Putrajaya, WP,
Malaysia.
(21 Disember 2017)

Thursday, December 21, 2017

NANAS - SUMBER KEKAYAAN BARU!

NANAS (Ananas comosus) merupakan salah satu komoditi yang dinyatakan dalam Bajet 2018 sebagai satu 'Sumber Kekayaan Baru' negara. Selain nanas komoditi lain seperti tenusu, ruminan, kelapa, jagung bijian dan sektor kulinari.  Dalam memperkasa dan memajukan sektor pertanian negara, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6.5 bilion dalam Bajet 2018, memberi manfaat kepada mereka yang terlibat dalam sektor pertanian meliputi pesawah, petani, pekebun kecil, nelayan dan penternak. Dinyatakan ketika membentangkan bajet itu di Dewan Rakyat sebanyak RM2.3 bilion diberi dalam bentuk bantuan dan insentif seperti baja serta input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan selain hampir RM500 juta bagi tujuan menambah baik infrastruktur pengairan di kawasan pertanian dan menaik taraf jalan ladang. Selain itu PM Najib yang juga Menteri Kewangan berkata hampir RM200 juta pula akan diperuntukkan bagi program penanaman semula getah dan menyediakan kemudahan infrastruktur dengan meningkatkan pengeluaran susu getah berbanding getah beku mangkuk, sekaligus meningkatkan pendapatan para pekebun kecil. Apa yang menarik dimana turut diumumkan adalah bajet 2018 peruntukan hampir RM140 juta bagi program pembangunan dan penanaman semula kelapa sawit termasuk promosidimana ia bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50)’. Dalam usaha memperkasakan sektor pertanian dicadangkan sebanyak RM200 juta disediakan bagi inisiatif Sumber Kekayaan Baharu iaitu khususnya untuk penanaman jagung bijian, kelapa, durian, nanas dan sektor kulinari serta industri tenusu dengan menubuhkan Lembaga Tenusu dan Ruminan. Dalam ucapannya dinyatakan dimana di Hong Kong, harga durian Musang King dikhabarkan telah mencecah RM800 sebiji,” kata Najib. Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan memperkenalkan skim khas dalam usaha untuk program peningkatan pengeluaran kelapa melalui kaedah atau pendekatan penanaman semula kelapa variasi baharu dari jenis CARECA dan MATAG dengan bajet peruntukan sebanyak RM50 juta untuk dimanfaatkan 10,000 pekebun kecil. Dalam pada itu pengurusan industri kelapa pula akan digabungkan di bawah satu lembaga bersama-sama industri nanas dan buah-buahan. Najib turut mengumumkan bantuan sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan sementara pesawah menunggu hasil tuaian padi dengan peruntukan hampir RM150 juta kepada pesawah padi. Artikel malam ini say amenulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai nanas sebagai satu daripada sumber kekayaan baru yang dipetik daripada akhbar tempatan sempena Fiesta Nanas 60 tahun baru-baru ini di Pontiaan. Johor.


Dalam dada akhbar harian Metro dipaparkan yang bertajuk "Nanas, sumber kekayaan baru" dimana foto Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyempurnakan Fiesta Nanas 60 sempena Sambutan Ulang Tahun 60 Tahun LPNM. oleh wartawan Mary Victoria Dass dan jurugambar Encik Hairul Anuar. LEMBAGA Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mensasarkan untuk meningkatkan pengeluaran nanas sebanyak 20 peratus pada 2018 berjumlah 437,930 metrik tan dengan nilai sebanyak  RM636 jutaMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga berkata, pihaknya telah pun mensasar kadar pertumbuhan pasaran nanas semasa iaitu diantara 45 peratus pada tahun depan dengan nilai eksport RM200 juta. Beliau berkata, pihaknya juga memfokuskan usaha mengimbangi penawaran dan permintaan khususnya bagi pasaran China. “Kami mensasarkan penanaman akan mampu menampung permintaan 20 kontena seminggu untuk di eksport ke China. “Buat masa ini, hanya lapan kontena saja dapat dibekalkan ke China,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Fiesta Nanas 60 sempena Sambutan Ulang Tahun 60 Tahun LPNM di Pusat Perdagangan Bandar Baru Pontian di sini, hari ini. Hadir sama Pengerusi LPNM Datuk Samsolbari Jamali dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani Johor, En Ismail Mohamad, juga Dato' Hj Mohd Anim Hosnan, Ketua Pengarah LPNM dan En Shafie, Pegawai Daerah Pontian. Menurut menteri kini bagi memperkasakan sasaran berkenaan maka LPNM menyediakan lima inisiatif baru dan tiga inisiatif sedia ada. “Inisiatif ini termasuk menyediakan modal awal dan geran, memperluas kawasan penanaman nanas, melakukan kajian dan penyelidikan bagi tujuan untuk menghasilkan benih lebih baik dan pengeluaran produk hiliran dan pelaksanaan pelbagai program kesedaran pengguna,” katanya. Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, sektor nanas diperuntukkan RM30 juta menerusi Bajet 2018. Beliau berkata, ia merupakan inisiatif sumber kekayaan baru agro makanan negara. “Ia sebagai usaha meningkatkan pengeluaran menerusi cara menambah produktiviti memandangkan kawasan baru untuk penanaman berkenaan adalah terhad. “Kerajaan memberi fokus kepada nanas jenis MD2 dan menggalakkan pekebun dan pengusaha dalam industri ini menanam nanas MD2 secara komersial,” katanya.


Dalam akhbar Utusan bertajuk "LPNM garis 5 inisiatif bantu pengusaha nanas" dengan foto dimana Menteri Pertanian iaitu Dato Seri Ahmad Shabery Cheek (tengah) menunjukkan buku 60 tahun LPNM dalam Majlis Perasmian Fiesta Nanas 60 di Pusat Perdagangan Baru Pontian, Pontian, Johor, sebentar tadi. Turut kelihatan Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Datuk Samsolbari Jamali (berada dua kiri),  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Ismail Mohamed (dua kanan), Ketua Pengarah LPNM, Dato' Hj Mohd Anim Hosnan dan Pegawai daerah Pontian, En Shafie. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menggariskan lima inisiatif baharu bagi membantu 1,125 pengusaha nanas meningkatkan produktiviti dan usaha untuk pengeluaran tanaman kontan berkenaan hingga 20 peratus pada tahun depan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, antara inisiatif berkenaan termasuklah memperluaskan kawasan tanaman nanas, menyediakan modal awal dan geran kepada petani serta menjalankan kajian dan penyelidikan bagi penghasilan biji benih yang lebih baik.
 “Dengan inisiatif tersebut, adalah dijangkakan pengeluaran nanas akan meningkat sebanyak 20 peratus pada tahun depan dengan pengeluaran nanas sebanyak 437,930 metrik tan setahun dengan nilai RM636 juta.
 “Impak pelaksanaan inisiatif tersebut, pasaran nanas semasa akan tumbuh sebanyak 45 peratus dengan nilai anggaran eksport RM200 juta pada tahun depan,” katanya selepas merasmikan Fiesta Nanas 60 sempena Sambutan 60 Tahun LPNM di sini hari ini. 
Dalam pada itu, beliau berkata, sektor nanas telah diperuntukkan sebanyak RM30 juta daripada RM200 juta bagi inisiatif Sumber Kekayaan Baharu Agromakanan Negara dalam Bajet 2018. 

Laporan Akhbar Bahasa Inggeris bertajuk "Golden future for the pineapple industry" juga melaporkan akan industri nanas negara. Ia bermula dengan 'The Agriculture and Agro-Based Industry minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (left) gestures during the ‘Fiesta Nanas 60 Tahun’ at Bandar Baru Pontian Commercial Centre. With him are the ministry’s exco Ismail Mohamed (right) and Malaysia Pineapple Industry Board (LPNM) chairman Datuk Samsolbari Jamali (2nd from left). News from Pintion stated that the Ministry of Agriculture and Agro-Based Industry is optimistic about Malaysia's capability of becoming a leading global exporter of pineapples due to the surging demand for the fruit in the global market. Its minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said the high demand for pineapple, which is the country's second most exported crop after banana, has been increasing and he expects exports to soar to approximately RM200 million by next year. Shabery said the ministry and the Malaysia Pineapple Industry Board (LPNM) was working on several initiatives to boost the pineapple production including identifying new lands for the fruit cultivation, providing grants and monetary assistant to farmers, development of pineapple by-products and research to overcome the fruit cultivation problems such as faster reproduction growth and reducing damage on crops and extending product freshness. "These initiatives are backed by the RM30 million allocation received in next year's budget and will spur greater development for the country's pineapple industry," he said. He added the ministry was also confident that the pineapple industry would become a new emerging economic booster for Malaysia's agro-food growth and development. "The confidence stems from the long wait for the country's pineapples to penetrate the China market. However, the 10-year wait ended early this month when China finally open its door to import about eight containers of pineapples, although they had initially asked for 20 containers to be shipped to them," he said. Shabery was speaking to the media after launching the Fiesta Nanas 60 Tahun at the Bandar Baru Pontian Commercial Centre which will be held for four days starting today. Various fun filled activities, educational exhibitions and sale of goods produced from pineapples as well as appearances by celebrities will be featured throughout the festival period which is held in conjunction with the 60th anniversary of LPNM.
Laporan ini membuktikan bahawa industri tanaman nanas adalah 'sunrise industry' bukannya 'sunset industry' seperti yang selalu kita dengar. Potensi pasaran besar ke luar negara akan membolehkan petani dan usahawan hendak tanam benda lain.  Semuga artikel dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!!...
NANAS DIIKTIRAF...TANAMAN UTAMA...
KEKAYAAN BARU... ITU ISTILAHNYA...
NANAS SEGAR... DIPROSES JUGA...
ADA POTENSI ...PENGELUAR UTAMA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 835, Hotel Dorsett,
Aras 8, Putrajaya, WP,
Malaysia.
(29 RabiulAwal 1439H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...