Support My Blog

Saturday, November 16, 2019

BUAT TEPUNG DARI KULIT PISANG

BUAT TEPUNG DARI KULIT PISANG merupakan satu inovasi yang boleh dilakukan oleh semua orang sebagai satu lagi perkara menarik dibincangkan kali ini. Pisang (Musa acuminata) memang banyak jenis daripada jenis pisang yang biasa dimakan sehingga kepada spesis pisang yang sesuai dijadikan tanaman hiasan sahaja. Kulit pisang adalah komponen buah pisang yang banyak mempunyai kandungan bermanfaat bagi tubuh manusia. Bagaimana pun sedarkah anda bahawa ternyata dimana kulit pisang juga sangat berguna. Kulit pisang tidak boleh dimakan secara terus begitu sahaja walau pun kulit pisang memiliki kandungan berkhasiat kerana rasanya tidak enak. Dalam kulit pisang lazimnya ada terdapat kandungan vitamin C, vitamin B, protein, kalsium dan lemak yang cukup tinggi untuk manusia gunakan. Selain itu terdapat kandungan iaitu air sebanyak 68.9% dilaporkan ada kompponen karbohidrat atau pati yang berguna sebanyak 18.5%. Didakwa dimana kulit pisang mengandungi unsur berguna dimana kulit pisang boleh dijadikan tepung dan boleh di proses menjadi makanan lain yang enak. Dilaporkan kebanyakan jenis kulit pisang yang digunakan untuk membuat tepung biasanya adalah Kulit Pisang Raja kerana ia lebih mempunyai bahan kandungan diet yang lebih banyak sepertimana kuantiti pada ketebalan kulitnya yang lebih banyak jika di banding dengan kulit pisang jenis lain. Terdapat banyak jenis tepung dihasilkan darpada biji gandum (Tepung Gandum), Jagung (Tepong Jagung), Kacang Soya (Tepung Kacang Soya), Keledek (Tepung Keledek) dan terkini ada inovasi membuat Tepung Kulit Pisang. Memang agak sukar di Malaysia untuk mendapatkan tepung kulit pisang kecuali kita cuba membuatnya sendiri selepas membaca artikel ini.  Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis lagi mengenai bagaimana membuat tepung dari kulit pisang dan kejayaan akademik yang membuatkan tepong ini boleh terkenal dimasa akan datang untuk rujukkan anda semua.

Bagaimana teknologi untuk membuat tepung dari kulit pisang ada pelbagai kaedah. Penulis blog akan paparkan teknik yang mudah kita lakukan.  Bahan diperlukan adalah seperti pastinya Kulit Pisang Raja (Sila lihat foto disebelah). Bahan lain adalah
Natrium tiosulfat (bahan ini boleh dibeli dikedai khusus jual bahan kimia). Dari segi peralatan diperlukan pastinya pisau, bakul, mesin pengering (Dryer), mesin mengisar dan juga alat penapis (ayak). Alat lain adalah Pengisar (Grinder) yang berfungsi sebagai alat untuk menghaluskan atau menghancurkan potongan kulit pisang menjadi tepung. Pisau pula akan digunakan untuk memotong kulit pisang menjadi ukuran kecil-kecil hingga akhirnya boleh dilarutkan ke dalam bahan natrium tiosulfat.  Alat Penapis (ayak) akan digunakan untuk menapis hasil tepung agar kita boleh mendapatkan tepung yang halus dan berkualiti.  Bahan Plastik lebar dan bersih digunakan untuk menjemur kulit pisang agar mudah dalam kemudian semasa proses mengisar. Cara membuatnya dengan kulit pisang masak atau yang sudah tua dipisahkan dari isinya dan diasingkan dalam bekas berlainan. Kemudian dipotong kulit pisang menjadi bahagian lebih kecil dengan ukuran hirisan sekitar 1 cm x 0.5 cm. Seterusnya perlu direndam kulit pisang ke dalam larutan natrium tiosulfat dimana kemudian perlu ditoskan. Keringkan potongan kulit pisang tadi menggunakan mesin pengering atau panas sinaran oleh matahari. Jika anda menggunakan pemanasan dengan menjemur dibawah sinaran matahari sebaiknya anda sijemur selama 2 hari untuk tujuan ia dapat mengeringkannya. Jika menggunakan oven letrik hanya perlu masa selama 1 jam 20 minit saja pada suhu sekitar 60 celcius. Setelah kering dengan kadar airnya berkurangan sehingga tinggal 14% sahaja maka kulit pisang kering ini perlu dikisar potongan kulit pisang kering tadi dengan gunakan pengisar jenis hammer mill. Akhirnya akan terhasil kisaran kemudian dikumpulkan dan perlu diayak dengan penapis. Bagi dapatkan tapisan halus  perlu menggunakan beberapa jenis penapis segingga menjadi halus yang dikehendakki. Tepung yang jatuh daripada ayak telah boleh diguna sebaliknya yang tidak lepas dan kasar di kisar semula dan memang ia perlu di ulangi proses sehingga selesai. Simpan tepung kulit pisang dalam bekas plastik kedap udara untuk tahan lama dalam penyimpanan. Apa yang penting adalah p
enggunaan bahan kimia natrium tiosulfat ini adalah bertujuan untuk membolehkan terjadinya proses oksidasi pada kulit pisang yang akan digunakan dalam membuat tepung pisang sehingga kulit pisang tidak berubah menjadi coklat warnanya dimana hasilnya lebih bersih.

Dalam pada itu di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) telah berjaya membuat penyelidikan bagaimana kulit pisang diproses jadi pengganti tepung gandum. Produk dihasilkan oleh Kumpulan Saintis UPM dinamakan sebagai SU-8 yang menghasilkan biskut menggunakan kulit pisang sebagai satu inovasi dari universiti ini. Berita mengenainya dipaparkan oleh akhbar utusan dimana wartawan Nur Fatiehah nyatakan mungkin ramai yang tidak tahu jika selama ini kulit pisang yang dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai manfaat tersendiri khususnya untuk kecantikan kulit wajah. Dilaporkan dimana pisang mengandungi pelbagai gizi (zat makanan) yang baik untuk kesihatan dan kecantikan, antaranya vitamin B6, Vitamin C, Magnesium, Zat besi dan Kalsium. Selain itu ada nenek moyang kita juga banyak memanfaatkan kulit pisang sebagai petua misalnya untuk memutihkan gigi, mengatasi gigitan nyamuk, mengubati luka dan sakit kepala dan mengilatkan kasut. Potensi dan manfaat yang dimiliki kulit pisang itu telah mencetuskan idea kepada sekumpulan pelajar untuk menghasilkan tepung kulit pisang sebagai pengganti kepada tepung gandum yang biasa digunakan di pasaran. Menurut wakil pelajar tahun akhir, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Universiti Putra Malaysia, Sofia Nadiah Hashim, 22, idea untuk menghasilkan tepung kulit pisang itu adalah sebagai melengkapi salah satu kursus dalam semester iaitu Pembangunan Produk Makanan Baharu. Kursus kepada pelajar tahun akhir untuk mencipta produk makanan baharu secara berkumpulan bermula dari penjanaan dan penyaringan idea, pemprosesan sehinggalah pemasaran kepada pelanggan. Kumpulan SU-8 Corporation menghasilkan produk yang dijenamakan sebagai FyBina, iaitu stik biskut bersalut coklat hitam yang berasaskan tepung kulit pisang. 

Kulit pisang menjadi pilihan sebagai bahan utama produknya kerana ia mengandungi tinggi serat, protein, vitamin, kalium dan magnesium. Diantara keistimewaan lain produk yang kami hasilkan adalah tepung kulit pisang dapat memberikan serat yang tinggi serta bebas daripada gluten dan dapat menggantikan tepung gandum. Bagi mereka yang mementingkan makanan sihat dalam kehidupan seharian yang sibuk, FyBina adalah pilihan tepat kerana ia bersaiz kecil, senang dibawa dan boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja. Kumpulan pelajar ini juga mahu menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan mengurangkan pembaziran dan penjagaan alam sekitar apabila kulit pisang adalah antara sisa buangan yang tertinggi di Malaysia. Mereka juga ingin membuka mata masyarakat bahawa serat bukan sahaja dapat diperoleh daripada buah, bijirin atau sayuran, malah boleh juga didapati daripada kulit pisang. Kulit pisang yang terbaik akan dipilih dan diambil daripada pembekal. Proses seterusnya adalah membasuh kulit pisang akan dimulakan terlebih dahulu bagi membuang segala kotoran dan bendasing yang ada pada kulit pisang. Kulit pisang yang sudah dibasuh akan direndam dalam air panas bagi tujuan menghentikan segala aktiviti enzim. Setelah itu, kulit pisang akan diletakkan dalam mesin pengering dan akhir sekali akan dihaluskan sehingga menjadi tepung dengan menggunakan mesin pengisar. Bagi menghasilkan stik biskut pula, prosesnya adalah sama seperti menghasilkan biskut biasa yang terdapat dalam industri. Kelainannya adalah dari segi penggunaan tepung dan beberapa bahan tambahan lain sebagai resepi bagi menjadikan biskut yang dihasilkan lebih sedap.

Dilaporkan sempena program ini dimana pihak fakulti telah mengambil inisiatif untuk tujuan mengetengahkan 10 produk makanan baharu iaitu SoYa Tart, Oh! My Noodle, ASCO, Mushious Sausage, Haymash Bebola Daging, Ambarella Jam, Chocoring Snack Bar, S’morthies, Cremoso Tempkin dan FyBina. Daripada 10 produk, tiga produk telah dipilih sebagai pemenang yang dinilai oleh sekumpulan pengadil yang terdiri daripada wakil industri makanan, agensi kerajaan dan pensyarah fakulti. Pemenang utama bagi program ini adalah dari kumpulan SU-8 Corporation yang bertujuan untuk mengetengahkan produk jenama FyBina iaitu biskut bersalut coklat hitam yang berasaskan tepung kulit pisang. Dilaporkan tempat kedua pula adalah kumpulan Snac ‘N Sdn. Bhd. dengan produk Chocoring Snack Bar iaitu bar coklat yang mengandungi beras pulut susu, tempe, serunding ikan bilis dan marshmallow. Tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Damai Sdn. Bhd. yang memperkenal jenama Haymash Bebola Daging iaitu bergedil yang diolah menjadi bebola daging. Dimaklumkan dimana kursus ini adalah merupakan kemuncak kepada pengajian program berkenaan yang memerlukan pelajar mengaplikasikan semua ilmu pengetahuan yang dipelajari sepanjang pengajian mereka. Menerusi projek itu lazimnya pelajar didedahkan dengan proses sebenar menghasilkan produk, sama seperti yang dilakukan dalam industri, dari awal sehingga produk boleh dipasarkan. Seiring dengan ekonomi semasa yang berkembang ini, diharapkan pelajar dapat mengambil peluang supaya berusaha memanipulasi ilmu yang telah didedahkan serta mengaplikasikan kemahiran yang telah diperoleh sepanjang pengajian agar dapat digunakan untuk pembangunan kerjaya kelak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
 
KULIT PISANG... DIBUANG SAHAJA...
DIPROSES MUDAH... TEPUNG JADINYA...
ADA ANUGERAH... UPM LAKUKANNYA....
TEPUNG INI... PENULIS BELUM CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan P11/D14, Precint 11,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(11 Muharram 1441H).
Kemaskini pada 16 Nov 2019.

Friday, November 15, 2019

TANAM NANAS MASPINE - SG TELUR

NANAS MASPINE (AC 4) merupakan sejenis varieti nanas yang ramai orang kurang mengenalinya tidak seperti nanas MD2, Moris, Josapine, N36 dan lainnya. Ini kerana hanya ada beberapa kebun sahaja yang ada menanam nanas Maspine secara komersil di Malaysia iaitu di Johor sahaja (iaitu diKluang dan di Kota Tinggi). Penulis blog dapat masa membuat tinjauan teknologi ke kebun penanaman nanas Maspine di Kg Sg Telur, Kota Tinggi, Johor dimana telah mendapati nanas ini telah dikomersilkan dengan amalan agronomi yang baik dan mampu menghasilkan buah nanas premium yang sangat baik harganya di pasaran tempatan. Pemilik ladang Nanas di Sg Telur iaitu Tn Hj Sukri menerima lawatan penulis blog bersama pengurus ladang Tn Hj Kamil. Setibanya kami di ladang disediakan jus nanas Maspine yang segar dengan indeks kemanisan sekitar 13.9 - 15.5 pada buah nanas yang dipetik pada indeks '0'. Nanas Maspine merupakan varieti nanas yang istimewa dan premium kerana ia adalah varieti nanas yang daunnya tidak mempunyai duri seperti pokok nanas lain. Kini nanas segar Maspine dijual dengan harga runcit RM5.00 - RM6.00 sekilorgam di Johor Bahru (Berbanding dengan harga nanas MD2 sekitar RM2.80 - RM4.00 sekilogram. Ini kerana nanas yang masih hijau dipetik diladang dan digredkan sebelum dibuang jambulnya untuk dipasarkan. Menurut pengurus ladang nanas ini mempunyai peminatnya sendiri untuk dimakan segar atau pun dijadikan jus. Setakat ini belum ada dieksport nanas Mspine ini keluar negara kerana jumlah pengeluarannya masih terhad. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan hasil tinjauan ladang nanas Maspine di Kg Sg Telur, Kota Tinggi, Johor untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Nanas Maspine (AC4) mempunyai ciri pokok dan buah yang sangat menarik pada penilaian penulis. Varieti Maspine adalah nanas jenis Hybrid daripada penyelidikan di Hawai dengan mampu menghasilkan buah besar diantara 1.2 - 2.3 kg sebiji bergantung kepada pengurusannya. Menurut Hj Kamil bentuk buah ini berbentuk Selinder dengan warna kulitnya masih hijau walau pun sudah matang. Paling menarik kerana ia mempunyai diantara 120 -1 40 mata yang bersaiz besar (lebih besar daripada mata nanas MD2) yang rata dan seimbang. Apabila dibelah lazimnya buah matang akan memberikan warna is kuning keemasan dengan isi yang padat (boleh dikatakan tiada rongga langsung) dan empulur yang juga besar (Sila lihat foto disebelah). Apa yang dilaporkan dimana kandungan gula lazimnya sekitar 12 - 14% Brix apabila masak dengan kadar kandungan asid citrik sekitar 0.4 - 0.6% iaiu kadar yang rendah. Menurut Hj Kamil lagi nanas ini didakwa mengandungi kadar Bromelain yang tertinggi dikalangan nanas di Malaysia. Beliau memetik hasil kajian oleh Universiti Putra Malaysia yang pernah membuat kolaborasi dengan syarikat beliau. Nanas ini sesuai dimakan segar dan boleh juga di proses menjadi nanas kaleng atai dijadikan nasas untuk dimasak. Paling popular dimana nanas ini diproses untuk dijadikan jus nanas yang enak.


Sebiji buah nanas Maspine yang penulis blog ambil memeng menarik bentuknya dan juga saiz matanya (Sila lihat foto disebelah). Paling unik kerana nanas ini dakwa Hj Kamil boleh dituai awal berbanding dengan nanas MD2 iaitu seawal 11- 12 bulan sahaja. Ini penting diketahui apabila amalan agronomi penanaman nanas Maspine ini disesuaikan dengan keadaan tanah mineral dikebunnya. Nanas seberat 1.9 kg ini mempunyai mata yang cukup besar dengan kulit masih hijau sesuai dengan kehendak pengguna di Johro Bahru. Bagaimana pun jika dipetik pada undeks masak ia menjadi kekuningan dimana tahap kemanisan direkodkan sehingga 18 % Brix keatas. Penulis blog pernah berbincang dengan Pakar Nanas MARDI iaitu Dr Mad Selamat yang pernah kata nanas Maspine ini sebenarnya adalah Nanas MD1 yang dibawa masuk ke Malaysia asalnya untuk dijadikan nanas kaleng. Akan tetapi penanam nanas kurang minat menanamnya kerana pokok nanas ini mudah mati jika ada masaalah saliran dan tanah tergenang air. Penanam nanas masa itu lebih suka menanam nanas yang tahan lasak seperti Nanas Moris, Nanas N36, Nanas Gandul, Nanas Sarawak dan juga Nanas Josapine. Penanaman nanas ini tidak diteruskan oleh pengusaha nanas tradisional atas banyak faktur lain. 


Penanaman Nanas Maspine memerlukan sistem batas dengan dijadualkan tarikh penanaman dan jug atarik membuat aruhan pembungaan. Pokok nanas ini mempunyai pedu yang besar jika idbaja dengan baik dan amat kurang diserang perosak. Bagaimana pun menurut Hj Sukri serangan babi hutan terutama dimalam hari sering berlaku dikebunnya dalam bulan tertentu. Penulis blog dapati pokok nanas Maspine yang ditanam dengan jarak 1 kaki x 1 kaki x 1.5 kaki memberikan kepadatan sehingga 15,000 pokok seekar kerana ada batas tanaman diantaranya. Apabila pokok sudah dewasa dan sedia dibuat aruhan hormon maka ia disediakan laluan jalan dan disembur horman mengikut keparluan jadual pemasaran. Penulis blog dapati banyak teknik pengurusan tanaman nanas di kebun ini yang mana membolehkan mereka menghasilkan bbuah nanas Maspine yang tinggi kualitinya. Penulis blog dapati pada plot yang sedia untuk dituai memang memberikan buah nanas yang dilihat pada gred A dan double A didalam kebun ini. Dakwa beliau dimana banyak pengubahsuaian teknologi untuk penanaman nanas in idbuat kajjian dan pengesyoran amalan teknologi yang ssuai dikampung ini. Bagi kebun beliau yang menanam nanas di buat batas, baja asas dengan baja biji kopi dipoint penanaman. Menurut beliau peranan baja tahi ayam dan baja organik lain penting bagi menentukan kemanisan buah nanas.


Batas tanaman yang dibuat di kebun ini adalah tinggi dengan tujuan memberikan pertumbuhan pokok nanas yang kondusif. Batas tanaman ini setinggi lenih sat kaki dan kemudian dipasang dengan plastik silvershine yang ditempah khas dari kilang (Saiz extra lebar) dan tebal (Sila lihat foto disebelah). Batas tanaman akan di bubuh baja asas terdiri daripada kompos biji kopi, baja MOP dan juga beberapa baja asas lain. Kemudian benih yang bersaiz besar ditanam diatasnya dan diberikan baja butir 5 biji sepokok sebulan kemudian. Penanaman dilakukan sebanyak 3 pokok diatas batas dan dilihat amat subur sekali pertumbuhannya. Dilihat tidak ada masaalah rumpai kerana dikawal dengan baik. Sistem saliran yang kuran balik pada plot sebelah dilihat meyebabkan ada berlaku air tergnang menyebabkan pertumbuhan pokok nanas Maspine kurang subur dan ada yang mati. Ini menunjukkan nanas ini kurang sesuai ditanam dikawasan yang mudah tergenang air. Pokok yang subur sebenarnya pernah dihormon dalam masa 6 bulan selepas ditanam dan mampu memberikan hasil buah berkualiti. Nanas Maspine dikawal pengeluaran benih daripada sulur dan jambulnya kerana syarikat ingin mengawal jumlah pengeluaran dan dapat mengawal pasarannya yang menerima harga premium. Perbincangan mengenai isu-iisu teknikal dibuat dari aspek pembajaan, kualiti dan pengedaran benih dengan pemilik ladang ini, Menurut beliau menanam nanas lebih berjaya memberikan pendapatan penanamnya dan negara berbanding dengan tanaman makanan yang lain. Semuga artikel ini mampu memberikan infoo terbaik kepada pembaca anim agro technology sebagai bahan rujukkan. Wasallam!!!..
NANAS MASPINE.. SUKAR DAPATNYA....
DIPANGGIL SEBAGAI MD1...KENAPA....
LADANG SG TELUR... LAWAT SEGERA...
ADA POTENSI... PERLUASKAN TANAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Room 102, T5 Boutique Hotel,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1441H).

Thursday, November 14, 2019

KEBUN KETUM DALAM SAWAH

KEBUN KETUM DALAM SAWAH telah dipaparkan oleh akhbar Berita Harian On-line pada 12 November 2019 mendapat perhatian ramai pembaca. Penulis blog yang mendapat info berkenaan membaca dengan baik laporan wartawan Berita Harian dan sesuai untuk dipaparkan didalam blog ini. Laporan Ekslklusif tersebut bertajuk "Kebun ketum dalam sawah" yang dipetik daripada Alor Setar, Kedah siap dengan beberapa keping gambar yang jelas. Diberitahu dimana sekurang-kurangnya empat daerah di Kedah dikesan menjadi kawasan penanaman ketum yang mana ia juga dipercayai terbesar di negara ini dengan keluasan mencecah lebih 100 hektar. Kawasan penanaman di Padang Terap, Kubang Pasu, Yan dan Sik berkenaan dianggarkan mampu mengeluarkan sehingga 180 tan daun ketum dengan nilai pasaran mencecah RM3 juta bagi setiap kali tuaian. Selanjutnya dimana sumber Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADDK) berkata, keluasan ladang ketum yang direkodkan di Kedah pada tahun lalu mencapai 114 hektar iaitu 80 hektar di Padang Terap, Kubang Pasu (22), Yan (9) dan Sik (3). Dalam pada itu wartawan dan jurugambar Berita Harian (BH) telah menjejaki kawasan penanaman berkenaan baru-baru ini dan mendapati tanaman ketum diusahakan secara berselerak dan tersorok sebagai muslihat bagi menyukarkan ia dikesan pihak berkuasa. Setiap kebun ketum dianggarkan adalah berkeluasan diantara 0.28 hektar hingga lebih satu hektar. Bagaimana pun dilaporkan bagi kawasan yang bersaiz kecil biasanya pokok ketum ditanam di kawasan sawah yang agak sukar dimasuki kenderaan, kecuali menggunakan motosikal. Foto diatas adalah antara pokok ketum yang ditanam di kawasan sawah sekitar Padang Terap iaitu gambar oleh pihak NSTP Sharul Hafiz Zam. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" sama-sama kita kupas berita ini untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua. 

Pokok Ketum (Mitragyna speciosa) juga dipanggil sebagai Pokok Biak di Malaysia merupakan sejenis pokok yang mana daunnya ada digunakan sebagai bahan perubatan tradisional sejak lama dahhulu. Saya ada juga menulis banyak artikel mengenai pokok ketum ini untuk dijadikan bahan rujukan dengan pautan (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan banyak lagi. Ia digunakan bagi memulihkan tenaga, mengeluarkan angin, merawat sakit belakang dan sering diminum pada wanita selepas bersalin. Rupanya tumbuhan ini mudah ditanam dan subur di kawasan yang tanahnya berair sedikit seperti dikawasan sawah secara komersil. Apa yang menjadi isu dan masaalah masa kini ada apabila air ketum disalahguna kerana ia dicampur dengan bahan lain seperti ubat nyamok dan ubat batuk sehingga menjadi 'Cakoroi' dimana anda boleh baca (Sila klik disini). Ia dikatakan lebih merbahaya daripada dadah kerana ia boleh mengakibatkan ketagihan melampau.  Ketum adalah tertakluk dibawah Akta Racun 1952 dimana akta ini mengawal penanaman, pemilikan dan pengedaran ketum serta dikenakan hukuman berat. Ketum pernah dicadangkan untuk diletak dibawah senarai Akta Dadah Mmerbahaya 1952. Akhbar ini menyatakan di Malaysia terdapat seramai 13,296 orang penagih daun ketum dimana seramai 10,215 adalah golongan belia diantara umur 19 - 39 tahun manakala 2,292 diantara 40 - 60 tahun dan uniknya terdapat seramai 789 orang diantara 13 - 18 tahun dari tahun 2014 - 2018 (Sumber: AADK).

Negeri Kedah ada 4 daerahmerupakan kawasan penanaman dan pengeluaran daun ketum utama di Malaysia. Kawasan paling utama terletak di Daerah Padang Terap iaitu seluas 80 hektar diikuti dengan Daerah Kubang Pasu (22 hektar), Daerah Yan (9 hektar) dan Daerah Sik (3 hektar). Wartawan BH dilaporkan berjaya mengesan satu ladang ketum bersaiz besar di daerah Padang Terap. Bagaimana pun dilaporkan wartawan dan jurugambar BH juga terpaksa meredah kawasan batas sawah sejauh lebih satu kilometer sebelum menemui 'pulau' yang dijadikan kawasan tanaman. Dilaporkan dimana ladang ketum yang ditemui BH ini sukar dikesan jika ditinjau dari jalan utama kerana kedudukannya berada di belakang kawasan berbukit. Berikutan itu kru BH terpaksa menggunakan dron sebelum menemui ladang ketum seluas lima relung atau seluas 1.4 hektar itu. Dalam pada itu di Daerah lain dimana kebun ketum biasanya berselindung di antara kebun getah dan hutan, namun keluasan tanamannya adalah kurang daripada satu hektar. Kini dilaporkan dimana ladang berkeluasan besar ini diusahakan penduduk tempatan yang menjual daun ketum kepada sindiket sebelum diseludup keluar ke negara jiran. Apa pun dipercayai dimana sindiket penyeludupan dikatakan lebih cenderung menyeludup keluar daun ketum berikutan harga bahan itu yang dilaporkan mencecah sehingga RM100 sekilogram berbanding hanya antara RM18 hingga RM20 sekilogram di negara ini. Bagi kawasan yang bersaiz kecil biasanya pokok ketum ditanam di kawasan sawah yang agak sukar dimasuki kenderaan, kecuali menggunakan motosikal. Laporan ini disediakan oleh wartawan Sharul Hafiz Zam dari NSTP yang membuat tinjauan.

DIlaporkan pada bulan Oktober 2018 dimana Kerajaan Kedah mengumumkan akan menggunakan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara bagi menghapuskan ladang ketum, namun sehingga kini langkah itu belum memberi kesan positif. Menteri Besar Kedah iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipetik sebagai berkata, langkah drastik itu diambil bagi menangani masalah berkaitan penyalahgunaan ketum yang dilihat lebih banyak memberi kemudaratan kepada masyarakat. Sementara itu wartawan BH ada menemui seorang penduduk Kampung Paya Sidang, Lesong yang dikenali sebagai Azman yang berusia lingkungan 50-an dan dia berkata pemilik kebun ketum biasanya memperoleh antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan hasil daripada jualan daun ketum. Dakwanya lagi daun ketum biasanya dibeli orang tengah yang kemudian akan menjualnya kepada sindiket tertentu sebelum diseludup ke negara jiran melalui jalan darat. “Bagi orang kampung menanam ketum bukan jadi kesalahan kerana jika hanya bergantung kepada hasil padi memang tidak boleh menyara keluarga, selain tanaman ini juga dianggap sebagai perkara biasa. “Cuma apabila ada pihak tertentu menawarkan mahu membeli daun ketum dalam jumlah banyak, ada penduduk mengusahakan tanaman pokok ketum dalam jumlah besar bagi mendapatkan pendapatan sampingan,” katanya ketika ditemui. Azman berkata, daun ketum tidak boleh dituai setiap hari, sebaliknya proses memetik daun dilakukan dua hingga tiga seminggu sekali bergantung kepada tempahan.

Dalam pada itu daun ketum memang selalu ada tempahan, kebanyakannya dihantar ke seberang (Thailand) selain ada juga orang tengah dari Kelantan dan Terengganu datang membelinya. Apa pun apabila ada tempahan maka baharu daun ketum dipetik dan digulung sebelum dimasukan ke dalam guni dan diserah kepada orang tengah yang akan menghantarnya. Biasanya proses penghantaran daun ketum ke Kelantan dan Terengganu dilakukan menggunakan pengangkutan darat dengan caj RM3 bagi setiap kilogram. Dalam pada itu ada usaha pihak tertentu agar kerajaan diminta segerakan kuat kuasa larangan penanaman dan pengedaran daun ketum. Kerajaan diminta segera menggubal penguatkuasaan larangan ketum di bawah Akta Racun 1952 kerana penggunaan bahan itu didapati semakin berleluasa dalam kalangan remaja terutama di luar bandar. Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) 1 Kota Setar, Dr Zaki Amani Abd Rashid, berkata ketum tidak boleh dipandang remeh kerana ia menyebabkan ketagihan apabila ia diambil tanpa kaedah pengawasan. Kini masyarakat masih menganggap ketum hanyalah sebagai air minuman seperti teh atau kopi termasuk menjadi ubat cirit-birit serta memberi tenaga. Pada hakikatnya daun ketum sudah menjadi ancaman terutama kepada kumpulan remaja disebabkan kegunaannya bukan untuk tujuan rawatan akan tetapi menjadi ketagihan.

Ketum menyebabkan pengguna berasa khayal dan bagi memberi kesan khayal lebih lama, ia dicampur minuman berkarbonat bersama ubat batuk dan ubat nyamuk. Kini berlaku penyalahgunaan ketum seperti inilah menimbulkan gejala seperti keganasan, permusuhan, pengeluaran air mata yang kerap, susut berat badan, insomnia, lenguh otot dan sendi, kerap membuang air kecil dan sembelit,” katanya ketika dihubungi BH. Mengulas lanjut, Dr Zaki berkata, apa yang membimbangkan penggunaan ketum dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan yang lebih buruk. Ia boleh menjadikan kulit pipi menjadi gelap dan menghasilkan gejala tarikan atau gian fizikal sama seperti ketagihan heroin. Dalam pada itu sawan juga antara simptom yang sering ditemui terutama dalam kalangan pengguna remaja, selain simptom jangka panjang seperti halusinasi, delusi dan kekeliruan. Berdasarkan pengalaman klinikal, saya pernah merawat kanak-kanak dipukul sehingga patah tangan oleh bapanya yang juga pengguna ketum tegar. “Perasaan mudah marah sehingga membawa keganasan dan mencederakan orang lain adalah satu kesan buruk yang sangat berbahaya,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pelawat Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini. Dr Zaki yang kini bertugas di sebuah pusat perubatan swasta berkata, Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) telah menyenaraikan ketum sebagai dadah psikoaktif baharu dalam buku Laporan Dadah Sedunia 2013. Begitulah laporan artikel dari akhbar BH yang penulis blog dapat kongsi bersama anda pembaca anim agro technology kali ini semuga ia berguna. Wasallam!!!...
TANAMAN KETUM... IA BERADA DIMANA...
SUKAR DIKESAN...WARTAWAN BH CUBA...
DITENGAH SAWAH...SUKAR MENCARINYA...
AKTA TERSEDIA... KAWALAN PERLU ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Putrajaya,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1441H).

Wednesday, November 13, 2019

VARIETI NANAS DI MALAYSIA - TAHUKAH ANDA?

NANAS (Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman yang menghasilkan buah daripada keluarga Bromaliaceae dan kini menjadi kkomoditi penting. Pada masa ini terdapat 12 varieti nanas yang telah didaftarkan di Malaysia melalui Jabatan Pertanian yang sesuai dikomersilkan. Senarai terbari adalah Varieti 'Keningau Diamond' yang masih baru dilukuskan. Nanas bari Keningau Diamond ini yang telah dihasilkan usahawan tersohor Prof Adjung Datuk Yap Yun Fook di Ladang Bomboi Keningau merupakan varieti nanas kebangsaan terkini. Dalam senarai telah didaftarkan Nanas iatu AC1 Moris, AC2 Sarawak, AC3 Gandul, AC4 Maspine, AC5 Josapine, AC6 Yankee, AC7 Moris Gajah, AC8 N36, AC9 MD2, AC10 View of Sunset dan AC11 Madu Kaca. Penulis blog dapati pada tahun 2018 dilaporkan seluas 13,027 hektar tanaman nanas dengan penghasilan sebanyak 375,500 metrik tan dihasilkan (Sumber: Booklet Stetistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Di Malaysia tanaman nanas banyak ditanam di negeri Johor, Pahang, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang selain dari di Sarawak dan Sabah. Nanas ditanam daripada sulur, jambul atau kaedah pembenihan lain yang sesuai kecuali TIDAK DISYORKAN menggunakan benih Kultur Tisu untuk semua jenis nanas hibrid termasuk Nanas MD2. Kalau dahulu penanaman nanas adalah untuk diproses dalam tin (Kaleng) atau dibuat jus atau untuk masakan akan tetapi kini penanaman banyak tertumpu kepada nanas segar untuk pasaran domestik dan eksport. Nanas sesuai ditanam ditanah gambut dan tanah mineral dengan pengurusan yang sesuai. Selain daripada mempunyai permintaan yang baik di pasaran kini industri dan penanaman nanas juga tergolong dalam kumpulan tanaman yang boleh tahan kepada keadaan kemarau. Iklim untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman Nanas ialah pada suhu sekitar 30°C dengan taburan hujan sebanyak 1250 mm setahun. Kadar pertumbuhan nanas bergantung kepada kelembapan tanah dan pokoknya selalunya tumbuh setinggi 50-150 cm. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nanas sementara tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar dan pangkal pokok yang busuk. Penting dilihat faktur pengawalan dan pengurusan air dan rumpai penting bertujuan menjamin pertumbuhan yang baik. Nanas ditanam dibeberapa negara sebagai komoditi penting kerana selain dari Malaysia ia turut dikomersilkan di Filipina, Indonesia, Thailand, Afrika Selatan, Brazil, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Mexico, Puerto Rico dan Taipei. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan pencirian 11 varieti nanas yang telah didaftarkan di Malaysi auntuk bahan rujukkan dan pengetahuan anda semua.


1. NANAS MORIS (AC1)

2. NANAS SARAWAK (AC 2)
 


3. NANAS GANDUL (AC 3)



4. NANAS MASPINE (AC 4)



5. NANAS JOSAPINE (AC 5)




6. NANAS YANKEE (AC6)



7. NANAS MORIS GAJAH (AC7)



8. NANAS N36 (AC8)



9. NANAS MD 2 (AC9)



10. NANAS VIEW OF SUNSET (AC10)



11. NANAS MADU KACA (AC11)

VAFIETI NANAS ...ADA 12 SEMUANYA...
LUAS DITANAM... DALAM MALAYSIA...
KENAL VARIETI.... BACA SEMUANYA...
SUDAH KENAL... PILIH YANG MANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1441H).

Tuesday, November 12, 2019

SENARIO GETAH - KAJIAN DI MALAYSIA

TANAMAN GETAH (Hevea brazilliensis) di Malaysia merupakan industri yang penting selepas tanaman Kelapa Sawit. Sejarah getah di Malaysia bermula apabila pada tahun 1870an dimana sebanyak 70,000 biji benih dibawa dari Brazil. Ianya dibawa ke London dan bakinya dibawa ke Ceylon dan akhirnya ke Malaysia (pada ketika itu dikenali sebagai Malaya) serta kawasan Asia Tenggara. Penanaman pokok getah berkembang dengan pesat dimana sejumlah besar kawasan hutan ditebang untuk penanaman pokok getah. Keadaan ini berterusan sehingga menjadikan negara Malaysia sebagai diantara kawasan penanaman pokok getah terpenting di dunia. Industri getah memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Sumbangan yang tinggi dalam industri ini memberi kesan kepada perubahan landskap serta corak pertumbuhan ekonomi Malaysia. Meskipun begitu, selepas peralihan fokus ekonomi daripada sektor primer kepada orientasi eksport terutama dalam aktiviti pembuatan, transformasi struktural ini memberi kesan terhadap sektor pertanian termasuklah industri getah. Daripada menjadi pengeluar utama getah asli di dunia pada tahun 1970an sehingga 1980an, Malaysia telah kehilangan kedudukannya dan kalah kepada negara jiran yang turut merupakan pesaing iaitu Thailand dan juga Indonesia. Semenjak dari itu dilaporkan dimana tahap pengeluaran getah dilihat lebih kepada corak yang semakin berkurangan. Namun begitu aktiviti pengeluaran getah kekal sebagai salah satu komponen dalam ekonomi. Hasil dari perkembangan proses perindustrian maka pengeluaran getah mendapat peranan baru iaitu sebagai menawarkan bahan mentah untuk pengeluaran produk berasaskan getah serta kayu getah. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya akan kupas mengenai senario industri getah dalam negara dimasa akan datang dn juga beberapa fakta mengenai indusri getah negara untuk bahan bcaan dan rujukkan anda.

Secara ringkasnya, keluasan penanaman pokok getah telah berkurang sebanyak 28.1% daripada tahun 2000 hingga tahun 2010. Iaitu daripada 1.43 juta hektar kepada 1.03 juta hektar. Penurunan yang lebih signifikan dilihat dalam sektor ladang atau estet dengan pengurangan sebanyak 49.67 peratus menjadikan keluasan bagi tanaman getah ladang atau estet pada tahun 2010 pada paras 61,100 hektar berbanding pada tahun 2000 iaitu pada paras 123,780 hektar. Namun begitu masih tetap berlaku peningkatan eksport getah Malaysia iaitu sebanyak 22.54 peratus daripada 548,235 tan pada tahun 2000 kepada 707,793 tan pada tahun 2010 (Sumber: Lembaga Getah Malaysia, 2011). Penurunan keluasan penanaman pokok getah adalah disebabkan berlakunya minat yang tinggi dikalangan pekebun kecil dan estet terhadap sektor kelapa sawit yang dianggap memberi pulangan lumayan serta harga pasaran yang tinggi. Keadaan ini secara langsung memberi kesan keatas jumlah keluasan tanah sebelumnya ditanam dengan pokok getah telah beralih kepada aktiviti penanaman kelapa sawit apabila pokok getah mencapai tahap kematangan atau dikategorikan sebagai pokok tua. 

Kajian ini menggunakan kaedah Delphi dimana kaedah ini pada asalnya dibangunkan dalam tahun 1950-an oleh RAND Corporation di Santa Monica, California. Pendekatan ini terdiri daripada kaji selidik yang dijalankan dalam dua atau lebih pusingan dan menyediakan peserta pada pusingan kedua dengan keputusan pertama supaya mereka boleh mengubah penilaian yang asal jika mereka mahu atau berpegang kepada pendapat mereka sebelumnya. Dalam borang kaji selidik yang dibuat tidak akan meletakkan nama peserta dan kebiasaanya kaedah ini dibuat berdasarkan kumpulan (Rowe et,1991 dan Hader,1995). Soal selidik ini adalah interaksi medium (Martino, 1983). Kaedah ini adalah amat berguna untuk membuat ramalan jangka panjang dalam 20 hingga 30 tahun kerana pendapat pakar akan diperoleh berdasarkan sumber maklumat sedia ada. Sementara itu, kesan komunikasi Delphi dalam kajian adalah diakui nilai prosesnya. Objektif umum kajian ini adalah untuk membina senario masa hadapan industri getah Malaysia dengan mengenalpasti road map dan pemacu utama. Hal ini penting untuk meneliti senario masa hadapan industri getah Malaysia pada 20 hingga 40 tahun akan datang bagi memastikan kebolehsaingan industri ini. Selain daripada itu, ia juga boleh dijadikan panduan kepada perancangan polisi jangka masa sederhana dan panjang dalam merangka strategi yang berguna dalam usaha pembangunan yang berterusan. 

Bagi melihat lebih khusus mengenai dengan senario masa hadapan industri getah Malaysia adalah perlu untuk menganalisis pasaran getah dunia. Melihat bahawa berlaku peningkatan dalam permintaan antarabangsa yang berterusan telah memberi satu suntikan kepada industri getah terutama sekali industri huluan dalam usaha untuk menggembangkan lagi kawasan tanaman pokok getah bagi mendapat pulangan yang lebih besar. Dalam pada itu, bagi tujuan membina senario masa hadapan industri getah di Malaysia ini juga maka perlu untuk mengkaji cabaran sektor getah Malaysia. Hal ini penting kerana dengan dapat mengetahui mengenai dengan cabaran atau kekangan sektor ini maka sudah tentu dapat membawa kepada persiapan atau pendekatan yang perlu diambil untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut agar sektor getah di Malaysia dapat diperkembangkan pada masa hadapan. Selain daripada itu, kajian ini akan mampu utuk menganalisis strategi dan pemacu utama yang boleh membawa kepada kemajuan dan pembangunan industri getah pada masa hadapan. Dengan mengenalpasti road map bagi industri ini sudah tentu dapat memberi pelan tindakan yang perlu diambil pendekatan pada masa hadapan.

Rumusan kajian mendapati dimana Industri getah adalah merupakan salah satu industri yang telah menyumbang kepada ekonomi Malaysia selepas merdeka untuk negara terus membangun dan menuju ke arah merealisasikan matlamat untuk mencapai menjadi sektor pertanian sebagai tunggak pertumbuhan ketiga negara Malaysia. Untuk tujuan memenuhi hasrat tersebut kini industri ini perlu untuk mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti sekali gud dapat merealisasikan penggunaan sumber, mengukuhkan asas ekonomi dan daya saingnya di pasaran domestik dan antarabangsa dunia dalam 40 tahun akan datang. Maka industri ini perlu berdaya menghadapi cabaran-cabaran industri demi membawa industri ini ke satu tahap yang lebih pesat dan maju. Sektor pertanian khususnya getah asli merupakan salah satu sektor yang membantu menjana sumber ekonomi Malaysia sejak di peringkat awal kemerdekaan lagi. Dalam tahun 1960 misalnya, sektor pertanian menyumbangkan kira-kira 38.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pembangunan sektor komoditi utama Malaysia berupaya memberi kesan yang besar keatas pencapaian ekonomi Malaysia dalam beberapa dekad yang lalu. Kesinambungan daripada itu,  dan sehingga kini sektor ini terus dilihat dapat menyumbang kepada ekonomi Malaysia dalam bentuk sumbangan kepada pendapatan eksport dan GDP serta mewujudkan kepada peluang pekerjaan terutama sekali di kawasan luar bandar. Dalam pada itu juga sektor ini juga dilihat sebagai satu sektor yang menjadi penyokong kepada ekonomi negara ketika mengalami krisis ekonomi. Dengan mengambilkira peranan sektor getah asli didpati kajian ini ingin membina senario masa hadapan industri getah Malaysia dengan kaedah dan mengenalpasti road map dan pemacu utama industri ini untuk terus menjadi negara pengeluar utama getah asli dunia. Oleh itu bagi pencapaian industri getah dalam lingkungan tahun 2000 hingga tahun 2010 dan seterusnya maka cabaran yang dihadapi oleh industri ini akan dianalisis terutama berkenaan dengan pengurangan dalam jumlah kawasan, produktiviti yang rendah, penawaran getah asli domestik yang tidak mencukupi, ketidaktentuan dalam harga, pergantungan kepada buruh asing, tahap teknologi yang rendah, sokongan institusi dan infrastruktur serta isu-isu antarabangsa. Kaedah Delphi telah digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan pendapat daripada para pakar bagi persediaan untuk berhadapan dengan cabaran pada masa hadapan seterusnya bagi memastikan industri ini terus membangun. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK GETAH.... KURANG KELUASANNYA...
DITEBANG ... KELAPA SAWIT GANTIKANNYA...
THAILAND MAJU... BEGITU JUGA INDONESIA...
PELAN GETAH...KAJIAN SUDAH DIANALISA? ...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Jalan Istana, Air Keroh,
Persimpangan Bukit Beruang,
Melaka, Malaysia.
(10 Muhharam 1441H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...