Support My Blog

Saturday, July 21, 2018

IKAN BAUNG - APA HEBATNYA

IKAN BAUNG (Mystus spp) merupakan sejenis ikan air tawar yang semakin popular dan mendapat permintaan yang tinggi di negara kita. Ikan dari keluarga Bagridae ini juga tergolong dalam ikan airtawar yang terdapat di negara-negara ASEAN lain dimana ia menjadi hidangan istimewa mengikut resepi untuk masakan. Ikan baung ini adalah synonim dengan 4 nama saintifik genus lain iaitu jenis Aspidobagrus (Bleeker, 1862), Hypselobagrus (Bleeker, 1862), Heterobagrus (Bleeker, 1864) dan juga Prajadhipokia (Fowler, 1934). Dari laporan wikipedia terdapat 35 spesis ikan baung yang telah dikenalpasti itu Mystus alasensis, Mystus albolineatus, Mystus ankutta, Mystus armatus, Mystus armiger, Mystus atrifasciatus, Mystus bimaculatus, Mystus bleekeri, Mystus bocourti, Mystus castaneus, Mystus cavasius, Mystus falcarius, Mystus dalungshanensis , Mystus gulio (Thai), Mystus horai, Mystus impluviatus, Mystus leucophasis, Mystus malabaricus, Mystus micracanthus, Mystus montanus, Mystus multiradiatus, Mystus mysticetus, Mystus nigriceps, Mystus oculatus, Mystus pelusius, Mystus pulcher, Mystus punctifer, Mystus rhegma, Mystus rufescens, Mystus seengtee, M. singaringan, M. spinipectoralis , M. tengara, Mystus vittatus dan Mystus wolffii. Ikan baung juga terdapat dalam sungai termasuk sungai di Johor, Perak, Pahang dan banyak sungai-sungai lain yang masih belum tercemar. Dalam beberapa laporan menunjukkan ikan ini berukuran diantara 12 - 15 cm panjang tetapi ada juga ia dilaporkan dimana ikan baung ini ukurannya mampu juga mencapai sehingga 20 kg seekor walau pun jarang dijumpai saiz besar ini dinegara kita. Ikan ini merupakan jenis ikan liar semulajadi disungai-sungai dan ditangkap melalui pelbagai cara. Ikan ini diburu nelayan sungai dengan cara seperti memancing, menjaring, memasang lukah, menjala dan beberapa cara tradisional atau moden lagi. Bagi mereka yang memancing lazimnya jenis umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini adalah induk semut (rangrang) yang berwarna hijau terang. Teknik memancing ikan baung ini lazimnya pemancing akan menggunakan satu mata kail yang dipasang dengan 5 - 10 ekor induk semut tersebut. Bagi penulis blog bagaimana pun sering menggunakan umpan cacing tanah yang besar atau boleh juga gunakan umpan jenis usus ayam. Ada juga rekod dimana pada masa dulu nelayan sungai ada menggunakan umpan daripada 'bahan sabun' yang pelik bunyinya. Walau pun ikan ini semakin sukar didapati tetapi beberapa nelayan sungai yang mahir mampu mendapatkan ikan baung ini untuk dijual kepada restoren yang menyediakan makanan berasaskan ikan sungai seperti di Temerloh, Segamat dan beberapa bandar tepi sungai yang lain. Harga ikan baung ini adalah agak mahal pada masa luar musim tetapi ianya dijual dengan harga berpatutan pada musim biasa. Penulis blog amat suka masakan ikan baung masak lemak cili api yang dijadikan hidangan utama di Restoren RZ yang popular di Segamat, Johor. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai info ikan baung dan beberapa resepi masakan ikan baung masak lemak cili api yang enak dan lazat. Artikel ini merupakan satu usaha berkongsi infi selepas menikmati masakan ikan baung di Segamat.


Ikan baung ini mempunyai bentuk badan yang menyerupai ikan keli dimana pada penulis blog dapati ia mempunyai bentuk kepala yang pipih atau mendatar dengan bahagian tengkorak yang kasar diatas kepala yang dilitupi oleh kulit (Sila lihat foto disebelah). Bahagian badannya berbentuk bulat diatas dan pipih dibawahnya dengan ada bentuk berketak dibahagian tengah. Ikan Baung ini mempunyai sirip atas dan sepasang sirip sisi yang tajam dan merbahaya jika tertusuk kepada tangan. Apa pun ikan ini mempunyai sirip lemak yang berukuran sedang berada di belakang sirip punggung (dorsal) dan merbahaya jika duri berbisa (patil) ini jika ia menusuk kita. Ada laporan dimana orang yang terkena duri ikan ini dan tidak dirawat dengan segera dengan baik boleh menyebabkan maut. Sepasang sesengut yang panjang dibahagian kepala ikan ini berfungsi sebagai organ deria untuk jadi sebagai radar. Ikan baung mempunyai badan yang licin tanpa sisik. Bahagian ekornya mempunyai ekor yang besar disokong dengan sirip sisi dan sirip dorsal untuk berenang. Namun pergerakan ini tidaklah selaju ikan seluang dan ikan jenis lain didalam air. Warna ikan baung ini banyak bergantung kepada warna air sungai tetapi umumnya adalah kelabu kekuningan pucat. Ikan ini selalu berada dibahagian tengah dan atas sungai dan memakan apa juga bahan makana sedia ada dalam sungai. Ikan baung adalah jenis ikan air tawar yang dapat hidup dikawasan perairan di muara sungai sampai ke bahagian hulu sungai. Sebagai contoh penelitian penulis dapati ikan baung di Sungai Muar terdapat dua jenis baung iaitu Ikan Baung Muara (berwarna kelabu) dan Ikan Baung Hulu sungai berwarna kekuningan. Pelanggan dan peminat ikan baung lebih menyukai ikan baung daripda bahagian hulu Sungai Muar, Johor. Apa pun dari pemerhatian penulis blog dimana sepanjang Sungai Muar mendapati ikan baung yang ditemui sehingga sampai ke muara sungai di lokasi dimana berlaku air pasang surut yang berair dengan sedikit air payau. Didapati ikan baung juga banyak ditemui di lokasi sungai yang letaknya di kawasan yang sering kena banjir. Secara umum penulis blog dapati dimana ikan baung ada didakwa sebagai sejenis ikan yang hidup di perairan awam seperti sungai, Anak Sungai, Tasek dan sebagainya.

Daripada beberapa rujukkan mendapati dimana ikan baung merupakan jenis IKAN NOKTURAL (Noctural Fish). Lazimnya ikan jenis ini aktif atau melakukan kegiatan hidupnya seperti mencari makan lebih banyak dilakukan pada malam hari. Selain didakwa memang ikan baung juga memiliki sifat suka bersembunyi di dalam liang-liang di tepi sungai tempat habitat hidupnya. Dalam cara lain ikan baung adalah termasuk didalam jenis ikan makan segala sumber makanan (omnivora). Namun ada juga saintis ikan yang mengkelaskannya sebagai ikan carnivora disebabkan ia adalah lebih dominan memakan haiwan kecil seperti anak-anak ikan serta serangga anai-anai. Makanan utama ikan baung antaranya seperti ikan-ikan kecil, udang-udang kecil, remis, insekta, molusca, dan rumput. Di kawasan Asia Tenggara ikan baung memang merupakan jenis ikan air tawar iaiyu ia kegemaran penduduk tempatan yang penting. Ini disebebkan ikan ini mempunyai jenis tekstur dagingnya yang lembut, putih, tebal tanpa duri halus dimana ciri ini sangat digemari orang ramai. Terdapat pelbagai jenis resepi masakan ikan baung yang terkenal enak di antaranya seperti Ikan Baung Lemak Cili Padi, Ikan Baung Pindang, Ikan Baung Masak Sambal, Ikan baung Sup dan beberapa lagi. Ada dikalangan nelayan sungai yang memproses ikan baung untuk dijadikan sebagai Ikan Salai (Smoked Fish). Di negara kita bukan selalu dapat membeli ikan baung dipasar basah. Selalunya kepada mereka yang teringin membeli dan ikan baung segar perlu mencari nelayan sungai disepanjang sungai yang ada habitat ikan baung.

Antara kehebatan ikan baung tempatan adalah kerana kandungan zat permakanan yang berkhasiat (Sila lihat foto disebelah). Terdapat kajian dimana antara khasiat ikan ini adalah dapat mencegah serangan penyakit Anoreksia iaitu penyakit yang menyebabkan kehilangan nafsu makan. Kandungan zat protein dalam ikan ini didakwa sangat baik untuk menjaga kesihatan tubuh sebab ia adalah protin terbaik. Ia membekalkan sumber tenaga yang banyak untuk keperluan individu. Memakan ikan baung mampu didalam menambahkan tenaga kepada mereka yang ada masalah makan. Apa pun didakwa ikan baung mengandungi bahan Lemak HDL yang diperlukan untuk mengawal bahan Lemak LDL. Ini kerana lemak HDL adalah lemak yang baik untuk menjaga kesihatan tubuh. Lemak ni juga siftnya tidak larut sehingga tidak melekat di dinding pembuluh darah. Lemak HDL juga memiliki fungsi sebagai penyapu lemak jahat LDL. Ketika lemak LDL menbuang dari tubuh Anda maka anda akan terhindar dari berbagai macam penyakit seperti penyakit jantung dan kolesterol. Ikan baung membolehkan pemakannya mempunyai kulit yang lembut dan cantik. Ini kerana ia mengandungi banyak vitamin B dan vitamin C yang sangat bagus untuk kulit. Bagi mencegah Penyakit Asma ikan baung melegakan sistem pernafasan yang sempit sebab semput. Ikan baung didakwa mencegah masaalah kanser usus. Sama dengan ikan haruan didakwa ikan baung mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Penulis blog memang suka makan Ikan Baung Masak Lemak Cili Padi. Ia juga merupakan menu yang paling enak dimakan dengan nasi putih dan ulam-ulaman pada waktu tengahari. Bahan-bahan yang perlu disediakan untuk masak resepi hebat ini seperti beberapa ekor ikan baung segar (dibersihkan), 25 tangkai cili padi, 1 cm kunyit hidup, 3 keping asam gelugur, 10 biji belimbing buluh, 2 biji kelapa yang diambil ambil santannya, sedikit asam Jawa untuk diguna membasuh ikan, 3 tangkai daun kesum dan garam secukup rasa. Cara memasaknya dengan membersihkan ikan baung dan dicuci dengan air garam dan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Selain itu biasanya boleh juga dicuci dengan limau nipis dan diketepikan. Kemudian perlu mengisar atau tumbuk cili padi, kunyit hidup sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan seterusnya dimasukkan ikan baung dan asam gelugur dan juga dididihkan seketika. Selepas itu perlu dimasukkan santan dan reneh dengan api yang sederhana kecil. Kacau kuah di bahagian atas perlahan-lahan. Apabila mendidih masukkan belimbing buluh dan daun kesum serta garam. Sebatikan rasa pedas, masin dan masamnya. Masakan ini sedia untuk dimakan dengan nasi putih yang suam panas. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN BAUNG... AIR TAWAR ASALNYA...
CARA TANGKAP...MEMANCING JUGA...
MASAK LEMAK PEDAS.. BOLEH CUBA...
MEMBACA ARTIKEL...MEMANG BERGUNA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 411, Hotel VIP,
Jalan Buloh Kasap, Segamat,
Johor, Malaysia.
(15 Muharam 1439H).
Posted from ;
Blok Anggerik, Intan Bukit Kiara,
INTAN, Kuala Lumpur.

Friday, July 20, 2018

SELOM - TESTIMONI

SELOM (Oenanthe javanica) merupakan sejenis tanaman kaegori ulam-ulaman dari keluarga Umbelliferae yang terdapat di Malaysia. Tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara tetapi terdapat juga sehingga di Selatan China, Pakistan, Jepun dan juga Taiwan. Nama-nama lain bagi Selom adalah seperti Pennywort (English), Pampung (Jawa), phakan (Thai) dan sebagainya. Kebanyakkan selom digunakan sebagai ulam dan didapati tumbuh dikawasan liar semulajadi dan kenudian ditanam disekeliling kawasan rumah. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat mengenai tanaman selom dari pembacaan buku teknikal, pemerhatian dan kajian mudah (simple study) sebagai orang dalam bidang pertanian selama 30 tahun.  Selom di Malaysia ditanam sebagai tanaman sampingan dan tidak ada data rasmi mengenai keluasan , penggunaan atau ekspot di peringkat antarabangsa. Penulis blog telah menganggarkan seluas 15-25 hektar CHE tanaman selom ditanam di Malaysia pada 2016 untuk pasaran tempatan. Pembacaan penulis dari Buku Asean Vegetables oleh PROSEA, Bogor 1994 mendapati kandungan Selom setiap 100 gram adalah 0.16 g protin, 0.4 g lemak, air 91.6 g, 4.4 g serat, 0.51 g Vitamin A, 138 mg Kalsium, 60.5 mg Vitamin C, 0.31 mg Vitamin B dan sebanyak 110 kJ tenaga. Biji selom juga mengandungi 3.5% minyak selom. Selom mempunyai bentuk tumbuhan yang tumbuh menegak (erected) kira-kira 10 cm ketinggian dan ada selom yang tumbuh merayap (jika terlalu tinggi atau varieti lain) dimana ia mempunyai batang yang 'hollow' dibahagian tengah atau berlubang ditengahnya. Daunnya berbentuk oblong atau ovate berwarna hijau muda dan lembut. Saiz daun lingkungan 0.5-7 cm x 0.3-3.5 cm. Bahagian daun seom ini yang selalu dipetik bersama batangnya yang lembut untuk dijadikanan makanan sebagai ULAM. Jika selom berbunga lazimnya berbunga lazimnya bunga selom berwarna putih dengan mempunyai tangkai sepanjang 2-5 cm panjang dan ada 5 buah Kelopak (petal). Buah selom adalah dari kategori Scizocarp dengan mana ia bersaiz kecil 2-3mm x 0.5-1 mm. Selom lazimnya tidak mudah dibiakkan dengan biji benih sebaliknya mudah dibiakan dengan keratan batang dan terus ditanam dilokasi sesuai. Penanaman selom merupakan satu aktiviti hobi yang baik untuk penanaman ulaman disekekiling rumah dimana pemiliknya boleh dapatkan ulam yang segar dan selamat dimakan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa testimoni mengenai ulam selom dan beberapa testimoni mengenai ulaman untuk menambah ilmu pengetahuan kita.


TESTIMONI 1:

30 pilihan kerabu

Menu bufet yang mana ia merangkumi lebih 100 jenis hidangan ini turut mengandungi ulam-ulaman yang dicicah dengan sambal belacan atau tempoyak serta lauk-pauk tradisional Melayu. Menjelang bulan puasa ini, warga kota pasti tercari-cari lokasi untuk makan atau gastronomi ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga atau insan tercinta. Sebagai contoh Hotel Kuala Lumpur International tidak menghampakan kerana didapati ada menawarkan hidangan enak untuk pengunjung. Promosi berbuka puasa sempena Ramadan ini mengutarakan sajian tradisional dengan memperagakan variasi resipi tradisional yang penuh nostalgia kampung halaman. Bagi mereka yang merindui masakan ibu, lauk-pauk seperti daging bakar salai dicicah dengan air asam, ayam percik, gulai daging rebung, masak lemak siput sedut dan ikan tilapia sambal Acheh mampu meredakan kerinduan terhadap masakan ibu sepanjang bulan mulia ini. Daging bakar salai dan ayam kampung kurma Johor merupakan antara lauk istimewa di bufet ini. Daging bakar salai dikenali sebagai masakan kegemaran masyarakat pantai timur dan keistimewaannya terletak pada kaedah membakar daging yang dipotong kecil. Sebenarnya menu masakan ayam kampung kurma Johor pula nyata membuka selera apabila adunan sajian ini lebih mementingkan penggunaan jintan putih dan serbuk kurma yang asli. Bufet Ramadan yang disajikan di Kafe Toppot, tingkat 4 di hotel tersebut juga menghidangkan berbagai jenis kerabu.  Seperti acar, kerabu juga antara juadah pembuka selera. "Apabila bercerita tentang kerabu, memang kecur air liur dibuatnya kerana ia memang memecahkan selera sesiapa saja terutama mereka yang sukakan sajian pedas dan masam-masam manis. Demikian kata Chef Kasim Man, 46, yang turut mengetuai penyediaan sajian bufet Ramadan di hotel ini. "Kebanyakan ulam-ulaman boleh digaul terus dengan bahan asas kerabu, contohnya, kacang panjang, kacang botol, ulam raja dan daun selom. "Namun, pucuk paku, jantung pisang, pucuk ubi, bunga betik, daun mengkudu dan sebagainya mesti dicelur," katanya pada majlis prebiu bufet Ramadan di hotel berkenaan baru-baru ini. Menurut Kasim, kira-kira 30 jenis kerabu antaranya kerabu daging, kaki ayam, mangga, jantung pisang, pucuk paku dan lain-lain dihidangkan untuk memberi kelainan pada promosi hebat ini. "Menu bufet yang merangkumi lebih 100 jenis pembuka selera tradisional ini turut mengandungi pembuka selera lain iaitu tapai ubi dan pulut, popia basah, tauhu sumbat, otak-otak, aneka sajian mi Melayu seperti asam laksa, mi rebus, mi kari, mi bandung dan laksa Johor. "Beberapa pilihan bubur dan sup panas boleh didapati termasuk bubur lambuk, sup tom yam ayam, sup ekor, sup tulang rawan dan sup tom yam makanan laut. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati pengat pisang, sago gula Melaka dan bubur jagung.  Minuman yang disediakan termasuklah air batu campur, cendol, sirap bandung, cincau dan semestinya teh tarik yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, hotel ini juga menyediakan bufet sahur manakala kemudahan surau dan kaunter khas untuk bayaran Zakat turut ditawarkan sempena Ramadan.

TESTIMONI 2:
Memanfaatkan tumbuhan perubatan
Kesedaran yang meningkat berhubung penjagaan kesihatan mendorong kepada ramai daripada kita cenderung mengambil makanan semula jadi berasaskan tumbuh-tumbuhan. Malah, ada yang mengambil makanan tersebut yang sudah diubah kepada formulasi mudah digunakan seperti pil, kapsul, minuman dan sebagainya. Namun, pengambilan dalam bentuk semula jadi seperti ulam, sayur-sayuran, buah-buahan, herba dan bijirin lebih penting. Ini kerana sebatian aktif dalam makanan semula jadi ini yang dikenali sebagai antioksidan tidak terjejas dengan kerja-kerja pemprosesan.  Antioksidan merupakan sebatian semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan seperti bijirin, rempah tumbuhan, sayuran dan buah-buahan yang melawan radikal bebas dalam tubuh manusia. Radikal bebas merupakan spesies oksigen reaktif iaitu produk sampingan proses metabolisme fungsi selular dan tindak balas biokimia. Kehadirannya dalam tubuh mengimbangi radikal bebas tersebut tetapi apabila semakin berusia, enzim antioksidan badan semakin berkurangan.  Oleh itu adalah penting bagi kita mengambil antioksidan ini daripada sumber semula jadi bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan dan membaik pulih kerosakan oksidatif. Usaha untuk memanfaatkan pengetahuan mengenai faedah antioksidan ini digerakkan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan menjalankan penskrinan terhadap tumbuhan ubatan. Bahan antioksidan ditemui di beberapa tumbuhan ini yang sebelum ini tidak mungkin ramai mengetahui khasiatnya. Tumbuhan tersebut termasuklah petai, terung pipit, jantung pisang, kantan, pakis merah, rebung, ubi kayu, kacang bendi, selasih, ulam raja, jering, kesum, pegaga, daun kari, jering, pucuk gajus, kadok dan mengkudu. Penyelidikan berkaitan telah dipelopori oleh seorang penyelidik FRIM, Dr. Vimala Subramaniam yang bermula pada 1995. Banyak tumbuhan yang dah buat (penyelidikan) termasuk 20 ulam untuk mencari antioksidan dan beberapa lagi.  Beliau menjelaskan, apabila kadar metabolisme badan berlaku, antioksidan penting kerana memainkan peranan melindungi badan daripada penyakit degeneratif dan kronik yang melemah badan. "Ini kerana semasa metabolisme, ia menghasilkan radikal bebas yang merosakkakn sel-sel badan. Antioksidan badan pula menyusut sejajar dengan peningkatan usia. Tumbuhan yang melakukan fotosintesis dalam keadaan cahaya matahari akan menghasilkan radikal bebas sebagai bahan sampingan. Tumbuhan ini menghasilkan antioksidan semulajadi untuk menyingkirkan radikal bebas dan apabila kita memakannya, ia akan meningkatkan kandungan bahan tersebut dalam badan. Biasanya tumbuhan hijau paling banyak menghasilkan antioksidan terutama di bahagian daun dan batang.  Terdapat juga bahan antioksidan dalam tanaman lain termasuk manggis dan jambu batu yang digunakan untuk menghasilkan kosmetik. Di FRIM kata Vimala ujud hasil penyelidikannya biasa mengenai bahan antioksidan, menunjukkan bahawa terdapat banyak kumpulan bahan tersebut yang berbeza.  Kajiannya juga berjaya menghasilkan tujuh ekstrak piawai antioksidan semula jadi dan lima ekstrak piawai pemutih kulit. Tujuh ekstrak piawai itu ialah Kadok (Piper sarmentosum), Beluntas (Plichea indica), Pegaga (Centella asiatica), Kesum (Polygonum minus), Daun Selom (Oenanthe javanica), Ulam Raja (Cosmos caudatus) dan Cemumar (Micromelum pubescens). Selain itu didakwa hasil kajian dimana lima ekstrak piawai itu pula diperoleh daripada Jambu batu (Psidium guajava), Manggis (Garcinia mangostana), Beluntas (Pluchea indica), Gajus (Anacardium occidentale) dan Manjakani (Quercus infectoria). Dengan kejayaan tersebut, FRIM mampu menawarkan ujian untuk industri dan syarikat bagi menilai produk mereka khususnya dalam aktiviti antioksidan. Ini termasuk produk herba, minuman herba buah-buahan, jus, makanan kesihatan, makanan tambahan, ekstrak tumbuhan, tablet, kapsul dan serbuk. Beliau menambah, perubahan persekitaran boleh menjejaskan keberkesanan antioksidan dalam pokok atau tanaman. Oleh itu katanya, pengambilan dalam keadaan semula jadi adalah penting. ''Sebenarnya dalam kajian saya, banyak pokok yang mengandungi antioksidan tetapi kesan-kesan lain seperti seperti toksisiti kena ambil kira kerana ia mendatangkan bahaya," katanya.


TESTIMONI 3:
KERABU SELOM KELAPA

KERABU SELOM yang dibuat dari selom sejenis ulam berkhasiat yang mampu mengubati demam panas dan dikatakan baik untuk tekanan darah tinggi. Menyediakan kerabu selom penulis blog rasakan proses saangat mudah untuk disediakan. bahan asas yang mesti ada seperti pucuk daun selom, bawang, kelapa, gamam, cula, bawang besar dan beberapa bahan perisa. Kerabu selom sering juga disediakan direstoren makanan tradisional dengan harga murah yang enak dimakan dengan nasi putih dan lauk pauk yang lain. Ia disediakan menggunakan selom segar. Selom juga mampu memberi kesan sebagai agen anti reumatik dan menurunkan paras gula dan kolesterol dalam pesakit diabetes atau kencing manis. Bahan-bahan untuk membuat Kerabu Selom Kelapa terdiri daripada 1 ikat daun selom yang dihiris halus, 1/4 biji kelapa dimana ia diparut, 8 tangkai cili kering dan dikisar, 1/2 biji bawang besar juga dikisar, 3cm belacan, 50gm kerisik dan bahan garam secukup rasa. Cara menyediakan dan masak dimana hiris daun selom kecil-kecil dan ketepikan. Kemudian kisar cili kering bersama bawang besar dan belacan hingga separa lumat. Masukkan pula kelapa parut dan teruskan mengisar hingga sebati. Tuangkan ke dalam bekas dan gaulkan bersama hirisan daun selom.  Masukkan kerisik dan garam dan kemudian ia digaul lagi sehingga rata dan ia sudah sedia untuk dihidangkan. Semuga anda yang membaca anim agro technology ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!..
ULAM SELOM... AMAT SEGARNYA...
MUDAH DITANAM... DALAM PASUNYA...
ULAM DIPETIK... KERABU DIBUATNYA...
BANYAK KHASIAT... BAIK MEMAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1205, Kinta Riverfront Hotel and Suite,
Jalan Lim Bo Seng,
Ipoh, Perak,Malaysia.
(18 Muharam 1435H)
Kemaskini pada 24 Ramadan 1439H.
Posted from Room 1803,
Eastin Hotel, Kuala Lumpur 
On 20 July 2018.

Thursday, July 19, 2018

BAJA CHITOSAN - BAJA ORGANIK

BAJA CHITOSAN merupakan sejenis bahan biopolimer semulajadi diperbuat dari kulit udang, ketam dan kerang yang mengandungi keajaiban untuk semua jenis tanaman. Apa yang hendak dinyatakan adalah dimana Chitosan bukan BAJA atau bahan TOXIC atau bahan KIMIA sebeliknya merupakan bahan terbaik untuk digunakan petani untuk menyuburkan tanah dan tanaman. Bagaimana baja bertindak adalah berasaskan kepada 5 kaedah untuk diperjelaskan. Pertama baja Chitosan didakwa boleh menjadi Perangsang Pembesaran Tumbuhan Untuk tanaman, Chitosan berfungsi sebagai perangsang untuk tumbuhan menyerap nutrien dan baja dengan semula jadi dan sempurna. Baja ini juga dikatakan akan meningkatkan daya tahan atau imuniti tanaman itu sendiri. Kesan Chitosan pada tanaman boleh dilihat selepas penggunaan kali kedua (atau 10 hari) sahaja digunakan. Pada peringkat permulaan biasanya akan dilihat dimana daun tanaman akan menjadi hijau terang, segar dan putik atau bunga akan mula bercambah dengan banyak. Yang Kedua dimana baja Chitosan akan membantu dalam proses pembajaan tanah dengan cara membantu mikrob menguraikan nutrisi bukan organik kepada bentuk organik agar boleh diambil oleh tanaman. Ia membantu membaiki keberkesanan sistem akar untuk lebih cekap menyerap zat makanan dalam tanah untuk dihantar kebahagian lain pada tanaman. Ia juga bekalkan kalium dan unsur zat-mikro dalam tanah yang sering kekurangan. Ketiga adalah dimana baja Chitosan menjadi Anti Fungal dengan menghalang serangan oleh kulat dan ia juga membentuk lapisan kompoun fenolic yang menghalang sebarang kemasukan (penetration) oleh sebarang patogen kulat. Chitosan menghalang reproduksi patogen termasuk menghalang gene yang akan cuba untuk mengeluarkan ‘protease inhibators’ yang mana ia akan menghalang serangan serangga pada tanaman. Keempat adalah dimana baja Chitosan bertindak sebagai Bio Pesticide Apabila apabila ia dibubuh pada tanah dimana ia akan dapat membantu membentuk persekitaran sesuai bagi tujuan mengaktifkan bakteria pemakan chitin untuk ianya dapat menghapuskan kulat (fungus),  telur nematod dan organisma mengandungi chitin yang lain. Kulit kerang juga didapati akan menggalakan pengeluaran (secretion) enzim chitonase yang akan menguraikan chitin pada telur kuutu daun, telur-telur nematod dan patogen lain. Kahadiran chitin pada keliling tumbuhan ini sebagai biopestide asli (natural biopesticide) menyebabkan ia tidak memberi kesan toksik kepada haiwan lain seperti ikan, burung, tumbuhan lain dan organisma berfaedah. Kelimat dimana baja Chitosan ini menjadi unsur bahan Preservatif Lapisan membran dimana ia didakwa akan dapat mengawal buah-buahan dan bunga-bunga ornamental daripada menjadi kuning atau coklat Ini memberikan buah-buahan terjamin kualiti dengan cara menahan kandungan antosianin, flavonoid dan semua polifenol dalam semua jenis buah-buahan dari meningkat. Kajian membuktikan bahawa kitosan filem segar penyimpanan boleh mengelakkan buah-buahan dan sayur-sayuran (termasuk pic, pear, gooseberry Cina, timun, lada, anggur, strawberi, mangga, tomato, dan lain-lain) daripada mendapat reput dan rosak. Ia membantu memanjangkan masa penyimpanan dan jangka hayat produk tanaman. Cara ia berfungsi dimana membran Chitosan boleh menghalang kedua-dua penyerapan oksigen dan limpahan Karbon yang disebabkan oleh respirasi buah-buahan. Tetapi ia mendorong gas etilena yang mungkin bocor keluar dimana perkara ini akan menghasilkan buah-buahan selepas ianya menjadi masak. Melalui cara ini lazimnya ia menghalang untuk kulat dari membiak dan menangguhkan buah-buahan daripada ianya  masak. Artikel subuh ini saya mengupas lagi mengenai baja Chitosan dalam blog pertanian ''Anim Agro Technology'' untu dijadikan bahan rujukkan anda semua.


BAJA DARI KRUSTACEA (Crustacean fertilizer) merupakan produk baja yang sangat berkesan untuk pertumbuhan tanaman berasaskan dari kulit udang, ketam dan kerang-kerangan. Baja ini mengandungi bahan  chitin atau  pun  chitosan yang sangat berkesan mengaktifkan bakteria pemakan chitin dalam tanah seterusnya menyebabkan tanaman kurang diserang dengan perosak dan penyakit. Badan Serangga dan kulit telur nematod mengandungi banyak chitin pada skeleton yang akan dimusnahkan oleh bakteria pemakan chitin akibat baja ini. Baja ini telah dikomersilkan dibeberapa negara maju yang banyak sumber perikanan dan dijadikan produk baja yang bernilai tinggi. Produk ini dieksport kepada negara pertanian pengguna untuk yang menghasilkan bahan makanan terutama untuk jenis sayuran dan buah-buahan. Baja ini ada dijual dalam bentuk asal (raw) dan bentuk proses (cecair) dengan kaedah penggunaan berbeza-beza. Maklumat baja ini agak kurang diketahui oleh kebanyakan petani komersil di Malaysia kerana kos untuk membelinya agak tinggi selain daripada agak sukar mendapatkan bekalan berterusan. Ia boleh dibeli dan dibungkus dalam bentuk pepejal tetapi lebih banyak dalam bentuk cecair. Petani kita sering berfikir dua kali kerana jika membeli baja campuran yang biasa dipasaran harganya murah dan mudah didapati. Dalam beberapa penyataan pada pembungkusan didapati baja mengandungi chitin atau chitosan ini mempunyai banyak kelebihan daripada baja-baja komersil lain.  

Diantara beberapa lelebihan baja produk krustacea ini adalah dimana baja ini adalah merupakan 100% bahan organik yang memang sah selamat digunakan. Ia diproses daripada bahan semulajadi dari laut yang memang tidak mengandungi bahan toksik yang membahayakan kepada tanaman, alam sekitar dan manusia. Baja jenis ini juga membantu tanaman menyerap nutrien secara semulajadi di dalam tanah dengan cekap dan berkesan. Unsur baja lain mudah diambil dari tanah kerana aktiviti mikrob yang berlaku dengan adanya chitin ini. Apabila petani telah memilih baja ini, maka ia akan mengurangkan penggunaan baja organik lain dan baja kimia pada tanaman sehingga lebih daripada 50% daripada kos penggunaan biasa. Dalam banyak kajian, baja ini didakwa mampu meningkatkan hasil tanaman sekurang-kurangnya 20 - 30% pada setiap pokok jika ia digunakan dengan betul seperti disyorkan. Baja ini mampu juga meningkatkan kualiti hasil tanaman, hasil tanaman lebih segar, besar dan bebas bahan kimia. Apa yang hebat mengenainya ialah dimana ia akan dapat membantu menghalang serangan serangga perosak. Seterusnya ia akan membina ketahanan tanaman terhadap serangan penyakit (kulat, virus, bakteria). Ia juga boleh digunakan untuk semua jenis tanaman sayur, buah, bunga dan lain lain. Akhirnya ia boleh digunakan bersama sama semua jenis baja, vitamin, hormon, ubatan lain tanpa menjejaskan fungsi dan keberkesanan bahan-bahan tersebut. Secara beransur ansur, penggunaan bahan bahan tersebut akan berkurangan kerana tanaman menjadi lebih sihat dan tidak lagi bergantung kepadanya.

Cara Penggunaan baja Chitosan ini adalah mengikut jenis tanaman dan juga beberapa faktor lain. Penggunaan pada peringkat sebelum menanam iaitu bagi rawatan untuk biji benih boleh dilakukan dengan kadar 20 - 40 ml baja Chitosan dicampur dengan 20 liter air kosong  dan dikacau sehingga sebati. kemudian biji benih perlu di rendam sekurang kurang 30 minit sebelum biji benih di tanam dan kemudian ditoskan sebelum ditanam. Lazimnya baja chitosan akan melekat pada biji benih yang akan dimasukkan kedalam tanah. Ia mempercepatkan kadar percambahan dan mengurangkan serangan penyakit yang sering menyerang anakbenih. Bagi tanaman sayuran adalah disyorkan untuk mencampurkan sebanyak 20 -  40 ml baja Chitosan dengan 20 liter air kosong dimana cecair ini akan disemburkan dengan kekerapan setiap 5 - 7 hari sekali pada bahagian daun tanaman. Pastikan menyiram dengan kadar sesuai dan tidak terlalu berlebihan sehingga boleh berlaku pembaziran. Jika hujan elakkan membuat penyemburan kerana ia merugikan. Pada tanaman bunga-bungaan (ornamental) maka campuran 20 - 40 ml baja Chitosan dengan 20 liter air kosong adalah sesuai dimana kemudaian cecair ini perlu di sembur setiap 5 - 7 hari pada daun dan bunga yang mekar. Pastikan membuat semburan dengan jadual disediakan dan elakkan pembaziran dengan teliti. Bagi semua jenis buah buahan campurkan sebanyak 20 - 40 ml baja Chitosan dengan 20 liter air kosong dan kemudian ia disembur setiap 5 - 7 hari pada daun dan bahagian batang atau permukaan tanah jika pokok telah dewasa dan tinggi. Kajian pasaran mendapati harga jualan baja ini secara runcit sekitar RM37.00 bagi pembungkusan 500 ml dan jika masuk kos penghantaran menjadi RM41.00 satu unit. Anda boleh bertanya kepada kedai penjual bahan input pertanian terdekat atau google dilamanweb mana-mana sumber bekalan baja ini.  Wasallam!...
BAJA CITOSAN... PRODUK TERKINI..
SIAPA PEMBEKAL.. KEKEDAI DI CARI...
HARGA MAHAL... JAMINAN DIPASTI...
BOLEH MENCUBA...KALAU BERANI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria,
Taman Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor
Malaysia.
(2 Zulkaedah 1439H) 

Wednesday, July 18, 2018

TANAMAN SEKOI DAN KAEDAHNYA

SEKOI (Pennisetum glaucum) atau dipanggil juga sebagai 'Millet' atau 'Pearl Millet' atau dalam bahasa Jawa di kampong saya di Muar sebagai 'Jagung Jali' merupakan sejenis tumbuhan bijirin yang dikisar untuk dijadikan tepung. Tepung daripada sekoi dijadikan bahan makanan utama dibeberapa negara seperti di India, Namibia dan juga Afrika Barat. Tanaman ini dianggap sebagai salah satu jenis tanaman bijirin yang ditanam untuk mendapatkan bijinya. Tumbuhan ini sebenarnya dianggap sebagai lalang yang tumbuh liar di kawasan pergunungan di benua Afrika sebelum di bawa ke India dan menjadi tanaman penting di negara tersebut. Pada peringkat awalnya tanaman ini pernah menjadi tanaman bijirin dan menjadi makanan ruji bagi memenuhi mesyarakat tempatan. Ianya kemudian di bawa ke benua Amerika sekitar tahun 1850'an sebelum dijadikan tanaman utama di brazil sekitar tahun 1960'an. Sekoi adalah tanaman yang lasak dan boleh hidup pada pelbagai jenis tanahseperti tanah yang kering, tanah beralkali , tanah berasid dan juga tanah liat dengan ketahanan pH sehingga nilai pH8.5. Selain daripada tahan kepada keadaan kering, tanaman sekoi juga tahan dalam keadaan banjir tidak seperti tanaman jaguung yang mudah rosak akibat bencana alam sekitar. Tanaman sekoi juga tahan dari serangan sebarang serangga perosak dan penyakit tidak seperti tanaman pokok jagung sebagai perbandingan. Kepada mereka yang tidak pernah tengok pokok sekoi dimana ianya lebihkurang sama dengan ciri-ciri marfologi pokok jagung cumanya hasil atau buahnya terletak dibahagian atas pucuk. Tunas baru atau dipanggil juga sebagai 'anak' akan keluar dari bahagian batang utama yang dipotong dipanggil sebagai 'Tanaman Ratoon'. Artikel petang ini saya teruskan menulis dalam blog popular "Anim Agro Technology" mengenai tanaman sekoi atau pearl millet untuk dijadikan bahan rujukkan dan menambah pengetahuan semua pembaca bersama.

Penyediaan kawasan bagi tanaman sekoi lazimnya dimulakan dengan pembersihan kawasan sama ada diracun atau dibersihkan menggunakan alatan jentera. Kemudahan infrastruktur asas seperti jalanladang, sistem perparitan, setor dan sebagainya disediakan awal. Pembajakan tanah dijalankan dengan menggunakan bajak piring atau rotor dengan kedalaman 25-30 cm. Pastikan semua rumpai dimusnahkan semasa membajak. Pengapuran dilakukan dengan kadar 2 mt/hektar untuk menjadikan kadar keasidan pH tanah kepada pH 5.5 menggunakan baja GML (Ground magnesium limestone). Benih perlu dirawat dengan racun kulat dan dimasukkan kedalam lubang penanaman sebanyak 3-4 biji satu lubang pada kedalaman 3-5 cm dalam tanah. Penanaman menggunakan biji benih sekoi terpilih dengan jarak tanaman 60-90 cm antara baris dan 10-15 cm antara pokok dalam barisan. Sebaiknya rumpai dikawasan tanaman sekoi perlu dikawal untuk mengelakan persaingan dengan tanaman sekoi dari segi bahan makanan, ruangan, air, cahaya matahari dan perumah kepad seranga perosak atau penyakit. Kawalan rumpai dijalankan dua kali iaiitu 2 minggu lepas tanam dan minggu keempat. Lazimnnya pembajaan menggunakan baja NPK (102:45:45 kg/ha - pelik sedikit bunyinya) pada masa sebulan selepas menanam. Baja yang tinggi kandungan P dan K diberikan sebagai bajan asas semasa menanam. Serangan penyakit Hawar Daun dan Smut biji Sekoi boleh berlaku dan boleh dikawal dengan semburan racun kulat dan amalan kultura yang sesuai. Ulat Pengorek Batang merupakan musuh utama yang perlu dikawal menggunakan rcun serangga yang sesuai. Serangan oleh burung berlku pada peringkat awal penyemaian sehingga peringkat susu biji sekoi.


Pemerhatian dari beberapa petani yang pernah menanam sekoi di India mendapati pokok sekoi akan sesuai di tuai sekitar 97 - 110 hari selepas ditanam. Hasil sekoi dituai dengan memotong tangkai dengan pisau tajam. Kemudian untuk tujuan ratoon maka pokok dipotong pada pangkal paras tanah untuk menghasilkan anaknya. Ratoon kedua ini dibuat untuk mendapatkan hasil pusingan kedua. Rekod menunjukkan anggaran hasil sekoi adalah diantara 1,500 - 1,700 kg sehektar bergantung kepada varieti, pengurusan tanman dan juga cuaca. Lazimnya sekoi yang dituai akan dikeringkan sebelum disimpan pada tahap kekeringan 10-14% dan disimpan didalam setor. Serangan kulat dapat dikurangkan dengan menceraikan biji sekoi dari jambak dan pastikan benar-benar telah kering. Negara pengeluar utama sekoi adalah India terutama di kawasan sekoi menjadi makan utama penduduk dikawasan Gujerat, Haryana, Rajastan dan Madhya Pradesh.  Sekoi juga menjadi makan ruji dai beberapa negara di Afrika seperti di Bukina Faso, Nigeria, Niger dan Mali. Di Negara Namibia pula tanaman sekoi ini dikenali dengan nama 'Mahangu' yang sering dimasak seperti bubur yang dimakan dan ada juga sekoi yang di peram untuk dijdikan makan penting dinegara tersebut. Pokok sekoi yang berwarna merah ungu ini juga popular di negara kita untuk dijadikan pokok hiasan, pokok ornamental dan juga pokok pagar sempadan. Gandingan warna hijau, merah, ungu yang disusun dalam kawasan taman menjadikaan permandangan yang cantik dan eksotik. Bunga sekoi juga mengeluarkan bau yang harum dan sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan.


Dari segi nutrisi makanan didapati sekoi memang jenis bijirin yang berkhasiat. Fakta nutrisi sekoi (pearl millet) ini bagi setiap 100 gram yang boleh dimakan mengandungi sebanyak 378 kcal. Bagi kegunaan harian juga sekoi didapati mengandungi Lemak (4.2 gram atau 6%), Lemak Tepu (0.7 gram atau 3%), Lemak Polysaturated (2.1 gram), Lemak Monosaturated (0.8 gram), Kolesterol (0%), Garam Sodium 5%), Potassium (195 mg atau 5%),  Karbohiderat (73 gram atau 24%), Fiber (73 gram atau 36%) dan juga protin (11 gram atau 22%). Ia tiada vitamin A dalam sekoitetapi memgandungi 20% vitamin B6, 12% vitamin B12 dan mineal Magnesium sebnayak 28%. Makanan Bubur Sekoi mudah disediakan dimana ia didakwa makanan berkhasiat dan ia bubur sangat berguna malangnya tidak begitu popular di kalangan suri di Malaysia. Hakikatnya ia mengandungi vitamin yang memuaskan serta mudah disediakan dengan cepat. Terdapat banyak resipi yang lazat dengan makanan berasaskan sekoi atau ia dicampur dengan bahan seperti air, susu, dihidangkan dengan daging atau cendawan. Sekoi juga boleh menjadi krim, buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi resepi membuat bubur sekoi dengan susu bahan-bahan yang diperlukan adalah Sekoi sebanyak 250 gram, Susu (1 liter), gula (50-80 g), Mentega (20g) dan secubit garam. Cara menyediakan dengan membilas dengan bersih sekoi di bawah aliran air dan kemudian dimasukkan ke dalam periuk dan tambahkan susu bijirin. Bubuh sedikit garam dan gula dan dimasak sehingga mendidih dan sebelum api dikurangkan perlahan-lahan dengan mereneh selama 30-35 minit. Tambah bahan mentega dan kacau. Makanan bubur ini amat sesuai dihidangkan semasa panas. Makanan berkhasiat ini akan memberikan tenaga dan kesihatan kepada semua. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA SEKOI... BAIK KHASIATNYA... 
AMAT KURANG DITANAM...DI  MALAYSIA...
LUAS DIUSAHAKAN ...DINEGARA INDIA....
BACA ARTIKEL... BARU TAHU AKAN DIA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 8, Menara Peladang,
Lembaga Pertubuhan Peladang,
Jalan Sultan Salahuddin,
Kuala Lumpur, WP,
Malaysia.
(3 Zulkaedah 1439H) 

Tuesday, July 17, 2018

RUMPUT KEMUNCUP - KENALI DIA

RUMPUT KEMUNCUP (Chrysopogon aciculatus Retz) ini adalah sejenis rumput tropika dari keluarga Poaceae (dulu keluarga Graminae) yang tumbuh dibanyak kawasan lapang dimana bijinya sering melekat pada kain seluar jika kita melaluinya. Rumput ini juga dipanggil sebagai Rumput Jarum atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'Love grass' atau juga dipanggil sebagai pilipiliuala. Rumput kemuncup ini apa yang penulis blog kenal mempunyai nama botani sinomim dengan Andropogon aciculatus Retz. Rumput kemuncup tumbuh dikawasan terbuka (terrestrial) dengan tumbuhan dari jenis renek (annual prostrate herbs) yang mudah kita jumpa dikawasan lapang seperti dipadang bola, tepi jalan, halaman rumah, dalam kebun, diatas padang golf dan sebagainya. Ia adalah sejenis rumput 'invasive' yang menganggu dikawasan tropika. Rumput ini juga merupakan rumput yang ditanam dikawasan padang bolasepak kerana ia didapati memang mempunyai daya ketahanan baik serta sifat yang tahan lasak. Bagaimana pun jika pengurusan memotong rumput dijalankan dengan baik ia merupakan jenis rumput baik untuk bersukan. Apa yang pasti ialah jika rumput ini tidak dipotong akan menghasilkan bunga yang melekat pada pakaian (seluar atau baju atau setokin) yang menyucuk kulit seperti jarum dan akibatnya gatal atau tidak selesa. Dalam beberapa rujukkan didakwa rumput ini sering juga digunakan untuk perubatan tradisional oleh masyarakat tertentu. Artikel subuh Isnin  ini saya menulis maklumat mengenai jenis rumput kemuncup didalam "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan juga pembacaan beberapa buku.


Rumput Kemuncup tumbuh menjalar dengan stolon yang akan mengeluarkan akar pada setiap ruasnya (nodes). Akarnya adalah jenis akar serabut (fibrous roots) dengan berwarna putih atau agak coklat. Batangnya adalah berbentuk leper (flat) dengan agak berbulu sedikit. Dibahagian ruas juga didapati berbulu. Rumput kemuncup didapati tidak mempunyai 'stipules'. Daunnya berbentuk linear atau sessile dengan ukuran 2 cm panjang atau lebar dimana hujungnya tajam. Urat daun yang selari dari bahagian bawah daun kehujung daun jelas kelihatan dengan daun yang berwarna hijau ini mempunyai susunan spiral bertentagan (Sila lihat foto sebelah). Ia mempunyai bunga yang terbentuk pada satu tangkai terbit dari ruas menegak keatas dalam kumpulan (sessile and terminal panicle). Bunga yang berbentuk jarum ini mempunyai cangkuk tajam pada hujungnya yang mampu melekat pada pakaian dan berwarn akuning kecoklatan. Rumput kemuncup juga mempunyai biji didalam buahnya dalam bentuk 'nuts' yang boleh membiak jika jatuh ketanah sesuai. Rumput kemuncup sering didapati tumbuh dalam kelompok yang benyak dimana ia mudah dilihat dengan mata kasar. Ini kerana pembiakan benih rumput kemuncup ini berlaku dalam kawasan sekitar yang sama sahaja. Hanya manusia, haiwan dan lain-lain faktor yang akan membawa biji benih kemuncup ini berkembang kekawasan lain untuk berkembang. 


Kaedah pembiakan rumput kemuncup secara semulajadi adalah melalui cara bijibenih dan cara vegatatif (keratan dari stolon yang ada akar terus kekawasan baru). Penulis blog juga mendapati rumput kemuncup memang tidak disukai oleh kita yang hendak lalu dikawasan rumput tersebut dan kadang-kadang kena singsing seluar untuk elakkan dari bunganya melekat. Bagaimana pun bunga kemuncup akan melekat pada setokin pula. Memang penat hendak membuang bunga kemuncup yang melekat ini satu persatu kalau berada distokin atau seluar jenis nylon ini. Kalau hendak memudahkan cara membuang biasanya cara yang sering dilakukan dengan menggunakan pisau tajam dan gosok pada kemuncup yang melekat pada seluar dan pastikan ia tanggal. Kalau hendak cabut satu persatu semua bunga kemuncup memang amat meletihkan. Paling malang jika ada bunga kemuncup yang melekat didalam singlet atau dibahagian belakang baju yang menyebabkan kegatalan dan ketidakselesaan. Bagaimana pun kalau terkena baju akan menyebabkan gatal pada badan dan ia perlu dicari untuk dibuang. Kadang-kadang hanya bahagian jarum tajam yang sukar dilihat dalam baju yang menyucuk kita. Kalau tidak disedari seluar yang banyak kemuncup dimasukkan kedalam mesin basuh yang bercampur dengan pakaian lain, nasiblah kalau ia melekat pada seluar dalam.

Semasa kecil zaman kanak-kanak dulu rumput kemuncup merupakan rumput yang sangat berguna didalam permainan pertandingan. Penulis blog masih ingat lagi bagaimana kami akan cabut bunga kemuncup dan di lekatkan dengan bunga kemuncup lawan (Sila lihat foto sebelah) dan dipusingkan sehingga melekat. Kemudian kita tarik tangkainya dan lihat bunga siapa yang terputus. Jika bunga putus ia dikira "KALAH" sementara satu pihak lagi yang bunganya utuh akan dikira "WINNER". Permainan ini memang murah untuk kita menentukan siapa yang pertama bermain dalam giliran melastik getah karet, main ting-ting, kondang kondi, galah panjang dan banyak lagi permainan tradisional. Apa yang pasti kanak-kanak zaman sekarang mungkin tidak pandai main benda ini tetapi mereka akan lebih cekap didalam permainan komputer games. Itulah diantara perbezaan antara generasi 'Babby boomers' dengan generasi Y masa kini. Belum ada kajian terperinci apakah dia khasiat rumput kemuncup ini dalam nilai permakanan dan juga nilai ekonomi. Ini kerana rumpur spesis invaisive ini masih menjadi ancaman kepada kawasan kebun dan kawasan lapang di tropika. Walau pun belum ada aktiviti menanam rumput kemuncup ini secara komersil tetapi usahawan pembekal rumput padang ada menyimpan rumput kemuncup ini untuk permintaan khusus. Semuga tulisan saya mengenai rumput kemuncup ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
RUMPUT KEMUNCUP...KENALKAH ANDA..
TUMBUH DIPADANG...IA MERATA-RATA...
MELEKAT DIBAJU...GATAL AKIBATNYA...
CEPAT MEMBIAK...ANCAMAN SEMUA...


By,
M Anem
Taman Cendana
Persimpangan Air Keroh,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(3 Zulkaedah 1439H)
  

Monday, July 16, 2018

SOTONG BAKAR - ENAKNYA!!!

SOTONG BAKAR kini merupakan satu resepi makanan berasaskan sotong segar yang kini semakin diminati ramai rakyat di Malaysia yang gemarkan Makanan Laut (seafood). Penulis blog yang baru pulang bercuti selama 2 minggu di Eropah mendapati memakan sotong bakar bersambal amat menyelerakan sekali di Pusat Makanan Laut Senibong, Johor Bahru, Johor. Kawasan restoren disini ini sangat popular dikalangan penduduk di Johor Bahru untuk menikmati makanan laut yang juga ia menjadi daya tarikan kepada rakyat Singapura. Walau pun terdapat banyak hidangan lain yang ada dihidangkan tetapi pada saya hidangan sotong bakar bersambal menjadi pilihan yang utama. Selain itu makanan lain seperti ikan pari bakar, ikan siakap 3 rasa, nasi putih dan minuman air limau memang disiapkan dalam tempoh masa yang agak cepat juga. Sebelum itu pelanggan boleh pilih sendiri sotong dan ikan yang hendak dimasak. Di Melaka juga popular dengan banyak lokasi medan ikan bakar seperti di Pernu, Sungai Duyong, Umbai dan beberapa lokasi lain yang juga ada menghidangkan sotong bakar bersambal. Hidangan sotong terbaik bagaimana pun apabila berkunjung ke Pahang, Terengganu dan Kelantan dimana sotong bakar ini lebih segar dan saiznya juga lebih besar. Sotong Bakar ini sesuai dimakan begitu sahaja atau pun dimakan bersama dengan nasi putih. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" makanan enak iaitu sotong bakar pedas sekadar berkongsi info dengan pembaca diluar sana.


Kaedah menyediakan atau memasak sotong bakar ini ada bermacam cara. Masakan Ala-Thai dimana ia berbeza dengan cara-cara masakan disebelah Selatan dan di Malaysia Timur. Bagaimana pun pada penulis blog hasil penyediaan sotong bakar jika mereka menggunakan sotong yang masih segar dan baru memang memberikan rasa keenakan sebenar. Bahan-bahan asas yang diperlukan untuk resepi ini terdiri daripada 500 g sotong besar yang segar, 1/2 camca teh serbuk kunyit dan juga sedikit garam. Bahan untuk membuat sambalnya pula atau sambal asam adalah 1 inci belacan yang dibakar, 1 batang cili merah, 10 - 12 biji cili padi dan juga 2 biji bawang merah kecil. Disediakan juga bahan asam jawa sebesar ibu jari yang perlu diramas dalam 3 camca besar air, 3 biji limau kasturi, sedikit garam dan gula. Cara menyediakan dan memasak sotong ini dimulakan dengan membersihkan semua sotong tersebut dimana perlu diasingkan bahagian kepala dan badan. Penting juga untuk mencuci bersih bahagian dalam badan sotong dan kemudian ia dikelar-kelar badan sotong tapi jangan putus (Sila lihat foto disebelah). Bersihkan juga bahagian kepala sotong. Gaulkan semua sotong tersebut dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Bakar sotong dalam oven atau pun terbaik diatas api arang atau pun grill. Proses membakar sotong ini lamanya lebih kurang lebih 5 - 8 minit pada setiap bahagian (kalau bakar lama nanti ditakuit sotong akan menjadi liat. Dalam pada itu sama ada hendak dimakan dengan sambal maka dicurahkan sahaja sambal pedas diatasnya sebelum dihidangkan. Bagaimana pun jika hendak dicicah dengan sambal asam iamya agak enak juga. Sambal asam ini boleh disediakan dengan menumbuk semua bahan dalam lesung batu iaitu satukan cili merah, cili padi, garam dan belacan. Tumbuk hingga separuh lumat dan kemudian dimasukkan bawang merah tadi dan terus menumbuk hingga agak lumat (jangan terlalu lumat). Masukkan jus asam jawa dan juga perasakan dengan sedikit gula. Perah jus limau kasturi hingga tahap kemasaman yang diingini. Kuah cicah yang baik dimana mesti ada rasa masam, manis, pedas dan masin dalam sambal ini.


Memakan sotong bakar tidak memadai kalau kita kitak mengetahui apakah dia haiwan sotong itu sendiri. Penulis blog akan berkongsi info mengenai sotong untuk dibuat rujukkan. Sotong merupakan haiwan moluska yang termasuk kelas cephalopoda (kaki hewan terletak di kepala) yang terdiri dari cangkang internal yang terletak di dalam mantel. Lazimnya isi sotong adalah berwarna putih dan ia berbentuk oval dan tebal serta terbuat dari kapur. Tubuh sotong adalah relatif pendek menyerupai karung. Mantelnya berwarna merah jambu kehitaman dan diselubungi selaput nipis dan pada kedua sisinya terdapat sirip lateral yang memanjang dari ujung dorsal sampai ventral. Haiwan Cephalopoda merupakan salah satu sumber semulajadi penting dalam industri sektor perikanan laut.  Cephalopoda juga adalah salah satu kelompok terdiri dari jenis yang Halus (filum moluska), Cumi (squid), Sotong (cuttlefish), Gurita (octopus) dan lain-lain. Sotong (Sepia sp.) merupakan salah satu jenis cephalopoda yang cukup dikenali dan juga digemari oleh masyarakat tempatan seluruh dunia. Terdapat kurang lebih 100 spesies sotong di dunia (Ozyurt et al. 2006). Sotong memiliki tubuh yang lebih pipih, sementara Cumi pula lazimnya lebih berbentuk silinder. Sotong memiliki badan berbentuk bulat telur agak pendek dengan sirip isinya melingkari seluruh badan dan bagian belakang tubuh bundar. Punggung sotong keras kerana didalam dagingnya terdapat kerangka dari kapur yang biasa berbentuk lonjong dan berwarna putih. Sekitar mulut sotong akan terdapat lapan tangan pendek dan dua tangan panjang (tentacle). Jejari tangan yang pendek dilingkari dengan alat penghisap sepanjang tangan (Sucker) sedangkan tangan yang panjang (tentakel) hanya terdapat pada hujungnya. Warna sotong bervariasi tetapi umumnya coklat atau kuning kecokelatan tergantung dari warna pasir pada dasar permukaan laut. Lazimnya pada bagian punggungnya terdapat garis bengkok-bengkok. Ukuran panjang sotong dapat mencapai 30-35 cm tetapi biasanya 20-25 cm sahaja. Di Malaysia kita boleh membeli sotong dari pasar basah, pasaraya dan pasar malam dengan harga ditawarkan mengikut jenis sotong, saiz, tahap kesegaran dan juga lokasi jualan. Kepada anda yang ingin menjamu sotong bakar pedas atau resepi lain boleh berkunjung dibanyak lokasi dan medan ikan bakar diseluruh negara. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SOTONG BAKAR ...  RESEPI ISTIMEWA...
SOTONG SEGAR...NELAYAN BEKALNYA...
DIBERSIHKAN... DAUN PISANG LAPISNYA...
DIBUBUH SAMBAL.. ENAK NIKAMATINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(30 Syawal 1436H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...