Support My Blog

Thursday, July 5, 2018

SUP BELUT - ENAKNYA!

SUP BELUT (Eel soup) merupakan sejenis makanan yang semakin popular terutama di beberapa negeri di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia seperti di Kedah dan Kelantan. Penulis blog baru-baru ini menikmati sup belut di restoren Pak Awi Belut Sup Special di Kota Bharu bersama rakan-rakan dan keluarga. Bukan sahaja membuat tempahan sup belut malahan dihidangkan dengan belut goreng kunyit yang dimakan bersama nasi putih. Pada penulis blog memang tidak menjadi perkara pelik atau geli seperti sesetengah orang apabila makan sup belut ini kerana semasa remaja dahulu sering memancing di anak sungai dan disawah yang mendapat belut dan dimasak oleh ibu untuk hidangan istimewa. Bezanya belut yang dipancing ini biasanya bersaiz lebih besar daripada belut sawah atau yang berada dikawasan paya. Makanan sup belut merupakan sejenis makanan yang berkhasiat dan sihat kerana ia mengandungi banyak protin disamping banyak rempah ratus yang digunakan untuk menyediakan sup ini. Kepakaran tukang masak sup belut penting untuk menghilangkan banu hanyir belut tersebut. Mereka lazimnya akan banyak menggunakan bahan seperti lengkuas, halia, bawang besar, serai, limau dan beberapa lagi untuk menyediakan resepi sup belut ini. Hidangan sup belut paling enak dimakan dengan nasi putih panas dan beberapa lauk lain seperti sambal belacan dan sebagainya. Kini sup belut mudah didapati di Lembah Kelang terutama di restoren Ala-Thai dengan pelbagai resepi masakkan. Artikel malam ini saya menulis lagi dari Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai sup belut dan apakah dia belut serta khasiat belut tersebut untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Pada penulis blog memang banyak cara memasak sup belut bergantung kepada citarasa dan kehendak tekak kita. Daging belut segar akan mempastikan keenakkan sup belut. Bahan-bahan asas yang perlu disediakan untuk memasak sup belut adalah seperti 0.5 kg belut yang perlu dipotong kecil dan sebaiknya bersihkan dengan membasuh bersama asam limau. Bahan ramuan yang perlu seperti 5 ulas bawang merah (dihiris), 2 ulas bawang putih (dihiris), 3 inci halia yang dihiris, Lada hitam dan lada putih yang ditumbuk (kuantiti mengikut citarasa), 3 batang akar ketumbar yang diketuk, 2 bungkus sup bunjut, 1 batang kayu manis, 3 kuntum bunga lawang, 7 kuntum cengkih, lengkuas, halis dipotong racik, air secukupnya untuk kuah dan semestinya perlu ada daun sup, daun bawang dan juga perahan jjus limau. Bagi menambah keenakknya boleh ditambah dengan 3 tangkai cili api ang diketuk dan juga sebiji buah 1 biji tomato yang dihiris. Jangan ketinggalan adalah bahan perisa iaitu garam secukupnya. Saiz potongan belut ini bergantung kepada kehendak kita sama ada 1 cm sehingga 4-5 cm panjangnya tetapi mesti sesuai dengan kaedah memasak dan memakannya. Jangan buang tulang dan duri kerana daging belut akan hancur jika dimasak terlalu lama. Bagi memasaknya maka masukkan sedikit minyak untuk menumis dan dipanaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, hirisan halis, bungkah lengkuas dan bahan hiris sehingga wangi. Kemudian ditambahkan secukupnya air dan sup bunjut dan setelah mendidih maka masukkan belut dan bahan-bahan lain. Bagi sentuhan terakhir sebaiknya diberikan rasa masam dengan memasukkan air limau serta sedikit garam secukup rasa. Sup belut ini sudah sedia untuk dihidangkan dan enak dimakan semasa masih panas-panas lagi dan perut kita sedang lapar nasi waktu makan.

Pada penulis blog haiwan belut ini memang geli apabila melihatnya panjang, licin dan berlendir serta bukan jenis haiwan yang sesuai dijadikan haiwan kesayangan. Belut (Anguilliformes) merupakan sejenis order ikan yang mempunyai badan panjang tanpa anggota tangan atau kaki. Hasil rujukkan di internet, dikatakan belut mempunyai 4 suborder, 19 famili, 110 genus dan 400 spesies belut. Kebanyakan belut juga merupakan haiwan pemangsa (Ppredator) seperti ikan kecil dan sebagainya. Belut lazimnya akan tinggal di dalam air sama ada dalam air tawar, air payau atau air masin dan sebahagian belut sebenarnya tingga dilaut. Cuma belut dari famili Anguillidae tinggal di kawasan air tawar. Sesetengah belut suka bersempunyi di dasar laut iaitu sehingga 4,000 meter bagi sepeti jenis Synaphobranchidae dan lazimnya kebanyakkan beut bergerak melalui berenang. Di Malaysia dan negara ASEAN lain terdapat belut popular iaitu Belut Sawah. Belut Sawah (Monopterus albus) adalah sejenis ikan dari keluarga  Synbranchidae (belut) yang mempunyai nilai ekonomi dan ekologi dalam ekosistem semulajadi. Belut sama seperti ikan boleh dimakan sama ada ianya digoreng, dimasak dengan sos asam pedas, dibuat sup belut atau digoreng kering sebagai makanan ringan. Secara ekologi lazimnya haiwan licin belut ini sangat sesuai untuk dijadikan indikator pencemaran disekitar sawah padi diman lazimnya belut mudah beradaptasi. Lenyapnya belut menandakan kerosakan pada ekosistem dimana hidupan ini boleh hidup.

Dalam dunia tersebut haiwan belut dianggap sebagai haiwan pemangsa yang ganas di lingkungan paya dan sawah. Makanannya ikan kecil, cacing, krustasea dimana lazimnya belut aktif pada malam hari. Haiwan ini dapat mengambil oksigen terus dari udara dan mampu hidup berbulan-bulan tanpa air iaitu asalkan persekitarannya tetap basah. Haiwan ini bahkan mampu menyerap oksigen melalui bahagian kulitnya. Belut pada kebiasaaannya akan bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa yang melaluinya. Ia mudah di tangkap dengan memancing (Sila lihat foto disebelah) menggunakan umpan sesuai atau di tuba dimana ia akan keluar dan mabuk atau mati. Walaupun belut didakwa berasal dari tropika tetapi dilaporkan jenis belut sawah diketahui dapat bertahan hidup melepasi musim sejuk dengan suhu keliling sangat rendah. Hebatnya pada kombinasi sifat-sifat yang dimiliki belut membuatnya menjadi haiwan yang dianggap berbahaya bagi persekitaran yang bukan habitatnya. Secara umumnya belut mempunyai ukuran maksimum adalah 1meter walaupun yang banyak dimakan paling panjang 40 cm sahaja terutama jenis Belut Sawah. Uniknya belut ini jenis ikan yang tidak memiliki sirip kecuali sirip ekor yang memanjang. Bentuk tubuhnya menyerupai tabung dengan tubuh licin, tanpa sisik. dengan warna bervariasi namun warna biasa adalah kecoklatan hingga kelabu. Belut merupakan haiwan hermaprodit dimasa muda merupakan belut betina dan bersarang di lubang untuk meletakkan telur-telurnya pada buih-buih di air yang cetek. Jika telur menetas maka kan keluarlah belut muda yang semuanya betina. Dalam usia lebih tua perkembangan berikutnya biasanya belut ini akan menjadi belut jantan.

Dalam para terakhir mengenai sup belut dan khasiat belut baik penulis blog kongsi info dengan pembaca blog anim agro. Haiwan belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dimana secara keseluruhan didalam daging belut terkandung kebaikan yang banyak. Di antaranya termasuk kolesterol, sodium, protein, air, kalori belut sawah berkhasiat tinggi, asid lemak tidak tepu Omega-3, Asid lemak tak tepu, Total Omega-6, Vitamin A, C, E (Alpha Tocopherol), Thiamin, Ribofl avin, Niacin, Vitamin B6, Folate, Vitamin B12, Pantothenic Acid, Choline, Kalcium, Zat besi, magnesium, fosfor , potassium, sodium, Zinc, Mangan dan Selenium. memang panjang senari mineral didalam belut dimana ia sesuai untuk dijadikan sumber khasiat . Lazimnya seekor belut sawah gred standard boleh didapati yang beratnya hanya 204 gram saja. Dalam perubatan tradisional apa yang penulis blog dapat info adalah dimana belut dikatakan boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Khusus kepada pengidap buah pinggang adalah dipercayai dimana belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu sesuai untuk dimakan. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya dengan ambil limpa belut salai dan ia kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan juga didakwa mampu mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan sesuai makan sup belut bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat. Didakwa jika kerap memakan belut adalah dipercayai ia dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan. Penulis blog gembira dapat makan sup belut ini dimana mungkin ramai dikalangan pembaca belum menikmati sup belu ini. Semuga tulisan malam ini dalam anim agro technology mampu memberi info kepada anda semua. Wasallam!!!...
SUP BELUT... YANG DIGORENG SAMA...
HIDANGAN ENAK... IA ISTIMEWA JUGA...
BANYAK KHASIAT... KEPADA YANG SUKA...
YANG GELI DAN TAKUT... BACA BLOG SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 8005, Executive Floor,
Hotel Perdana, Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.
(21 Syawal 1439H).

Wednesday, July 4, 2018

TELUR DAN YAKULT - PLANT GROWTH HORMONE

Pernahkah anda terfikir untuk membuat sendiri dan mencuba bahan penggalak pertumbuhan (Plant Growth Hormone) yang murah dan mudah disediakan?. Penulis blog amat berterimakasih kepada Dr Desa yang pernah belajar dinegara Thailand dimana beliau membuat posting video dalam bentuk video bagaimana untuk menghasilkan bahan penggalak pertumbuhan tanaman disekeliling rumah. Dalam meneliti video berbahasa Thai ini penulis blog menintonnya beberapa kali untuk memahali bagaimana ia disediakan dengan mudah dan siple sekali. Apa yang penulis dapat faham mereka menggunakan bahan asas telur ayam yang mengandungi banyak bahan ptotin dan juga bahan Yakult yang mengandungi hidupan mikrob yang dikenali dengan nama Lactobacillus casei. Harga kedua-dua bahan asas diatas amat muddah diperolehi daripada kedai runcit atau pasaraya dengan harga yang murah. Sebiji telur mungkin RM0.30 sebiji dan Yakult sekitar RM0.60 satu botol. Kalau kena menyediakan plant growth hormone yang boleh diguna untuk tanaman sendiri maka perlukan modak hanya RM1.20 untuk telur dan RM0.60 untuk Yakult berjumlah hanya RM 1.80 untuk satu sukatan (Sila lihat foto diatas). Pada masa kini aktiviti penanaman sayuran dan ulaman sendiri dikeliling rumah amat digalakkan dengan tidak lagi menggunakan sebarang bahan kimia sebaliknya disyor menggunakan bahan organik yang selamat digunakan dimana ia mudah disediakan. Tanaman sayur daun, ulam-ulaman dan rempah ratus yang ditanam disekeliling rumah dengan kaedah penanaman yang betul mampu memberikan tuaian yang segar, berkualiti dan paling penting ia selamat dimakan. Artikel petang ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" bagaimana untuk menyediakan plant growth regulator daripada bahan telur ayam dan yakult yang memang anda semua boleh membuatnya sendiri.

Penulis blog menonton video tersebut dimana ia amat mudah sekali disediakan . Mula-mula pilih dua biji telur ayam yang masih segar dan dipecahkan. Teknik bagi penghasilan Plant Growth Homone (Hormon Telur) menggunakan telur ayam dan yakult ini boleh diajar kepada orang dewasa malahan kanak-kanak juga saya fikir boleh membuatnya. Kepada mereka yang meninton video bahasa Thailand ini mungkin faham teknik yang ditunjukkan. Apa yang penting adalah bahan asas diperlukan terdiri daripada 2 biji telur ayam, Satu botol Yakult (Tidak kira perasa apa tetapi terbaik adalah perisa yang asli) dan botol air mineral yang kosong (1 liter atau 500 ml) boleh digunakan dan pastikan ada penutupnya. Pastikan botol plastik kosong yang hendak digunakan ini bersih daripada sebarang bahan patogen lain yang mungkin ada. Penutup ini penting semasa proses menggoncang nanti agar tidak tertumpah keluar. Mula-mula mesti dipecaahkan 2 biji telur ayam kemudian masukan kedalam mangkuk yang mana kemudian ia dituang kedalam botol dengan gunakan corong (daun pisang, kertas atau corong plastik buatan sendiri). Langkah seterusnya adalah membuta penutup botol Yakult dan masukkan 1/2 botol yakult ke dalam botol berisi telur dengan cara teliti. Kemudian botol tersebut digoncangbeberapa kali sehingga larutan cecair ini menjadi sebati. Selepas itu larutan ini perlu disimpan selama masa 3 - 4 hari  dimana penutup botol mesti dilonggarkan untuk perlepasan gas yang dihasilkan semasa proses fermentasi berlaku. Simpan ditempat yang bersuhu bilik dan elakkan terdedah kepada cahaya matahari.

Bagi mereka yang mempunyai tanaman sayuran dan ulaman disekeliling ruumah boleh membuatnya beberpa botol nuntuk digunakan secara berterusan. Larutan hormon ini boleh digunakan apaabila ia sudah berbuih dimana proses fermentasi didalamnya sudah lengkap (Sila lihat foto disebelah). Anda perlu tahu bagaimana cara mengguna hormon telur dengan yakult ini dengan betul caranya. Kaedah menggunakan adalah dengan menggunakan sebanyak 2 sudu makan larutan hormon telur dengan yakult ini bersama 20 liter air bersih dalam tong penyembur (spray) terhadap tanaman sayur daun. Setelah dikacau rata anda boleh sembur terus kepada sayuran daun dua kali sehari iaitu waktu pagi dan petang. Bagi tanaman buah-buahan pula disyorkan menggunakan sebanyak 3-4 sudu makan larutan telur dengan yakut dengan 20 liter air bersih dan dikacau sehingga sebati. Adalah disyorkan untuk tanaman buah-buahan dan tenaman kekal menggunakan bancuhan lebih daripada sukatan terutama pokok buah-buahan yang besar dan matang. Kesan hormon tumbuhan ini boleh dilihat dalam jangkamasa agak lama disekalikan dengan sistem pembajaan lain dan penjagaan tanaman yang sempurna. Adalah lebih mudah menyediakan bahan growth hormon ini kerana ia tidak beracun atau tiada kesan toksik kepada tanaman dan pengguna.

Penulis blog juga merujuk dengan lamanweb apakah dia bahan Yakult ini. Yakult adalah minuman probiotik mirip yogurt yang dibuat dari fermentasi susu skim dan gula dengan bakteria dikenali sebagai Lactobacillus casei. Bakteria L. casei Shirota juga dapat ditemui dalam sistem pencernaan dalam perut manusia dan sudah lama produk jenama Yakult ini telah dipromosikan dalam TV dan media lain sebagai minuman yang baik untuk kesihatan. Inovasi ini telh dijumpai oleh Dr  Minoru Shirota pada 1930 dimana kemudiannya pada 1935 dia telah mendirikan Yakult Honsha Co., Ltd. untuk sasil dan memasarkan minuman ini. Sejak itu produk Yakult telah memperkenalkan berbagai minuman yang mengandungi bahana bakteria Bifidobacterium breve dimana ia telah menggunakan lactobacilli untuk menghasilkannya. Pasaran produk ini berkembang keseluruh dunia terutama untuk kawasan seperti di jepun, Asia, Australia, Amerika Latin, Eropah dimana bakterianya diimport daripada Jepun. Penulis blog fikir perlu kita fahami sedikit proses membuat produk ini. Paling asas adalah bagaimana  memyediakan Seed Starter (Proses A) dimana biasanya susu tepong dan glukosa dilarutkan dengan air kemudian disterilisasi dan difermentasikan dengan penambahan Lactobacillus casei Shirota strain di dalam tangki pembenihan (Seed tank). Peringkat seterusnya adalah proses pembuatan Susu Fermentasi dimana susu poeder skin dan glukosa tadi akan dituang ke dalam silo. Kemudian ia akan dilarutkan menggunakan air panas di dalam bekas dikenali dengan nama Disolving Tank. Kemudian setelah proses pelarutan sempurna maka larutan ditapis dan akan dipindahkan ke mesin Ultra High Temperature (UHT) untuk disterilisasi pada suhu sekitar 120 darjah Celcius. Dari mesin UHT selanjutnya larutan susu steril ini dipindahkan ke Culture Tank. Biasanya untuk mendapatkan warna khas Yakult maka susu tersebut perlu dipanaskan dengan suhu sekitar 98 darjah Celcius. Selanjutanya adalah proses menambahkan seed starter dimana proses fermentasi sejak proses seeding sampai menjadi suatu susu fermentasi sesuai dengan piawaian mutu yang ditetapkan melalui proses dihomogenisasi  dengan menggunakan mesin homogenizer. Kemudian dimasukan sirap (gula halus dituang ke dalam Silo Tank) dan dlarutkan menggunakan air panas di dalam Disolving Tank. Setelah gula larut sempurna maka sirap ditransfer ke mesin HTST (High Temperature Short Time) untuk disterilisasi. Setelah siap ia akan melalui proses pembotolan dengan botol Polistrene secara otomatik. Bahagian tutup selalu ditutup dengan penutup Alumunium Foil dimana kandungan isipadu 65 ml setiap botol. Biasanya produk Yakult yang sudah dibotolkan dipek dalam kuantiti sebanyak 5 botol/pek. Apa yang penting adalah dimana proses penyimpanan Yakult dalam “COLD STORAGE". Ini adalah produk yang digunakan untuk membuat plant growth hormon dengan kandungan Lactobacillus casei yang akan berkembang banyak dalam telur sebelum seburan dilakukan. Semuga anda mendapat info terbaik dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

SEKTOR PERTANIAN...INOVASI DICIPTA ...
TELUR DAN YAKULT...MURAHNYA DIA...
MUDAH DISEDIA... BERKESAN HASILNYA....
KALAU SUDAH BACA... MESTI DICUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Apartment No 30, Pratesterm Apartment,
Wolfgang Schmazl Casse,
18 - 20,  Leopoldstradt,
Vienna, Austria.
(6 Syawal 1439H).
Lawatan 2 minggu ke Eropah.
Posted from
Room 633, Hotel TH,
Kuala Terengganu,
Terengganu.
(19 Syawal 1439H).

Tuesday, July 3, 2018

KUMBANG LADYBIRD - HEBAT PERANANNYA

Pernahkah anda mendengar akan keujudan dan peranan KUMBANG LADYBIRD (Ladybird Beetle) sebagai serangga berfaedah?. Mungkin dikalangan ibubapa mereka hanya kenal atau familiar dengan baju dan pakaian kanak-kanak jenama Ladybird yang dikira 'pakaian branded' dengan harga yang memang agak mahal. Selain daripada pakaian, banyak produk menggunakan nama ladybird yang dilihat cantik dijual dipasaraya dan juga jualan on-line seperti Basikal Ladybird, Topi Ladybird, Bantal Ladybird, Beg Ladybird, Botol Susu Ladybird, Games Ladybird, Patung Ladybird dan banyak lagi. Apa pun bukan itu tujuan penulisan blog pada kali ini tetapi sebaliknya mengenai kehebatan kumbang ladybird yang dianggap 'cantik' dan 'manja' ini didalam sektor pertanian. Penulis blog bertanya pembaca sama ada pernah melihat kumbang ladybird dikeliling rumah atau ditaman-taman rekreasi yang berhampiran?. Sebenarnya kumbang ladybird adalah sejenis serangga daripada keluarga Coccinellidae yang sering dijumpai dikawasan hijau ditaman keliling rumah anda. Kumbang ini mempunyai kaki yang pendek, bersaiz kecil, bentuk bulat, biasa mempunyai warna terang dengan kepak yang unik dan boleh dijumpai diseluruh dunia dengan sebanyak lebih 6,000 spesis!. Melihat foto diatas pastinya anda akan tahu bahawa ia adalah kumbang ladybird yang mungkin pernah anda lihat sendiri dimana-mana. Kumbang ini diberi nama 'Ladybird' dalam bahasa Inggeris atau jika dimelayukan terus sebagai 'Kumbang Burung Betina' tetapi lazimnya di Malaysia ia dipanggil sebagai 'Kumbang Kura-kura'. Serangga ini sebenarnya merupakan serangga yang amat penting dalam ekologi dalam sektor pertanian. Ia dianggap serangga berfaedah kerana memakan serangga perosak tanaman seperti Aphid, Mealybug, Scale Insects, white flies, hoppers dan kutu (mites). Ia adalah agen biologi penting didalam mengawal perosak tanaman semulajadi dan menguntungkan petani. Artikel subuh ini selepas berbuka, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan anugerah Alllah SWT mengenai kumbang ladybird untuk dijadikan bahan rujukkan. 


Kumbang ladybird spesis 'Zigzag' yang mudah dijumpai dikawasan rumah dan dikebun merupakan antara jenis-jenis kumbang ladybird yang mudah dikenali. Kumbang Zigzag atau nama saintifiknya (Menochilus sexmaculatus) adalah mudah anda jumpa di sawah padi, kebun buah-buahan, kebun sayur dan juga dikawasan rumput biasa. Ia mempunyai warna yang terang iaitu Oren dengan ada titik-titik hitam dibelakangnya seakan bentuk 'zigzag dan kecil (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog pernah menjumpai kumbang spesis ''zigzag'' ini di kebun betik kepunyaan En Yahya peserta projek TKPM di Segamat dahulu semasa musim panas berpanjangan. Serangga jenis ladybird ini boleh dilihat pada semua pokok betik eksotika dikebun tersebut untuk memakan serangga perosak yang lain terutama aphid dan serangga kecil lain. Serangga ladybird memang mudah dilihat pada daun betik dengan mudah kerana warna yang terang dan bentuk yang unik. Maka petani tersebut dinasihatkan tidak menyembur racun serangga kerana secara tidak langsung ianya tidak membunuhh jumlah kumbang ladubird yang banyak dikebun betik beliau. Penerangan secara teknikal perlu diberikan kepada petani bagi memberitahu akan fakta kerana tanpa info baik pada petani memahami semua serangga dikebun mereka adalah perosak.


Kumbang Ladybird ini juga dipanggil sebagai Kumbang Kura-kura oleh masyarakat tempatan kerana bentuk badannya menyamai bentuk tempurung kura-kura. Keujudan serangga ini secara ekologinya adalah sangat penting untuk sektor pertanian negara dan perlu difahami oleh petani. Ia merupakan jenis serangga pemangsa yang memakan serngga perosak lain dikebun seperti jenis Aphids, Scale Insects, Melaybugs, Hoppers, Whiteflies dan Kutu (mites) iaitu jenis serangga yang mana ia menghisap air sap tumbuhan (sap-sucking insects). Ia juga mudah dilihat dengan mata kasar berada pada permukaan daun tanaman (Sila lihat foto disebelah). Kumbang Ladybird ini membantu petani dimana ia akan mengawal secara biologi dengan menjadikan serangga perosak sebagai makanannya dan mengimbangi populasi.  Beberapa spesis kumbang Ladybirs selain daripada spesis Zigzag yang sering boleh ditemui didalam kebun adalah seperti jenis Transverse Ladybird (Coccinella transversalis), Spesis Ladybird Tujuh Titik (Coccinella septempunctata), Spesis lain iaitu Ladybird Berjaring Kuning (Coccinella billardieri) atau (Micrapis discolor) atau (Coelophora inequalis) dan juga spesis Harmonia octomaculta. Apa yang hebat mengenai ladybird dimana kedua-dua peringkat kehidupannya sama ada ladybird dewasa atau peringkat larva kedua-duanya adalah pemangsa dan memakan serangga perosak dikebun.

Ada juga dilaporkan dimana terdapat jenis ladybird yang tidak membantu langsung didalam pertanian. Bukan sahaja ia hadir dikebun sebagai serangga yang berguna sebaliknya jenis ini adalah serangga jenis perosak yang memakan daun (leaf eating ladybird) yang merosakkan tanaman (Sila lihat foto disebelah). Ladybird pemakan daun ini adalah ancaman kepada petani dan a erlu dikawal dengan cara yang betul. Dua sepesis ini yang terkenal diselruh dunia dikenali sebagai Spesis Ladybird 12 Titik (Epilachna indica) dan juga spesis Ladybird 28 Titik (Epilachna virgintioctopunctata). Kedua-dua spesis ladubird ini didapati memakan daun terung, tomato, timun, melons, keledek dan tanaman Solanaceae lain serta tanaman dari keluarga Cucurbitaceae yang lain. Mungkin maklumat seperti ini tidak banyak yang diketahui oleh petani diluar sana dan ianya hanya diketahui oleh beberpa saintis serta pegawai pengembangan pertanian yang mahir sahaja. Keperluan untuk maklumat seperti ini disampaikan dengan lebih telus pelu dilakukan agar ramai petani mengenali yang mana jenis serangga ladybird berfaedah dan yang mana jenis ladybird yang sebenarnya musuh tanaman untuk dikawal. 


Apa yang unik lagi mengenai serangga ladybird ini dimana ada spesis dan keadaan dimana kumbang ladybird ini boleh berubah daripada serangga berfaedah menjadi kepada serangga perosak.  Spesis Asian Ladybird atau Harlequin Ladybird (Harmonia oxyridis) sebagai contoh lazimnya akan memakan aphids dengan rakus tetapi ini menyebabkan kepupusan kepada spesis ledybird semulajadi yang lain dalam kawasan habitatnya (Sila lihat foto disebelah). Spesis ladybird ini merupakan jenis yang baik didalam agen mengawal secara biologi tetapi kini ia juga dianggap sebaga serangga invaisif (invasive) kepada beberapa negara didunia ini. Ini disebebkan oleh kerana tabiat memakan yang pelahap (huge eating epitite) ia memakan semua makanan dalam habitatnya dan akhirnya memusnahkan semua ladybird semulajadi dikawasannya. Bila makanan semulajadi didalam kawasannya habis dia akan makan ladybird sedia ada.  Ada laporan dimana kumban ini juga akan memasukki kawasan kediaman manusia dan membiak disana. Apa yang lebih tidak menyeronokkan apabila kumbang ladybird jenis ini boleh menyerang manusia dengan mengigitnya (bites) yang menyebabkan kegatalan dan kesakitan apabila agressif. Ada sesetengah yang akan jadi allergik dan perlukan rawatan lanjutan. Kesan lain boleh menyebabkan conjunctivities, lelah (asthma) dan juga berkemungkinan batuk kepada individu yang tertentu.


Pada penulis blog anim agro technology yang mendapat maklumat seperti ini akan terus untuk meneliti dan memberitau pihak berwajib akan perkara ini. Adalah menjadi kesukaran kalau maklumat terperinci yang mana jenis kumbang ladybird yang memberi faedah, yang mana tidak memberi faedah dan yang mana akan mangancam manusia itu sendiri. Semua ini adalah kehendak Allah jua. Ada kalanya pakar dan saintis masih keliru yang mana jenis ladybird yang berguna dan yang mana yang berfaedah kalau ilmu tidak mendalam. Apa lagi diperingkat petani biasa yang mungkin masih cetek ilmu pengetahuannya. Umum tahu makanan utama kumbang ladybird adalah aphids dan beberapa serangga perosak lain (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun pada sesetengah spesis ia akan menjadi pemangsa kepada kumbang ladybird lain jika sumber makanan sudah habis dan menjadi agressif. Semasa kumbang ini masih menjadi serangga berguna mungkis petani menyembur racun serangga yang mana ia membunuhnya bersama serangga perosak lain. Adalah penting pada petani untuk mengetahui tahap serangan (threshold level) sebelum menbuat semburan. Semuga anda pembaca semua mendapat info berguna membaca tulisan kali ini dimana penulis masih keletihan balik dari Eropah selama 2 minggu untuk meneruskan penulisan dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

KUMBANG LADYBIRD... CANTIKNYA DIA...
PELBAGAI WARNA... KUMBANG KURA-KURA...
HEBANTNYA DIA....SERANGGA BERGUNA...
MENULIS ARTIKEL... ANDA YANG MEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Jalan Istana, Melaka,
Malaysia.
(18 Syawal 1439H).

Monday, July 2, 2018

TEKNOLOGI TANAM GANDUM DI INDONESIA

TANAMAN GAMDUM (Triticum spp.) adalah salah satu dari tanaman penting sebagai sumber karbohidrat yang sesuai untuk dinegara yang ada empat iklim atau iklim subtropika. Gandum adalah tanaman yang termasuk dalam kumpulan tanaman Bijirin (cereal)  iaitu dari keluarga Poaceae (sama dengan tanaman Padi). Dari segi sejarah tanaman gandum dipercayai antara jenis tanaman makanan yang pertama kali diusahakan manusia semanjak zaman dahulu sebelum manusia mengenalkan tanaman padi dan jagung sebagai tanaman komersil berikutnya. Berdasarkan kepada kajian para arkeologi didapati tanaman gandum dipercayai berasal dari kawasan sekitar Laut Merah dan Laut Mediteranian iaitu kawasan yang berada berhampiran negara Turki, Syria, Iraq, dan Iran. Bagaimana pun dicatitkan dimana dalam sejarah Cina juga ada menunjukkan bahwa aktiviti penanaman gandum telah ujud semenjak 2700 SM. Sehingga kini didapati tanaman gandum telah menjadi tanaman bijian yang penting bagi lebih dari 40 negara dimana hasilnya iaitu tepong gandum digunakan diseluruh penduduk dunia. Malaysia dan Indonesia masih bergantung kepada proses pengimportan tepong dengan banyaknya untuk kegunaan rakyatnya. Di Malaysia siapa yang tidak kenal dengan makanan popular 'Roti Canai', Martabak, kuih mueh dan sebagainya yang menggunakan tepong sebagai bahan asas. Penanaman gandum terus berkembang di wilayah subtropika dan kawasan Mediteran dan beberapa negara lain seperti Rusia, Amerika Syarikat, Selatan Kanada, Eropah serta dibahagian Utara sampai Tengah China, Turki, India, dan Australia. Bagaimana pun dikawasan tropika termask Asia Tenggara masih tiada penanaman gandum komersil dapat dilakukan sebaliknya mereka menanam padi sebagai tanaman bijirin yang penting menggantikan gandum. Terkini di Indonesia telah mencuba penanaman gandum terutama dibeberapa kawasan tanah tinggi terpilih untuk membekalkan sebahagian keperluan tepong tempatan. Artikel subuh ini sambil menunggu train daripada Vienna ke Hallstatt, Austria saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai usaha dan teknologi penanaman gandum dinegara jiran untuk dijadikan bahan rujukkan.

Sepanjang perjalanan di Eropah selama 2 minggu dari 1 -15 Syawal 1439 dari Republic Czech, Viena Austria, Hallstatt, Budapest, Hungary, Olomuc dan Prague memang tanaman gandum beribu-ribu ekar sedia untuk dituai (Sila lihat foto disebelah). Ini amat berbeza dengan negara kita Malaysia yang menanam beribu-ribu ekar pokok kelapa sawit, getah dan padi sebagai tanaman penyumbang ekonomi yang amat signifikan untuk KDNK negara. Malaysia belum mencuba tanaman gandum tidak seperti negara jiran Indonesia yang memulakan banyak kajian dan penyelidikan dalam memperkenalkan tanaman gandum adalah penting untuk dilaksanakan. Kini masyarakat Indonesia semakin kenal dan familiar dengan makanan sumber karbohidrat yang menggunakan bahan asas tepong gandum. Dilaporkan kini mereka sebahagiannya telah pelbagai makanan roti, mee segera, pelbagai jenis kuih tradisional yang menggunakan tepong. Indonesia seperti Malaysia bukan merupakan negara yang ada menghasilkan gandum tetapi permintaan dan tahap penggunaan tepong gandum dari tahun ke tahun semakin meningkat. Sehingga kini keperluan tepong gandum utnuk Indonesia masih diimport dari USA dan Australia. Bagaimana pun kerajaan Indonesia telah berusaha untuk mengurangkan import gandum idmana  perlu diusahakan pengembangan aktiviti penanaman gandum di Indonesia. Ia adalah bertujuan untuk  memenuhi keperluan tepung gandum yang semakin meningkat penggunaannya. Kini dikenalpasti terdapat juga dibeberapa lokasi di Indonesia berpotensi untuk ditanam dengan gandum. Diantara lokaisi yang dikatakan sesuai adalah seperti di Kabupaten Pasuruan, Jawa Timur. Perkara ini dilaporkan dijalankan melalui aktiviti penyelidikkan oleh Jabatan Pertanian setempat. Mereka menggunakan baka gandum daripada Australia yang sesuai untuk kawasan ini.

Dalam kajian awal dilakukan mereka dimana gandum pada awalnya ditanam didalam kawasan hanya seluas seekar sahaja (0.4 ha) iaitu di Pusat Kajian Pengembangan Perbenihan Kentang (P3K) Kabupaten Pasuruan, Jawa Timur dimana ia dilaporkan berhasil dengan jayanya (Sila lihat foto disebelah). Sebelum ini kawasan tersebut ditanam dengan tanaman kentang (potato) untuk prose biakbaka kentang. Kini dibuat kajian untuk penanaman gandum. Hasil dari uji coba tersebut dilaporkan kadar pertumbuhan dan hasil pengeluaran gandum yang benihnya diambil daripada Australia ini amat memberangsangkan. Projek tersebut juga adalah projek perintis dengan mengusahakan tanaman gandum kali pertama dijalankan di Indonesia yang berhasil. Ia mensasarkan dimana Kabupaten Pasuruan akan menjadi kawasan pengeluaran gandum pertama di Indonesia. Projek tersebut memilih Kecamatan Tosari, Pasuruan kerana kajian awal mendapati ia mampu menghasilkan gandum sebanyak 4 tan per hektar. Ini kerana bagi tanaman gandum di Indonesia ia memerlukan kawasan yang baik dan ideal untuk menanam gandum iaitu di kawasanan tanah datar menengah hingga dataran tinggi sekitar ketinggian mulai dari 800 meter dari paras laut. Sebaiknya mempunyai pattern hujan sekitar minima 600 mm per tahun. Suhu yang dikehendaki bagi kawasan penanaman gandum sebaiknya berkisar antara 15-25 C dengan kelembaban udara antara 80 - 90%. Tanaman yang hasilkan bahan tepung gandum ini dapat hidup dan tumbuh dengan baik pada tanah yang gembur, subur dan banyak mengandungi bahan organik. Tanaman gandum tidak sesuai pada jenis tanah yang terlalu lembab, berair dan mudah banjir. Didapati keasidan atau pH tanah ideal untuk tanaman gandum antara 6.5 - 7.0. Tanah yang digunakan untuk padi jika ada sistem pengairan dan saliran baik amat digalakkan untuk tanaman gandum.


Kajian juga menunjukkan pemilihan varieti gandum di Indonesia amat teliti dijalankan. Ini kerana timbul persoalan dimana bolehkan tanaman gandum diusahakan di Indonesia?. Kenama selama ini gandum tidak boleh tumbuh semulajadi di Indonesia?. Akibat dari pertanyaan-pertanyaan tersebut kini terjawab sudah apabila tanama gandum boleh tumbuh dengan baik di Indonesia. Pihak berwajib dalam penyelidikan pertanian di Indonesia (Badan Litbang Pertanian) dikatakan telah melakukan beberapa penyelidikan yang menghasilkan beberapa varieti baru gandum yang sesuai untuk ditanam di Indonesia  dikenali dengan nama Varieti Gandum Dewata dan Varieti Gandum Selayar. Benih gandum tersebut kini sudah tersedia dibeli atau diperolehi daripada UPBS Balai Penelitian Tanaman Serealia untuk petani yang berminat menanamnya dengan harga sekitar Rp. 25.000/kg (RM8.00 sekilogram) atau menghubungi : info@litbang.deptan.go.id.  Antara beberapa ciri-ciri benih gandum yang baik dan sesuai untuk ditanam adalah sebagai semestinya benih berasal dari tanaman yang sihat dan bebas penyakit atau benih berasal dari tanaman iaitu tangkai yang matang pada batang utama. Sebaiknya biji benih memiliki bentuk dan warna bijinya yang seragam dan ia bebas dari serangga ataupun penyakit dengan saiz bijinya  yang seragam.


Didalam penanaman gandum sebaiknya penyediaan tanah adalah diutamakan selain daripada benih dan amalan agronomi. Kawasan kebun dibersihkan dari rumpai dan sisa tanaman lain yang ada sebelumnya dan kemudian dibajak sedalam 25 cm. Proses membajak tanah boleh gunakan trektor kecil atau mencangkul bertujuan untuk menggemburkan tanah agar tanah memiliki sistem pengudaraan yang baik. Setelah dibajak biarkan selama 2 - 3 minggu dimana ia kemudian dibuat batas dengan lebar 1.5 meter atau 2 meter lebar dan juga  bedengan 25-30 cm tinggi dan panjang batas boleh disesuaikan dengan keadaan topografi tanah. Jarak antar batas disyorkan sekitar 50 - 60 cm. Lazimnya jika menanam gandum di tanah subur ia tidak perlu diberikan baja organik. 
Bagaimana pun jika menanam gandum dilakukan pada tanah kurang subur perlu diberikan baja orjanik dan baja asas lain agar tanaman dapat tumbuh optima. Pemberian baja asas ini dilakukan semasa membuat batas. Baja Asas ini ditaburkan rata diatas batas tanaman dan kemudian dirotor rata atau ditutup tanah dan biarkan 1 - 2 minggu. Jenis baja asas yang sesuai untuk tanaman gandum adalah tinja ternakan atau baja kompos sebanyak 10 - 25 tan sehektar, bTSP/SP36, KCl dan ZA/Urea. Setelah batas selesai dibuat maka 1 - 2 minggu kemudian benih gandum siap ditanam (Sila lihat benih disebelah). Cara penanamannya dengan dua cara iaitu sistem TABELA (Tanam Benih Langsung) sama seperti proses penanaman jagung atau padi huma. Batas tanaman ditugal menggunakan kayu membentuk barisan dengan jarak tanaman gandum disyorkan sekitar 20 cm x 10 cm atau 25 cm x 10 cm. Tanah ditugal sedalam -/+ 5 cm diman ia juga kemudian dimasukkan benih gandum kedalam lubang 3-4 biji setiap lubang dimana ia kemudian perlu ditutup kembali menggunakan tanah. Masa yang tepat untuk menanam gandum adalah di akhir musim hujan atau awal musim kemarau.



Penjagaan tanaman gandum dikira agak mudah berbanding dengan tanaman lain. Pertamoa untuk penjagaan ini adalah bekalan air dengan sistem pengairan. Biasanya jika tidak turun hujan dan setelah penanaman benih gandum maka kawasan kebun perlu diberikan air supaya benih cepat bercambah dan dapat tumbuh dengan baik. Pengairan berikutnya setidaknya dilakukan sebanyak 3 kali pada masa berikut. Pertama ketika tanaman gandum berumur 1 bulan atau 30 hari setelah tanam perlu dilakukan setelah aktiviti membuang rumpai dan kedua ketika tanaman gandum berumur 45 - 65 hari setelah tanam iaitu ketika tanaman gandum memasuki fasa bunting hingga keluar tangkai buah . Keperluan air yang ketiga adalah apabila tanaman gandum berumur 70 - 90 hari setelah tanam iaitu pada fasa pengisian biji gandum (Filling) sampai gandum masak. Kerja merumpai perlu dilakukan sebanyak 2 - 3 kali iaitu bergantung kepada keadaan rumpai didalam kawasan tanaman gandum. Kerja merumpai dilakukan dengan tujuan untuk mengurangkan proses persaingan nutrien antara tanaman dan rumpai iaitu sehingga tanaman gandum dapat tumbuh dengan baik. Sebaiknya melakukan kerja merumpai dilakukan semasa sebelum pemberian baja susulan. Pembajaan gandum perlu dilakukan dua kali . Pertama adalah ketika gandum berumur 7 - 14 hari setelah tanam dan ketika gandum berumur 1 bulan.  Baja pertama ketika tanaman gandum berumur 7 - 14 hari lepas tanam dengan kadar disyorkan di Indonesia bagi satu hektar adalah sebanyak Urea 100 kg, SP36/TSP 100 kg dan KCl 50 kg. Pembajaan ke 2 adalah pada umur gandum sekitar 1 bulan lepas tanam dengan gunakan baja jenis dan  iaitu sama seperti pupuk susulan pertama (iaitu Urea 100 kg, SP36/TSP 100 kg dan KCl 50 kg). Kawalan musuh dan penyakit dilakukan untk tanaman gandum. Terdapat juga beberapa jenis serangga dan penyakit yang sering boleh ditemukan pada tanaman gandum seperti ulat tanah, kepik hijau, aphids dan penyakit jamur. Serangga tanaman gandum dapat dikendalikan dengan penyemburan bahan racun serangga yang sesuai dengan jenis serangga yang menyerang. Jika ada serangan penyakit disebabkan oleh patogen kulat (fungi) sebaiknya dilakukan kawasan dengan semburan racun kulat. 


Kajian yang dilakukan di Indonesia mendapati tanaman gandum dapat di tuai (panen) pada umur 90 - 125 hari setelah tanam (tergantung varieti dan amalan agronomi yang dijalankan). Ciri-ciri tanaman gandum yang sudah dapat dipanen adalah jika 80% dari rumpun telah bermalai, seluruh bagian tanaman yaitu jerami, batang dan daun telah menguning, dan biji sudah mengeras. Panen gandum dilakukan dengan cara disabit, kemudian malai yang telah dipanen dijemur. Setelah kering bulir gandum dirontokkan menggunakan mesin perontok atau secara manual. Panen gandum sebaiknya dilakukan ketika cuaca cerah. Sebaiknya masa menuai gandum paling tepat menanam gandum adalah di awal kemarau dan akhir musim penghujan. Adapun kualiti hasil tuaian gandum sendiri tergantung dari cuaca dimana jika suhu, kelembaban dan curahan air hujan yang terlalu panas atau dingin akan menurunkan dan mengurangkan hasil tuaian gandum. Tahap kematangan gandum juga akan menentukan hasil tuaian gandum sama seperti hasil tuaian padi. Sebaiknya petani perlu menangguhkan aktiviti tuaian gandum sendiri tidak lebih dari 7 hari sebab kelewatan akan menurunkan bijian gandum. Adapun untuk tujuan pengujian kekeringan tangkai gandum di lokasi boleh dibuat dengan menggunakan jari tangan. Jika butir-butir biji gandum akan terlepas semasa digosok oleh tangan serta poros malai yang mudah patah aserta kandungan kadar air pada gandum yang cukup untuk boleh terus dituai. Hasil gandum boleh diproses utnk dijadikan tepung mengikut kaedah pemprosesan yang biasa. Semuga anda mendapat info terbaik daripada artikel anim agro technologi kali ini. Artikel ini telah ditulis di Vienna, Austria semasa percutian keluarga 2 minggu di Eropah. Wasallam!!!...

MENANAM GANDUM ... DI INDONESIA...
DITANAH TINGGI... MEREKA MENCUBA...
HASIKAN BIJIAN... TEKNOLOGI ADA...
MEMBACA ARTIKEL... ADA JUGA IDEA...

By,
Ditulis oleh:
M Anem,
Senior Agronomist,
Obertraun 302, Obertraun, 
4831, Vienna,
Austria.
(8 Syawal 1439H).
(Terminal Station sebelum nain trai ke Halstatt)
Jam 4.30 pagi.

Sunday, July 1, 2018

PEMBAZIRAN MAKANAN MALAYSIA TINGGI

STATISTIK PEMBAZIRAN MAKANAN dinegara kita ada  menunjukkan bahawa jumlah sisa makanan yang dibuang di Malaysia amatlah mengejutkan dimana pada setiap hari kira-kira 3,000 tan metrik sisa makanan yang pada asasnya tidak disentuh dan masih boleh dimakan telah dibuang oleh isi rumah dan jumlah itu adalah mencukupi untuk memberi makan dua juta orang yang kelaparan. Daripada data yang penulis blog perolehi dimana secara keseluruhannya, semua jenis sisa makanan terbuang yang membentuk kira-kira 40 peratus atau pun sebanyak 15,000 tan metrik adalah sisa harian isi rumah di Malaysia. Angka-angka ini adalah berdasarkan daripada sumber penyelidikan yang dijalankan oleh Syarikat Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWC Corp) pada 2015. Pengarah SWCorp dari Wilayah Persekutuan Hazilah telah nyatakan dimana kajian itu juga mendapati bahawa isi rumah yang terdiri daripada lima anggota membelanjakan secara purata RM900 sebulan untuk makanan dan bahawa satu perempat daripadanya terbuang ketika penyediaan, memasak dan penggunaan. Fakta ini mengejutkan banyak pihak dinegara kita yang mana kementerian kesihatan ada nyatakan purata rakyat Malaysia yang kini mempunyai masaalah kegemukkan (Obesiti) tertinggi dikalangan negara-negara Asia Tenggara. Adakah sebenarnya terlalu banyak makanan diambil di kalangan rakyat negara ini dan kesannya banyak juga pembaziran makanan berlaku?. Memang sebenarnya  tidak lagi menghairankan apabila di Malaysia mempunyai banyak kedai menjual makanan dan restoren beroperasi 24 jam seperti Kedai Mamak dan juga beberapa premis lain. Ada makanan yang dibeli dengan kuantiti yang banyak terutama di bulan Ramadan tetapi tidak dimakan semasa berbuka dan ianya dibasirkan begitu sahaja. Kadar pembaziran makanan dibulan Ramadan dan diikuti dengan Jamuan Hari Raya biasa amat tinggi setiap tahun. Adakah sikap seperti ini boleh ditambahbaik dikalangan masyarakat agar kadar pembaziran makanan ini dapat dikurangkan atau diselesikan. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai status pembaziran makana di Malaysia didakwa diantara yang tertinggi di Asia.


Jika benar sebanyak 3,000 metrik tan makanan dibazirkan setiap hari, ini juga bermakna kira-kira RM225 (benar-benar) dibuang ke dalam tong sampah setiap bulan yang jumlahnya mencapai sebanyak RM2,700 setahun. Dalam kertas maklumat yang bertajuk "How Consumers Can Benefit From Reducing Food Waste" atau pun diterjemahkan bermakna sebagai "Bagaimana Pengguna Boleh Mendapat Faedah Dengan Mengurangkan Sisa Makanan" dibentangkan di forum MYSaveFood baru-baru ini. Penulis blog yang hadir forum sehari itu dianjurkan oleh sekretariat MYSaveFood di bawah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Nogeh Gumbek pada masa itu. Dilaporkan walaupun 80 peratus daripada sisa makanan itu dianggap 'sesuatu yang tidak dapat dielakkan', 20 peratus adalah yang boleh dielakkan. Sebahagian besar makanan ini dibuang dalam tong sampah untuk dihantar ke loji sisa yang  tertentu (Sila lihat foto disebelah). Salah satu organisasi yang terlibat dengan cara perlupusan sisa-sisa makanan adalah  SWC Corp. Syarikat ini telah menyelia sistem pengurusan sisa pepejal dibeberapa negeri seperti di Kuala Lumpur, Putrajaya, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Dr Mohd Pauze Mohamad Taha, kuantiti sisa makanan biasanya didapati meningkat sebanyak 15% - 20% pada musim-musim perayaan. Ianya juga sering  berlaku semasa (bulan) Ramadan, Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Semasa perayaan, orang ramai cenderung memasak atau menempah banyak makanan untuk tetamu mereka. Akhirnya, satu pertiga atau satu perempat daripada makanan itu terbazir.  Mengurangkan sisa makanan kini merupakan satu aktiviti berterusan yang perlukan penglibatan oleh semua rakyat Malaysia.


Biasanya bagi tujuan mengurangkan sisa makanan, isi rumah perlu dalam memastikan untuk hanya membeli ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan runcit lain sekadar memenuhi keperluan mereka. Ia kemudian perlu di masak dengan kuantiti makanan dengan secukupnya setiap hari. Bagaimana pun jika terdapat sisa yang berlebihan maka simpanlah sebaiknya supaya boleh dimakan kemudian. Sebaliknya jika ada berlebihan sisa makanan itu boleh diberikan kepada kepada jiran yang rapat atau boleh juga diberi makan haiwan peliharaan. Pada masa ini dilihat dimana rakyat Malaysia juga perlu belajar membuat kompos daripada sisa makanan dan menggunakannya sebagai baja untuk tanaman mereka (Sila anda lihat foto disebelah). Lazimnya dengan kaedah mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu untuk makanan, sekali gus pembaziran makanan berjaya dapat dikurangkan dan semua isi rumah bukan sahaja boleh menjimatkan wang tetapi juga mengurangkan kesan karbon dan melindungi alam sekitar melalui pelepasan metana yang lebih rendah daripada tapak pelupusan. Usaha itu juga boleh membantu menjimatkan tenaga dan sumber serta mencegah pencemaran alam sekitar yang berkaitan dengan proses pembuatan dan pengangkutan yang semakin meningkat malah, mengumpul sisa makanan dan kemudian akan menimbusnya. Selain itu semua isi rumah boleh membantu masyarakat dengan menderma semua makanan tidak lagi disentuh bagi mengelakkan pembaziran dengan kaedah memberikannya kepada golongan yang memerlukan.


Menyentuh isu kehilangan makanan penulis blog juga ada merujuk kepada jenis makanan khusus untuk manusia yang terbazir ketika pengeluaran, selepas penuaian, pemprosesan dan pengedaran. Menurut Timbalan Pengarah Program Jaringan Antarabangsa MARDI dikenali dengan nama Dr Ainu Husna jumlah yang mengejutkan iaitu 1.3 bilion tan metrik makanan yang bernilai RM4.4 trilion selalu hilang atau terbazir bersama-sama sistem makanan setiap tahun di seluruh dunia. Bermakna isu makanan hilang memang juga merangkumi satu pertiga daripada makanan yang dihasilkan dan cukup untuk memberi makan tiga bilion orang. Dilaporkan di Malaysia pada setiap tahun, negara Malaysia kehilangan kira-kira 28.5 peratus daripada beras yang dituai, bernilai RM918 juta. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran negara ini pula, dianggarkan 20 hingga 50 peratus hilang setiap tahun, ketika pasca penuaian (Sila anda lihat foto disebelah). Jumlah kehilangan makanan dan sisa makanan Malaysia adalah pada tahap "membimbangkan" dan telah menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan berbilion ringgit untuk tujuan pengurusan sisa. Jika diambil kira akan magnitud dan kerumitan masalah kehilangan makanan dan bahan buangan serta kerjasama dan perkongsian daripada pelbagai pihak amat diperlukan untuk mencapai hasil yang berkesan. Artikel ini dalam anim agro technology memang berjaya memperjelaskan akan pembaziran makanan di Malaysia. Adalah penting agar semua pihak terlibat untuk meningkatkan tahap kesedaran dan mendidik masyarakat tentang betapa pentingnya mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan. Alhamdullilah penulis blog bersyukur kepada Allah swt yang membolehkan dapat kembali balik ke Malaysia setelah melawat Eropah selama 15 hari dibawah penjagaannya. Semuga anda semua mendapat info berguna membaca blog anim agro teechnology kali ini. Wasallam!!!..


BANYAK MAKANAN... DIMALAYSIA...
BANYAK TAN BERATNYA...DIMANA...
BELI SEDIKIT...CUKUP KELUARGA...
PERLU DISELESAIKAN...SEGERA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(19 Ramadan 1439H).
Alhamdullilah selamat kembali ke Malaysia
setelah melawat 2 minggu di Eropa
h dari 1 - 15 Syawal 1439H.
Taman Cendana, Melaka, Malaysia.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...