Support My Blog

Saturday, January 6, 2018

UBAT BATUK DARI NANAS



JUS BUAH NANAS 5 kali ganda berkesan dari ubat batuk biasa!. Itulah dakwaan dan temuan oleh beberapa saintis dan ahli perubatan yang menjalankan kajian mengenai kehebatan jus nanas sebagai ubat batuk (Sila lihat rajah diatas). Kepada mereka yang menghadapi masaalah batuk yang bermasaalah, salah satu cara merawatnya adalah dengan mengamalkan minum jus nanas yang sebaiknya dibuat sendiri. Kini sirap nanas khusus dibangunkan oleh penyelidik tempatan merupakan satu produk yang mana ia dihasilkan daripada buah nanas. Nanas (Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman dari keluarga Bromaliaceae dimana ia adalah jenis buah-buahan tropika yang telah lama diusahakan di negara kita Malaysia terutama di Negeri Johor. Pada masa awal dahulu Jabatan Pertanian merupakan pihak yang memajukan tanaman nanas sebelum penubuhan Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu pada tahun 1957. Jabatan Pertanian yang diujudkan semenjak 1905 menjalankan program pembangunan tanaman nanas disekitar kawasan tanah gambut di Johor sehingga Malaya menjadi pengeksport nanas kaleng (nanas dalam tin) terbesar didunia pada zaman itu. Kini terdapat seluas 25,774 hektar kawasan fizikal kebun nanas dimana hanya 13,148 hektar sahaja di tanam pada 2016. Daripada jumlah tersebut seluas 10,354 hektar mengeluarkan hasil sebanyak 391,714 metrik tan bernilai sekitar RM515.48 juta (Sumber: Laporan Statisk Industri Nanas, LPNM 2016). Varieti nanas N36 mendominasi penanaman nanas dengan keluasan 2,462 hektar (18.7%) diikuti dengan nanas Josapine seluas 1,960 hektar (14.9%) dan Nanas MD2 seluas 1,547 hektar (11.7%). Nanas Moris yang dahulu paling luas ditanam hanya ada seluas 1,659 hektar sahaja (12.6%). Negeri Johor yang masih merupakan paling luas menanam nanas dengan jumlah keluasan 8,934 hektar (68%) menghasilkan sebanyak 273,949 metrik tan buah nanas yang bernilai sekitar RM350.2 juta pada tahun 2016. Industri tanaman nanas negara terus berkembang saban tahun apabila nanas MD2 mendapat permintaan baik dikalangan pengguna tempatan dan pasaran eskport untuk dimakan segar. Bagaimana pun penulis blog "Anim Agro Technology" mendapati banyak cabaran dalam amalan agronomi penanaman nanas terutama untuk varieti nanas premium MD2 dan jenis nanas lain. Banyak kajian dijalankan mengenai tanaman nanas termasuk kajian mengenai bagaimana jus dan sirap nanas membantu merawat batuk seperti hasil kajian oleh seorang saintis seperti dibentang dalam Seminat Teknologi dan Inovasi Nanas 2017 baru-baru ini. Penulis blog juga ada membuat banyak rujukan untuk menulis artikel ini.

Ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang akan mendapatkan ubat batuk daripada kedai ubat, klinik atau premis-premis yang membuat jualan ubat batuk. Ubat batuk komersil yang dijual atau diedarkan oleh klinik ini ada dalam bentuk cecair atau pun pil. Terdapat banyak jenama ubat batuk dipasaran yang mana sebahagian kecil sahaja dibuat pengiklanan dalam TV, suratkhabar, papan iklan, fliers dan sebagainya. Antara produk ubat batuk popular dipasaran seperti Beracol, Hurix, Wood Papermint Cough Syrup, Cap Ibu dan Anak dan banyak lagi. Kebanyakan ubat ini akan memberikan kesan mengantuk atau ada yang tidak memberi kesan mengantuk. Megambil ubat batuk sering menyebabkan rehat dan tidur agar batuk cepat sembuh. Kini ramai juga dikalangan pengguna yang bertukar untuk mengambil ubat batuk jenis pill atau kapsul yang dibeli daripada farmasi. Ia mudah dibawa dan dimakan berbanding dengan ubat batuk jenis sirap ini. Bercerita mengenai ubat batuk ini, ia juga pernah dijadikan satu isu atau fenomena dimana ada dikalangan remaja yang mengambil ubat batuk dan ketagihan ubat batuk. Kawalan jualan ubat batuk dikalangan premis dikawal dengan mendaftarkan nama untuk elakkan kes-kes ketagihan seperti ini. Kejadian batuk ini berlaku daripada banyak sebab diantaranya jangkitan daripada orang lain yang batuk, keadaan imuniti pesakit yang berkurangan, terdedah kepada masaalah persekitaran dan sebagainya. Ada dikalangan pesakit batuk yang mengidapi masaalah batuk untuk jangkamasa pendek dan ada yang menghadapi masaalah batuk untuk masa lama terutama jika ianya berulang. Amalan permakanan dan jagaan kesihatan baik membolehkan kita kurang mengalami masaalah batu. Orang kata 'precaution is better than cure'.

Berbalik kepada tajuk asas artikel, buah nanas matang teh dikenalpasti memang mengandungi enzim bromalin yang tinggi (Sila lihat foto disebelah). Selainitu dilaporkan dimana buah nanas juga mengandungi sejumlah asid sitrik, asid malik, vitamin A, B dan C.Estrak nanas turut mengandungi manganese yang tinggi di mana dapat membantu fungsi saraf. Terdapat juga laporan yang menyatakan ekstrak nanas memang berkesan sehingga 5 kali ganda lebih kesannya dalam mengurangkan mukus dan tanda-tanda batuk daripada sirap batuk komersil. Laporan juga menunjukkan dimana kandungan dadah seperti dextromethorphan yang didapati di dalam kebanyakan ubat batuk komersial boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti halusinasi, kehilangan kawalan mental dan fizikal.  Oleh yang demikian, pembangunan produk ubat batuk yang lebih selamat dan semulajadi menjadi suatu keperluan yang penting. Kini anda boleh amalkan mengambil jus nanas atau sirap dari buah nanas untuk menggantikan ubat batuk komersil. Dr Harisun Yaakub daripada UTM Skudan dengan kerjasama LPNM telah membuat kajian mengenai perkara ini. Saintis ini membuat kajian untuk menghasilkan ubat batuk berasaskan nanas yang pertama di Malaysia. Mereka dapati sirap ini adalah mempunyai ciri tinggi nutrisi dengan adanya fungsi antioksida , antibakteria, vitamin, galian dan bahan lain yang  bermanfaat. Adalah lebih baik jika ianya digabungkan dengan bahan yang mengandungi bahan nutraseutikal dari buah-buahan, madu dan herba. Temuan awal mendapati sirap nanas ini membantu menyelesaikan dan mengelakkan - batuk, asma dan penyakit berkaitan. Mereka menmbuat kajian untuk membangunkan satu formulasi yang baik iaitu sirap batuk semulajadi daripada estrak buah nanas dengan kaedah proses berkesan dan formulasi yang inovatif.

Kajian ini mempunyai skop untuk mereka membangunkan formulasi sirap batuk dengan inovatif (kaedah dan bahan) dengan asas dimana pencirian produk untuk kualiti dan kajian keselamatan; nutrisi, mikrobiologi, penilaian biologi dan sensori diberikan keutamaan. Program disasarkan untuk pembangunan produk daripada bbhan terpilih daripada ciri nutraseutikal. Lazimnya Jus nanas dikaitkan dengan keupayaan sebagai bahan 'anti-radang', Jus lemon pula mampu mengurangkan keradangan, bahan daripada kunyit menjadikan anti-inflamasi semulajadi, bahan dari halia mampu mengurangkan kesakitan akibat kecederaan, bahan dari ekstrak Habbatus sauda juga akan mengurangkan keradangan, bahan ekstrak  kayu manis juga berfungsi sebagai anti-radang dan ciri antioksida, bahan ekstrak dari bawang putih merupakan anti-septik, anti-radang and kesan penenang dan bahan Mentol kristal umumnya memberikan kesan menenang dan mengurangkan radang kepada pengguna atau pesakit. Akhirnya bahan madu lebah yang asli mampu untuk mengurangkan batuk dan sakit tekak. Kesemua bahan ini boleh digabungkan untuk menghasilkan ubat batuk yang dipercayai ama berkesan. Bagaimana pun bahan-bahan ini perlu diproses mengikut piawaian bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan bahan, sirap dimasak pada suhu dan jangkamasa yang paling optimum. Seterusnya bagi memastikan sirap batuk mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, bahan pengawet dimasukkan dengan kuantiti yang minimum serta disimpan didalam botol kaca gelap. Hanya dengan penyimpanan yang betul dengan kadar pengambilan ikut dos yang disyorkan akan memberikan kesan optima kepada pesakit.

Selain itu pembangunan produk sirap batuk dari buah nanas dimasa akan datang  perlu ada pencirian produk. Walau pun ia hanya jus atau sirap nanas tetapi jika mempunyai ciri produk baik akan menyebabkan penguna akan lebih konfident. Kajian juga mendapati dimana dari Analisa Proksimat telah dibuktikan dimana ubat batuk sirap nanas mempunyaii jumlah air yang lebih rendah (tahan lebih lama) berbanding dengan jus nanas biasa. Selain itu didapati dimana fakta kandungan karbohidrat dan protin yang tinggi jika dibanding dengan sampel kawalan semasa dibuat kajian dimakmal. Produk ini didakwa memberikan analisa anti-radang dilakukan melalui Ujian Lipoxygenase dengan mana ia melibatkan kesan allergi, inflamasi dan juga menyebabkan peningkatan ketelapan sistem dalam saluran darah. bagi ujian xanthine oxidase pula didapati ia berperanan untuk kerosakan oksida kepada tisu hidup. Ujian Lipoxygenase dilakukan untuk mengatahui faedah perawatan dan juga kadar perencatan melebihi 50%. Hasilnya dimana didapati iaitu Sirap Nanas sebagai ubat batuk mempunyai aktiviti anti radang yang lebih tinggi dari bahan kawalan. Ujian dalam analisa mikrobiologi menunjukkan bahan prototaip melepasi kesemua analisa mikrobiologi seperti mana ujian makmal oleh ( TPC, yeast & mold, E.coli, Pseudomonas aeroginosa, Stap.aureous, salmonella spp) berdasarkan Food Act 1983 & BPFK. Sirap Nanas ini dibuat 'Ujian Rasa' dimana dalam kes kebolehterimaan Pelanggan menunjukkan ekstrak nanas boleh digunakan untuk pembangunan sirap batuk semulajadi yang berkualiti. Temuan mendapati dimana sirap batuk nanas mempunyai nilai pemakanan, sifat antioksida dan sifat antiradang yang baik di mana ianya berpotensi memberi kesan kelegaan kepada batuk sakit , tekak dan masalah yang berkaitan. Semuga kajian ini akan dipertingkatkan sehingga produk hasilan dari buah nanas ini akan terus berkembang sama dengan pembangunan industri nanas negara dimana akan datang. Semua info dalam anim agro technology ini memberi info berguna kepada semua pembaca. Wasallam!!!...
BUAH NANAS..... BANYAK GUNA...
DIMAKAN SEGAR... ENAKNYA...
DIBUAT SIRAP... APA KESANNYA...
SEMBUHKAN BATUK...SILA CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 730, Hotel Dorsett,
Jalan P3/c, Precint 3,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(14 RabiulAkhir 1439H).

Friday, January 5, 2018

TEMPE - SETANDING SUSU

TEMPE atau Tempeh merupakan satu jenis makanan yang diperbuat dari kacang soya yang terkenal dikalangan masyarakat di Indonesia dan Malaysia dimana ia memang menjadi hidangan penting. Tempe merupakan hasil kacang soya yang kaya dengan zat protin malahan ia dipercayai setanding dengan susu. Tempe menjalani proses penapaian menggunakan ragi yang dipercayai produk ini berasal dan dicipta dari Indonesia (Kepulauan Jawa) dan di bawa masuk ke Malaysia oleh datuk nenek kita beratus tahun dahulu. Bagaimana pun pada masa ini pengeluaran tempe komersil telah menggunakan ragi komersil yang ada dijual dipasaran. Terdapat beberapa kaedah pembungkusan tempe pada masa ini iaitu Jenis Tempe Tradisional yang dibungkus dengan gunakan beberapa jenis daun (Daun Pisang, Daun Keladi, Daun Hutan, Daun lebar) dan wujud Jenis Tempe Moden yang dibungkus dengan Pembungkus Plastik. Bagaimana pun tempe yang dibungkus dengan plastik kini mendominasi pasaran terutama dikawasan kampong dan pasaraya. Pengeluaran Tempe di Malaysia dahulu memang banyak di Negeri Johor, Selangor dan Perak serta WP Persekutuan dengan bilangan pengusaha lingkungan 450-500 usahawan tetapi kini meluas diseluruh negara. Penulis membuat anggaran sebanyak 250,000 - 450,000 keping tempe atau mungkin lebih lagi yang dikeluarkan setiap hari. Bahan tempe ini boleh dimasak sebagai sayur, digoreng, dijadikan kerepek tempe, sambal tempe dan sebagainya bergantung kepada kehendak pengguna. Kalau di musim perayaan ramai yang mencari kerepek tempe pedas untuk dijadikan hidangan di Hari Raya Puasa. Artikel kali ini penulis menulis dalam "Anim Agro Technology" satu laporan hasil kajian saintifik yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia oleh saintis dari beberapa universiti tempatan. Penulis blog anim agro mengupas semula rencana asal untuk dijadikan bahan bacaan. Makan tempe hebat dimana ada yang mengatakan khasiat tempe adalah setanding dengan susu untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua. Kepada mereka yang tidak suka minum susu lembu boleh membaca dan mendapatkan makanan dari tempe yang segar atau siap proses.



LAPORAN TESTIMONI 1:
Tempe awet muda, setanding susu
Minum susu dan elakkan agar tulang rapuh? Berapa ramai masyarakat Malaysia yang suka minum susu terutama wanita yang hampir mencapai usia menopaus?. Ramai juga penduduk Asia lain seperti rakyat Malaysia tidak gemar minum susu. Jadi salah satu alternatif pengganti susu perlu dicari. Kajian yang dijalankan bagi menggantikan susu kini hasil kajian adalah mereka rekomen sebagai tempe iaitu sejenis makanan tradisional yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapai bukan saja setanding susu malah ianya mempunyai bahan Isoflavon iaitu sejenis antioksidan bagi menjadikan seseorang  itu menjadi awet muda. Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh pensyarah Jabatan Nutrisi dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Suzana Shahar melakukan kajian berkenaan perkara tersebut. Anggota pasukan itu terdiri dari Prof Dr Kimberley O'Brien daripada Bahagian Sains Nutrisi, Universiti Cornell, Ithaca, New York, Amerika Syarikat (AS).  Prof. Madya Dr. Hasnah Haron dari Jabatan Nutrisi dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan dan Prof Dr Suriah Abdul Rahman, dari Program Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Prof Dr Norazmi Kamaruddin iaitu dari Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Prof. Dr. Amin Ismail dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Prof Suzana berkata tempe didapati dapat menyediakan kalsium yang diperlukan oleh wanita yang menghadapi risiko tulang rapuh. "Empat keratan tempe adalah setara dengan sejumlah serapan kalsium yang diperolehi dari satu gelas susu," katanya semasa sidang akhbar 'Tempe Mengandungi Kalsium Setanding Susu' di Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau menjelaskan, wanita telah menopaus biasanya menghadapi penyakit seperti tulang reput (osteoporosis) akibat kurang mengambil kalsium yang biasanya terdapat dalam susu. Ini ditambah dengan beberapa kajian terhadap pengambilan makanan di negara ini sejak 10 tahun lalu menunjukkan pengambilan kalsium adalah kurang daripada 500 mg sehari. "Pengambilan kalsium yang kurang, biasanya dikaitkan dengan risiko tulang retak," katanya. Penyelidikan yang dijalankan bermula tahun 2008 menunjukkan tempe menyediakan kalsium yang diperlukan oleh wanita yang menghadapi risiko tulang rapuh. Prof Suzana berkata, kajian penyerapan kalsium susu dan tempe dilakukan ke atas wanita Melayu pada usia menopaus menggunakan teknik dua isotop stabil. "Kajian isotop stabil dijalankan oleh Prof Kimberley, pakar biokimia dalam penyelidikan makanan manusia menggunakan isotop stabil dan bidang berkenaan terletak di bawah pengawasan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)," katanya. 


Subjek"Subjek dipilih adalah wanita Melayu berusia 55 hingga 65 tahun, sudah menopaus dua tahun, tidak menghidap penyakit atau menggunakan ubatan yang diketahui tidak mengganggu keseimbangan kalsium (seperti sakit darah tinggi, kencing manis, kegagalan ginjal, sakit jantung dan barah)," katanya. Prof Suzana berkata pengambilan kalsium di kalangan wanita warga emas Melayu menopaus di pedalaman adalah antara 200 hingga 300 mg sehari. Manakala wanita warga emas Cina pula dilaporkan mengambil kalsium kurang daripada 500 mg sehari. "Biasanya pengambilan kalsium bagi wanita dalam usia menopaus adalah antara 30 hingga 60 peratus daripada 1,000 mg kalsium sehari seperti dicadangkan oleh Jawatankuasa Penyelaras Negara mengenai Pemakanan Khasiat Kebangsaan (RNI) 2005," katanya. Prof Suzana menambah 65 peratus wanita menopaus mengalami kekurangan kalsium dalam tulang. Oleh itu sumber kalsium daripada tumbuhan yang murah dan mudah diperolehi boleh diambil bagi menambah keperluan kalsium kumpulan yang berisiko tinggi. Pengambilan susu dan produk tenusu adalah sumber terbaik kalsium dan ia amat penting untuk pertumbuhan dan kekuatan tulang. "Kajian yang dijalankan menunjukkan dalam makanan penduduk Malaysia, tempe dikategorikan sebagai salah satu sumber makanan kaya-kalsium selain susu dan produk tenusu," kata Prof Suzana. Tempe adalah produk kacang soya yang ditapai, mudah diperolehi dan amat digemari oleh penduduk terutama oleh kaum Melayu Jawa.  Produk ini menjalani perubahan nutrisi semasa proses penapaian menjadi tempe yang mengubah kandungan fito kimia dan anti oksidan. Di kalangan wanita Melayu menopaus, penyerapan kalsium daripada tempe tidak banyak beza daripada yang diukur daripada susu. "Kajian dilakukan pada 2005 mendapati penyerapan kalsium sama di antara susu soya diperkaya dengan kalsium dengan susu lembu di kalangan wanita pra menopus yang sihat, diuji dengan kepadatan kalsium 250 mg," kata Prof Suzana. Hasilnya terdapat kalsium dalam air soya diperkaya dengan kalsium dan tauhu biasanya adalah untuk mendapatkan kekuatan penyerapan kalsium kerana air soya mengandungi kurang kalsium.  Garam kalsium biasanya ditambah sebagai bahan pengumpal dalam membuat tahu. Proses penapaian dalam membuat tempe menambah kedapatan galian, termasuk kalsium. Proses berkenaan mengurangkan tahap asid fitik dan mengubah isoflavon kepada aglikon yang lebih bersedia diserapkan ke dalam badan. Pengambilan kalsium rendah menjadi faktor bahaya tulang rapuh di kalangan wanita Asia. Kejadian tulang pinggul retak dijangka meningkat di kalangan wanita di Malaysia sedang negara bertambah maju dengan penduduk hidup di bandar dan semakin tua.


LAPORAN TESTIMONI 2: 
Kandungan kalsium tempe setanding susu



KUALA LUMPUR 14 Jun - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya membuktikan tempe mengandungi khasiat kalsium setanding susu. Timbalan Dekan dan Profesor Pemakanan Dietetik UKM, Dr. Suzana Shahar berkata, penemuan tersebut diperoleh hasil kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti mengapa jangka hayat golongan wanita melebihi lelaki. Walaupun umur lebih panjang, katanya, majoriti wanita berusia 50 tahun ke atas di negara ini sering menghadapi masalah tulang reput.  "Untuk mencegah lebih ramai golongan wanita menghadapi masalah ini, pihak kami telah membuat satu kajian terhadap tempe. "Hasil kajian mendapati tempe jika diambil pada kadar 130 miligram (empat keping) memberi khasiat setanding susu segelas,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Fakulti Sains Kesihatan UKM di sini hari ini. Menurut Dr. Suzana, kajian selama empat bulan tersebut membabitkan 21 orang warga emas. "Hasrat kami adalah untuk memajukan lagi hasil produk tempe di pasaran serta menyarankan orang ramai mengambilnya sebagai pemakanan harian selain sayuran hijau," katanya. Tempe mengandungi soya isoflavones iaitu sejenis antioksidan yang mampu memerangi kerosakan sel, membantu didalam mengurangkan masalah menopaus serta meningkatkan kepadatan tulang terutama kepada golongan wanita.
Semuga tulisan dalam anim agro technology ini memberi info berguna kepada anda pembaca semua. Wasallam!!!.
KHASIAT TEMPE...DIHINA JANGAN...
SETANDING SUSU...KALAU DIMAKAN...
HARGA MURAH... PROSES PENAPAIAN...
KACANG SOYA... ASAS DIGUNAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(11 Zulkaedah 1434H). 
Kemaskini artikel pada 3 Januari 2018.

Thursday, January 4, 2018

HEBAT FERTIGASI GANTUNG - BUKTI

HEBAT SUNGGUH SISTEM FERTIGASI GANTUNG yang di laksanakan di Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Inderapura, Kuantan, Pahang. Pada 3 Januari 2018 semasa berlaku kejadian banjir di kebanyakkan kawasan di Daerah Kuantan menunjukkan kehebatan sistem Fertigasi Gantung di projek ini yang menyelamatkan tanaman timus (Cucumis sativus) diprojek ini dan beberapa tanaman lain terselamat daripada kemusnahan. Pada masa tahap banjir maksima yang dicatitkan menunjukkan ketinggian 1 meter ketinggian polibeg adalah sesuai dimana paras air tidak mencecah polibeg (Sila lihat foto diatas). Teknologi ini yang dimulakan disekitar petani dan penanam sayur komersil amat sesuai mengikut kawasan tanah rendah seperti di TKPM Inderapura ini. Kawasan ini dahulunya dicadangkan untuk dijadikan kawasan teknologi Struktur Pelindung Hujan (SPH) berbumbung diatas tanah tetapi telah dikaji semula untuk digantikan dengan kaedah penanaman dengan cara fertigasi gantung. Pengarah Pertanian Pahang pada masa itu menukar kaedah asal kepada kaedah teknologi fertigasi gantung dan berjaya disiapkan sepenohnya infrastruktur pada pertengahan tahun 2017. Kesemua 5 hektar kawasan dipasang dengan struktur tiang dimana polibeg ditanam 1 meter dari paras tanah. Rumah Pam dan Tong Simpanan Air Baja Fertigasi diletakkan dikawasan tinggi yang mana ia tidak terjejas dengan paras air. Kesemua 5 peserta yang menanam timun, cili dan terung didapati masih mampu tersenyum walau pun keseluruhan lokasi disekeliling kawasan projek ini macam laut. Kawasan ini lebih serius ancaman banjir apabila kawasan bersebelahan projek TKPM ini telah ditambak untuk projek perumahan dimana semua air melalui kawasan projek yang mana anak sungai tidak mencukupi. Ini ditambah dengan faktur hujan tidak berhenti di Kuantan selama 6 hari dan fenomena air pasang tinggi. Penulis blog rasa ini merupakan satu pendekatan terbaik untuk projek penanaman sayuran komersil yang terancam dengan banjir dilokasi lain. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya kongsi info dengan pembaca akan kehebatan teknologi sistem fertigasi gantung untuk dijadikan bahan testimoni kelebihannya.


Projek tanaman sayuran di Daerah Kuantan  dan beberapa daerah lain berdekatan yang diancam benjir kini boleh dibanggakan dengan teknologi fertigasi gantung. Penanaman sayuran dengan kaedah konvensional dikawasan tanah rendak di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia akan terjejas di musim monsoon daripada bulan November - Januari setiap tahun. Kepada mereka di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia mungkin tidak tahu bagaimana hujan monsoon dibahagian timur seperti yang berlaku minggu sepertimana 2018 ini. Hujan renyai berselang dengan hujan lebat selama 5 hari berterusan menyebabkan banyak kawasan rendah sama ada premis perniagaan, sekolah, padang umum, jalan raya serta kawasan tanaman makanan terjejas. Oleh itu dalam bidang pertanian pakar-pakar di Jabatan Pertanian memperkenalkan teknologi Fertigasi Gantung bermula sekitar 5-7 tahun dahulu. Idea asal penggunaan fertigasi gantung ini oleh beberapa peserta TKPM dan petani komersil menanam sayuran. Lazimnya kejadian banjir menyebabkan banyak tanaman akan rosak dan waktu inilah harga sayuran akan melambong tinggi. Jika petani tempatan masih mampu mengutip hasil pada musim monsoon dan banjir ini maka ia akan meraih keuntungan tinggi. Harga timun mini yang biasanya dijual pada purata RM2.50 sekilogram akan naik sehingga RM4.00 sekilogram. Apa yang diperlukan oleh petani adalah modal asas infrastruktur untuk fertigasi gantung ini sekitar RM35,000 - RM60,000 sehektar bergantung kepada bahan dan teknologi yang digunakan.


Selain daripada kawasan tanaman ini selamat daripada masaalah ancaman banjir, teknologi fertigasi gantung mempunyai beberapa kelebihan lain. Polibeg tanaman yang digantung 1 meter dari paras tanah menjadikan ia tidak diancam oleh patogen perosak dari tanah (soil borne disease). Ia juga cepat berhasil berbanding dengan kaedah penanaman konvensional lain. Kos kawalan rumpai dapat dijimatkan dengan optima. Kerja-kerja amalan agronomi seperti membekalkan air baja, memetik hasil, mengawal rumpai dan menyembur racun serangga juga menjadi lebih mudah dilakukan. Teknologi ini membolehkan petani menuai dengan menggunakan sampan (jika air terlalu dalam) dimana ia masih tidak erosakkan tanaman. Walau pun air sudah surut kemudiannya tetapi pokok masih tidak terjejas atau tidak rosak. Kini bukan sahaja kawasan tanah rendah seperti di TKPM Inderapura dan TKPM Pulau Manis di Kuantan ini yang menganalkannya tetapi ada petani dikawasan tanah lebih tinggi yang tidak mungkin banjir mengamalkan teknologi ini. Dakwanya mereka hanya perlu berbelanja awal untuk infra tetapi jadual dan jaminan pulangan adalah lebih baik. Kita tidak boleh meramalkan keadaan cuaca pada zaman ini kerana kejadian kemarau dan banjir sukar dijangka. Walau pun petani terpaksa menuai hasil timun dalam banjir, mereka masih lega kerana tanaman tidak rosak akibat banjir (sila lihat foto disebelah). Penulis blog juga menunjukkan bagaimana hasil timun yang dituai dengan teknologi gantung ini berjaya mengatasi masaalah. Foto dibawah menunjukkan beberapa contoh dimana mungkin petani yang ada ancaman banjir menggunakan cara menam seperti ini. Semuga anda semua mendapat info terbaik membaca tulisan dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.



FERTIGASI GANTUNG...HEBATNYA DIA...
KENA BANJIR... DI TKPM INDERAPURA..
POKOK SELAMAT ... PENUAIAN PUN ADA...
TEKNOLOGI HEBAT...MAKANAN DIJANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Inderapura, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(13 RabiulAkhir 1439H).

Wednesday, January 3, 2018

ARUHAN UNTUK NANAS SARAWAK

TANAMAN NANAS (Ananas comosus) di Malaysia kini merupakan satu aktiviti pertanian yang melibatkan kawasan seluas 13,500 hektar dengan pengeluaran sebanyak 500,000 metrik tan bernilai sekitar RM515 juta pada tahun 2016. Kini kawasan penanaman nanas terus meningkat saban tahun dengan adanya pelbagai program dan insentif daripada kerajaan melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Selain daripada nanas premium MD2 yang menjadi sasaran utama untuk pasaran domestik dan eksport, kini beberapa varieti nanas lain ada ditanam mengikut lokasi, negeri dan tujuan pasaran yang berlainan. Antaranya penulis blog dapati dimana ada nanas varieti Sarawak yang amat popular dan banyak ditanam di pantai timur Semenanjung Malaysia terutamanya di Negeri Kelantan dan Terengganu. Pada penullis nanas ini dahulu banyak ditanam di Johor terutama dikawasan tanah gambut seperti di Batu Pahat, Pontian dan Muar dan dijual dengan menggantungnya ditepi jalanraya. Rasanya yang manis, warna isi yang kuning keputihan, agak berserat dan berjus menjadi tarikan utama untuk buah ini menjadi pilihan bagi pasaran makan segar di pantai timur semenanjung Malaysia. Nama nanas Sarawak ini adalah dikatakan sama dengan nanas Paun atau Nanas Pada yang ditanam di Sarawak sendiri. Ia telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2013 dengan nombor kod iaitu AC4. Penulis kurang pasti pemberian nama varieti Nanas Sarawak ini dahulu percaya berkemungkinan saiznya yang besar sama dengan luasnya Negeri Sarawak iaitu terbesar di Malaysia. Ada juga kemungkinan nanas ini berbentuk seperti Peta Nageri Sarawak atau memang benih asal nanas ini di bawa masuk dari Sarawak oleh orang dulu-dulu disekitar Negeri Johor. Walaubagaimanapun, nanas dari kumpulan Cayenne ini agak kurang bertindakbalas dengan bahan kimia aruhan pembungaan yang biasa digunakan oleh pengusaha seperti kalsium karbaid dan hormon ethrel. Kejayaan proses aruhan pembungaan penting bagi memastikan pengusaha akan memperolehi untung yang optimum kerana pengusaha dapat menyeragamkan pengeluaran buah, mengatur jadual pengeluaran buah mengikut kehendak pasaran, urusan menggunakan tenaga kerja dengan lebih efisyen di ladang dan mengelakkan lambakan buah di pasaran. Artikel petang Ahad ini saya terus untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" satu teknologi untuk membuat aruhan bunga (hormone) nanas jenis Sarawak daripada penelitian oleh seorang pegawai iaitu Encik Imran di LPNM yang membuat pemerhatian atau kajian khusus di Terengganu dan telah dibentangkan dalam Seminar Teknologi dan InovasiTanaman Nanas 2017 di Pontian baru-baru ini.


Masaalah pengeluaran Nanas Sarawak semenjak dahulu agak sukar untuk dirancang tarikh jadual pengeluarannya berbanding dengan varieti nanas lain. Ini kerana nanas Sarawak merupakan spesis yang 'kurang responsif' dengan kebanyakan jenis bahan penggalak (hormone) yang sedia ada dipasaran. Bagaimana pun dilaporkan dimana Pihak Bahagian Pembangunan dan Pengembangan Tanaman LPNM telah memperkenalkan kombinasi baru untuk digunakan didalam kerja-kerja aruhan pembungaan untuk nanas varieti Sarawak iaitu Campuran kalsium kabaid, ethrel, urea dan kapur.  Karbaid adalah bahan terbaik pelbagai guna termasuk untuk membedil meriam ketika malam raya (Sila anda lihat foto disebelah). Teknologi ini pernah dilakukan oleh beberapa orang penanam nanas yang telah lama menanam  nanas jenis lain seperti Nnanas moris, naas Josapine, Nanas MD2 dan banyak lagi. Kajian dalam percubaan pertama dengan  menggunakan kombinasi bahan-bahan ini telah dilakukan di Setiu dan mendapat hasil 90 peratus. Temuan tentang kadar kejayaan aruhan diTerengganu dengan menggunakan petak plot demonstrasi untuk pendebungaan telah dijalankan.  Cubaan kedua telah dilakukan di Besut juga mendapat hasil yang sama iaitu 90 peratus kadar kejayaan aruhan pembungaan. Keputusan yang konsisten pada kedua-dua plot percubaan menunjukkan kombinasi bahan-bahan ini boleh digunakan pada masa hadapan dengan kaedah dan waktu yang betul bagi menyelesaikan masalah kurang tindakbalas varieti nanas Sarawak kepada bahan aruhan pembungaan. Tujuan aruhan pembunggaan adalah untuk menyeragamkan pembungaan, pengeluaran buah dan penuaian serta mengatur pengeluaran buah mengikut kehendak pasaran. Ini akan membolehkan penanam nanas akan mendapat harga pasaran yang baik dan seterusnya akan menjamin pengeluaran buah secara berterusan serta dapat mengelak berlaku lambakan buah di pasaran.


Sebenarnya pokok nanas merupakan sejenis tumbuhan yang istimewa kerana masa pembungaanya boleh diatur melalui kaedah aruhan.  ARUHAN BUNGA NANAS ialah kaedah rangsangan pembungaan untuk menghasilkan buah serentak dengan menggunakan bahan kimia pengawalatur tumbuhan. Nanas peka kepada bahan kimia pengawalatur tumbuhan. Kini diantara bahan kimia pengawalatur nanas di dalam pasaran ialah pil ANAA, ethrel dan kalsium kabaid. Biasanya aruhan pembungaan penting untuk memastikan pengeluaran buah boleh diatur dan ini menjadi faktor utama dalam kempen "Tanam nanas UNTUNG!"". Mari penulis perkenalkan ciri-ciri khusus Nanas Sarawak (AC4) yang dibincangkan kali ini. Nanas ini adalah dari Kumpulan Cayenne dan dinegara jiran Thailand dipanggil nanas ‘Kew’. Istimewanya nanas ini mempunyai saiz buah besar (Berat diantara 1.8 - 4.5 kg). Ia mempunyai daun  yang kurang berduri dengan warna hijau dan isinya bewarna kuning keemasan. Sesuai untuk di makan segar serta banyak ditanam di Kelantan dan Terengganu dimana kini ia mempunyai harga ladang tinggi (RM 1.80 - RM 2.00/kg). Bagaimana pun terdapat nanas hampir sama di Kelantan yang juga dipanggil sebagai Nanas Sarawak iaitu Nanas Madu Kaca. Nanas Sarawak seperti saya nyatakan diatas kurang peka kepada bahan kimia pengawal atur tumbuhan dan ini menyebabkan kalangan pengusaha nanas mengalami kerugian kerana tidak dpat memenuhi kehendak pasaran mengikut jadual dan aturan yang disusun. Oleh itu perlu terpaksa menunggu pokok untuk mengalami aruhan semulajadi. Ada kes dimana pokok menjadi “gila daun” atau “pokok naga” yang menghasilkan buah yang kecil bila aruhan semulajadi berlaku.


Teknologi menggunakan bahan Kombinasi Kalsium Karbid dan Ethrel telah ditemui baru-baru ini. Sejumlah 100 ml Ethrel dicampurkn dengan sebanyak 180g Urea dan juga 180 Liter Air Bersih. Bagi bahan seterusnya adalah sebanyak 400 gram bahan Kalsium Kabaid dicapur dengan sebanyak 18 Liter air dan dijadikan larutan untuk disemburkan pada pokok nanas Sawarak. Sebaiknya pokok nanas tersebut mestilah pada usia pokok tua dengan pokok yang dikelaskan sebagai terlalu subur. Disyorkan masa terbak membuat semburan bahan ini atau masa aplikasi aruhan (lebih jam 9.00 pagi / sebelum jam 5.00 petang) berakna sebaiknya dilakukan pada waktu lewat petang. Dalam kombinasi lain ada formulasi iaitu cara mencampurkan sebanyak 80 ml ethrel dengan  100 gram urea dan sebanyak 330 gram kalsium kabaid bersama 18 Liter air. Larutan ini kkemudian boleh di sembur sebanyak kuantiti 50ml ke pucuk pokok nanas yang dewasa dan dikira sedia untuk menghasilkan bunga. Semasa mencampurkan tadi sebaiknya setiap bahan dilarutkan secara berasingan sebelum dicampur di dalam pam 18Liter. Pokok yang dipilih mestilah telah berumur lebih 9 bulan. Biasanya kaedah ini akan memberikan peratus kejayaan antara 85 - 90 % (fakta ini adalah berdasarkan kepada keputusan aplikasi yang dibuat di kebun En. Abdul Rahman Abdullah, di Sg Tong, Terengganu). Dari segi kos pula dikira sekitar RM 3.99 untuk sediakan larutan sebanyak 18L atau purata kos sekitar hanya RM 0.01 sepokok. Pastikan semburan dilakukan pada waktu lewat petang kerana pokok nanas aktif diwaktu malam. Dalam formulasi ke 3 yang dibyat kajian melibatkan formulasi campuran 100 ml ethrel dicampur dengan sebanyak 180 gram urea, 400 gram kalsium kabaid dan juga sebanyak 18 Liter air bersih. Formuasi ini kemudian disembur pada pokok nanas pada lewat petang dimana hasil kajian mendapati peratus kejayaan 88%. Campuran kajian yang ke 4 denga mencampurkan sebanyak 00 ml ethrel bersama sebanyak 180 gram urea , sebanyak 400 gram kalsium kabaid ditambah dengan 180 gram kapur serta sebanyak 18 L air dan disebatikan. Semburkan sebanyak 50ml larutan ini  ke pucuk nanas pada waktu petang dimana formulasi ini memberikan peratus kejayaan 91%. Dari segi analisa kosting didapati kos formulasi larutan tanpa kapur adalah sekitar RM 5.05 satu pam 4 liter atau sekitar kos sekitar RM0.02 sepokok. Bagi formulasi dengan ada bahan kapor pula kos terlibat sekitar RM 5.23 satu pam 4 liter atau jatuh kepada RM0.02 sepokok. Temuan mendapati dimana kombinasi gas etilen dan asetilena memberi kesan yang konsisten kepada proses aruhan Nanas Sarawak. Ini berkait dengan masa aplikasi yang paling sesuai menyembur iaitu pada lewat petang dan malam hari untuk kesan optima. Pastikan tidak hujan dalam tempoh 3 jam selepas aplikasi semburan dilakukan kerana jika hujan maka larutan tidak berkesan. Bagi memudahkan pengusaha untuk merancang pemasaran buah dan mampu meningkatkan keuntungan pengusaha maka teknologi ini boleh dilakukan. Bagi keterangan lanjut boleh berhubung dengan pegawai LPNM diseluruh negara. Diharap artikel ini memberi maklumat terbaik kepada penanam nanas Sarawak. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!.

NANAS SARAWAK... BESAR BUAHNYA...
HORMON BIASA... TIADA KESANNYA...
TEKNOLOGI TERKINI... LPNM JUMPA....
BOLEH AMALKAN... BUAHNYA SEKATA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 301 Hotel Aloha,
Pusat Perdagangan Pontian,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(13 RabiulAkhir 1439H)

Tuesday, January 2, 2018

TANAM KELAPA - SISTEM INTERGRASI


TANAMAN KELAPA INTERGRASI merupakan satu pendekatan terbaik untuk petani yang ingin memajukan tanamn kelapa di Malaysia. Kelapa (Cocos nucifera) kini mendapat perhatian khas kerajaan apabila Bajet 2018 diumumkan peruntukkan besar sebanyak RM50 juta dan penubuhan lembaga baru dengan nanas untuk tujuan pembangunan tanaman kelapa. Sejarah tanaman kelapa bermula kebanyakannya untuk kegunaan sendiri dimana kawasan utama penanaman adalah dikawasan persisir pantai dan sebagai tanaman keliling rumah. Pada masa ini terdapat seluas 95,400 hektar kawasan tanaman kelapa di Malaysia (Perangkaan Jabatan Pertanian 2016) dengan pengeluaran sebanyak 645,000 metrik tan kelapa. Keluasan ini adalah berkurangan jika dibandingkan dengan keluasan tanaman kelapa pada tahun 2005 seluas 121,011 hektar, tahun 2007 (119,701 ha) dan menurun lagi kepada tahun 2009 (100,362 hektar). Penurunan luas kawasan penanaman kelapa kerana ramai petani tradisional telah menukarkan tanaman kelapa kepada tanaman kelapa sawit yang lebih mudah diuruskan dan menguntungkan. Beberapa estet swasta yang dahulu menanam kelapa seperti di Perak, Melaka, Sabah dan Johor juga telah menukar tanaman kelapa kepada tanaman kelapa sawit. Antara varieti kelapa sedia adalah varieti Malayan Tall (CN1) dimana ia ditanam lebih 45-50 tahun lalu dibawah Program Rancangan Penanaman Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Tanaman kelapa lazimnya oleh pekebun kecil dengan pemiliknya telag berumur lebih 55 tahun secara purata. Pokok kelapa tua (senile tree) ini perlu digantikan dengan pokok baru untuk membolehkan negara mempunyai bekalan kelapa mencukupi dimasa akan datang. Negara kini mengimport sekitar 100 - 120 juta biji kelapa tua setahun daripada Indonesia untuk menampong kekurangan kelapa tempatan terutama untuk sektor pemprosesan produk asas keapa. Prestasi industri kelapa negara yang merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mendorong usaha untuk mengembalikan kedudukan komoditi ini ke tahap yang lebih kukuh dan berdaya saing sesuai dengan ungkapan kelapa sebagai ‘tanaman seribu guna’. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman kelapa secara intergrasi untuk dijadikan bahan rujukan.



Menanam kelapa secara tunggal telah sekian lama diamalkan oleh pekebun kecil di negara ini. Biasanya pekebun kelapa mengamalkan pengurusan yang minimum terhadap cara tanaman kelapa menyebabkan hasil dan pulangan yang diperoleh rendah dan tidak menguntungkan. Kini usaha untuk petani meningkatkan pendapatan pekebun kelapa bukan hanya tertumpu kepada meningkatkan prestasi pengeluaran kelapa itu sendiri, malah turut merangkumi usaha mengintegrasikan kelapa dengan tanaman lain. Sebenarnya banyak aktiviti intergrasi untuk kawasan tanaman baru kelapa seperti penternakan ruminan (Kambing, Lembu) dan ternakan ayam dan sebagainya. Nurseri bungaan dan benih buah-buahan juga boleh dilakukan sama juga dengan apikultur (menternak lebah dan kelulut). Selain itu intergrasi dengan projek Industri Asas Tani dan penanaman tanaman lain juga sesuai dijalankan. Antara jenis tanaman kontan sesuai dilakukan adalah seperti menanam pissng, sayur-sayuran, tanaman kontan, tanaman umbisi dan juga terkini menanam jagung bijirin atau rumput napier. Tanam serai secara intergrasi dengan kelapa didapati menjana pendapatan yang memuaskan (Sila lihat foto paling atas)Sifat semula jadi sistem akar, bentuk naungan kanopi dan susun atur pelepah menjadikan tanaman kelapa sesuai untuk integrasi tanaman. Penembusan cahaya membantu dalam proses fotosintesis untuk pertumbuhan kelapa dan tanaman kontan yang ditanam di bawah kanopi. Tanaman ubikayu dan kelada juga sesuai dikawasan kelapa (Sila lihat foto disebelah). Penembusan cahaya melalui pelepah kelapa bergantung kepada saiz, umur, kepadatan dan susun atur pokok tersebut. Sebaiknya semasa menanam maka orientasi tanaman mengikut arah timur ke barat membolehkan cahaya matahari sampai ke kawasan lorong di antara baris kelapa. Penulis blog dapati lebih 80 peratus akar aktif kelapa berada pada kedalaman antara 25 -  60 sentimeter (cm) di bawah permukaan tanah dan dua meter (m) di sekeliling pangkal pokok. Ini membolehkan kawasan yang luas di bawah baris pokok kelapa dapat diintegrasikan dengan tanaman lain.



Kelapa boleh hidup di pelbagai jenis tanah walaupun kadar tumbesaran dan hasilnya berbeza. Jenis tanah yang terbaik untuk penanaman kelapa adalah jenis tanah liat pantai yang mempunyai saliran yang baik. Apabila majoriti kawasan penanaman kelapa adalah sesuai untuk tanaman lain dengan buah-buahan singkat masa seperti Limau Kasturi, Limau Lemon dan pisang (Sila lihat foto disebeah). Oleh kerana kawasan di bawah tanaman kelapa boleh menerima cahaya matahari yang banyak disebabkan ketinggian dan jarak tanaman yang lebih jauh, pelbagai jenis tanaman boleh hidup subur di bawah kanopi. Jarak dalam penanaman dan usia kelapa juga mendorong kepada kurangnya persaingan antara kelapa dan tanaman integrasi lain. Kini usaha untuk meningkatkan pendapatan pekebun kelapa bukan hanya tertumpu kepada meningkatkan prestasi pengeluaran kelapa itu sendiri, malah turut merangkumi usaha mengintegrasikan kelapa dengan tanaman lain. Sifat-sifat semula jadi sistem akar, bentuk naungan kanopi dan susun atur pelepah membolehkan kawasan yang luas di bawah baris pokok kelapa dapat diintegrasikan dengan tanaman lain. Amalan integrasi tanaman di kawasan tanaman kelapa memberi kesan yang positif terhadap hasil kelapa. Kajian telah dijalankan di Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Stesen Hilir Perak bagi mengenal pasti sejauh mana sistem integrasi tersebut menguntungkan. Berdasarkan kajian yang lama dijalankan, integrasi kelapa dan serai memberi peningkatan hasil purata kelapa bulanan paling tinggi sebanyak 47 peratus bawah sistem tanaman kelapa konvensional.



Ada beberapa panduan yang perlu dipatuhi bagi memastikan kejayaan tersebut dari pemerhatian dan temuan kajian. Penanaman integrasi dilaksanakan di kawasan tanaman kelapa yang ditanam secara baris kembar dua (double avenue). Jarak tanaman kelapa bagi sistem ini ialah 7 m x 7 m x 15 m. dengan kepadatan 128 pokok/hektar (ha).  Ruang antara dua baris kelapa selebar 15 m telah digunakan untuk tujuan integrasi semaksimum mungkin. Pada umur pokok kelapa untuk kedua-dua sistem ini ialah 10 tahun. Asasnya aktiviti penyediaan tanah dilakukan pada musim hujan bagi memperoleh faedah lembapan untuk tanaman.  Sistem perparitan pula mestilah dalam keadaan baik bagi mengelak air bertakung ketika musim hujan serta dapat memudahkan kerja memungut hasil. Pembinaan batas boleh dilakukan bagi tanaman ubi kayu, tembikai, jagung, cili dan serai. Batas tanaman untuk tujuan ini tidak diperlukan sekiranya kawasan penanaman kelapa di tanah gambut, namun aras air tanah hendaklah dikawal (30 hingga 60 sm dari permukaan tanah). Bahan tanaman yang digunakan adalah daripada sumber yang telah cukup matang dan berkualiti sahaja digunakan dalam kajian ini dengan anggaran 99 peratus percambahan. Bahan tanaman yang sihat dan berkualiti akan menjamin hasil tanaman yang tinggi dan menguntungkan. Sebaiknya Baja organik seperti tahi ayam, sisa tanaman dan tahi kambing ditabur semasa kerja-kerja pembajakan piring. Kadar yang disyorkan ialah 500 kg/ha. Penggunaan baja sebatian pada kadar 500 kg/ha digunakan semasa kerja kerja pembajakan putar dilakukan.



Memandangkan plot kajian mempunyai kandungan tanah liat yang tinggi dan kurang subur, penggunaan baja pada kadar yang lebih tinggi telah dilakukan untuk memperbaiki struktur tanah, mengekalkan lembapan dan mengimbangi nutrien. Bagi tujuan pembajaan berkala untuk tanaman integrasi di bawah kelapa adalah dengan menggunakan syor dan kadar yang ditetapkan di dalam buku panduan penanaman masing-masing. Memandangkan kos pembajaan sangat tinggi, penggunaannya mestilah lebih berhemah bagi mengelak pembaziran dan penggunaan bahan kimia yang disyorkan amat dititikberatkan. Tanaman integrasi di bawah kelapa perlu dituai mengikut masa, tempoh, saiz dan kriteria yang sesuai untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan. Tuaian hasil perlu dilakukan pada musim kering bagi mengelak jangkitan penyakit dan memastikan kualiti hasil tuaian di tahap optimum. Kutipan hasil boleh dilakukan sama ada secara manual atau bantuan jentera bergantung kepada keadaan tanah, kebolehsediaan jentera dan jumlah tanaga kerja. Tempoh dan masa penuaian adalah berbeza kerana dua sistem penanaman kelapa ini mempunyai kadar ketelusan cahaya, persaingan untuk tujuan mendapatkan baja dan cahaya, naungan dan kepadatan yang berbeza. Amalan integrasi tanaman di kawasan tanaman kelapa memberi kesan yang positif terhadap hasil kelapa. Data untuk kesan amalan integrasi terhadap hasil kelapa telah direkod selama dua tahun. Bagi kajian integrasi tanaman bawah sistem tanaman kelapa konvensional, daripada tujuh tanaman yang diuji, integrasi kelapa dan serai memberi peningkatan hasil kelapa purata bulanan kelapa sebanyak 47 peratus lebih tinggi berbanding dengan integrasi kelapa bersama tanaman lain. Bagi sistem baris kembar dua kelapa pula, integrasi kelapa dan tebu kuning memberi peningkatan hasil purata kelapa bulanan sebanyak 46.28 peratus Ia lebih tinggi berbanding dengan integrasi kelapa bersama tanaman lain.



Hasil kajian tanaman kelapa secara untergrasi setakat ini adalah memuaskan.  Bagi kajian integrasi tanaman bawah sistem tanaman kelapa konvensional, daripada tujuh tanaman yang telah diuji, integrasi kelapa dan serai memberi pulangan pelaburan yang tinggi. Hasil serai ialah 3,488 kg/ha/musim. Jika harga semasa ialah RM2/kg, maka pendapatan kasar ialah RM8,360 dan kos pengeluaran ialah RM2,252 bagi kedua-dua tanaman (serai dan kelapa). Oleh itu, keuntungan bersih ialah RM6,116 dan pulangan daripada pelaburan (ROI) bagi setiap RM1 yang dilaburkan ialah 2.72. Bagi sistem baris kembar dua kelapa pula, daripada tujuh tanaman bawahan yang telah diuji, integrasi kelapa dan serai juga memberi pulangan pelaburan yang tinggi. Pendapatan kasar ialah RM16,036 dan kos pengeluaran ialah RM3,623 bagi kedua-dua tanaman (serai dan kelapa). Oleh itu, keuntungan bersih ialah RM12,413. Pulangan pelaburan (ROI) bagi setiap RM1 yang dilaburkan ialah 3.43. Analisis ekonomi separa ini jelas menunjukkan bahawa integrasi serai-kelapa bawah sistem baris kembar dua kelapa adalah paling menguntungkan dan mampu meningkatkan ekonomi pekebun kecil kelapa di Malaysia. Pendapatan yang diperoleh bukan sahaja melalui peningkatan hasil kelapa, malah tambahan hasil daripada tanaman yang diintegrasikan di kawasan tanaman kelapa.  Sehubungan itu aktiviti tanaman selingan boleh dijadikan tanaman alternatif untuk menambah pendapatan, seterusnya meningkatkan ekonomi pekebun kecil kelapa. Tanaman nanas (Ananas comosus) antara pilihan terbaik dalam sistem intergrasi ini (Sila lihat foto disebelah)Untuk peningkatan pendapatan petani yang mempunyai ladang kelapa, integrasi bersama serai amat digalakkan ekoran permintaan tinggi, harga yangstabil, kos penyelenggaraan yang rendah dan pulangan yang menguntungkan. Analisis ekonomi separa ini jelas menunjukkan bahawa integrasi serai-kelapa paling menguntungkan dan mampu menjana ekonomi petani.  Selain serai antara tanaman lain yang boleh diusahakan di bawah ladang kelapa antaranya adalah tembikai, ubi kayu, cili , pisang, jagung manis dan tebu kuning. Penanaman kelapa secara intergrasi dalm blog anim agro technology diharap dapat memberikan info berguna kepada pembaca semua. Waslam!!!...


TANAMAN KELAPA ... SECARA INTERGRASI...
TERNAKAN, TANAMAN...PILIH YANG SERASI...
VARIETI BAIK...PILIH BENIH BERKUALITI...
MEMBACA ARTIKEL... JANA INFORMASI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman BAndar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysi.
(13 RabiulAkhir 1439H)

Monday, January 1, 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018!!

SELAMAT TAHUN BARU 2018!!!... Penulis blog "Anim agro Technology" bersyukur kerana masih aktif menulis recana yang berkaitan dengan Teknologi Pertanian. Blog yang telah berusia 10 tahun ini mempaparkan setiap hari satu artikel tanpa tertinggal walau pun sehari!. Alhamdullilah kerana Allah SWT telah memberikan kesihatan, kelapangan masa, kekuatan minda, minat berterusan kepada penulis blog ini sehingga mencapai sebanyak 4,581 artikel sehingga detik 12.00 malam menjelang tahun baru 2018. Daripada jumlah tersebut sebanyak 2,948 artikel telah dibuat posting dalam blog sementara bakinya menunggu untuk posting setiap hari satu artikel. Mencari masa dan tajuk untuk menulis setiap hari ini dilakukan subuh, petang dan malam hari mengikut kelapangan masa. Lazimnya penulisan selepas solat subuh adalah paling baik kerana otak masih fresh dan juga pada malam hari ketika cuti mingguan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sehingga kini lebih daripada 25,000 foto telah berada dalam google yang disumbangkan oleh penulis Anim Agro Technology dimana sebahagian besar daripadanya adalah dari foto oleh penulis sendiri dan sebahagian lagi dari rakan-rakan taulan dalam wasap, faceboo dan sebagainya yang dikumpulkan berkaitan dengan tajuk artikel. Penulis lazimnya akan mendapat ilham mengenai tajuk artikel daripada banyak sumber. Ada yang tajuk artikel yang datang sendiri semasa berjaga, ada yang diberikan kawan-kawan, ada yang dijumpai semasa membuat lawatan keprojek pertanian, ada yang didapati semasa hadir pameran atau seminar, ada yang didapati daripada surat khabar / malajah tahunan dan sebagainya. Biasanya satu artikel dapat ditulis dalam masa 1 -3 jam bergantung kepada ketersediaan maklumat dan 'mood'penulis sendiri. Menggunakan 3 buah laptop, 2 unit desktop dan 4 unit mobile smartphone penulis blog jarang menghadapi masaalah untuk melakukan kerja penulisan dan juga membuat posting. Sempena tahun baru 2018 ini saya menulis artikel khas mengenai Blog Anim Agro Technology sekadar membuat penilaian semula apa yang telah dilakukan sepanjang tahun 2017 an sebelumnya dan perancangan untuk tahun 2018 dalam beberapa minit lagi!..


Artikel Anim Agro Technology daripada FLAG counter sehingga jam 11.50 31 Disember 2017 malam ini adalah sebanyak 12.866 juta pageviews. Ini tidak termasuk blog ini yang dibaca oleh pembaca terus di Indonesia iaitu (menggunakan yrl...co/id) yang membuat link terus dengan blog ini. Terdapat beratus-ratus bllogers juga yang membuat link terus dengan blog ini dan tidak masuk dalam kaunter penulis yang asal. Ramai juga bllogers lain yang 'çopy and paste' artikel asal dari blog ini dimana penulis bog dapat kenal dari segi gaya bahasa, foto dan juga isi kandungannya. Daripada jumlah 2.886 juta ini sebahagian besar embaca dlah daripada Malaysia (2.01 juta) dn diikuti dengan pembaca daripada USA (143,398), Indonesia (141,50), Singapura (27,710), Brunei DS (16,730) dan Jepun (5,450). Negara lain yang ada mengunjungi blog ini seperti Britain, India, Thailand dan beberapa lagi. Purata bulanan pengunjung adalah sekitar 10,000 - 15,000 orang dimana ia agak rendak pada hari Sabtu dan Ahad. Mengenai tajuk pula artikel terbanyak dibaca bertajuk 'Menanam Kelapa Matag' yang diitulis pada 28/1/2015 dengan seramai 62,533 orang diikuti pula dengan artikel bertajuk 'Cili Padi - Senang Tanamnya seramai 39,842 pembaca, artikel 'Racun Rumpai' seramai 19,379 pembaca, artikel 'Ayam Kampong - Cara Ternakan" dengan seramai 17,852 dan kelima adalah arikel bertajuk 'Durian Musang King" seramai 17,017 pembaca. Banyak tajuk artikel yang mencapai bacaan melebihi 10,000 pembaca direkodkan penulis blog.


Pada tahun 2018, penulis blog berharap akan dapat meneruskan lagi penulisan dalam Anim Agro Technology ini. Hanya dengan kekuatan minda, kesihatan dan cetusan idea bernas diharapkan untuk tahun 018 bagi meneruskan penulisan teknikal ini semuga sumbangan ini akan menjadi rujukan dan digunakan oleh pembaca. Penulis dimaklumkan rakan-rakan dan pengikut blog ini dimana paling ramai pembaca dari Malasyia sebagaian besarnya adalah gulongan siswa universiti, pelajar kolej, institut, pelajar sekolah malahan dikalangan meraka yang ada minat dengan sektor pertanian. Bila ada berjumpa dengan penggiat pertanian yang membaca blog Aim Agro Technology, mereka akan bertanya bagaimana penulis ada kekuatan menulis dan membuat posting setiap hari. Kerana Izin Allah jua saya masih ada kekuatan ini untuk meneruskan khidmat bakti. Pada tahap ini rupa-rupanya lebih banyak kita membaca, menulis memberitahu ilmu pengetahuan semakin banyak juga yang kita tidak tahu. Boleh dikatakan setiap hari atau minggu ada sahaja ilmu baharu yang penulis blog dapat hasil pnulisan ini. Daya ingatan minda juga semakin kuat kerana banyak informasi yang berada didalam otak yang sentiasa aktif. Diharap Allah akan memberikan kesihatan, kekuatan minda, kelapangan masa, kemudahan teknologi ICT dan sebagainya untuk saya terus berkarya pada 2018 dan tahun-tahun berikutnya. Pohon maaf jika ada tulisan yang kurang menyenangkan semua pembaca blog ini. Wasallam!!..
SELAMAT TAHUN BARU 2018!!!.



MENULIS BLOG... SUDAH BERJAYA...
4,581 ARTIKEL ... JUMLAH SEMUA...
SUDAH 10 TAHUN...TERUS BERKARYA...
PASANG AZAM...TAHUN BARU TIBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman BAndar Baru UDA,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(31 Disember 2017)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...