Support My Blog

Thursday, August 16, 2012

NAMA LAIN - CILI

CILI (Capsicum annum L) merupakan sejenis tanaman yang sangat popular dan ditanam di seluruh dunia untuk dijadikan bahan utama masakan dan pelbagai tujuan lain. Terdapat 3 jenis cili yang ditanam dan dikomersialkan iaitu Cili Besar (Capsicum annum), Cili Padi (Capsicum frustecens) dan Cili Merah Aji - Amerika Selatan (Capsicum bactatum). Kajian saya mendapati penamanan cili di Malaysia merupakan satu aktiviti yang diminati ramai petani dengan keluasan cili bertanam mencecah lebih 3,000 hektar pada tahun 2011 dan menghasilkan sebanyak 34,500 metrik tan bernilai sebanyak RM 160 juta. Kebanyakan cili segar ini digunakan untuk keperlun domestik dan hanya sebahagian yang diekspot ke negara jiran. Malaysia juga banyak mengimpot cili padi Siam daripada Thailand dan sangat banyak mengimpot cili kering dari luar negara. Penggunaan cili kering banyak diperlukan dalam industri masakan, membuat serbuk kari dan perasa  makanan dan sebagainya. Artikel subuh Ahad ini saya menulis nama-nama lain bagi cili dalam bahasa asing selepas bersahur untuk di kongsi bersama dalam 'Anim Agro Technology'.



NAMA BOTANI CILI : Capsicum annuum L. 
NAMA BOTANI LAIN (SYNONYM(S) : 
Capsicum indicum Lobel., 
Capsicum indicum Dierb., 
Capsicum hispidum Dunal
Capsicum annuum L. susp. baccatum (L.)
Capsicum annuum L. var. baccatum (L.) Kuntze
Capsicum annuum L. var. anomalum Franch.
SYNONYM(S) : Tubocapsicum anomalum .( Franch. et Sav.)


NAMA CILI DALAM BAHASA LAIN:
: 

1. CHINESE : Long zhu, Chi zhu.

2. ENGLISH : False pepper, Chinese false pepper, Japanese false pepper.
Capsicum annuum L. var. annuum L.

3. AFRIKAANS : Rissie.

4. ARABIC : Fûlfûl, Filfil (Irak), Filfile achdar (Egypt), Felfel achdar (Egypt), Felfel lelece (Lebanese), Fulful baladî, Fulful ahhmar.

5. CHINESE : Tian jiao.

6. DANISH : Spansk peber.

7. DUTCH : Peber.

8. ENGLISH : Capsicum, Pepper, Cayenne pepper (ingredient - dried powder).

9. FRENCH : Piment, Poivron.

10. GREEK : Piperies, Piperia, Pipera (Cyprus). 


11. HEBREW : Pilpel, Pilpelet hagina.

12. HINDI : Hara mirch, Shimlaa mirch.

13. HUNGARIAN : Paprika.

14.  ITALIAN : Pimento, Peperone, " Pepperoncini" (group name for all small peppers).

15.  JAPANESE : Peppaa.

16.  MACEDONIAN : Piperka.

17.  INDONESIAN : Lombok, Cabai, Cabe, Cabe manis, Cabai manis.

18.  MALAY (Melayu) : Cabai, Lada, Cili, Chili, Chili Pedas, Cili Besar.

19.  NEPALESE : Khursaanii.

20.  PERSIAN : Dolmeh felfel. 



21.  PORTUGUESE : Pimento.

22.  QUECHUAN : Uchu.

23.  ROMANIAN : Ardei.

24.  RUSSIAN : Perets krásnyi, Perets zelënyi.

25.  SPANISH : Pimienta, Pimiento.

26.  SWEDISH : Peppar.

27.  THAI : Phrik.

28.  TURKISH : Biber.

29.  URDU : Shimlaa mirch.

30.  VIETNAMESE : Ot


Kebanyakan nama cili dikaitkan dengan ciri pedas yang terdapat pada cili itu sendiri iaitu bahan Capsaicin. Dikawasan  Amerika Selatan ianya banyak digelar pimento, paprika dan piper dimana ianya amat mudah untuk diingati. Kalau anda berpeluang bercakap mengenai dalam bahasa asing, setidak-tidaknya anda boleh tahu. Ini yang cuba dipaparkan oleh penulis blog Anim Agro Technology subuh ini untuk di kongsi berwama. Wasallam!

CILI DAN CABAI.... PANGGILAN KITA.....
'PIMENTO' PULA.... PORTUGIS YANG KATA....
'FULFUL' DAN 'FELFEL' .... ARAB PUN ADA...
'FALSE PAPER'... KATA MAT SALEH PULA.....

By,
M Anem
Hospital Serdang,
Selangor, Malaysia.
(23 Ramadan 1433H) 

Wednesday, August 15, 2012

PENYAKIT BETIK DAN KAWALAN

BETIK (Carica papaya L) merupakan sejenis tanaman dari keluarga Caricaceae yang popular di Malaysia dimana seluas 3,512 hektar ditanam pada tahun 2011 dengan pengeluaran hasil sebanyak 52,427 metrk tan.  Penanaman betik di negara kita dijalankan secara komersil dan juga tanaman keliling rumah dan didapati menghasilkan buah yang berkualiti. Betik yang saya ketahui mempunyai lebih dari 40 spesis diseluruh dunia yang mana kini telah dimajukan dengan meluas di India, Mexico, Filipina, Hawai dan juga Australia. Lazimnya saya dapati jangkahayat tanaman betik di Malaysia sekitar 2 tahun sahaja walau pun ada yang ditanam sehingga lebih 10 tahun jika ditanam dalam persekitaran yag sesuai.  Betik merupakan sejenis tanaman POLIGAMI iaitu ujudnya spesis yang bersifat diesius iaitu ada pokok betik jantan dan pokok betik betina dalam satu pokok dalam satu populasi.  Lazimnya amalan yang dijalankan adalah dengan membuang pokok jantan dan meninggalkan pokook betina dan pokok Hermaprodite. Pendebungaan betik dijalankan oleh angin sebahagian besarnya tetapi dibantu juga oleh serangga. Tanaman betuk merupakan pokok yang berbuah tidak bermusim tetapi beberapa kajian menunjukkan pengeluaran puncaj akan berlaku setiap 3 bulan sekali.  Pemerhatian saya di kebun betik di Kawasan pagoh Muar mendapati yang puncak pengeluaran pertama adalah pada umur pokok pada bulan ke 10 -11, kali kedua pada bulan ke 13-14 dan puncak ketiga pada bulan ke 18-20. Artikel petanin ini bagaimana pun saya akan berkongsi maklumat mengenai penyakit tanaman betik dan kawalannya dalam 'Anim Agro Technology'  berdaarkan kepada pengalaman dan rujukan dari Jabatan Pertanian.


Penyakit Virus Bintik Cecincin (Papaya Ringspot Virus - PRSV) merupakan sejenis penyakit yang serious menyerang betik di Malaysia semanjak 1991 dan menyebabkan pengeluaran betik sangat terjejas. Penyakit ini bermula pada daun muda yang diserang bertukar warna kekuningan diantara urat daun (simptom serangan mozek). Daun akan kelihatan telus cahaya dan kadangkala akan kelihatan simptom lecuh seperti yang terserap air berwarna hijau pekat antara urat daun. Helaian daun akan mengecil dan berkerekot dimana terdapat jaluran hijau gelap memanjang yang kelihatan berminyak pada pangkal daun. Daun akan menebal dan menjadi kasar. Pada buah pula terdapat bintik bercincin pada permukaan kulit buah. Buah akan menjadi cacat dan mengecil. Apabila di belah akan kelihatan warna isi buah pucat dan kurang manis. Serangan juga berlaku pada bahagian batang.  Kawlanan memerlukan tindakan SOP yang di syorkan oleh Jabatan Pertanian dalam terbitan mengenai PSRV terbitan tahun 2011 muka surat 11. Antara tindakan dibuat adalah menebang dan memusnahkan sama sekali pokok yang telah diserang dan menggunakan anak benih yang bebas dari serangan.


Penyakit Mati Rosot Betik (Papaya Dieback - PDB) merupakan sejenis penyakit betik yang sangat serius di Malaysia kerana ianya mampu memusnahkan industri tanaman betik. Penyakit ini disebabkan oleh sej.enis agen perosak iaitu Ervinia papayae iaitu sejenis Bakteria yang menyerang pada seluruh  bahagian tumbuhan seperti bahagian pucuk, daun, tangkai daun, buah dan batang. Tanda serangan mudah dilihat dimana bahagian yang diserang seakan busuk, nekrosis dan akhirnya mereput. Bahagian Daun  yang diserang akan menjadi kehitaman dan akhirnya mati dan gugur ketanah. Begitu juga dengan buah yang dserang akan menjadi lembut, busuk dan akhirnya gugur pada mana-mana peringkat berbuah. Penyakiti ini merupakan satu ancaman teruk kepada pokok betik dimana ianya melumpuhkan industri tanaman betik di negara kita. Belum ada kaedah berkesan untuk mengawal penyakit ini kerana ianya boleh merebak melalui tanah, air, pengangkitan, peralatan pertanian dan semua perkara yang mampu menyebarkan bakteria ini. Kaedah yang boleh dijalankan dengan membuat pemencilan tanaman, memusnahkan tanaman yang telah diserang, menanam dikawasan bebas penyakit ini, menggunakan bijibenih atau anakbenih yang bebas dari PD dan menggunakan vereti yang tahan serangan.

Penyakit ANTRAKNOS BETIK pula disebabkan oleh kulat jenis Collectotricum gloeoporiodes yang mana bahagian buah diserang akan kelihatan bintik-bintik nekrotik berbentuk bulat kecil yang tenggelam pada permukaan  kulit buah. Bintik-bintik ini akan membesar dengan cepat apabila buah betik mulai masak. Kesannya buah akan cacat dan tidak cantik untuk dipasarkan sehingga menjenaskan harga jualan. Serangan teruk menyebabkan buah tidak boleh dijual langsung.  Kawalan boleh menggunakan kaedah semburan Racun kulat seperti Racun jenis Benomyl, Carbendazim, Mancozeb dan Mancozeb + Carbendazim.  Racun Benomyl adalah jenis racun Sistemik yang diserap dan berkesan. Antara nama dangan racun jenis ini adalah seperti Benex, Benocide 50WP, Comply 50WP, Kenlate dan Mandate 50WP. Bagi racun carbendazim yang juga racun sistemik bertindak dengan menghalang sintesis beta-tubulin pada tumbuhan. Jenama racun jenis ini dipasaran seperti Mero 50D dan Occidor 42.5SC. Racun mancozeb mengawal serangan penyakit ini dengan tindakan menghalang respirasi (jenis sistemik) seperti jenama Agrozeb 80WP, D-Tane 80WP, Disan 45, Insure 80, Mancozide, Manex II, Manzeb 80, Penncozeb 80WP, Trimmanoc 80WP dan Winner M-45. BERSAMBUNG.....

PENYAKIT BETIK... BANYAK JENISNYA....
ADA YANG SERIUS...SUKAR CARA KAWALANNYA...
PERLU DI KETAHUI ....APA JENISNYA...
INDUSTRI BETIK... TAMBAH MAJUNYA....

By,
M Anem
Bati 25, Jalan Pagoh,
Muar, Johor,
Malaysia
(26 Ramadan 1433H)

 .   

Tuesday, August 14, 2012

BELALANG - PEROSAK TANAMAN

BELALANG adalah sejenis serangga dari Sub-Order Caelifera dan Order Orthroptera yang mudah didapati disekeliling kita terutama apabila suhu telah mulai panas. Terdapat banyak jenis belalang yang kita boleh jumpai di keliling kita dengan pelbagai saiz, warna, bentuk dan juga tabiatnya. Semasa saya dalam pembelajaran di universiti dulu , dimaklumkan yang keujudan belalang banyak dikaitkan dengan kerosakan tanaman terutama pada bahagian daun dan kadang-kadang pada batang yang dimakan oleh serangga tersebut. Belalang lazimnya aktif dalam cuaca panas kerana ianya adalah berdarah sejuk. Pembacaan dari wikipedia menunjukan sejenis belalang di Benua Afrika yang dipanggil sebagai Belalang Juta (Schictocerca gregaria) mampu menyerang tumbuhan dengan memakan bahagian daun, batang, buah, benih malahan keseluruhan bahagian sehingga musnah teruk. Antara tanaman yang mudah diserang belalang jenis ini seperti tanaman bijirin seperti jagung, millet, gandum serta tanaman lain seperti semua jenis sayuran, buah-buahan malahan pokok ornamental. Saya dulu memang pernah makan belalang kunyit yang digoreng ketika zaman remaja kerana belalang memang haiwan yang halal dimakan apabila perlu. Petang Ahad ini saya menulis mengenai belalang dalam 'Anim Agro Technology' untuk di kongsi bersama dengan pembaca blog.


Struktur Anatomi Belalang agak berbeza dengan Anatomi Cengkerik (Cricket), Semut dan juga serangga lain. Belalang mempunyai 3 bahagian badan iaitu Kepala, Thorax (Badan) dan Abdomen (Rujuk foto sebelah). Paling ketara belalang adalah mempunyai sepasang Sesungut (Anthenae) di bahagian kepala yang banyak fungsi. Sepasang mata kompoun dan mulut juga berada dibahagian kepala. Dibahagian Badan (Thorax) pula terdapat sepasang kepak (1-3 lapisan kepak), 3 pasang kaki dimana kaki paling belakang bersaiz lebih besar untuk membuat loncatan dengan kuat sebelum terbang atau ianya merupakan organ pergerakan paling cekap. Dibahagian abdomen terdapat organ isi perut dan ianya berketak-ketak serta mempunyai organ pembiakan dan organ perkumuhan. Apa yang saya perhatikan tentang keunikan belalang adalah kemampuannya untuk menggunakan sepasang kaki belakang untuk melompat dan lazimnya mempunyai duri tajam sebagai alat pertahanan bagi belalang. Bunyi belalang dihasilkan oleh sepasang femur dibelakang kepak yang bergesel dipanggil sebagai 'stridulas'. Bunyi nyaring ini menjadi kegemaran kepada peminat alam semulajadi (Natural activists). 


Belalang kebanyakannya adalah serangga jenis POLYPHOGUS iaitu memakan banyak bahagian pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dalam satu hari. Bagaimana pun kajian saintis mendapati terdapat sekitar 8,000 spesis belalang dari jenis MONOPHOGUS iaitu hanya makan sejenis tumbuhan spesis perumah sahaja. Cara belalang makan adalah dengan mengigit, memotong dan mengoyakan tisu daun atau kulit tumbuhan menggunakan giginya yang tajam dan menelannya. Cecair serta Enzim dari perut akan bercampur dengan makanan untuk di tukar kepada tenaga dan tahi belalng akan dikeluarkan melalui anus. Kajian menunjkkan bahagian perut (midguts) mengeluarkan cecair seperti Protase, Lipase, Amylase dan Invertase sebagai enzim bagi proses penghadaman bergantung kepada spesis belalang.


Kitaran Hidup Belalang mempunyai 3 peringkat iaitu Peringkat TELUR (Egg), Peringkat NIM (Nymph) dan Peringkat DEWASA (Adult). Telur belalang yang lazimnya berbentul lonjong atau bulat dalam kapsul akan menetas dalam masa 2 minggu sehingga menjadi Nim. Peringkat nim mengambil masa selama 4 - 7 minggu untuk menjadi belalang dewasa. Belalang dewasa adalah peringkat dimana ianya akan memakan daun tumbuhan dan memusnahkan tanaman. Terdapat juga laporan beberapa spesis belalang diperingkat Nim yang mampu merosakkan tanaman. Jangkamasa kitaran hidup belalang sekitar 2 - 4 bulan bergantung kepada spesis dan persekitaran. Keadan yang sesuai untuk belalang membiak dimana cuaca sesuai, cukup makanan dan populasi spesis yang cepat membiak. Bagaimana hendak mengawal belalang dari merosakkan tanaman?. Apakah jenis kawalan yang sesuai untuk belalang? Adakah semua belalang memusnahkan tanaman kita? Bagaiman hendak mengenali spesis belalang yang ada disekitar kita? Apakah kaedah terbaik atau menu menyediakan hidangan belalang?...Bersambung

NAMANYA BELALANG... GRASSHOOPER SAMA JUGA....
BERKAKI ENAM .... MELOMPAT JAUH MEMANG DIDUGA...
MEROSAKAN TANAMAN...MAKAN DAUN DAN BUNGA...
BOLEH DI GORENG DAN DIMAKAN...SIAPA SUKA...

By,
M Anem
Kuala Nerang, Kedah,
Malaysia.
(19 Ramadan 1433H)       


Monday, August 13, 2012

NAMA LAIN - TEMBIKAI

TEMBIKAI (Cucumis melo L. subsp. melo) adalah sejenis tanaman dari keluarga Cucurbitaceae yang ditanam di seluruh dunia dengan tumpuan untuk menghasilkan buah tembikai. Terdapat beratus-ratus varieti tembikai yang kebanyakan biji benih dihasilkan dalam bentuk tembkai jenis hibrid. Penanaman tembikai di Malaysia seluas 11,300 hektar dengan pengeluaran hasil mencecah 230,000 metrik tan pada tahun 2011. Kawasan penanaman utama tembikai adalah di Pahang, Johor dan Perak terutama ditanam dikawasan penanaman semula getah atau kelapa sawit sebagai tanaman selingan. Diantara varieti tembikai isi merah yang ditanam adalah seperti New Dragon 117, Semangka 144, Sky Light 162, New Grand Baby N123, Summer Delicious 174, Hi-U 168, Bow Long 288, Big Mel 202, Taipan 275, Hitam Manis S 108, Golden Crown 167, Diana, China Boy, Pearl 275, King Black Gold 7733 dan Super Sweet Black Lady. Jenis isi kuning pula seperti varieti Golden Delight 363, Bow Fong 272, Yellow Baby, New Orchid, New Sweet Baby, Jingga Manis 383, Orange Beauty dan Yellow Beauty 262. Artikel subuh kali ini saya menulis nama-nama lain bagi tembikai dalam bahasa mereka untuk pengetahuan kita bersama.


NAMA-NAMA LAIN TEMBIKAI ADALAH :

1.   ARABIC : Qâwûn.

2.   CHINESE : 

     Xi gua, Xiang gua (Taiwanese Shiang gwa, 
     Cantonese Heung kwa), Tian gua.

3.   DANISH : Melon, Meloner (pl.).

4.   DUTCH : Meloen, Meloenen (pl.).

5.   ENGLISH : Melon, Cultivated melon.

6.   FINNISH : Meloni.

7.   FRENCH : Melon, Melons (pl.).

8.   GERMAN: Melone, Melonen (pl.).

9.   HINDI : Kharbuz, Karbuja.

10.  ITALIAN : Melone, Meloni (pl.), Popone.





11.  INDONESIA:  Blewah , Semangka londo

12.  JAPANESE : Meron.

13.  KHMER : Trâsâk sröö'w.

14.  LAOTIAN : Tèèng suk, Tèèng laay.

15.  MALAY :
Buah semangka, Bluwak (Malaysia),

16.  PORTUGUESE : Melão, Melões (pl.).

17.  RUSSIAN : Dynja.

18.  SPANISH : Melón, Melones (pl.).

19.  TAGALOG : Milon.

20.  THAI : 

     Taeng ching, Taeng lai (Teng lai), Taeng thai (muskmelon).


Tembikai merupakan buah yang banyak mengandungi khasiat dan sering dimakan sebagai buah segar. Kalau anda berpeluang melawat keluar negara bolehlah merujuk blog ini untuk mendapatkan nama-nama tempatan bagi buah tembikai dinegara tersebut. Paling tidak pun kalau anda pergi ke Thailand , anda boleh minta 'Taeng ching' atau 'Taeng lai' atau pun minta sahaja 'Taeng Thai' pasti orang Thai akan memberikan tembikai, tetapi perlu awas juga kerana slanga kita mungkin agak berbeza dan dapat benda lain. Wasallam!

NAMANYA TEMBIKAI.... MANIS RASANYA...
ORANG FILIPINA... 'MILON' KATANYA....
'QAWUN 'PULA... SI ARAB GELARNYA....
KALAU 'MELON'.... INGGERIS MENDAKWA...

By,
M Anem
Pejabat Pertanian Daerah Langkawi,
langkawi, Kedah, Malaysia.
(18 Ramadan 1433H)


Sunday, August 12, 2012

NAMA LAIN - KELAPA SAWIT

KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) merupakan satu jenis tanaman paling popular masa kini dikalangan negara-negara pengeluar minyak kelapa sawit dunia seperti Indonesia, Malaysia, Thailand dan beberapa negara di Afrika. Tanaman ini bukan berasal dari negara Asia Tenggara tetapi telah dibawa masuk oleh penjajah untuk ditanam dan dimajukan di Malaysia. Kini terdapat seluas sekitar 4.7 juta hektar tanaman kelapa sawit direkodkan pada tahun 2012 dengan Negeri Sabah paling luas penanamannya iaitu lebih dari 1.32 juta hektar. Pokok kelapa sawit di tanam dengan varieti yang di syorkan oleh MPOB melalui penanaman secara perladangan oleh estet swasta, FELDA, Perbadanan Negeri dan juga pekebun kecil. Rujukan dari MPOB menunjukkan sektor pekebun kecil menyumbangkan 26.3% dari jumlah keluasan sawit. Malaysia adalah negara kedua terbesar mengeluarkan produk dari kelapa sawit iaitu sebanyak 1.67 juta metrik tan yang bernilai USD 7.39 billion pada tahun 2011 (Berapa billion dalam Ringgit Malaysia - kira sendiri). Masa ini Indonesia telah menjadi pengeluar produk dari kelapa sawit terbesar didunia dengan nilai hasil sebanyak 2.534 juta metrik tan bernilai USD 9.7 billion. Petang Ahad ini saya menulis nama-nama lain bagi tanaman kelapa sawit dalam bahasa asing untuk makluman semua.

Nama Bontani : Elaeis guineensis Jacq.
Nama botani serupa : Elaeis melanococca Gaertn.



NAMA KELAPA SAWIT DALAM BAHASA LAIN :-

ARAB : Nakhlet ez zayt.

BURMA : Si htan, Si ohn.

CHINA: You zong.

DANISH : Oliepalme.

ENGLISH : 

African oil palm, Macaw fat, Oil palm, Palm kernel oil.

FINLAND : 

Öljypalmu.

PERANCIS : 

Palmier à huile, Palmier à huile d'Afrique.

JERMAN : 

Afrikanische Ölpalme, Ölpalme.

ITALI : 

Palma avoira, Palma da olio, Palma oleaginosa africana.

JEPUN : Abura yashi.

MELAYU : Kelapa sawit, Kelapa sawit Bali.

PORTUGIS : 

Caiaué (Brazil), Dendenzeiro, Palmera dendém.

RUSSIA : 

Gvineiskaia, Maslichnaia pal'ma, Pal'ma maslichnaia.

SEPANYOL : 

Corojo de Guinea, Palma africana, Palma oleaginosa africana, 
Palmera de aceite.

SWAHILI : Mchikichi, Miwesi, Mjenga.

SWEDEN : Oljepalm.

THAILAND : Paam nam man.

VIETNAM : .




Potensi tanaman kelapa sawit masih luas berdasarkan permintaan minyak sayur yang terus meningkat saban tahun. Minyak isirong, oleic acid dan produk hiliran daripada kelapa sawit masih tinggi permintaannya di pasaran antarabangsa. Beberapa negara ketiga sedang cuba membangunkan tanaman kelapa sawit secara komersial seperti yang telah dicapai oleh Malaysia dan Indonesia. Jangan lupa nama-nama lain bagi tanaman ini apabila perlu.

ASALNYA AFRIKA.... KINI DI MALAYSIA....
PENGELUAR UTAMA...MEMANG INDONESIA...
POKOKNYA LASAK..... LANJUT USIA....
25 TAHUN ... UMURNYA TETAP BERJASA...

By,
M Anem
Dewan Sri Siantan,
Putrajaya, Malaysia.
(22 Ramadan 1433)
Majlis Konvokesyen KMB 

CILI - INDEK KEMATANGAN

CILI (Capsicum annum) merupakan sejenis sayur buah yang sangat popular ditanam di Malaysia dari keluarga Solanaceae. Gred Cili menentukan nilai harga pasaran yang di perolehi hasil daripada amalan aronomi yang dijalankan di ladang sepanjang proses pengeluaran cili. Terdapat seluas 2,850 hektar tanaman cili ditanam pada tahun 2010 (Laporan Ststistik Jabatan Pertanian) dengan anggaran hasil sebanyak 32,480 metrik tan yang bernilai sebanyak RM 206.56 juta.  Kawasan penanaman cili utama di Malaysia adalah di Negeri Johor, Kelantan, Selangor dan juga Pahang. Beberapa varieti yang popular di tanam adalah dari Varieti Cili Kulai, Cili Ipoh, Cili Solok (Khususnya Kelantan) dan Cili MC11. Kajian dan juga pemerhatian yang saya jalankan mendapati, kebanyakan varieti cili ini ditentukan oleh kehendak pasaran dan pelbagai nama varieti diberikan oleh petani dan pemasar dimana kadang-kadang mengikut lokaliti seperti Cili Minyak (Batu Pahat), Cili Besar, Cili Bangi, Cili Ipoh, Cili Merah dan sebagainya. Artikel subuh ini selepas bersahur saya akan  mempaparkan INDEKS KEMATANGAN cili merujuk kepada varieti Cili Kulai dalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan dan rujukkan anda. Maklumat ini dirujuk dari beberapa buku terbitan Jabatan Pertanian dan FAMA.


Antara faktur yang di gunakan dalam menggred cili adalah tahap kematangan buah selain daripada saiz, tahap kecacatan, warna, kerosakan akibat penyakit dan perosak serta 'appearance keseluruhan' buah tersebut. Cili yang dijual di bahagikan kepada dua jenis iaitu CILI HIJAU dan CILI MERAH. Cili hijau di petik apabila buah cili cukup matang pada peringkat hijau dimana kulit cili mencapai warna hijau pekat dan kulitnya telah licin seakan berlilin. Ramai petani memilih untuk menuai dan menjual cili hijau  kerana pasaran terjamin dan ketahanan buah tersebut walau pun harganya agak rendah berbanding dengan cili merah. Petani yang saya temui iaitu En Nazri daripada Kg Tengah , Air Hitam, Johor  yang mana telah menanam 2 hektar Cili Ipoh dan berpengalaman menanam cili lebih 18 tahun, memilih untuk memetik cili hijau dan dijual di Yong Peng dengan harga sekitar RM 2.00 - RM 2.50 sekilogram. Katanya cili merah dijual dengan harga RM 4.00 - RM 5.00 sekilogram dan mengambil masa lebih lama untuk dituai dan mempunyai banyak gred kematangan. 

Secara mudahnya cili besar di Malaysia boleh di gredkan mengikut tahap kematangan kepada 6 gred iaitu dari Gred 1 sehingga Gred 6. Tahap kematangan cili boleh diperhatikan melalui perbezaan warna yang terdapat pada buah cili yang lazimnya berkait rapat dengan umur buah selepas proses pendebungaan. Berikut adalah keterangan mengenai tahap kematangan cili sebagai panduan untuk kita tahu mengikut bahan rujukkan yang saya baca:


Indeks Kematangan 1 (TIDAK MATANG)
Keseluruhan buah masih mempunyai kulit hijau.
Mempunyai kulit licin dan hijau berkilat.
Dipetik dan dijual sebagai 'Cili Hijau'.
Tahan agak lama dipasaran walau harganya agak rendah.




Indeks Kematangan 2 (MATANG)
Kulir cili berwarna hijau tua dan berkilat.
Kadang-kadang ada warna sedikit coklat dan gelap.
Dipetik dan dijual sebagai 'Cili Hijau'.


Indeks Kematangan 3 (CUKUP MATANG)
Warna kulit kelihatan merah bercampur hijau.
Keadaan kulit kelihatan kilat dan berlilin.
Dipetik dan dijual sebagai 'Cili Merah'.


Indeks Kematangan 4 (CUKUP MATANG)
Kulit cili berwarna banyak merah dan ada sedikit warna hijau bertompok.
Kulit agak berkilat dan sangat licin.
Dipetik dan dijual sebagai cili merah dan harga tinggi.


Indeks Kematangan 5 (CUKUP MATANG)
Warna kulit telah mencapai warna merah 100%.
Tidak mempunyai warna hijau langsung.
Kelihatan kulit seperti berkilat dan licin.
Dipetik dan dijual sebagai Cili Merah.

Indeks Kematangan 6 (AMAT MATANG)
Kulit cili berwarna merah tua gelap atau merah kehiyaman.
Keadaan kulit mula berkerekot dan aedikit layu atau kecut.
Boleh di petik dan dijual tetapi gred yang rendah.
Boleh dijadikan benih jika sesuai.

Amalan agronomi diladang seperti penggunaan bijibenih berkualiti, pengurusan rumpai dan air, kawalan musuh dan penyakit dan cara memberi baja menentukan kualiti buah cili yang akan dihasilkan. Penanam cili akan memberikan keperluan optima untuk pokok cili yang mampu hidup dengan jangkamasa lebih dari 9 bulan jika dijaga dan di kawalselia dengan baik. Serangan penyakit dan perosak yang berlaku mungkin menyebabkan kualiti buah menurun malahan mampu menyebabkan pokok rosak atau mati. Semuga pembaca menerima sedikit ilmu membaca artikel ini. Wassalam!

WARNA HIJAU... INDEKS 1 KATANNYA....
INDEKS 6.... TERLALU MASAK TANDANYA....
MENGENAL WARNA...CIRI UTAMANYA....
HARGA TINGGI... PASTI BANYAK UNTUNGNYA....

By,
M Anem
Galeri Perdana, Langkawi,
Kedah, Malaysia.
(19 Ramadan 1433H)

Saturday, August 11, 2012

NAMA LAIN - KELAPA

KELAPA (Cocos nucifera) merupakan sejenis tanaman yang tumbuh secara semulajadi atau pun ditanam secara komersil. Kelapa merupakan tanaman yang mempunyai pelbagai guna dari bahagian akar, batang, buah, daun sehinggalah hasil santan serta airnya untuk dijadikan makanan. Terdapat banyak varieti kelapa yang ujud di kawasan tropika dan kini di Malaysia juga telah banyak kelapa jenis hibrid yang di tanam secara komersil seperti varieti MATAG, MAWA dan sebagainya. Terdapat seluas 110,00 hektar tanaman kelapa di Malaysia di laporkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2012 dengan pengeluaran kelapa sebanyak 527,622 metrik tan. Negeri Selangor merekodkan kawasan paling luas menanam kelapa dengan keluasan 129,878 hektar diikuti dengan Negeri Johor (79,469 hektar) dan Sabah (69,315 hektar).  Harga pasaran kelapa dikupas Gred Besar adalah RM 75.00/100 biji diladang dan RM 1.40 sebiji di pasaran runcit.  Harga Kelapa Muda pula sekitar RM 2.05 sebiji dipasaran runcit. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis mengenai nama-nama lain yang digunakan untuk tumbuhan kelapa dalam bahasa asing bagi menambah ilmu pengetahuan kita melalui blog 'Anim Agro Technology' yang di rujuk daripada beberapa buah buku dan laman sesawang.



Nama Boteni Kelapa: Cocos nucifera L.

SYNONYM(S) : Palma cocos Miller

NAMA KELAPA MENGIKUT BAHASA ASING :

ARABIC :  Gawz el hind,   Jauz al hind,    Nârgîl.
ARMENIAN :  Hantkakan engouz (Hentgagan engouz).
ASSAMESE : Narikol.
BENGALI :   Daab,   Naarakel (Narkel),  Naarakela, Narikel.

BULGARIAN :  Kokos.
BURMESE : Mak un on, Ungbin.
CHINESE :  Ke ke ye zi (Taiwan), Ye zi, Ye shu.
CZECH :  Kokos, Kokosový ořech.
DANISH : Kokosnød, Kokosnoed, Kokospalme.
DUTCH : Kokos, Kokosnoot, Kokospalm, Klapperboom.
ENGLISH : Bahia coconut palm (Brazil), Coconut, Coconut palm



ESTONIAN : Kookospalm.
FINNISH : Kookospähkinä, Kookospalmu.
FRENCH : Noix de coco, Cocotier, Coprah (product).
GERMAN : Kokos, Kokosnuß, Kokosnuss, Kokospalme.
GREEK :  Kokkofoinika,  Karida, Karides.
GUJARATI : Nanivaara,  Nariyal.
HEBREW :  Kokus.
HINDI :   Naariyal (Nariyal),  Naariyal kaa per (plant), Khopar.
HUNGARIAN :   Kókuszdió.
ITALIAN : Cocco, Noce di cocco, Palma del cocco \

JAPANESE : Koko yashi,  Koko yashi,  Natsume yashi.
KANNADA : Kobari,   Naarikela, Thenginkai.
KHMER : Doung.
KOREAN : K'o k'o neos.
LAOTIAN : Kok mak phao.
MALAY : Kelapa, Nyior, Kelapa (Indonesia).
MALAYALAM : Nalikeram,  Thenga.
MARATHI :  Naaral.
NEPALESE :  Narival, Nariwal.
PERSIAN : Nârgil.

PORTUGUESE : Cairo (coconut fiber), Coco, Coco da Bahia, Coco da India, Coqueiro, Coqueiro da Bahia (Brazil), Noz de coco.



PUNJABI :   Naarial.
RUSSIAN : Kokos, Kokos orekhonosnmi, Kokosobaia pal'ma.
SANSKRIT :  Naarikela.

SINHALESE : Polgaha.
SPANISH : Coco, Cocotero, Nuez de coco, Palma de coco, Palmera de coco.
SWAHILI : Mnazi.
SWEDISH : Kokos, Kokosnöt, Kokospalm.
TAGALOG : Boko, Buko, Niyog, Ubod (palm heart).
TAMIL :  Tengai, Tennai marama ( Tennai maram), Thenga,  Tengu (Thengu), Thenkaii.
TELUGU : Kobbari, Kobbera, Narikelamu, Tenkaya.

THAI :   Maphrao  (Má-práao, Ma phrao, Maprow), Ma phrao on, Maak muu.
URDU :  Naariyal (Naariyal),   Naariyal kaa per.
VIETNAMESE :   Dừa.



Begitulah nama-nama kelapa dalam bahasa asing. Paling seronok adalah nama kelapa dalam bahasa Vietnam iaitu 'Dua' yang macam tidak kena sahaja. Bagaimana pun kelapa merupakan tanaman yang penting dalam masyarakat kita di Malaysia. Kalau tidak ada kelapa, maka nasi lemak tidak lemak, masak lemak sayur pun tak sedap, buat cendol tidak sempurna dan sebagainya. Wasaalam!

NAMA KELAPA.... BANYAK GELARANNYA....
DIPANGGIL NYIOR....'COCO YASHI' DIJEPUN...
MUDAH DI INGAT... SANTAN HASILNYA...
DAH TAHU MAKLUMAT... TIDAKLAH JAKUN....

By,
M Anem
Room 105, Langkawi Baron Hotel,
Kuah. Langkawi, Kedah,
Malaysia
(18 Ramadan 1433)



Friday, August 10, 2012

Baja Ikan

BAJA IKAN (Fish Fertilizer) merupakan sejenis produk baja berasaskan ikan yang digunakan untuk tanaman semenjak zaman dahulu lagi. Semasa tinggal di Mersing Johor, saya sering pergi ke Endau dimana terdapat sebuah kilang 'Baja Ikan' yang mengeluarkan bau yang amat kuat disekitar bandar Endau. Bau ini menganggu kententeraman alam sekitar terutama semasa proses membuat ikan baja ini sangat aktif. Penggunaan baja ikan oleh petani di Malaysia saya dapati pada tahap minima kerana kurang kefahaman dan promosi akan kebaikan penggunaan baja ikan untuk kebaikan tanaman berbanding dengan baja organik lain seperti tahi ayam yang lebih mudah didapati dengan harga lebih murah. Saya hanya berjumpa dengan beberapa petani yang aktif menggunakan baja ikan di Segamat Johor yang menanam Limau Bali dimana mereka merendam ikan busuk dalam tong drum. Larutan cecair yang amat berbau busuk ini hasil reputan ikan akan disiram dibawah pokok limau bali dan hasilnya saya dapati  amat baik dimana pokok limau bali kelihatan amat subur. Pemerhatian terhadap keadaan tanah juga dilihat ianya berwarna kehijauan akibat aktiviti mikrob yang sangat aktif. Subuh ini saya meulis mengenai teknologi mengenai baja ikan dalam 'Anim Agro Technology' untuk tatapan anda.

Baja Ikan merupakan satu kaedah pembajaan yang baik dalam pertanian, dari pembacaan yang saya buat juga mendapati baja ini mampu membekal sumber nitrojen dalam tanah disamping menjadi pengimbang tanah (soil conditioner) serta membekalan unsur nutrien Unsur Pekit (trace elements) untuk menghasilkan klorofil dengan lebih cekap. Berbeza dengan unsur baja nitrojen sintetik dari baja kimia, didapati baja kimia mempunyai kesan sampingan akibat perubahan cuaca dan ini akan mengundang serangan serangga dan penyakit. Kajian saintis menunjukkan baja ikan membekalkan unsur nitrojen yang hanya diambil secara organik dimana menghasilkan pokok yang sihat dan bertenaga. Kesan terbaik penggunaan baja ikan adalah menggalakan (stimulates) dan menghasilkan banyak hidupan mikrob dalam tanah. Mikrob baik ini  termasuk jenis mikrob berfaedah atau bakteria yang mampu mengikat nitrojen dalam tanah (nutrifying bacteria) bagi menghasilkan unsur N organik dalam tanah yang mudah diserap oleh akar dan menyuburkan lagi tanaman. Ekosistem yang seimbang yang ujud pada tanah yang dibaja dengan baja ikan mampu menghasilkan hasil tanaman yang tinggi dan berkualiti.

Pembacaan saya mendapati terdapat 3 bentuk baja ikan yang boleh digunakan dan dihasilkan dalam pasaran. Baja ikan tersebut bileh di dapati dalam bentuk FISH MEAL, HYDROLYSED FISH dan FISH EMULSION. Baja ikan jenis Fish Meal merupakan baja ikan dalam bentuk serbuk yang dihasilkan dari 'byproduct' ikan yang proses dan dikeringkan sebelum dibungkus (lihat foto sebelah atas). Baja serbuk ini yang berwarna coklat dan ianya paling mudah di pasarkan dan mudah cara menggunakannya. Baja ikan jenis ini ditabur terus diatas permukaan tanah dikawasan tanaman atau ada juga yang membancuhnya dahulu dengan air dan menyiramnya diatas permukaan tanah. Baja ini membekalkan nutrien, unsur zat galian dan bahan organik dalam tanah yang dilepaskan secara perlahan (slow release) memberikan kondisi yang seimbang untuk menyuburkan tanah.

Baja ikan jenis Hydrolyzed Fish pula merupakan baja ikan yang dihasilkan melalui proses pereputan ikan (partially digesting whole fish or fish waste) secara semulajadi atau menggunakan bahan enzim. Hasilnya adalah baja yang berbentuk seperti kompos teh (tea composts) yang mudah diserap oleh tumbuhan apabila di berikan pada tanah. Kelebihan baja jenis ini adalah kerana ianya mengandungi unsur asid amino dan kandungan minyak ikan dimana unsur ini tidak didapati pada baja ikan jenis cecair.  Baja Ikan Cecair pula adalah antara yang paling banyak dipasarkan dan mudah digunakan adalah Baja ikan jenis Baja Ikan Cecair (Fish Emulsion). Baja jenis ini mudah disediakan dan sangat popular dalam teknologi agronomi Perladangan Organik. Ikan diproses dengan teknologi mudah sebelum di kutip cecair yang dimasukan dalam botol (lihat foto diatas) dan digunakan dengan cara semburan foliar, disiram terus pada tanah (drenching) atau dibancuh dalam air dalam sistem penanaman fertigasi. Baja jenis ini mengandungi unsur Nitrojen, Kaliam dan Posforan yang tersedia untuk diambil oleh tumbuh-tumbuhan dan menghasilkan tanaman yang subur.

Teknologi penggunaan baja ikan perlu di war-warkan kepada petani terutama dikawasan tepi pantai yang agak mudah untuk mendapatkan sumber bekalan ikan. Saya dapati belum banyak kesedaran dikalangan penanam sayuran dan buah-buahan akan kebaikan dan keberkesanan baja ikan. Ini kerana baja cecair atau pun fish meal yang ada dipasaran banyak yang diimpot dari luar dinegara dan harganya agak kompetetif juga. Apa yang saya dapat sahkan mengenai baja ikan adalah hasil buah Limau Bali (Citrus grandis) yang lebih manis, rangup, kurang kemasaman dan pokok yang subur di projek tanaman limau bali di Jementah, Segamat, Johor. Selain menggunakan fish emulsion, petani dikawasan ini juga menggunakan 'fish cake' buatan China (dalam bentuk bulat leper) yang diletakkan dibawah pokok. Kesannya saya dapati tanah agak lembut (cushioning), kehijauan dan pokok memang subur dengan menghasilkan bunga dan buah varieti PO56 yang sangat berkualiti. Wasallam.

BAJA IKAN ... MEMANG BAIK KESANNYA....
MUDAH DISEDIAKAN...BUSUK BAUNYA... 
POKOK BUAH-BUAHAN...NAMPAK HASILNYA....      
RAMAI PETANI... PERLU TAHU AKANNYA....

by,
M Anem
Kg Baru, Jementah,
Segamat, Johor,
Malaysia.
(20 Ramadan 1433)

Thursday, August 9, 2012

PENYAKIT SAWI

SAWI (Brassica spp) merupakan sejenis sayuran daun dari keluarga Cruciferae yang ditanam untuk tujuan pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Kajian saya daripada Laporan Tahunan Jabatan Pertanian menunjukkan sayuran sawi ditanam dengan keluasan sekitar 8,300 hektar pada tahun 2012 dengan nilai pengeluaran sawi sebanyak RM 350 juta. Negeri Johor merupakan kawasan paling banyak menanam sawi secara komersil terutama di Daerah Johor Bahru, Kulai, Kluang , Kota Tinggi dan Daerah Ledang. Penanaman sawi di Johor ditanam dikawasan terbuka dan juga ditanam dibawah struktur pelindung hujan (SPH). Struktur SPH membantu menghalang air hujan lebat daripada menimpa daun sawi yang hampir matang daripada rosak. Pengalaman saya mendapati sawi ditanam secara matrik dimana setiap hari akan dijalankan penanaman dan juga aktiviti penuaian. Kemanakah agaknya sayuran sawi sebanyak lebih dari 380,000 metrik tan setahun dipasarkan?. Pada malam ini saya bagaimana pun berminat untuk menulis beberapa jenis penyakit tanaman sawi berdasarkan kepada pengalaman dan membuat beberapa rujukan daripada buku.


Terdapat sebanyak 4 jenis penyakit tanaman sawi yang lazim menyerang di negara kita. Ianya perlu diketahui oleh penanam sawi agar dapat mengawalnya dan seterusnya dapat menghasilkan sayur sawi yang berkualiti dan mendapat harga pasaran lebih baik. Penyakit Sawi yang dimaksudkan adalah REPUT LEMBUT, REPUT DAUN, REPUT AKAR  (Club Root) dan PENYAKIT LAYU ANAK BENIH (Damping Off). Penyakit Reput Lembut disebabkan oleh kulat yang dikenali sebagai Ervinia caratovora yang mana bahagian sawi yang diserang akan reput dan berair serta mengeluarkan bau yang busuk (Foto diatas).  Lendir yang dikeluarkan dari bahagian yang diserang berbau busuk dan akibatnya pokok akan rosak. Kawalan penyakit ini dengan menyediakan kawasan penanaman sawi yang tidak lembab serta musnahkan dan buang pokok yang telah diserang. Walau pun serangan penyakit ini boleh menyebabkan kerugian, saya syorkan agar kawalan dari peringkat awal adalah digalakkan. 


Penyakit Reput Daun pula disebabkan oleh kulat jenis Corticum solani yang menyerang  bahagian daun. Akibatnya daun akan menjadi busuk dan rosak. Serangan penyakit ini menyebabkan kerugian jika tidak dikawal dengan baik dari peringkat awal. Kawalan boleh dijalankan dengan memusnahkan pokok yang telah berpenyakit dan membuangnya jauh dari kawasan penanaman. Kawasan yang lembab menyebabkan potensi berlaku serangan oleh kulat ini lebih mudah berlaku. Kawalan menggunakan racun kimia hanya disyorkan jika tahap serangan mencapai tahap ETL dengan menggunakan racun jenis Benomyl dan Quintozene mengikut kadar semburan yang dinyatakan pada label. 


Penyakit 'Club Root' atau Reput Akar ini disebabkan oleh sejenis Kulat dengan nama Plasmidiophora brassicae yang menyerang bahagian akar sawi. Serangan ini akan  menyebabkan akar menjadi membengkak dan kemudia reput. Serangan kulat ini juga  menyebabkan akar sawi tidak dapat menyerap air dan nutrien dalam tanah dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan sawi akan terbantut. Kawalan dijalankan menggunakan kaedah IPM seperti membuang pokok yang telah diserang dan musnahkannya. Kaedah rawatan biji benih sawi sebelum menanam dengan menggunakan racun kulat mampu mengurangkan kemungkinan serangan penyakit ini. Penggunaan racun kulat seperti racun kulat jenis quintozene mampu mengawal serangan. Pastikan kawasan penanaman sawi mempunyai sistem saliran yang baik. 


Penyakit Damping Off disebabkan oleh kulat jenis Phytium sp. yang menyerang anak benih yang baru sahaja bercambah. Kulat ini akan menyebabkan anakbenih sawi yang baru bercambah  akan layu dimana benih akan seterusnya menjadi busuk terutama dipangkal batang. Keadaan serangan yang serius menjadikan anak benih perlu disulam jika mempunyai masa yang mencukupi. Penyakit ini sukar di jangka pada peringkat awal kerana lazimnya kawasan yang pernah kena serang kemungkinan akan berlaku serangan ulangan adalah lebih tinggi. Kaedah kawalan disyorkan dengan membuat rawatan bijibenih sebelum ditanam dengan racun kulat seperti Capstan. Semburan dengan racun benomyl pada anakbenih yang baru bercambah juga boleh dijalankan dengan peraturan seperti pada label. Pastikan anda mengenali penyakit tanaman sawi untuk mendapatkan hasil sawi yang berkualiti, bersih dan selamat untuk dimakan.

PENYAKIT SAWI.. ADA 4 SEMUANYA.....
PENYEBABNYA KULAT... KENA KENALNYA....
KAWALAN DI LAKSANAKAN...ADA KESANNYA...
POKOK SAWI SIHAT..LUMAYAN PULANGANNYA....

By,
M Anem
Pekan Sik, Kedah,
Malaysia.
(18 Ramadan 1433H)    

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...