Support My Blog

Showing posts with label TIP TANAMAN KOPI. Show all posts
Showing posts with label TIP TANAMAN KOPI. Show all posts

Wednesday, November 4, 2015

TIP TANAMAN KOPI (Part 4)


TANAMAN KOPI (Coffea spp.) di negara ini banyak terdapat di kawasan pantai Barat Semenanjung Malaysia dan juga Malaysia Timur. Tanaman ini merupakan tanaman yang penting di kalangan pekebun kecil. Ianya diusahakan secara tanaman tunggal atau secara selingan di kawasan kelapa atau buah-buahan yang sedia ada. Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bill ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri pengeluar utama jenis kopi di negara ini ialah Johor dan Sabah. Terdapat seluas 3,714 hektar tanaman kopi di Malaysia dimana 1,112 hektar adalah di Negeri Johor dan seluas 2,216 hektar di Sabah (Sumber: Bahagian PTIF, Jabatan Pertanian Malaysia). Penelitian penulis mendapati kopi jenis Robusta pernah ditanam sedikit di Utara Semenanjung Malaysia tetapi agak luas ditanam di Sabah dan ada sedikit di Sarawak. Malaysia mampu mengeluarkan biji kopi mentah sekitar kurang dari 3% untuk keperluan tempatan manakala sebanyak 97% biji kopi mentah adalah diimport dari luar. Sebanyak 97,500 mt - 100,000 mt biji kopi mentah diimport setiap tahun untuk kegunaan kilang kopi tempatan dan seterusnya produk kopi tersebut untuk kegunaan tempatan dan juga dieksport. Seramai 96 buah pengilang kopi diberi kelulusan oleh Kementerian Pertanian untuk mengimport biji kopi mentah semasa artikel diitulis (Sumber: Laporan Tahunan Agromakanan MOA). Pengimport mempunyai kilang kopi untuk memproses biji kopi mentah kepada produk akhir berasaskan kopi terutama Kopi-dalam-satu (3-in-one) dan instant coffee. Malaysia juga merupakan pengeksport produk berasaskan kopi dengan jumlah nilai eksport melebihi RM1.2 billion pada tahun 2014. Kekurangan bekalan dan juga trend fasa kebergantungan import kopi menunjukkan industri untuk penanaman semula kopi di negara kita perlu digalakkan semula. Aktiviti penanaman dan pengeluaran kopi mentah di Malaysia menurun dengan amat signifikan daripada 16,000 hektar pada tahun 1990'an kepada hanya 3,714 hektar pada tahun 2015 (25 tahun). Banyak pendekatan perlu dilakukan untuk menarik minat petani dan usahawan menanam semula kopi. Antaranya seperti penanaman kopi secara intergrasi dengan kelapa atau buah-buahan dan memperkenalkan varieti baru yang produktif. Apa pun kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa tips dan informasi mengenai penanaman kopi.


Tanaman kopi seperti tanaman lain mempunyai musuh dan penyakit. Antara jenis penyakut Kopi adalah Penyakit Karat Daun
(Sila lihat foto disebelah). Penyakit daun ini disebabkan oleh kulat iaitu Hemileia vastrix dan singkatannya Penyakit HV pada kopi. Ia juga boleh menyebabkan lerosakan pada tanaman kopi. Penyakit karat daun akan menyerang tanaman kopi terutama dari jenis Kopi Arabika yang ditanam pada ketinggian di bawah 1,000 meter dari paras laut. Serangan ini menyebabkan daun-daun kopi akan berguguran sehingga tanaman menjadi gundul, pucuk-pucuk pada cabang mati dan akhirnya tanaman mati secara keseluruhan. Kerugian yang disebabkan oleh penyakit karat daunmenyebabkan hasil kopi merudum. Kawalan boleh dilakukan dengan menyembur dengan racun kulat seperti racun jenis triadimefon (0.05- 0.1%). Cara lain adalah dengan memusnahkan semua daun yang berpenyakit. Seterusnya adalah serangan Penyakit Hawardimana penyakit ini disebabkan oleh kulat iaitu Marasmeillus scandens yang merosakan tanaman kopi. Kawalan dengan memangkas bahagian yang diserang dan musnahkan. Sembur dengan racun kulat yang mengadungi kuprum. Seterusnya ke 3 adalah Penyakit Cendawan Angin disebabkan oleh kulat Corticum salmonicolorPada peringkat awal jangkitan, miselium kulat ini keluar seperti bebenang putih mungkin dapat dilihat pada bahagian kulit ranting atau dahan kecil yang dijangkiti. Ia akan bertukar ke warna merah jambu (pink)yang sesuai. Ia seperti lentisel atau tisu yang luka. Apabila kulit kayu telah mati, miselium pada kulit ranting ini akan membentuk kerak kasar berwarna merah jambu pada permukaan bahagian bawah ranting yang dijangkiti. Jangkitan pada pokok muda boleh menyebabkan kematian, manakala serangan pada pokok sihat tidak memberi kesan yang serius kepada pertumbuhannya. Kawalan dengan memangkas bahagian yang diserang dan musnahkan. Sembur racun atau cat pada bahagian yang baru diserang dengan racun kulat jenis kuprum. Ke 4 adalah Penyakit Antraknos Buah dimana penyakit ini disebabkan juga oleh kulat iaitu Collectrichum sp. Ia akan menyebabkan buah kopi menjadi busuk dan hitam. Ia akan gugur. Kawalan dengan menyembur dengan racun kulat seperti mancozeb atau kuprum oksiklorida.


Tanaman kopi juga ada perosak yang perlu dikawal. Antaranya adalah Kumbang Pengorek Buah (Hypothemes hampel) korek buah kopi. Kawalan dengan pungut buah masak dengan segera dan giliran pungutan mesti cepat. Jika serangan teruk, kutip dan musnahkan semua buah kopi yang telah diserang dan yang elok sama ada di atas pokok atau di atas tanah selama 2-3 bulan di kawasan yang terlibat. Jika perlu sembur dengan racun serangga chlorpyrifos atau malathion. Serangga ke 2 yang menyerang adalah jenis Rama-rama Kepak Jernih (Cephanodes hyles) akan bertelur pada daun dan larvanya akan merosakan tanaman kopi. Cara kawalan dengan memungut dan musnahkan ulat yang terdapat pada daun di peringkat awal serangan. Bersihkan ladang dari sampah sarap dan rumput rumpai. Jika perlu sembur dengan racun chlorpyrifos atau malathion. Ke 3 adalah serangga dinamakan sebagai Kumbang Kaboi (Apogonia sp.) yang biasanya menyerang pokok kopi dengan memakan pucuk muda pada malam hari. Kesannya pokok terbantut pertumbuhan. Kawalan biasanya dengan kaedah menyembur dengan racun serangga seperti methrin. Perosak ke 4 adalah Teritip (Lecanium sp.) atau (Coccos viridis) iaitu perosak yang menyebabkan kerosakkan pada buah kopi. menghisap sap pada pokok muda, daun muda, tangkai tulang daun, tangkai bunga dan juga buah kopi. Akibat serangan ini maka pokok akan terencat dan bahagian yang kena serang akan layu dan mati. Serangga ini akan mengeluarkan manisan dan ini menarik pertumbuhan fungus. Kawalan dengan menyembur white oil atau malathion untuk mengawal semut yang berasingan dengan teritip tadi. Ke 5 adalah Cacing Nematod (Pratylenchus coffeae) dimana ia akan merosakkan bahagian akar kopi dengan menyekat pengambilan makanan. Pokok akan menjadi layu dan boleh mati. Kawal nematod dengan racun nematod seperti jenis fenamiphos. Guna pokok penanti dari jenis coffea robusta yang lebih tahan pada serangga nematod. Perosak popular adalah serangan oleh Musang dimana haiwan ini akan makan buah kopi jambu yang telah masak. Bagaimana pun kini kopi tahi musang (KOPI LUWAK) menjadi satu produk bernilai tinggi. Akhir sekali adalah perosak iaitu haiwan musang yang makan buah masak dikebun. Musang boleh dikawal dengan membersihkan kebun dan kawasan sekeliling kebun. Bagaimana pun "Kopi Tahi Musang" atau 'Kopi Luwak' mempunyai nilai jualan amat tinggi dipasaran.

Musim pokok kopi berbuah bergantung kepada umur pokok, musim dan juga kesuburan tanaman. Bunga kopi biasanya mengambil masa di antara 8-13 bulan bagi jenis Liberica, 7-9 bulan bagi jenis Arabica dan 9-10 bulan bagi jenis Robusta dari tarikh mula mengeluarkan bunga hingga buah masak. Kopi Catimor yang luas ditanam di Ranau, Sabah berbunga sama dengan kopi robusta kerana ia ditanam dikawasan tanah tinggi yang dingin (Sila lihat foto disebelah). Kematangan Buah Kopi berbeza mengikut varieti dan iklim. Buah kopi jambu biasanya berwarna hijau tua semasa di peringkat buah muda. Warna ini bertukar menjadi kuning dan merah apabila cukup masak dan sangat sesuai untuk dipetik bergantung kepada varieti juga. Menuai atau pungutan hasil  kopi selalunya dilakukan dengan memetik buah masak atau cukup matang. Selalunya bagi memastikan mutu biji kopi yang diproses adalah berkualiti tinggi, pengutipan hasil hendaklah dibuat dengan hanya memetik buah-buah kopi jambu yang berwarna merah dan cukup masak sahaja. Elakkan daripada memetik buah-buah yang masih hijau, separuh kuning atau memungut buah-buah kopi yang berwana hitam. Buah kopi jambu perlu menjalani proses lain sehingga ia menjadi serbuk kopi untuk diminum dengan enak. Sila anda baca Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk mendapatkan semua tip-tip penanaman kopi. Wasallam!.
TANAM KOPI... PERLU DIGALAKAN...
MINUMAN KOPI...NO 2 KEDUDUKAN...
SEMAKIN KURANG...PETANI INGINKAN...
TULIS ARTIKEL...MENJADI RUJUKKAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 Muharam 1437H)

Tuesday, November 3, 2015

TIP TANAMAN KOPI (Part 3)


TANAMAN KOPI (Coffea spp.) di negara ini banyak terdapat di kawasan pantai Barat Semenanjung Malaysia dan juga Malaysia Timur. Tanaman ini merupakan tanaman yang penting di kalangan pekebun kecil. Ianya diusahakan secara tanaman tunggal atau secara selingan di kawasan kelapa atau buah-buahan yang sedia ada. Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bill ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri pengeluar utama jenis kopi di negara ini ialah Johor dan Sabah. Terdapat seluas 3,714 hektar tanaman kopi di Malaysia dimana 1,112 hektar adalah di Negeri Johor dan seluas 2,216 hektar di Sabah (Sumber: Bahagian PTIF, Jabatan Pertanian Malaysia). Penelitian penulis mendapati kopi jenis Robusta pernah ditanam sedikit di Utara Semenanjung Malaysia tetapi agak luas ditanam di Sabah dan ada sedikit di Sarawak. Malaysia mampu mengeluarkan biji kopi mentah sekitar kurang dari 3% untuk keperluan tempatan manakala sebanyak 97% biji kopi mentah adalah diimport dari luar. Sebanyak 97,500 mt - 100,000 mt biji kopi mentah diimport setiap tahun untuk kegunaan kilang kopi tempatan dan seterusnya produk kopi tersebut untuk kegunaan tempatan dan juga dieksport. Seramai 96 buah pengilang kopi diberi kelulusan oleh Kementerian Pertanian untuk mengimport biji kopi mentah semasa artikel diitulis (Sumber: Laporan Tahunan Agromakanan MOA). Pengimport mempunyai kilang kopi untuk memproses biji kopi mentah kepada produk akhir berasaskan kopi terutama Kopi-dalam-satu (3-in-one) dan instant coffee. Malaysia juga merupakan pengeksport produk berasaskan kopi dengan jumlah nilai eksport melebihi RM1.2 billion pada tahun 2014. Kekurangan bekalan dan juga trend fasa kebergantungan import kopi menunjukkan industri untuk penanaman semula kopi di negara kita perlu digalakkan semula. Aktiviti penanaman dan pengeluaran kopi mentah di Malaysia menurun dengan amat signifikan daripada 16,000 hektar pada tahun 1990'an kepada hanya 3,714 hektar pada tahun 2015 (25 tahun). Banyak pendekatan perlu dilakukan untuk menarik minat petani dan usahawan menanam semula kopi. Antaranya seperti penanaman kopi secara intergrasi dengan kelapa atau buah-buahan dan memperkenalkan varieti baru yang produktif. Apa pun kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa tips dan informasi mengenai penanaman kopi.


Pembajaan Kopi sama seperti tanaman lain memerlukan pambajaan yang seimbang dan cukup untuk tumbuh dengan subur dan memberikan hasil tanaman yang maksimum. Pembajaan adalah diperlukan bagi menggantikan nutrien tanah yang hilang melalui proses larut resap, hakisan dan tuaian hasil tanaman. Berikut adalah jadual pembajaan bagi tanaman kopi. Jadual diatas menunjukkan kadar pembajaan tanaman kopi secara umum. Pada tahun pertama sebanyak 150 gram sepokok setahun NPK 15:15:15 diberikan dengan 6 kali aplikasi. Baja kapor GML pula diberikan dengan kadar 100 gram sepokok dengan 2 kali aplikasi. Pada tahun ke 2 juga cara pembajaan pokok kopi adalah sama dengan tahun pertama cuma kadarnya dinaikan kepada 300 gram sepokok setahun untuk NPK dan 200 gram sepokok setahun untuk GML. . bagaimana pun baja NPK 12:12:17:2 (Baja Buah) perlu diberikan dengan kadar 450 gram sepokok setahun juga dalam 6 kali aplikasi dan baja Kapor GML sebanyak 300 gram sepokok setahun dalam 2 kali aplikasi. Kaedah pembajaan pada tahun ke 4 dan seterusnya adalah sama dengan tahun ketiga. Tanaman kopi sangat perlukan aktiviti pembajaan untuk pertumbuhan pokok yang optima dan hasil berkualiti. Pokok kopi yang tidak berbaja rendah hasilnya dan mudah diserang penyakit dan perosak.


Kawasan tanaman kopi diperingkat awal sering diganggu dengan rumpai. Rumpai bersaing dengan tanaman kopi dari segi penggunaan air, nutrien dan cahaya matahari serta menjadi perumah kepada penyakit dan perosak serangga. Rumput dikawasan pokok kopi perlu dikawal dari peringkat awal penanaman. Lazimnya selepas anakbenih kopi ditanam kawal rumpai secara manual dengan mencabut atau menggunakan cangkul. Bagi kawasan tanaman kopi dewasa racun rumpai seperti glufosinate-ammonium (seperti Basta), Glyphosate (seperti Round up) dan paraquat dichloride (seperti gramoxone) boleh digunakan di sekeliling pokok, di antara baris bagi pokok muda atau pun dewasa (Sila lihat foto disebelah). aktiviti cabtasan atau pemangkasan adalah diperlukan bagi membentuk pokok kopi kepada satu bentuk yang boleh menggalakkan pengeluaran hasil yang tinggi. Biasanya pemangkasan batang tunggal dilakukan untuk pokok kopi jenis Liberica di mana hanya satu batang utama dibiarkan tumbuh manakala batang atau dahan sekunder akan keluar daripada batang utama ini. Semua sulur air yang keluar daripada batang utama atau batang sekunder akan dibuang. Bagi menjalankan pemangkasan Batang Berganda ianya dijalankan dimana cara pemangkasan batang berganda biasanya dilakukan bagi kopi jenis Robusta. Sebanyak 2,3 atau 4 batang utama digalakkan untuk tumbuh dan membesar. Pemangkasan Batang Berganda di Tapak Semaian dimana semaian pokok kopi dibiarkan tumbuh sehingga 20sm dari paras tanah sebelum dipangkas. Sebanyak 2- 4 tunas air dibiarkan tumbuh untuk menjadi batang utama.
Jadual diatas menunjukkan teknik Pemangkasan Batang Berganda di jalankan diperingkat ladang. Di peringkat ladang pula pokok kopi dipangkas pada ketinggian 180 cm iaitu selepas 4 - 6 bulan pokok kopi tersebut ditanam di ladang. Cantasan pembentukkan amat penting dijalankan mengikut umur pokok. Sila rujuk rajah diatas untuk membuat sistem cantasan tanaman kopi yang seimbang dan betul. Pokok kopi mesti dijalankan cantasan mengikut jadual untuk memudahkan penjagaan tanaman, mengutip buah kopi dan lain-lain kerja amalan agronomi dikebun. Sila anda baca artikel sebelum ini Part 1 dan Part 2 serta Part 4. Semuga mendapat tip berguna dalam penanaman kopi. Wasallam!.
TANAM KOPI... PERLU DIGALAKAN...
MINUMAN KOPI...NO 2 KEDUDUKAN...
SEMAKIN KURANG...PETANI INGINKAN...
TULIS ARTIKEL...MENJADI RUJUKKAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 Muharam 1437H)

Monday, November 2, 2015

TIP TANAMAN KOPI (Part 2)

TANAMAN KOPI (Coffea spp.) di negara ini banyak terdapat di kawasan pantai Barat Semenanjung Malaysia dan juga Malaysia Timur. Tanaman ini merupakan tanaman yang penting di kalangan pekebun kecil. Ianya diusahakan secara tanaman tunggal atau secara selingan di kawasan kelapa atau buah-buahan yang sedia ada. Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bill ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri pengeluar utama jenis kopi di negara ini ialah Johor dan Sabah. Terdapat seluas 3,714 hektar tanaman kopi di Malaysia dimana 1,112 hektar adalah di Negeri Johor dan seluas 2,216 hektar di Sabah (Sumber: Bahagian PTIF, Jabatan Pertanian Malaysia). Penelitian penulis mendapati kopi jenis Robusta pernah ditanam sedikit di Utara Semenanjung Malaysia tetapi agak luas ditanam di Sabah dan ada sedikit di Sarawak. Malaysia mampu mengeluarkan biji kopi mentah sekitar kurang dari 3% untuk keperluan tempatan manakala sebanyak 97% biji kopi mentah adalah diimport dari luar. Sebanyak 97,500 mt - 100,000 mt biji kopi mentah diimport setiap tahun untuk kegunaan kilang kopi tempatan dan seterusnya produk kopi tersebut untuk kegunaan tempatan dan juga dieksport. Seramai 96 buah pengilang kopi diberi kelulusan oleh Kementerian Pertanian untuk mengimport biji kopi mentah semasa artikel diitulis (Sumber: Laporan Tahunan Agromakanan MOA). Pengimport mempunyai kilang kopi untuk memproses biji kopi mentah kepada produk akhir berasaskan kopi terutama Kopi-dalam-satu (3-in-one) dan instant coffee. Malaysia juga merupakan pengeksport produk berasaskan kopi dengan jumlah nilai eksport melebihi RM1.2 billion pada tahun 2014. Kekurangan bekalan dan juga trend fasa kebergantungan import kopi menunjukkan industri untuk penanaman semula kopi di negara kita perlu digalakkan semula. Aktiviti penanaman dan pengeluaran kopi mentah di Malaysia menurun dengan amat signifikan daripada 16,000 hektar pada tahun 1990'an kepada hanya 3,714 hektar pada tahun 2015 (25 tahun). Banyak pendekatan perlu dilakukan untuk menarik minat petani dan usahawan menanam semula kopi. Antaranya seperti penanaman kopi secara intergrasi dengan kelapa atau buah-buahan dan memperkenalkan varieti baru yang produktif. Apa pun kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa tips dan informasi mengenai penanaman kopi.


Penyediaan kawasan untuk tanaman kopi sama seperti untuk menyediakan tanaman kekal yang lain seperti buah-buahan dan koko. Kawasan ladang yang hendak ditanam dengan tanaman kopi hendaklah dibersihkan dahulu daripada semak samun dan pastikan mempunyai saliran yang baik bagi kawasan tanah rendah. Pokok kopi tidak tahan dengan akrnya tenggalam akibat paras air naik semasa musim hujan. Keperluan Pokok Pelindung untuk tanaman kopi adalah diperlukan mengikut peringkat pertumbuhan atau kaedah penanaman. Ada kopi yang sesuai ditanam sebagai tanaman tunggal (monokrop) dan ada yang ditanam sebagai tanaman selingan (intercropped). Kopi Jenis Robusta atau polihibrid Robusta memerlukan pokok naungan dari jenis Gliricidia sp., Leucaniea sp. atau Erythrina sp. boleh ditanam dengan jarak pada 6m x 6m, iaitu satu pokok naungan bagi setiap empat pokok kopi. Jarak ini dikira sesuai bagi keperluan cahaya matahari untuk penanaman komersil. Penanaman kopi jenis Liberica atau polihibrid boleh dibuat tanpa menggunakan pokok lindungan. Penanaman kopi dibawah kelapa dan dusun buah-buahan juga mempunyai sistem yang disesuaikan dengan jarak tanaman. Kawasan kelapa yang ditanam dengan kelapa pandan atau kelapa matag sedia ada juga boleh ditanam dengan kopi sebagai tanaman selingan (Sila lihat foto disebelah). Tinjauan penulis mendapati kelapa matag yang ditanam dengan kopi amat sesuai dimana kelapa tersebut dipetik sebagai kelapa muda.


Penanaman kopi di ladang mesti dilakukan mengikut Pakej Teknologi Tanaman Kopi. Lazimnya penanaman pokok kopi boleh dibuat secara tanaman tunggal (Monokrop) atau pun selingan dengan tanaman kelapa yang sedia ada (Sila lihat tanaman tunggal seperti foto disebelah di Ranau, Sabah)Bagi jenis Robusta atau Polihibrid Robusta, jarak tanaman yang lebih rapat adalah disyorkan. Kebiasaannya jenis ini ditanam pada jarak 2.5m x 2.75m dengan kepadatan 1,450 pokok sehektar untuk tanaman secara tunggal. Sistem Tanaman bagi kopi memang ada beberapa cara diantaranya adalah Sistem Tanaman Tunggal dimana pokok kopi ditanam pada jarak tanaman 3m x 3m segitiga sama dengan kepadatan sekitar 1,280 pokok sehektar. Sistem tanaman tunggal ini memerlukan kawasan yang lapang dan ianya memerlukan pokok naungan diperingkat awal penanaman. Kedua adlah dinamakan Sistem Tanaman Selingan dengan tanaman Kelapa (Cocos nucifera) dimana pokok kopi ditanam pada jarak tanaman 3m x 3m dimana dua barisan kopi ditanam di antara barisan kelapa yang mempunyai jarak 9m x 9m dengan kepadatan 790 pokok sehektar. Cara tanaman ini memerlukan penyesuaian barisan tanaman diantara pokok kelapa agar ianya dalam keadaan 'menang-menang' antara pokok kopi dengan pokok kelapa agar mudah pengurusan agronomi dilaksanakan.


Bahan Tanaman atau Benih Kopi perlu disediakan atau dibeli daripada sumber yang sah. Penyediaan benih kopi boleh dilakukan dengan menggunakan Biji Benih atau pun dengan cara pembiakan tampang (vegetative)Biji benih kopi untuk dijadikan benih hendaklah dipilih daripada buah kopi yang cukup masak daripada pokok yang mengeluarkan hasil buah kopi yang tinggi. Biji benih mula bercambah 4 - 7 minggu selepas disemai dan lebih kurang 80% percambahan akan diperolehi selepas 8 - 10 minggu. Anak benih kopi hendaklah diubah ke ladang selepas 4 - 6 bulan (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya benih yang disediakan daripada biji akan berbuah lewat berbanding dengan benih cantuman.  Bagi Pembiakan Secara Tampang biasanya ada dua cara pembiakan tampang yang biasa digunakan dalam pembiakan kopi, iaitu cara keratan dan cara cantuman iaitu Cara keratan dan Cara Cantuman. Cara keratan adalah dimana pembiakan ini adalah sesuai untuk kopi jenis Robusta tetapi kurang sesuai untuk jenis Liberica. Tunas muda yang batangnya hijau kecoklatan dipotong dan diletakkan dalam tapak semaian berpasir lembap untuk ianya mengeluarkan akar dan tunas. Cara cantuman adalah terbaik ketika ini kerana anak benih kopi yang ditanam dalam polibeg boleh dicantum selepas berumur 6- 8 bulan lebih cepat mengeluarkan hasil. Cantuman boleh dibuat dengan menggunakan baka varieti (klon) yang mengeluarkan hasil biji kopi yang tinggi dan bermutu. Cantuman pokok kopi dibuat secara cantuman baji menggunakan bahan tunas air daripada pokok baka yang terpilih.  Seterusnya adalah aktiviti pembajaan, cantasan, kawalan rumpai dan kawalan perosak dan penyakit dalam Part 3. Wasallam!.
TANAM KOPI... PERLU DIGALAKAN...
MINUMAN KOPI...NO 2 KEDUDUKAN...
SEMAKIN KURANG...PETANI INGINKAN...
TULIS ARTIKEL...MENJADI RUJUKKAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 Muharam 1437H)

Sunday, November 1, 2015

TIP TANAMAN KOPI (Part 1)

TANAMAN KOPI (Coffea spp.) di negara ini banyak terdapat di kawasan pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Tanaman ini merupakan tanaman yang penting di kalangan pekebun kecil. Ianya diusahakan secara tanaman tunggal atau secara selingan di kawasan kelapa yang sedia ada. Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bill ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri pengeluar utama jenis kopi di negara ini ialah Johor dan Sabah. Terdapat seluas 3,714 hektar tanaman kopi di Malaysia dimana 1,112 hektar adalah di Negeri Johor dan seluas 2,216 hektar di Sabah (Sumber: Bahagian PTIF, Jabatan Pertanian Malaysia). Kajian penulis mendapati kopi jenis Robusta pernah ditanam sedikit di Utara Semenanjung Malaysia tetapi memang luas ditanam di Sabah dan sedikit di Sarawak. Malaysia kini hanya mampu mengeluarkan biji kopi mentah sekitar kurang dari 3% untuk keperluan tempatan manakala sebanyak 97% biji kopi mentah adalah diimport. Sebanyak 97,500 mt - 100,000 mt biji kopi mentah diimport setiap tahun untuk kegunaan kilang tempatan dan seterusnya produk kopi tersebut untuk kegunaan tempatan dan dieksport. Seramai 96 orang pengilang kopi diberi kelulusan oleh Kementerian Pertanian untuk mengimport biji kopi mentah semasa artikel diitulis (Sumber: Laporan Tahunan Agromakanan MOA). Pengimport mempunyai kilang kopi untuk memproses biji kopi mentah kepada produk akhir berasaskan kopi terutama Kopi-dalam-satu (3-in-one) dan instant coffee. Malaysia juga merupakan pengeksport produk berasaskan kopi dengan jumlah nilai eksport melebihi RM1.2 billion pada tahun 2014. Kekurangan bekalan dan juga fasa kebergantungan import kopi menunjukkan industri untuk penanaman semula kopi di negara kita perlu digalakkan semula. Aktiviti penanaman dan pengeluaran kopi mentah di Malaysia menurun dengan amat signifikan daripada 16,000 hektar pada tahun 1990'an kepada hanya 3,714 hektar pada tahun 2015 (25 tahun). Banyak pendekatan perlu dilakukan untuk menarik minat petani dan usahawan menanam semula kopi. Antaranya seperti penanaman kopi secara intergrasi dengan kelapa atau buah-buahan dan memperkenalkan varieti baru yang produktif. Apa pun kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa tips dan informasi mengenai penanaman kopi.

Dari segi botani apa yang saya tahu iaitu pokok kopi tergulung di dalam keluarga Rubiaceae. Tanaman ini dikatakan ada mempunyai sebanyak 66 spesies tetapi hanya tiga spesies sahaja yang sesuai ditanam secara komersil. Spesies ini adalah kopi jenis Liberica (Coffea liberica var. liberiansis), Robusta (Coffea robusta) dan Arabica (Coffea arabica). Bagaimanapun hanya dua spesies sahaja yang sesuai ditanam di negara ini iaitu jenis Liberica dan Robusta. Spesies kopi adalah berlainan antara satu dengan yang lain melalui ciri-ciri pertumbuhan pokok, pembentukan daun serta buah dan biji kopi. Kopi Arabica adalah merupakan 70% kopi yang dikeluarkan dan dipasarkan seluruh dunia. Ia luas ditanam di Brazil, Peru, Honduras serta kawasan sekitarnya. Sesuai dikawasan beriklim sejuk (18-20 C) dan juga sesuai di Tanah Tinggi Tropika dengan kadar produktiviti 350 – 400 kg/ha/tahun. Niji kopi Arabica mendapat harga sederhana dipasaran dunia dan di Malaysia ia dimmport sekitar RM10 – RM16/kg. Mempunyai rasa asidik dan dan ada aroma yang kuat. Kopi Robusta pula menguasai sebanyak 28% pengeluaran dan pasaran dunia. Ia luas ditanam di Indonesia, Vietnam, Brazil (jenis Conilon) dan beberapa negara tropika lain. Sesuai untuk ditanam dikawasan beriklim sejuk (21-24 C) serta boleh tumbuh baik di tanah sederhana rendah. Kadar produktiviti sekitar 900 kg - 1,300 kg/ha/tahun. Harganya dipasaran agak murah sedikit dari Arabica (RM8 – RM15/kg). Kopi ini juga mempunyai nilai rasa sederhana enak. Kopi Liberica hanya menguasai 2 % penanaman dan pasaran dunia serta merupakan jenik yang tahan lasak dan berbuah 2 kali setahun. Ia sesuai ditanah di tanah rendah (Coastal Area) dengan purata produktiviti 400-800 kg/ha/tahun. Harga biji mentah agak timggi dipasaran atau sekitar RM12 -RM20.00 sekilogram. Kopi ini mempunyai nilai rasa paling pahit.

Pokok Kopi adalah dalam golongan tanaman saka. Tanaman ini boleh hidup sehingga 25 tahun dan boleh membesar sehingga kepada paras ketinggian 6 – 15 m sekiranya tidak dikawal. Ia jenis pokok yang merimbun diperingkat awal dan perlu dijalankan cantasan disemua peringkat agar pokok kopi sentiasa rendah untuk mudah diuruskan (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai batang utama kayu keras dan banyak dahan disekelilingnya. Sistem Akar bagi pokok kopi banyak memang bergantung kepada keadaan fizikal tanah, keadaan kelembapan serta taburan hujan serta sinaran matahari. Pokok kopi mempunyai daun banyak sepanjang tahun. Daun kopi biasanya tumbuh secara berpasangan pada batang, dahan serta cabang. Daun- daun kopi Liberica dan Arabica berwarna hijau tua manakala Robusta pula warna hijaunya cerah sedikit. Pokok koopi dewasa akan berbunga mengikut musim. Lazimnya pokok kopi yang ditanam menggunakan biji benih mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang mengikut varieti. Pokok kopi adalah dari jenis tumbuhan yang tidak serasi sesama sendiri dan perlukan pendebungaan silang (cross pollination). Agen yang membantu proses pendebungaan seperta serangga (semut, lebah madu), angin dan sebagainya. Paling hendak kita kutip dari pokok kopi adalah buahnya. Buah kopi berbentuk bulat atau lonjong dengan lazimnya buah kopi jambu berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning dan merah apabila masak. Bergantung kepada jenis dan varieti, masa masak buah kopi ini berbeza-beza waktu. 

Penanaman kopi banyak bergantung kepada banyak faktur untuk dimajukan. Antaranya adalah faktur iklim, tanah, varieti dan ekonomi. Faktor Iklim adalah penting untuk menentukan jenis kopi yang hendak ditanam.Biasanya pokok kopi memerlukan taburan hujan antara 2,000 - 3,000 mm setahun. Dalam masa yang sama pokok kopi juga memerlukan musim kering untuk pembentukan primordia bunga (janabunga) bagi pengeluaran hasil yang baik. Kopi jenis Robusta dan Liberica tahan kepada suhu yang tinggi di mana suhu optimumnya ialah 180 - 280C serta kelembapan antara 70% - 90%. Negara kita Malaysia hanya sesuai untuk tanaman kopi robusta dan Liberica sahaja sehingga artikel ini ditulis. Faktor Tanah perlu diambil kira dalam menentukan industri penanaman kopi. Ini kerana pokok kopi boleh tumbuh dengan baik di kebanyakan jenis tanah. Ini termasuk tanah yang berasal dari lahar, granit, dan batu pasir. Tanah gembur yang mempunyai bahan organik yang tinggi serta mengandungi bahan mineral yang mencukupi adalah sangat sesuai (Sila lihat foto disebelah)Tanah yang sesuai untuk tanaman kopi ialah Siri Briah, Carey, Cempaka, Jempol, Kaki Bukit, Jawa, Kangkong, Lubuk Kiat, Lundang, Kantan, Rotan, Sabrang, Selangor, Semberin, Tok Yong dan Tualang. Kini kita berbincang mengenai varieti kopi (dulu dipanggil klon kopi). Di antara tiga jenis pokok kopi, jenis Liberica adalah merupakan yang paling banyak ditanam terutama di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Jenis kopi Robusta banyak terdapat di kawasan Utara Semenanjung seperti di negeri Kedah dan Perlis, serta di Sabah dan Sarawak. Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi. Kopi jenis Arabica merupakan jenis yang banyak ditanam di kawasan sub tropika. Artikel ini bersambung dalam Part 2 dan Part 3. Wasallam!.
TANAM KOPI... PERLU DIGALAKAN...
MINUMAN KOPI...NO 2 KEDUDUKAN...
SEMAKIN KURANG...PETANI INGINKAN...
TULIS ARTIKEL...MENJADI RUJUKKAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 Muharam 1437H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...