Support My Blog

Showing posts with label MENGENALI DURIAN TERBAIK MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label MENGENALI DURIAN TERBAIK MALAYSIA. Show all posts

Saturday, December 26, 2020

MENGENALI DURIAN TERBAIK MALAYSIA (Part 2)

BUAH DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah yang sangat popular dikalangan peminat buah tersebut yang digelar sebagai 'King of the Fruit'. Tanaman pokok durian dijadikan sebagai sejenis bidangusaha yang semakin berkembang luas apabila terbuka luang pasaran ke beberapa negara besar dunia termasuk pasaran ke negara China yang mempunyai penduduk melebihi 1 billion orang. Kini negara Thailand merupakan sebuah negara pengeluar durian untuk pasaran eksport yang utama ke negara China semenjak beratus tahun dahulu. Thailand dilapor mempunyai tahap kemampuan manjadi pengeksport lebih daripada 90% keluar negara terutama di China. Thailand menumpukan kepada 3 variti unggul dari negara tersebut untuk pasaran eksportnya iaitu Munthong, Chanee dan Kanyou. Tanaman durian adalah antara tanaman buah bermusim yang luas diusahakan di Malaysia dimana pada tahun 2018 seluas 72,464 hektar  ditanam dengan anggaran pengeluaran sebanyak 251,950  metrik tan (Sumber: Laporan Kelasan Tanaman Buah-buahan, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Negeri utama penanaman pokok durian adalah pahang (18,293 hektar) dan ia diikuti dengan Johor dengan keluasan 15,630 hektar (Johor adalah pengeluar terbanyak hasil tuaian durian sebanyak 52,562 metik tan pada tahun sama) dan ketiga adalah di Sarawak (10,431 hektar). Pasaran durian dahulu banyak tertumpu kepada pasaran domestik sahaja dan eksport kebanyakannya hanya ke Singapura. Bagaimana pun apabila pasaran eksport ke China telah dibuka menyebaban harga pasaran durian premium telah meningkat naik dengan permintaan tinggi di luar negara khususnya China. Durian Musang King sebagai durian premium kini menjadi pilihan pekebun kecil dan estet swasta kerana jaminan harga pasaran yang lebih tinggi berdasarkan kepada kualiti buah. Artikel kali ini bagaimana pun saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" menegnai beberapa jenis atau varieti durian yang premium di Malaysia sekadar dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.


Saya ada menulis banyak artikel didalam blog menghampiri 500 artikel dimana ia adalah bahan rujukan yang agak popular dari blog ini. Foto disebelah menunjukkan penulis membuat tinjauan disebuah ladang durian cantuman dewasa Musang King di Kg Teratai, Sengkang, Bukit Gambir, Johor dimana pemiliknya telah menggunakan pelbagai aplikasi terbaru didalam menghasilkan buah durian yang bermutu (Sila lihat foto disebelah). Penulis juga kekebun durian komersil di Bukit Jana di Taiping, Perak membuat tinjauan beberapa pemilik dusun durian Daerah Taiping yang menjalankan aktivti menukar pokok lama kepada pokok baru Musang King dan beberapa varieti durian premium lain dengan program cantuman dewasa (Sila klik disini). Teknologi menukar pokok durian biasa kepada pokok durian premium kini merupakan salah satu strategi terbaik kepada pemilik durun durian di Malaysia. Di beberapa negeri seperti di Pahang, Johor, Perak dilaporkan beberapa pemilik ladang atau estet sawit telah menebang sebahagian ladang mereka untuk ditanam dengan durian secara meluas. Mereka telah pun meyediakan kelengkapan ladang untuk tanaman durian seperti sistem pengairan, benih terpilih, pagar eletrik, penanaman di busut dan sebagainya untuk mempastikan pertumbuhan terbaik dan jaminan pulangan menguntungkan daripada tanaman kelapa sawit.

Bagaimana pun ramai yang bertanya kepada penulis blog mengenai apakah varieti durian yang disyorkan atau durian baik untuk dikomersilkan. Sebaiknya kita menge
nali raja beberapa jenis atau varieti durian terbaik yang sesuai ditanam atau mungkin perlu dinikmati pada musim. Ini kerana apabila menyebuta sahaja "buah durian” yang pasti kita boleh menghidu aroma buah tempatan ini dari jauh. Orang berkata tidak kenal maka tidak cinta akan tetapi ada juga yang telah mengenalinya dimana masih tidak suka kerana dikatakan busuk oleh 'haters durian' tetapi pada penulis blog rasanya durian adalah buah yang kuat bergas tetapi memang enak dimakan. Durian menjadi salah sebuah daya tarikan di negara-negara Asia yang dapat menarik ramai pelancong dunia. Kegilaan tentang raja buah ini terbukti di Thailand baru-baru apabila sebiji durian varieti Kanyau telah berjaya dilelong dengan harga 1.5 juta Thai Baht (RM199,000) kerana saiz, bentuk, dan kematangannya yang sempurna. Thailand mampu menghasilkan banyak varieti durian yang premium dimana mereka adalah pengeksport utama durian berkualiti didunia. Di Malaysia pula musim durian lazimnya daripada seawal Jun sehingga September akan tetapi diluar musim ada pada Disember dan Januari. Inilah waktunya untuk semua peminat durian menikmati hasil yang terbaik dari dusun tempatan. Penulis blog terlibat didalam membuat pendaftaran semua varieti durian dan menyemak semula pendaftaran tersebut di Jabatan Pertanian Malaysia semasa berkhidmat dahulu. Dari segi rekod Malaysia berjaya mendaftarkan dengan sistematik varieti durian terbanyak mengatasi Thailand dan Indonesia. nda boleh membaca varieti durian didalam artikel penulisan saya dalam blog ni secara bersiri.


5. DURIAN VARIETI BLACK THORN (D200)
Durian varieti Duri Hitam atau 'Black Thorn' merupakan sejenis durian yang semakin popular dikalangan peminat durian di Malaysia
. Apa pun didakwa dimana ia dikatakan jauh lebih enak daripada Musang King yang mana mereka telah 'overrated' sebagai durian premium dari Sungai Bakap, Pulau Pinang. Penulis blog ada dapati dimana durian ini semakin menjadi buruan “hantu durian” terutama dari Singapura. Bergantung kepada usia pokok tersebut dimana dilaporkan durian ini isinya yang lebih bulat berbanding durian lain juga mempunyai variasi warna berbeza, daripada jingga pastel seakan-akan merah jambu, hingga jingga terang (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun diteliti lagi walaupun isi tidak setebal Musang King akan tetapi ada keunikan rasa lemak manis Black Thorn yang agak menyelerakan. Didakwa oleh beberapa penjual durian black thorn di Pulau Pinang dimana ada kalangan peminat durian ini yang pasti termimpi-mimpi membelinya apabila telah tiba musimnya. Harga durian Black Thorn yang berkualiti bermula sekitar RM60 per kg dan boleh mencecah RM105 per kg bergantung kepada kualiti dan musim. Penulis blog yang membuat ujirasa beberapa kali di Pusat Pertanian Relau, Pulau Pinang mendapati ia memberikan rasa sangat berkrim, berlemak manis dengan aftertaste pahit dimana aromanya agak kurang tajam. Dikalangan orang umum dia juga digelar sebagai Durian Ochee, Duri Hitam atau Hei Tze dimana bentuk durian ini berbeza mengikut musim dan kawasan tanaman. Apa pun ia berbentuk bulat, bertapak rata dengan bertangkai kecil (kira-kira sebesar ibu jari) dan bahagian bawahnya mempunyai lingkaran hitam dengan titik kecil tanpa duri. Peminat durian ini boleg ke lokasi yang boleh didapati seperti di Durian King TTDI, SS2 Durian House, Black Thorn Durian 668 Kulim, Dusun Durian Bao Sheng Pulau Pinang.

 
6. DURIAN GOLDEN PHOENIX (D198)
Dikalangan masyarakat Cina durian Golden Phoenix memang popular tetapi tidak dikalangan masyarakat Melayu dan India di Malaysia. Dilaporkan memang jenis durian ini adalah sudah menjadi 
kegemaran ramai rakyat Singapura yang mana mereka memberi nama 'Golden Phoenix' kerana durinya yang nipis dan tajam (Sila lihat foto disebelah). Durian ini mempunyai isi yang berwarna kuning pucat keputihan, menyerupai ciri-ciri burung lagenda Phoenix. Durian ini yang dilaporkan berasal dari Johor merupakan sejenis durian klon berbentuk bulat dan kecil ini tumbuh dari pokok lama.  Ia juga dikenali dengan nama Durian Kim Hong atau Durian Jin Feng iaitu sebagai raja buah yang sesuai untuk mereka yang sukakan rasa durian yang lebih pahit dari manis. Isinya tidak sepadat Durian Musang King dimana ia berbiji kecil, dengan aroma yang tajam. Golden Phoenix banyak ditanam di Johor dan Pahang, dan agak sukar ditemui di negeri-negeri lain. Memberikan rasa yang lebih pahit dari manis, sedikit berair dan berserat dengan mempunyai aroma yang tajam. Dibahagian bawah buah ini mempunyai lima garisan seperti Musang King akan tetapi kulitnya lebih nipis dan mudah dikupas. Di Durian Agro Hub Tangkak, anda boleh mencuba Golden Phoenix dengan rasa paling asli yang berbuah dari ibu pokoknya yang masih hidup sehingga hari ini.  Antara lokasi mudah didapati seperti di Sinnaco Durian Specialist, Durian Agro Hub Tangkak, di sekitar Batu Pahat, Jjohor. 
 

7. DURIAN KAMPONG (888)
Durian Kamppong merupakan jenis durian yang tidak dikenali akan baka dan tidak didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dimana ada durian kampong yang tidak berkualiti dan ada juga yang berkualiti. Tidak ada kod daftar 888 dalam sistem pendaftaran varieti duria di Malaysia tetapi penulis blog faham dimana angka '8' bermaksud baik' atau ada 'ong'. Bagaimana pun durian ini ada yang p
ernah dijual dengan harga 3 biji durian untuk RM10 yang dilonggokkan dalam bakul-bakul besar dan selalu dijadikan tempoyk apabila berlaku 'lambakkan durian'. Ada juga kemungkinan dimana kualiti durian kampung yang tidak menentu ini semakin kurang diminati berbanding dengan urian klon yang baik. Bagaimana pun dari segi pemilik dusun mereka tetap menjaga pokok durian kampong kerana sudang berbuah semanjak lama dan tidak mengecewakan berbanding dengan pokok durian premium yang cepat mati. Ada buah durian kampopng yang terhasil dari pokok tunggal yang mana telah berusia ratusan tahun seperti yang penulis blog jumpa di Pulau Aur, Mersing, Johor dimana apaila berbuah beribu-ribu biji jumlahnya. Mereka menjadikan buah durian kampung distas puncak bukit pulau ini menjadi 'Lempuk' sahaja. Ada durian kampung yang digelar 'Durian Singlet' kerana kurang isi sebaliknya banyak biji yang besar. Walaupun ada kalanya durian kampung terpilih ini mempunyai isinya agak padat akan tetapi rasa durian kampung yang asli tidak konsisten sama sekali iaitu ada yang pahit, ada yang manis dan untuk senang cerita pembeli hanya ikut nasib sahaja. Ada durian kmpung yang memberikan rasa manis (seperti vanilla), pahit atau tawar dimana ia tidak konsisten dan berbeza diantarabuah dalam pokok yang sama. Penulis blog mempunyai beberapa pokok durian ini dikampopng dimana ada kalanya harga durian kampung Gred A mempunyai berat lebih dari 1.5 kg sebiji mampu mencecah sehingga RM5 - RM15 per kg sementara bagi Gred B kurang 1 kg (RM 10 per kg) dan Gred C biasanya akan diproses untuk membuat tempoyak (3 biji RM10). Durian kampong boleh didapati dimana-smana sahaja di Malaysia terutama dikawasan kampong tradisional. Apa pun diantara lokasi mudah mendapatkan durian ini seperti di kedai durian sekitar di Batu Kurau, Perak dan di sekitar Melaka.


(8) DURIAN MERAH
Durian Merah atau yang juga dipanggil sebegai Durian Sukang memang banyak di dapati di Borneo seperti di Kalimantan, Sarawak dan Sabah. Durian ini berlainan spesis dengan durian biasa dengan nama saintifik adalah Durio graveolens yang bermaksud “durian busuk” dimana ia selalunya memberikan aroma Durian Sukang dikatakan agak kuat dan tidak sesuai untuk mereka yang mementingkan bau daripada rasa. Penulis blog yang ke Tawau, 
Sabah beberapa kali membuat ujirasadurian ini (Sila lihat foto disebelah). Ada ramai yang menyangka saiznya sama dengan durian biasa kerana dibayangi duri yang panjang bercacak seperti landak akan tetapi sebenarnya ia sangat kecil, malah ada yang hanya sebesar tapak tangan sahaja. Anda boleh baca artikel saya (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Apa pun apabila durian ini dikupas ia hanya boleh menikmati dua atau tiga ulas isi di dalamnya dimana durian Sukang biasa dijual dalam 4 - 6 biji seikat dengan harga murah. Penulis blog dapati rasanya sedikit manis dan pahit dan agak masam seepas dimakan yang unik dengan ada kalanya memberikan aroma seperti kacang. Apa pun durian ini agak mudah didapati seperti disekiltar Pasar Terbuka Pekan Ranau, Tuaran, Sabah dan Limbang, Sarawak pada musimnya. Apa pun lazimnya durian hutan eksotik ini berbuah dari Oktober hingga November. Kulit durian Sukang yang telah masak berwarna hijau kekuningan hingga ke kuning jingga, dan isinya berwarna jingga pekat hingga merah terang.
Semuga artikel ini memberikan info mengenai beberapa durian popular di Malaysia kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
MUSIM DURIAN.... SUDAH TIBA...
MARI MEMBELI... DAN UJIRASA...
APAKAH VARIETI... PILIHAN KITA....
ADA RUPA... PASTI ADA HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAkhir 1442H). 

Friday, December 25, 2020

MENGENALI DURIAN TERBAIK MALAYSIA (Part 1)

BUAH DURIAN
(Durio zibethinus) merupakan sejenis buah yang sangat popular dikalangan peminat buah tersebut yang digelar sebagai 'King of the Fruit'. Tanaman pokok durian dijadikan sebagai sejenis bidangusaha yang semakin berkembang luas apabila terbuka luang pasaran ke beberapa negara besar dunia termasuk pasaran ke negara China yang mempunyai penduduk melebihi 1 billion orang. Negara Thailand merupakan sebuah negara pengeluar durian untuk pasaran eksport yang utama ke negara China semenjak beratus tahun dahulu. Thailand dilapor mempunyai tahap kemampuan manjadi pengeksport lebih daripada 90% keluar negara terutama di China. Thailand menumpukan kepada 3 variti unggul dari negara tersebut untuk pasaran eksportnya iaitu Munthong, Chanee dan Kanyou. Tanaman durian adalah antara tanaman buah bermusim yang luas diusahakan di Malaysia dimana pada tahun 2018 seluas 72,464 hektar ditanam dengan anggaran pengeluaran sebanyak 251,950  metrik tan (Sumber: Laporan Kelasan Tanaman Buah-buahan, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Negeri utama penanaman pokok durian adalah pahang (18,293 hektar) dan ia diikuti dengan Johor dengan keluasan 15,630 hektar (Johor adalah pengeluar terbanyak hasil tuaian durian sebanyak 52,562 metik tan pada tahun sama) dan ketiga adalah di Sarawak (10,431 hektar). Pasaran durian dahulu banyak tertumpu kepada pasaran domestik dan eksport kebanyakannya hanya ke Singapura. Bagaimana pun apabila pasaran eksport ke China telah dibuka menyebaban harga pasaran durian premium telah meningkat naik dengan permintaan tinggi di luar negara khususnya China. Durian Musang King sebagai durian premium kini menjadi pilihan pekebun kecil dan estet swasta kerana jaminan harga pasaran yang lebih tinggi berdasarkan kepada kualiti buah. Artikel kali ini bagaimana pun saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" menegnai beberapa jenis atau varieti durian yang premium di Malaysia sekadar dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.

Saya ada menulis banyak artikel didalam blog menghampiri 500 artikel dimana ia adalah bahan rujukan yang agak popular dari blog ini. Foto disebelah menunjukkan penulis membuat tinjauan disebuah ladang durian cantuman dewasa Musang King di Kg Teratai, Sengkang, Bukit Gambir, Johor dimana pemiliknya menggunakan pelbagai aplikasi terbaru didalam menghasilkan buah durian yang bermutu (Sila lihat foto disebelah). Penulis juga ke Bukit Jana di Taiping, Perak membuat tinjauan beberapa pemilik dusun durian Taiping yang menjalankan aktivti menukar pokok lama kepada pokok baru Musang King dan beberapa varieti durian premium lain dengan program cantuman dewasa (Sila klik disini). Teknologi menukar pokok durian biasa kepada pokok durian premium kini merupakan salah satu strategi terbaik kepada pemilik durun durian di Malaysia. Di beberapa negeri seperti di Pahang, Johor, Perak dilaporkan beberapa pemilik ladang atau estet sawit telah menebang sebahagian ladang mereka untuk ditanam dengan durian secara meluas. Mereka meyediakan kelengkapan ladang untuk tanaman durian seperti sistem pengairan, benih terpilih, pagar eletrik, penanaman di busut dan sebagainya untuk mempastikan pertumbuhan terbaik dan jaminan pulangan menguntungkan daripada tanaman kelapa sawit.

Bagaimana pun ramai yang bertanya kepada penulis blog mengenai apakah varieti durian yang disyorkan untuk dikomersilkan. Sebaiknya kita menge
nali raja beberapa jenis atau varieti durian terbaik yang sesuai ditanam atau mungkin perlu dinikmati pada musim. Ini kerana apabila menyebuta sahaja "buah durian” yang pasti kita boleh menghidu aroma buah tempatan ini dari jauh. Orang kata, tidak kenal maka tidak cinta akan tetapi ada juga yang telah mengenalinya, dan masih tidak suka kerana dikatakan busuk oleh 'haters durian' tetapi pada penulis blog rasanya durian adalah buah yang kuat bergas tetapi memang enak dimakan. Durian menjadi salah sebuah daya tarikan di negara-negara Asia yang dapat menarik ramai pelancong dunia. Kegilaan tentang raja buah ini terbukti di Thailand baru-baru apabila sebiji durian varieti Kanyau telah berjaya dilelong dengan harga 1.5 juta Thai Baht (RM199,000) kerana saiz, bentuk, dan kematangannya yang sempurna. Thailand mampu menghasilkan banyak varieti durian yang premium dimana mereka adalah pengeksport utama durian berkualiti didunia. Di Malaysia pula musim durian lazimnya daripada seawal Jun sehingga September akan tetapi diluar musim ada pada Disember dan Januari. Inilah waktunya untuk semua peminat durian menikmati hasil yang terbaik dari dusun tempatan. Penulsi blog terlibat didalam membuat pendaftaran semua varieti durian dan menyemak semula pendaftaran tersebut di Jabatan Pertanian Malaysia semasa berkhidmat dahulu. Dari segi rekod Malaysia berjaya mendaftarkan dengan sistematik varieti durian terbanyak mengatasi Thailand dan Indonesia. nda boleh membaca varieti durian didalam artikel penulisan saya dalam blog ni secara bersiri.


(1) Durian Musang King (D197) 
Durian Musang King merupakan sejenis durian yang asalnya adalah dinamakan varieti Durian Raja Kunyit. Anda boleh membaca ciri-ciri durian musang kini ini dengan membuat artikel tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini) dan juga beberapa artikel lagi. Dikalangan penanam dan peminat durian varieti Musang King ini adalah jenis durian yang memegang takhta sebagai raja buah di Malaysia selama bertahun-tahun. Durian premium ini berasal dari Tanah Merah, Kelantan dan ia merupakan kegemaran ramai peminat duriaan dan dieksport ke China, Amerika Syarikat dan Australia dimana ini menjadikan harganya juga lebih mahal. Bagaimana pun anda perlu juga berhati-hati kerana ada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menjual jenis durian lain sebagai durian Musang King demi mengaut keuntungan. Durian asli Musang King mempunyai isi berwarna kuning keemasan dengan tekstur yang lembut dan berkrim. Isi durian ini juga lebih tebal, berkilat dan berbiji kecil berbanding durian lain. Lazimnya oa memberikan rasa lemak manis, sedikit pahit, buttery serta aroma yang kuat. Antara beberapa lokasi yang mendapatkan durian ini seperti di Durian King TTDI, SS2 Durian House, di sekitar Sungai Klau dan Sungai Ruan di Raub atau Gua Musang. Sebagai tips dimana durian ini akan mempunyai bentuk lebih bujur seperti bola ragbi, kulit hijau muda, duri berbentuk seperti piramid kecil, bahagian bawah buah mempunyai corak garisan seakan-akan bintang yang ketara.


2. Durian Varieti Tekka (D160)
Durian Varieti Tekka dengan nombr pendaftaraan D160 adlah b
erasal dari Banting, Selangor dimana rekod menunjukkan iaitu durian Tekka pada asalnya mempunyai banyak nama panggilan seperti Buluh Bawah, Chok Kiok dan Green Bamboo sebelum ia dijenamakan semula sebagai Musang Queen iaitu bagi menjadikannya pasangan kepada Musang King. Bagaimana pun akhirnya Jabatan Pertanian meluluskan sebagai durian Tekka dimana ia mempunyai isinya yang  berulas besar, tebal dan berwarna krim kekuningan dengan biji bersaiz sederhana besar (Sila lihat foto disebelah). Saiz buah ini juga sederhana besar dengan lingkungan berat 1.5 - 3 kg setiap biji dan bahagian kulitnya yang nipis membuatkan ia mudah dikupas. Penulis blog yang beberapa kali membuat ujirasa mendapati memang durian Tekka mempunyai rasa manis dengan sedikit pahit, berlemak, tekstur berkrim. Dari segi kedapatan untuk membelinya yang tulin boleh pembaca blog ke lokasi seperti Sinnaco Durian Specialist, Ezy Durian dan Jimmy’s Durian Orchard Bentong. Lokasi lain hanya merujuk kepada rakan dan senarai dusun yang telah lulus dipersijilkan Jabatan Pertanian melalui MyGAP. Durian Tekka sebagai tips dimana ia mempunyai saiz agak besar dan berbentuk lonjong (besar di atas, kuncup di bawah), menyerupai bentuk hati dengan lekuk pada pangsa.


3. Durian Varieti Udang Merah (D175)
Durian varieti Udang Merah dengan nombordaftar D175 adalah pokok yang asalnya b
erasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Durian ini adalah didakwa sebagai durian hasil baka kacaukan atau kahwin  dimana ia telah menghasilkan isi berulas halus, berwarna kuning jingga kemerahan dan setiap biji mempunyai lapisan krim yang sangat menyelerakan (Sila lihat foto disebelah). Durian ini asalnya diberi nama tempatan sebagai Durian Ang Hae dimana dulu jenis durian ini yang berkualiti tinggi agak sukar ditemui dimana imenyebabkan harganya kadangkala lebih mahal daripada Musang King. Bagaimana pun kini durian ini juga ditanam di negeri Pahang dan Johor akan tetapi agak pelik kerana dilaporkan dimanai rasanya tidak sama seperti Udang Merah Pulau Pinang yang asli. Durian ini pada kebiasaannya berkulit coklat perang, durian ini berbentuk bujur, berduri pendek, dan agak susah dikupas kerana berkulit tebal dan keras. Ia memberikan rasa yang berlemak manis, melekit, halus dan lembik dengan aroma yang menyelerakan, Kepada pembaca blog anda boleh mencari durian ini dilokasi mudah didapati seperti di Chen Brothers Durian & Fruit Kepong, Kebun Durian Soon Huat dan Kebun Durian Stone House Pulau Pinang. Lazimnya durian Kulit Udang Merah yang berwarna hijau keperangan dikatakan ditanam di luar Pulau Pinang. Untuk memilih Udang Merah yang terbaik, pastikan beratnya dalam 1 kg sebiji.


4. Durian Varieti Sultan (D24)
Durian varieti D24 sebenarnya tidak diberikan nama tempatan didalam senarai pendaftaran varieti durian akan tetapi dikalangan penjual agar memudahkan panggilan mereka ge;arkan sebgai 'D
urian Sultan'. Ia juga adalah untuk memudahkan petani didalam mengenalpasti apabila ditemui. Ia adalah sejenis durian yang berbentuk bulat, mempunyai duri yang lebih tirus dan tajam, dengan susunan duri-duri halus yang rapat di keliling tangkai (Sila lihat foto disebelah). Di bahagian bawah buah ini terdapat bulatan berwarna coklat seperti serpihan dari bunga. Apa pyang penulis blog selalu lihat dimana buah ini berwarna kuning pucat, isinya mempunyai tekstur tebal dan lembut. Bagaimana pun dari segi pasaran ia selalu dijual dengan harga berpatutan (dari RM15 - RM20 per kg) bergantung kepada musim dan kualiti dan apa pun lazimnya digunakan sebagai bahan dihidang dalam bufet durian. Durian D24 mampu memberi kepuasan setanding durian premium jika anda pandai memilih. Apa pun penulis blog dapati durian D24 nenverikan rasa yang sangat berlemak, sederhana manis dan pahit sen memberikan aroma sederhana kuat.  Lokasi mudah didapati durian ini banyak diantaranya seperti di SS2 Durian House, Dusun Durian D24 Azlan Gopeng, Kebun Nictron Agriculture dan juga di sekitar Cameron Highlands, Kalau diteliti akan dilihat dimana pada bahagian kulit durian Sultan D24 berwarna hijau muda, nipis dan mudah dikupas. Biasanya, satu pangsa beris dua atau tiga ulas. 
Semuga artikel ini memberikan info mengenai beberapa durian popular di Malaysia kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
MUSIM DURIAN.... SUDAH TIBA...
MARI MEMBELI... DAN UJIRASA...
APAKAH VARIETI... PILIHAN KITA....
ADA RUPA... PASTI ADA HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAkhir 1442H). 

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...