Support My Blog

Showing posts with label HERBA - MISAI KUCING. Show all posts
Showing posts with label HERBA - MISAI KUCING. Show all posts

Monday, August 10, 2015

HERBA - MISAI KUCING (Part 3)

MISAI KUCING (Orthosiphon stamineus Benth sinonim Orthosiphon aristatus Blume) merupakan sejenis herba yang kini semakin popular ditanam di Malaysia kerapa ia adalah salah satu herba yang digalakkan penanamannya dibawah EPP1, Herba ini merupakan sejenis herba popular yang juga dikenali dengan nama lain seperti Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris) iaitu tumbuhan daripada keluarga Lamiaceae. Saya ada menulis artikel mengenai misai kucing sebelum ini untuk dijadikan bahan rujukkan (Sila klik disini)(Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Pembacaan dan rujukkan penulis mendapati  misai kucing dipercayai berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina termasuk kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Bagaimana pun jika nama 'Misai Kucing' atau 'Kumis Kucing' adalah sama sahaja kerana bentuk bunga herba ini memang menyerupai misai kucing sebenar. Tanaman ini banyak terdapat di kawasan lapang seperti di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Selain tumbuh secara liar, misai kucing juga ditanam di kebun secara komersil dan juga dikawasan rumah sebagai tanaman hiasan kerana faktor bunganya yang menarik.  Tanaman ini telah dikenal pasti sebagai salah satu jenis tanaman herba yang amat berpotensi untuk ditanam secara komersial memandangkan ia mudah diusahakan. Tanaman ini juga telah terbukti berkesan dari segi kesihatan dalam merawat pelbagai jenis penyakit khususnya penyakit berkaitan dengan ginjal. Artikel malam raya kedua 2015 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis herba yang kini popular untuk ditanam secara komersil iaitu Misai Kucing sebagai satu bahan rujukan saintifik untuk anda semua.


Tanaman misai kucing didapati tidak menghadapi sebarang masalah perosak dan penyakit yang serius kerana ia dikategorikan sebagai jenis rumpai yang lasak. Bagaimana pun pengurusan penanaman bagi tanah bris sebaiknya disyorkan agar penanaman misai kucing pada musim kemarau (Januari-Jun) memerlukan 40 - 50% teduhan memandangkan suhu permukaan tanah yang agak tinggi pad a musim ini. Teduhan juga boleh disediakan dengan menggunakan jaringan plastik hitam atau mengamalkan tanaman selingan untuk mendapatkan naungan Walau bagaimanapun, teduhan tidak diperlukan bagi tanah aluvium. Penuaian hasil Misai kucing lazimnya akan dituai secara manual. Tuaian pertama dibuat apabila tanaman meneapai peringkat umur 10 minggu selepas menanam. Panjang ranting yang dituai ialah 30 cm dipotong menggunakan pisau tajam (Sila anda lihat foto disebelah). Jumlah hasil tuaian misai kucinga bergantung kepada bilangan tuaian dan varieti MOS yang digunakan. Kekerapan tuaian yang disyorkan ialah 2 minggu sekali. Hasil dituai dikumpulkan dan dibawa kepusat pengumpulan hasil untuk diproses pengeringan secara asas. Nisbah pengeringan (berat basah daun:berat kering daun) ialah 4.0 - 5.0 bergantung kepada musim tanaman. Berdasarkan nisbah tersebut, jumlah hasil kering yang diperoleh (pada tahap 10% kandungan air) bagi 20 kali tuaian ialah 5 - 6 t/ha/tahun.


Hasil misai kucing yang kering yang dikeluarkan hendaklah bebas daripada bahan asing (seperti rumpai dan pasir) dan tidak dijangkiti kulat. Bagi tujuan tersebut, keratan hendaklah dikeringkan sebaik sahaja dipetik dari ladang. Jika perlu, pengasingan daun daripada batang biasanva dibuat selepas pengeringan memandangkan daun masih rapuh dan mudah terlerai daripada batang apabila dilurut. Nisbah berat daun berbanding dengan ranting adalah lebih kurang 1 :1. Bagi memastikan bahan bioaktif tidak musnar suhu pengeringan hendaklah tidak melebihi 45OC. Beberapa sistem pengeringa~ seperti menjemur di bawah matahari, ketuhar komersial atau ban pengeringan tembakau boleh digunakan. Bahan tanaman yang telah dikeringkan hendaklah disimpan di dalam beg plastik dan ditutup rapi supaya tidak mudah diserang perosak atau dijangkiti kulat. Dari segi analis kosting didapati jumlah kos pengeluaran bagi sehektar tanaman misai kucing ialah RM9,130.00 bagi tanah bris dan RM8,140.00 bagi tanah aluvium. Sebahagian besar ialah kos bahan input seperti baja, sungkupan plastik dan peralatan pengairan. Kos pengeluaran bagi tanah bris lebih tinggi kerana penggunaan baja najis ayam dan baja kokei yang tinggi. Pada tahap hasil kering dalam lingkungan 6 t/ha, kos pengeluaran bagi sekilogram hasil kering (keratin ranting berdaun) masing-masing ialah RM1.50 dan RM1.40 bagi tanah bris dan tanah aluvium. Potensi penanaman herba misai kucing adalah tinggi jika ada jaminan pasaran dan jaminan harga. Tinjauan penulis dibeberapa lokasi menanam misai kucing ada yang berjaya berterusan menanam sehingga banyak pusingan tetapi ada segrlintir usahawan yang berhenti sekali penanaman sahaja akibat faktur pemasaran. Sila baca sama artikel pada Part 2 dan Part 3. Wasallam!.
MISAI KUCING... SEJENIS HERBA...
MUDAH DITANAM... OLEH SESIAPA...
BANYAK KHASIAT...PELBAGAI GUNA...
TANAM SENDIRI... JUAL DIMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 502, Hotel Pine Tree,

Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(2 Syawal 1436H)

Sunday, August 9, 2015

HERBA - MISAI KUCING (Part 2)

MISAI KUCING (Orthosiphon stamineus Benth atau sinonim Orthosiphon aristatus Blume) merupakan sejenis herba yang kini semakin popular ditanam di Malaysia kerapa ia adalah salah satu herba yang digalakkan penanamannya dibawah EPP1, Herba ini merupakan sejenis herba popular yang juga dikenali dengan nama lain seperti Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris) iaitu tumbuhan daripada keluarga Lamiaceae. Saya ada menulis artikel mengenai misai kucing sebelum ini untuk dijadikan bahan rujukkan (Sila klik disini)(Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Pembacaan dan rujukkan penulis mendapati  misai kucing dipercayai berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina termasuk kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Bagaimana pun jika nama 'Misai Kucing' atau 'Kumis Kucing' adalah sama sahaja kerana bentuk bunga herba ini memang menyerupai misai kucing sebenar. Tanaman ini banyak terdapat di kawasan lapang seperti di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Selain tumbuh secara liar, misai kucing juga ditanam di kebun secara komersil dan juga dikawasan rumah sebagai tanaman hiasan kerana faktor bunganya yang menarik.  Tanaman ini telah dikenal pasti sebagai salah satu jenis tanaman herba yang amat berpotensi untuk ditanam secara komersial memandangkan ia mudah diusahakan. Tanaman ini juga telah terbukti berkesan dari segi kesihatan dalam merawat pelbagai jenis penyakit khususnya penyakit berkaitan dengan ginjal. Artikel malam raya kedua 2015 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis herba yang kini popular untuk ditanam secara komersil iaitu Misai Kucing sebagai satu bahan rujukan saintifik untuk anda semua.


Kawasan untuk tanaman biasanya misai kucing perlu dibajak sekurang-kurangnya satu bulan sebelum menanam. Ini bagi memastikan rumpai dan tumbuhan renek yang terdapat di kawasan tanaman dapat dihapuskan secara total kerana ia akan bersaing dengan herba yang hendak ditanam. Pengapuran dengan kapur magnesium halus (GML) dijalankan selepas pembajakan pertama. Aktiviti ini bertujuan bagi memastikan kapur bergaul sebati dengan tanah semasa aktiviti penyedian kawasan penanaman. Kadar kapur yang diberi bergantung kepada nilai pH tanah berkenaan. Nilai pH optimum adalah dalam lingkungan 5.5 hingga 6.0. Tanah lazimnya dinaikan batas untuk penanaman dan akan dipasang plastik silvershine untuk mengelakkan pertumbuhan rumpai, mengawal kelembapan dan menghasilkan misai kucing yang berkualiti. Pemasangan penutup bumi dengan plastik silvershine memang agak mahal berbanding jika tidak dipasang dengannya tetapi mempastikan akan ada hasil yang akan dituai kalau dijaga dengan baik. Bagi menyediakan bahan tanaman boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan batang. Kajian yang dijalankan menunjukkan penggunaan bahan penggalak akar (seperti Seradex) tidak memberi kesan yang jelas. Semua bahagian keratan boleh digunakan sebagai bahan tanaman. Keratan batang mula berakar selepas dua minggu disemai. Anak benih boleh dlubah ke ladang apabila mencapai umur 4 hingga 5 minggu selepas disemili. Bagi penanaman komersial menggunakan jentera menanam, keratan benih hendaklah disemai di dalam dulang plastik atau polistirena.


Bagi tujuan penanaman diladang sebaiknya anakbenihmisai kucing dalam polibeg disediakan terlebih dahulu (Sila lihat foto anakbenih disebelah). Lazimnya jarak tanaman yang disyorkan ialah 1.5 m di antara baris dan 0.45 m di antara pokok dalam baris. Pada jarak tanaman ini akan menghasilkan populasi tanaman (kepadatan tanaman) sebanyak 14,800 pokok sehektar. Kerja menyiram air perlu dijalankan pada peringkat awal penanaman untuk menjamin pertumbuhan yang sekata. Pokok Misai Kucing yang ditanam secara komersil perlukan program pembajaan dimana bagi Tanah Bris ia diberikan kadar baja organik (seperti najis ayam) dengan kadar yang disyorkan ialah 10 t/ha diberi tiga hari sebelum menanam dan pemberian baja ini diulang setiap enam bulan. Baja najis ayam diberi secara tabur dan digaul ke dalam batas. Baja NPK berasaskan organik Kokei (NPK 10: 10: 10) pada kadar 1,000 kg/ha diberi setiap 6 bulan. Bagi Tanah Aluvium kadar dan cara pembajaan agak berbeza dimana kadar baja organik (najis ayam) yang disyorkan ialah 5 t/ha diberi tiga hari sebelum menanam dan 5 t/ha diberi setiap enam bulan selepas menanam. Baja NPK berasaskan organik Kokei (NPK 10:10:10) pada kadar 500 kg/ha diberi setiap 6 bulan. Sebaiknya dipasang sistem pengairan dengan beberapa sistem pengairan boleh digunakan bergantung kepada jenis tanah dan sumber air. Bagi misai kucing yang ditanam secara komersial, sistem pengairan renjis berputar atau tembakan hujan sesuai digunakan. Sistem pengairan titis sangat sesuai apabila sungkupan plastik digunakan. Pengurusan tanaman herba ini amat perlu dijalankan teknik kawalan rumpai iaitu hanya diperlukan pada peringkat awal pertumbuhan pokok. Pada peringkat pertumbuhan pokok yang maksimum dan apabila kanopinya yang padat  ia secara otomatik boleh menghalang pertumbuhan rumpai. Walau bagaimanapun kaedah penggunaan sungkupan plastik boleh juga digunakan untuk mengawal rumpai selain menjaga kebersihan hasil daripada tercemar oleh bahan asing seperti tanah dan najis ayam. Penanaman misai kucing secara komersil juga perlukan penjagaan rapi seperti menanam sayur yang perlu sentiasa dijaga. Elakkan anggapan menanam herba Misai Kucing dengan amalan 3T (Tanam, Tinggal, Tuai) maka anda akan kurang mendapat pulangannya. Bersambung pada Part 1 dan Part 3. Wasallam!.
MISAI KUCING .. SEJENIS HERBA...
NAMA UNIK...MARFOLOGI SAMA ..
DUA VARIETI... PUTIH UNGU ADA...
BERKHASIAT... PRODUK TERSEDIA...

By,
M Anem,
Room 520, Hotel Pine Tree,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(2 Syawal 1436H)                           

Saturday, August 8, 2015

HERBA - MISAI KUCING (Part 1)

MISAI KUCING (Orthosiphon stamineus Benth sinonim Orthosiphon aristatus Blume) merupakan sejenis herba yang kini semakin popular ditanam di Malaysia kerapa ia adalah salah satu herba yang digalakkan penanamannya dibawah EPP1, Herba ini merupakan sejenis herba popular yang juga dikenali dengan nama lain seperti Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris) iaitu tumbuhan daripada keluarga Lamiaceae. Saya ada menulis artikel mengenai misai kucing sebelum ini untuk dijadikan bahan rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Pembacaan dan rujukkan penulis mendapati  misai kucing dipercayai berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina termasuk kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Bagaimana pun jika nama 'Misai Kucing' atau 'Kumis Kucing' adalah sama sahaja kerana bentuk bunga herba ini memang menyerupai misai kucing sebenar. Tanaman ini banyak terdapat di kawasan lapang seperti di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Selain tumbuh secara liar, misai kucing juga ditanam di kebun secara komersil dan juga dikawasan rumah sebagai tanaman hiasan kerana faktor bunganya yang menarik.  Tanaman ini telah dikenal pasti sebagai salah satu jenis tanaman herba yang amat berpotensi untuk ditanam secara komersial memandangkan ia mudah diusahakan. Tanaman ini juga telah terbukti berkesan dari segi kesihatan dalam merawat pelbagai jenis penyakit khususnya penyakit berkaitan dengan ginjal. Artikel malam raya kedua 2015 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis herba yang kini popular untuk ditanam secara komersil iaitu Misai Kucing sebagai satu bahan rujukan saintifik untuk anda semua.

Bagi mereka yang kali pertama membaca blog ini mungkin akan tertanya-tanya apakah dia herba Misai Kucing yang diperkatakan ini. Bagaimana pun setelah anda melihat foto disebelah tentunya setuju dengan penulis bahawa akan dilihat struktur seperti misai kucing yang amat jelas pada bunga herba tersebut. Herba ini cepat tumbuh dengan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1.5 meter. Batangnya lazimnya akan berbentuk segi empat serta berbulu pendek atau gondol. Pada pemerhatian penulis ia lazimnya akan berwarna kemerahan yang akan tumbuh tegak dan bercabang-cabang. Pokok misai kucing mempunyai jenis daun yang tersusun dalam pasangan yang bertentangan (alternate arrangement) dengan permukaan daun yang licin dan ia adalah berwarna hijau. Jika diteliti kita melihat daunya berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjeriji. Tangkai daun biasanya pendek iaitu lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Pendapat ramai ada menyatakan bahawa nama misai kucing diberi berdasarkan ciri bunga. Ciri uniknya ialah bunga mempunyai filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Di Malaysia terdapat dua varieti telah dikenal pasti berdasarkan warna bunga iaitu Varieti Bunga Putih dan Varieti Bunga Ungu Tua. Varieti bunga putih dikenali sebagai MOS 1 manakala varieti warna ungu dikenali sebagai MOS 2 (Sila rujuk gambar dibawah). Terdapat perbezaan dari segi pertumbuhan antara dua varieti ini. MOS 1 mempunyai kanopi lebih besar, tinggi dan pertumbuhan yang lebih subur. MOS 1 juga mempunyai kadar pertumbuhan ranting lebih banyak dan cepat berbanding dengan MOS 2.


Misai Kucing pastinya mempunyai banyak khasiat dan juga kegunaannya. Penulis dapati di Malaysia, tanaman ini telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang. Ini mungkin secara saintifiknya terdapat kandungan bahan iaitu Ortosifonim dan Garam Kalium (yang banyak terdapat pada daunnya) iaitu ia merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat, dan oksalat dalam tubuh manusia. Bahan baik ini membantu organ dalaman terutama pada hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya mendapan batu ginjal. Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita. Selain itu didakwa bahawa bahagian daun misai kucing digunakan bersama daun hempedu bumi untuk melawaskan buang air kecil iaitu herba yang bbersifat diuretik. Ini membolehkan ia didakwa mampu merawat batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, keneing manis dan demam. Caranya adalah dengan merebus daun sehingga mendidih dan tunggu sehingga air menjadi suam sebelum diminum. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi.

Bagaimana pun sebelum anda hendak menanam secara komersil herba Misai Kucing ini perlu mencari maklumat teknikal dan juga ruang pasaran. Beberapa usahawan telah mengalami masaalah hendak menceburu bidang tanaman herba misai kucing. Misai kueing mudah ditanam dan sesuai diusahakan di pelbagai jenis tanah termasuk tanah berpasir seperti tanah bris dan tanah aluvium (Sila rujuk foto disebelah). Untuk pertumbuhan yang baik diperlukan taburan purata hujan bulanan yang amat diperlukan sekitar 180 - 200 cm. Pengairan hendaklah diberi terutama dalam suasana musim kering. Pokok misai kucing yang mengalami kekurangan air dimana ini lazimnya akan menghasilkan daun yang kecil, rapuh dan keras. Berbanding dengan tanaman lain, misai kueing didapati tahan terhadap air bertakung. Pertumbuhan pokok didapati tidak terjejas walaupun mengalami air bertakung selama 24 jam. Tanaman ini memerlukan kawasan yang lembap untuk pertumbuhan vegetatif yang maksimum. Bagi tanah bris, misai kueing memerlukan 30 - 40% teduhan jika penanaman dijalankan pada musim kering Januari hingga Jun). Artikel ini bersambung pada Part 2 dan Part 3. Wallahualam!.


MISAI KUCING .. SEJENIS HERBA...
NAMA UNIK...MARFOLOGI SAMA ..
DUA VARIETI... PUTIH UNGU ADA...
BERKHASIAT... PRODUK TERSEDIA...

By,
M Anem,
Room 520, Hotel Pine Tree,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(2 Syawal 1436H)                                

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...