Support My Blog

Showing posts with label HERBA - HALIA (. Show all posts
Showing posts with label HERBA - HALIA (. Show all posts

Monday, August 3, 2015

HERBA - HALIA (Part 3)

HALIA (Zingiber officinaIe Ross) adalah sejenis tumbuhan umbisi yang juga dikategorikan sebagai sejenis HERBA berdasarkan kepada penggunaan dan khasiatnya. Penulis telah menulis lebih dari 7 artikel sebelum ini mengenai tanaman herba. Anda boleh layari artikel tersebut dengan pautan disini (Sila klik disini)(Sila klik disini)(Sila klik disini) dan banyak lagi. Halia merupakan tanaman penting dimana ia mempunyai banyak nama seperti Ginger (lnggeris), Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia) Kinkh, Khing­ daen (Thailand) dan beberapa lagi. Tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae sama keluarga dengan tanaman kunyit dan lengkuas. Halia merupakan salah satu jenis rempah-ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah sejarah penjajahan berlaku disebabkan oleh perdagangan rempah seperti halia yang juga amat terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia pada masa ini adalah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit. Di Semenanjung Malaysia kawasan utama penanaman halia adalah dikawasan berbukit Janda Baik Daerah Bentong dengan varieti Halia Bentong (Sila baca disini) dan juga di Kundasang, Sabah (menanam varieti Halis Sabah). Kedua-dua kawasan pengeluaran utama halia di Malaysia semakin berkurangan luasnya akibat banyak faktor yang mengancam industri penanaman halis di Malaysia. Artikel malam ini (Malam Raya) saya sempat menulis dalam "Anim Agro Technology" sekadar menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran berfikir.


Tanaman halia seperti tanaman umbisis yang lain perlu dijalankan kawalan perosak dan penyakit tanaman. Antara musuh perosak tanaman halia seperti Ulat Pengorek Batang (Udapes facus) ialah musuh utama bagi tanaman halia. Kerosakan dilakukan apabila beluncas mengorek terowong ke dalam batang, menyebabkan pucuk dan daun menjadi kuning dan kering. Lubang-Iubang yang dibuat ini jelas kelihatan pada tanaman yang diserang. Serangga ini boleh dikawal secara semburan menggunakan racun permethrin, acephate atau methamidosphos. Serangan musuh-musuh yang lain seperti serangga pemakan daun dan anai­ - anai, tidak begitu mustahak dan mudah dikawal. bagi serangan penyakit tanaman halia lazimnya terdapat tiga jenis penyakit iaitu i) Penyakit layu bakteria ii) penyakit layu fusarium dan iii) Penyakit bintik daun yang biasa menyerang tanaman halia. Penyakit Layu Bakteria adalah yang utama dan paling membahayakan tanaman halia serta boleh menyebabkan kerugian besar. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria bawaan tanah iaitu Pseudomonas solanacearum. Lazimnya bakteria ini boleh kekal di dalam tanah selama beberapa tahun lamanya. Tanda penyakit ini ialah layu dan kekuningan pada daun di bahagian bawah, kemudian merebak ke daun di bahagian atas sehingga semua daun menjadi coklat keemasan atau kekuningan (Sila lihat foto disebelah). Pada peringkat serangan kemudiannya, daun yang mati berwarna coklat terkulai dari batang, batang menjadi berair dan mudah diceraikan dari rizom. Akhirnya rizom menjadi coklat kekelabuan, lembik dan reput. Apabila batang atau rizom dipotong melintang dan ditekan sedikit, lendir putih akan terkeluar dari permukaan. Rizom juga berbau busuk. Sehingga kini, tiada racun kimia yang berkesan untuk mengawal penyakit ini di ladang. Rawatan tanah yang dibasahkan dengan 4% formalin dikatakan agak berkesan tetapi tidak begitu praktikal di kawasan yang luas. Oleh itu, amalan kultur yang baik adalah sangat penting termasuklah penggunaan benih yang tidak berpenyakit dan mengamalkan penanaman giliran dengan tanaman yang tidak berpenyakit yang sama seperti jagung, kacang dan tanaman jenis kukurbita.


Penyakit kedua yang menyerang tanaman halia adalah Penyakit Layu Fusarium dimana penyakit ini adalah disebabkan oleh sejenis kulat Fusarium oxysporum f.ziniberi. Tumbuhan yang dijangkiti oleh penyakit ini berkeadaan terbantut dan kekuningan. Apabila penyakit ini semakin merebak, daun di bahagian bawah menjadi layu dan akhirnya keseluruhan tumbuhan di bahagian atas tanah menjadi kering dan terkulai. Tempoh untuk pokok menjadi terkulai memakan masa beberapa bulan berbanding dengan penyakit layu bakteria yang cepat merebak. Penyakit ini juga berbeza daripada penyakit layu bakteria kerana tiada lendir putih kesusuan dikeluarkan. Rizom tumbuhan yang berpenyakit kelihatan kecut, hanya kulit dan serabut rizom sahaja yang tinggal. Sekiranya rizom halia yang di jangkiti disimpan, kulat berwarna putih seperti kapas akan kelihatan pada permukaan rizom tersebut apabila dipotong. Oleh itu, pemilihan bahan tanaman adalah sangat penting bagi mengelakkan sumber penyakit ini. Bagi pengawalannya, bahan tanaman terpilih setelah dipotong hendaklah dirawat dengan menggunakan larutan Bordeaux atau 0.25% benomil. Pewasapan tanah dengan bromide dikloropikrin atau metal isotiosianat dikloropropena juga dikatakan berkesan. Untuk mengurangkan penyakit ini, penanaman halia di kawasan yang mudah berlaku banjir hendaklah dielakkan. Ketiga adalah Penyakit Bintik Daun dimana penyakit ini disebabkan oleh kulat Phyllosticta zingiberi. Tanda awal penyakit ialah wujudnya bintik-bintik kecil berwarna kuning pada daun (Sila lihat foto disebelah). Bintik-bintik ini membesar, menjadi berair dan bertukar ke warna coklat dengan pusar berwarna putih. Pada daun muda, bintik-bintik mempunyai sempadan berwarna kuning, manakala pada daun tua berwarna coklat. Bintik-bintik boleh merebak dan kemudiannya membesar menjadi bentuk yang tidak menentu.


Penuaiah tanaman halia dikelaskan kepada umur semasa dituai sama ada untuk Halia Muda atau Halia Tua yang mempunyai pasaran berbeza. Lazimnya apa yang penulis lihat, Halia boleh dituai sebagai halia muda atau halia tua masing-masing antara 4-5 bulan dan 8 - 9 bulan selepas menanam (Gambar 4). Hasil halia yang terbaik diperoleh jika penuaian dilakukan apabila pokok berusia 7 - 8 bulan. Sekiranya halia dituai pad a umur melebihi 9 bulan, kandungan serabut rizom meningkat dan ini akan merendahkan mutu. Hasil halia tua ialah 15 -22 t/ha dan halia muda ialah 8 - 12 t/ha. Penuaian halia tua biasanya dilakukan apabila batang yang hijau bertukar ke warna kuning dan mula layu. Cangkul atau garpu boleh digunakan untuk mengeluarkan rizom. Kerja penuaian perlu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan rizom tidak tercedera kerana keadaan ini akan mengurangkan nilai pasarannya. Rizom yang telah dikeluarkan perlu dielakkan daripada terdedah lama kepada cahaya matahari terik untuk menghalang kehilangan lembapan dan pertukaran warna.

Pengendalian selepas tuai tanaman halia penting untuk menjamin kualiti dan harganya. Lazimnya rizom yang telah dituai hendaklah dipisahkan daripada batangnya dan tanah yang melekat dibuang. Rizom kemudiannya diangkut ke tempat pembasuhan menggunakan bekas seperti raga buluh atau bakul plastik. Semasa pengendalian perlulah berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan pada rizom. Rizom halia seterusnya dinilai dan rizom yang rosak perlu diasingkan atau dibuang. Air bersih digunakan untuk membuang tanah dan serangga yang melekat pada rizom (Sila lihat foto disebelah). Rizom ini sebaiknya direndam di dalam larutan campuran Bordeaux (500 ppm) selama 15 minit bagi mengawal pertumbuhan kulat. Seterusnya rizom dikeringkan di kawasan yang redup atau di bawah kipas. Selanjutnya melalui proses rawatan iaitu halia yang telah kering diletakkan pada suhu bilik selama 4-5 hari bagi membolehkan pembentukan lapisan pelindung pada kulit luar rizom. Kemudian halia digred untuk dipasarkan. Tanaman Halia seperti yang dinilai dari segi ekonomik seperti anggaran kosting disediakan. Jumlah kos pengeluaran halia tua sehektar bagi tanaman di tanah mineral adalah lebih kurang RM24,720 semusim iaitu berdasarkan kos kerja kontrak, bahan input, kos tenaga pekerja dan kos luar jangka masing-masing sebanyak RM800, RM17,530 dan RM2,250 (Jadua/2). Oari segi penggunaan bahan, kos benih adalah yang tertinggi iaitu sebanyak RM9,000 bagi keperluan 1.8 tan benih sehektar. Kos ini berdasarkan harga benih sebanyak RM5,000/t. Manakala dari segi kos tenaga pula, kos memungut hasil dan pengendalian lepas tuai sebanyak RM1,500 adalah yang tertinggi. Berdasarkan anggaran hasil rizom segar antara 15-22 t/ha, kos pengeluarannya antara RM 1.12-RM 1.65. Smuga anda mendapat keberkatan dengan ilmu yang diberikan. Wasallam!. Selamat Hari Raya!...
TANAM HALIA..KATEGORI HERBA...
HALIA BENTONG...MAHAL HARGA...
BANYAK KHASIAT...BANYAK GUNA...
TANAM SENDIRI... MACAMANA CARA?...

By,
M Anem, 
Senior Agronomist,
Jalan Cendana 2, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Badar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 Ramadan 1436H)

Sunday, August 2, 2015

HERBA - HALIA (Part 1)

HALIA (Zingiber officinaIe Ross) adalah sejenis tumbuhan umbisi yang juga dikategorikan sebagai sejenis HERBA berdasarkan kepada penggunaan dan khasiatnya. Penulis telah menulis lebih dari 7 artikel sebelum ini mengenai tanaman herba. Anda boleh layari artikel tersebut dengan pautan disini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Halia merupakan tanaman penting dimana ia mempunyai banyak nama seperti Ginger (lnggeris), Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia) Kinkh, Khing­ daen (Thailand) dan beberapa lagi. Tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae sama keluarga dengan tanaman kunyit dan lengkuas. Halia merupakan salah satu jenis rempah-ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah sejarah penjajahan berlaku disebabkan oleh perdagangan rempah seperti halia yang juga amat terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia pada masa ini adalah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit. Di Semenanjung Malaysia kawasan utama penanaman halia adalah dikawasan berbukit Janda Baik Daerah Bentong dengan varieti Halia Bentong (Sila baca disini) dan juga di Kundasang, Sabah (menanam varieti Halis Sabah). Kedua-dua kawasan pengeluaran utama halia di Malaysia semakin berkurangan luasnya akibat banyak faktor yang mengancam industri penanaman halis di Malaysia. Artikel malam ini (Malam Raya) saya sempat untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" sekadar menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran berfikir.

Tumbuhan Halia ialah tumbuhan herba jenis saka yang tumbuh dengan ketinggian antara 30-100 cm. Tanaman ini mempunyai pucuk dan daun yang tersusun berdekatan di antara satu sama lain. Bunga halia berwarna ungu ke coklatan. Di Malaysia pembungaan jarang berlaku dalam keadaan iklim di negara ini. Rizomnya bercabang dan berkedudukan secara mendatar berdekatan dengan permukaan tanah. Isi rizom halia bersifat keras dan tebal dan mempunyai cabang berbentuk jari. Ukuran garis pusat antara 1.5-2.5 cm. Ciri-ciri rizom seperti kandungan serabut, hasil dan kepedasan (pungency) berbeza mengikut varieti. Dua kultivar halia yang telah lama ditanam di Malaysia ialah Halia Bentong (Halia Bukit Tinggi) dan Halia Tanjung Sepat (Halia Indonesia). Kedua-dua kultivar ini dipercayai berasal dari China dan India. Halia Bentong mempunyai rizom besar dan elok rupa bentuknya dengan isi berwarna pucat keputihan. Kultivar ini kurang berserabut dan bermutu tinggi. Ia ditanam dikawasan berbukit sekitar Bentong semenjak lama dulu sebagai tanaman komersil. Halia Tanjung Sepat pula mempunyai rizom berbentuk kurus dan panjang. Warna isinya ialah kekuningan muda dan lebih banyak serabut. Tanaman ini kurang diminati oleh kebanyakkan petani kerana banyak faktor. Dua kawasan penanaman halia di bentong dan Kundasang merupakan pembekal utama halia segar di Malaysia. Penanaman halia dalam plibeg kini menjadi popular di negara jiran (Sila lihat foto sebelah). Cara ini boleh dilakukan sendiri dirumah sebagai satu program "Jom Tani" atau (Menanam sayuran sendiri) yang kini telah dilancarkan oleh kerajaan. 

Apakah dia khasiat dan kegunaan halia sebagai herba yang sangat diperlukan oleh manusia?. Sejak dahulu halia telah digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulan dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif di dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan, halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri. Apa pun penulis amat suka dengan minuman air halia panas atau susu sarbat kerana ia amat menyegarkan sama ada dibuat sendiri dirumah atau minum di kedai mamak.

Penulis membuat beberapa rujukkan mengenai kesesuaian iklim dan tanah untuk penanaman halia. Umumnya halia secara asasnya ialah tanaman kawasan tropika dan sesuai ditanam di kebanyakan tempat di Malaysia. Tanaman ini tumbuh dengan baik pad a ketinggian tanah sehingga 1,500 m dari aras laut. Salah satu kawasan pengeluar halia yang utama di negara ini ialah Bukit Tinggi, Bentong. Kawasan ini mempunyai ketinggian antara 600 - 700 m dari aras laut dengan suhu minimum dan maksimum masing-masingnya 16OC dan 28°C. Keperluan hujan yang optimum yang diperlukan ialah 2,000 - 3,000 mm setahun. Bagaimanapun, taburan hujan lebih penting daripada jumlah hujan. Hujan sederhana lebat perlu semasa menanam, hujan lebat semasa pertumbuhan manakala tiada hujan kira-kira sebulan sebelum menuai kecuali jika hasil dituai muda. Halia matang perlu dituai pada musim kering untuk mengelakkan masalah reput rizom dan percambahan di ladang. Kemudahan pengairan adalah perlu di kawasan yang kekurangan hujan. Halia boleh ditanam di pelbagai jenis tanah iaitu dari tanah gambut sehingga tanah yang agak liat. Hasil yang terbaik boleh didapati dari tanah jenis 10m yang bersaliran sempurna serta bebas daripada penyakit bawaan tanah seperti penyakit layu bakteria. Tanah yang gembur, kaya dengan bahan organik dan bersaliran baik dapat memastikan perkembangan dan pembesaran rizom yang sempurna. Tanaman halia amat peka kepada keadaan air bertakung. Ketahanan kemasaman (pH) tanah bagi tanaman halia ialah 4.3 - 7.4, manakala pH yang optimum ialah 6.8 - 7.0. Kawasan penanaman halia hanya tertumpu dikawasan yang mana petani mempunyai kemahiran dan jaminan pasaran serta harga yang menguntungkan. Artikel ini bersambung kepada Part 2 dan Part 3. Wasallam!.

Penanaman halia dalam polibeg - Amalan Teknologi Terkini
TANAM HALIA..KATEGORI HERBA...
HALIA BENTONG...MAHAL HARGA...
BANYAK KHASIAT...BANYAK GUNA...
TANAM SENDIRI... MACAMANA CARA?...

By,
M Anem, 
Senior Agronomist,
Jalan Cendana 2, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Badar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 Ramadan 1436H)

HERBA - HALIA (Part 2)

HALIA (Zingiber officinaIe Ross) adalah sejenis tumbuhan umbisi yang juga dikategorikan sebagai sejenis HERBA berdasarkan kepada penggunaan dan khasiatnya. Penulis telah menulis lebih dari 7 artikel sebelum ini mengenai tanaman herba. Anda boleh layari artikel tersebut dengan pautan disini (Sila klik disini)(Sila klik disini)(Sila klik disini) dan banyak lagi. Halia merupakan tanaman penting dimana ia mempunyai banyak nama seperti Ginger (lnggeris), Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia) Kinkh, Khing­ daen (Thailand) dan beberapa lagi. Tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae sama keluarga dengan tanaman kunyit dan lengkuas. Halia merupakan salah satu jenis rempah-ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah sejarah penjajahan berlaku disebabkan oleh perdagangan rempah seperti halia yang juga amat terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia pada masa ini adalah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit. Di Semenanjung Malaysia kawasan utama penanaman halia adalah dikawasan berbukit Janda Baik Daerah Bentong dengan varieti Halia Bentong (Sila baca disini) dan juga di Kundasang, Sabah (menanam varieti Halis Sabah). Kedua-dua kawasan pengeluaran utama halia di Malaysia semakin berkurangan luasnya akibat banyak faktor yang mengancam industri penanaman halis di Malaysia. Artikel malam ini (Malam Raya) saya sempat menulis dalam "Anim Agro Technology" sekadar menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran berfikir.


Proses penyediaan kawasan tanaman halia berbeza mengikut lokasi dan kawasan. Penyediaan tanah yang baik ialah satu prasyarat untuk menjamin kejayaan pengeluaran halia. Bagi tanah mineral, tanah perlu dibajak dan dibajak putar 1-2 kali sehingga gembur. Bagi tanah gambut yang baru diterokai dan mempunyai akar-akar serta tunggul pokok, kerja penggemburan terpaksa dijalankan secara manual. Bagi tanah gambut yang baru diterokai biasanya mempunyai pH 3.6. Pembaikan tanah boleh dilakukan dengan membubuh debu kapor atau kapur magnesium berkisar (GML) untuk meningkatkan pH tanah. Sebanyak 7.5 t/ha kapur adalah mencukupi untuk tujuan membolehkan penanaman halia di tanah gambut ini. Bagi tanah mineral pula, kapur jarang digunakan kecuali jika pH kurang daripada 5. Sebaiknya batas tanaman dibina setelah selesai kerja pengemburan. Penyediaan batas sangat perlu bagi tanah yang kurang baik salirannya atau kawasan yang mudah bertakung air. Ukuran batas biasanya 60-120 cm lebar, 25-30 cm tinggi dan jarak di antara batas pula kirasekitar 30-80 cm. Panjang batas disesuaikan mengikut keadaan ladang. Di kawasan bercerun yang mempunyai saliran air yang baik pula, halia boleh ditanam tanpa batas tetapi baris tanaman mengikut kontur. Penanaman halia dikawasan lereng bikut sekitar daerah bentong dilakukan dengan meracun kawasan dan menggemburkan cara manual sebelum aktiviti penanaman.


Bahan tanaman halia boleh dibiakkan secara tampang daripada keratan rizom yang sihat dan eukup matang berumur lebih 9 bulan. Kira-kira 1,500 - 2,000 kg rizom segar yang terpilih diperlukan untuk satu hektar tanaman. Rizom halia ini perlu disimpan di tempat yang lembap, teduh dan baik peredaran udaranya untuk menggalakkan percambahan tunas. Tunas-tunas biasanya bereambah dalam tempoh 2-3 minggu setelah disimpan. Rizom kemudian dipotong sepanjang 5 cm atau lebih dengan setiap potongan mempunyai sekurang-kurangnya dua tunas. Kira-kira 25 - 30 potongan boleh didapati daripada 1 kg rizom. Potongan rizom halia perlu dirawat seeara merendamnya di dalam campuran Bordeaux (2 kg kuprum sulfat, 2 kg kapur basah dan 250 liter air) atau larutan 1 % formalin selama 5 minit dan dikeringkan semalaman sebelum ditanam. Rawatan pencegahan begini amat penting untuk mengurangkan kejadian penyakit di ladang. Benih halia yang sesuai ditanam perlu disediakan sebelum aktiviti menanam diladang. 


Masa penanaman sebaiknya bertepatan dengan awal musim hujan. Jarak tanaman yang paling sesuai ialah 25 cm dalam baris dan 45 cm di antara baris. Amalan yang biasa dilakukan adalah menanam 2-3 baris dalam satu batas (Sila lihat foto disebelah). Potongan rizom ditanam dalam alur sedalam 10 cm dengan bahagian tunas yang telah bercambah menghala ke atas. Setelah tumbuh pucuk iaitu 2 – 4 minggu selepas menanam, lindungan sementara menggunakan daun kelapa, disyorkan sehingga tanaman berumur 3 bulan. Lindungan ini dapat mengurangkan kejadian lecur disebabkan cahaya matahari yang boleh mendedahkan tanaman ini terhadap penyakit bintik daun. Halia merupakan antara tanaman yang memerlukan zat nutrien yang agak tinggi. Oleh yang demikian, pemberian baja dalam bentuk organik dan tak organik adalah penting untuk mendapatkan pertumbuhan dan hasil yang memuaskan. Memandangkan tanaman ini agak panjang jangka matangnya, maka baja tak organik (sebatian NPK 12:12:17:2+ Te) diberi secara berperingkat. Jumlahnya dibahagikan sama banyak mengikut bilangan pembajaan. Baja organik (najis ayam) pula diberikan 3 - 5 hari sebelum menanam. Kawalan rumpai boleh dilakukan secara manual sebanyak tiga kali bagi semusim tanaman iaitu kira-kira 2-3 bulan sekali. Kerja untuk merumput kali kedua dan ketiga biasanya dilakukan serentak dengan kerja membaiki batas dan menepur tanah. Aktivitii pengaporan tanah ialah menimbunkan tanah ke pangkal rumpun halia bagi tujuan mengelakkan rizom daripada terdedah di samping menggalakkan pertumbuhan tanaman. Penggunaan sungkupan seperti jerami padi atau lalang kering adalah digalakkan terutama di peringkat awal penanaman. Sungkupan boleh mengurangkan populasi rumpai, hakisan tanah dan larut resap nutrien serta mengawal lembapan tanah. Artikel ini bersambung Part 1 dan Part 3. Wasallam!...
TANAM HALIA..KATEGORI HERBA...
HALIA BENTONG...MAHAL HARGA...
BANYAK KHASIAT...BANYAK GUNA...
TANAM SENDIRI... MACAMANA CARA?...

By,
M Anem, 
Senior Agronomist,
Jalan Cendana 2, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Badar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 Ramadan 1436H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...