Support My Blog

Sunday, June 30, 2019

DURIAN TELUR BUAYA - APA DIA

DURIAN TELUR BUAYA (Durio zibethinus) merupakan satu varieti durian yang diberikan kepada spesis ini dengan nama lokaliti yang menarik. Varieti durian ini penulis blog dapati hanya popular setempat sahaja mengikut perakuan yang dibuat oleh pemilik pokok atau pun penjual durian sahaja. Daripada semakan penulis blog mengenai 128 varieti durian yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian didapati memang tidak ada nama varieti Durian Telur Buaya.  Anda boleh membuat rujukkan sebanyak 5 artikel mengenai semua varieti durian di Malaysia yang telah didaftarkan di Malaysia dengan pautan berikut (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Penelitian saya mendapati hanya ada satu varieti durian yang mempunyai nama yang hampir serupa iaitu D167 dengan nama varieti 'Buaya' sahaja yang didaftarkan pada tahun 1997 dari Selangor. Varieti ini telah didaftarkan dibawah nama En Yap daripada Kuala Langat, Selangor. Ada berkemungkinan varieti buaya dengan varieti telur buaya adalah varieti yang sama dan juga ia berkemungkinan merupakan varieti yang berlainan. Ini kerana keterangan mengenai varieti buaya yang diberikan amat mudah dan tidak mempunyai pencirian khusus. Dalam lamanweb Jabatan Pertanian keterangan durian varieti Buaya diterangkan sebagai ''Buah besar, bentuk bujur panjang berkulit tebal dan berwarna hijau perang. Ulasnya besar, berwarna kuning oren rasanya lemak manis dan mutunya baik''. Melihat foto diatas dan dibawah penulis blog dapati pencirian diatas seakan serupa dengan buah durian telur buaya yang dipaparkan diatas (Sila lihat foto diatas dan paling bawah). Bagaimana pun penulis blog tidak berupaya menyatakan bahawa varieti durian D167 (Buaya) itu adalah sama atau sinonim dengan Durian Telur Buaya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya paparkan satu penulisan mengenai durian varieti telur buaya sekadar untuk menjadi bahan rujuak anda semua.


Dalam pencarian info melalui temubual dengan beberapa penjual benih durian, penanam durian, peraih durian dan juga di dalam lamanweb, ada beberapa individu menyatakan mereka ada mendengar varieti durian telur buaya. Bagaimana pun ianya hanya 'hear and say' sahaja sebab penulis blog dapati memang tidak ada didaftarkan varieti ini. Bagaimana pun dalam laman web memang ada benyak juga artikel mengenai varieti ini dimana kebanyakannya dipelopori oleh mereka yang menjual benih durian varieti telur buaya. Dalam iklan yang mereka dakwa dimana mereka tulis harga benih ini diantara semurah RM10 sepokok sehingga RM35 sepokok. Ada juga pengusaha nurseri yang menjual benih ini dengan harga jauh lebih tinggi. Penulis blog rasa oleh kerana kepandaian penjual benih ini meyakinkan pembeli maka mereka sanggup membayarnya dengan kos agak tinggi bagi mendapatkan benihnya (Sila lihat foto disebelah). Pada saya sebaiknya pembeli benih durian boleh bertanya kepada penjual akan kesahihan benih durian tersebut dengan minta Sijil Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) yang mana ia dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Sijil ini dikeluarkan kepada pemilik nurseri yang telah mereka memohonnya dimana kemudian pemeriksaan anak pokok dan pokok induk oleh pakar akan mengesahkan sesuatu varieti buah-buahan (terutama durian) dengan betul dan dijamin. Bagaimana pun penulis blog masih belum melihat durian varieti telur buaya ini ada didalam sistem persijilan SPBT. Ini bermakna mereka yang ada mendakwa benih durian telur buaya sebenarnya masih tidak menjamin akan kualiti benih mereka.


Melihat sendiri penjual durian varieti telur buaya yang ada dijual dibeberpa lokasi seperti di Perak, Langkawi, Kelantan dan beberapa lokasi lain ia memang seronok. Drurian ini mempunyai warna kulit hijau keperangan dimana ianya mempunyai tangkai agak panjang dan durinya yang sederhana saiz dan bentuknya (Sila lihat foto disebelah). Buah durian ini juga dijual dengan harga yang agak baik iaitu sekitar RM12 - RM18 sekilogram mengikut lokaliti. Cili bentuk buah, tekstur isinya dan tahap kemanisan serta aromanya tidak dinyatakan dengan piawaian khusus kerana varieti ini tidak didaftarkan dengan jelas. Bagaimana pun didalam beberapa temubual juga dinyatakan kebanyakan peminat durian telur buaya nyatakan buah yang mereka beli memang enak dan sedap rasanya seakan durian premium yang lain. Beberapa peminat buah durian akan membeli lebih daripada biasa setelah mereka merasakan keenakan buah ini yang manis, warna menarik, aroma yang sesuai dan harga yang berpatutan. Bagi tujuan 'way foward' sebaiknya ada orang atau pemilik pokok durian telur buaya di Malaysia yang mendaftarkan varieti ini dengan mengisi borang DK-1 secara percuma dan menghantarkan ke Jabatan Pertanian. Pegawai pakar di Jabatan Pertanian kemudian akan datang membuat pencirian durian untuk periksa ciri varieti ini sehingga disahkan dan sesuai untuk didaftarkan. Cara ini membolehkan dakwaan varieti durian telur buaya ini akan diketengahkan pada masa akan datang lebih terjamin. Semuga anda semua mendapat info berguna membaca artikel ini terutama pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!....
ADA VARIETI... DURIAN TELUR BUAYA...
BELUM DIDAFTAR... DALAM NEGARA...
BENIHNYA MAHAL...UNTUK BELI DIMANA...
BACA ARTIKEL... BARU DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Merdeka Indah,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(24 Syawal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...