TANAMAN KACANG SOYA atau KEDELAI (Glycine max (L.) Merill) di Indonesia setiap tahun selalu meningkat seiring dengan pertambahan penduduk dan tambahbaik pendapatan perkapita. Bagaimana pun masih diperlukan bekalan kacang soya tambahan di Indonesia yang harus diimport disebabkan pengeluaran dalam negara merka masih belum mencukupi akibat banyaknya industri makanan brasasakan kacang soya dinegara tersebut yang sangat popular iaitu TEMPE. Walau pun tahap pengeluaran kacang soya dan kawasan tanaman telah diperluas dan produktivitinya ditingkatkan, namun kini permintaan juga terus meningkat untuk kecukupan mandiri (SSL). Kini pihak berkuasa mereka membuat kempen agresif kepada petani memperluaskan tanaman kacang soya dengan sistematik. Kacang Soya atau Kedelai merupakan tanaman diercayai natif atau berasal dari Cina dan telah ditanam oleh manusia sejak 2500 SM. Pada awal abad ke-19 dilaporkan tanaman kacang soya disebar luas kebeberapa negara pengeluar utama kacang soya seperti Jepun, Korea, Indonesia, India, Australia dan Amerika (USA). Kedelai mulai dikenal di Indonesia sejak abad ke-16 dimana pada peringkat awal pengenalannya adalah dikawasan di Pulau Jawa dan ianya kemudian berkembang ke Bali, Nusa Tenggara dan ke beberapa buah Pulau lainnya. Dahulu tanaman kedelai dikenali dengan beberapa nama botani seperti Glycine soja dan Soja max. Namun pada tahun 1948 telah disetujupakai nama botani yang dapat diterima sebagai Glycine max (L.) Merill. Kementerian Pertanian Indonesia sasarkan produktiviti kedelai boleh mencapai 2.9 ton/ha pada tahun 2018. Jika target tersebut tercapai ini bemakna Indonesia akan berjaya mencapai target saaradiri kedelai. Kenyataan Kementerian Pertanian mengatakan penanaman di kawasan tanaman baru pada Oktober 2017 dan produktivitinya dicatitkan sebanyak 1.5 tan/ha akan mendorong peningkatan hasil kacang soya tempatan. Pada masa ini jumlah keperluan kedelai nasional di Indonesia sebanyak 2.4 juta tan metrik. Disasarkan kawasan baru tanaman kacang soya ini seluas daripada 500,000 hektar (2017) kepada seluas 710,000 hektar pada tahun 2019 dengan bajet sebanyak Rp1.3 trilliun. Bantuan kerajaan ini sebanyak Rp1.3 trilliun adalah berbentuk subsidi benih, baja dan juga Rhizobium bagi kawasan tanaman baru sluas 300,000 hektar pada 2019. Kawasan sasaran adalah terletak di 20 propinsi iaitu di Sumatera (153,000 ha), Jawa (130,000 ha), Kalimantan (27,000 ha), Sulawesi (110,000 ha) dan NTT/NTB (80,000 ha). Disasarkan ia akan mampu menghasilkan kacang soya sebanyak antara 800,000 - 1 juta metrik tan setahun dengan tahap produktiviti disasarkan sekitar 2.5 - 3.0 mt/ha. Projek ini dijangka mampu mengurangkan kebergantungan import kacang soya dari luar negara terutamanya dari USA. Apa pun di Malaysia masih belum ada kempen atau galakkan penanaman kacang soya seperti di negara jiran. Artikel subuh ini saya berusaha menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai marfologi tanaman kacang soya untuk rujukkan semua terutamanya petani di Malaysia yang inginkan info.
Kita rakyat Malaysia khususnya petani dan agen pengembanga pertanian dan saintis serta universisiti amat kurang bercakap mengenai penanaman kacang soya bernding dengan di Indonesia. Penulis blog kali ini ingin paparkan teknologi dan marfologi tanaman kacan soya agar lebih ramai tahu mengenai tanaman yang penting dinegara jiran ini. Tanaman kaacang spya atau kedelai umumnya ia akan tumbuh menegak, berbentuk semak, dan merupakan tanaman semusim. Morfologi tanaman kedelai didukung oleh komponen utamanya terdiri dari bahagian Akar, Daun, Batang, Lengai (polong) dan Biji sehingga pertumbuhannya boleh ketahap optima. Akar kedelai (root) mulai keluar dari belahan kulit biji yang muncul di sekitar misofil. Calon akar tersebut kemudian tumbuh dengan cepat ke dalam tanah, sedangkan kotiledon yang terdiri dari dua keping akan terangkat ke permukaan tanah akibat pertumbuhan yang cepat dari hipokotil. Sistem perakaran kedelai terdiri dari dua kaedah iaitu akar tunjang dan akar sekunder (serabut) yang tumbuh dari akar tunjang. Selain itu kedelai juga seringkali membentuk akar adventif yang tumbuh dari bahagian bawah hipokotil. Lazimnya Akar adventif terjadi akibat cengkaman tertentu seperti kadar air tanah yang terlalu tinggi. Biasanya perkembangan akar kedelai sangat dipengaruhi oleh keadaan fisikal dan kimia tanah, jenis tanah, cara bajak tanah dan juga kadar kecukupan nutrien serta ketersediaan air di dalam tanah. Pertumbuhan akar tunjang akan dapat mencapai panjang sekitar 2 meter atau lebih pada keadaan pertumbuhan optima Bagaimana pun penulis blog yang lawt tanaman kacang soya di Kaki Gunung Bromo mendapati biasanya akar tunjang akan hanya tumbuh pada kedalaman lapisan tanah dibajak yang tidak terlalu dalam iaitu sekitar 30-50 cm. Sementara akar serabut dapat tumbuh pada kedalaman tanah sekitar 20-30 cm. Akar serabut ini mula-mula tumbuh di dekat ujung akar tunjang iaitu sekitar 3-4 hari setelah bercambah dan akan semakin bertambah banyak dengan pembentukan akar-akar muda yang lain.
Dalam pada itu marfologi Batang (Stem) kacang soya dan dahan atau cabang Hipokotil pada proses bercambahan merupakan bahagian batang bermula dari pangkal akar sampai kotiledon. Hopikotil dan dua keping kotiledon yang masih melekat pada hipokotil akan keluar menerobos ke permukaan tanah. Bahagian batang yang bercambah yang berada diatas kotiledon tersebut dinamakan epikotil. Pertumbuhan batang kedelai dibezakan menjadi dua jenis iaitu jenis determinate dan jenis indeterminate. Apa yang membezakan sistem pertumbuhan batang ini adalah didasarkan atas kedudukan bunga pada pucuk batang. Pertumbuhan batang jenis determinate ditunjukkan dengan batang yang tidak tumbuh lagi pada mas tanaman mula berbunga. Sementara bagi pertumbuhan batang jenis indeterminate dicirikan bila pucuk batang tanaman masih boleh tumbuh daun, walaupun tanaman sudah mulai berbunga. Disamping itu juga ada beberapa varieti kacan soya di Indonesia yang hasil kacukan persilangan dimana ia mempunyaijenis batang yang agak mirip keduanya sehingga dikategorikan sebagai semi-determinate atau semi- indeterminate. Jumlah ryas (buku) pada batang tanaman dipengaruhi oleh jenis tumbuh batang dan periode panjang penyinaran pada siang hari. Pada kedaan normal biasanya dilaorkan jumlah rusa adalah berkisar 15-30 buah. Jumlah buku batang indeterminate umumnya lebih banyak ruas dibandingkan batang determinate. Cabang akan muncul di batang tanaman. Jumlah cabang tergantung dari varieti dan keadaan tanah akan tetapi ada juga varieti kedelai yang tidak bercabang. Jumlah batang mampu menjadi sedikit apabila penanaman dirapatkan dari 250,000 pokok/hektar kepada kepadatan 500,000 pokok/hektar. Jumlah batang tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan jumlah 4 biji yang dihasilkan. Ini bermakna walaupun jumlah cabang banyak akan tetapi belum tentu pengeluaran hasilnya juga banyak.
Marfologi daun kacang soya mudah dikenali kerana warna dan bentuknya. Daun (Leaves) kedelai mempunyai dua bentuk daun yang dominan sama ada jenis stadia kotiledon yang tumbuh semasa pokok masih berbentuk baru bercambah dengan dua helai daun tunggal (Sila lihat foto disebelah) daun bertangkai tiga (trifoliate leaves) yang tumbuh selepas pokok matang. Bentuk daun kedelai ada dua iaitu bulat (oval) dan Tajam (lanceolate). Kedua bentuk daun tersebut dipengaruhi oleh faktor genetik. Bentuk daun diperkirakan mempunyai korelasi yang signifikn dengan potensi hasil soya. Umumnya dikawasan penamanam yang tahap kesuburan tanah tinggi sangat sesuai untuk varieti soya yang mempunyai bentuk daun lebar. Daun mempunyai stomata pula berjumlah antara 190-320 buah/m2 . Daun mempunyai bulu dengan warna cerah dan jumlahnya bervariasi. Panjang bulu bisa mencapai 1 mm dan lebar 0.0025 mm dimana lazimnya kepadatan bulu bervariasi bergantung kepada varieti akan tetapi biasanya antara 3- 20 buah/mm2 . Jumlah bulu pada varieti berbulu lebat akan dapat mencapai 3- 4 kali lipat hasil soya berbanding dengan varieti yang berbulu normal. Contoh varieti soya yang berbulu lebat adalah IAC 100 sedangkan varieti yang berbulu jarang seperti Wilis, Dieng, Anjasmoro, dan Mahameru. Lebat-tipisnya bulu pada daun kacang soya juga berkait dengan tingkat toleransi varieti terhadap tahap serangan jenis serangga perosak tertentu. Serangga jenis penggerek lengai ternyata sangat jarang menyerang varieti kedelai yang berbulu lebat. OPetani tanaman kedelai kini lebih cenderung memilih varieti kacang soya yang tahan serangan perosak dimana ia ada bulu di daun, lengai dan dibahagian batangnya.
Bunga (Flower) Tanaman Kacang Soya sama dengan kekacang lain mempunyai dua stadia tumbuh iitu jenis stadia vegetatif dan jenis stadia reproduktif. Stadia vegetatif mulai dari tanaman bercambah sehingga masa ia berbunga sementara stadia reproduktif mulai dari pembentukan bunga sampai peringkat masak biji. Tanaman kedelai di Indonesia yang mempunyai panjang hari purata sekitar 12 jam dan suhu udara yang tinggi (lebih 30° C) dam ada sebahagian besar akan mula berbunga pada umur antara 5-7 minggu. Tanaman kedelai termasuk peka terhadap perbedzaan akan panjang hari khususnya semasa tahap pembentukan bunga. Bunga kedelai menyerupai kupu-kupu dimana tangkai bunga umumnya tumbuh dari ketiak tangkai daun yang diberi nama rasim (Sila lihat foto disebelah). Jumlah bunga pada setiap ketiak tangkai daun tidak sama iaitu di antara 2-25 bunga yang mana ia bergantung keadaan persekitaran dan varieti. Bunga pertama yang terbentuk umumnya pada ruas buku kelima, keenam atau pada ruas buku yang lebih tinggi. Pembentukan bunga juga dipengaruhi oleh suhu dan faktor kelembaban. Pada suhu tinggi dan kelembaban rendah dengan jumlah sinaran matahari yang jatuh pada ketiak tangkai daun lebih banyak. Perkara ini akan merangsang pembentukan bunga dimana setiap ketiak tangkai daun yang mempunyai kuncup bunga dan dapat berkembang menjadi polong disebut sebagai buku subur. Tidak setiap kuncup bunga dapat tumbuh menjadi polong dimana hanya berkisar 20-80%. Jumlah bunga yang gugur pula tidak akan dapat membentuk polong yang cukup besar. Gugurnya bunga ini dapat terjadi pada setiap posisi buku pada 1- 10 hari setelah mulai terbentuk bunga. Jangkamasa berbunga pada pokok tanaman kedelai cukup lama iaitu 3-5 minggu untuk kawasan iklim subtropik dan 2-3 minggu di iklim tropik sma seperti di Indonesia. Jumlah bunga pada jenis batang determinate umumnya lebih sedikit jika dibandingkan pada batang jenis indeterminate. Warna bunga yang umum pada berbagai varieti kedelai hanya iaitu putih dan ungu.
Lengai (Polong) dan biji Polong kedelai pertama kali terbentuk sekitar 7-10 hari setelah munculnya bunga pertama. Panjang polong muda sekitar 1 cm dan jumlah polong yang terbentuk pada setiap ketiak tangkai daun sangat beragam, antara 1-10 buah dalam setiap kelompok. Pada setiap kawasan tanaman biasanya jumlah polong dapat mencapai lebih dari 50 unit bahkan ratusan polong. Kecepatan pembentukan polong dan pembesaran biji akan semakin cepat setelah proses pembentukan bunga berhenti. Ukuran dan bentuk polong menjadi maksima smasa peingkat pemasakan biji. Ianya kemudian diikuti oleh perubahan warna polong iaitu dari hijau menjadi kuning kecoklatan pada masa ia masak. Di dalam polong terdapat biji yang berjumlah 2-3 biji. Setiap biji kedelai mempunyai ukuran berberbagai daripada paling Saiz Kecil (7-9 g/100 biji), Saiz Sedang (10-13 g/100 biji) dan Saiz Besar (Lebih 13 g/100 biji). Bentuk biji berbagai dan ia bergantung pada varieti iaitu bulat, agak leper dan bulat telur. Namun demikian sebahagian besar biji berbentuk bulat telur. Biji kedelai terbagi menjadi dua bagian utama iitu kulit biji dan janin (embrio). Pada kulit biji terdapat bahagian yang disebut pusar (hilum) yang berwarna coklat, hitam, atau putih. Pada ujung hilum terdapat mikrofil yag berupa lubang kecil yang terbentuk pada saat proses pembentukan biji. Warna kulit biji berbagai daripada warnai kuning, hijau, coklat, hitam atau kombinasi campuran dari warna-warna tersebut. Biji kedelai tidak mengalami masa dormansi sehingga setelah proses pembijian selesai dan biji kedelai dapat langsung ditanam. Namun demikian biji tersebut harus mempunyai kadar air berkisar 12-13%.
Bintil Akar (Root nodules) dan aktiviti Pengikatan Nitrogen (N Fixation) pada tanaman kacang soya dapat mengikat nitrogen (N2) di atmosfera melalui aktiviti oleh bekteri` pengikat nitrogen iaitu Rhizobium japonicum. Bakteria ini ada terbentuk di dalam akar tanaman yang diberi nama nodul atau bintil akar (Sila lihat foto disebelah). Keujudan Rhizobium japonicum ini di dalam tanah memang sudah sedia ada dalam tanah yang telah ditanam dengan kedelai atau memang sesuai ia dapat ditambahkan ke dalam tanah. Nodule atau bintil akar pada tanaman kedelai umumnya dapat mengikat nitrogen dari udara pada umur 10 -12 hari setelah menanam bergantung persekitaran tanah dan suhu. Kelembaban tanah yang cukup dan suhu tanah sekitar 25°C sangat membolehkan proses pertumbuhan bintil akar tersebut. Perbezaan warna hijau daun pada awal pertumbuhan (10 15 hari lepas tanam- HST) itu merupakan tanda awal keberkesanan Rhizobium japonicum. Sebaiknya proses pembentukan bintil akar sebenarnya sudah terjadi mulai umur 4 - 5 HST lagi iaitu sejak terbentuknya akar tanaman. Pada masa itu lazimnya berlaku infeksi pada akar rambut yang merupakan titik awal dari proses pembentukan bintil akar. Lazimnya semakin banyak permukaan akar yang terbentuk maka semakin besar pula kemungkinan jumlah bintil akar atau nodule yang terjadi. Kemampuan mengikat N ini akan bertambah seiring dengan bertambahnya umur tanaman akan tetapi maksima hanya sampai akhir masa berbunga atau mulai pembentukan biji. Setelah masa pembentukan biji biasanya kemampuan bintil akar memfikasi N akan menurun bersamaan dengan umur dan semakin banyaknya bintil akar yang tua dan luruh. Berlaku juga persaingan proses fotosintesis dengan proses pembentukan biji dengan aktiviti dalam bintil akar. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi keberkesanan aktiviti untuk proses inokulasi. Biasanya jika diuat inokulan berisi organisma hidup maka harus ianya terlindung dari panas akan sinaran matahari terus kepasanya atau suhu tinggi dan cuaca kering sebab ini akan menurunkan populasi bakteria dalam media inokulan sebelum digunakan. Apabila perlu, disyorkan agar bahan inokulan dapat disimpan dalam tempat sejuk peti ais pada suhu 4°C sebelum digunakan. Inokulan yang baik akan berisi sebanyak 105 - 107 sel/gram bahan pembawa. Pada waktu pnggunaan bakteria Rhizobium japonicum ini sebaiknya jangan buat semburan sebarag racun kimia Racun ini boleh membunuh bakteria inokulan. Sementara penggunaan racun rumpai tidak banyak kesannya terhadap jumlah dan aktiviti bakteria ini. Ada beberapa kaedah penggunaan bakteria ini sama ada dibubbuh dalam biji benih sebelum mennam, gunakan sperinkler atau kaedah tepong ditabur atau inokolasi terus pada tanah. Kadar digunakan sekitar sekitar 5 - 8 g/kg benih kedelai. Mula-mula biji kedelai dibasahkan dengan air secukupnya dan ia kemudian diberi bahan bakteria Rhizobium sehingga bakteria tersebut dapat melekat di biji. Bakteria tersebut kemudian dapat melakukan infeksi pada akar sehingga terbentuk nodule atau bintil akar. Bahan pembawa bakteria pada inokulasi biji ini umumnya berupa humus (peat). Tanaman kedelai dikenal sebagai sumber protein semlajadi yang murah karena kadar protein dalam biji kedelai lebih dari 40%. Semakin besar kadar protein dalam biji maka akan semakin banyak pula keperluan baja nitrogen sebagai bahan utama protein. Dilaporkan bahwa untuk memperolehkan hasil biji 2.50 metrik tan/ha maka diperlukan nitrogen sekitar 200 kg/ha. Dari jumlah tersebut, sekitar 120 - 130 kg nitrogen dipenuhi dari kegiatan pengikatan nitrogen. Pebajaan nitrogen sebagai pemula (starter) pada awal pertumbuhan kedelai perlu dilakukan untuk pertumbuhan dalam 1 minggu pertama. Pada keadaan tersebut lzimnya akar tanaman belum berfungsi sehingga tambahan nitrogen diharapkan dapat merangsang pembentukan akar. Hal ini akan membuka kesempatan pembetukan bintil akar. Selain itu, sistem bercambah kedelai berupa epigeal sehingga persediaan makanan. Bintil akar kedelai dalam kotiledon lebih banyak digunakan untuk pertumbuhan awal vegetatif dan seringkali nitrogen yang diperlukan tidak tercukupi. Bila penggunaan baja nitrogen terlalu banyak maka ia akan menekan jumlah dan ukuran bintil akar sehingga akan mengurangkan kecekapan pengikatan N dari atmosfera bebas. Semuga artikel ini memberi info berguna kapada anda pbaca smua Wasallam!!!...
NAMA KEDELAI... ITU KACANG SOYA...
LUAS DITANAM... JIRAN DI INDONESIA...
TEKNOLOGI TANAMAN... SUDAH ADA...
MARI MEMBACA... TAMBAH ILMU DIDADA..`
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tmn Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka, Malaysia.
(6 Syawal 1440H).
Published from:
Room 308, Sofera Hotel, Manjung, Perak.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.