Support My Blog

Saturday, June 15, 2019

TANAMAN KENTANG - TEKNOLOGI (Part 1)

TANAMAN KENTANG (Solanum tuberosum L.) memang agak kurang diketahui dikalangan petani di Malaysia akan tetapi merupakan tanaman popular di Indonesia terutama di Pulau Jawa. Kentang atau 'Potato' dalam bahasa Inggeris memang antara produk makanan pertanian yang banyak diimpor oleh Malaysia terutama daripada beberapa negara pengeluar kentang duia sama ada dalam bentuk kentang segar atau kentang siap proses. Kentang tumbuh di lebih dari 100 negara didunia dimanatanaman kentang boleh ditanam di kawasan ropika dan sub-tropika dimana faktur suhu memainkan peranan penting. Suhu menentukan kadar pertumbuhan umbisi kentang dimana pada suhu di bawah 10°C (50° F) dan di atas 30°C (86° F) ia jejaskan hasil. Suhu paling optima untuk penanaman kendtang diantara 18 - 20 ° C (64-68° F). Bagaimana pun orang Malaysia antara yang banyak makan kentang kerana ia digunakan dalam banyak jenis masakkan daripada jenis masakan tradisional sehingga makanan moden dan makanan segera. Kalau kita pergi ke Restoren KFC atau McDonald atau lain-lain rangkaian restoren makanan segera menu makanan berasaskan kentang memang manjadi satu kebiasaan. Tanaman kentang tidak menjadi pilihan petan di Malaysia kecuali dibeberapa lokasi tanah tinggi seperti di Cameroon Highland dan beberapa lokasi tanah rendah yang lain. Difahamkan dimana sejarah tanaman kentang di negara Indonesia yang banyak menghasilkan kentang bermula semenjak abad ke 17 hingga abad ke 18 daripada benih yang didatangkan daripada kawasaniklim subtropika iaitu dari Eropah. Kawasan utama penanaman tanaman kentang di Indonesia terletak di Lembang dan Pangalengan (Jawa Barat), Magelang (Jawa Timur) dan juga di Bali. Pengeluran kentang Indonesia pada tahun 1998 mencapai 1,011,316 metrik tan dan sekarang telah bergganda jumlahnya. Dalam pada itu tanaman Kentang (Solanum tuberosum L) termasuk jenis tanaman sayuran semusim yang berumur pendek dan mempunyai perdu dan tumbuh seakan semak. Kentang termasuk tanaman semusim sebab ia hanya satu kali untuk mengeluarkan hasil kemudian pokok mati. Biasanya jangkamasa umur tanaman kentang antara 90 -180 hari. Dalam pengkelasan tumbuhan kentang diklasifikasikan sebagai dari keluarga Solanaceae. Kumpulan tanaman ini ada juga spesies-spesies lain yang merupakan spesies liar di antaranya Solanum andigenum Linn, Solanum anglgenum Linn, Solanum demissum Linn dan lain-lain lagi. Varieti kentang yang banyak ditanam di Indonesia adalah kentang isi kuning seperti Granola, Atlantis, Cipanas dan juga Segunung. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro technology'' saya menulis mengenai teknologi penanaman kentang seperti yang dilakukan dinegara jirn Indonesia untuk bahan rujukkan dan bacaan anda.

Tanaman kentang adaah penting sebgai sumber karbohiderat dan zat-zat lain yang dipertukan oleh manusia. Ini kerana bila dibuat analisa makmal umbisi kentang merupakan sumber utama karbohidrat. Kentang menjadi makanan asasi kepada  banyak negara barat. Zat-zat makanan yang terkandung dalam 100 gram bahan adalah kalori 347 kal, protein 0.3 gram, lemak 0.1 gram, Karbohidrat 85.6 gram, Kalsium (Ca) 20 gram, Fosforus (P) 30 mg, Besi (Fe) 0.5 mg dan Vitamin B 0.04 mg. Bagaimana pun ia banyak diproses dalam berbagai bentuk produk kentang untuk disimpan dan jadikan makanan penting. Benih penanaman entang diperolehi daripada benyak sumber seperti dari BahagianUmbisi, Keratan batang dan Keratan Pucuk. Jika ambil benih dari umbi pilih buah berasal dari umbi produksi beratnya sekitar 30-50 gram. Pilih umbi yang cukup tua antara 150-180 hari kerana kematangan kentang adalah mengukut varieti yang digunakan. Umbisi ini sebaiknya tidak cacat, umbisi sihat dan daripada verieti unggul yang disyorkan. Umbisi ini mesti disimpan di dalam rak atau peti di setor penimanan dengan sediakan sistem pengudaraan baik dan tahap kelembaban sekitar 80-95%. Jangkamasa  untuk penyimpanan sehingga 6-7 bulan pada suhu rendah dan 5-6 bulan pada suhu 25 darjah Celcius. Pilih umbisi dengan ukuran sederhana yang mempunyai sebanyak 3-5 mata tunas dan pastikan hanya guna umbisi sebagai benih hanya sampai generasi keempat saja. Bila umbisi ini sudah bertunas sekitar 2 cm maka umbisi ini sudah sedia untuk ditanam. Kalau benih umbisi ini dibeli sebaiknya dibeli daripada kebun atau pembekal yang mempuyai sijil pengesahan kualiti. Lazimya standard berat umbisi yang dibeli adalah mempunyai berat di antara 30 - 45 gram dengan 3-5 mata tunas. 


Penanaman kentang ini boleh dilakukan dengan terus sebiji bulat dalam lorong atau ada yang membuat belahan (Sila lihat foto disebelah). Pemotongan benih umbisi ini boleh dilakukan menjadi 1, 3 atau 4 potongan menurut mata tunas yang ada. Sebelum tanam umbisi yang dibelah harus direndam dulu di dalam larutan racun kulat seperti Dithane M-45 selama 5-10 minit. Walaupun teknik pembelahan umbisi menjimatkan kos benih akan tetapi hemat bibit biasnya umbisi yang dibelah hanya menambahkan umbisi yang lebih sedikit daripada yang tidak dibelah. Petani perlu pandai mengira akan keperluan membelah umbisi ini jika hendak menggunakan benih lain melalui teknik keratan batang atau keratan pucuk. Keratan Batang dan Keratan Tunas Pucuk adalah lebih rumit dan sukar jika petani tidak mempunyai kemahiran tinggi. Ini juga menyebaban proses penyediaan benih keratan adalah lebih lama dan berisiko. Bahan tanaman dari keratan batang atau keratan pucuk mesti ditanam ditanam di dalam polibeg dulu. Apaila ia sudah berumur sekitar 1 - 1.5 bulan dan panjang benih sudah mencecah setiggi 25 - 30 cm (1 kaki) maka ia perlu diubah ditapak semaian. Kemuidan dipilih dari benih keratan dari tapak semaian yang sihat, tidak berpenyakit dan ukuran yang memenuhi syarat penanaman dikebun. Benih ini msti mencukupi jumlahnya untuk keluasan yang besar.


Penyediaan tanah dikeun mestikan dibajak sedalam 30-40 cm sampai gembur bertujuan supaya perkembangan akar dan pembesaran umbisi berlaku secara optima. Kemudian tanah dibiarkan selama 2 minggu sebelum dibuat batas tanaman mengikut kesesuaian. bagi tanah mendatar sebaiknya dibuat batas dengan memanjang ke arah Barat-Timur agar memperoleh sinar matahari secara optima. Bagaimana pun pada tanah bercerun dan berkontor btas tanaman disedikan mengikut arah bukit untuk mengelakkan hakisan (Sila lihat foto disbelah). Biasanya lebar batas adalah 70 cm (1 jalur tanaman) atau pun sekitar 140 cm (2 jalur tanaman) dengan ketinggian batas 30 cm dan jarak antar batas 30 cm. Lebar dan jarak antar batas tanaman boleh diubahsuai dengan varieti kentang yang ditanam. Di sekeliling petak batas boleh dibuat saliran pembuangan air sedalam 50 cm dan lebar 50 cm. 3.3. Teknik Penanaman dimlakan dengan menabur baja asas iaitu baja organik berupa tahi ayam 10 ton/ha. Di Indonesia mereka juga menabur tahu kambing sebanyak 15 ton/ha atau tah lembu sebanyak 20 ton/ha diletak pada permukkaan batas tanaman iaitu seminggu sebelum tmenanam. Ada yang tambah baja orgaik pada lubang penanaman. Baja Kimia diberikan seperti baja SP-36 dengan kadar 400kg/ha. Benih umbisi yang diperlukan jika gunapakai jarak tanam 70 x 30 cm adalah 1,300 -1,700 kg/ha  yan purata berat umbisi sekitar 30-45 gram. Jadual penanaman yan terbaik di Indonesia adalah diakhir musim hujan pada bulan April-Jun setiap tahun. Bagaimana pun jika dikebun ada sistem pengairan ia membolehkan ditanam pada musim kemarau atau sepanjang tahun. Pastikan TIDAK MENANAM pada msuim hujan kerana benih banyak rosak.


Menanam umbisi kentang dilakukan pada waktu petang atau awal pagi. Lubang tanaman dibuat dengan kedalaman 8-10 cm. Benih umbisi dimasukkan ke lubang tanaman kemudian ia ditimbus dengan tanah dan tekan tanah di sekitar umbi. Benih ini akan tumbuh sekitar 10-14 hari selepas ditanam. Ramai petaniaakan meletakkan sungkupan dari jerami padai diatas batas tanaman. Aktiviti menyulam benih kentag mesti dijalankan setelah tanaman berumur 15 hari. Benih kentang ini msti sama umur dengan beih yang sedang ditanam untuk memudahkan aktiviti pengurusan dan penuaian.  sulaman merupakan bibit cadangan yang telah disiapkan. teknik penyulaman dilakukan dengan cara mencabut tanaman yang mati atau dilihat kurang baik pertumbuhanya dan perlu diganti dengan tanaman baru pada lubang yang sama. Dalam pada itu tanaman kentang adalah salah satu komoditi hortikultur yang harganya relatif stabil dimana ia tidak terlalu tergantung musim. Harga yang stabil ini lebih menjamin masa depan penanaman kentang berbanding tanaman singkat masa yang lain. Walaupun Indonesia sudah berjaya mengeksport kentang ke Malaysia melalui Brastagi ianya masih berterusan sehingga sekarang kerana ia segar, harga baik dan bekualiti. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Sila baca Part 2 dalam blog yang sama. Wasallam!!!... 
MENANAM KENTANG... DI INDONESIA...
ADA 4 VARIETI... LUAS TANAMANNYA...
TEKOLOGI DIPAPAR... ADA RUJUKNYA...
TEKNOLOGI KENTANG...BAGI PEMBACA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(4 Syawal 1440H)

Selamat Hari Raya!..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...