Support My Blog

Thursday, August 31, 2017

NANAS - KULTIVAR NANAS

NANAS (Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropika yang ditanam dibeberapa negara termasuk Malaysia. Nenas dipercayai merupakan tumbuhan yang natif atau berasal dari Brazil, Bolivia dan Paraguay dan dibawa masuk kenegara kita oleh penjajah kolonial dahulu. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae) dimana tumbuhan ini yang rendah saka kadang kala diketegorikan sebagai herba (herbaceous perennial plant) yang perlukan cahaya matahari banyak. Dari segi bentuk pokok lazimnya ia mempunyai sebanyak 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Pada bahagian daun nenas sering ada duri tajam yang kecil dan ada yang tiada duri bergantung kepada spesisnya. Buah nanas tergolong dalam buah bukan 'klimakterik' iaitu hanya masak di pokok dan apabila dipetik ianya tidak akan berlaku lagi proses pemasakan lain. Buah Nanas dikenali sebagai 'Pineapple' dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain (Pine tree). Dalam pada itu ada yang katakan buan nanas adalah 'anana' yang memberi makna sebagai "buah yang sangat baik". Malaysia dahulu adalah salah sebuah negara pengeluar dan pengeksport nenas yang unggul didunia. Bagaimana pun pada tahun 2016 seluas 15,561 hektar tanaman nanas dimajukan dengan jumlah hasil sebanyak 490,175 metrik tan yang bernilai sekitar RM151 juta (Sumber: Laporan Statistik Tanaman Nanas, LPNM, 1017). Pembangunan industri nenas adalah komoditi yang dikendalikan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Artikel malam Ahad ini say amenulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kultivar nanas untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Tanaman nanas merupakan satu industri yang mampu menjana pendapatan petani dan ia juga menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kerana ia sesuai untuk pasaran domestik dan eksport. Sejarah juga menunjukkan Malaysia merupakan negara yang penting dalam eksport keseluruh dunia nenas terutama nanas kaleng semenjak tahun 1900 lagi. Terdapat lebih daripada 45 varieti atau jenis nanas yang ada di seluruh dunia dan sebahagian besar adalah untuk tujuan penghasilan buahnya. Selain itu terdapat tanaman nenas untuk kegunaan hiasan (ornamental pineapple), nanas untuk pemprosesan dan juga untuk makan segar. Kini varieti hibrid nanas adalah yang popular ditanam termasuk nanas MD2 yang mendapat pasaran dunia dan permintaan domesti dalam negara kita. Varieti atau kultivar yang telah didaftarkan di malaysia dengan Jabatan Pertanian ada 9 iaitu daripada Ac1 sehingga AC9 (Anda boleh baca dengan link - Sila klik disini). Bagaimana pun di Stesyen Pertanian LPNM Alor Bukit, Pontian dan Muzeum Nenas di Pontian terdapat lebih daripada 40 varieti nenas yang ditanam sebagai janaplasma. Benih nanas dibiakkan melalui 3 sumber iaitu daripada bahagian Sulur Tanah (Ground suckers), Bahagian Sulur Udara (Aerial suckers) dan bahagian Jambul (crown). Pemilihan bahan tanaman yang baik perlu memathui piawaian disediakan SIRIM untuk mempastikan ketulinan varieti, kesuburan, bebas penyakit dan kualiti benih dipatuhi. Hanya benih tanaman nanas berkualiti yang melepasi Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) sesuai untuk ditanam.


Terdapat banyak Varieti atau Kultivar nenas diseluruh dunia yang ditanam mengikut keutamaan negara pengeluar. Umumnya kultivar nanas yang ditanam di Malaysia terdiri daripa 3 kumpulan yang besar iaitu Jenis nanas CAYENE, nanas SPANISH dan nanas QUEEN. Keluasan penanaman nanas di negara terus naik daripada seluas 14,833 hektar (2005) kepada 15,311 (2007) , 15,792 hektar (2009) dan seluas 17,601 (2010) seperti apa yang dilaporkan dalam Laporan Agromakanan Kementerian Pertanian 2011. Sebanyak 416,070 metrik tan nanas dihasilkan pada tahun 2010 yang bernilai RM 644.908 juta dengan purata pengeluaran nanas negara sekitar 25.1 metrik tan sehektar. Negeri Johor adalah merupakan pengeluar utana nanas di Malaysia dengan kawasan seluas 9,830 hektar (57% dari keluasan di Malaysia) dan menghasilkan sebanyak 163,830 metrik tan pada tahun 2010. Industri nanas telah lama di usahakan di Johor terutama ditanam di atas tanah gambut untuk di kaleng (ditinkan) atau pun untuk jualan nanas segar.

Nanas mempunyai 3 Kumpulan utama iaitu:

(1)  Kumpulan CAYENE 

Nanas daru kumpulan ini mempunyai saiz buah yang besar, mata buah yang rata, isinya berwarna kuning pucat dengan kandungan gula dan asid yang tinggi. Nanas jenis ini juga ada menunjukkan pertumbuhan tampang (vegetative growth) yang cepat dengan tepi daunnya halus dan berduri iaitu pada dibahagian hujung sahaja. Nanas jenis ini popular ditanam di banyak lokasi seluruh dunia untuk dikalengkan (ditinkan) dan mempuyai bentuk buah yang 'TIRUS'. SPenulis dapati memang mudah untuk kenal nanas ini iaitu seperti Nanas Sarawak (Sila lihat foto disebelah) dan Smooth Cayene daripada saiznya dan bentuknya. Antara k Kelebihan jenis ini dikatakan rintang terhadap penyakit reput teras dan juga penyakit buah hantu. Dalam pada itu jenis Nanas Sarawak (walau pun di Negeri Sarawak nanas ini dipanggil sebagai nanas 'Paun') kini dilaporkan banyak ditanam di Johor, Kelantan dan Terengganu dan didaftarkan dengan AC2. Ketinggian pokok sekitar 120 cm dengan bilangan daun sekitar 60 - 80 helai semasa pokok tersebut berbunga. Daunya berwarna hijau gelap dengan pigmentasi merah ungu di sepanjang bahagian tengah daun dan ianya berduri tajam di bahagian hujung. Kalau terkena durinya boleh luka dan gatal. Nanas ini mempunyai buah paling besar dengan 2 - 4 kg sebiji bergantung kepada jenis tanah dan kesuburan pokok. Buah nanas Sarawak berbentuk tirus dengan warna kulit hijau gelap. Pemerhatian penulis blog mendapati ramai petani sudah mengesahkan nanas ini kurang resposnsif terhadap hormon pil ANA untuk berbunga dan seterusnya berbuah kerana jenis ini dipengaruhi suhu dan fotokala (Photo period) untuk berbuah. Kajian saintis menunjukan jenis ini perlukan suhu 20 Celsius dengan sinaran siang yang pendek yang tiada di Malaysia untuk aruhan berbunga. Jenis nanas ini sentiasa dalam keadaan tampang (Vegetative) sahaja di Malaysia dan sukar untuk di aturkan penghasilan buah nanas Sarawak yang seragam dan komersil.  Antara ciri nanas Sarawak yang cukup masak dan baru dipetik terasa 'LIDAS' walau pun penulis dapati pada keseluruhannya mempunyai aroma yang unik.


(2)  Kumpulan SPANISH

Nanas Spanish adalah popular ditanam di Malaysia untuk tujuan pengeluaran bagi nanas kaleng (untuk proses atau di tinkan). Antara varieti yang memang terkenal ialah varieti Masmerah dan Gandul (AC3) yang juga banyak ditanam di Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Kedua-dua kultivar ini telah ditanam dahulu dinehgeri Johor untuk dihantar ke kilang memproses nenas. Pokok ini mempunyai 35 - 70 helai daun dengan ketinggian pokok 100 cm. Daun jenis ini mempunyai duri dibahagian hujung dan yang istimewa ialah kerana ia mempunyai banyak 'Tunas Slip' antara 2-12 tunas yang terbit pada pangkal buah. Jambulnya (Crown) nanas ini juga besar dan kadang-kadang terjadi berbilang dan juga menjadi pipih bentuknya. Saiz buah jenis ini sederhana besar sekitar 1.3 kg sebiji yang berbentuk silinder, mata agak dalam dan warna buah hijau bertukar ke ungu gelap atau jingga kemerahan apabila masak. Isinya berwarna kuning keemasan dan berserabut. Buah ini tahan lasak dan tidak mudah lebam walaupun pengendalian lepas tuai yang kasar. Dalam pada itu penulis blog dapati dimana buah kumpulan Spanish seperti nanas Gandul mempunyai empulur yang kecil dengan ukuran diameter sekitar 1.8 - 2.2 cm serta mengandungi kadar gula agak rendah (sekitar 10 -12 darjah Brix sahaja) dan kandungan Asid Citrik sebanyak 0.3 -0.6% sahaja. Nanas jenis ini kurang diserang penyakit yang lazim menyerang tanaman nanas dan mudah bertindakbalas dengan Aruhan Pembungaan. Lazimnya pil ANA atau pun Etephon akan dibubuh pada pokok yang telah sedia untuk digalakan pembungaan (Sekitar 8 bulan). Pokok nanas ini boleh diprogramkan bila masa menanam dan bila masa untuk menuai dengan kiraan yang betul dan jadual penanaman yang boleh di programkan. 


(3)  Kumpulan QUEEN

Kultivar Queen merupakan antara jenis nanas yang paling popular ditanam di Malaysia. Nanas Moris ini merupakan nanas yang paling luas ditanam untuk kegunaan segar dan juga dimasak untuk dibuat paceri nanas dan sebagainya. Nama lain dalam kumpulan ini seperti nanas Tailung 2 di Taiwan dan nanas Common Rough, nanas Ripley Queen yang ditanam di Australia. Nanas Moris rasanya manis (Gula antara 13-18 darjah brix) dan bentuk buahnya yang tirus. Nanas ini tidak sesuai untuk dikaleng kerana saiznya kecil dengan tekstur isinya rapuh dan warna kuning keemasan yang menarik bila cukup masak. Pokoknya paling kecil berbanding dengan jenis lain dengan warna daun hijau kebiruan serta ungu dibahagian tengahnya dan mempunyai duri. Buah yang kecil berwarna hijau gelap dan tidak mempunyai slip tetapi mampu menghasilkan sulur (suckers) yang banyak. Kultivar ini mampu menghasilkan buah 1 bulan lebih awal daripada kumpulan Cayene dan Spanish. Nanas Moris (Nama asal 'Mauritius') merupakan nanas yang ditanam untuk makan segar dengan jangkamasa menuai singkat sekitar 9-10 bulan sahaja. Nanas jenis ini sangat responsif atau bertindakbalas dengan baik terhadap proses pengaruhan pembungaan menggunakan pil ANA atau bahan hormon yang lain. Aktiviti penanaman nenas ini lazim menggunakan bahan tanaman daripada sulur batang yang banyak diperolehi selepas menuai buah dan mencantas daunnya. Penulis menjumpai sejenis nanas Moris tanpa anthocyanin yang jelas (hujau daunnya) di Sarawak dimana ia adalah varieti baru diperkenalkan (Sila anda lihat foto disebelah). Varian nanas jenis ini seperti nanas Moris Sungai Balang (16 - 18 Darjah Brix), nanas Moris Slipping (Jenis ini pelik sikit kerana ada slip) dan juga nanas Moris Besar (Buahnya besar sekitar 1.5 - 1.8 kg sebiji). Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna berkaitan 3 kumpulan utama nanas kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!
TANAMAN NANAS... DIDALAM NEGARA...
NANAS CAYENE... SARAWAK JENISNYA...
NANAS SPANISH... GANDUL DAH NYATA...
NANAS QUEEN... MORIS PALING LAMA...

By,
M Anem,
Seniod Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(28 Zulkaedah 1438H)
Selamat Hari Merdeka ke 60...

Wednesday, August 30, 2017

VARIETI NANAS MORIS MERANEK

NANAS MORIS MERANEK merupakan sejenis varieti nanas yang ditanam di Kg Meranek, Samarahan, Sarawak yang penulis blog dapati berbeza dengan varieti nanas Moris Biasa (AC1). Jenis nanas ini  didakwa dibawa masuk oleh penanam nanas dikawasan ini daripada Kalimantan iaitu semenjak 3 - 4 tahun dulu sebagai satu usaha menggantikan varieti tanaman nanas moris sedia dikawasan ini. Nanas (Ananas comosus) merupakan tanaman penting di Bahagian Samarahan Sarawak semenjak lama dahulu sebagai sejenis tanaman yang ditanam diatas tanah jenis 'gambut dalam' dikawasan ini. Penulis telah menemubual dengan 5 orang penanam nanas yang gigih dari Kg Meranek ini iaitu Cikgu Mohamad, Derani, Md Noh, Sahdan dan juga Azam semasa membuat tinjauan teknologi dibeberapa lokasi penanaman nanas di Sarawak. Di Negeri Sarawak banyak jenis nanas yang ditanam seperti Nanas Moris, Nanas Sarikei, Nanas Pound (Nanas Sarawak), Nanas  Pada, Nanas Bario, Nanas MD2, Nanas N36, Nanas Gandul, Nanas Josapine, Nanas Sawit dan beberapa lagi. Penanaman nanas di Sarawak dilaporkan lebih aktif semenjak LPNM memainkan peranan memberikan bantuan input pertanian dan khidmat nasehat teknikal kepada penanam nanas di negeri ini selain daripada peranan yang dimainkan secara langsung oleh Jabatan Pertanian Negeri Sarawak dan IADA Samarahan, IADA Kalaka-Saribas dan IADA Batang Lupar (Padi). Idea untuk menanam nanas moris jenis baru ini kerana penanam nanas tersebut mendapati kebanyakan pokok nanas moris sedia ada sering menghasilkan buah bersaiz kecil sahaja dengan pokok yang tidak begitu 'vigorous' walau pun diberikan input baja yang mencukupi. Penanam disini berpeluang melawat Kalimantan dan melihat ada jenis nanas moris yang sesuai untuk ditanam dan membeli benihnya. Artikel subuh ini saya mennulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan sejenis nanas moris yang belum didaftarkan yang penulis berikan nama sementara sebagai 'Nanas Moris Meranek' sebagai satu penulisan awal berkaitan varieti nanas ini untuk bahan rujukkan dan bacaan anda.


Nanas Moris Meranek ini mempunyai daun yang 'ada sedikit' dan mungkin tiada bahan anthocyanin (warna merah pada daun) tidak seperti pokok nanas moris sedia ada (AC1) yang ditanam dalam kampong sama. Bagaimana pun dilihat bentuk buah, aroma dan tekstur buahnya memang menyamai dengan ciri nanas moris. Penelitian penulis mendapati pokok nanas jenis ini amat subur dan 'vigorous' pertumbuhannya dikampong ini berbanding dengan pokok nanas moris sedia ada diplot yang bersebelahan (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai warna daun yang hijau daripada pangkal sehingga kehujungnya dan lazimnya bersaiz lebih lebar daripada biasa. Perdu pokok juga amat besar dengan mempunyai bilangan daun yang banyak serta mengeluarkan sulur tanah dan sulur udara yang lebih banyak walau pun buahnya belum matang. Daunya mempunyai duri sederhana besar bersusun ditepi daun daripada pangkal sehingga kehujungnya. Terdapat 3 orang penanam di kg meranek yang menanam nanas jenis Moris Meranek ini dimana  pada tinjauan matakasar pertumbuhannya amat baik dari segi kesuburan, penghasilan bunga dan buah. Benih yang ditanam juga amat cepat membesar berbanding dengan jenis moris biasa dengan amat signifikan. Ia ditanam dengan jarak yang sama dan amalan agronomi yang sama.


Nanas Moris Meranek ini masak dalam masa 12-13 bulan selepas ditanam dimana buah yang kekuningan sedia untuk dituai. Mengikut seorang petani iaitu Encik Derani, terdapat dua keadaan tangkai buah nanas ini iaitu yang bertangkai besar dan jenis yang bertangkai kecil. Jenis buah yang bertangkai besar dakwanya lebih besar dan manis buahnya berbanding dengan yang bertangkai kecil. Buahnya bersaiz sederhana atau bersaiz besar dengan bila masak mempunyai warna kulit kekuningan dengan kehijauan sedikit (Sila lihat foto paling bawah dengan penulis blog). Ia mempunyai jambul yang sederhana besar dengan ada lekukan sedikit dibawah jambul nanas. Apa yang menarik adalah apabila dibelah ia mempunyai warna isi yang kuning dengan sedikit keputihan diantaranya. Isi yang berwarna kuning menarik ini bagaimana pun ada masaalah mata agak dalam dimana bahagian kulit terpaksa dibuang banyak untuk memakannya. Purata berat sebiji buah nanas ini diantara 1.2 - 1.6 kg sebiji dengan anggaran harga jualan sekitar RM2.00 sekilogram iaitu lebih tinggi daripada harga jualan nanas moris AC1. Permintaan daripada pihak pemborong dan pengguna juga lebih sukakan nanas jenis ini berbanding dengan nanas AC1.


Dalam membuat ujirasa buah nanas moris ini didapati ia lebih manis daripada nanas AC1 dengan signifikan. Walau pun tiada alat Brixmeter yang dibawa tetapi dari rasa dan berdasarkan kepada pengalaman penulis anggarkan kadar kemanisan sekitar 12-14 brix. Kadar lidas juga amat kurang berbanding dengan nanas moris AC1 yang dibuat ujirasa dikebun. Bagaimana pun nanas ini mempunyai aroma, tekstur dan rasa yang berbeza dengan jenis Ac1. Apa yang diligat ketara mengenai varieti ini adalah ujudnya rongga yang kelas dilihat pada isi buah (Sila lihat foto disebelah). Rongga ini ujud kerana buah yang dipetik masih diperingkat belum matang sepenuhnya dan jika diberikan baja cukup maka rongga iini adan diisi dengan jus atau cecair menyebabkan ia lebih enak lagi. Buah yang diujirasa ini amat rangup dengan tekstur sederhana *tidak kasar dan tidak halus sangat). Penialain penulis pada aktiviti ujirasa buah nanas Moris Meranek ini dan mendapati secara keseluruhannya amat berpuas hati dan fikir memang ia boleh diterima pengguna lebih baik daripada jenis Nanas Moris AC1 sedia ada. Pengeluaran benih sulur yang banyak tetapi berperingkat ini membolehkan penukaran penanam nanas lain dikawasan sekitar boleh mula tukar kepada jenis nanas ini dimasa akan datang. Peranan pegawai pengembangan perlu untuk mereka mengembankan nanas ini walau masih ramai penanam nanas lain masih mahu kekal dengan tanaman nanas moris jenis AC1 kerana kesukaran untuk mendapatkan benih jenis ini. Nanas ini boleh didaftarkan dalam senarai varieti kebangsaan (National Varieti Plant Listing) di Jabatan Pertanian untuk membolehkan maklumat lanjut berkaitan nanas ini disebarkan. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...


NANAS MORIS... BARU DIJUMPA...
ASAL INDONESIA...IA DIBAWA...
POKOK SUBUR... MANIS RASANYA...
SESUAI DITANAM...AGAR BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Meranek, Samarahan,
Sarawak, Malaysia.
(27 Ogos 2017

Tuesday, August 29, 2017

MAKANAN SELAMAT - BERMULA DILADANG

PASTIKAH ANDA makan sayuran dan buah-buahan yang selamat?. Keselamatan makanan pada penulis blog adalah bermula dari ladang yang diusahakan oleh petani. Pada masa ini Malaysia mempunyai seluas 35,000 hektar kawasan CHE yang bertanam dengan sayuran dan lebih 112,000 hektar kawasan tanaman buah-buahan komersil untuk pasaran domestik dan pasaran eksport. Kawasan utama pengeluaran sayuran terbahagi kepada kawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highlands dan Kundasang yang aftis menghasilkan pelbagai jenis sayuran tanah tinggi. Dalam pada itu beberapa negeri seperti Johor, Pahang, Perak dan Selangor pula merupakan kawasan yang luas menanam sayuran dan buah-buahan. Penduduk Malaysia lazimnya akan mendapatkan bekalan sayuran, buah-buahan, ikan, daging dan sebagainya daripada pasaraya besar, pasar malam, pasaraya, pasar besar, pasar tani dan juga penjaja bergerak daripada rumah kerumah dengan lori, van atau motorsikal roda tiga. Pada saya sektor pertanian merupakan nadi penting dalam membangunkan ekonomi negara. Ia juga merupakan bidang yang mempunyai potensi cerah untuk diketengahkan apabila lebih banyak golongan muda dilihat mula menceburi bidang ini dan menyumbangkan kepada kecukupan makanan dalam negara dan mengurangkan kadar import makanan. Ia bertepatan dengan matlamat kerajaan yang ingin memastikan negara menerajui pasaran eksport bagi produk berasaskan pertanian. Cara pertanian tradisional dan konvensional kini telah berybah kepada kaedah pertanian komersil dan moden. Kawasan penanaman terbuka kini mula disesuaikan dengan teknologi penanaman seperti tanaman dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH), Sistem Fertigasi dan Kaedah Hidroponik. Kini kaedah penanaman secara hidroponik juga perlu untuk disesuaikan dengan mempraktikkan amalan pertanian baik bagi meningkatkan keselamatan makanan yang dihasilkan. Sebenarnya peranan semua pihak peru ada didalam membekalkan makanan yang selamat dan ia adalah bermula daripada ladang. Pengamalan MyGAP merupakan satu langkah dimana ianya akan menjamin hasil tanaman adalah berkualiti dan selamat dimakan. Pada subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan kefahaman dimana makanan selamat adalah bermula dari ladang.

Subsektor tanaman secara intensifnya melibatkan pengeluaran sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan yang dilakukan secara berskala besar dan hanya sebahagian sahaja kecil-kecilan oleh petani. Oleh itu lazimnya petani komersil ini  memerlukan input-input pertanian yang moden dan berteknologi tinggi seperti baja atau benih yang berkualiti, racun perosak dan lain-lain teknologi pertanian dalam menjamin pengeluaran yang tinggi dan berterusan. Sebenarnya faedah penggunaan racun perosak dalam pengeluaran tanaman memang tidak dapat dinafikan dimana ia akan terus digunakan pada masa-masa hadapan. Ini bagi memastikan pengeluaran bahan makanan mampu mencapai sasaran yang ditetapkan sama ada untuk kegunaan di dalam negara mahupun bagi pasaran eksport. Tanpa bahan input yang sesuai mungkin menyebabkan penghasilan yang rendah dan kualiti produk sayuran atau buah-buahan yang tidak menepati kriteria kualiti. Bagi penulis blog apa yang penting adalah dimana semua pihak sama ada pihak berkuasa, industri, badan-badan bukan kerajaan dan orang ramai perlu memastikan agar tahap penggunaan racun perosak dilakukan secara berhemah dan bijaksana bagi menjamin pembangunan yang lestari. Kini ada isu keselamatan hasil pertanian dalam pasaran tempatan mahupun yang diimport dimana ianya adalah saling berkait dengan penggunaan racun perosak dan baja kimia. Antara tanaman sayuran yang sering mengandungi kadar sisabaki racun perosak adalah Cili, Sayuran Daun dan beberapa jenis lagi. Cili (Capsicum annuum) merupakan tanaman penting untuk ditanam dinegara kita (Sila lihat foto disebelah).

Input pertanian memang diperlukan dalam memastikan pengeluaran hasil pertanian berada pada kadar yang optimum tanpa mendatangkan kerugian kepada pihak petani dan pengeluar akibat serangan perosak dan juga kesan kekurangan nutrien. Bagaimanapun kaedah penggunaan racun perosak dan baja kimia yang tidak berhemah iaitu tidak dikawal penggunaannya serta tidak mengikut amalan pertanian yang baik boleh juga mendatangkan keburukan kepada pengguna, pengendali dan alam sekitar. Justeru itu difahamkan Jabatan Pertanian Malaysia memainkan peranan penting dalam isu dalam keselamatan makanan dan jaminan bekalan makanan di negara ini. Bagi memastikan kedua-dua perkara itu dapat ditangani dengan baik, pihak jabatan telah melaksanakan pelbagai program diantaranya seperti Skim Pensijilan myGAP dan myOrganic dan pastikan Program pemantauan residu racun perosak dalam hasil pertanian berjalan. Penguatkuasaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 akan terus dilakukan untuk keselamatan makanan. Jabatan juga menyelaras penetapan Nilai Had Maksimum Residu (MRL) serta melaksanakan kawalan Racun Perosak dalam bahan Makanan di bawah Akta Makanan 1983 yang mana ia selalunya dikuatkuasakan oleh pihak Kementerian Kesihatan. Jabatan Pertanian juga ada menyediakan perkhidmatan analisis residu racun perosak bagi hasil pertanian yang dieksport dan diimport. Melalui pelbagai program dan penguatkuasaan akta tersebut, ia jelas mencerminkan bahawa pihak jabatan sememangnya memandang serius terhadap isu keselamatan makanan bagi penduduk negara ini.

Pihak jabatan dengan kerjasama pelbagai pihak dan agensi kerajaan lain juga tidak bersikap lepas tangan dalam memastikan kualiti dan keselamatan makanan sama ada yang dihasilkan atau diimport sentiasa dipantau. Antaranya agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan yang akan mengambil sampel hasil pertanian di pasaran tempatan dan pintu-pintu masuk negara untuk tujuan pemeriksaan kandungan kontaminan dalam makanan tersebut. Pada setiap tahun sebenarnya hampir 16,000 analisis racun perosak pada hasil pertanian telah dijalankan bagi tujuan memantau tahap keselamatan makanan untuk memenuhi kriteria pensijilan MyGAP. Analisis racun perosak yang dijalankan di makmal merangkumi pelbagai kumpulan racun perosak seperti organo-fosfat, organo-klorin, piretroid sintetik, karbamait dan lain-lain. Kesemua makmal di bawah Jabatan Pertanian telah mendapat pengiktirafan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SKMM) berdasarkan keperluan MS ISO/IEC 17025:2005 oleh Jabatan Standard Malaysia. Kini jika dilihat dari segi kawalan oleh pelbagai agensi terlibat, dapat dirumuskan bahawa hasil pertanian oleh petani kita serta hasil yang diimport ke Malaysia adalah selamat untuk dimakan dengan langkah yang dilaksanakan. Apa pun penulis blog mencadangkan supaya sebelum memasak sayuran dan makan buah0buahan perlu dibasuh dahulu dengan air bersih agar ianya membuang sisabaki racun. Makanan yang disediakan dengan baik akan memberikan khasiat yang baik untuk kesihatan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAM SAYUR...BUAH-BUAHAN SAMA...
TANAMAN SUBUR....DIBERIKAN BAJA...
KAWAL PEROSAK...GUNAKAN KIMIA...
MAKANAN SIHAT.... SISABAKI TIADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 630, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(29 Dzulkaedah 1438H)

Monday, August 28, 2017

DOKONG - TEKNOLOGI KAWAL KERUPING

DOKONG (Lansium domesticum Corr) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Meliaceae yang mana ia dikenalpasti sebagai mempunyai masaalah Penyakit iaitu Keruping Batang. Tanaman dokong ini berhadapan dengan masalah keruping kulit kayu yang menyerang batang, dahan atau pun pada rantingnya. Keadaan keruping boleh menjadi begitu buruk sehingga akan merencatkan tumbesaran pokok dimana ianya akan mengakibatkan kes-kes mati rosot dan menjejaskan penghasilan buah sehinggakan sesetengah pengusaha mengalihkan tumpuan mereka kepada tanaman lain. Penulis blog banyak kali berjumpa dengan petani yang menanam pokok dokong dan mengadu mengenai masaalah keruping ini pada pokok dokong ini dikawasan dusun mereka yang lazimnya bercampur. Walau pun belum banyak laporan kajian dibentang tetapi beberapa kaedah kawalan boleh dipraktikkan untuk mengurangkan kerugian akibat keruping ini. Apa yang penulis blog membuat pemerhatian, gejala masaalah keruping boleh berlaku pada anak pokok bermula di tapak semaian dan juga pokok di ladang. Pemerhatian saya dibeberapa lokasi di ladang mendapati dimana pokok dokong muda dan pokok dokong yang baru matang lebih peka (mudah) diserang berbanding dengan pokok yang sudah tua. Selalunya pada peringkat awal serangan, akan keluar bintil-bintil bulat kecil berwarna coklat muda kelihatan bertaburan di permukaan batang, dahan ataupun ranting. Pada ketika ini jika tidak dibuat pemeriksaan dikebun dengan teliti, mungkin kita tidak dapat mengecamnya. Kemudian apabila kulit kayu semakin matang, saya dapati bintil-bintil ini akan membesar dan akan menebal menjadi tompok-tompok yang lebih gelap. Seterusnya tompok-tompok ini membentuk seperti ketuat dan berkeruping. Apa yang saya lihat apabila kita kopek kulitnya, keruping ini akan tanggal, dimana saya dapati akan mendedahkan bahagian dalam kulit batang pokok yang hijau dan sering akan jumpa sejenis ulat didalamnya. Walau bagaimanapun, kadangkala ulat tidak kelihatan apabila keruping dikopek. Batang pokok yang tidak ada keruping lazimnya akan licin sahaja.  Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kaedah kawalan serangan keruping pada tanaman dokong dan tanaman lain yang serupa dengannya untuk bacaan semua.


Jika tidak dibuat aktiviti pengawalan maka, akan semakin teruk serangan dimana akan menjadi semakin tebal keruping. Apa yang berlaku ialah bintil-bintil yang kecil tadi seterusnya akan bercantum antara satu sama lain. Seluruh permukaan batang, dahan dan ranting yang diselaputi oleh keruping akan kelihatan merekah. Kesan dari keruping ini jika diteliti boleh juga menyebabkan tumbesaran pokok akan terencat kerana pokok yang teruk diserang kurang berpucuk. Apa yang saya perhatikan, jika berpucuk pun maka pucuk yang keluar jadi pendek dan kelihatan berwarna kekuning-kuningan kerana tidak sihat. Ranting kecil yang teruk diserang akan menjadi kering dan mati. Ini akan menyebabkan ranting tersebut akan jadi apa yang dikatakan sebagai 'Mati Rosot'. Ranting pucuk baru juga akan diserang keruping jika tidak dijalankan pengawalan dan pemeriksaan ladang. Pada peringkat awal serangan, ulat tidak kelihatan dengan ketara. Bagi pokok dokong yang sudah matang, mungkin berlaku serangan yang teruk akan menjejaskan pembentukan bunga kerana permukaan dahan dan ranting merupakan tapak bunga. Kesan tersbut juga merupakan kesan 'secondary' yang muncul kemudian.

Daripada beberapa buku rujukkan saya baca, didapati yang penyebab kepada serangan keruping ini adalah kurang jelas. Bagaimanapun terdapat dua pendapat berkaitan agen penyebab gejala keruping pada pokok Lansium spp (Duku Terengganu dan Dokong). Segelintir ahli sains berpendapat bahawa gejala ini disebabkan oleh serangan serangga berdasarkan adanya ulat apabila keruping dikopek. Tetapi ada juga ahli pertanian yang berpendapat bahawa keruping atau ketuat disebabkan oleh serangan kulat. Kehadiran ulat hanya merupakan serangan sekunder yang memakan tisu-tisu mati dalam bentuk keruping yang diakibatkan oleh kulat. Setakat ini saya juga tidak pasti pendapat manakah yang betul. Semasa melawat ladang dokong di Chantaburi , Thailand pada Mei 2012, saya ada berbincang dengan petani komersil menanam dokong yang menggunakan baja berasaskan 'Chitosan' dan Baja Organik mengandungi Mikrob berfaedah (BMO) dengan kuantiti banyak dimana tidak ada masaalah keruping langsung (Lihat foto paling bawah). Malahan saya dapati pokok yang tidak ada menggunakan treatment ini sangat teruk keadaannya seperti buah kurang atau kecil sahaja (control tree).

Kaedah kawalan masaalah keruping bagaimana pun boleh diatasi dengan pelbagai teknik. Apa yang saya tahu, lazimnya pokok dokong yang ada mendapat penjagaan yang sempurna terutama dari segi pembajaan, naungan dan pengairan lebih tahan terhadap gejala ini. Berdasarkan pemerhatian saya di beberapa Stesen Pertanian Jabatan Pertanian dan Plot Tanaman dokong beberaap petani, saya dapati gejala keruping boleh dikawal dengan lebih berkesan melalui penyemburan Racun Kulat Berkupram (Copper-base fungicide). Semburan larutan ini boleh dibuat dengan menggunakan mana-mana peralatan penyembur sama ada yang bermotor atau tidak bermotor (Knapsack sprayer). Adalah dinasihatkan agar muncung alat penyembur (Nozle) diacukan pada batang atau dahan dan ranting-ranting yang diserang dengan keruping (vegetative stage). Selalunya bahagian yang diserang harus disembur sehingga betul-betul hingga basah keseluruhannya. Racun berkupram yang telah diuji ialah "copper hydroxide" serta "copper oxychloride" dan "metallic copper". Apa yang disyorkan adalah pada permulaannya, semburan dibuat setiap 10 hari dengan kekerapan sebanyak 2-3 kali . Teknik ini akan diikuti dengan semburan ulangan 2-3 bulan sekali sehingga keruping terhapus. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang saya lihat, kadar yang disyorkan bergantung pada tahap serangan dan juga keadaan umur pokok dan juga cuaca. Jadual dibawah menunjukkan kadar digunakan untuk menjalankan penyemburan.

Apa yang saya perhatikan adalah keruping pada pokok dokong yang telah disembur menjadi rapuh dan seterusnya relai dari batang. Apa yang berlaku kemudian adalah keruping pada dahan serta ranting dan jatuh ke tanah. Jika keruping hilang maka pokok dokong yang lemah tadi akan mula berpucuk dimana pucuk baru kelihatan sihat dan panjang. Gejala penyakit tidak lagi kelihatan jika kawalan dibuat dengan sempurna. Bagaimana pun beberapa aktiviti penyemburan perlu dibuat secara berterusan. Bagi pokok yang teruk diserang didapati hanya akan pulih dalam masa 8-10 bulan itu pun kalau dijalankan mengikut kaedah betul. Semasa rawatan ini dijalankan, penggunaan racun serangga (Pesticide) tidak digalakkan. Amalan ini bertujuan didalam mengelakkan pembunuhan sejenis ulat yang hidup aktif serta memakan keruping secara semuljadi (kulit kayu yang mati). Cara ini saya memang percaya yang keruping akan relai dengan lebih cepat. Bagaimana pun kita perlu membuat penyemburan racun serangga juga untuk mengawal ulat daun. Pastikan racun tersebut hanya disembur pada bahagian daun. Pokok dokong yang sihat tanpa serangan keruping akan memberikan hasil yang banyak dan berkualiti kerana putik bunga dan buah dokong keluar pada bahagian batang, dahan dan ranting pokok dokong pada 'point' yang hampir sama setiap kali. Semuga rencana ini yang ditulis ini semuoa setelah dahulu diterbutkan akan memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang setia. Wasallam!!!..

Pokok dokong di Chantaburi, Thailand yang di kawal
penyakit keruping guna Chitosan.

KERUPING DOKONG... BURUK BATANGNYA...
BINTIL-BINTIL KELUAR.... LEKAT JELASNYA...
COPPER BASE SOLUTION...KAWALANNYA...
POKOK DOKONG SIHAT...TINGGI HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 245, Sutera Beach Resort,
Marang, Terengganu,
Malaysia
(5 Safar 1434H)
Diitulis semula pada 19 Ogos 2017.
Posted from room 1232, Hotel Holton,
Kuching, Sarawak.

Sunday, August 27, 2017

MANGGIS - KEGUNAAN KULITNYA

BUAH MANGGIS (Garcinia mangostana) adalah sejenis buah-buahan tempatan yang bermusim dari keluarga Clusiaceae yang dipercayai natif dari negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia atau Thailand. Di Malaysia tanaman manggis diusahakan secara tradisional semenjak dahulu dan ditanam bercampur dengan tanaman buah-buahan lain seperti durian, rambutan, duku dan sebagainya. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 7,414 hektar (2006) kawasan tanaman manggis di Malaysia dengan pengeluaran 28,900 metrik telah menurun kepada seluas 7,390 hektar pada tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 28,350 metrik tan. Keluasan tanaman manggil dilaporkan masik kekal sekitar 7,420 hektar CHE pada tahun 2016 (Sumber: Laporan Statistik, Jabatan Pertanian Malaysia). Negeri Perak, Selangor dan Johor merupakan negeri yang banyak ada menanam pokok manggis selain daripada Negeri Pahang. Daerah Batang Padang di Perak merupakan kluster menanam paling luas tanaman manggis (340 ha) diikuti Daerah Hulu Langat Selangor (300 ha) dan Daerah Segamat, Johor (288 ha). Di Pahang terdapat jenis manggis yang di panggil 'MESTA" (Sila anda baca artikel mengenai Mesta - Sila Klik Disini). Tanaman Mesta hanya luas di sekitar Daerah Temerloh, Maran dan Jerantut sebagai sejenis buah yang mendapat pasaran baik. Penulis banyak pengalaman berkaitan penanaman manggis dengan membuat tinjaun teknologi dan menulis banyak info mengenai manggis dan mesta. Tanaman manggis walau pun dikatakan semakin kurang menarik minat pekebun disebabkan ia lambat mengeluarkan hasil berbanding dengan tanaman lain selain daripada perlukan tenagakerja yang khusus untuk memetik buahnya. Bagaimana pun kini harga buah manggis semakin baik berbanding dengan beberapa tahun dahulu. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kegunaan kulit buah manggis daripada pelbagai sumber maklumat dan daripada pengalaman penulis dalam bidang pertanian selama lebih 35 tahun. Buah manggis adalah diantara buah yang dilarang dibawa masuk kedalam beberapa buah hotel kerana kulitnya yang terkena pada kain cadar menyusahkan pihak hotel untuk membersihkannya.


Buah Manggis muda mempunyai warna kulit hijau tetapi akan bertukar kepada coklat kehitaman apabila masak. Kulit yang tebal ini akan menjadi keras apabila dikeringkan dan didakwa amat banyak gunaknya (Sila lihat foto disebelah). Kulit buah manggis merupakan bahan yang banyak digunakan dalam industri seperti pewarna, membuat gula melaka, menconteng kain batik dan sebagainya. Bagaimana pun ia kini telah dijadikan sebagai ubat yang sbermacam jenis untuk peerubatan bagi beberapa jenis penyakit yang selama ini belum di ketahui banyak oleh rakyat marhaen. Kini dipasaran banyak usahawan telah membuat produk seperti  jus air kulit manggis, kordial air kulit manggis selain daripada pil, serbuk dan sebgainya. Kulit manggis telah mula banyak dikaji dan di proses sehingga berjaya menjadi bahan makanan kesihatan yang berkhasiat. Sebenarnya kulit buah manggis ini memiliki banyak sekali manfaat bagi kesihatan tubuh manusia jika kajian lanjut dilakukan dengan betul dan tepat. Tanaman manggis di Malaysia kebanyakannya boleh dikategorikan sebagai buah jenis organik secara semulajadi kerana dipercayai amat kurang menggunakan bahan kimia. Bagaimana pun petani tradisional yang ada pokok manggis ini kurang pengetahuan untuk memohon persijilan MyOrganik atau MyGAP yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian. Satu pelan tindan perli dibuat agar lebih ramai penanam manggis mendapat ptatus persijilan ini.


Khasiat kulit buah manggis sebagai produk kesihatan memang perlu didedahkan kepada umum. Ini kerana banyak rahsia masih belum diketahui dimana kulit buah manggis yang dimakan isinya terus dibuang sahaja dalam tong sampah. Kalau sudah baca artikel ini rasanya akan ada kesedaran untuk mengambil kulit buah manggis ebagai bahan yang berkhasiat. Setidak-tidaknya kutip dan keringkan kulit buah manggis dan kisar untuk dijadikan serbuk teh dan diminum selalu (Sila lihat foto disebelah). Dalam beberapa rujukkan ada dinyatakan bahawa antara kehebatan kulit buah manggis seperti dapat mememperkuatkan sistem kekebalan manusia dan juga mampu untuk menyembuhkan masaalah peradangan. Seterusnya ia didakwa dapat untuk mempemperbaiki komunikasi antar sel dimana seterusnya ia akan mengagalkan kerosakan pada sel-sel DNA. Kulit buah manggis juga menjadi alat bantu sistem getah jernih. Khasiat kulit mangga mampu untuk memelihara secara optima iaitu fungsi kelenjar tiroid. Khasiatnya juga mampu untuk mrngurangkan kekurangan bahan insulin dalam badan. Ia juga membantu penurunan berat badan erta dapat menyembuhkan kerusakan urat syaraf. Ini juga akan meyeimbangkan sistem kelenjar endokrin. Ia juga dikaitkan sebagai alat bantuan dari sinergi tubuh. Kesan positif juga berkait dengan meringankan masaalah buasir. Ia seterusnya akan membantu menurunkan kadar gula dalam darah (hypoglycemia) dan dapat meringankan penyakit kulit kemerah-merahan atau bersisik (psoriasis). Bagaimana pun banyak kajian lanjut secara klinikal diperlukan untuk menyokong dakwaan diatas.

Kehebatan khasiat kulit manggis sebagai buah yang hebat ini juga dikaitkan dengan membantu menyembuhkan luka. Kulit manggis juga akan meringankan sakit akibat carpal tunnel syndrome (penyakit yang terjadi pada pergelangan tangan serta jari yang disebabkan oleh tekanan yang sering terjadi pada bagian tersebut. Ia biasanya sering berpunca dari terlalu sering memakai keyboard dan mouse). Faedah seterusnya adalah dapat menghilangkan penyakit kulit kering bersisik kronis (neurodermatitis). Kandungan anti peradangan dari manggis dapat mengurangi sisik dan gatal pada penyakit kulit. Kajian menunjukkan ada orang terdahulu yang tidak mahu untuk memanfaatkan Kulit Buah Manggis ini kerana kurang kajian saintifik tidak pernah dijalankan atau tidak ada hasil kajian mengenainya yang didedahkan kepada umum. Paling mudah untuk menikmati kulit buah manggis adalah membeli tej kulit buah manggis yang terdapat dipasaran (Sila lihat foto dibawah). Kalau berminat untuk membuatnya sendiri pun amat mudah dengan mengambil kulit manggis segar dan dikeringkan dalam oven atau dibawah sinaran matahari. Kulit manggis kering ini seterusnya boleh dikisar (grind) sehingga menjadi serbuk (powder) dan boleh disimpan dalam bekaskedap udara. Anda boleh buat teh kulit manggis sendiri dirumah dengan murah, mudah dan berkhasiat. Semuga rencana subuh ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!.
KULIT MANGGIS...APA GUNA...
ASASNYA...BAHAN PEWARNA...
BOLEH DIPROSES...MACAMANA...
BANYAK KHASIAT...BAGAIMANA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Plot Manggis,
Pusat Pertanian Bukit Goh,
Jabatan Pertanian, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(10 Safar 1436H)
Posted from Room 1232,
Hotel Hilton, Kuching, Sarawak.

Saturday, August 26, 2017

IKAN SARDIN - POPULAR DIA

IKAN SARDIN (Sardine atau Mackerel) merupakan sejenis ikan laut yang berminyak dari beberapa spesies dari famili Clupeidae. Kalau di Malaysia kita lebih kenal dengan ikan sardin dalam tin berbanding dengan ikan sardin segar yang ada dijual dipasar basah. Terdapat banyak jenama dan julat harga ikan sardin dalam tin daripada yang dijual didalam tin kecl sehingga kepada tin besar yang agak mahal mengikut kuantiti dan kualiti. Ikan sardin dalam tin biasanya telah dicampur dengan sos tomato dan dijadikan lauk makan nasi. Ikan sardin dalam tin juga sesuai untuk dimasak sebagai kuah kari, dijadikan roti canai dan juga kuah laksa. Lazimnya ikan sardin dalam tin adalah tahan lama disimpan. Ikansardin ini didalam laut mampu bertahan hingga kedalaman lebih dari 1.000 meter. Semasa melawat dibeberapa lokasi pasar dikawasan pantai yang ada nelayan menangkap ikan sardin lazimnya mereka akan menggunakannya sebagai makanan. Terdapat beberapa spesies Ikan Mackerel yang lebih besar, seperti mackerel sirip biru (bluefin mackerel) dimana ia dapat menaikkan suhu darahnya di atas suhu air dengan aktiviti ototnya. Perkara ini menyebabkan ikan ini mampu hidup didalam perairan lebih sejuk dan dapat bertahan dalam pelbagai keadaan beragam. Ikan Sardin adalah ikan yang memiliki nilai komersial sederhana dalam perdagangan antarabangsa. Daripada beberapa rujukkan didapati ikan sardin mempunyai banyak genus iaitu Genus Dussumeria, Genus Escualosa, Genus Sardina, Genus Sardinella dan juga Genus Sardinops. Bagi Genus Dussumeria terdiri daripada spesis Rainbow sardine (Dussumieria acuta) dan juga Slender rainbow sardine (Dussumieria elopsoides). Sementara itu bagi Genus Escualosa terdiri daripada jenis. Slender white sardine (Escualosa elongata) dan White sardine (Escualosa thoracata). Bagi Genus Sardina terdiri daripada jenis European pilchard atau True sardine (Sardina pilchardus). Bagi Genus Sardinella pula terdiri daripada jenis Ikan Round sardinella atau Gilt sardine atau Spanish sardine (Sardinella aurita), Ikan Sardinella longiceps (Sardinella gibbosa) atau juga dipanggil sebagai Indian sardines. Akhir sekali bagi Genus Sardinops terdiri daripada South American pilchard atau Pacific sardine atau California sardine atau Chilean sardine atau South African sardine (Sardinops sagax) yang banyak didapati. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis satu artikel dalam "Anim Agro Technology" mengenai ikan sardin sekadar berkongsi maklumat.


Ikan ini mampu bertahan dalam laut sehingga kedalaman lebih dari 1,000 meter. Ikan ini amat sesuai untuk ianya digunakan sebagai makanan kegemaran ramai seluruh dunia dimana ia sesuai untuk dihidangkan dengan sos tomato atau sos pedas bercili dimana asaslnya adalah ikan sardin segar (Sila anda lihat foto disebelah). Penulis kenal akan ikan sardin semenjak kecil lagi dimana ia sering menjadi penduduk luar bandar kerana keenakannya dan sesuai dijadikan menjadi lauk makan nasi. Ada beberapa jenis ikan sardin termasuk ikan mackerel yang lebih besar seperti mackerel sirip biru (bluefin mackerel) yang ditinkan sebagai ikan sardin. Ikan sardin lazimnya hidup berkumpulan dalam laut dan ditangkap menggunakan beberapa peralatan menangkap ikan yang sesuai. Ikan sardin dalam tin kini dipasarkan dengan harga satu tin diantara RM 2.50 sehingga RM9.00 bergantung kepada saiz, jenama, jenis ikan, buatan domestik atau import dan sebagainya. Antara beberapa jenama ikan sardin dalam tin yang popular di Malaysia seperti BOTAN, CAP AYAM, KING CUP, MARINA, CINTA dan sebagainya. Pengguna di Malaysia bertuah kerana amat mudah untuk membeli ikan sardin dalam tin di kedai runcit, pasar malam, pasaraya dan sebagainya. Sementara itu ikan sardin segar juga menjadi pilihan ramai pengguna dengan membelinya dipasar basah dan ia antara jenis ikan yang murah dan enak digoreng untuk dijadikan lauk makan tengahari. 


Dalam wikipedia ada dilaporkan dimana ada terdapat banyak jenis atau species. Antara jenis ikan sardin dari genus Dussumeria Rainbow Sardine (Dussumieria acuta) yang banyak digunakan dan ditinkan (Sila lihat foto disebelah). dan juga dari jenis Slender Rainbow Sardine (Dussumieria elopsoides) Ikan Sardin dari genus Escualosa pula adalah terdiri dari jenis Slender White Sardine (Escualosa elongata) dan jenis White Sardine (Escualosa thoracata) yang juga popular untuk ditinkan. Ikan sardin dari jenis ketiga adalah dari genus Sardina terdiri dari European Pilchard (ia adalah 'true sardine') iaitu dikenali dengan nama saintifik sebagai Sardina pilchardus. Ke 4 adalah ikan sardin dari genus Sardinella terdiri daripada jenis Round Sardinella (gilt sardine, Spanish sardine) dimana ia dikenali dengan nama saintifik sebagai Sardinella aurita, Sardinella longiceps dan juga Sardinella gibbosa (Indian sardines). Selain itu terdapat genus ikan sardin dari genus Sardinops iaitu jenisSouth American Pilchard (Pacific sardine, California sardine, Chilean sardine, South African sardine) yang dikenali dengan nama saintifikSardinops sagax. Di Malaysia terdapat juga spesis ikan sardin yang ditangkap oleh nelayan tempatan. Ikan sardin dimakan segar atau di tinkan dalam sos untuk simpanan dalam masa yang lama. Sardin adalah makanan yang kaya dengan zat protin dan mineral. Satu tin ikan sardin yang dihidangkan mampu membekal 13% Vitamin B2, 1/4 bahan Niacin, 150% keperluan diet vitamin B12 dan sebagainya. Kandungan mineral seperti Kalsium, Posforan serta mineral lain seperti Selenium (Se) dan zat besi (Fe) amat membantu dalam menjaga kesihatan jantung. Ia juga mengandungi bahan asli dari laut Asid Lemak Omega-3 yang elakkan masaalah Penyakit Alzheimer's. Ia juga rendah kandunagn Raksa (Mercury) sebagaimana jenis ikan lain yang dimakan manusia.


IKAN Sardin adalah jenis ikan yang paling lazim dimakan manusia dimana ia adalah jenis ikan berminyak berukuran relatif kecil. Istilah nama 'Sardin' diambil dari nama dari sebuah pulau di Mediteranian iaitu Pulau Sardinia di mana ikan sardin pernah didapati dalam jumlah besar. FAO dan WHO menetapkan 21 jenis spesies ikan yang dapat disebut sardin untuk memudahkan pemeriksaan dan kuarantin berkaitan dengan produk ikan sardin terutama untuk sarden yang ditinkan. Memang ikan sardin amat kaya vitamin dan mineral. Diseluruh dunia ikan sardin diproses dan dijual dalam tin yang menarik. Dalam memproses ikan sardin dalam tin, ikan segar yang ditangkap nelayan akan di bersihkan dan dibuang bahagian kepala, ekor dan isi perutnya. Ia kemudian dimasak dengan minyak panas atau pun dipanaskan di dalam ting dengan wap panas. Kemudian ikan tersebut dalam tin akan direndam dalam campuran minyak yang mengandungi ramuan khusus seperti sos tomato, garam dan sebagainya. Ikan Sardin dalam tin yang dikatakan berkualitai tidak memiliki kepala dan insang. Ikan sardin yang besar bagaimana pun dipotong-potong mengikut kesesuaian. 


Selain daripada dimakan sebagai lauk dengan nasi, ikan sardin dalam tin juga dijadikan Roti Inti Sardin, Roti Canai Sardin dan juga Inti Karipap Sardin. Banyak resepi lain yang menggunakan ikan sardin untuk hidangan keluarga seperti kari ikan sardin yang sesuai dimakan dengan roti canai atau lempeng kabol. Penulis paling minat makan roti canai sardin kerana ia amat enak dan mengenyangkan. Sekeping roti canai sardin dijual dengan darga RM2.50 - RM5.00 sekeping bergantung kepada saiznya, lokasi jualan dan ketebalannya (Sila lihat foto disebelah). Antara bahan yang digunakan untuk membuat roti canai sardin adalah kulit tepung, ikan sardin, bawang besar dihiris, telur ayam dan cili dipotong-potong. Ramuan ini dicampurkan dalam mangkuk dan dikacau sehingga sebati. Ia akan diletakkan dalan lapisan kulit tepung yang dicanai dan digoreng sehingga masak. Jika ia tebal makan jangkamasa menggoreng agak lama berbanding dengan roti kosong. Nasi lemak yang dimakan dengan lauk ikan sardin juga menjadi pilihan ramai dikalangan rakyat negara ini. Begitulah hebatnya penangan ikan sardin yang merupakan satu pilihan paling polular rakyat negara ini untuk mendapatkan sumber protin yang mudah, murah dan berkualiti. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semua. Wasallam!!!..
IKAN SARDIN... DITINKAN BERJENAMA...
DALAM SOS TOMATO... MUDAH DIBUKA...
DIJADIKAN MAKANAN...PELBAGAI CARA...
ARTIKEL DITULIS... ANDA MEMBACANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1329, Hotel Zenith,

Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(22 RabiulAwal 1438H)

Postes from Room 1232,
Hotel Hilton, Kuching, Sarawak at 26.8.17

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...