Support My Blog

Saturday, June 11, 2016

RUMPUT VERTIVER - APA DIA?


RUMPUT VERTIVER (Vertiver Grass) merupakan sejenis rumpu yang sering ditanam pada tebimg dikiri dan kanan jalanraya atau lebuhraya dinegara kita untuk menahan hakisan. Rumput vertiver (Chrysopogon zizanioides) dari keluarga Poaceae dipercayai dari bahasa Tamil dan natif di India. Rumput ini hampir menyamai dengan tanaman serai dan juga shorgum jika dilihat dari jauh. Rumput ini yang mudah tumbuh dengan akar dalam dan menutupi permukaan tebing tanah membolehkan ia merupakan jenis rumput terbaik untuk menahan hakisan tanah (Sila lihat foto diatas) Semua kawasan jalanraya dan lebuhraya yang dibina dikawasan tropika yang banyak hujan menggunakan rumput vertiver ini termasuk di Malaysia sebagai alternatif terbaik. Dalam bahasa lain rumput ini juga dipanggil sebagai Akar wangi adalah sejenis rumput yang tumbuh sepanjang tahun. Dibeberapa negara bahagian akarnya yang dikeringkan secara tradisional dikenal sebagai pengharum bauan dan diletak dalam bekas menyimpan pakaian atau barang-barang penting seperti batik dan keris untuk mengekalkan baunya. Aroma wangi ini berasal dari minyak ekstrak dari rumput ini juga ada dihasilkan daripada bahagian akar. Kini rumput vertiver di Malaysia amat mudah dijumpai kerana memang meluas digunakan sebagai rumput untuk tujuan menahan hakisan tanah. Berbagai cara dan teknik menanam rumput vertiver ini dikawasan tebing curam semasa pembinaan jalanraya atau lebuhraya baru. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai rumput vertiver sekadar menambah info untuk rujukkan.


Rumput vertiver mampu tumbuh menegak sehingga mencapai ketinggian 150 cm atau sekitar 5 kaki jika dibiarkan dengan daun yang tua akan melempai. Ia mempunyai batang yang panjang dengan daun yang kecil, agak keras dan panjang menegak (Sila lihat foto disebelah). Panjang daun sehingga 150 cm (5 kaki) dengan lebar sehingga 8mm (0.3 inci) dengan panjang panicle sehingga 15 - 30 cm (6-12 kaki) sama ada lurus atau berpintal. Apa yang paling istimewa mengenai ciri utama rumput ini adalah bahagian akarnya yang panjang jauh masuk kedalam bumi. Rumput vertiver mempunyai akar sehingga 2 meter (7 kaki) dan 4 meter (13 kaki) dalam tanah bergantung kepada jenis tanah, umur dan juga penjagaan yang dilakukan. Ia juga lazimnya rumput ini menghasilkan bunga apabila matang dimana bunganya berwarna coklat keunguan. Sistem akar rumput vertiver berstruktur dan amat kuat sehingga mampu mencengkam tanah peroi ditebing. Vertiver tidak mempunyai RIZOM dan STOLON seperti rumput lain. Bunga ini boleh menyebarkan benihnya walau pun penanamannya ditebung selalunya menggunakan anakbenih yang telah disemai dalam 'blanket'.  Hebatnya rumput ini adalah ketahannya kepada kes-kes kebakaran yang berlaku dimana ia masih utuh (survive) setiap kali kebakaran. Kalau sesiapa yang sering melalui jalan baru ke Cameroon Highland sama ada daripada Simpang Pulai di Perak atau Sungai Koyan atau mana-mana jalan yang bertebing sering melihat bagaimana dimusim panas selalu berlaku rumput vertiver yang berada ditebing jalan berlaku kebakaran atau 'dibakar' tetapi ia masih utuh sehingga kini. Ia tahan kemarau dan lasak. Jika akarnya terendam dalam mendakkan tanah pun ia masih mampu menghasilkan ruas baru untuk terus hidup.


Penanaman rumput vertiver kini telah dilakukan diseluruh dunia yang sesuai iklimnya. Lazimnya penanaman dilakulan secara vegetatif iaitu menggunakan benih dari offsets dan bukan stolon. Melalui bahagian-bahagian tertentu rumput vertiver. Cara pembiakan rumput vegetatif ini biasa dilakukan untuk rumput-rumput hybrid (kacukan) yang akan menghasilkan bunga dan benih yang steril (mandul). Cara ini juga dilakukan bertujuan untuk memastikan tumbuhan anak akan mempunyai sifat yang sama dengan tumbuhan induknya. Dalam keadaan biasa apa yang dimaksudkan dengan 'Stolon' ialah sejenis akar yang menjalar di atas permukaan tanah. Rhizom pula adalah akar yang menjalar di bawah permukaan tanah. Setiap jenis rumput selalunya akan mempunyai sifat “stoloniferous” atau “rhizomatous” yang akan menunjukkan bagaimana ia paling mudah dibiakkan tetapi berlainan dengan rumput vertiver ini. Selalunya pada bahagian pucuk daun atau akar akan keluar dari nod. Jika stolon atau rhizom ni mempunyai nod dan jatuh di kawasan yang mempunyai sekitaran yang sesuai maka ia akan mengeluarkan pucuk akar dan daun untuk memulakan hidup baru sebagai suatu tumbuhan yang baru. Rumput vertiver ini boleh ditanam dengan cara 'sprig' iaitu mengambil cebisan dari rumput dan tanah dan kemudian menanamnya. Lazimnya  ia akan memulakan hidup sebagai suatu rumpun baru dan akan cuba untuk menjalarkan stolon dan rhizom di sekitarannya. Teknologi penanaman rumput menggunakan tikar (mat) kini dilakukan dikawasantebing curam. Tikar dari jerami padi dan rumput vertiver ini akan tumbuh beberapa minggu jika mendapat hujan (Sila lihat foto disebelah). Penanaman sebaiknya dilakukan pada musim hujan.


Rumput vertiver ini digunakan sebagai tanaman rumput menahan hakisan, fungsi akar vertiver yang banyak dan dalam akan mengikat struktur tanah dan seterusnya kukuh dikawasan hakisan seperti tebing curam. Laluan air dan tanah ketika hujan akan terperangkap dibahagian atas rumpun dan menyekat pergerakkan seterusnya jika rumput vertiver tumbuh dengan baik (Sila lihat foto disebelah). Rumput vertiver yang cepat tumbuh merupakan jenis rumput yang cepat membiak menyebabkan ia dapat menghalang pertumbuhan rumpai lain yang tidak dikehendakki seperti lalang, senduduk dan sebagainya. Jadi penanaman vertiver mampu menjadikan satu jenis rumpai sesuai untuk menghalang kebun ditumbuhi dengan 'unwanted grass'. Rumput ini juga berfungsi sebagai elakkan menjadi perumah kepada serangga perosak tanaman. Rumput ini boleh dikutip dan dijadikan makanan ternakan ruminan yang baik. Daripada akarnya jika diekstrak akan menghasilkan minyak essential yang sesuai untuk dijadikan bahan komestik, aromaterapi, bahan herba untuk penjagaan kulit dan dibuat sabun Ayurverda. Kini bahan dari rumput vertiver ini mengandungi bahan yang dibuat minyak wangi, sabun, krim yang ada unsur antiseptik untuk rawatan beberapa masaalah kesihatan. Fiber dari rumput vertiver ini juga sesuai dibuat kraftangan dan juga tali serta bahan kerjatangan lain.


Terdapat  kajian menunjukkan rumput vertiver sesuai sebagai tanaman untuk kawalan serangga perosak dan sebagai 'repellent'. Rumput ini menarik Ulat Pengorek Batang (Chilo partellus) yang bertelur pada rumput vertiver. Disebabkan oleh permukaan daun vertiver berbulu telah menghalang pergerakan larva pada rumput ini menyebabkan ia jatuh ketanah dan kemudian larva akan mati. Beberapa spesis vertiver yang ditanam untuk menghasilkan minyak pati (Sila lihat foto disebelah). Pati ini kini didapati mengandungi bahan anti-fungal yang mampu menghalang serangan Rhizoctonia solani iaitu kulat yang menyerang banyak jenis tanaman. Rumput vertiver adalah amat disyorkan ditanam untuk mengatasi masaalah serangan Anai-anai (termite). Bagaimana pun bukan menanam sahaja dilakukan tetapi rumput vertiver ini perlu dicabut dan hancurkan daun dan akarnya diletakkan diatas tanah. Anai-anai tidak suka dengan bau dalam tanah yang ada rumput ini. Untuk dijadikan makanan haiwan seperti kambing, lembu dan kuda serta bebiri sebaiknya rumput vertiver dipotong setiap 1-3 bulan sekali untuk diberikan kepada ruminan tersebut. Dalam laporan lain ada yang menjadikan rumput vertiver sebagai penyedap makanan dan sirap Khus (Nama rumput ini di India). Kajian mengenai kegunaan rumput vertiver di negara kita agak kurang berbanding dengan penggunaannya sebagai rumput untuk penghalang haksian tebing. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!...
RUMPUT VERTIVER... SELALU JUMPA...
TEBING CURAM...DIJALAN RAYA ADA...
AKAR DALAM... HAKISAN HALANGNYA...
BACA ARTIKEL... MAKLUMAT BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 105, Hotel Skywiew,
Chukai, Kemaman,
Terengganu.
(6 Ramadan 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...