Support My Blog

Friday, June 17, 2016

GETAH - CARA MEMBUKA TOREHAN

POKOK GETAH (Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam famili Euphorbiaceae dan merupakan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli. Getah merupakan sejenis tanaman yang boleh hidup dikawasan tropika dan memerlukan hujan sebanyak 180 cm - 250 cm setahun. Ia juga memerlukan suhu diantara 25 - 30 darjah Celcius. Kesesuaian maksima ketinggian tanah dari paras muka laut yang boleh ditanam dengan getah ialah 500 meter. Semakin tinggi getah ditanam maka akan semakin berkurangan perolehan hasil dan kecergasan pertumbuhannya. Tanah yang sesuai untuk tanam getah ialah jenis loam yang mempunyai saliran yang baik, tidak asidik, tidak banjir dan tanah subur. Pokok getah ialah jenis pokok saka dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 18 meter. Umur pokok getah yang ekonomik ialah diantara 20 hingga 30 tahun. Pokok getah menghasilkan lateks (getah asli) yang penting dalam industri tayar dan lain-lain industri berasaskan getah. Selain daripada itu, kayunya adalah terdiri daripada jenis separuh keras dan boleh dijadikan perabut. Industri perabut berasaskan kayu getah di Malaysia kini mencapai tahap pasaran eksport keseluruh dunia. Habuk kayu getah amat sesuai digunakan sebagai media tanaman cendawan seperti cendawan Tiram Kelabu (Pleorotus pulminorius). Dalam pada itu lazimnya pokok getah mampu mengeluarkan lateks putih atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit pokok, terutamanya daripada floem luar. Saluran ini berpilin naik pada batang pokok menurut pusingan ke kanan yang selalu membentuk 30 darjah pada ufuk. Pokok getah mencapai usia 5-6 tahun boleh diitoreh dengan goresan dibuat secara ortogon pada salur lateks. Dengan kedalaman yang hanya mencukupi untuk mengambil lateks tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Sap itu dikumpulkan di dalam baldi yang kecil. Pokok-pokok yang lebih tua menghasilkan lebih banyak lateks. Pokok getah pada mulanya hanya tumbuh di Amazon kini menjadi tanaman penting di Malaysia dimana peningkatan permintaan semenjak tahun1839 dan telah pun mendorong perkembangan ekonomi. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi pembajaan tanaman getah untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda.


Pokok getah yang berumur lebih 5-7 tahun dengan saiz batang sesuai boleh dimulakan aktiviti torehan. Membuka panel torehan pokok getah muda memerlukan kemahiran dan kepakaran khusus. Ini kerana aktiviti ini termasuk juga untuk memasang beberapa peralatan untuk torehan. Antara alatan untuk menoreh pokok getah adalah Pisau Toreh, Cawan kumpul lateks (Seramik atau Plastik), Sudu (Daripada zink), Dawai Pemegang Cawan dan Spring. Penulis yang juga seorang anak penoreh dan pandai menoreh pokok getah mahir dalam perkara ini. Lazimnya pokok getah dikatakan dewasa atau matang apabila batangnya mencapai lilitan 45 cm. Bagi pokok klon pula lazimnya ukuran ini akan diambil 150 cm dari paras tanah. cara penorehan boleh pokok getah boleh dimulakan apabial 75% daripada bilangan pokok dalam satu-satu kawasan mencapai lilitan 45 cm atau lebih. Mengukur saiz lilitan pokok boleh ditentukan dangan menggunakan peralatan terdiri daripada kayu beruti kecil (150 cm tinggi) dengan hujungnya dilekatkan kepada dawai sepanjang 45 cm. Dirikan kayu beruti itu pada batang pokok dengan pangkalnya terletak pada paras tanah. Belitkan dulu dawai di keliling batang pokok. Jika hujung dawai tidak bertemu ini menunjukkan lilitan batang pokok melebihi 45 cm (Sila anda lihat foto disebelah). Kepandaian seseorang pekebun kecil untuk membuka torehan bermakna ia sudah mula untuk mendapat hasil pendapatan setelah banyak tahun terpaksa menunggu dan menjaga tanaman. 


Bagi pokok klon curam alur torehan ialah 30 darjah dibentuk dari atas kiri kepada bawah kanan. Gunakan beruti kecil dengan ketinggian 150 cm dimana dihujungnya dan dipakukan kepada sekeping zink 40 cm panjang dan 5 cm lebar dengan kecuraman 30 darjah. Dirikan beruti pada batang pokok dengan pangkalnya di atas tanah dan belitkan zink ke kiri (Sila lihat foto diatas). Langkah seterusnya adalah menandakan kecuraman alur torehan iaitu di sepanjang bahagian atas zink dengan kapur tulis. Setelah itu ditandakan sempadan hadapan di sepanjang bahagian tepi hadapan beruti. Gunakan tali bagi mengukur lilitan batang bermula pada bahagian bawah alur torehan. Lipatkan tali kepada dua bahagian bagi memperoleh ½ lilitan batang.
Lintangkan tali yang telah dilipat dua dengan hujung sebelah kanan terletak di hujung curam alur torehan yang paling rendah. Tandakan hujung tali sebelah kiri dan dengan menggunakan kapur tulis dan beruti tandakan sempadan belakang panel. Kemudian ditoreh cetek alur torehan separuh lilitan dan sempadan yang ditandakan dengan kapur. Torehan perlu berhati-hati untuk mengelakkan dari berlaku kecederaan pada kayu. Pasang pancur 20 cm dari bahagian terendah alur torehan diikuti dengan pemasangan spring dan dawai penyangkut 20 cm di bawah pancur. Sebaiknya dibuat torehan cetek beberapa kali sehingga memperoleh satu asas kedalaman yang sesuai. Semuga anda mendapat info berguna dari tulisan ini. Wasallam!..
MEMBUKA TOREHAN...ADA CARA..
POKOK MUDA... 45 CM SAIZNYA...
GUNA BERUTI...TANDA ASASNYA...
SUDAH DITOREH...HATI PUN SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Getah Pusaka,
Gunung Sari, Gersik,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(6 Rejab 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...