SELADA AIR (Nasturtium officinale) merupakan tanaman yang sangat kaya dengan kandungan bahan seperti sulfur, nitrogen dan yodium (bahan untuk kawal tiroid dalam badan).Berapa ramai dikalangan kita yang mengenali dan faham akan amalan agronomi tanaman ini. Pada penulis tumbuhan ini juga mempunyai nama lain seperti Nasturtium microphyllum dan sebelumnya Rorippa nasturtium-aquaticum dan juga Rorippa microphylla. Dari kajian penyelidik mereka mendapati tumbuhan Selada Air merupakan salah satu jenis tumbuhan yang berkeupayaan untuk bertindak sebagai pencuci darah yang baik. Disamping itu ia juga merupakan sejenis tonik terhadap penyembuhan gangguan kepada organ hati (liver) dan organ ginjal (Kidney). Tumbuhan ini terdapat diseluruh dunia dengan kawasan dimana kawasan yang lembab adalah sesuai untuk proses pertumbuhannya. Di Malaysia tumbuhan ini masih agak kurang popular lagi terutama dikalangan ramai petani kerana masih dianggap sebagai tumbuhan yang kurang nilai ekonomi. Terdapat banyak jenis tumbuhan selada air yang dikenalpasti dimana ia dilaporkan sebagai kebanyakannya adalah dari jenis liar. Mendengar namanya sahaja 'Selada Air' maka kita boleh bayangkan yang tumbuhan ini memang perlukan ekosistem dan persekitaran berair untuk tumbuh atau kemungkinan untuk tumbuh diatas permukaan air. Nama 'Selada' bukan bererti ianya pedas tetapi bermaksud 'sayuran berwarna hijau'. Beberapa penduduk luar bandar dulu menggunakan tumbuhan daun selada air sebagai makanan ulam dan ia didakwa mempunyai khasiat baik untuk kesihatan. Kini tumbuhan ini mudah ditanam disekeliling rumah terutama jika kita memahami akan konsep pertanian bandar dan program buku hijau dulu. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu artikel berkaitan tanaman Selada Air yang jarang ditullis secara ilmiah sebagai cetusan idea untuk dijadikan bahan bacaan ramai diluar sana.
Penanaman selada air selalunya akan menggunakan dengan biji. Benih selada air dalam bentuk biji tersebut boleh ditabur terus di atas batas atau tanah namun yang paling baik adalah disemaikan terlebih dahulu. Apa yang disyorkan daripada pemerhatian penulis semasa berkunjung ke Indonesia, ia disemai dahulu selama kurang lebih satu bulan dan kemudian akan diubah keladang bila telah memiliki sekitar 3-5 helai daun. Lazimnya jenis selada air liar akan ditanam menggunakan keratan batang bagi. Pemerhatian penulis mendapati tanaman selada air lazimnya ditanam dikalwasan ang kecil-kecil sahaja untuk mudah dijaga dan pengeluaran terkawal. Lazimnya tanah untuk penanaman perlu sentiasa dalam keadaan lembap. Penanaman selada air secara tahap komersil perlu diteliti dimana bagi sesetengah varieti ia agak kurang tahan terhadap hujan lebat. Bagaimana pun bagi mengatasi masaalah ini saya fikir penggunaan 'black netting' atau jaring hitam dipasang diatasnya boleh mengatasi masaalah tersebut. Dalam pada itu ada petani yang perlukan waktu tanam dilakukan pada akhir musim hujan atau sekitar bulan Mac dinegara tersebut. Penanaman dibuat waktu petang dengan menaburkan benih selada air terus diladang atau diatas batas kemudian mengubah anakbenih yang disemai kelokasi penanaman. Cara ini membolehkan sistem penanaman dan penuaian kelak dapat dijalankan dengan baik dan mudh.
Dalam beberapa rujukan ang penulis cari, didakwa bahawa tumbuhan selada air boleh dijadikan bahan tonik untuk kesihatan. Apa yang dilakukan dengan cara kita mengambil ekstrak jus selada air di dalam air dengan kadar perbandingan 1:4 (satu bahagian jus terhadap 4 bahagian air) dan kemudian ia diminum dengan kuantiti dua sudu teh penuh dengan kekerapan lapan kali sehari selama dua minggu. Amalan seperti ini sama ada anda percaya atau tidak adalah subjektif. Bagaimana pun banyak testimoni menyatakan bahawa daun selada air (daun watercress) ini adalah sejenis bahan anti kanser dan sangat baik untuk diet yag sihat. Ada dakwaan atau testimoni menyatakan bahawa antara khasiat selada air ini sangat tinggi kandungan vitamin seperti Vitamin B1, B2, B6, C, E dan Karotena. Selain itu selada air mempunyai sumber kalsium yang baik, zat besi dan Cu. Ada laporan yang katakan bahawa tumbuhan ini mengandungi bahan anti-kanser dengan mengurangkan kerosakan DNA sel darah yang terkena kanser. Ia juga didakwa membantu untuk melindungi mata kerana ia mengandungi bahan pada tahap dua Karotenoid, Lutien dan Zeaxanthi yang tinggi. Ia juga didakwa dapat membantu mengimbangkan kolestrol dan tekanan darah. Mereka yang mengidap masaalah penyakit kronik 3 serangkai ini boleh mengambil herba selada air untuk dijadikan pengubat masaalah mereka. Bagaimana pun dinasihatkan akan mengambil ubat doktor juga dengan berjadual.
Antara dakwaan lain menganai kehebatan khasiat selada air adalah seperti kepada kemampuannya dalam meningkatkan tenaga seksual dan meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita. Ia juga dapat membantu memori bertambah baik serta memberikan kekuatan mental dan juga akan melambatkan proses penuaan. Ini merupakan antara dakwaan yang paling biasa ditulis pada semua penggunaan herba sebagai pilihan alternatif untuk meningkatkan kesihatan. Selain itu ia juga selada air akan dapat membantu menguatkan badan terutama aliran darah dalam badan. Kandungan rendah kalori dan tinggi potassium yang penting untuk diet kerana tindakan diuretik menarik bendalir berlebihan ke bawah dan keluar dari tubuh badan. Ia juga membantu memperbaiki penghadaman dengan cara mengawal selia aliran hempedu. Dalam laporan lain ia didakwa mampu memperbaiki kulit. Daun watercress kaya dengan klorofil dan membantu pernafasan berbau. Sisiapa yang suka mengunyah watercress mentah dapat merawat gusi berdarah. Ini akan membantu melegakan pembesaran kelenjar prostat dan juga pembengkakan kaki dan juga pergelangan kaki terseliuh. Caranya dengan mengambil daunnya dan di tuamkan kepada tempat tersebut. Tumbuhan ini merupakan sumber iodin yang penting kepada fungsi kelenjar tiroid. Ia juga kaya dengan kalsium yang boleh menguatkan tulang dan gigi Wasallam!.
SELADA AIR...IA WATERCRESS JUGA...
MUDAH TUMBUH... DIMANA SAHAJA...
BOLEH DIMAKAN...BANYAK KHASIATNYA...
BACA BLOG.... BARU TAHU GUNANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1407, Hotel Ipoh City,
Jalan Dass, Ipoh,
Perak, Malaysia.
(20 jamadilAkhir 1435H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.