MEMBUAT BATAS TANAMAN (Raising plants bed) adalah satu keperluan didalam kerja-kerja awal proses penyediaan tanah sebelum kerja menanam. Membuat batas tanaman adalah aktiviti untuk menaikkan atau meninggikan tanah untuk ditanam diatas batas dimana ia adalah bertujuan untuk mengelakkan dari air bertakung, menambah kesuburan tanah dengan meningkatkan penudaraan tanah, dapat memudahkan kawalan rumpai, aktiviti penyiraman dan juga bertujuan untuk aktiviti kawalan penyakit. Pada saya dapati kebanyakan tanaman sayuran dan tanaman jangkapendek lain (cashcrop) mempunyai sistem pengakaran yang cetek dan mudah rosak jika ia terendam didalam air (waterlogged). Sebaiknya tanaman ini perlu ditanam diatas batas yang mana membolehkan terdapat kawasan zon akar (root zones) yang sesuai untuk akar menyerap nutrien dan air serta udara bagi proses tumbesaran pokok (Lihat foto diatas). Keperluan batas memang paling kritikal bagi kawasan ladang atau pun kebun yang mempunyai paras air tinggi seperti dikawasan bekas sawah dan dari kawasan yang mempunyai jenis tanah liat (clay soil). Tanah gambut dan tanah mineral juga sebaiknya dibuat batas penanaman untuk pertumbuhan anak pokok yang lebih baik. Dalam pembelajaran pertanian dimana-mana institusi lazimnya syllabus membuat batas tanaman dijalankan sama ada dalam bentuk teori dan praktikal. Ini menunjukkan bahawa peranan batas memang amat diperlukan untuk penanaman tanaman makanan. Batas yang elok lazimya gembur dan mampu menampong aliran air terutama pada musim hujan. Penanaman bagi sesetangah jenis tanaman umbisi juga perlukan batas tanaman untuk memberikan hasil yang baik seperti Keledek (Impomea batatas), Kacang Tanah (Arachis hypogea) dan juga juga beberapa jenis sayuran buah dan sayuran jenis daun. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti membuat batas tanaman dan teknologi yang berkaitan untuk dijadikan bacaan dan rujukkan anda.
Membuat Batas Tanaman memerlukan perancangan yang rapi sebelum kita mulakan pembuatannnya. Kita perlu membuat siasatan mengenai jenis tanah, topografi dan kecerunan tanah. Seterusnya periksa jenis tanaman yang akan ditanam, cara menyediakan batas, saiz dan ketinggian batas, sistem pengairan yang akan digunakan dan juga tujuan kenapa batas perlu disediakan. Jenis Tanah adalah merupakan asas kepada cara pembinaan batas dan juga rekabentuk batas yang akan disediakan. Tanah jenis liat, tanah gambut, tanah berpasir, tanah bris dan sebagainya memerlukan rekabentuk dan cara pembinaan batas yang berbeza. Tanah jenis peroi seperti tanah jenis berpasir boleh digunakan jentera pembuat batas untuk menyediakannya seperti 'bed former' yang ditarik oleh trekter atau jentera lain manakala bagi tanah jenis liat agak sukar membuatnya dimana ia lazimnya akan menggunakan alatan mudah seperti cangkul. Topografi dan kecerunan tanah perlu dilihat untuk menentukan bagaimana jalur batas disediakan sama ada dibuat sejajar mengikut kecerunan tanah atau menentang kecerunan tanah (melintang cerun). Jika dibuat sejajar dengan aliran air akan menyebabkan hakisan pada alur berlaku sebaliknya jika dibuat melintang ianya adalah lebih baik. Perlu juga kita diambil faktur arah dari mana matahari naik dan turun untuk mendapatkan purata sinaran matahari dalam batas yang hendak dibina. Jika boleh batas disusun dari arah timur ke barat agar tanaman mendapat sinaran matahari daripada pagi kepetang dengan sekata.
Apa yang sering dipentingkan didalam penyediaan batas adalah saiz dan ketinggian batas. Keduanya akan ditentukan mengikut keperluan jenis tanaman, jenis tanah dan cara penyediaan batas. Lazimnya bagi menanam jenis sayuran berdaun yang renek, saiz batas yang sesuai adalah 100 cm lebar dan 15-25 cm tinggi dengan panjang batas mengikut kesesuaian tanah. Jarak diantara batas tanaman yang disyorkan adalah sekitar 45-50 cm daripada apa yang saya perhatikan diseluruh negara. Saiz batas boleh dibuat lebih lebar dengan cara mencantumkan dua batas menjadi satu dimana dibuat alor cetek pada tengah batas tersebut. Alur tengah ini boleh digunakan sebagai laluan atau kawasan penyelenggaraan tanaman. Batas lebar ini sering dibuat dikawasan bekas tanah sawah atau tanah yang rendah. Pembinaan batas sentiasa berubah mengikut keperluan jenis tanaman, bentuk tanah, bentuk topografi serta bagaiman ia disediakan. Kepadatan tanaman dalam satu kawasan juga bergantung kepada bagaimana batas tanaman disediakan. Perancangan rapi perlu di buat bagi mendapatkan kadar kiraan untuk menentukan kepadatan tanaman kerana jika batas amat jauh akan mengurangkan lagi intensiti pokok. Jika batas terlalu rapat juga kurang elok kerana tanaman akan berebut ruang, cahaya matahari dan juga nutrien serta menggalakkan serangan serangga perosak dan penyakit.
Pembinaan batas bagi kawasan kecil lazimnya menggunakan alat seperti cangkul dan tajak (Lihat foto sebelah). Cara tradisional ini hanya memerlukan kemahiran minima dimana tanah dibahagian tengah dicangkul dahulu sebelum tanah dibahagian tepi dinaikan dan dibina batas mengikut kehendak petani. Sebagai contoh bagi tanaman keledek, bentuk batas yang tinggi dibahagian tengah sesuai dibina dimana benih keratan keledek akan diletak dibahagian tengah-tengah batas. Bagi ladang yang luas, jentera membina batas (alat bed former atau alat ridger) digunakan yang mana 'implements' yang ditarik mampu menaikan tanah sehingga batas terbentuk. Saiz dan bentuk serta jarak batas dibuat dengan trekter boleh diubahsuai bergantung pada jenis implement yang akan digunakan. Penggunaan jentera pada masa ini merupakan pilihan tepat oleh petani komeril yang luas dalam menyediakan batas. Lazimnya batas yang siap dibina akan dipasang plastik penutup batas (Silvershine plastic) dengan lebih cepat. Plastik hakisan ini membantu dalam proses penanaman dikawasan kebun. Anda boleh membaca artikel mengenai plastik penutup batas dalam artikel yang saya tulis sebelum ini untuk dirujuk (Sila klik disini). Pembinaan batas tanaman adalah penting sebagai satu amalan agronomi terutama untuk tanaman makanan seperti sayuran, jagung, kacang tanah dan sebagainya. Wasallam!...
BATAS DIBUAT ... BERBAGAI CARA...
ADA YANG TINGGI...LEBAR PULA...
TANAMAN DIATAS...ELAK CEDERA...
HASILNYA DITUAI... HATI GEMBIRA...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Jalan Dato Hj Kusai,
Muar, Johor,
Malaysia
(15 JamadilAkhir 1434H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.