CHIANG RAI COFFEE AND TEA FESTIVAL 2015 telah berjaya diadakan di Central Plaza , Chiang Rai, Thailand dari 21-23 Ogos 2015. Festival ini diaturkan oleh negara Thailand sesuai dengan delegasi ASEAN yang menghadiri 'Workshop GAP for Coffee' yang diadakan di Chiang Rai. Penulis blog berpeluang hadir dalam festival ini dimana konsepnya adalah untuk memperkenalkan produk berasaskan minuman produk kopi dan teh daripada kawasan tanah tinggi Chiang Rai. Lokasi Bandar Chiang Rai sendiri adalah 500 meter dari paras laut dan Tanah Tinggi Doi Chaang 1,500 meter dari aras laut. Seramai 12 orang delegasi daripada Indonesia, Myanmar, Malaysia, Laos PDR, Filipina dan Thailand hadir dalam festival ini. Konsep festival ini adalah dengan mereka mengadakan majlis perasmian, pameran produk kopi dan produk teh yang melibatkan lebih daripada 30 gerai daripada pelbagai syarikat swasta pengeluar kopi dan teh dan NGO serta kerajaan. Festival ini melibatkan banyak pihak daripada kerajaan, NGO dan penanam kopi serta pemproses kopi dan teh diseluruh Chiang Rai. Ia juga diadakan sebagai satu acara sambutan ulangtahun Puteri Sirikit seperti yang diumumkan oleh pengacara majlis. Sebelum upacara rasmi pembukaan dijalankan, persembahan nyanyian, tarian tradisional diadakan oleh masyarakat tempatan. Tarian kaum Akka dan kaum Karen menunjukkan mereka memang masih asli dalam kebudayaan. Kumpulan kebudayaan ini dibawa daripada kawasan pergunungan Doi Chaang untuk festival yang julung kali diadakan disini. Dalam kata mula pengacara mereka percaya festival ini akan mengangkat industri kopi dan teh tempatan kepasaran domestik dan antarabangsa. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" artikel yang ke 3,500 daripada Hotel Barn Norn Plearn mengenai Festival Kopi dan Teh 2015 Chiang Rai sekadar ingin menyumbang ilmu pengetahuan kepada anda pembaca blog yang masuk umur 8 tahun ini.
Perasmian dilakukan oleh Gabenor Chiang Rai dengan diiringi oleh Presiden Persatuan Pengeluar dan Pengekspot Kopi dan Teh Thailand. Lebih daripada 500 pengunjung hadir majlis perasmian dalam festival ulung ini termasuk ramai daripada luar negara. Dimaklumkan selain daripada delegasi dari ASEAN, para pengunjung daripada USA, Korea, Canada, Jepun dan China hadir untuk melihat bagaimana produk kopi dan teh terutamanya produk organik dipamerkan. Ia juga merupakan lokasi sesuai untuk pengimport dan pengeksport kopi dan teh membuat temusuaan (match-making) yang bermakna. Saya yang kali pertama membuat lawatan industri kopi dan teh mendapat banyak ilmu pengetahuan dalam industri kopi. Pelbagai produk kopi dan teh dipamerkan daripada yang murah, sederhana sehingga kepada yang dijual dengan harga premium. Selin itu banyak mesin-msin pemproses kopi dipamerkan untuk mendapatkan pemprosesan biji kopi dengan aroma yang khusus. Turut sama dalam pameran tersebut adalah jenama "OLD TOWN' yang memang sangat popular di negara kita. Kopi paket 3-in-one keluaran syarikat ini dipamerkan sebagai salah satu produk dalam pameran ini.
Antara Gerai yang popular seperti Gerai Kopi dan Teh Syarikat Doi Chaang yang mempromosi produk organik mereka (Sila lihat foto disebelah). Rantaian kedai jualan kopi Doi Chaang mempunyai banyak rantaian diseluruh Thailand malahan berada diluar negara dengan menggunakan logo orang tua Doi Chaang. Di Airport dan Kompleks membeli belah dengan mudah anda akan menjumpai kiosk kopi doi chaang ini. Mereka menawarkan banyak jenis produk kopi dan teh daripada yang murah kepada yang gred premium. Dalam Gerai oleh Syarikat MiVana yang mempromosi 'organic forest Coffee' mereka yakin mempunyai potensi pasaran lebih besar dimasa akan datang. Syarikat ini yang mempunyai ladang dan rantaian pemasaran kukuh mempunyai pelbagai persijilan dan akreditasi dari seluruh dunia untuk produk kopi dan teh organiknya. Pelbagai jenama dan promosi dilakukan dalam industri kopi Thailand yang merupakan antara pihak pengeksport produk proses kopi dan teh yang berjaya untuk dicontohi. Dibawah dipaparkan papan iklan yang diletakkan dibanyak lokasi untuk menarik pengunjung melawat festival ini. Wasallam!.
SATU FESTIVAL...UNTUK PROMOSI...
KOPI DAN TEH... ORGANIK LAGI...
30 GERAI... GAVERNOR RASMI...
SATU AKTIVITI..SANGAT BERERTI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Exibition Hall, Plaza Central,
Chiang Rai, Thailand.
(21 Ogos 2015)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.