Support My Blog

Sunday, February 22, 2015

PADI - VARIETI DIISTIHAR

MALAYSIA adalah sebuah negara yang makan asasinya adalah nasi yang berasal daripada tanaman padi. Tanaman padi (Oryza sativa) merupakan tanaman yang ketiga terpenting di negara kita selapas tanaman kelapa sawit dan getah terutama untuk padi sawah. Tanaman padi bukit kini semakin kurang popular dan hanya ditanam oleh penduduk pribumi dikawasan pendalaman di Semenanjung Malaysia dan di Sabah serta Sarawak. Seluas lebih daripada 600,000 hektar kawasan padi sawah menghasilkan sebanyak 70% keperluan beras di Malaysia. Keperluan beras negara direkodkan pada tahun 2012 adalah sebanyak 700.7 mt yang mana sekitar 30% adalah diimpot daripada negara jiran. Tanaman padi merupakan tanaman yang paling banyak menerima kemudahan subsidi dari kerajaan untuk mempastikan ia masih diusahakan demi keselamatan makanan negara. Kepentingan tanaman padi memeng tidak boleh dibafikan kerana jika tidak ada beras maka negara akan mengalami masaalah kekurangan bahan makanan asasi. Kajian penulis dari beberapa laporan mendapati kadar perkapita sebanyak 85 kg seorang setahun (2006) dan dijangka akan meningkat kepada 100 kg seorang setahun pada tahun 2013. Ini merupakan satu cabaran penting disektoe pertannian kerana banyak kawasan tanah sawah telah diancam oleh proses perbandaran, penukaran kepada tanaman lain dan juga produktiviti yang perlu ditingkatkan. Penulis selama 35 tahun ini telah melalui proses 'kehilangan; sawah padi akibat banyak faktur. Oleh itu pengenalan banyak baka padi baru sehingga kini dapat mengimbangkan penghasilan padi dalam negara. Kalau dahulu pesawah hanya menanam padi sekali setahun dengan produktiviti kurang dari 1 mt sehektar kini telah ada kawasan di Malaysia yang mampu menghasilkan padi sehingga maksima 10 mt sehektar. Faktor pengenalan baka padi merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang sepi. Kita patut berterimakaseh kepada penyelidik, pegawai pengembangan, pesawah dan juga pembilang padi diatas kejayaan ini. Artikel petang Ahad ini saya mengambil masa menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa varieti padi yang diistiharkan oleh kerajaan untuk mempastikan bekalan beras akan terus stabil dalam negara kita. Anda juga boleh terus membaca artikel saya sebelum ini mengenai isu yang hampir sama (Sila klik disini), (Sila Klik disini) dan (Sila Klik disini). Artikel-artikel ini membincangkan dengan lebih jelas.


Jadual 1: Varieti padi diistihar 1970-1970'an
Beberapa aktiviti pembiakbakaan padi telah dijalankan oleh Jabatan Pertanian sebelum penubuhan MARDI. Selama dua dekad dari 1060- 1970'an sebanyak 13 varieti padi telah diistiharkan oleh kerajaan untuk ditanam. Padi yang mula-mula diistiharkan adalah Padi Malinja iaitu pada tahun 1964 dan kini sudah tidak ditanam lagi. Bagaimana pun Jalan Padi Malinja maih ujud di Kawasan Perumahan Bandar Baru UDA, Tampoi, Johor dimana saya tinggal selama 3 tahun. Padi Mahsuri dan Padi Ria juga menyusul kemudian dan seterusnya beberapa varieti lagi seperti jadual 1 diatas. Benih padi tersebut diharap masih ada dismpan dalam Bank Janaplasma Negara untuk dibuat kajian selanjutnya dimasa akan datang. 


                                    Jadual 2: Varieti padi diistihar 1980-1990'an

Antara varieti padi yang mencuit hati penulis adlah padi Kadaria yang distiharkan pada tahun 1981 (Sila rujuk jaduan 2 diatas). Ini kerana semasa itu penulis mula bertugas pada 1982 padi tersebut adalah antara varieti padi yang paling luas ditanam dan diterima oleh pesawah di kawasan jelapang padi dan luar kawasan jelapang padi. Jabatan Pertanian masa itu menghasilkan benih padi Kadaria melalui program 'Ladang Benih Padi' yang mengikuti SOP tertentu tidak seperti sekarang yang dikawal oelh beberapa syarikat pengeluar benih padi sah. Bagaimana pun padi kadaria mula kurang ditanam apabila distiharkan varieti popular baru iaitu varieti MR84 yang lebih diterimapakai selepas padi kadaria. Penggunaan varieti MR84 dikatakan agak bertahan lama dan mampu meningkatkan produktiviti padi dalam negara. Dua varieti padi pulut juga diistiharkan dalam tempoh tersebut iaitu Pulut Siding (1981) dan juga Pulit Hitam (1990) yang ditanam oleh beberapa pesawah tertentu. Tinjauan penulis pada 2011 mendapati padi pulut siding ada ditanam di Bukit Rambai, Melaka (Sila baca artikel berkenaan - Sila klik disini). Varieti padi MR123 juga antara yang popular ditanam selepas pengistiharan dilakukan untuk beberapa tahun.

                                      Jadual 3: Varieti padi diistihar 1990-2013

Varieti padi yang popular banyak diistiharkan dari 1991 sehingga tahun 2013 seperti jadual 2 diatas. Pada tempoh ini juga diistiharkan beberapa varieti padi wangi seperti MRQ74 (2005), MRQ76 (2012) walau pun sebenarnya padi wangi ianya masih kurang ditanam. Kini kita mungkin sudag tahu akan kehebatan padi yang masih luas ditanam iaitu padi varieti MR219 (di istiharkan pada tahun 2001) dan varieti padi MR220 (2003). Padi ini didapati mampu memberikan hasil yang tinggi dimana ia dikatakan mampu mencapai sehingga 10 mt sehektar dengan teknologi yang sesuai. Terkini varieti padi yang dikatakan 'latest' adalah varieti padi MR220-CL1 dan varieti MR220-CL2 yang diistiharkan pada tahun 2010 (sudah 4 tahun ditanam dikebanyakan kawasan jelapang padi). Pada tahun 2013 hanya varieti padi MR269 sahaja telah diistiharkan untuk ditanam secara komersil. Walau pun banyak akhbar melaporkan akan varieti padi 'Aerob' tetapi ianya masih belum diistiharkan lagi. Pesawah sentiasa menunggu hasil penyelidikan biakbaka padi untuk ditanam bagi meningkatkan pendapatan dan meyakinkan bekalan beras negara dimasa akan datang. Wasallam!.



ISTIHAR VARIETI... 41 SEMUANYA...
MENGIKUT TAHUN...IA KENAPA....
TINGKAT HASIL... PETANI SUKA...
JAMIAN BERAS...DALAM NEGARA... 


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasaraya Speed 99,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(14 Rabiulawal 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...