Support My Blog

Wednesday, December 24, 2014

KOPI - NIKMAT KOPI CAMPURAN

BAGAIMANA MENIKMATI MINUMAN KOPI?. Bahan perasa minuman kopi kini merupakan bahan minuman yang diambil oleh ramai manusia walau pun masih ada ramai lagi yang tidak berminat dengan minuman kopi. Biarpun anda bukan penggemar minuman itu, namun terdetik juga mungkin keinginan untuk merasai perbezaan antara kandungan kopi dalam pek terkini yang diperkenalkan oleh jenama seperti Starbucks, Kopitiam, Kopi 3-in-one, Kopi Tendah Asid L.A. Coffee, Kopiko dan bermacam jenis kopi lagi. Ini tidak termasuk jenama kopi keluaran tempatan seperti Kopi Tenom, Kopi Cap Kapal Api, Kopi Anggerek, Kopi Cap Tupai, Kopi Cap Murid, Kopi Hang Tuah, Kopi Herba dan beratus jenama lagi. Kopi dikaitkan dengan perasa minuman yang 'PAHIT" dan berwarna hitam. Lazimnya bagi mengimbangi rasa pahit kopi tanpa gula itu ia akan dicampurkan dengan susu, gula atau bahan lain yang sesuai. Selin daripada bahan untuk minuman, kopi kini diproses menjadi produk makanan lain seperti Roti Kopi, Donut Kopi, Gula-gula Kopi, Kuih perasa kopi dan sebagainya. Bagi produk jenis donat yang kebanyakannya memiliki rasa manis atau paduan manis dan masam menarik pelanggan yang meminatinya. Terdapat banyak bentuk produk kopi diseluruh dunia dengan Brazil merupakan pengeluar utama kopi diikuti dengan Vietnam dan Indonesia. Hampir 70% penanaman dan pengeluaran kopi adalah jenis Arabica dan 28% adalaj kopi jenis robusta. Biji kopii yang dihasilkan diproses mengikut keperluan pengguna untuk pasaran domestik dan ekspot negara pengeluar. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai nikmat kopi campuran yang perlu kita ketahui. 

Bermula minuman pelbagai jenis kopi kini terdapat pproduk makanan lain berasaskan kopi. Bermula daripada jenis ringan atau kandungan kopinya yang tidak pekat iaitu Blonde Roast ia dinikmati bersama donat bersalut gula (Sila lihat foto sebelah). Ternyata rasa kopi yang tidak begitu pekat bersama hidangan donat bergula adalah memberikan keenakan kepada mereka yang bukan tergolong di kalangan penggemar kopi tegar. Beralih pula kepada secawan kopi sederhana pekat atau Medium Roast yang dinikmati bersama donat lebih manis dan berinti epal atau beri biru dihidangkan mengikut kegemaran masing-masing. Kini apabila mencuba secawan Dark Roast pula maka ia tampak sesuai bagi penggemar minuman itu kerana lebih pekat dan rasanya juga agak pahit berbanding kopi jenis ringan atau sederhana. Rasa pekat kopi yang dibancuh itu dinikmati bersama donat bersalut coklat dan kacang. Begitulan beberapa konsep pengambilan minuman kopi yang boleh kita pelajari. Kopi jenis pekat itu juga boleh digunakan untuk menghasilkan minuman kopi jenis mocha dengan mencampurkannya bersama coklat asas bagi menghasilkan espresso. Minuman kopi pekat yang panas itu sesuai diminum selepas makan malam bagi mengekalkan kesegaran dan membantu mengelak daripada rasa mual. 

Hidangan kopi selepas makan lebih empat dekad terkenal dengan kepakaran mereka dalam pengeluaran, memanggang dan mengadun biji kopi. Terkini Starbucks mencipta campuran baru yang boleh dinikmati di rumah dan boleh dibawa ketika melancong atau di pejabat. Menurut  syarikat bahawa penghasilan pelbagai jenis kopi campuran itu bertujuan untuk memberi peluang kepada semua peringkat penggemar kopi untuk merasai keenakannya. Ia tidak hanya memperkenalkan rasa kopi daripada keluarga Blonde Roast saja tetapi ia juga memberi peluang kepada penggemarnya untuk memudahkan mereka memilih sendiri rasa yang diinginkan. Kini nama Blonde Roast juga bermaksud mencerminkan kesenian jenama ini menggunakan teknik memanggang dan gaya yang sering ditunjukkan pada rasa kopi yang lebih ringan ini. Starbucks turut memperkenalkan pembungkusan kopi baru iaitu Blonde Roast, Medium Roast dan Dark Roast.

Bagi menghasilkan rasa kopi yang sempurna dan berkualiti, Starbucks mengambil beberapa biji kopi Arabica terbaik di dunia dengan meneroka lebih 80 resipi sepanjang lapan bulan proses menghasilkannya sebelum memilih kopi terakhir, Blonde Roast. Starbucks Blonde Roast yang dihasilkan dengan kaedah memanggang biji kopi dalam masa singkat sesuai dinikmati mereka yang gemarkan rasa yang lebih ringan dan lembut. Blonde Roast dihasilkan daripada dua jenis kopi iaitu campuran Willow dan campuran Veranda. Campuran Willow adalah gabungan Amerika Latin iaitu antara kandungan halus koko yang lembut dan kacang dibakar. Apabila diminum, kopinya menghasilkan rasa lebih ringan dan asli yang enak dinikmati bersama makanan berasaskan kacang atau coklat susu.  Sedikit berbeza bagi campuran Veranda kerana biarpun ia tergolong dalam kategori sama, ia lebih cerah dan bersih yang menggabungkan biji kopi dari Amerika Latin dan Afrika Timur. Ia menawarkan perisa sitrus bagi mewujudkan rasa kopi yang lebih berangin sebagai pelengkap terbaik ketika dinikmati bersama kek paun lemon. Kepada mereka yang minat minum kopi di  Starbuck tentunya lebih memahami akan apa yang dilaporkan oleh akhbar tempatan ini. Wasallam!.


JENAMA KOPI... AMAT HEBATNYA...
PELBAGAI PRODUK...IKUT SELERA...
STARBUCK COFFEE... ANTARANYA...
KOPI MAHAL... PILIH YANG MANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Starbuck, Sungai Wang Plaza,
Kuala Lumpur,
Malaysia.
(29 Safar 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...