KOPI (Cofea liberica) merupakan tanaman minuman yang ditanam daripada keluarga Rubiaceae yang ditanam secara tunggal atau selingan. Tanaman kopi didunia adalah seluas 11.12 juta hektar dengan Brazil merupakan negara penanam terluas didunia iaitu 2.15 juta hektar (19%) diikuti dengan Vietnam (1.057 juta hektar ) dan Colombia (0.88 juta hektar). Malaysia hanya mencatitkan keluasan 3,764 hektar tanaman kopi dengan pengeluaran sebanyak 14,739 mt bernilai 11.79 juta pada tahun 2013. Kawasan penanaman kopi utama di Malaysia adalah di Sabah iaitu seluas 2,220 hektar (59%) diikuti dengan Johor seluas 1,116 hektar (30%), Sarawak (193 hektar) dan Selangor (64 ha). Selain itu terdapat seluas 0.4 hektar ditanam di Kedah (Jenis Robusta) dan hanya 0.4 hektar di Pahang pada tahun 2013 (Sumber: Laporan Statistik Jabatan Pertanian Malaysia). Penanaman kopi di Malaysia semakin kurang diminati kerana banyak faktor antaranya pendapatan dari kebun yang kurang lumayan berbanding dengan tanaman lain. Dalam membuat rujukan saya dapati tidak terdapat cashflow atau costing penanaman kopi diterbitkan. Jabatan Pertanian dan MARDI saya percaya mempunyai kosting tanaman kopi yang terkini tetapi saya akan paparkan kosting tanaman kopi monokrop dan kosting tanaman kopi selingan yang pernah diterbitkan beberapa tahun dulu tetapi tidak banyak perbezaannya kecuali dari segi kos input, kos buruh dan kos operasi. Artikel pagi Sabtu ini saya ringkaskan dalam "Anim Agro Technology" kosting tanaman kopi sekadar untuk dijadikan rujukkan dan bacaan anda.
TANAMAN KOPI MONOKROP
Jangkamasa tanaman : 15 tahun
Hasil kopi : 1,490 kg (Tahun 3), 3,730kg (Th 5), 8,210 kg (Th 10) dan 9,700 (Th 15)
Jumlah Wang Masuk : RM 43,463.00
Kos Pembangunan : RM 2,177.00
Kos Penyelenggaraan : RM 17,026.00
Jumlah Kos Pengeluaran : RM 19,203.00
Pendapatan Bersih : RM 24,260.00 (15 tahun)
Pendapatan/Tahun : RM 1,617.33
Pendapatan/bulan : RM 134.77
Harga kopi jambu : RM496.00/mt
Tempoh Bayar balik : Tahun ke 7
TANAMAN KOPI SELINGAN KELAPA
Jangkamasa tanaman : 15 tahun
Hasil kopi : 1,490 kg (Tahun 3), 5,980kg (Th 5), 5,980 kg (Th 10) dan 5,980 (Th 15)
Jumlah Wang Masuk : RM 24,486.00
Kos Pembangunan : RM 1,302.00
Kos Penyelenggaraan : RM 14,327.00
Jumlah Kos Pengeluaran : RM 15,629.00
Pendapatan Bersih : RM 8,856.00 (15 tahun)
Purata pendapatan/Tahun : RM 590.40
Purata pendapatan/bulan : RM 49.20
Harga kopi jambu : RM 360.00/mt
Tempoh Bayar balik : Tahun ke 8
(Hanya untuk tanaman kopi sahaja dan tidak dimasukkan jualan dari buah kelapa).
Berdasarkan kepada kosting diatas menunjukkan tanaman kopi liberica di Malaysia wajar di bincangkan sama ada ianya memberikan pulangan sewajarnya. Semasa kosting tersebut disediakan pada 1981, mungkin pendapatan bersih bulanan penanam kopi yang terdiri daripada pekebun keci yang menerima purata pendapatan bersih sebanyak RM134.77 sebulan adalah bernilai 'besar' jika dibandingkan dengan nilai tersebut semasa artikel ini ditulis. Cashflow tanaman kopi monokrop juga menunjukkan kadar bayaran balik pada tahun ke7 adalah lama dan ia indikator yang menunjukkan tanaman kopi monokrop kurang berdaya maju. Keadaan sama juga menunjukkan tanaman kopi selingan dengan kelapa juga hanya memberikan purata pendapatan sekitar RM49.20 sebulan (tidak termasuk hasil jualan kopi) pada tahun 1981 semasa cashflow dibuat. Kosting tanaman kopi menunjukkan mereka yang mengusahakan tanaman kopi secara kecil-kecilan di Malaysia boleh dikategorikan sebagai gulungan 'miskin tegar' jika mengambilkira garis kemiskinan masakini. Ini mungkin salah satu faktor sebenar kenapa tanaman kopi telah di'pinggirkan' oleh pekebun kecil di Malaysia yang menunjukkan penurunan keluasan daripada 14.300 hektar pada tahun 1981 kepada hanya 3,474 hektar sahaja ditanam pada tahun 2013.
KOSTING KOPI... SUDAH LAMA...
KOPI MONOKROP...BAGAIMANA...
PERLU DIKAJI... OLEH SIAPA....
KINI KOPI...KURANG DIUSAHA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Ijuk, Kuala Selangor,
Selangor,
Malaysia.
(12 Safar 1436H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.