Support My Blog

Wednesday, December 31, 2014

BANJIR - KESAN SEKTOR PERTANIAN

BANJIR (Floods) merupakan satu fenomena bagi negara kita yang berlaku setiap tahun sama ada ia pada tahap banjir besar atau banjir biasa. Mengikut Jabatan Meterologi dan JPS, kejadian banjir besar akan berlaku setiap 9-10 tahun sekali dan lebih teruk lagi setiap 50 tahun. Adakah banjir 2014 merupakan ulangan setiap 10 tahun atau 50 tahun?. Apa yang penulis ingat pada 2006 berlaku banjir besar di Johor (Kota Tinggi, Muar, Batu Pahat) dimana semasa itu penulis bertugas di Muar. Kini kira-punya kira memang banjir di Kelantan dan Terengganu (Juga Thailand dan Indonesia) memang ulang tahun seperti diramalkan. Penulis dapati kejadian El-Nino (Panas dan kering) yang berlaku pada Febuari - April 2014 memang teruk sekali tetapi kurang diwar-warkan. Keadaan banjir tahun ini sama seperti tahun 2006 dimana kejadian air laut pasang besar dan lambat air berlebihan untuk turun. Apa petanda ia diperingkat awal?. Tahun 2014 berlaku udara sejuk di Kuala Krai sehingga menurun hingga 20 Celsius, buah kurma keluar dengan banyak di Kota Bharu, Buah Dokong juga melambak sampai tidak laku dipokok di Kelantan dan beberapa isu lagi. Banjir tahun 2014 mengikut berita di TV dan lebih hebat jika anda melayari internet dan WhatApps amat teruk sekali. Apakah kesannya terhadap sektor pertanian selepas banjir?. Ini adalah perkara penting yang akan dibincang dalam kes penulisan kali ini. Banjir memberikan kesan Tidak Ketara dan Kesan Ketara. Kerosakan Ketara melibatkan Kerosakkan Langsung dan Kerosakkan Tidak Langsung. Kerosakkan Langsung adalah kerosakan pada tanaman, ternakan, kenderaan, rumah, hartabenda, peralatan, kemudahan awam dan sebagainya.  Kerosakan Tidak Langsung pula seperti gangguan bisnes, suasana hidup, komunikasi, kesesakan lalulintas, kos tambahan, bantuan penyelamat dan sebagainya. Bagi Kesan Tidak Ketara seperti Kematian, Sakit, Tekanan, Kebimbangan dan Kualiti Alam Sekitar. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai kesan banjir terutama dalam sektor tanaman bagi memanaskan minda kita.

Setiap kali berlaku banjir besar, Pejabat Pertanian Daerah dan Negeri merupakan jabatan penting yang membuat taksiran nilai kerosakan pada tanaman. JPV akan membuat taksiran kerugian dalam sektor ternakan dan Jabatan Perikanan membuat taksiran dalam bidang ternakair. Pejabat Daerah pula akan membuat taksiran kerosakan hartabenda, infrastruktur dan lain-lain lagi. Siasatan mengenai kerosakan tanaman perlu dilakukan dengan cara membuat lawatan kekebun petani dan memeriksa kerosakan tanaman yang dimusnahkan air akibat banjir. Kepakaran pegawai ini menggunkan asas perkiraan dari anggara nuku cashflow jabatan pertanian yang disediakan. Bagi tanaman jangkapandek seperti sayuran, padi, jagung dan sebagainya ia akan musnah apabila tenggelam dalam air. Laporan kerosakkan tanaman ini akan dikumpulkan dan dihantar kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mendapatkan anggaran taksiran kerugian dan kemusnahan dialami oetani. Mengenai bantuan pertanian ia akan ditentukan oleh MKN. Kemusnahan pokok kekal seperti dusun buah-buahan terpilih agak lambat sedikit kelihatan seperti pokok durian, nangka, rambutan dan sebagainya tidak seperti pokok pisang dan nenas atau betik.


Dalam pemerhatian penulis yang telah bertugas di Pejabat Pertanian Daerah selam 15 tahun, kemusnahan yang melanda memang serius, terutama kepada tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, malahan pokok getah juga mengalami ‘wintering’ walaupun belum tiba masanya. Kelapa sawit sahaja yang nampaknya dapat bertahan dengan takungan air. Tanaman makanan boleh dikatakan 100 peratus musnah, yang juga bermakna petani yang terlibat dengan tanaman ini akan kehilangan pendapatan dalam jangka masa pendek - iaitu antara enam bulan hingga setahun. Bagaimana pun untuk pekebun kelapa sawit, produktiviti mungkin menurun apabila musim menuai, tetapi harga dijangka meningkat kesan daripada kekurangan penawaran. Pengusaha pertanian seperti penanam sayur, penternak lembu, pesawah pemilik nurseri dan penternak telah mengalami kerosakan yang serius. Penternak ini akan mengambil masa lebih daripada enam bulan untuk pulih beroperasi seperti biasa. Pendek kata banjir kali ini memusnahkan tanaman, maka memusnahkan sumber pendapatan dan pekerjaan di samping kerosakan infrastruktur. Pengeluar akan kehilangan sumber pendapatan dalam jangka masa dua-tiga bulan ini sehingga tanaman mereka dipulihkan. Proses ini mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan. 


Seperti biasa sebagai langkah bantuan banjir lazimnya langkah kerajaan telah menyediakan pelbagai bayaran pampasan kepada mangsa banjir, termasuk petani. Pemberian wang tunai sebanyak RM200 sekeluarga selepas banjir pertama melanda, RM200 selepas banjir kedua dan tambahan RM500 apabila mereka pulang ke rumah pernah diberikan. Penulis pernah menguruskan bantuan tanaman di Daerah Muar sebanyak RM3.2 juta untuk mangsa banjir di daerah Muar tahun 2006. Bayaran melalui Agrobank dilakukan dengan sistematik. Bentuk kadar insentif kerugian dan pampasan yang pernah digunakan untuk diberi kepada petani-petani penanam Padi adalah (RM573 sehektar), Sayur-sayuran  (RM2,000 sehektar), Buah-buahan (RM1,000 sehektar), Lembu Daging (RM700 seekor) dan Penternak Akuakultur (RM1,500 sehektar). Jika dimasukkan kos pembersihan kawasan dan kemusnahan peralatan, mungkin pampasan ini tidak mencukupi. Menganggar kerugian ekonomi terutama untuk sektor pertanian, tidak semudah yang dijangkakan. Ini kerana ketiadaan pangkalan data yang lengkap di agensi kerajaan yang berkenaan. Jika jabatan berkenaan telah membina pangkalan data yang komprehensif mengenai kawasan masing-masing, anggaran mudah dibuat, sekali gus akan memudahkan pengiraan pampasan yang perlu diberikan. Pangkalan data yang komprehensif adalah gudang data yang dikemas kini dari tahun ke tahun tentang pelbagai maklumat pertanian sesuatu kawasan daripada profil petani sehingga hasil pertanian mereka, input yang digunakan dan juga sumber input yang digunakan. Jika berlaku perubahan, beberapa anggaran boleh dibuat tentang kesan perubahan kepada sektor tersebut. Sebagai contoh, selain banjir, kita boleh menganggar kesan kenaikan harga petrol iaitu dikatakan 10 peratus kepada kos pengeluaran pertanian lantas ke atas pendapatan petani dan juga harga kepada pengguna. 


Dalam mengatasi isu kerugian akibat banjir, bantuan diberikan bukanlah satu hak tetapi merupakan insentif sahaja. Penggunaan insuran tanaman dan pertanian masih tidak berlaku dengan berkesan di negara kita. Sebenarnya Malaysia boleh meramal apakah kerugian ekonomi apabila banjir berlaku kepada sektor pertanian sesuatu kawasan. Anggaran yang baik membolehkan kerajaan membuat keputusan tepat dan kerugian dapat dielakkan. Sebagai contoh, anggaran untuk kerugian yang tepat, memungkinkan kerajaan menganggar nilai kerugian yang sesuai untuk petani memulakan semula aktiviti pertaniannya. Insentif ini akan membantu kerajaan merancang rancangan pemulihan kawasan dan juga industri pertanian. Bagaimana pun dahulu diantara gejala yang diperhatikan kesan daripada ketiadaan pangkalan data yang lengkap adalah ketirisan dalam wang bantuan yang diberikan walau pun kini ia jarang berlaku. Kajian penulis mendapati amat kurang atau tiada berlaku ketirisan wang bantuan pertanian yang diberikan di Daerah Muar pada tahun 2007 semasa bantuan ini diberikan. Semua wang tunai disampaikan melalui sistem yang ketat melalui Majlis Rasmi dan sampai ke golongan sasaran. Mangsa banjir dan waris (darioada luar daerah Muar seperti di Singapura, Kuantan, Kuala Lumpur) telah hadir sendiri dalam Majlis penyerahan atau pun memberikan nombor akaun untuk dimasukkan dalam akaun Agrobank. Maka beberapa tuduhan orang luar memang tidak tepat berlaku ketitisan tersebut.


Lazimnya Jabatan dan Agensi kerajaan memang murah hati dengan bantuan. Sikap ini sungguh membanggakan dan cara serta mekanisme memberi bantuan adalah sistematik dengan Pejabat Daerah terlibat mengetuai semua aktiviti bantuan. Sistem sedia adalah cekap dan dapat menjamin bantuan sampai ke golongan sasaran dengan baik. Dakwaan laporan oleh UPM melalui kajian yang dilakukan selepas banjir kurang tepat dimana laporan menyebut bahawa semua agensi kerajaan yang terlibat seperti RISDA, MPOB, Jabatan Pertanian, Kemas, Pertubuhan Peladang, masing-masing menjanjikan bantuan kepada petani kurang berkesan. Sebenarnya jumlah bantuan yang dijanjikan memang tidak mencukupi untuk mangsa banjir untuk memulihkan sektor pertanian. Bantuan bukan untuk 'Gantirugi' tetapi cuma insentif sahaja bagi mereka memulakan aktiviti pertanian mereka. Laporan UPM mungkin kurang tepat kerana antara responden yang ditemuduga saya fikir mangsa banjir yang tidak mahu berpindah kepusat mangsa banjir dan tidak berdaftar dengan Jawatankuasa di Pusat Banjir atau Pejabat Daerah. Kawasan tanah mereka mungkin tidak teruk kena banjir dan hanya sekejap sahaja kena banjir. Golongan ini yang mendakwa tidak menerima bantuan banjir dan dilaporkan berlaku ketirisan oleh para penyiasat tersebut. Mungkin skala banjir kali ini agak di luar dugaan sehinggakan kerajaan kurang bersedia dengan mekanisme yang cekap untuk menangani krisis sebegini. Walau bagaimanapun krisis banjir ini boleh digunakan sebagai satu titik permulaan baru untuk membina satu mekanisme penyediaan pampasan ketika berlaku krisis. Laporan mengenai semua agensi perlu bersemuka untuk menyelaraskan sistem agihan untuk meminimumkan pertindihan dan menggunakan sumber dengan cekap adalah kurang tepat. Petani mungkin tidak mampu memulakan pertanian masing-masing tanpa sebarang bantuan tidak tepat malahan sebenarnya tanpa bantuan petani tetap bertani jika ia adalah punca pendapatan sebenar mereka. Pengalaman kemusnahan  yang besar tidak mungkin mendorong mereka untuk meninggalkan pertanian dan memilih pekerjaan yang memiliki risiko yang lebih rendah seperti bekerja di kilang atau di bandar. Mereka masih tinggal dikampong untuk meneruskan aktiviti pertaniannya tanpa takut kerana fenomena banjir merupakan satu bencana alam yang berulang saban tahun cuma skalanya berbeza. Wasallam!.

BANJIR BESAR... ADA KESANNYA...
TANAMAN... MATI DIBUATNYA...
PERLU DIBANCI... LAPORAN DISEDIA...
PEGAWAI PERTANIAN... SUDAH BIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 201, Chalet Teratak Atie,
Pengkalan Balak, Masjid Tanah,
Melaka, Malaysia.
(2 Muharam 1436H) 

KOPI - ADA YANG DIHARAMKAN

KOPI (Coffea) merupakan sejenis produk berasaskan tumbuhan untuk perasa minuman yang didapati daripada buah kopi yang menghasilkan biji kopi dan seterusnya serbuk kopi. Pokok kopi (Coffea spp) mempunyai beberapa jenis iaitu Kopi Arabica (Coffea arabica) yang menguasaan 70% paran dunia diikuti dengan kopi jenis Robusta (Coffea robusta) yang menguasai 28% pasaran dan Kopi Liberica (Coffea liberica) yang menyumbang hanya 2% permintaan dunia. Negara kita Malaysia hanya menanam seluas 3.764 hektar kopi liberica dengan 3,474 hektar menghasilkan biji kopi sebanyak 14,400 mt pada tahun 2013 (Sumber data: Laporan Ststistik, Jabatan Pertanian Malaysia). Negara juga mengimpot sekitar 98 mt kopi setahun melalui 95 syarikat atau individu yang mempunyai kuota impot biji kopi dari luar negara. Kajian penulis mendapati kebanyakan kpi diimpot dalam bentuk 'roasted beans' dengan negara Indonesia dan Vietnam merupakan penyembang kepada pengimpotan kopi ini untuk kegunaan dalam negara atau untuk diproses semula. Negara mampu memgekspot prdouk berasaskan kopi sebanyak RM1.23 bilion pada tahun yang sama. Terdapat banyak jenis produk kopi yang dihasilkan oleh usahawan tempatan sama ada berskala kecil, sederhana atau pun besar. Lazimnya kopi dijual sebagai serbuk kopi kering sebagai kopi campuran atau kopi segera (Instant cofee) seperti Nescafe yang mempunyai permintaan yang amat tinggi di Malaysia dan juga seluruh dunia. Lebih 100 syarikat kecil dan sederhana di Malaysia mengeluarkan beratus jenama pdoruk kopi untuk pasaran tempatan malahan ada yang mengekspot. Ada dikeluarkan untuk pasaran Kopi Serbuk, Kopi Instant, Kopi dengan Herba, Kopi cecair, Kopi gula-gula dan sebagainya. Negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Terengganu serta Johor dan Selangor dilaporkan mempunyai ramai pengilang dan pengeluar  produk kopi untuk pasaran domestik. Kita boleh melihat pelbagai jenis produk kopi dipasaran dengan pelbagai dakwaan ditulis pada pembungkusnya. Adakah kita selamat membeli dan minum kopi tersebut?. Berbaloikan kita membeli produk kopi yang didakwa dicamput herba tetapi sebaliknya boleh memudaratkan kesihatan?. Saya merujuk kepada laporan dikeluarkan oleh Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai 129 senarai produk yang diharamkan kerana membahayakan pengguna. Artikel subuh ini saya paparkan dalam "Anim Agro Technology" laporan oleh KKM ini sekadar untuk berkongsi maklumat dan bukan memburukkan produk kopi tersebut.


Jadual 1 dibawah merupakan keratan laporan dari 129 prooduk dalam senarai KKM tersebut yang menyenaraikan 12 jenis produk kopi yang dilaporkan mengandungi bahan terlarang oleh Bahagian Farmasi, KKM. Diantara jenis kopi tersebut mungkin anda pernah beli atau meminumnya sebelum senarai KKM ini dikeluarkan. Mungkin juga produk yang ada dalam senarai tersebut telah 'dikeluarkan' atau (delisting) dari senarai ini semasa artikel ditulis dengan pebnambahbaikan oleh pengeluar. Melihat kepada kandungan bahan racun yang dikesan penulis tidak pasti bagaimana ujian dimakmal dilakukan dan apakah kesannya terhadap kesihatan manusia. Bagi penulis senarai ini setidak-tidaknya memberitahu pengguna produk-produk kopi yang ada dijual dipasaran untuk dilihat. Penulis cuma ingatkan akan produk ini yang ada dalam senarai KKM dan boleh rujuk kepada blog berikut:
http://www.malaysiatercinta.com/2014/09/senarai-produk-yang-diharamkan-kkm.html


Jadual 1: Senarai produk yang dikesan mengandungi bahan terlarang.

Pemilihan produk kopi dipasaran ada banyak pilihan. Jika anda merayau bahagian produk minuman kopi dipasaraya tentunya akan melihat berpuluh jenis kopi dalam pelbagai bentuk dan jenama yang dijual. Pada penulis ketika memilih produk kopi untuk dibeli adalah dengan melihat jenama dulu, memeriksa akan status HALAL, memeriksa bila tarikh luput, menyemak kadar harga, nama pengeluar serta pengedar dan kadang-kadang membaca maklumat nutrisi yang ditulis pada label. Bagi jenis kopi herba lazimnya pengeluar akan menulis pelbagai jenis dakwaan mengenai khasiat kopi herba tersebut. Dakwaan yang ditulis pada label ini juga kadang-kadang mempengaruhi pembeli dimana ada banyak jenis penyakit yang boleh diubati dengan minum kopi tersebut. Jika perlu sila fikir akan dakwaan mengenai kopi herba tersebut yang sebaiknya  dirujuk kepada pihak tertentu untuk mengesahkannya. Dinasihatkan juga agar tidak memebeli kopi siap atau kopi segera daripada negara jiran yang tidak mengikuti spesifikasi KKM dan peraturan perlabelan. Walau pun kopi tersebut murah, jangan percaya kerana ia mungkin tidak mengikuti peraturan penyediaan makanan dan mungkin pengeluar tidak ada sijil MeSTI. Apa pun tulisan ini hanya bertujuan untuk paparkan apa yang dilapor oleh KKM sahaja untuk panduan anda semua. Wasallam!

PRODUK KOPI ... PELBAGAI NAMA...
BANYAK YANG BERKUALITI...ADA...
SEMAK SENARAI...KKM KELUARNYA...
DAPAT INFO... FIKIR KESANNYA...

By, 
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(29 Safar 1436H)

Tuesday, December 30, 2014

KOPI - ROTI KOPI ENAKNYA

ROTI BUN KOPI merupakan satu produk baru yang sangat popular dipasaran di negara kita sejak beberapa tahun dahulu. Roti ini juga dipanggil sebagai 'Mexican Bun' yang menarik minat ramai golongan daripada kanak-kanak sehingga kepada orang dewasa. Biasanya bau atau aroma kopi yang kuat dari roti bun kopi yang kuat selepas sahaja ia dikeluarkan dari ketuhar dikompleks membeli belah sering menarik minat pembelinya. Bun panas berbentuk separa bulat ini memang enak dimakan semasa panas-panas lagi dan kurang enak sedikit bila sejuk (Sila lihat foto diatas). Kopi bun roti yang berukuran 10 -12 cm garispusat ini selalunya dijual sekitar RM 1.50 - RM2.50 sebiji bergantung kepada kualiti dan lokasi jualannya. Di Pasaraya Econsave Muar ia dijual sengan harga RM 1.80 sebiji semantara di Kompleks Membeli Belah Sungai Wang Plasa saya beli dengan harga RM2.50 sebiji. Roti bun kopi ini sering diisikan dengan ini kaya dimana ia selalunya ada 'topping' yang lazimnya kehitaman sedikit berbanding dengan roti biasa yang lain. Produk berasaskan kopi ini mudah disediakan asalkan kita mempunyai resepi dan ketuhar serta beberapa alatan mengadun yang sesuai. Ia sesuai dimakan pada waktu sarapan pagi atau minum petang atau dihidangkan semasa kita lapar ketika berbelanja di Hypermarket. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu produk dari kopi yang dinamakan roti bun kopi atau mexico bun untuk dijadikan satu daripada 30 artikel saya mengenai kopi sepanjang disember ini.


Dalam saya mencari info mengenai resepi membuat roti bun kopi ini saya mendapat beberapa resepi yang sesuai. Bagi resepi pertama untuk menyediakan sebanyak 17 biji roti bun kopi kita akan memerlukan bahan seperti berikut. Bahan untuk 'filling' adalah 100gm butter, 30gm gula perang (jenis gula perang biasa) dan 1 titik esen vanilla. Bagi bahan untuk buat 'topping' pula menggunakan bahan seperti 100gm mentega, 80gm gula ising, 2 biji telur gred B, 100gm tepung gandum (ayak halus), 1 sudu kopi emelco/ perisa mocca/ nescafe, 1/2 sudu air suam kalau guna nescafe. Bagi pembuatan doh atau adunan roti menggunakan 500gm tepung roti (di ayak), 1 sudu bread improver, 1sudu bread softener, 75 gm gula castor, 5gm dry yist instant, 1/2 sudu garam, 1biji telur (di pukul sikit), 200ml susu segar dan juga bahan 60gm mentega (suhu bilik). Cara-cara membuat untuk inti adalah dengan memukul mentega sampai lembut (selama 3 minit) dan kemudian dimasukan gula dan esen vanilla serta kacau hingga sebati. Bahagikan kepada 17 doh atau kepal sebelum ia disimpan dalam peti seju. Sebaiknya guna sudu untuk cara bahagikan adunan tersebut dan susun dalam dulang. Bagi membuat 'topping' perlu dipukul mentega sampai lembut (10 minit) dan kemudian dimasukan gula, telur tepung pukul hingga sebati. Masukan kopi emelco/ moca/ nescafe dan masukkan kedalam piping beg simpan dalam peti ais. Bagi membuat doh pula satukan susu segar, gula ,yist, garam dan telur serta kacau perlahan sampai gula hancur. Ia kemudian diketepikan dalam mangkuk besar (atau guna dulang) dan satukan dengan tepung, bread improver, bread softener dan mentega. Kemudian dimasukan adunan susu kedalam adunan tepung serta uli sebati. Teruskan menguli selama 15 minit sampai doh msnjadi lembut dan elastik. Bahagian doh kepada 17 bahagian (dibulat-bulatkan) kalau perlu ditimbang angaran berat adalah 50 gram setiap satu. Tutup biar dalam keadaan suhu bilik selama 10 minit dengan menutup guna kain bersih.



Kemudian leper-leperkan doh tadi dan ia perlu diletak inti yang disediakan tadi ditengah-tengahnya. Kemudia doh ditutup semula apabila pengisian inti selesai. Cara menutup inti diperiksa dengan teliti agar ia tidak bocor atau kedudukannya dilihat dari keliling atau atasnya. Ini bagi mengelakkan inti tidak meleleh semasa dibakar. Doh berinti ini kemudian perlu diletak dalam dulang yang dah di sapu dengan bahan mentega. Ada bolej juga meletakkan kertas alas dibawahnya dan ditutup perap lagi selama 50 minit. Seterusnya adalah membuat topping dengan memicit bahan topping diatas doh dengan cara lingkaran atau mengikut kraetiviti masing-masing. Setelah cukup diperap maka doh boleh dibakar didalam oven untuk dibakar selama 15 minit . Sebaiknya kita pastikan mengawal suhu ketuhar lingkungan 170 Celcius bergantung kepada jenis dan model ketuhar.  Ketuhar yang bersaiz besar dikawasan kompleks membeli belah mampu membakar antara 20 - 30 biji sekali gus dalam masa 10 - 15 minit sahaja. Keluarkan roti bun yang masak dan apabula suam panas sesuai dihidangkan atau dijual kepada pelanggan. Makan apabika ia masih suam panas lagi. Enaknya bun roti kopi. Wasallam!.


BUN ROTI KOPI...ADUH ENAKNYA...
HARGA MURAH... KENYANGNYA...
MASIH PANAS...HIDANGKANNYA...
BAU ENAK... MANIS RASANYA...

By,
M Anem,
Pasaraya Econsave Sdn Bhd,
Jalan Sg Abong, Muar,
Johor, Malaysia.
(2 Muharam 1436H)

Monday, December 29, 2014

KOPI - NESCAFE

NESCAFE merupakan satu jenama berasaskan kopi yang popular di seluruh dunia dengan nilai pasaran berbillion ringgit. Rujukan penulis mendapati nama brand NESCAFÉ adalah gabungan dari sukukata NES dari NESTLÉ dan CAFÉ NESCAFÉ yang diperkenalkan untuk pertama kalinya di negara Switzerland tahun 1938. Sejarah dunia telah pun menunjukkan bahawa tentera Amerika menggunakan brand ambassador NESCAFÉ selama berlakunya Perang Dunia II. Askar-askar US ini mengambil minuman ini sebagai satu budaya dan ia menyebabkan syarikat pengeluar mampu itu menjana tahap keuntungan yang besar. Penggunaan produk ini pada masa perang menjadi sebahagian dari perbekalan utama mereka. Beberapa pembaharuan dalam penghasilan produk ini dengan menggunakan teknologi 'freeze-drying' adalah untuk membuat kopi instant seperti jenama hebat NESCAFÉ GOLD BLEND pertama kali diperkenalkan pada tahun 1965. Produk ini pada masa itu merupakan salah satu minuman yang memiliki sejarah dikaitkan dengan situasi yang kaya dan menarik. Sebagai fakta umum sebenarnya bahan kopi adalah minuman yang paling banyak diambil oleh manusia di planet bumi setelah minuman air. Selain itu produk kopi juga merupakan komoditi diperdagangkan yang paling aktif diperjualbelikan setelah produk minyak. Lebih dari 1.4 juta gelas kopi diminum setiap hari seluruh dunia dan majoriti adalah diambil semasa hidangan sarapan pagi (Breakfast). Kita di Malaysia juga tidak ketinggalan sebagai pengguna produk NESCAFE yang tegar didunia. Produk kopi jenama ini mempunyai banyak pilihan daripada yang 'Classic' kepada produk-produk lain yang komplikated. Artikel subuh pagi ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai produk berasaskan kopi yang terkenal seluruh dunia iaitu NESCAFE untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.



Adakah anda gemar meminum kopi hitam tanpa gula? Jika jawapanya 'YA' maka ini bermaknai kopi yang diminum itu bolehlah dikatakan bebas kalori kerana kajian menunjukkan kandungan setiap cawan hanya sebanyak  2-5 kcal iaitu satu nilai yang amat rendah. Varieti atau jenis kopi yang ditanam untuk skala komersial diseluruh dunia adalah jenis Arabika (70% dari jumlah keseluruhan) dan Jenis Robusta (28%) sementara hanya sekitar 2% adalah dari jenis Liberica. Malaysia hanya mempunyai seluas 3,754 hektar tanaman kopi dan menuai sekitar 3,474 hektar dengan hasil sebanyak 14,400 hektar pada tahun 2013. Beberapa negara pengeluar utama kopi dunia seperti Brazil, Vietnam, Colombia, Indonesia dan India telah menguasai pasaran kopi mentah/panggang (rosted bean). Laporan menunjukkan tanaman kopi dapat hidup hingga 60-70 tahun dan perlukan empat tahun dari benih hingga berbuah setelah ia jadi kopi dewasa. Jenis produk NESCAFE di Malaysia kebanyakannya menggunakan bahan asas kopi jenis Robusta. Produk syarikat NESTLE iaitu NESCAFE ini boleh dikatakan diminum oleh semua golongan masyarakat dan pelbagai lapisan umur dan kaum di Malaysia. Walau pun harga runcit produk jenama NESCAFE ini dikategorikan sebagai 'agak tinggi' berbanding dengan produk kopi campuran tempatan lain tetapi produk ini telah dijamin mempunyai kualiti yang amat tinggi. 


Sejarah produk asas NESTLÉ beasal dari sebuah bandar bernama Vevey iaitu satu bandar kecil di Switzerland ketika seorang saintis bernama Henri Nestlé mencari beberapa alternatif menyusukan anak dengan cara yang sihat. Bagaimana pun terdapat satu keadaan dimana ramai ibu-ibu yang tidak dapat menyusukan bayi mereka. Seterusnya pada tahun 1866 (178 tahun dahulu) penyelesaian isu ini telah sesuai digunakan. Penemuan saintis ini menjumpai bahan iaitu Farine Lactee Henri Nestlé sebagai produk baru. Produk ini dengan segera menjadi popular digunakan oleh sebahagian besar negara di seluruh Eropah. Penemuan produk ini merupakan satu kejayaan awal dan kemudian menjadi makanan tersohor di dunia. Perusahaan NESTLÉ kemudian memperluas skop produk dan perniagaannya kepada jenis produk coklat dan banyak produk makanan lainnya. Namun sejarah baru menunjukkan iaitu pada tahun 1930 mereka mengembangkan produk baru berasaskan kepada prroduk kopi. Kajian menunjukkan pada tahun 1930 Institut Kopi Brazil mendatangi satu persetujuan dengan syarikat NESTLÉ. Tujuan pengeluaran produk KOPI NESCAFE ini adalah untuk pengembangan produk kopi baru. Cara ini adalah untuk membantu negara pengeluar kopi dunia seperti Brazil untuk mengurangkan jumlah kopi mereka yang berlebihan. Setelah melalui 8 tahun aktiviti penyelidikan yang rumit maka akhirnya terciptalah serbuk kopi larut yang kemudian berjaya untuk merevolusikan kebiasaan minum kopi di seluruh dunia. Pada bulan April tahun 1938, NESCAFÉ dilancarkan dimana nama ini berasal dari kombinasi antara NESTLÉ dan café. NESCAFÉ pun meraih kejayaan pasaran dan penerimaan dengan cepat. Inovasi yang terus-menerus dilakukan telah memperluaskan jangkauan produk NESCAFÉ berasaskan kepada kualiti yang tinggi yang dilakukan secara konsisten juga menjadikan NESCAFÉ sebagai kopi 'favorite' bagi berbagai generasi di seluruh dunia sehingga sekarang.



Proses kopi serbuk segera (instant coffee) telah dipatenkan semenjak 1909 di Amerika Syarikat sebagai satu perlindungan kepada produk berkualiti ini. Terdapat beberapa faktur mengapa NESCAFÉ begitu penting dalam dunia kopi?. Antara faktanya adalah kerana produk kopi instant telah menjadi produk yang layak diambil sejak pelancaran produk NESCAFÉ pada tahun 1938. Penyelidikkan kualiti dan mutu produk terus dilakukan seiring dengan pertumbuhan populariti jenama dan produk syarikat NESTLE. Perkembangan teknologi juga telah dapat membantu mempertahankan rasa dan aroma kopi. Inovasi dari segi kemasan (finishing) juga dilakukan pada tahun 1960-an dan 70-an dengan mengganti bahagian kemasan pembungkusan dari cawan kepada bungkusan guna botol. Rekod menunjukkan iaitu pada tahun 1965, NESCAFÉ merintis premium freeze dried coffee di Eropah dengan nama NESCAFÉ GOLD BLEND. Produk ini kemudian disusuli dengan pproduk NESCAFÉ non-kafein satu tahun kemudian. Pada masa ini produk asas kopi NESCAFÉ tersedia untuk memenuhi berbagai selera serta diproses dalam berbagai prodduk dan pembungkusan yang menarik. Perbezaan cita rasa kopi NESCAFE berbeza-beza sedikit antara negara bergantung kepada bahan asas iaitu varieti kopi digunakan. DI Malaysia dan Negara Asia Tenggara lain kopi jenis robusta paling banyak digunakan. Biji Kopi Robusta yang diimpot dari Vietnam dan Indonesia telah diproses oleh NESTLE (M) Sdn Bhd untuk dijadikan pelbagai produk kopi dibawah NESCAFE.

Kopi NESCAFÉ telah merupakan antara produk berasaskan kopi segera tersohor diseluruh pelosok dunia untuk memenuhi berbagai keperluan rasa di berbagai jens dan nama. Banyak jenis produk NESCAFE yang dipasarkan dengan keseragaman nama dan kualiti. Berikut beberapa jenis produk yang dijual dari Nestle yang sesuai kita rujuk untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Produk jenama NESCAFÉ CLASSIC (Sila lihat foto disebelah) adalah produk kopi yang menjadi produk asas utama NESCAFE dengan beberapa ciri khas kopi segera dan merupakan kopi paling popular (favorite) dengan jualan tertinggi diseluruh dunia. Ia dibungkus dengan pelbagai bentuk dan saiz dan dijual diseluruh dunia dengan jutaan manusia meminumnya setiap hari. Produk kedua iaitu jenama NESCAFÉ 3 in1 merupakan campuran atau pun dari kombinasi sempurna dari bahan kopi, susu krim dan gula. Malaysia merupakan antara negara pengeluar kopi 3-in-0ne yang hebat untuk pasaran domestik dan ekspot termasuk produk ini dengan nilai ekspot RM1.125 bilion setahun. Produk jenama NESCAFÉ GOLD Range menjadi pilihan premium yang special dan juga ia merupakan kopi lembut untuk di ambil hampir setiap hari. Seterusnya adalah produk jenama NESCAFÉ Espresso iaitu produk Kopi Hitam, pekat dan intens kualitinya. Terdapat beberapa mesin membuat cancuhan kopi yang pastinya menyediakan kopi ini selain daripada Capucino dan lain-lain lagi. Lain-lain jenis produk dibawah NESCAFÉ Super Premium Range adalah seperti produk NESCAFÉ ALTA RICA iaitu dihasilkan dari racikan khusus kopi Arabika dari Amerika Latin, NESCAFÉ CAP COLOMBIE yang dibuat secara ekslusif dari biji kopi Arabica Kolombia dan NESCAFÉ DECAF yang memberikan rasa dan aroma yang kaya tapi tetap rendah kafein. Produk lain dalam kategori ini adalah NESCAFÉ Specialties Range iaitu produk kopi dengan buih yang nikmat dan rasa yang creamy! serta produk NESCAFÉ GREEN BLEND iait u produk dari racikan unik antara biji kopi yang sudah dipanggang dan biji kopi hijau yang kaya akan polifenol. Akhir sekali produk dari NESCAFE adalah jenama NESCAFÉ Dolce Gusto iaitu sistem kombinasi minuman yang disepadukan dengan mesin kopi bertekanan tinggi menghasilkan kopi berkualiti tinggi. Semuga artikel pagi ini saya dapat memberikan bahan rujukkan berguna kepada anda semua. Wasallam!.



PRODUK NESCAFE...SELURUH DUNIA...
RAMAI MINUM... SEHARI ADA 1.5 JUTA...
ASAL SWITZERLAND... ADA JENAMA...
KOPI INSTANT... ENAK AROMANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasaraya Econsave Kajang,
Kajang, Selangor,
Malaysia.
(29 Safar 1436H)

Sunday, December 28, 2014

KOPI - KOPITIAM

KOPITIAM atau 'kopi tiam' adalah kedai kopi dan sarapan tradisional yang popular dan terdapat di Malaysia dan Singapura. Perkataan "kopitiam" merupakan gabungan perkataan "kopi" dari bahasa Melayu dengan perkataan bahasa Hokkien bagi kedai (店; tiàm). Dalam erti kata lain, "kopitiam" bermaksud "kedai kopi" yang dipunyai oleh orang Cina. Kalau kedai yang sama tetapi dioperasikan oleh orang Melayu atau India dahulu tidak dipanggil sebagai Kopitiam. Kedai kopi tiam menyumbang pengambilan minuman air kopi seluruh dunia senyak 1.4 juta orang sehari (Rekod FAO). Sajian kopitiam tradisional biasanya terdiri daripada satu tawaran yang ringkas yang mempunyai beraneka pilihan makanan yang mengandungi bahan seperti telur, roti bakar dan kaya serta minuman seperti kopi, teh dan Milo. Kini nama dan konsep Kopitiam telah dimodenkan dengan lebih tinngi 'tastenya' melalui konsep baru yang lebih dinamik yang dianggap mendapat status khas dikalangan peminatnya (Sila lihat foto diatas). Kalau dulu kedai kopitiam hanya terletak diantara deretan kedai tradisional tetapi kini ia telah beralih menyewa ruangan di Kompleks Pasaraya Besar yang lebih ekslusif sesetengahnya. Agaknya bilakah kali terakhir anda mengunjungi kedai kopitiam? Kini, perkataan “kopitiam” menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat kita. Di merata-rata tempat di negara kita, baik di bandar, pusat beli-belah, pasar raya, mahupun di pekan kecil kini telah ada kedai kopitiam. Artikel petang ini sambil menghadap Laut Selat Melaka dari bilik Chalet di Teratak Atie Ira, Pengkalan Balak, Melaka saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kopitiam untuk bacaan dan rujukkan anda.

Kopitiam merupakan antara kedai makanan yang menyediakan perkhidmatan makan dan minum untuk pengunjungnya. Kini kedai kopitiam memang diminati oleh semua lapisan masyarakat Malaysia bukan sahaja untuk makan dan minum kopi, tetapi turut menjadi tempat untuk bersembang dan berbincang sesuatu. Oleh itu, kata kopitiam kelihatan sudah sebati dalam kalangan masyarakat kita. Kini persoalannya, dari segi bahasa, adakah kata kopitiam ini merupakan kata yang berasal daripada bahasa Melayu atau kata pinjaman? Bilakah kata itu mula digunakan dan sejak bilakah pula mula digunakan secara meluas dalam kalangan masyarakat kita? Bagaimanakah salasilah kemasukan kata kopitiam ke dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu?. Asal usul kopitiam merupakan kata yang berasal daripada bahasa Cina. Kopitiam merupakan sejenis masakan asas masyarakat Cina. Didalam Kamus Dewan, Edisi Keempat, makna 'kopitiam' diberikan padanan maksud “kedai kopi”. Selain itu, kata kopitiam turut ditandakan dengan maklumat asalusulnya iaitu tanda singkatan “C” (Cina) yang bermaksud kata tersebut berasal daripada bahasa Cina. Bagaimanakah pula sejarah tercipta kata atau istilah tersebut? Masyarakat Cina telah mencipta kata kopitiam pada zaman dahulu lagi, iaitu hasil gabungan antara kata “kopi” dalam Melayu dengan kata “tiam” dalam Cina. Ekoran dari penggunaannya yang semakin kerap maka perkataan ini menjadi popular yang diguna dalam kalangan masyarakat Cina. Perkataan khas kopitiam sememangnya tercipta dan berkembang di Malaysia sejajar dengan pertumbuhan kedai kopitiam di mana-mana kawasan sesuai.

Kini telah ada dua kategori Kopitiam mengikut cara operasi yang dijalankan. Kategori yang pertama adalah Kopitiam Tradisional yang masih beroperasi dikawasan deretan kedai diseluruh pekan dan bandar di Malaysia dan mungkin beberapa lokasi di Asia Tenggara dimana ramai masyarakat Cina tinggal. Kedai kopi tiam ini dioperasikan oleh kalangan ahli keluarga yang melibatkan 2-3 orang pekerja sahaja dengan hidangan utama adalah kopi, teh, milo, roti bakar, telur dan kuih tradisional. Pengunjung kebanyakannya dalah golongan orang tua dan setengah umur dan jarang ada orang muda minum. Mereka akan bersembang beberapa jam mengenai aktiviti harian mereka sambil menikmati kopi dan makanan tersebut. Ia amat berlainan dengan kategori kedua iaitu Kopitiam Moden dimana ia diuruskan secara profesional dengan 3-10 pekerja dan menggunakan alatan memasak yang juga moden. Kedai ini akan menyediakan buku menu makanan (Sila lihat foto disebelah) dengan pilihan minuman dan makanan berserta harganya sekali. Lazimnya mereka menghidangkan banyak jenis makanan dan minuman termasuk makanan tradisional dan moden mengikut kaum di Malaysia dengan pilihan lebih banyak. Ada dijual nasi lemak, mee laksa, ayam goreng, mee goreng, steak dan sebagainya selain daripada menu asal kopitiam. Di premis kopitiam ini ramai anak-anak muda tanpa mengira bangsa datang untuk ber'internet' kerana disediakan Wifi yang kuat.  

Pengalaman penulis yang beberapa kali mengunjungi kopitiam di Bangi dan juga Kuala Lumpur mendapati memang premis kopitiam kini semakin diterima oleh rakyat Malaysia. Kalau dikampong dahulu mungkin disebabkan orang Islam kurang yakin akan kedai makan kopitiam walau pun menghidangkan telur, kopi dan roti bakar tetapi masih ragu-ragu kini ia sudah hilang. Kini pekerja di Kopitiam seperti di Bangi terdiri daripada orang muda dari kaum Melayu, Pendatang asing Indonesia dan Bangladesh dari kerja menyediakan makanan, juruwang, pelayan dan tukang cuci pinggan. Satu jenis makanan yang saya makan di Kopitiam Bangi adalah Mee Udang (macam mee kari tetapi cair dan tidak pedas). Ia dikategorikan sebagai 'mahal' juga bagi orang kampong tetapi OK sahaja kepada penduduk sekitar Bangi iaitu RM 8.00 satu mangkuk. Kalau dimasukan dengan minuman air kopi tentunya nilai makanan tersebut diantara RM 12.00 - RM15.00 seorang. Tetapi mereka yang berinternet boleh duduk beberapa jam mereka mahu dan rasanya jarang tokey kedai halau dari Kopitiam. Inilah uniknya kedai kopitiam di negara kita yang semakin diterima oleh generasi sekarang. Wasallam!.


KEDAI KOPITIAM... POPULAR KINI...
YANG ASAL... DIBANDAR BERDIRI...
KOPITIAM MODEN... KUAT WIFI...
BACA ARTIKEL... RASA NAK PERGI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 9, Chalet Teratak Atie Ira,
Pengkalan Balak, Masjid Tanah,
Melaka, Malaysia.
(2 Muharam 1436H)  

Saturday, December 27, 2014

KOPI PUTIH - WHITE COFEE


APA ITU KOPI PUTIH (White coffee)?. Saya mula bertanya dalam fikiran kenapa ujud terminologi kopi putih sedangkan dari kecil lagi kita sudah tahu bahawa kopi (serbuk kopi) dan Kopi-O itu mesti berwarna HITAM (Black). Mulanya timbul difikiran ada saintis atau 'plantbreeder' yang telah berjaya menghasilkan varieti kopi baru yang ditanam dengan biji kopi dan serbuk kopinya berwarna putih?. Dalam lebih setengah abad ini, saya dapati kini masyarakat yang dahulu hanya mengenal minuman kopi memiliki warna hitam sekarang banyak orang mulai mengenal kopi putih. Kenapa jadi begitu?. Adakah kerana promosi yang 'gila-gila' dimedia massa terutamanya TV dan Internet menyebabkan UJUD permintaan untuk kopi putih ini menjadi tinggi masa kini?. Saya pun pernah diajak oleh kawan-kawan pergi kepremis yang menjual pelbagai produk kopi seperti StarBuck, Kopitiam dan macam-macam lagi selepas beberapa lama mendengar mengenai kopi putih. Harganya pun bukan main calang-calang orang yang mampu untuk minum dipremis tersebut kalau hanya 'cukup makan sahaja'. Kalau anda jendak tahu pelbagai jenis minuman kopi yang ada 'class' bolehlah memgunjungi beberapa pasaraya aau kompleks membeli belah yang ada presmis menjual pproduk kopi sendiri. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Kopi Putih atau White Coffee sekadar perbincangan menambah ilmu dalam kepala kita.


Semua orang fikir baawa kopi selalu berwarna HITAM. Bagaimana pun kadang-kadang warnanya menjadi coklat kerana penambahan susu atau krimer. Kini telah menjadi tidak hairan kalau telah ujud pelbagai jenis jenama kopi terkenal termasuklah 'white coffee'. Sebenarnya, pengertian 'white coffee' boleh diertikan dengan pelbagai cara bergantung dimana dan bagaimana kaedah penggunaannya (Sila lihat foto sebelah). Kajian ringkas menunjukkan dinegara-negara Eropad atau USA selalunya istilah 'white coffee' meruppakan pada kopi hitam yang diberi susu (susu lazimnya berwarna putih), krim (Putih juga) atau produk dihasilkan dari susu jagung atau hasilan dari kacang soya. Kita di Malaysia mungkin faham setelah membaca kenyataan diatas tadi yang dengan mudah saya katakan campuran Air Panas, Serbuk Kopi dan Banyak Susu berwarna Putih. Kalau jumlah susu (cair atau krimer) diletakkan dalam air tersebut banyak maka kopi tersebut pastinya akan menjadi putih (tetapi kalau dikacau ia tidak putih sebenar). Kopi ini juga dikenal dengan sebutan lain seperti 'coffee light', 'light coffee', 'coffee with milk' dan juga 'regular coffee'. Pada saya kalau disebut 'Kopi campur Susu' memang semuanya akan terus faham dengan sekali sebutan.

Dalam pembacaan lain saya dapati di USA, white coffee ini adalah biji kopi yang dipanaskan hingga paras kekuningan atau dipanggil 'low roast'. Cara proses pemanasannya hanya sebentar dimana kandungan gula semulajadi dalam biji kopi tidak rosak (no caramelization) atau sehingga tidak ada rasa pahit tertinggal. Kopi ini digunakan untuk membuat espresso adalah bukan dari kopi biasa. Kadar rasa lemaknya cukup tinggi dengan cita rasa seperti kacang. Memang sungguh enak minum kopi expresso semasa berkursus di Hotel Hilton, Kuala Lumpur dan beberapa hotel lima bintang yang lain. Baunya yang enak menyebabkan setiap kali waktu break pasti pekena secawan kopi expresso (Free masa itu memang enjoy). Di Malaysia kita ada kenal jenama 'Ipoh white coffee' yang berasal dari Bandar Ipoh. Biji kopi dipanggang (roasted) dengan bahan majerin khas dari minyak kelapa sawit sehingga warnanya tidak terlalu hitam. Kemudian biji kopi yang dikisar menjadi sebur akan disajikan dengan susu kental manis yang menyebabkan warna kopi dalam cawan tidak hitam lagi.Dalam membincangkan terminologi kopi putih ini saya percata masih ada anggapan salah bahwa terdapat biji kopi khas Malaysia yang disebut 'white coffee bean'. Sebenarnya apa yang mungkin dimaksudkan adalah biji kopi robusta atau biji kopi arabika yang diimpot dari negara jiran yang digoreng tanpa minyak sehingga berwarna cerah. beralih kepada definisi 'Kopi Hitam' ia menggambarkan setiap jenis kopi yang sudah dipanggang dan hasilnya memiliki warna gelap pada kopinya, sementara itu kopi putih sangat berbeda dengan kopi hitam terlebih bicara soal prosesnya, kopi putih menghasilkan rasa lebih ringan. Kopi putih berasal dari Ipoh atau Kopitiam Kluang memang diparcayau mempunyai kandungan kafein asli yang rendah pada kopi.

Sejarah yang dikutip daripada lamanweb yang saya baca mendapati kpoi putih telah mula diusahakan oleh pemilik rumah kopi Thong Lian mengembangkan kopi putih di Ipoh pada abad ke-20. Mereka ingin memberikan kopi kepada pelanggan agar terkesan akan keunikannya sehingga bisnes akan terus maju. Mereka banyak kali membuat percubaan dan ujirasa dengan meneliti apakah cara yang berbeza atau ada 'kelainan' untuk minum kopi jenis baru. Akhirnya mereka mendapati resepi 'kopi putih' yang mulai diterima dan diminati pelanggan di sekitar Ipoh. Perlahan-lahan maka kopi putih telah semakin popular di negara-negara seperti Australia, UK dan USA dengan sejarah yang berbeza. sebenarnya kisaran biji kopi untuk membuat kopi putih dan kopi hitam menggunakan jenis biji kopi yang sama. Proses menggoreng kopi putih dibezakan dari jenis lain dari kopi. Kopi putih biasanya dimulai menggoreng sebagai Robusta atau biji kopi Arabika sama seperti kopi hitam cuma masa gorengan yang berlainan. Pengilang ada yang telah mecampurkan dengan marjerin dan gula semasa proses menggoreng untuk mendapatkan citarasa unik. Kopi putih yang digoreng akan dicampur dengan marjerin untuk memberikan rasa pada biji kopi agar lebih berperisa. Faktor menggoreng singkat menyebabkan kopi putih memiliki lebih banyak kandungan kafein daripada jenis biji kopi hitam. Akhir sekali mengenai artikel kali ini adah tentang Warna dan Rasa. Lazimnya kopi putih sebenarnya tidak putih walau pun setelah dibancuh ke dalam cawan kopi. Penulis mendapati kopi putih memiliki warna menyerupai kopi yang jauh lebih ringan dari jenis kopi lainnya, warnanya cokelat lebih terang. Kopi putih rasanya seperti pengganti kopi hitam dengan kelainan rasa yang memang membuatkan peminat kopi akan sentiasa ketagih untuk minumnya,. Wasallam!.

KOPI HITAM...KOPI PUTIH...
CAMPUR SUSU..TAK JERNIH...
DIGORENG KHAS...BERSIH...
NAMA HEBAT..DAN KETAGIH...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Membeli Belah Alamanda,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(30 Ramadan 1435H)

Friday, December 26, 2014

KOPI - NILAI PERMAKANAN

KOPI (Coffea) adalah jenis minuman yang sangat popular didunia selain daripada minuman teh, oren dan sebagainya. Kopi diminum oleh seramai 1.4 juta orang sehari diseluruh dunia atau 42 juta sebulan atau 510 juta orang setahun. Kalau purata harga kopi secawan sekitar RM2.00 sahaja bermakna ia bernilai sebanyak RM1,022 juta. Kehebatan kopi adalah kerana aroma dan citaranya yang pahit sedikit. Rasa kopi sebenar lazimnya diminum dalam bentuk Kopi-O dimana tidak dicampur dengan bahan perasa yang lain. Kopi dihidangkan pada setiap masa daripada semasa sarapan pagi sehingga hidangan 'supper' sebelum tidur. Ia juga diambil oleh pelbagai golongan masyarakat daripada seluruh dunia tanpa mengira kedudukan kewangan dan tempat tinggal. Kajian penulis juga mendapati secara umumnya permintaan kopi terbagi atas dua jenis iaitu Jenis Arabica dan Jenis Robusta walau pun di Malaysia hanya menanam Jenis Kopi Liberica. Kebanyakan jenis kopi Arabika akan digunakan dalam bentuk 'coffee blend' yang akan dapat memberikan kesan aroma yang berkualiti serta jenis kopi robusta yang unggul untuk rasa dan tekstur. Penggunaan kopi arabika diseluruh dunia sebanyak 70% sementara untuk jenis kopi robusta hanya 28% dan peliknya jenis liberica cuma 2% daripada 10.12 juta hektar kawasan tanaman kopi didunia. Apa pun artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai khasiat atau nilai nutrisi minuman kopi sekadar menambah ilmu pengetahuan penulis dan pembaca blog ini yang purata harian pengunjung blog ini adalah seramai 8,000 orang sehari.


Meminum secawan kopi tentunya akan memberikan banyak khasiat didalamnya. Kajian oleh pakar permakanan mendapati komposisi secawan kopi atau pun untuk satu gelas kopi tanpa gula (237 ml) dikatakan mengandungi tenaga Kalori (2kkal),  Lemak (0 gram),  Protein (0.3 gram), Bahan Sodium (5 mg), Kalsium (4.7 mg), Kalium (116 mg) dan juga bahan Kafein (94.8 mg). Bahan penting dalam kopi adalah dinamakan Kafein (Caffeine). Bahan ini dikenali kerana ia sebagai stimulan yang meningkatkan tahap pada kewaspadaan dan mencegah rasa mengantuk. Kajian juga menunjukkan bahwa kafein bersifat thermogenesis dan membantu membakar kalori. Bahan makanan tambahan sebanyak 100 mg kafein dapat meningkatkan kadar untuk metabolisma sehingga 3-4% selama 150 minit. Selain itu didakwa bahan kafein dapat meningkatkan pembakaran lemak, Performance dan Endurance selama bersukan kerana meningkatnya kadar bahan Epinephrine dalam tubuh. Kandunag dalam kopi dari segi nilai permakanan adalah bahan dinamakan sebagai Asid Chlorogenic. Chlorogenic acid merupakan bahan antioksidan yang diperlukan oleh manusia. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengaruh zat ini mampu menurunkan risiko masaalah diabetes tahap 2, mencegah penyakit Parkinson, kanser kolon serta dapat menyebakan pengerasan hati. Kajjian lain pula menunjukkan bahawa chlorogenic acid dapat membantu menurunkan kadar berat badan dengan membakar lemak.


Bahan kopi adalah kaya dengan mineral seperti Magnesium dan Chromium. Bahan kandungan magnesium dan chromium dalam kopi dapat meningkatkan kesan aktiviti dalam penggunaan insulin oleh tubuh. Ia dapat membantu mengawal kadar gula dapat berjalan lebih baik.  Seterusnya dalam kopi adalah bahan Kahweol dan Cafestol. Ia merupakan sejenis diterpenes yang terkandung dalam kopi. Unsur tersebut dapat membantu mencegah peradangan dan luka pada hati. Seterusnya adalah bahan Quinides dimana unsur ini didakwa dapat membantu menurunkan berat badan dan membakar lemak. Kajian lain mendapati analisis nutrisi kopi bagi setiap unit (Food Weight) 100 gram dari 100% bahagian yang boleh diambil seperti berikut. Laporan ini menyatakan kandungan tenaga sebanyak 352 kilokalori, Protein (17.4 gram), Lemak Kopi (1,3 gram), Karbohidrat Kopi (69 gram), Kalsium Kopi (296 miligram), Phosforan Kopi (368 miligram), Zat Besi Kopi (4 miligram), Vitamin A Kopi (0 IU), Vitamin B1 Kopi (0 miligram) dan Vitamin C Kopi (0 miligram).


Bahan Kafein dalam kopi merupakan zat stimulan dan memberi kesan yang berbeza kepada setiap orang. Ada orang yang sensitif terhadap kopi boleh merasa berdebar-debar, gelisah, bahkan mengalami gangguan tidur setelah mengambil bahan kopi.  Bagi mereka yang memang ada masaalah pening kepala cuba elakkan daripada minum kopi atau cuba mengurangkan tahap pengambilannya. Pengambilan kopi yang berlebihan juga menjejaskan kesihatan kerana ia menjadikan gangguan kepada saraf dan aliran darah. Laporan ada menyatakan pengambilan kopi yang banyak menyebabkan kepada penyerapan bahan kafein berlebihan menyebabkan kesan seperti insomnia, rasa gelisah, jantung berdebar dengan keras, sakit kepala, diare dan kekurangan bahan cairan.  Kafein juga dapat mengakibatkan peningkatan tekanan darah dan hormon stres kortisol secara sementara. Kafein yang bersifat bersifat diuretik akan meningkatkan pengeluaran urine atau kerap kencing. Pastikan untuk kita banyak minum air putih setelah minum kopi. Ia bagus dalam mengurangkan kesan caffien dalam badan melalui kencing yang kerap. Digalakan mengambil kopi atau bahan kafien tidak melebihi 300 mg per hari atau setara dengan 3 cawan kopi. Jika ada yang ingin menikmati rasa dan aroma kopi tanpa mengalami kesan stimulant dari kafein disyorkan agar cuba ambil jenis 'decaffeinated coffee'. Cara ini adalah kopi dengan kandungan kafein yang dikurangi hingga 0.1%. Perkara ini pelu diketahui kepada mereka yang ketagih kopi. Wasallam!

NUTRISI KOPI... APA DIANYA,,,
KAFFIEN... ANTARA BAHANNYA...
STIMULAN OTAK.. AKTIF SAJA...
BACA ARTIKEL... SERONOKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Kopi Wak Amat,
Kg Tampok Laut,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(2 Muharam 1436)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...