MRL (Minimum Residual Level) sering diperkatakan dalam kita menilai tahap keselamatan makanan terutamanya produk tanaman seperti sayuran dan buah-buahan yang diukur dengan kaedah khusus. MRL atau dalam bahasa kita sebagai Residu Racun Makhluk Perosak adalah merupakan ukuran untuk sebarang lebihan daripada kuantiti atau kadar atau kekuatan atau kepekatan yang ditentukan bagi sesuatu racun makhluk perosak dalam makanan. Penggunaan racun perosak pada tanaman merupakan satu topik yang sering diutarakan dalam isu keselamatan makanan dimana ia sering diperkatakan samada oleh pihak pengguna mahupun pihak berkuasa. Secara teorinya, terdapat kemungkinan sisabaki racun perosak akan kekal pada tanaman yang disembur dengan racun perosak. Penggunaan bahan kimia adalah penting untuk mengawal serangan musuh dan penyakit yang menjejaskan hasil dan kualiti serta kuantiti tanaman. Walau pun tahap kesedaran penggunaan racun kimia dan baja kimia dikalangan petani kita di Malaysia agak tinggi tetapi kadang-kadang berlaku pengamalan yang tidak mengikuti arahan pada label. Ini mungkin disebabkan aplikasi yang dilakukan oleh pihak pekerja ladang terutamanya buruh asing yang tidak mengetahui akan amalan pertanian baik. Ditangan merekalah yang nerkemungkinan membuat semburan racun kimia yang tidak mengikut peraturan. Kesannya menyebabkan hasil yang dipetik tidak melepasi tahap tuai (Post harvest interval) seperti yang diluluskan oleh pihak pengeluar racun. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu tajuk yang perlu diketahui oleh kita sebagai pengguna mengenai MRL sebagai satu artikel untuk tambah kesedaran.
Makanan yang diasaskan kepada tumbuh-tumbuhan sama ada sayur-sayuran dan buah-buahan yang dibeli di pasar ditanam oleh petani. Petani memang memerlukan kualiti produk dari kebun yang baik untuk mempastikan pengguna akan membelinya. Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM atau MyGAP) merupakan satu sistem amalan pertanian baik untuk menjadikan produk dari kebun mempunyai kualiti yang baik, berkualiti dan SELAMAT DIMAKAN. Sayur goreng kangkong (sila lihat foto diatas) belum pasti selamat dimakan jika kita tidak menjalankan analisa MRL oleh pihak berwajib. Oleh itu bagi mengatasi masalah ini, pihak berkuasa telah menetapkan paras maksimum residu racun perosak yang boleh didapati dalam sesuatu tanaman segar ataupun yang telah diproses. Dua peringkat dilakukan analisa MRL ini adalah diperingkat ladang sebelum dihantar kepada pusat jualan dan juga di premis jualan produk sayuran dan makanan lain.
Pemeriksaan MRL (terutamanya sayur-sayuran daun atau sayuran buah) akan dilakukan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian Malaysia secara berkala. Jika ada aduan kesan MRL yang tinggi (oleh pihak AVA Singapura atau Kementerian Kesihatan Malaysia) maka maklumat ini akan disalurkan kepada Pejabat Pertanian Daerah dimana sayur tersebut dikeluarkan (Konsep tracebility pada kad/tag pada bakul sayuran). Pegawai Pertanian akan mencari petani dilokasi penanaman sayuran dan memeriksa jenis racun digunakan serta khidmat nasehat mengenai cara-cara yang tepat penggunaan racun yang betul. Setelah nasehat diberikan mereka akan mengisi Borang RF-2 sebagai bukti bahawa tugas memberikan nasehat telah dilaksanakan. Dalam kes lain, lazimnya jadual berkala dilakukan untuk mengambil sampel dari sayuran yang hendak dijual diambil daripada bakul dengan kuantiti perlu untuk dihantar ke Makmal Analisa Residu dan dibuat laporan (Sila lihat foto diatas). Maklumat kandungan bahan kimia sisabaki akan direkod.
Kementerian Kesihatan Malaysia pula mempunyai kuasa untuk mengambil sampel sayuran atau buah-buahan atau makanan lain daripada premis jualan. Inspektor kesihatan akan mengambil sampel daripada Pasar Basah, Pasaraya, Pasar Tani dan kedai runcit dan membawanya kemakmal untuk dianalisa (Sila lihat foto disebelah). Jika ada kes MRL berlebihan maka premis atau mereka yang terlibat boleh didakwa di mahkamah atau di kompoun. Adalah penting tagging sayuran diperiksa untuk menentukan siapa petani atau pemborong sayuran yang melebihi MRL. Analisis residu racun perosak ini melibatkan proses penyediaan sampel bagi menghasilkan ektrak yang kemudiannya dianalisis ditentukan menggunakan kromatografi gas (GC). Makmal residu racun perosak di SEKSYEN MAKANAN dilengkapi dengan pelbagai jenis kromatografi gas iaitu GC-MS, GC-NPD, GC-ECD, GC-XCD dan GC-FPD. Seksyen Makanan lazimnya menyediakan analisis meliputi sampel-sampel buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta yang telah diproses. Antara jenis residu kimia yang diperiksa adalah seperti Organofosforus (OP), Piretroid sintetik (SP), Organochlorine (OC) dan Karbamat. Semuga artikel tulisan saya ini memberi info kepada anda. Wasallam!.
APA ITU MRL... KENA BACANYA...
DALAM SAYURAN...DIPERIKSA...
DIKEBUN PETANI...BUAT JUGA...
DIPREMIS ...SAMPEL DIANALISA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek TKPM Pagoh,
PBU Pagoh, Muar,
Johor, Malaysia.
(26 Ramadan 1435H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.