Support My Blog

Sunday, March 10, 2013

HARGA RACUN TIKUS

RACUN TIKUS (Rodenticide) merupakan sejenis racun yang membunuh 'Rodent' iaitu keluarga tikus yang memusnahkan tanaman dan tikus di kawasan rumah. Racun tikus mudah didapati daripada kedai-kedai runcit untuk kegunaan dirumah bagi membunuh tikus yang merosakkan harta benda dalam rumah dan sering mencuri makanan jika tidak ditutup rapat. Tikus (Rattus spp) merupakan haiwan yang merbahaya kerana mampu membawa penyakit merbahaya seperti kencing tikus dan wabak tikus. Tikus sawah (Rattus argentiventer) memang musuh pesawah kerana mampu merosakan tanaman padi dengan reruk. Dalam kebun pula, tikus kebun sering memakan hasil petani seperti buah-buahan dan merosakan tanaman sehingga mampu merugikan petani. Paling sering berlaku serangan tikus adalah didalam sawah padi dimana tikus mampu mamakan batang padi sehingga kerugian teruk. Tikus sawah mampu membuat sarang dalam lubang pada tanah dikawasan batas dan amat sukar dikawal. Terdapat dua jenama racun tikus yang popular di pasarkan di Malaysia iaitu MATIKUS dan KING KONG RAT KILLER. Artikel pagi ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai trend atau harga runcit dua jenis racun tikus popular dipasaran iaitu Matikus dan King Kong dari tahun 2008 hingga 2012 hasil kajian saya telah jalankan.



Harga racun tikus seperti Jadual di atas menunjukkan bahawa purata harga runcit racun turun naik. Pada tahun 2008 purata harga runcit sebanyak RM 20.82 sekilogram dan seterusnya meningkat kepada RM 30.10 (2009), RM 24.82 (2010), RM 23.92 (2011) dan RM 26.60 (2012). Jadual tersebut diatas menunjukkan harga tertinggi adalah pada tahun 2009 dimana melebihi harga RM 30.00 sekilogram diseluruh Semenanjung Malaysia. Racun jenama King Kong mengandungi bahan aktif Warfarin yang membunuh tikus yang memakan umpan yang disediakan. Racun tikus ini mempunyai kesan yang signifikan dalam membunuh tikus dimana sering digunakan dalam rumah atau sawah padi dan ladang kelapa sawit.  Harga sekilogram King Kong sebanyak RM 31.25 (2008) sehingga setinggi RM 43.67 (2009). Trend turun naik harga racun tikus banyak dipengaruhi oleh banyak faktur termasuk kesan kenaikan harga minyak petrolium agaknya pada tahun 2008. Geraf dibawah menunjukkan trend harga sekilogram racun tikus di Malaysia selama 5 tahun kajian dijalankan.



Racun tikus jenama MATIKUS mengandungi bahan aktif dikenali sebagai 'brodifacoum' yang membunuh tikus. Racun ini juga mudah didapati dikedai-kedai pertanian malahan ada juga dijual dikedai runcit. Biji racun matikus yang berwarna merah jambu ini merupakan sejenis umpan yang diletakkan dimana ada koloni tikus. Tikus akan makan umpas tersebut dan menyebabkan tikus akan mati. Kadar harga runcit racun ini adalah diantara RM 10.40 (2008) iaitu paling rendah sehingga dijual dengan harga RM 16.71 pada tahun 2009 iaitu harga paling tinggi dalam tempoh kajian dijalankan.  Pada tahun ini (2012) harga racun tikus jenama MATIKUS dijual dengan purata harga RM 13.20 sekilogram. Dibawah ditunjukkan geraf bagaimana trend harga racun tikus dari tahun 2008 - 2012 untuk pengetahuan anda.



RACUN TIKUS ... RACUN MERBAHAYA...
MUDAH DIBELI ... 2 JENAMA POPULAR..
UMPAN DIMAKAN ... TIKUS KECEWA...
IKUT PERATURAN... KESELAMATAN DIJAGA....

By,
M Anem
Jalan Istana, 
Air Keroh,
Bandar Melaka, 
Melaka,
Malaysia'
(7 Safar 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...