Support My Blog
Friday, June 17, 2011
Biak Baka Tumbuhan 2
Benih tanaman merupakan hasil daripada proses biakbaka tumbuhan (Plant Breeding) yang dijalankan oleh para saintis semenjak beratus-ratus tahun. Pada masa ini terdapat lebih dari 10,000 varieti Tanaman yang tahan (resistant) daripada serangan KULAT (Fungi), BAKTERIA, VIRUS, SERANGGA , NEMATOD dan Kulat Air (Water molds). Perkara ini menyebabkan kadar serangan dan kerosakan pada tanaman berkurangan dimana ini akan meningkatkan hasil. Walau pun patogen sentiasa berubah-ubah dan menjadi kebal atau 'mutant' tetapi masaalah ini diatasi dengan usaha mencari 'strain' baru yang dapat mengatasi masalah serangan patogen tersebut. Artikel ini adalah sambungan lecture oleh Mr Marcel Bruins iaitu seorang penyelidik ISF berkaitan sains biakbaka tumbuhan dan kesannya terhadap penduduk dunia untuk bacaan dan tatapan semua.
Kajian menunjukkan kerugian akibat kerosakan tanaman yang disebabkan oleh serangan patogen mencecah USD 85 billion setahun. Kerugian sebanyak USD 46 billion setahun oleh serangan serangga perosak juga dilaporkan pada tempoh yang sama. Perkara ini sangat ketara pada tanaman bijirin yang menjadi makanan ruji (Staple food) sebahagian besar penduduk dunia seperti padi, gandum dan jagung. Kos yang tinggi terpaksa dibelanjakan untuk membeli racun kimia atau pun dengan pelbagai kaedah lain bagi mengurangkan kadar kerosakan tanaman akibat serangan patogen. Di Malaysia ramai para petani sering menggunakan Racun Kimia sebagai alternatif pilihan utama untuk mengawal serangan patogen dan serangga perosak kerana ianya nampak efektif walau banyak kaedah lain boleh dilakukan. Di Britain sebanyak GBR 100 juta dibelanjakan setahun untuk kos melindungi serangan patogen dan serangga. Sebagai contoh akibat dari serangan 'Geminiviruses' yang menyerang tomato menyebabkan 90% hasil tomato di Republik Dominica musnah (total loss) pada tahun 1990'an selama beberapa tahun. Kes ini juga meyebabkan industri tanaman tomato di USA kerugian USD 140 juta pada tahun 1991/1992 dimana tanaman tomato menjadi layu dan mati. Para saintis biakbaka nmengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan varieti yang dapat mengatasi masaalah tersebut.
Saintis Pembiakbaka benih tumbuhan mengambilkira faktur Kesesuaian (tolerance) dengan pelbagai masaalah Racun Rumpai (Herbicides), Kemarau (Drought), Banjir (Flood), Kesan Air Masin (Salt) dan Kemampuan Pengambilan Nutrien makanan (Nutrient up-take). Kajian menunjukkan kerugian akibat kesan pertumbuhan rumpai dikawasan tanaman sebanyak RM 95 juta setahun terutama untuk tanaman gandum (RM 380 juta setahun). Kesan kemarau juga menjejaskan seramai 90 juta penduduk dunia kerana tanaman yang musnah akibat tidak cukup air terutama di Benua Afrika dan negara2 ketiga. Kesan air masin terus mencekam kawasan pertanian setiap tahun dengan kenaikan paras laut akibat 'Global Warming Effect' dengan keluasan mencecah 900 juta hektar sehingga kini. Kebanyakan kawasan terjejas adalah kawasan tanaman bijirin seperti padi di serata dunia.
Biakbaka tumbuhan menyumbang kepada kecukupan makanan kepada penduduk dunia yang mencecah 6.96 billion sekarang dimana mereka kebanyakannya terletak di kawasan dunia ketiga. Kajian oleh WHO menunjukkan seramai 124 juta peduduk dunia menderita akibat kekurangan zat makanan dimana di anggarkan seramai 1-2 juta orang telah mati yang berlaku disebanyak 118 negara. BERAS merupakan makanan rujji (Staple food) lebih dari separuh penduduk dunia (67%) terutama di negara Asia dan khususnya di China dan India serta Indonesia mencecah 2.6 billion manusia. Varieti padi di cipta untuk mendapatkan hasil yang tinggi, cepat berhasil, tahan serangan musuh dan penyakit serta sesuai ditanam di tanah yang marginal. Pusat Penyelidikan padi seperti International Rice Research Institute (IRRI) di Los Banos, Filipina memainkan peranan penting dalam industri padi. Saya telah 2 kali mengunjungi IRRI semasa berkursus di SEARCA, Los Banos, Manila dulu (Tahun 1991 dan Tahun 2004). Pada masa ini terdapat 70 International Rights (IP) varieti padi yang di punyai oleh 32 syarikat multi-nasional didunia unruk di tanam dan diedarkan kepada pesawah yang menanam padi.
Dalam mengimbangi isu iklim dunia, para pembiakbaka tumbuhan terlibat dengan mampastikan varieti baru tumbuhan tidak akan merosakkan kestabilan ekologi dan iklim dunia. Tumbuhan yang dihasilkan mesti mengandungi zat makanan atau nutrisi yang cukup. Kajian juga menumpukan kepada varieti yang kurang menggunakan bahan kimia dan minyak pembakar (Petrol) kerana kos yang terus meningkat. Pembiakbaka perlu juga memikirkan mengenai usaha pengekalan alam semulajadi dan biodiversiti agar tidak terancam dalam pembiakbakaan tumbuhan. Tumbuhan makanan juga tidak mengganggu aktiviti penebangan hutan yang berleluasa dan serta mampu menjimatkan penggunaan tanah pertanian sedia ada. Kerja-kerja pembiakbakaan perlu diteruskan dengan lebih agressif agar masalah bekalan makanan kepada penduduk dunia mencukupi. Kini kebanyakan negara sudah mula menyediakan "Pelan Keselamatan Makanan Negara' atau 'National Food Security Plan' yang bertujuan untuk mempastikan bekalan makanan yang cukup, selamat dan berkualiti dihasilkan. Bekalan makan yang tidak mencukupi akan menjejaskan kestabilan dan keselamatan serta keamana sesebuah negara.
VARIETI BARU...DIGELAR PEMBIAKBAKA...
KERJANYA SUKAR....HASIL TIDAK SEBERAPA...
DI MONOPOLI USA...DAN BEBERAPA NEGARA..
DI MALAYSIA PULA....BAGAIMANA CARA....
By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(Sabtu 11.25 malam)
Labels:
BIAKBAKA TUMBUHAN 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.